You are on page 1of 22

PEN 1013 | FALSAFAH PENDIDIKAN

KERJAYA GURU
SEBAGAI IBADAH

Diploma Perguruan Prasekolah (Modular Kelantan)


HASIL PEMBELAJARAN
Di akhir sesi, pelajar dapat:

✖ Membincangkan kerjaya guru dari perspektif agama.


✖ Menghuraikan pandangan ahli falsafah terhadap kerjaya guru.
Tajuk ini meliputi:
• Konsep kerjaya guru
• Konsep ibadah
• Kerjaya guru dari perspektif agama dan ahli falsafah
KONSEP KERJAYA GURU

• Seorang yang mengajar (Dewan Online Merrian-Webster)


• Pendidik, pengajar atau pengasuh (Kamus Dewan, 1992)
• Pendidik, pengasuh, wali, pemimpin, pengelola, pelatih, penyelenggara,
pengajar, fasilitator, pembimbing dan pemelihara (Kamus Besar Bahasa Melayu
Utusan)
• Seseorang yang mengajar murid di suatu institusi pendidikan atau menyediakan
atau mengeluarkan bahan pelajaran atau memeriksa jawapan yang
dikembalikan (Akta Pendidikan 1996)
• Nama lain bagi guru: ahli pedagogi, instuktur, pendidik, jurulatih atau tutor.
KONSEP GURU MENURUT PANDANGAN…

H. Syamsul Bahri Tanrere (1993)


• Guru adalah elemen yang sangat penting dalam pendidikan dan
pengajaran.
• Guru bertanggungjawab membentuk peribadi seorang murid.
• Hendaklah mempunyai ciri-ciri dan sifat yang mulia.

Tan Sri Abd. Ghafar Mahmud

• Guru pencetus dan penggerak kepada proses transformasi sistem


pendidikan.
• Indidvidu yang melahirkan generasi yang berintelek dan berkualiti.
KONSEP IBADAH

• Ibadah:
• Berasal dari perkataan Arab yang membawa maksud merendah diri, patuh,
taat, menghina diri dan memperhambakan diri kepada yang lain.
• Syarak: Taat, patuh dan merendahkan diri sepenuhnya kepada Tuhan.

• Konsep ibadah: Menurut, mengikut dan mendekatkan diri dengan segala perintah
Tuhan.

• Keutamaan ibadah: Menyucikan jiwa, membersih hati dan mengangkatnya ke


darjat tertinggi menuju kesempurnaan manusiawi.
PERSPEKTIF TERHADAP KERJAYA GURU

KERJAYA GURU SEBAGAI IBADAH

Perspektif Agama Perspektif Ahli Falsafah


PERSPEKTIF 1 Islam

AGAMA 2 Buddha

3 Kristian

4 Hindu

B
PERSPEKTIF ISLAM…

• Pendidik atau guru: Murabbi,mualim,muadib,alim atau ulamak.


• Profesion yang mulia.
• Guru juga dikelaskan sebagai:
• Al-mu'allim: Menyampaikan ilmu yang benar
• Al-murabbi: Menjayakan proses tarbiah
• Al-mu'addi: Mengajarkan adab dan budi pekerti
• Al-mursyid: Membentuk kepimpinan insan
• Al-mudarris: Menitipkan pelajaran dan kemahiran
• Qudwatun hasanah: Beri contoh yang baik
• Guru perlu fahami Islam adalah ad-Din, suatu sistem hidup nizam al-
hayat.
• Peranan guru:
• Menyampaikan akidah dan keimanan yang tulen.
• Menyampaikan pengetahuan dan kemahiran hubungan
harmoni sesama manusia dan alam.
• Membentuk akhlak atau peribadi mulia.
• Memberi kesedaran kepada masyarakat tentang hubungan,
komitmen dan hubungannya dengan hukum Allah.
PERSPEKTIF BUDDHA…
• Buddha: Berasal dari Bahasa Sanskrit yang bawa maksud mereka yang
sedar atau yang mencapai pencerahan sejati.
• Budh (mengetahui): Gelaran kepada individu yang menyedari potensi
penuh mereka untuk memajukan diri.
• Guru:
• Orang yang memandu muridnya dalam jalan menuju kebenaran.
• Dipandang sebagai jelmaan Buddha atau Bodhisattva.
• Guru yang baik akan mengumpulkan karma yang baik.
• Ciri-ciri guru: Menjiwai kesederhanaan, bersabar, tidak cepat
marah dan kerap membuat refleksi.
• Ajaran Buddha terbahagi kepada dua aliran:
• Hinayana: Mementingkan kehidupan secara masyarakat.
• Mahayana: Mementingkan keupayaan dalam menentukan
kehidupan.
PERSPEKTIF KRISTIAN…

• Ciri atau personaliti guru:


