You are on page 1of 19

PEN 1013 | FALSAFAH PENDIDIKAN (DIPLOMA PERGURUAN PRASEKOLAH)

PENSYARAH KURSUS
En. Zuljalaludin bin Abdul Rani
Pensyarah Kolej Dar Hikmah
DEFINISI PONDOK
Pondok bermaksud rumah iaitu untuk merendahkan diri apabila bercakap dengan
orang atau juga dipanggil madrasah dan asrama tempat mengaji iaitu tempat untuk
belajar agama.

Menurut Sabri Haji Said (1983), pengajian pondok merupakan suatu pendidikan
mengikut cara tradisional dalam memainkan peranan penting untuk
memperkenalkan, menyebarkan, mengembangkan dan meluaskan ilmu
pengetahuan agama kepada anak-anak bangsa.
SEKOLAH PONDOK
o Kemunculan sistem pondok di Malaysia tidak dapat dikesan dengan jelas.

o Namun, pada zaman dahulu ibu bapa masyarakat islam begitu bangga menghantar anak-
anaknya belajar ke institusi tradisional seperti ini terutamanya pada tahun 1930an sehingga
1940an.

o Arus pendidikan barat diperkenalkan oleh penjajah inggeris melalui sistem persekolahan
vernacular kepada masyarakat melayu, namun institusi tradisional ini tetap tegak dengan
kukuh sehingga mewujudkan golongan yang berpengetahuan agama yang luas dalam
kalangan orang melayu.
KEMUNCULAN SISTEM PONDOK DI TANAH MELAYU
Sejarah kemunculannya dipercayai seiring dengan kedatangan agama islam di tanah melayu iaitu
pada abad ke-14

Penemuan batu bersurat pada 1303M di Kuala Berang, Terengganu

Perkembangan pendidikan pondok ini semakin pesat pada abad ke-18 dan dipelajari oleh golongan
ulama dari Pattani.

Hasil daripada pengajian di Pattani, masing-masing telah pulang ke negeri mereka seperti Kelantan,
Kedah, Terengganu dan telah menubuhkan pondok-pondok sendiri.

Penuntut-penuntut lai tidak lagi ke Pattani untuk belajar.

Kelantan dipercayai negeri yang mula-mula mewujudkan sistem pondok pada tahun 1820M.
3.1 SISTEM DI PONDOK DAN MADRASAH
Sistem pondok dan madrasah memainkan peranan penting dalam memelihara
jati diri orang melayu dan menyediakan orang melayu dengan teras pendidikan
islam. Sesetengah cendekiawan berpandangan bahawa intipati institusi pondok
untuk masyarakat melayu boleh diterangkan dari sudut budaya pendidikan
dalam masyarakat melayu islam
3.2 SISTEM PONDOK
Dari segi pembelajaran sukatan yang didedahkan kepada pelajar adalah tidak tersusun, ia
bergantung kepada kemahiran guru. Antara mata pelajaran yang di ajar ialah tauhid, tafsir, fekah,
nahu saraf, hadis, doa-doa yang ada kaitan dengan kehidupan seharian. Pelajar juga didedahkan
dengan kaedah menulis dan menguasai kaedah jawi dan bahasa arab.

Aktiviti berqasidah, berzanji dan bernasyid turut diadakan.

Perjadualan

-kebiasaannya setiap selepas waktu solat akan diadakan kelas dan membentuk halaqah-
halaqah ilmu. Pelajar bebas untuk memilih kelas mengikut tahap penguasaan ilmu dan
tiada had umur.
3.3 SISTEM MADRASAH
o Sistem madrasah adalah sama dengan sistem pondok akan tetapi ia lebih sisitematik

oSetelah selesai syahadah al-quran, mereka akan berpindah kelas kepada pengajian alim selama 8
tahun.

oPengajian selama 8 tahun ini, mereka akan belajar daripada peringkat asas sehinggalah mendapat
menguasai 4 mazhab dan mempelajari sunnan sittah secara bersanad sehingga kepada rasullulah
S.A.W

oPenjadualan

-bermula jam 5 pagi sehingga 11 malam


o Aktiviti

- imtihan : dua kali setahun, sekiranya gagal akan megulang selama setahun

- perbahasan agama dari aspek Masail, para ustaz akan menilai setiap dalam nas yang
dihujahkan

