You are on page 1of 4

Minit Mesyuarat Pengurusan Kokurikulum Tahun 2015 Bil 2/2015

Tarikh : 7 Januari 2013


Masa : 12.30 Tengah hari -2.30 Petang
Tempat : Bilik Mesyuarat SKBB2
Pengerusi : En. Samsudin Bin Ahmad (GPK Kokurikulum)
Kehadiran : 34 / 35
___________________________________________________________________

HADIR:

Agenda 1.0 : Kata Alu-aluan


.1 Guru Besar mengucapkan selamat sejahtera dan mengalu-alukan kehadiran guru- guru ke
mesyuarat kokurikulum kali kedua bil. 2/2013
Tindakan : Makluman
.2 Guru Besar menyatakan bahawa aktiviti kokurikulum tidak dibenarkan berlangsung pada sesi
pagi. Pengecualian diberikan kepada aktiviti merentas desa ini bertujuan menggalakkan
penyertaan semua murid.
Tindakan : Makluman
.3 Guru Besar mengingatkan bahawa aktiviti kokurikulum yang melibatkan semua guru
pada hari sabtu hendaklah dihadiri. Pengambilan CRK sewenang-wenangnya oleh guru
boleh diambil tindakkan tatatertib dan laporannya akan dihantar ke Kementerian
Tindakan : Makluman
.4 Guru Besar mengharapkan semua guru dapat meneruskan komitmen dalam melaksanakan
tugas yang diberikan bagi tahun 2013 dengan bersungguh-sungguh.
Tindakan : Makluman

Agenda 2.0: Ucapan Pengerusi


2.1 Pengerusi berharap guru-guru telah bersedia untuk menjalankan tugas pertama unit
kokurikulum iaitu Kejohanan Merentas Desa Peringkat Sekolah.
Tindakan : Makluman
2.2 Pengerusi memaklumkan bahawa minit mesyuarat kali pertama juga boleh dirujuk pada blog
Kokurikulum SKBB2 dan meminta pengesahan minit mesyuarat bagi mesyuarat kokurikulum
bertarikh 24 Disember 2012
Pencadang : Pn. Rahimah Binti Mohd Zain
Penyokong : Pn. Siti Musalmah Binti Jamaluddin
Tindakan : Makluman
2.3 Pengerusi meminta guru-guru yang membuat kertas kerja bagi aktiviti kokurikulum boleh
menerapkan unsur-unsur keIslaman agar boleh memohon peruntukkan dari Lembaga Zakat
Selangor.
Tindakan : Guru-guru Penasihat
2.4 Pengerusi memaklumkan bahawa Ketua Guru Penasihat Kelab Pencinta Alam dari Pn.
Rudzita Bt Mohd Nor kepada Pn. Rahimah Bt Mohd Zain.
Tindakan : Makluman
2.5 Pengerusi juga memaklumkan bahawa Cik Nurul Zulpa Bt Rosli dipindahkan ke Kelab Bola
Baling dan Pn. Nurul Murni Bt Mohd Haluwi ke Kelab Bola Sepak.
Tindakan : Makluman

Agenda 3.0 : Hal Berbangkit


3.1 Pengerusi memaklumkan bahawa perlaksanaan aktiviti kokurikulum di sekolah adalah wajib
kerana ia telah diwartakan dan menjadi peraturan untuk melaksanakannya.
Tindakan : Makluman
3.2 Pengerusi mencadangkan setiap kelab dan persatuan membuat satu visi dan misi yang
selaras dengan visi misi sekolah.
Tindakan : Guru Penasihat
3.3 Pengerusi mengingatkan kepada semua pengerusi mendrafkan peraturan dan pelembagaan
persatuan berserta senarai AJK Penaja.
Tindakan : Guru Penasihat
3.4 Pengerusi mencadangkan setiap persatuan membuat logo persatuan dengan memberi
peluang kepada murid-murid menciptanya.
Tindakan : Guru Penasihat
3.5 Pengerusi juga mengingatkan semua kelab dan persatuan menghantar senarai aktiviti yang
ingin dilaksanakan sepanjang tahun.
Tindakan : Guru Penasihat
3.6 Pengerusi seterusnya mengingatkan kepada semua guru penasihat menghantar
permohonan penubuhan dan Jawatankuasa Penaja Persatuan. Setelah permohonan dibuat
guru-guru hendaklah menunggu surat kelulusan penubuhan.
Tindakan : Guru Penasihat

3.7 Pengerusi memberitahu bahawa Kejohanan Merentas Desa akan dilaksanakan pada 19
Januari 2013 berdasarkan keputusan yang telah dibuat oleh Guru Besar.
Tindakan : Makluman