• Bersifat membimbing dan membantu murid-murid untuk
melengkapkan diri dengan ilmu yang terdapat dalam kitab suci
• Bertanggungjawab melindungi murid daripada pengaruh negatif
atau ajaran sesat.
• Menunjukkan jalan yang benar dan tepat kepada murid
berpandukan kitab suci.
• Memberi dorongan kepada murid untuk meningkatkan prestasi dan
menuntut ilmu secara meluas.
PERSPEKTIF HINDU…

• Guru:
• Simbol bagi suatu tempat suci yang berisi ilmu (vidya).
• Orang yang memberi ilmu.
• Pemandu rohani murid-muridnya.
• Mudah dicari dan diperolehi.
• Hanya ahli agama yang sudah menghayati agama akan dipanggil sebagai
Guru.
Al-Farabi
A Lahir pada tahun 870 M di Transoxia, Turki.

PERSPEKTIF Confucius
B Lahir pada 551 SM di Shantung, China.
AHLI
FALSAFAH C
Vivekananda
Lahir pada tahun 1863 di Calcutta.

Plato
D Dilahirkan pada 428 SM di Athens, Greece.

Aristotle
E Lahir pada 384 SM di Stagria, Greek.

Mahatma Gandi
B Lahir pada 1869 di India.
PANDANGAN AL-FARABI

• Orang yang bermoral tinggi, tidak taksub dengan harta dan terdidik dengan sifat
qanaah.
• Sukarela memilih menjadi guru kecuali dalam keadaan yang mendesak.
• Guru:
• Menunjukkan kefahaman yang mendalam tentang ilmu yang hendak diajar
• Dapat menggunakan kaedah mengajar secara berkesan
• Dapat menyesuaikan kaedah mengajar dengan pengalaman dan keupayaan
pelajar.
• Mengelak daripada memberi hukuman keterlaluan.
• Mengamalkan kesederhanaan dalam menghukum.
• Membuat penilaian yang wajar dan sesuai.
• Menekankan kepada kepentingan menilai hasil pembelajaran.
PANDANGAN CONFUCIUS

• Prinsip yang perlu diamalkan oleh guru:


• Menyampaikan ilmu dengan penuh minat dan komited dengan kerjayanya.
• Mempunyai pengetahuan luas dan kukuh.
• Memahami tingkah laku unik setiap pelajar.
• Menggunakan kaedah mengajar yang sesuai dengan keupayaan dan umur
pelajar.
• Seorang yang penyayang dan tidak kenal penat lelah.
• Mengembangkan potensi pelajar sambil menjadi sumber inspirasi.
• Menunjukkan kesopanan dan budi bicara ketika bergaul dan menjadi teladan.
• Sentiasa menganalisis diri dan sanggup menerima kritikan.
• Sentiasa belajar dan sentiasa mengaitkan teori dengan amalan.
PANDANGAN VIVEKANANDA

• Menekankan pentingnya menghormati semua agama.

• Guru:
• Melatih pelajar cara memberi tumpuan
• Membentuk perwatakan pelajar.
• Mempunyai pengaruh positif terhadap pelajar.
• Adil kepada semua pelajar.
• Memperkembangkan kemahiran berfikir pelajar.
• Melengkapkan diri dengan pengetahuan yang ingin disampaikan serta kaedah
menyampaikannya.
• Menyampaikan maklumat selaras dengan tahap keupayaan pelajar.
PANDANGAN PLATO

• Mencadangkan agar guru menapis cerita atau puisi yang disampaikan kepada
pelajar.

• Guru:
• Membebaskan masyarakat daripada kejahilan
• Mengajar pelajar membezakan yang salah dan yang benar
• Membawa ke jalan kebenaran
• Berhati-hati semasa mendisiplinkan pelajar
• Tidak mewujudkan diskriminasi antara jantina pelajar
• Menggalakkan pelajar melibatkan diri dengan muzik dan pendidikan jasmani
PANDANGAN ARISTOTLE

• Guru:
• Harus komited dan tekun ketika mengajar.
• Mengendalikan banyak kursus dalam pelbagai bidang untuk menunjukkan
kewibawaannya.
• Menjalankan kajian terhadap pelbagai jenis mata pelajaran.
• Mencari pengetahuan yang baru.
PANDANGAN MAHATMA GHANDI

• Memperkenalkan konsep kebebasan pendidikan yang mempunyai visi bermoral.


• Menganggap kerjaya guru adalah sangat mulia.
• Guru:
• Tidak menggunakan kekerasan.
• Menjadi role model kepada pelajar.
• Perlu melaksanakan tanggungjawab dengan sebaik mungkin.
• Melengkapkan diri dengan ilmu dan kemahiran
• Mengikuti perkembangan pendidikan.
KESIMPULAN
• Kerjaya sebagai seorang guru dianggap mulia dan
mendapat kedudukan yang tinggi.

• Seorang guru haruslah berilmu pengetahuan, professional


dan berakhlak mulia.

You might also like