- tarbiyah rohani melalui perjalanan dakwah

- Tasawuf : penggunaan kitab hadith dan riyadusolihin


3.4 SISTEM PONDOK MODEN
- pendidikan pondok yang mengabungkan sistem pendidikan agama dan akademik dari segi ilmiah

- tertubuhnya pendidikan pondok moden yang menggunakan bahasa arab sebagai bahasa pengantar

- sukatan pembelajaran terbahagi kepada dua iaitu pembelajaran seperti feqah, hadith dan akademik
(sains, matematik, bahasa melayu)

- wujudnya peperiksaan Sijil Menengah Agama (SMA/SMU) dan Sijil Tinggi Agama Malaysia(STAM)

- mempunyai buku yang bercetak berbanding dengan sistem pondok tradisional yang hanya di tulis

- pembelajaran hanyalah terhad pada sebelah pagi sehingga petang

- pembelajaran berbentuk sistem kelas yang mempunyai bilik darjah


3.5 PERBANDINGAN ANTARA SISTEM PENDIDIKAN
PONDOK DENGAN KONVENSIONAL
Sistem pembelajaran pondok Sistem pembelajaran kovensional

SISTEM PEMBELAJARAN Pembelajaran yang mementingkan Pembelajaran yang mementingkan


pendidikan agama mengenai akhirat pendidikan agama dan akademik

WAKTU BELAJAR Waktu pembelajaran yang meluas dan Waktu pembelajaran yang terhad
tidak terhad mengikut jadual semasa
-pelajar yang belajar di pondok -masuk sekolah jam 7 pagi dan pulang
hendaklah menghabiskan pengajian pada jam 2 petang setiap hari
sebagaimana yang telah ditetapkan oleh persekolah.
tok guru
SISTEM PEMBELAJARAN PONDOK SISTEM PEMBELAJARAN KONVESIONAL

KESELARASAN PENDIDIKAN Tidak mempunyai pelarasan di dalam Mempunyai pelarasan berlandaskan


pendidikan pendidikan bersepadu
- guru yang menetapkan silibus - silibus pendidikan di sekolah
pengajian di pondok dan mereka belajar berdasarkan buku teks yang telah
dari kulit ke kulit disediakan oleh kerajaan
PENGASAS Diasaskan oleh para alim ulama Diasas oleh kerajaan dan jabatan agama
di setiap negeri
SISTEM PENGAJARAN Pembelajaran berbentuk Pembelajaran yang berbentuk syarahan
muzakarah,halaqah dan syarahan yang di ketuai oleh guru dan mempunyai
sesi soal jawab
SISTEM PEPERIKSAAN Tidak mempunyai sistem peperiksaan Mempunyai sistem peperiksaan yang
-tok guru akan menyemak (tasmik) mengukur tahap kecerdikan para pelajar:
hafalan santri/pelajar -mempunyai peperiksaan pada setiap
prtengahan dan akhir tahun bagi
penilaian pentaksiran pelajaran
KELEBIHAN SISTEM PONDOK
1. Menekankan kepentingan menuntut ilmu secara bersanad. Salasilah ilmu sampai kepada rasulullah S.A.W

2. Pembelajaran daripada permulaan kitab sehingga akhir kitab

3. Pengajaran lebih bersifat penghafalan dan pemahaman

4. Memberi latihann khutbah dalam bahasa arab. (setiap minggu, wajib setiap pelajar)

5. Melahirkan pelajar berpengetahaun agama, berakhlak tinggi serta dapat membimbing masyarakatnya.

6. Sistem pendidikan islam yang menyeluruh dan berkesan dalam mengubah paradigma masyarakat melayu

7. Benteng kepada akidah dan keimanan masyarakat daripada anasir luar terutamanya konsep-konsep
modenisasi dan barat yang bertentangan dengan islam.
KESIMPULAN
I. Sistem pembelajaran di pondok dan madrasah mempunyai kelebihan dan
keunikannya yang tersendiri

II. Sistem pembelajaran ini perlulah dikekalkan, seterusnya diperkasakan untuk


melahirkan individu muslim yang berakhlak, dan mampu menyambung
kegemilangan ulama’ terdahulu

You might also like