Agenda 4.0 : Agihan Tugas Kejohanan Merentas Desa


4.1 Pengerusi menyerahkan mesyuarat kepada En. Othman B Yob untuk menerangkan
perjalanan latihan dan perlaksanaan Kejohanan Merentas Desa.
Tindakan : En Othman
4.2 En. Othman menerangkan bahawa murid sasaran kejohanan ini adalah dari murid-murid
tahun 4, 5 dan 6.
Tindakan : Makluman
4.3 En. Othman juga menerangkan bahawa hadiah akan diberikan kepada pemenang 1 hingga
20 mengikut kategori masing-masing lelaki dan perempuan.
Tindakan : Makluman
4.4 En. Othman juga menerangkan bahawa mata rumah sukan akan diberikan kepada tempat
1hingga 50.
Tindakan : Pencatat Masa
4.5 En. Othman memaklumkan bahawa terdapat perubahan laluan diatas faktor keselamatan
iaitu para peserta tidak akan melalui hadapan rumah Cikgu Megat tetapi membuat laluan
singkat di Jalan Tanjung kerana terdapat kerja-kerja pembinaan.
Tindakan : Makluman
4.6 Pengerusi menyatakan bahawa perubahan laluan dan pengurangan jarak tidak menjadi
masalah kerana faktor keselamatan murid perlu menjadi keutamaan guru-guru.
Tindakan : Makluman
4.7 En Othman memaklumkan bahawa latihan akan dilaksanakan pada 9, 16 dan 17 Januari
jam 7.45 hingga 8.45 pagi.
Tindakan : Makluman
4.8 En. Othman membentangkan dan menerangkan agihan-agihan tugas yang perlu
dilaksanankan pada hari Kejohanan tersebut.
Tindakan : Makluman

4.9 Pn. Azlina Bt Abu Bakar bertanya mengenai peruntukan minuman dan makanan kepada
murid adakah disediakan. Pengerusi akan bertanya dan meminta peruntukkan tersebut dari
Guru Besar.
Tindakan : GPK Kokurikulum
4.10 Pn. Siti Hadijah Bt Ibrahim mengingatkan bahawa perlu memasukkan senarai guru tahun 1
dalam agihan tugas kerana Kejohanan akan berlangsung pada hari Sabtu tidak pada hari
Jumaat seperti perancangan awal. En. Othman memaklumkan bahawa dia akan
memasukkan nama-nama guru tahun 1 kemudian.
Tindakan : Makluman
4.11 Pengerusi meminta pandangan En Mohd Syukri B Abd Rahman selaku Ketua Panitia
Pendidikan Jasmani dan Mantan Pengerusi Teknik Daerah mengenai Kejohanan yang akan
dilaksanakan. En. Syukri menyatakan bahawa tiada sebarang masalah mengenai
pengurusan Kejohanan tetapi guru-guru perlu mengambil berat soal keselamatan murid-
murid ketika di simpang.
Tindakan : Guru Checkpoint Simpang
4.12 En. Syukri menambah perlu ada guru yang menjadi Sweeper bagi memastikan tiada murid
yang tertinggal di belakang demi keselamatan mereka.
Tindakan : Guru Sweeper
4.13 En. Syukri mengingatkan guru-guru yang berada di checkpoint perlulah dalam kumpulan
bukan bersendirian kerana terdapat kes guru diragut ketika menjaga checkpoint merentas
desa.
Tindakan : Guru Checkpoint
4.14 En Othman mencelah bahawa akan diwujudkan AJK Pengurus Trek iaitu Ustaz An’nahari
yang memerangkap Sweeper.
Tindakan : Ustaz Annahari
4.15 En. Syukri juga memaklumkan agar guru pencatat mencatat masa peserta agar boleh
dijadikan rujukan pencapaian Kejohanan.
Tindakan: Guru Pencatat Masa
4.16 Pn Siti Hadijah mencadangkan agar ada guru yang ditugaskan untuk membuat aktiviti
renggangan setiap kali sebelum latihan dimulakan dengan mencadangkan Pn Sulaihah dan
Pn Noraishah.
Cadangan : Pn Siti Hadijah Bt Ibrahim
Menyokong : En Ahmad Ezanee Bin Mohd Sidek
Tindakan : Guru Warm Up
4.17 En Syukri meminta En Othman membuat pembetulan “Referi Pelepas” kerana tiada istilah
tersebut dan diganti dengan Penolong Pelepas. En Othman akan membuat pembetulan itu
kemudian.
Tindakan : En Othman
4.18 En Othman meminta Pn Nurulhuda Bt Pauzi mengimbangi jumlah murid dari setiap rumah
sukan. Pn Nurulhuda menyatakan bahawa dia telah selesai melakukannya kecuali terdapat
satu dua kelas belum selesai.
Tindakan : Makluman

Agenda 5.0 : Ucapan Penangguhan


5.1 Pengerusi berharap semua guru memberi kerjasama dalam menjayakan Kejohanan
Merentas Desa dan memastikan setiap aktiviti dilaksanakan berjalan lancar seperti yang
ditetapkan. Mesyuarat ditangguhkan pada jam 2.30 petang dan disudahi dengan Surah Al-
Asr.
Tindakan : Semua Guru

Disediakan Oleh Disemakan Oleh

......................................... .........................................

(Munaizi Azmi Bin Musa) (En. Samsudin Bin Ahmad)


Setiausaha Kokurikulum SKBB2 GPK Kokurikulum SKBB2

Disahkan Oleh

.........................................
(Hjh Azizah Bt Hassan)
Guru Besar SKBB2
Dicatat oleh GPK KOKURIKULUM SK KKB

You might also like