Professional Documents
Culture Documents
KONVENSYEN HePiLI
PERINGKAT
KEBANGSAAN 2018
1
PROSIS
GARIS PANDUAN PENYERTAAN PERTANDINGAN LOMPAT TALI & SENAMROBIK SEMPENA KONVENSYEN HePiLI
PERINGKAT KEBANGSAAN 2018
2. Masa yang di peruntukan untuk pertandingan adalah 5 Masa yang di peruntukan untuk pertandingan adalah 3
minit. minit 30 saat.
Lagu:
Wajib 1 lagu dan kemahiran tarian tradisional
Malaysia (2x8)
2
Bil. LOMPAT TALI SENAMROBIK
Pelbagai genre lagu disarankan (≥ 5 lagu)
Muzik:
3 minit 30 saat
Saranan beat lagu 134-140 bpm
1. SYARAT-SYARAT AM KATEGORI :
Penyertaan adalah terdiri dari Ahli Kelab Doktor Muda Sekolah Rendah, Sekolah Menengah dan Ahli
PROSIS sahaja.
Setiap penyertaan kumpulan adalah terbuka sama ada semua peserta lelaki, semua peserta perempuan
atau campuran lelaki dan perempuan.
Semua pasukan kumpulan akan bertanding dan mempamerkan persembahan sekali sahaja di dalam satu
pertandingan. Pemenang kumpulan akan dikira dari pungutan markah tertinggi.
2. KATEGORI PERTANDINGAN:
2.1. Pertandingan Lompat Tali
a. Kelab Doktor Muda Sekolah Rendah
b. Kelab Doktor Muda Sekolah Menengah
3
c. PROSIS
3. PERTUKARAN NAMA
Setiap pasukan tidak dibenar menukar nama peserta yang didaftar di Borang Pendaftaran kecuali pada
waktu kecemasan dengan sebab-sebab munasabah dan boleh diterima oleh Pengerusi Teknikal. Sekiranya
perkara ini berlaku, maka pasukan tersebut dikehendaki menghubungi pihak teknikal dalam masa 24 jam
secara lisan dan bertulis di mana Pengerusi Teknikal akan menentukan sama ada pertukaran tersebut
diterima atau tidak.
4. SUSUNAN PERMULAAN
4.1 Cabutan Undi
Giliran pasukan akan ditentukan melalui cabutan undi yang akan dibuat semasa mesyuarat dan
taklimat pengurus pasukan sebelum pertandingan
4
4.2 Menarik Diri
Sekiranya pengurus pasukan atau wakil tidak hadir pada taklimat pertandingan, pihak jawatankuasa
pengelola menganggap yang mereka telah faham dan memenuhi semua peraturan serta syarat
termasuk perubahan (sekiranya ada) dan keputusan yang dicapai dan dipersetujui semasa taklimat
tersebut.
Sekiranya sesebuah pasukan gagal berada di kawasan kejohanan selepas 1 minit nama pasukan
diumumkan, maka pasukan tersebut adalah dianggap telah menarik diri dan penyertaannya
dibatalkan untuk pertandingan tersebut.
5. KEMUDAHAN FASILITI
Pihak penganjur tidak menyediakan kawasan latihan dan tiada raptai akan dijalankan. Walau
bagaimanapun peserta boleh menjalankan latihan di tempat pertandingan sebelum pertandingan
berlangsung (diluar kawasan pertandingan).
5
Kawasan untuk menunggu giliran akan disediakan di sisi “podium” untuk menempatkan guru penasih
dan peserta-peserta bagi dua buah pasukan yang akan memberi persembahan seterusnya.
6. KAWASAN PERSEMBAHAN
6.1 Pentas
Kawasan persembahan / pentas berukuran 9m X 9m akan disediakan untuk pertandingan
6.2 Pembatasan
Peserta dan guru penasihat pasukan tidak dibenarkan memasuki kawasan menunggu dan kawasan
pengadil kecuali dengan kebenaran daripada Jawatankuasa Pengelola. Peserta dan guru penasihat
dikehendaki menunggu giliran sebagaimana yang ditetapkan dan menunggu isyarat daripada
Pengurus Pentas untuk memulakan persembahan. Ketua Hakim berhak membatalkan penyertaan
peserta sekiranya didapati tidak memenuhi peraturan ini.
7. PAKAIAN
7.1 Profil
Semua peserta dikehendaki berpakaian kemas, bersesuaian dengan budaya negara, menjaga adat
ketimuran dan penampilan bersih sepanjang tempoh pertandingan.
6
Peserta hendaklah memakai pakaian sopan dan tidak dibenarkan memakai pakaian yang menjolok
mata semasa pertandingan. 10 markah akan dipotong sekiranya peserta melanggar syarat pakaian.
