You are on page 1of 14

Kolej Darul Hikmah (KDH)_sesi 2018

ISI KANDUNGAN

Muka surat

1.0 Pengenalan 1

2.0 Konsep pengajaran mikro 2

2.1 Tujuan pengajaran mikro 2

2.2 Kelebihan pengajaran mikro 3

3.0 Model pengajaran mikro 4

4.0 Garis panduan pengajaran mikro dan penilaiannya 6

5.0 Kemahiran mengajar dalam pengajaran mikro 8

Kesimpulan

Rujukan

Lampiran
Kolej Darul Hikmah (KDH)_sesi 2018

1.0 Pengenalan

Menurut Bilen (2015), pengajaran mikro adalah merupakan satu teknik pengajaran
dan pembelajaran yang dirangka berasaskan teori pembelajaran yang diketengahkan oleh
Bandura. Pengajaran mikro telah dipraktikkan secara meluas sekitar lewat tahun 1950 di
Stanford Universiti dalam latihan perguruan pelajarnya (Demir, 2011). Pengajaran mikro
bermaksud latihan pengajaran amali yang dipermudahkan dari skop dan organisasinya.

Istilah ‘mikro’ bermaksud sesuatu yang kecil dan apabila dikaitkan dengan
pengajaran, ini bermaksud mengecilkan aspek-apek utama pengajaran dan pembelajaran
seperti saiz kelas, peruntukan masa dan lain-lain. Manakala mengikut Wallace (2001),
pengajaran mikro merupakan pengajaran yang dipermudahkan atau satu situasi pengajaran
yang telah dikurangkan skopnya, iaitu tugas guru dipermudahkan, peruntukan masa
pengajaran dan pembelajaran (P&P) dipendekkan dan bilangan murid di dalam kelas
dikecilkan.

Pengajaran mikro dirangka bagi membolehkan proses pengajaran dan pembelajaran


dilaksanakan dalam peruntukan masa di antara lima hingga lima belas minit bagi tujuan
mengajar sesuatu kemahiran bagi sekumpulan pelajar (Helmiati, 2013). Objektifnya adalah
untuk memberi kemahiran mengajar secara berperingkat kepada para guru terutamanya
guru pelatih (Bernawi & Arifin, 2016). Oleh itu, guru dapat memahirkan diri mereka untuk
menjalankan pelbagai aktiviti pengajaran seperti pengajaran set induksi, menjalankan
aktiviti pembelajaran secara berkumpulan atau cuba menerapkan pelbagai teknik
pengajaran di dalam proses pengajaran mikro mereka.

Di samping itu, melalui pengajaran mikro, guru berpeluang mempraktikkan teori


pengajaran dalam situasi yang terkawal. Selain itu, ia juga akan memperlihatkan
bagaimana seseorang pelajar dapat mengaplikasikan satu-satu kemahiran yang telah
dipelajari dan dikuasainya secara parktik.

Kolej Darul Hikmah sesi 2018


Kolej Darul Hikmah (KDH)_sesi 2018

2.0 Konsep pengajaran mikro

Pengajaran mikro merupakan satu bentuk simulasi pengajaran yang boleh


dilaksanakan untuk latihan guru-guru pra-perkhidmatan (guru praktikal) dan dalam
perkidmatan (Shahabuddin et al., 2007). Pengajaran mikro amat berkesan untuk membantu
pelajar dan guru menguasi kemahiran mengajar dalam situasi yang lebih tenang, kurang
kompleks, terkawal dengan cara yang sistematik dan analitikal.

Selain itu, ia berkonsepkan membantu pelajar menguasai kemahiran, kaedah


mengajar dan isi kandungan pembelajaran. Pengajaran mikro juga lebih berfokus kepada
beberapa komponen kemahiran mengajar seperti kemahiran permulaan atau dikenali
sebagai set induksi, penggunaan sumber, kemahiran menyoal, kemahiran menerang,
kemahiran menjalankan aktiviti dan kemahiran penutup. Secara umumnya, menurut
Suwarna (2000), pengajaran mikro melibatkan proses pengajaran, mengkaji dan membuat
refleksi (teach, review and reflect).

