You are on page 1of 9

Berikut merupakan transkrip wawancara bersama (Guru Kanan) dan (GPK

HEM) Sekolah Jenis Kebangsaan Belemang Serom Tangkak, diwawancara


oleh Pn.ThanaLetchmi A/P Ai.

Pn.Lechumi: Selamat Pagi cikgu .

Pn.Aniza : Selamat Pn.Lechumi.

En.Sukri : Selamat sejahtera cikgu.

Pn.Aniza : Selamat sejahtera cikgu. Sila duduk .Kami sedia memberikan kerjasama bagi
menyelesaikan tugasan cikgu.

Pn.Letchmi : Terima kasih

Pn.Letchmi : Cikgu Sukri berasal daripada mana?

En.Sukri : Kelantan.

Pn.Letchmi : Sekarang cikgu menetap di mana?

En.Sukri : Sekarang saya menetap di Bukit kangar .

Pn.Letchmi : Cikgu Aniza berasal daripada mana?

Pn.Aniza :Pekan Rawang Muar.

Pn.Letchmi : Sekarang cikgu menetap di mana ?

Pn.Aniza : Sekarang saya menetap di Pekan Rawang Muar juga .

Pn.Letchmi : Bagaimanakah menifesto budaya sosial dilaksanakan di kalangan pelajar dan orang
tempatan untuk menarik minat menuntut ilmu di sekolah ini?

En.Sukri : Sekolah ini bukan sahaja berfungsi sebagai sistem sosial interaksi sosial untuk
pelajar yang berbeza tetapi juga untuk anggota staf ketika mereka bekerja bersama satu
sama lain bahawa sekolah itu dianggap sebagai sistem sosial dalam menggerakkan dengan
masyarakat tempatan
Pn.Letchmi : Ok. Pada pandangan cikgu apakah punca manifesto ini?

En.Sukri: Ini berpunca daripada kurangnya hubungan diantara pihak sekolah dan
masyarakat terutamanya dalam mengawasi pelajar ataupun anak masing-masing.

Pn.Letchmi : Apakah pendapat cikgu Aniza?

Pn.Aniza : Semua masalah yang dihadapi oleh pelajar sebelum ini adalah berpunca
daripada penglibatan banyak pihak yang perlu dipertanggungjawabkan dan salah satunya
ialah hubungan diantara pihak sekolah dan masyarakat. Kemudahan dan piagam
pelanggan yang dilaksanakan oleh pihak sekolah mendorong masyarakat tempatan
memberi galakkan kepada sekolah ini walaupun muncul banyak sekolah disekitar kampong
belemang ini.

Pn.Letchmi : Apakah harapan cikgu terhadap peranan pelajar dalam manifesto ini ?

En.Sukri : Sebagai pelajar, haruslah merebut peluang yang ada dan belajar dengan
bersungguh-sungguh agar dapat mengecapi kejayaan dan berjaya dalam kehidupan. Anak-
anak harus bersedia dengan pendidikan berkualiti dan berjaya menerima sebarang
perubahan dalam menempuh dunia luar yang penuh dengan cabaran besar. Peranan
seorang pelajar itu banyak. Salah satu daripadanya adalah terhadap pihak sekolah.

Pn.Letchmi : Apakah pendapat cikgu Pn.Sreemathi?

Pn.Sukri: Selain daripada tanggungjawab pelajar terhadap pihak sekolah, pelajar juga
mesti mempunyai tanggungjawab terhadap diri sendiri. Sebagai seorang pelajar, mereka
mestilah berdisiplin dan berbudi bahasa terhadap orang lain. Bukan itu sahaja, sebagai
seorang pelajar, mereka juga mempunyai tanggungjawab terhadap keluarga. Pada rakan-
rakan pula, seorang pelajar itu haruslah mempunyai sifat suka tolong-menolong, terutama
sekali dalam pelajaran. Pelajar cemerlang menjadi idaman setiap sekolah.

