You are on page 1of 5

“ KEDAH GEMILANG ”

MINIT MESYUARAT PENGURUSAN HAL EHWAL MURID KALI PERTAMA


2016

Tarikh : 29 Disember 2015

Masa : 8.30 – 11.00 pagi


Tempat : Bilik Mesyuarat SK. Chemara
Pengerusi : En.Samsudin bin Abdul Rahman (Guru Besar)
Tidak Hadir : En.Ismail bin Ali

En.Mohd Amzari bin Yaacob

1.0 Ucapan Pengerusi.


1.1 Pengerusi mengucapkan terima kasih kepada semua AJK yang hadir
pada mesyuarat hari ini.

1.2 Pengerusi mengucapkan terima kasih dan memohon kerjasama daripada semua unit
HEM agar bersama berganding bahu memikul tanggungjawab hingga membuatkan
pengurusan setiap unit dalam HEM berjalan lancar dan baik sepanjang tahun ini.

1.3 Pengerusi juga menegaskan agar semua guru bertanggungjawab dalam


membentuk sahsiah pelajar bukan sahaja melalui bidang akademik tetapi juga melalui aktiviti-
aktiviti yang lain yang telah dirancang meliputi bidang kebajikan dan keperluan murid
sebagai seorang manusia.
Tindakan :Semua Guru

2.0 Pengesahan Minit Mesyuarat Lalu Bil 3/2015

2.1 Minit mesyuarat dicadangkan untuk disahkan oleh Pn.Suphak a/p Froom dan di
sokong oleh En.Suhaimi bi Mohd Salleh.
3.0 Perkara-Perkara Berbangkit
Tiada Perkara Berbangkit

4.0 Unit-Unit HEM


4.1 Disiplin Murid
Disiplin murid mesti sentiasa dipantau oleh semua guru.
4.1.1 Pengerusi menegaskan target kedatangan penuh pada tahun 2016 adalah
96%. Pada tahun 2015 Cuma 93% sahaja purata kedatangan setahun.
4.1.2 Program mentor mentee akan diteruskan kerana melalui program tersebut
dapat menangani masalah murid ponteng. Oleh itu mentor diharapkan dapat
memantau mentee masing-masing walaupun terdapat kekangan-kekangan
dalam tugasan.

Tindakan : Makluman, Guru Kelas, Mentor

4.2 Jawatankuasa Pengawas


Guru Disiplin Puan Siti Suhairin memberitahu sudah pun melantik pengawas sekolah dan
majlis pelantikan akan dibuat ketika perhimpunan pada minggu kedua bulan Januari.
Tindakan : Guru Disiplin, HEM

4.3 3K (Kebersihan, Keceriaan dan Keselamatan)


4.3.1 Pengerusi berharap guru kelas dapat berusaha menyediakan kelas yang
kondusif kepada murid. Menyediakan satu set kerusi dan meja tambahan jika ada murid
yang baru masuk. Pengerusi juga berharap agar selepas ini kecerian semua bilik-bilik
khas dipertingkatkan.
4.3.2 Penolong Kanan HEM menjelaskan bahawa sekolah kita berada dalam
keadaan yang kurang selesa kerana faktor pengubahsuaian longkang di bahagian pintu masuk
utama dan kawasan padang sekolah.
4.3.3. Pengerusi juga berharap ahli jawatankuasa 3K akan bergerak aktif pada tahun
ini dengan memberi keutamaan kepada keceriaan sekolah. Pastikan dihiasi dengan pokok-
pokok bunga yang selamat dan sekiranya ada yang kurang selamat seperti pokok bunga kertas
minta pekerja sekolah membuangnya.
Tindakan : Semua AJK & Guru
4.4 RMT ( Rancangan Makanan Tambahan)/ KANTIN / Susu
4.4.1 Penolong Kanan HEM memaklumkan anggaran murid yang akan mendapat RMT
pada tahun 2016 ialah seramai 82 orang dengan peruntukan sebanyak RM38,950.00.

