You are on page 1of 10

Kolej Darul Hikmah (KDH)_sesi 2018

Filem banyak mempengaruhi tingkah laku, pemikiran dan kesedaran masyarakat,


umumnya golongan anak muda. Dalam dunia pendidikan, banyak filem yang boleh
ditonton, dihayati dan dijadikan teladan oleh golongan guru. Salah satu filem yang
dimaksudkan ialah filem Taare Zameen Par, arahan artis Hollywood, Aamir Khan yang
ditayangkan pada tahun 2007 (Rajah 1).

Rajah 1 Filem Taare Zameen Par yang diterbitkan oleh Aamir Khan yang mengetengahkan
bahawa semua kanak-kanak adalah istimewa.

Di dalam filem ini, banyak memaparkan kemahiran-kemahiran yang sewajarnya


diaplikasikan oleh seorang pendidik dalam membimbing murid-muridnya, terutama murid
yang dikenalpasti mengalami masalah pembelajaran. Contohnya, berdasarkan filem ini,
dapat kita lihat pelbagai teknik, kemahiran atau kaedah yang digunakan oleh Aamir Khan
yang membawa watak sebagai seorang guru seni dalam membimbing dan membantu
muridnya yang mengalami Disleksia, iaitu Ishaan. Kanak-kanak yang mengalami Disleksia
biasanya mempunyai dunia sendiri, suka berimaginasi, tidak dapat membaca dan menulis
dengan baik seperti kanak-kanak normal. Antara kemahiran yang dapat dikenalpasti
digunakan sepanjang fileM ini oleh Aamir Khan sebagai guru ialah:

1
Kolej Darul Hikmah (KDH)_sesi 2018
Kolej Darul Hikmah (KDH)_sesi 2018

Kemahiran Membina Suasana Alam Sekeliling


Sebagai guru, kemahiran membina suasana alam sekeliling amatlah penting
khususnya dalam proses pengajaran dan pengajaran. Kemahiran ini digunakan bagi
membina hubungan dengan klien bagi memahami masalah klien dengan lebih mendalam
lagi. Dalam konteks pendidikan, klien merujuk kepada murid. Berdasarkan filem Taare
Zameen Par (2007), kemahiran ini jelas ditonjolkan semasa awal pengajaran Aamir Khan
bagi subjek Pendidikan Seni. Beliau menggunakan tarikan melalui nyannyian dan tarian.

Bahkan beliau memakai boneka bagi menarik minat muridnya untuk meneruskan
pembelajaran, memandangkan kelas tersebut merupakan kelas pertama beliau setelah
bertukar sekolah. Dalam konteks pendidikan, ia disebut set induksi. Tindakan beliau jelas
mampu menjadi perangsang kepada muridnya supaya sentiasa tenang dan positif dengan
memberikan tanggapan pertama yang baik. Sebelum beliau meneruskan pembelajaran,
impak kepada tindakan beliau dapat kita lihat apabila murid mula berani mendekati beliau,
dan hubungan mesra antara pembimbing (guru) dan murid (klien) terbina.

Kemahiran Penstrukturan
Kemahiran ini penting bagi menentukan sifat batasan dan matlamat perhubungan
menolong. Melalui filem ini, Aamir Khan banyak menonjolkan bagaimana beliau membuat
penstrukturan untuk mengenalpasti masalah yang dialami oleh Ishaan, bagi merangka cara
untuk membimbing dan menolong Ishaan dalam menghadapai masalah pembelajaran yang

2
Kolej Darul Hikmah (KDH)_sesi 2018
Kolej Darul Hikmah (KDH)_sesi 2018

dialaminya. Contohnya, dengan cara bersoal jawab dan soal selidik rakan Ishaan, Rajan,
menziarahi keluarga Ishaan untuk mengetahui perkembangan Ishaan dan cuba mendekati
Ishaan secara perlahan-lahan dan berterusan.

Kemahiran Apresiasi
Kemahiran ini digunakan oleh guru-guru Pendidikan Seni di sekolah Ishaan
termasuklah Aamir Khan sendiri. Beliau meminta muridnya melukis atau dengan istilah
‘meluahkan’ apa yang mereka fikir dan menterjemahkannya ke atas sehelai kertas.
Kemahiran apresiasi dapat melatih murid berfikir dan berkomunikasi dalam bahasa seni.
Melalui seni juga, guru dapar mengenalpasti potensi, masalah atau pesekitaran seseorang
murid.

3
Kolej Darul Hikmah (KDH)_sesi 2018
Kolej Darul Hikmah (KDH)_sesi 2018

Kemahiran Penampilan Diri dan Kemahiran Ekspresi Wajah


Sebagai guru, Aamir Khan banyak menampilkan penampilan dan ekspresi wajah
yang mampu membuatkan murid merasa selesa dengan kehadirannya. Cara beliau melayan
keunikan murid-muridnya membuatkan muridnya merasa selesa dengan caranya. Begitu
juga dengan Ishaan, pendekatan Aamir Khan yang mendekati atau mengenalinya dengan
perlahan-lahan dan berterusan membuatkan Ishaan tidak merasa terancam dan ketakutan,
berbanding sebelum dia mengenali Aamir Khan.