2.1 Tujuan pengajaran mikro

Menurut Imran dan Shahriar (2013), pengajaran mikro bertujuan memberi


peluang kepada guru untuk mempraktikkan kemahiran mengajar dalam situasi yang
terancang, memperbaiki kelemahan dan mendapat bimbingan daripada guru
pembimbing, penyelia atau rakan sekerja, mengurangkan ketegangan dan
meningkatkan keyakinan guru untuk menghadapi situasi pengajaran yang sebenar
serta dapat mengurangkan pelbagai masalah yang berkaitan dengan pengajaran dan
pembelajaran seperti pengajaran tidak mencapai objektif dan sebagainya.

Selain itu, pengajaran mikro juga bertujuan membolehkan guru dapat


menguasai kemahiran pengajaran dengan cepat melalui pengalaman yang
menyeronokkan di samping mengamalkan teori dan konsep pengajaran dan
pembelajaran yang dipelajari (Bilen, 2015). Melalui pengajaran mikro juga, guru

Kolej Darul Hikmah sesi 2018


Kolej Darul Hikmah (KDH)_sesi 2018

dapat membuat refleksi kelemahan dan kekuatan dari pengajaran yang berfokus
melalui rakaman video pengajaran (Zainal, 2015).

2.2 Kelebihan pengajaran mikro

Pengajaran mikro merupakan satu latihan pengajaran untuk mengetahui


tahap penguasaan kemahiran mengajar guru pelatih sebelum praktikum atau
melaksanakan proses pengajaran dan pembelajaran yang sebenar di dalam kelas
(Wallace, 2001). Antara kelebihan pengajaran mikro ialah membolehkan guru
mempraktikkan kemahiran mengajar satu demi satu secara berperingkat dalam
situasi pembelajaran yang terancang dan mudah (Suwarna, 2000). Selain itu, melalui
pengajaran mikro juga, guru boleh mempelajari teknik mengajar dalam keadaan
yang tenang, mudah dan kurang kompleks (Abdurrahman, 2010).

Di samping itu, pengajaran mikro membolehkan guru mengamalkan teori


pengajaran yang dipelajari di dalam dunia pendidikan yang sebenar (Zainal, 2015).
Malah, melalui perbincangan selepas sesi pengajaran juga membolehkan guru
mengesan dan memahami kesalahan yang dilakukan atau kelemahan yang terdapat
sepanjang pengajaran, dan memperbaiki kelemahan tersebut daripada berulang
dalam pengajaran yang seterusnya (Imran & Shahriar, 2013).

Kolej Darul Hikmah sesi 2018


Kolej Darul Hikmah (KDH)_sesi 2018

3.0 Model pengajaran mikro

Beberapa model pengajaran mikro telah disarankan oleh pakar-pakar pengasasnya.


Antaranya ialah, model pengajaran mikro oleh D. Allen dan K. Kyan dan model pengajaran
mikro oleh George Brown (Shukery, 1994). Mengikut model pengajaran George Brown,
proses pengajaran mikro meliputi tiga proses iaitu merancang, mengajar dan mengulas.
Model ini lebih ringkas berbanding model yang diketengahkan oleh D. Allen dan K. Kyan
yang meliputi enam proses pengajaran (Rajah 3.1).

Merancang Mengajar Mengulas

Mengulas semula Mengajar semula Merancang semula

Rajah 3.1 Proses pengajaran mikro yang diasaskan oleh D. Allen dan K. Kyan.

Mengikut model D. Allen dan K. Kyan, terdapat enam proses pengajaran mikro yang
perlu dilalui oleh guru iaitu merancang, mengajar, mengulas, merancang semual, mengajar
semula dan mengulas semula. Bagi proses merancang, guru perlulah membuat persediaan
mengajar yang memenuhi kriteria yang telah ditetapkan dengan menfokuskan kemahiran
yang akan dipraktikkan (Nurfina et al., 2011). Perkara-perkara yang berkaitan dengan
pengajaran seperti bilangan murid, alat bantu mengajar dan aktiviti perlu dirancang dengan
teliti supaya proses pengajaran mikro dapat berjalan dengan lancar, sesuai dengan masa
yang telah diperuntukkan (Abdurrahman, 2016). Di samping itu, borang-borang yang
berkaitan dengan penilaian perlulah disediakan sebelum memulakan proses pengajaran.

