You are on page 1of 17

PEN 2053 | ASAS BIMBINGAN KANAK-KANAK

“CROSS NOTE” BAB 5: KEMAHIRAN BIMBINGAN


5.4 Kemahiran Merumus
5.5 Kemahiran Mengkonfrontasi

Program: Diploma Perguruan Prasekolah_Modular Kelantan


Tenaga Pengajar: En Johari Awang
PENGENALAN
• Seorang kaunselor perlu mengetahui dan memiliki kemahiran asas
kaunseling bagi memastikan sesi kaunseling yang dikendalikan berjaya
(Sharif et al., 2003).
• Menurut Aziz et al. (2009), antara kemahiran yang perlu dikuasai oleh
seorang kaunselor ialah:
• Kemahiran mendengar
• Kemahiran membalas
• Kemahiran merefleksi
• Kemahiran merumus
• Kemahiran mengkonfrontasi
2
5.4 KEMAHIRAN MERUMUS

3
KEMAHIRAN MERUMUS
• Salah satu kemahiran yang wajib dilakukan ketika sesi kaunseling dijalankan.
• Merupakan kemahiran menghubung kait semula maklumat yang disampaikan oleh
klien.
• Kemahiran merumus/membuat kesimpulan bertujuan mengulang semula apa yang
dikatakan, dirasa dan dilakukan oleh klien (Sharif et al., 2003).
• Kaunselor perlu membuat rumusan agar kefahaman antara kaunselor dan klien adalah
selari.
4
• Sesuatu rumusan boleh dilakukan di permulaan, di pertengahan sesi mahupun di
akhir sesi kaunseling.
• Rumusan di akhir sesi biasanya merupakan rumusan keseluruhan bagi sesi tersebut.
• Terdapat 2 bentuk rumusan iaitu:
• Rumusan kecil:
• Rumusan besar

5
• Rumusan kecil dilakukan sama ada pada permulaan, pertengahan mahupun di akhir
sesi.
Contohnya:
Kaunselor: Daripada apa yang Emy bincangkan, dapatlah saya rumuskan bahawa
Emy betul-betul sedih kerana persahabatan Emy dengan kawan baik
Emy dihalang. Emy semakin renggang akibat halangan daripada
keluarga. Kedua, Emy sendiri tidak tahu bagaimana cara hendak
mengeratkan kembali hubungan Emy dengannya. Emy setuju?
Klien: Ya, saya setuju.

6
• Rumusan besar dilakukan sekali sahaja, iaitu di hujung sesi kaunseling iaitu membuat
rumusan keseluruhan.
Contohnya:
Kaunselor: Jadi, saya akan membuat rumusan di sini dari awal cerita. Pada mulanya,
Ain rasa tiak puas hati dengan penerimaan orang lain terhadap Ain. Dan,
masalah itu berlanjutan sehingga sekarang. Jadi, Ain rasa tertekan dan
kecewa. Selepas kita mengenal pasti masalah Ain tadi, cara
penyelesaiannya ialah Ain mengubah pemikiran Ain, keluar dari kumpulan
itu dan Ain akan menunjukkan pendirian Ain. Ain berpuas hati dengan sesi
kaunseling hari ini?
Klien: Ya, saya berpuas hati dengan sesi kaunseling pada hari ini. Terima kasih.

7
Menurut Ishammuddin (1999), antara tujuan merumus dalam sesi kaunseling ialah:
• Mengenalpasti corak atau tema yang konsisten atau yang selalu timbul selepas luahan
klien.
• Menghubungjalin beberapa elemen daripada luahan atau mesej yang disampaikan
oleh klien.
• Dalam kesenyapan yang berpanjangan, rumusan berfungsi mempercepatkan proses
kaunseling yang dijalankan.