Pn.Letchmi : Apakah peranan guru melahirkan pelajar dalam menjayakan manifesto sekolah ini?
Pn.Aniza : Tugas utama guru ialah mereka menjadi orang pertama yang menyalurkan ilmu
pengetahuan kepada pelajar di sekolah. Sesungguhnya, peranan guru adalah untuk
mendidik anak bangsa tanpa mengenal erti penat dan pilih kasih. Malah, golongan
pendidikan ini juga berperanan untuk memberikan kasih sayang kepada pelajar mereka.
Tugas memberi nasihat ini menjadikan guru golongan terpenting dalam kehidupan
masyarakat pelajar kita.Malah guru-guru juga perlu mengeratkan hubungan antara ibu
bapa dan pihak kampong untuk memajukan sekolah ini agar menjadi sekolah harapan di
sekitar kampung belamang ini.

Pn.Letchmi : Apakah langkah-langkah telah diambil bagi menjamin manifesto di sekolah?

En.Sukri : Barisan kepimpinan sekolah yang mana terdiri dari pada satu organisasi yang
juga boleh dipanggil sebagai komuniti selalunya diketuai oleh guru besar ataupun pengetua
bersama ahli jawatan kuasa bertindak agresif dan berpandangan jauh agar menyediakan
khidmat pelanggan yang terbaik kepada pelajar mahupun masyarakat tempatan.Pucuk
pemimpin sekolah mewujudkan beberapa langkah yang diperlukan pada masa kini yang
mendorong sekolah terkenal di kalangan penduduk tempatan.Misalnya penglibatan ibu
bapa dan tokoh tempatan dalam aktiviti sekolah seperti perkhemahan sekolah,perasmian
dalam sesuatu majilis tidak dikecualikan penduduk tempatan turut bersama untuk
berjuang menjayakan setiap program yang dirancang dan dilaksanakan.

Pn.Letchmi : Apakah kebaikan langkah menifesto ini?

Pn.Aniza : Disini masyarakat mula sedar bahawa bukan sahaja pihak sekolah sahaja yang
patut dipeetanggugjawab malah sebagai masyarakat tempatan di kampung mereka juga
perlu mengambil bahagian dalam menyelesaikan masalah dan bergandi bahu dalam segala
aktiviti yang membangunkan sekolah ini malah memberi galakan kepada anak –anak
mereka serta mengawal, memantau dan memberi asuhan agama kepada anak-anak mereka
dirumah dengan melahirkan insan berakhlak mulia dan menjadi teladan kepada dunia luar
iaitu anak kampung juga boleh berjaya dalam kerjayaannya.

Pn.Letchmi : Apakah langkah-langkah lain?


En.Sukri : Guru dan komuniti masyarakat dalam hubungan yang saling memahami iaitu
secara jujurnya guru dan komuniti masyarakat selalu berada dalam situasi yang saling
faham memahami antara satu sama lain.Jika sekolah memerlukan bantuan dalam
menjayakan sesuatu program maka bantuan mereka digalakkan dan pendapat mereka
dialu-alukan pihak sekolah. Dengan hubungan komuniti inilah menjayakan manifesto ini
Berjaya dapat Berjaya dari luar.Selain itu, pihak berkuasa penduduk tempatan seperti
penghulu juga tidak di kecualikan malah sumbangan pihak tersebut dalam menjayakan
manifesto ini datang dari luar dalam bentuk kewangan dan tenaga kerja agar segala
program yang dilaksana dapat kejayaan yang maksimum.

Pn.Letchmi : Apakah pendapat Pn.Aniza tentang langkah ini?

Pn.Aniza : Guru sekolah belamang selalu tampil kehadapan untuk memberi beberapa
cadangan yang munasabah dalam menjayakan program yang dilaksanakn kepada pelajar
dan masyarakat temapatan.

En.Sukri : Langkah ketiga ialah toleransi, toleransi amat penting dalam sesuatu
perhubungan di mana setiap permasalan mestilah dibawa berbincang supaya keputusan
nanti tidak menyinggung mana-mana pihak.

Pn.Letchmi : Apakah pendapat Pn.Aniza tentang langkah ini?