Bagi proses kedua mengikut model tokoh ini iaitu mengajar, guru hendaklah
menjalankan sesi pengajaran seperti yng dirancang. Semua prinsip dan garis panduan
berkenaan sesuatu kemahiran yang menjadi fokus perlu dihayati dan dipraktikkan

Kolej Darul Hikmah sesi 2018


Kolej Darul Hikmah (KDH)_sesi 2018

(Barnawi & Arifin, 2016). Contohnya, kemahiran menyoal, guru hendaklah


mengaplikasikan semua prinsip dan komponen kemahiran menyoal dalam sesi pengajaran.
Bagi langkah menilai nanti, guru digalakkan merakam sesi pengajaran yang dijalankan.

Manakala langkah ketiga pula ialah proses mengulas atau menilai. Latihan akan
menjadi bertambah baik jika guru menerima maklum balas tentang sesi pengajaran
mikronya (Ahmet, 2010). Sekiranya ada rakaman, guru bolehlah menonton rakaman
tersebut dan membuat penilaian kendiri. Selain itu, guru juga boleh meinta bantuan rakan
guru yang lain untuk menilai pengajaran menggunakan borang penilaian yang telah
diedarkan sebelum sesi pengajaran.

Hasil daripada penilaian yang diterima dan dibuat, guru hendaklah membuat
perancangan kali kedua untuk menjalankan pengajaran semula. Langkah keempat ini
mungkin melibatkan pindaan kepada persediaan mengajar yang disediakan, hasil
penambahbaikkan daripada pengajaran yang lepas (Zainal, 2015). Proses yang keempat
ialah pengajaran semula. Selepas selesai membuat perancangan semula, pengajaran semula
perlulah dilaksanakan dengan mengambil kira komen dan teguran berdasarkan penilaian
yang dibuat.

Proses yang terakhir ialah mengulas semula (Nurfina et la., 2011). Selepas
pengajaran kali kedua, perbincangan berkenaan pengajaran perlu dibuat di bawah
penyeliaan bagi mengukuh dan meneguhkan kemahiran mengajar yang telah dipraktikkan.

Kolej Darul Hikmah sesi 2018


Kolej Darul Hikmah (KDH)_sesi 2018

4.0 Garis panduan pengajaran mikro dan penilaiannya

Sesuai dengan istilah ‘mikro’, komponen-komponen utama proses pengajaran dan


pembelajaran dikecilkan bagi memastikan objektif pengajaran tercapai. Yang pertama, dari
segi saiz kelas. Kelas untuk pengajaran mikro tidak terikat seperti kelas biasa. Minimum
ialah empat hingga sepuluh orang murid sekelas supaya kelas mudah dikawal dan
pemantauan secara spesifik dapat dijalanakan (Shahabuddin et al., 2007). Malah, oleh
kerana tumpuan kepada satu kemahiran pengajaran sahaja, masa yang diambil atau
diperuntukkan perlulah memadai antara lima hingga lima belas minit sahaja. Ini bertujuan
untuk melihat fokus kemahiran dengan lebih terperinci.

Pengajaran mikro juga boleh dilaksanakan dalam bilik miro pengajaran yang
mengandungi kelengkapan yang secukupnya seperti perakam video, papan tulis, meja dan
kerusi untuk menampung keperluan murid (Barnawi & Arifin, 2016). Di samping itu,
pengajaran mikro juga boleh dilaksanakan di kelas biasa, tetapi perlulah dipastikan kriteria-
kriteria lain diambil kira seperti jumlah murid dan kelengkapan alatan pengajaran (Nurfina
et al., 2011).

Semasa sesi pengajaran mikro, guru pembimbing atau penyelia perlu ada bersama
dengan guru untuk melihat, mendengar dan menganalisis tingkah laku pengajaran yang
dijalankan. Selain itu, dalam pengajaran mikro juga, ia perlu berfokus hanya kepada satu
kemahiran sahaja pada satu masa untuk melihat penguasaan guru dalam aspek set induksi
(Wallace, 2001). Apabila satu kemahiran telah dikuasai, barulah dapat digabungjalinkan
dengan kemahiran-kemahiran lain.