8
5.5 KEMAHIRAN
MENGKONFRONTASI

9
KEMAHIRAN MENGKONFRONTASI
• Konfrontasi adalah kontradiksi antara kata-kata klien dengan tindakan klien.
• Merupakan kemahiran yang paling mencabar kerana secara terminologinya, ia merujuk
kepada konflik atau serangan terhadap percanggahan yang nyata (Patterson & Welfel,
2000)
• Dilaksanakan hanya setelah terbentuk hubungan yang baik antara klien dengan kaunselor
(Sharif et al., 2003).
• Ia bersifat mencabar dan berkemungkinan klien merasa tergugat dan tidak selesa dengan
persoalan kaunselor. 10
• Kemahiran ini digunakan dalam usaha membetulkan pandangan klien.
• Semasa kemahiran ini digunakan, kaunselor akan menggunakan nada suara yang
lembut, yang mengandungi unsur-unsur ambil berat.
• Ia bertujuan agar mesej yang ingin disampaikan tidak disalah tafsir oleh klien.
• Konfrontasi hanya boleh dilakukan sekiranya perlu (wujudnya percanggahan) dan
dalam keadaan telah wujudnya hubungan yang baik antara klien dan kaunselor.

11
• Kemahiran ini digunakan dalam keadaan yang berikut:
• Terdapat percanggahan antara apa yang diperkatakan oleh klien tentang dirinya
dengan apa yang dilakukannya.
• Apabila terdapat percanggahan di antara apa yang dikatakan oleh klien pada satu
masa dengan satu masa yang lain.
• Pengalaman kaunselor dengan klien bertentangan dengan apa yang diperkatakan
oleh klien mengenai dirinya.

12
• Contoh konfrontasi oleh kaunselor:
Contoh 1:
“Tadi anda kata anda ingin berjaya, tetapi nampaknya anda langsung tiada persediaan
untuk berjaya.”

Contoh 2:
“Daripada apa yang saudari ceritakan, apa yang saya faham, saudari jarang bertemu
dengan tunang saudari, tetapi sekarang apa yang saya dengar seperti saudari selalu keluar
dengannya. Saya agak keliru sedikit di situ.

13
Menurut Ishammuddin (1999), antara tujuan konfrontasi dalam sesi kaunseling ialah:
• Membenarkan klien menerokai mekanisme bela diri.
• Membantu klien mengenalpasti satu kontradiksi (percanggahan), rasionalisasi, helah
atau salah interpretasi (anggap).
• Supaya tingkahlaku klien menjadi lebih bersepadu.
• Menunjukkan kepada klien apa yang sedang berlaku pada diri klien.

14
RUMUSAN
• Untuk menjadi kaunselor yang berjaya, ia memerlukan kemahiran-
kemahiran tertentu.
• Kaunselor perlu bijak menggunakan kemahiran-kemahiran yang tertentu
sesuai dengan keadaan sesi yang dijalankan.

15
RUJUKAN
Aziz, M.S.M.A., Nasir, M.B., Jazimin, A.J., Sofian, S.S.S. & Noor, M.N. (2009) Kemahiran Bimbingan
dan Kaunseling. Edisi Pertama. Kuala Lumpur: PTS Professional Publishing Sdn. Bhd.
233 ms.

Ishammuddin, I. (1999) Panduan Asas Kaunseling Muslim. Kuala Lumpur: Aras Mega (M). Sdn. Bhd.
237 ms.

Mansor,A.T. (2010) Kemahiran asas kaunseling (untuk para kaunseling). Fakulti Ekologi Manusia,
Universiti Putra Malaysia, 1, 1-27.

Patterson, L.E., & Welfel, E.R. (2000) The Counseling Process. 5th ed. University of Michigan: Brooks/Cole.
369 pp.

Sharif, M.M., Roslee, A. & Sulaiman, S.M.N. (2003) Kemahiran Asas Seorang Kaunselor. Dalam
Seminar Antarabangsa Guru-guru Agama Singapura (PERGAS). Singapura: Wisma Indah.
16
TERIMA KASIH

You might also like