Kasut aerobik yang sesuai perlu dipakai dan tidak meninggalkan sebarang kesan kepada lantai
pertandingan.
Barangan kemas tidak dibenarkan dipakai dan mesti ditanggalkan sebelum pertandingan.
8. MUZIK
8.1 Rakaman
Satu atau lebih lagu boleh digabungkan dan hendaklah dirakamkan di dalam satu pita rakam sahaja.
Sambungan dari satu pita ke satu pita tidak dibenarkan semasa persembahan. Pita/cakera padat ini
hendaklah dikemukakan kepada Jawatankuasa Pengelola semasa taklimat dan mesyuarat pengurus
pasukan.
7
Perakam kaset / cakera padat hanya disediakan oleh Jawatankuasa Pengelola semasa
pertandingan. Perakam persendirian tidak dibenarkan. Walau bagaimanapun, setiap pasukan
digalakkan membawa radio kaset sendiri untuk tujuan latihan.
Pihak pengelola tidak akan bertanggungjawab terhadap mutu atau kualiti bunyi pada setiap pita /
cakera padat. Oleh itu, setiap pasukan hendaklah memastikan mutu rakaman pita / cakera padat
tersebut berkeadaan baik dan bermutu tinggi.
Masa hanya akan dikira apabila muzik dimainkan dan bukannya pada permulaan pergerakkan,
melainkan kedua-duanya bermula serentak. Tempoh persembahan mengikut Acara Pertandingan.
9. KELEWATAN
Sekiranya kelewatan berlaku disebabkan oleh bencana alam atau perkara-perkara di luar jangkaan seperti
kerosakkan kenderaan pengangkutan dan sebagainya, pasukan yang terlibat hendaklah menghubungi
Urusetia Pertandingan dengan seberapa segera dan keputusan mengenai giliran persembahan diputuskan
oleh Jawatankuasa Teknikal.
Undi giliran setiap pasukan tidak boleh ditukar. Semua persembahan akan dijalankan mengikut giliran dan
masa yang telah ditetapkan.
8
10. BANTAHAN
Sebarang bantahan dan rayuan mengenai penganjuran dan keputusan pertandingan TIDAK AKAN
DILAYAN.
Semua keputusan yang dibuat oleh Pengelola dan Ketua Hakim adalah muktamad.
11. MAKLUMAT AM
Pihak Jawatankuasa pengelola tidak akan bertanggungjawab dan tidak boleh didakwa atas sebarang
kecederaan atau kemalangan sebelum, semasa dan selepas pertandingan.
Jawatankuasa Pengelola adalah berkuasa untuk menambah dan memutuskan sebarang perkara yang tidak
dinyatakan di dalam peraturan ini.
Jawatankuasa Pengelola / Teknikal berhak memutuskan segala masalah teknikal seperti eletrik pintas,
podium atau gangguan di tempat persembahan dan masalah lain yang tidak dapat dielakkan agar dapat
diuruskan dengan sempurna oleh Jawatankuasa Pengelola.
Keputusan Jawatankuasa Pengelola adalah MUKTAMAD di dalam segala keraguan mengenai peraturan
yang telah ditetapkan.
9
12. LAIN-LAIN SYARAT
Pihak penganjur tidak akan bertanggungjawab ke atas sebarang kehilangan, kecedaraan, kematian yang
menimpa sebelum, semasa dan selepas pertandingan ini.
Jawatankuasa Penganjur adalah bertanggungjawab dan mempunyai kuasa untuk menambah dan
memutuskan sebarang perkara yang tidak dinyatakan di dalam peraturan ini.
Keputusan Jawatankuasa penganjur adalah muktamad di dalam segala keraguan mengenai peraturan dan
syarat-syarat pertandingan yang telah ditetapkan ini.
10
LAMPIRAN A
1. Jump Bounce
2. Shuffle Step
a. Right Foot
b. Left Foot
3. Skier
Single Rope Skills Semua jenis lompatan
4. Bell
5. Twist
6. Side Straddle
7. Scissors
11
8. Link Jumping
9. Travelling
1. Egg Beater
2. Long and Short
Multi Rope Skills 3. Long Switcher Sekurang – kurangnya 1 jenis lompatan
4. Umbrella
12
LAMPIRAN B
NEGERI: ______________________________
1 GURU PENGIRING/
PENYELARAS
2
PESERTA
3
PESERTA
4
PESERTA
5
PESERTA
6
PESERTA
7
PESERTA
8
SIMPANAN
13
LAMPIRAN C
NEGERI: ______________________________
1 GURU PENGIRING/
PENYELARAS
2
PESERTA
3
PESERTA
4
PESERTA
5
PESERTA
6
PESERTA
7
PESERTA
8
SIMPANAN
14
15