Selain itu, borang penilaian yang digunakan juga perlulah merangkumi penilaian
terhadap perlakuan guru pelatih dari aspek kemahiran mengajar yang difokuskan.
Pengajaran mikro bukan terhad kepada penilaian markah semata-mata tetapi ia lebih
kepada bimbingan untuk guru pelatih menguasai kemahiran mengajar dengan lebih yakin.
Oleh itu, borang penialain perlulah mengandungi sub kemahiran mengajar dan penunjuk
kualiti untuk ditentukan oleh penyelia atau penilai.
6

Kolej Darul Hikmah sesi 2018


Kolej Darul Hikmah (KDH)_sesi 2018

Selain itu, semasa pengajaran mikro sedang berlangsung juga, penyelia atau penilai
tidak boleh campur tangan atau memberi komen pengajaran kepada guru tersebut
(Shahabuddin et al., 2007). Sebarang bimbingan atau analisis perlu dilakukan sebelum atau
selepas pengajaran mikro berjalan. Dalam sesi perbincangan, penilai perlulah memberi
peluang kepada guru pelatih untuk mengeluarkan pendapat, pandangan atau memberi
ulasan tentang kelemahan dan kekuatan yang berlaku sepanjang pengajaran mikro. Selepas
itu, barulah penilai perlu memberi bimbingan, diskusi, motivasi dan tunjuk cara yang lebih
baik kepada guru pelatih tersebut (Nurfina et al., 2011).

Kolej Darul Hikmah sesi 2018


Kolej Darul Hikmah (KDH)_sesi 2018

5.0 Kemahiran mengajar dalam pengajaran mikro

Pengajaran mikro merupakan satu teknik simulasi yang bertujuan memberikan guru
pengalaman mengajar serta menguasai kemahiran-kemahiran dalam mengajar dalam satu
situasi yang hampir sama dengan aktiviti pengajaran dalam bilik darjah (Nurfina et al.,
2011). Kemahiran mengajar yang dipilih ialah kemahiran-kemahiran mengajar yang
penting dan kerap digunakan untuk menjalankan aktiviti pengajaran. Di antara kemahiran
yang diperlukan dalam pengajaran mikro ialah kemahiran penyampaian set induksi,
kemahiran menerang dengan menggunakan contoh, ilustrasi dan sumber pengajaran dan
pengajaran, kemahiran menyoal, kemahiran pelbagai rangsangan, kemahiran pengukuhan,
kemahiran menggunakan sumber dan kemahiran penutup (Helmiati, 2013).

Set induksi adalah bahagian permulan bagi sesuatu proses pengajaran (Zainal,
2015). Ia bertujuan membina aliran pemikiran serta menimbulkan minat murid-murid
supaya mereka menumpukan perhatian terhadap aktiviti pengajaran yang hendak
disampaikan. Terdapat beberapa cara yang boleh digunakan untuk menyampaikan set
induksi. Antaranya ialah penggunaan alat bantu mengajar, motivasi, teknik menyoal,
ulangkali topik yang berkaitan, membimbing murid mengingat kembali pelajaran yang
telah dipelajari dan sebagainya. Oleh keran set induksi bertujuan membina aliran pemikiran
murid, masa yang diperuntukkan tidak seharusnya melebihi lima minit dalam sesuatu
waktu pembelajaran (Nurfina et al., 2011).

Kemahiran kedua ialah kemahiran menerang. Digunakan untuk menyampaikan


maklumat, konsep atau isi kandungan pelajaran kepada murid, biasanya pada peringkat
perkembangan. Semasa guru menggunkan kemahiran menerang, guru boleh menggunakan
contoh atau ilustrasi supaya ia dapat membantu murid memahami apa yang disampaikan
(Zainal, 2015). Kemahiran seterusnya ialah kemahiran menyoal. Teknik menyoal penting
dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran (Shahabuddin et al., 2007). Pada peringkat
permulaan, kemahiran menyoal digunakan untuk membantu murid mengingat kembali
pelajaran lepas. Manakala pada peringkat perkembangan, ia digunakan untuk mencungkil
pemikiran murid. Pada peringkat penutup, kemahiran ini digunakan untuk menilai
8