KELAS JUMLAH PENERIMA


Tahun Satu 15 orang
Tahun Dua 11 orang
Tahun Tiga 12 orang
Tahun Empat 10 orang
Tahun Lima 14 orang
Tahun Enam 20 0rang
JUMLAH 82 orang

4.4.2 RMT akan mula disediakan oleh Pengusaha Kantin pada 3 Januari 2016 hari Ahad
mengikut menú pada tahun 2015.

4.43 Pemberian RMT berjalan seperti biasa dan dipantau serta direkodkan oleh guru bertugas
mingguan setiap hari. Seperti biasa makanan akan disediakan pada jam 7.10 pagi dan berakhir
jam 7.30. Guru bertugas hendaklah sentiasa mengawasi murid dan memastikan kualiti
makanan dan tahap kebersihan dalam keadaan baik.
Tindakan : Makluman

4.5 SPBT (Skim Pinjaman Buku Teks)


Pengerusi ingin mengetahui tentang buku SPBT untuk tahun 2016, Pn.Maheran bt Ibrahim
memaklumkan buku teks telah diedarkan kepada semua murid kecuali murid tahun satu yang
akan diedarkan pada hari pendaftaran. Bagi buku yang hilang atau rosak murid perlu
mengantikan dengan wang mengikut nilai buku tersebut. Beliau juga memaklumkan setakat
ini semua berjalan lancar dan meminta guru kelas mengisi borang G dengan lengkap.
Tindakan : Guru SPBT, Guru Kelas
4.6 Data Dan Rekod Murid
Dalam sistem APDM guru kelas perlu mengemaskini murid dan menyemak murid yang telah
berpindah. Guru boleh menggunakan telefon pintar untuk mengisi maklumat-maklumat murid
seperti bilangan keluarga, pendapatan dan lain-lain. Bagi keluarga yang miskin diharapkan
dapat mengisi pendapatan yang releven agar tiada murid yang tercicir daripada bantuan yang
sepatutnya. Guru juga boleh mengimport data dari APDM ke excel sebagai simpanan.

Tindakan: Makluman
4.7 KWAMP /Bantuan Murid

4.7.1 Bahagian bantuan murid hanya boleh diakses oleh Pn.Maheran yang dilantik sebagai
setiausaha KWAMP sekolah. Untuk makluman semua buku bank tahun 1 2015 masih ada di
bank lagi dan waris tidak pergi menuntutnya. PK HEM akan meminta pegawai bank datang
ke sekolah untuk menyerahkan kepada waris pada suatu hari yang difikirkan sesuai.

4.7.2 PK Hem memaklumkan sepanjang cuti yang lalu banyak bantuan yang diberikan
kepada murid-murid berpendapatan rendah. Bantuan ini disampaikan oleh pihak NGO
berupa set meja belajar, pakaian seragam sekolah dan wang persekolahan. Murid dipilih
berdasarkan taraf hidup.

Tindakan: Makluman

4.8 Sekolah Penyayang – Budaya Penyayang

4.8.1 Budaya sekolah penyayang diteruskan seperti kebiasaan pihak pentadbir akan
menyambut kedatangan murid di pintu pagar. – rujuk jadual

4.8.2 Pn.Che Norlia bt Salleh mencadangkan pemberian hadiah kepada murid yang
menyambut hari lahir. Sambutan dicadangkan dibuat pada setiap hujung bulan semasa
perhimpunan rasmi sekolah. Ahli mesyuarat bersetuju.

Tindakan: AJK Sekolah Penyayang

5.0 Hal-hal Lain

5.1 PK HEM mengingatkan guru-guru supaya berhati-hati semasa menanda buku kedatangan. Nama
murid hendaklah diisi berdasarkan sijil lahir untuk mengelakkan kesilapan.

5.2 Lima orang murid telah menerima satu set alat tulis manakala lapan orang murid lagi menerima
bantuan pakaian, Sembilan orang mendapat RM200 di kampong Betong Sik.

5.3 Pada hari Sabtu minggu pertama persekolahan 20 orang murid terpilih untuk menerima
bantuan berupa wang dan kelengkapan sekolah oleh Syarikat Perumahan di Kampung Begia yang
disempurnakan oleh Tuanku Laksamana Kedah.

5.4 Pihak pentadbir juga meminta semua guru mendaftar dalam SSO kerana pada masa akan datang
hanya satu password saja untuk semua aplikasi dalam talian.
6. 0 Penutup

6.1.Tuan Guru Besar mengucapkan terima kasih kepada semua dan akan bermesyuarat lagi pada
satu tarikh yang akan dimaklumkan kelak.

Mesyuarat ditangguhkan pada pukul 11.00 pagi.

Disediakan oleh: Disemak oleh: Disahkan oleh:

.............................. ............................. ............................

(CHE NORLIA SALLEH)

S/U HEM SK CHEMARA

You might also like