Pn.Aniza : Terdapat beberapa sekolah yang mana pihak pengurusan kurang bertolak ansur
dalam aspek toleransi contohnya permohonan penduduk untuk menggunakan laluan bagi
mengurangkan jarak perjalanan tetapi tidak diterima secara baik oleh pihak pengurusan
sekolah menyebabkan hubungan antara mereka menjadi tegang dimana penduduk sengaja
membiarkan binatang ternakan mereka memasuki kawasan sekolah.Tetapi sekolah ini
memiliki sebuah kebun kepala sawit yang digunakan dana pendidikan kepada para pelajar
sekolah dalam mengecapi kejayaan agar murid dapat dapat segala kemudahaan dan
perkhidmatan sama seperti sekolah di Bandar dan desa yang lain.
Pn.Letchmi : Apakah langkah yang lain ?

En.Sukri : Sedia menerima kritikan dan teguran dari pada pihak luar. Melalui langkah ini
kedua-dua pihak mestilah mengamalkan corak gaya kepimpinan demokrasi dimana semua
pihak boleh bersuara tidak kira dari mana-mana pihak dengan memperbetulkan kesilapan
dari dalam sekolah mahupun dari sekolah.

Pn.Aniza : Selain itu, masyarakat dapat bersedia menerima kritikan dan teguran secara
terbuka maka hubungan mereka lebih erat dan sekolah ini menuju ke alah tuju yang baik
dan agar semua pendidik dan pelajar dapat mencapai objektif atau matlamat yang
diimpikan oleh semua sekolah selama ini.

Pn.Letchmi : Apakah langkah seterusnya?

En.Sukri : Sedia berkongsi idea , tenaga dan ilmu. Untuk memastikan pencapaian akademik
mahupun pengurangan masalah disiplin sekolah dan masyarakat bersedia untuk berkongsi
idea, tenaga, dan ilmu untuk mendapatkan penyelasaian kerana kita juga tahu golongan
masyarakat juga terdiri dari pelbagai jenis bidang profesion seperti nelayan, pekebun
kelapa sawit , pekerja kilang dan lain-lain lagi.

Pn.Aniza : betul itu cikgu Sukri tadi,sokongan daripada pihak seperti guru.doktor.jurutera,
dan lain-lain lagi sudah semestinya idea-idea yang dikemukan sedikit sebanyak dapat
membantu pihak sekolah menyediakan satu landasan yangbaik untuk terus maju ke
hadapan,

Pn.Letchmi : Apakah fakror-faktor yang mempengaruhi manisfesto di sekolah ini?

En.Sukri : Ramai orang murid di sekolah ini menghadapi masalah keluarga dan
berpendapatan rendah. Murid jenis ini sentiasa berasa tidak puas hati, tidak gembira, cepat
merajuk, serta perasaannya mudah tersinggung.

Pn.Aniza: Konsep kendiri yang negative mudah terjebak menyebabkan modal insan yang
berahklak mulia tidak dapat melahirkan malah memberi kesan buruk kepada diri individu
itu sendiri.

Pn.Letchmi : Apakah fakror-faktor yang lain manifesto ini dilakasanakan di sekolah ini?
En.Sukri : Budaya yang semakin berubah iaitu dari tradisional kepada modal menyebabkan
penglibatan para ibu bapa dan masyarakat tempatan amat diperlukan. Masalah keluarga
juga mempengaruhi dalam prestasi sekolah ini. Contohnya ramai ibu bapa pelajar di
sekolah ini yang mempunyai bilangan ahli keluarga yang ramai serta mempunyai
pendapatan yang rendah menjadi punca pelajar gagal di dalam pelajaran dan tidak
melanjutkan pelajaran peringkat sekolah menengah.Oleh itu, manisfesto ini dapat menukar
pandangan para ibu bapa agar menggalakan anak-anak mereka sekolah peringkat
menengah dengan kemudahan percuma seperti khidmat makmal komputer dan
sebagainya..

Pn.Aniza: Taraf sosio ekonomi juga ada perkaitan terhadap pelaksanaan manifesto ini di
kalangan pelajar dan penduduk tempatan di sekolah ini. Taraf sosio ekonomi keluarga
merupakan unsur penelaah yang paling cekal dan kukuh bagi menentukan kebolehan
akademik pelajar.

Pn.Letchmi : Apakah fakror-faktor yang lain mempengaruhi manifesto di sekolah ini?