Kolej Darul Hikmah sesi 2018


Kolej Darul Hikmah (KDH)_sesi 2018

pencapaian objektif pengajaran. Antara objektif kemahiran menyoal ialah menguji


pengetahuan murid, merangsang pemikiran murid, menarik perhatian murid, menilai
keberkesanan pengajaran, menjalin hubungan murid dengan guru, memperkukuh
kefahaman murid, menimbulkan minat dan perasaan ingin tahu murid,
memperkembangkan daya pemikiran murid dan menggalakkan murid mengambil bahagian
dalam pembelajaran agar suasana pembelajaran yang aktif dapat diwujudkan.

Seterusnya, kemahiran pengukuhan. Digunakan apabila murid memberi jawapan


atau reaksi yang betul dalam satu-satu aktiviti (Zainal, 2015). Pujian juga merupakan satu
teknik pengukuhan tingkah laku. Antara prinsip kemahiran pengukuhan ialah berubah dari
semasa ke semasa, diberi sebaik sahaja selesai murid memberikan jawapan yang betul,
mengelak komen yang negatif, memilih teknik pengukuhan yang sesuai dengan tahap
pelajar dan diberikan dengan ikhlas (Barnawi & Arifin, 2016). Kemahiran pengukuhan
penting kerana ia dapat membantu meningkatkan semangat ingin belajar, meningkatkan
peratusan murid bersifat cubajaya, murid akan berubah ke arah tingkah laku positif dan
membantu mewujudkan hubungan yang baik antara guru dan murid.

Selain itu, kemahiran pelbagai rangsangan juga penting dalam pengajaran mikro.
Kemahiran pelbagai rangsangan bermaksud kebolehan guru mempelbagaikan teknik
penyampaian atau pengajaran (Nurfina et al., 2011). Ia bertujuan menarik minat dan
perhatian murid. Kemahiran ini meliputi kemahiran mengubah tingkah laku,
mempelbagaikan aktiviti, menukar corak interaksi dan mempelbagaikan kaedah
pengajaran.

Kemahiran yang seterusnya ialah kemahiran menggunakan sumber bagi tujuan


pengajaran. Ia merupakan kemahiran mengajar yang sering digunakan dalam pengajaran.
Contohnya penggunaan papan tulis. Penggunaan papan tulis memerlukan kemahiran guru
merancang dan menyusun tulisan, nota dan gambar rajah. Oleh itu guru yang menguasai
kemahiran ini dengan baik, ia akan memudahkan murid memahami pengajaran yang
disampaikan. Begitu juga dengan penggunaan nota berbentuk ‘power point’, penggunaan

Kolej Darul Hikmah sesi 2018


Kolej Darul Hikmah (KDH)_sesi 2018

ruang bagi tulisan dan rajah perlu sesuai dan seimbang di samping nota disusun secara
sistematik (Zainal, 2015).

Kemahiran yang terakhir ialah kemahiran penutup. Penutup ialah bahagian terakhir
sesuatu pelajaran. Aktiviti rumusan, pengukuhan dan penilaian biasanya diadakan dalam
bahagian ini. Guru menggunakan bahagian ini untuk membantu murid-murid
mengukuhkan konsep atau kemahiran baru yang dipelajari dengan merumuskan isi-isi
penting atau memberi aktiviti susulan. Guru juga boleh menggunakan bahagian penutup
untuk menilai pencapaian objektif serta aktiviti pengajaran yang dilaksanakan.

Terdapat dua jenis penutup iaitu kognitif dan sosial. Penutup jenis kognitif
bertujuan mengukuhkan isi atau kemahiran yang dipelajari dengan cara membuat rumusan,
kesimpulan, memberi lembaran kerja, memberi aktiviti pengayaan dan penyoalan isi-isi
penting (Zainal, 2015). Manakala penutup jenis sosial pula bertujuan memberi satu
perasaan pencapaian supaya murid ingin terus belajar atau mengapliksikan apa yang
dipelajari dalam kehidupan seharian dengan cara menggunakan teknik peneguhan atau
tugas lanjutan. Antara prinsip-prisip penutup ialah, guru perlu memastikan ia sesuai dengan
objektif, isi dan kemahiran yang baru dipelajari dan menyediakan aktiviti pengukuhan dan
susulan dengan teliti (Nurfina et al., 2011).