4
Kolej Darul Hikmah (KDH)_sesi 2018
Kolej Darul Hikmah (KDH)_sesi 2018

Kemahiran Merumus
Merumus ialah menyatakan atau mengikat semula bahagian isi dan perasaan
penting yang telah dikatakan oleh klien dalam sesi kaunseling (Sharif et. al., 2003). Salah
satu tujuan merumus yang dijelaskan oleh lshamuddin Ismail (1999) untuk
menghubungjalinkan beberapa maklumat daripada mesej klien dan untuk mengenalpasti
satu paten atau tema yang konsisten atau yang selalu timbul selepas beberapa mesej
tersebut.

Setelah Ram Shankar Nikumbh membuat pemerhatian terhadap hasil kerja dan
lukisan Ishaan Nandkishore Awasthi dan menghubungkait semua maklumat yang telah
diperolehinya daripada keluaraga Ishaan, Ram telah menggunakan kemahiran merumus
untuk menerangkan permasalahan sebenar yang dihadapi oleh Ishaan kepada keluarganya.
Hal ini penting dalam memberikan gambaran awal yang sebenar apa yang telah berlaku ke
atas Ishaan.

5
Kolej Darul Hikmah (KDH)_sesi 2018
Kolej Darul Hikmah (KDH)_sesi 2018

Ram telah merumuskan segala jenis kesulitan yang dihadapi oleh Ishaan dengan
memberikan contoh dugaan dan kesulitan yang dihadapi juga oleh Ram sewaktu zaman
kanak-kanak yang keseluruhannya hampir sama dengan apa yang dihadapi oleh Ishaan
ketika ini. Hal ini akan memberikan gambaran kepada Ishaan bahawa gurunya, Ram
memahami perasaan dan gelora jiwanya.

Kemahiran Mengkonfrontasi
Menurut Mansor (2010), konfrantasi merupakan kontradiksi iaitu sesuatu
berlawanan atau bertentangan, pertentangan antara kata-kata klien dengan tindakan klien
Semasa sesi kaunseling dijalankan, pembimbing tidak semestinya bersetuju dengan
pendapat atau tingkahlaku yang diperkatakan oleh klien. Oleh kerana itu, pembimbing akan
mengambil langkah membuat konfrantasi dalam usaha membetulkan pandangan klien

6
Kolej Darul Hikmah (KDH)_sesi 2018
Kolej Darul Hikmah (KDH)_sesi 2018

Ram telah melakukan konfrontasi terhadap jawapan yang telah diberikan oleh ayah
Ishaan apabila ayah Ishaan tidak menjawab pertanyaan Ram yang ketika itu bertanyakan
tentang masalah yang dihadapi oleh Ishaan. Ia seakan-akan ayah Ishaan masih cuba
meletakkan kesalahan permasalahan pembelajaran Ishaan adalah kerana sikap dan perilaku
Ishaan.

Ram juga telah melakukan konfrontasi buat kali yang kedua apabila ayah Ishaan,
Mr. Awasthi mengatakan bahawa dia menyedari apa yang berlaku ke atas Ishaan. Akan
tetapi Ram mengatakan sebaliknya iaitu Mr Awasthi pada hakikatnya tidak menyedari apa
yang sebenarnya yang dialami dan dihadapi oleh Ishaan. Melalui konfrontasi yang
dilakukan oleh Ram, Ram berjaya membuka mata dan fikiran kedua ibu bapa Ishaan
terutamanya ayah Ishaan dalam memandang dan memahami keunikan anak mereka.

7
Kolej Darul Hikmah (KDH)_sesi 2018
Kolej Darul Hikmah (KDH)_sesi 2018

Kemahiran Pandangan dan Kontak Mata

Ram banyak menggunakan kontak mata yang menunjukkan kemesraan, prihatin,


dan cakna dengan murid-muridnya sepanjang waktu dia bersama-sama murid-muridnya.
Pandangan mata Ram penuh dengan kasih sayang sewaktu dia memandang anak-anak
muridnya terutama setelah dia mengetahui masalah yang dihadapi oleh Ishaan.

Kemahiran Pergerakan

8
Kolej Darul Hikmah (KDH)_sesi 2018
Kolej Darul Hikmah (KDH)_sesi 2018

Ram banyak menggunakan pergerakan dari segi memberikan sentuhan terhadap


anak-anak muridnya. Semasa berinteraksi dengan mana-mana anak muridnya, Ram tidak
terlepas daripada tersenyum dengan ceria sambil menggosok kepala, muka atau bahu anak-
anak muridnya. Apabila Ram bertindak dengan melakukan pergerakan sedemikian, murid-
muridnya akan mula mesra dan selesa dengannya.

Ram telah mempengaruhi kawan-kawan Ishaan yang lain untuk mengagumi


kehebatan hasil ciptaan Ishaan iaitu membuat helikopter air dengan memberikan tepukan
secara beramai-ramai. Pada masa yang sama, Ram telah berjaya mengubah persepsi rakan-
rakan Ishaan yang selama ini memandang rendah dan mengetawakan Ishaan.

9
Kolej Darul Hikmah (KDH)_sesi 2018
Kolej Darul Hikmah (KDH)_sesi 2018

Ram juga banyak memberikan pergerakan yang mendorong semangat Ishaan untuk
terus berasa seronok belajar dengan cara mendampingi dan melayan Ishaan dengan penuh
kasih sayang dalam membantu Ishaan menyeselaikan permasalahan yang dihadapi oleh
Ishaan.

10
Kolej Darul Hikmah (KDH)_sesi 2018

You might also like