En.Sukri : Masalah disiplin pelajar juga menyebabkan berlakunya keciciran dan kegagalan
pelajar di sekolah. Punca utama masalah disiplin murid sekolah timbul ialah diri murid itu
sendiri. Personaliti setiap murid adalah berbeza. Masalah disiplin sering ditimbulkan oleh
murid yang mempunyai sikap agresif dan bersifat ekstravert. Murid yang sangat aktif dan
gemar berinteraksi dengan murid lain cenderung untuk melanggar peraturan yang
ditetapkan terutamanya semasa di dalam bilik darjah.

Pn.Letchmi : Apakah Pandangan Pn.Aniza terhadap masalah ini dapat diatasi melalui manisfesto
sekolah ini?

Pn.Aniza : Suasana sosioemosi yang kurang sihat juga turut mendorong dan menyebabkan
masalah disiplin dalam kalangan pelajar sekolah. Oleh itu kami sebagai guru yang tidak
seringkali bersifat autokratik dan dominan sehingga menyebabkan murid sentiasa berada
dalam keadaan emosi yang tidak selesa dan tertekan.Malah kami memberi khidmat
bimbangan kauseling dan agama agar pelajar dapat meluah segala masalah yang
dihadapinya dapat diatasi secepat mungkin.
Pn.Letchmi : Apakah fakror-faktor yang lain mempengaruhi manifesto di sekolah ini?

En.Sukri : Sikap guru di sekolah ini diubah mengikut peredaran masa agar besseuaian
denga keadaan semasa dan memahami perassan pelajar dan ibu bapa. Pelajar-pelajar bosan
dengan sikap dan personaliti guru yang terlalu mementingkan pencapaian
akademik. Ketika di dalam kelas tambahan, pelajar yang dikategorikan sebagai lemah
mereka tidak dipinggir oleh guru yang lebih cenderung memberi tumpuan kepada pelajar
tersebut memahami pelajaran dalam kelas. Malah banyak aktiviti tambahan dilaksanakan
oleh guru agar ibu bapa turut serta dalam program utnuk memberi dorongan dan galakkan
anak-anak mereka dalam Berjaya dalam pelajaran

Pn.Letchmi : Apakah pendapat Pn.Aniza terhadap sikap guru di sekolah ini dapat
menjayakan segala manifesto yang dilaksanakan ini?

Pn.Aniza : Ada juga guru mempunyai sikap bertanggungjawab dan berkasih sayang.
Sebenarnya,semua guru memberi ilmu yang saksama dan adil kepada semua murid tidak
kira pelajar mlemah atau pelajar yang cemerlang. Justeru, guru sekolah ini memberi
perhatian yang sama rata menyebabkan murid berasa selamat dan berpuas hati segala
khidmat yang diberikan kepada para pelajar Berjaya dalam pelajaran

Pn.Letchmi : Cigu Sukri sila nyatakan antara program yang dijalankan untuk menjayakan
manisfesto sekolah ini?

En.Sukri : Pihak sekolah telah menjalankan beberapa program untuk menjayakan


manisfesto sekolah ini . Antaranya ialah Program Pembangunan Diri Dan Kecemerlangan
Pelajar. , Rasional Program Pembangunan Diri Dan Kecemerlangan Pelajar merupakan
inisiatif pihak sekolah untuk menyumbang kepada peningkatan ilmu, pengetahuan dan
kemahiran pelajar. Program ini juga adalah untuk meningkatkan kecemerlangan
akademik dan sahsiah pelajar-pelajar di setiap peringkat persekolahan.

Pn.Letchmi : Apakah pandangan Pn.Aniza tentang program ini ?

Pn.Aniza : Ibu bapa sering mengharapkan anak mereka cemerlang dalam pelajaran.Setiap
pelajar wajar mengikuti program seperti ini. Melalui program ini pelajar akan dirangsang
supaya mencapai kecemeriangan dalam pelajaran. Nilai-nilai murni dapat dipupuk secara
langsung atau tidak secara langsung melalui program ini. Nilai-nilai murni tersebut ialah
nilai hormat-menghormati dan nilai kerajinan. Sesungguhnya dengan mengamalkan nilai
kerajinan, pelajar boleh berjaya dengan cemerlang dalam pelajaran dan juga kehidupan.