10

Kolej Darul Hikmah sesi 2018


Kolej Darul Hikmah (KDH)_sesi 2018

KESIMPULAN

Kesimpulannya, pengajaran mikro bertujuan membekalkan kemahiran dan


pengalaman mengajar kepada warga guru terutamanya guru pelatih. Dalam konteks yang
sebenarnya, pengajaran mikro mengandungi banyak tindakan, meliputi teknik
penyampaian pengajaran, teknik penggunaan sumber dan teknik pengajaran, cara
pengelolaan kelas dan cara melaksanakan penilaian. Oleh itu, melalui pelaksanaan
pengajaran mikro, ia dapat membantu membekalkan pengalaman bersifat individual untuk
seseorang guru meningkatkan perkembangan dan kemahiran mengajar, seterusnya
membantu menjayakan dasar Falsafah Pendidikan Negara.

Di samping itu, bagi memastikan keberkesanan pengajaran mikro, guru hendaklah


terlebih dahulu mempersiapkan diri dengan perancangan mengajar yang tersusun dan teliti.
Selain itu, guru juga perlulah sentiasa membuat penilaian kendiri bagi memastikan
kekurangan melaksanakan pengajaran dapat diperbaiki, sekaligus meningkatkan mutu
pengajaran.
Kolej Darul Hikmah (KDH)_sesi 2018

RUJUKAN

Abdurrahman (2010) Learner-centered micro teaching in teaching education. International


Journal of Instruction, 3(1), 77-100.

Ahmet, I.S. (2010) Effects of peer teaching and microteaching on teaching skills of pre-
service physics teacher. Journal of Education and Science, 35(155), 78-88.

Barnawi & Arifin, M. (2016) Micro Teaching (Teori dan Praktik Pengajaran yang Efektif
dan Kreatif). Edisi Kedua. Jogjakarta: Ar-Ruzz Media. 220 halaman.

Bilen, K. (2015) Effect of micro teaching technique on teacher candidates’ beliefs


regarding mathematics teaching. Procedia-Social and Behavioral Sciences, 174,
609-619.

Helmiati, M.A. (2013) Micro Teaching Melatih Keterampilan Dasar Mengajar. Cetakan
Pertama. Yogyakarta: CV. Aswaja PressIndo. 212 halaman.

Imran, M. & Shahriar, R. (2013) Micro teaching to improve teaching method: an analysis
on students’ perspectives. Journal of Research & Method in Education, 1(4), 69-
76.

Nurfina, A., Suwarna, Sunaryo, Basrowi, H., Barkah, L. & Prapti, K. (2011) Panduan
Pengajaran Mikro. Edisi Pertama. Yogyakarta: Universiti Negeri. 68 halaman.

Shahabuddin, H., Rohizani, Y. & Zohir, A. (2007) Pedagogi: Strategi dan Teknik
Mengajar Dengan Berkesan. Edisi Pertama. Selangor: PTS Professional
Publishing Sdn. Bhd. 233 halaman.
Kolej Darul Hikmah (KDH)_sesi 2018

Shukery, M. (1994) Beberapa model pencerapan pengajaran-pemelajaran: huraian konsep,


andaian teoretikal serta masalah-masalah berbangkit. Journal Pendidik dan
Pendidikan, 13, 63-71.

Suwarna, M.P. (2000) Pengajaran Mikro. Edisi Kedua. Indonesia: Tiara Wacana. 245
halaman.

Wallace, M.J. (2001) Training Foreign Language Teachers: A Reflective Approach.


United Kingdom: Cambridge University Press. 176 pp.

Zainal, A. (2015) Mikro Teaching: Disertai dengan Pedoman Pengalaman Lapangan.


Edisi Kedua. Yogyakarta: Raja Grafindo Persada. 196 halaman.

You might also like