You are on page 1of 18

Modular Kelantan (Diploma Perguruan Prasekolah)

PEN 1033 PEDAGOGI DALAM PRASEKOLAH


BAB 3: INTERAKSI DALAM BILIK DARJAH
PENSYARAH KURSUS
En. Zuljalaludin bin Abdul Rani
Pensyarah Kolej Dar Hikmah
Hasil pembelajaran:
• Menjelaskan konsep dan bentuk interaksi.
• Mengaplikasikan pelbagai pola interaksi dan mewujudkan interaksi berkesan.
• Menghuraikan kepentingan komunikasi dan interaksi dalam pengajaran dan
pembelajaran.
• Menghuraikan cara mewujudkan komunikasi dan interaksi yang berkesan dalam
bilik darjah.
INTERAKSI DALAM BILIK DARJAH

Bab ini meliputi tiga topik utama iaitu:


3.1 Konsep dan bentuk interaksi

3.2 Interaksi dalam konteks pengajaran dan


pembelajaran

3.3 Interaksi yang berkesan


KONSEP DAN
BENTUK INTERAKSI
PENGENALAN

• Interkasi: Pengaruh atau aksi dua hala (Merriam Webster Online Dictionary).
• Proses interaksi seseorang individu dengan individu lain atau bahan-bahan di
dalam persekitaran.
• Tujuan interaksi: Untuk mempengaruhi antara satu sama lain.
• Terdapat 3 bentuk interaksi iaitu:
• Interaksi sehala
• Interaksi dua hala
• Interaksi pelbagai hala
• Bentuk interaksi dalam bilik darjah:

Interaksi Dua Hala


Interaksi Pelbagai
Interaksi Sehala Interaksi dua hala Interaksi dua hala Hala
murid dengan guru murid dengan murid
Dua Hala
Jenis Interaksi Sehala Pelbagai Hala
Guru dengan murid Murid dengan murid
Ciri-ciri • Berpusatkan guru • Hubungan yang mesra • Hubungan yang mesra • Aktiviti pengajaran
Interaksi • Tiada interaksi antara guru dengan antara murid dengan murid dan pembelajaran
antara murid murid. • Interaksi guru dan murid yang aktif.
• Aktiviti • Penglibatan murid sehala melalui bimbingan • Perhubungan antara
pembelajaran digalakkan. atau arahan sahaja guru dan murid dan
pasif • Aktiviti pembelajaran (sebagai faslitator). murid dengan murid
aktif. • Pembelajaran berpusatkan lebih erat dan
murid. mesra.
• Murid lebih kreatif. • Penglibatan guru
• Aktiviti pembelajaran aktif dan murid sangat
wujud. aktif.
• Wujud semangat
kerjasama dan saling
tolong-menolong.

Pendekatan • Pengajaran • Kaedah perbincangan • Kaedah berkumpulan


dan Stategi berpusatkan guru • Aktiviti soal jawab • Kaedah projek
Pengajaran • Guru: • Kaedah individu • Aktiviti bermain
- Memberi arahan • Aktiviti lakonan
- Bercerita • Aktiviti sumbangsaran
- Demontrasi/tunjuk
cara
INTERAKSI DALAM
KONTEKS PENGAJARAN
DAN PEMBELAJARAN
KONSEP PENGAJARAN

• Aktiviti atau proses yang berkaitan


dengan penyebaran ilmu pengetahuan
atau kemahiran.
• Aktiviti seperti perancangan,
pengelolaan, penyampaian, bimbingan
dan penilaian
Mengikut Thomas F. Green:

• Tujuan mengajar ialah menukar tingkah laku dan kelakuan pelajar melalui

perolehan ilmu pengetahuan atau kepercayaan baru.

• Aktiviti latihan atau pelaziman merupakan usaha untuk menukarkan tingkah

laku pelajar, manakala teknik tunjuk ajar atau indoktrinasi adalah untuk

menyebarkan ilmu pengetahuan dan kepercayaan baru.


DEFINISI PENGAJARAN
• Sebagai perkataan pencapaian (An achievement word) ataupun perkataan

tugasan (A task word).

• Ertinya ialah sesuatu aktiviti yang meliputi pengajaran guru dan pembelajaran,

ataupun pengajaran merupakan sesuatu tugasan.

• Ahli falsafah di negeri China berpendapat pengajaran ialah sesuatu tugasan

yang bertanggungjawab menyebarkan budaya dan ilmu pengetahuan, melatih

tenaga kemahiran dan menjelaskan keraguan.


PENGAJARAN SEBAGAI BIDANG KOMUNIKASI?

• Pengajaran dianggap sebagai suatu bidang


komunikasi.

• Ini kerana pengajaran meliputi aktiviti


perhubungan dan interaksi di antara guru dengan
murid.

• Pengajaran hanya boleh berlaku apabila guru


dapat berkomunikasi dengan murid secara
langsung dalam bilik darjah (interaksi dua hala).
GANGGUAN KEBERKESANAN INTERAKSI DALAM
PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN

• Suasana kelas yang bising yang berpunca daripada kaedah pengawalan


yang tidak baik.
• Guru yang kurang berpengalaman.
• Kepimpinan guru yang autokratik yang menyebabkan hubungan guru
dengan murid tidak mesra.
• Bilangan murid yang terlalu ramai membataskan murid dan guru bergerak
secara aktif.
INTERAKSI YANG
BERKESAN
CARA MEWUJUDKAN INTERAKSI YANG BERKESAN

• Elakkan mengkritik atau melabel murid-murid dengan memberi nama yang


boleh menimbulkan rasa malu murid.
• Guru sebagai model sentiasa menunjukkan sifat penyayang dan mengambil
tahu latar belakang murid-muridnya.
• Gunakan gaya kepimpinan demokratik dengan meraikan idea dan cadangan
murid secara terbuka.
• Rancang aktiviti pengajaran dan pembelajaran yang menarik dan gunakan
teknik perbincangan atau aktiviti berpusatkan murid.
• Menyediakan bahan bantu mengajar yang kreatif dan inovatif yang boleh
menimbulkan minat murid untuk belajar dan melibatkan diri secara aktif.
KEPENTINGAN INTERAKSI YANG BERKESAN

• Mewujudkan satu persekitaran pembelajaran yang aman dan harmoni.


• Membolehkan guru memotivasikan murid-muridnya supaya minat dalam
pembelajaran.
• Mewujudkan hubungan yang mesra antara guru dan murid, murid dan murid
supaya pembelajaran lebih menyeronokkan.
• Penglibatan murid yang lebih aktif dan berkesan
TERIMA KASIH

You might also like