Pn.Letchmi : Apakah program lain telah dijalankan untuk menjayakan manisfesto sekolah ini ?

En.Sukri : Motivasi Ibu bapa. Motivasi Ibu bapa ini diadakan bertujuan ialah untuk mendekatkan pihak
sekolah dengan pihak ibu bapa bagi bersama-sama menggembleng tenaga bagi kebaikan dan
kecemerlangan murid-murid SK Belemang, Serom Tangkak . Program seperti ini dapat melahirkan
sekolah yang cemerlang dan berkesan untuk faedah semua pihak.

Pn.Aniza : Usaha paling asas yang wajar dilakukan oleh ibu bapa untuk memastikan anak-
anak mereka menjadi insan yang berguna ialah mewujudkan suasana kekeluargaan yang
saling berkasih sayang. Ibu bapa haruslah memahami bahawa anak-anak memerlukan
perhatian dan kasih sayang mereka.bu bapa boleh mencurahkan kasih sayang sama ada
berbentuk luahan kata dan perbuatan yang secukup kepada anak-anak agar anak-anak
berasa diri mereka diambil berat dan tidak diabaikan oleh ibu bapa.

Pn.Letchmi : Apakah En.Sukri?

En.Sukri : Ibu bapa perlulah bersedia untuk menerima sebarang teguran daripada orang
lain berkaitan dengan tingkah laku anak-anak mereka dengan hati terbuka. Sebagai ibu
bapa yang bertanggungjawab dan ingin membentuk anak mereka menjadi insan yang
berguna, ibu bapa tidak sepatutnya menyebelahi anak-anak mereka apabila orang lain
memberi teguran.

Pn.Letchmi : Apakah program lain telah dijalankan untuk menjayakan manisfesto sekolah ini
terhadap guru-guru sekolah ini?

En.Sukri : Kursus Dalaman Untuk Guru. Perkembangan staf merupakan aspek yang
sentiasa diberi perhatian terutama sekali oleh Jemaah Nazir Sekolah apabila mereka
membuat pemeriksaan di sekolah.Ia merupakan aktiviti penting bagi meningkatkan mutu
pendidikan. Usaha meningkatkan pengetahuan dan menyampaikan maklumat baru bukan
sahaja diperlukan oleh guru yang baru mula bertugas malah penting jugakepada guru-guru
yang telah lama mengajar.

Pn.Letchmi : Apakah pendapat Pn.Aniza manifesto sekolah ini Berjaya sepenunya ?

Pn.Aniza : latihan dalaman ini penting untuk meningkatkan prestasi dalam pengajaran dan
pembelajaran di kelas. Bagi pihak pentadbir dan pengurus organisasi, program latihan ini
penting dijadikan sebagai asas untuk membuat keputusan cara yang lebih berkesan untuk
memantapkan prestasi pekerja danmenjamin produktiviti organisasi. Dengan itu, pihak
pentadbir sekolah khususnya dapat merancang dan bertindak menggunakan strategi
program latihan untuk keberkesanan pengajaran dan pembelajaran di dalam bilik darjah.

En.Sukri : Keperluan untuk kecemerlangan dan kecekapan pengajaran dan pembelajaran


di sekolah tidak akan dapat dipenuhi tanpa komitmen yang tinggi terhadap nilai
pembangunan staf iaitu yang boleh dilakukan melalui latihan dalaman ke arah
pembangunan profesionalisme guru. Peranan sekolah amat besar dalam usaha
meningkatkan profesionalisme guru dan meningkat mutu pendidikan sekolah ini

Pn.Letchmi :Terima kasih En.Sukri dan Pn.Aniza di atas kesudian cikgu untuk ditemuramah. Saya
doakan semoga En.Sukri dan Pn.Aniza sihat sepanjang hayat disamping keluarga tersayang.

En.Sukri: Terima kasih cikgu.


Pn.Aniza : Terimakasih cikgu. Kami juga berdoa agar cikgu menghabiskan tugasan cikgu
dengan cemerlang.

You might also like