You are on page 1of 3

PANITIA PENDIDIKAN MORAL

SEKOLAH KEBANGSAAN GENTING

MINIT MESYUARAT KALI PERTAMA


(2017)

Tarikh : 4 Januari 2017

Tempat : Bilik Muzik

Masa : 10.15 pagi – 11.05 pagi

Kehadiran : Cik Nurul Syafawati Bt Sheikh Jamaluddin (Ketua Panitia)

Encik Azman Bin Zailani (Setiausaha)

AGENDA MESYUARAT

1.0 Ucapan Pengerusi


2.0 Perancangan Panitia
3.0 Hal-hal Lain
4.0 Ucapan Penangguhan

1.0 Ucapan Pengerusi :

1.1 Pengerusi mengucapkan terima kasih kepada semua guru kerana hadir
mesyuarat panitia yang kali pertama pada tahun ini. Beliau juga berharap semua
guru akan meningkatkan lagi prestasi pada tahun ini.
2.0 Perancangan Panitia :

2.1 Cik Nurul Syafawati memaklumkan jumlah murid yang mengambil subjek
Pendidikan Moral adalah seramai 5 orang pada tahun ini.

2.2 Cik Nurul Syafawati memaklumkan tentang penggunaan peta i-think dalam PdP
untuk digunakan dalam kelas moral. Beliau turut memaklumkan bahawa
sekiranya pembaris peta i-think diperlukan, guru-guru boleh dapatkan di tempat
beliau bagi kegunaan PdP.
Tindakan : Semua guru

2.3 Beliau turut memaklumkan bahawa waktu Pendidikan Moral telah ditambah satu
waktu lagi bersama waktu Pendidikan Islam. Kesemua waktu Pendidikan Moral
adalah sebanyak 8 waktu seminggu.

2.4 Semua guru Pendidikan Moral diharap dapat menyiapkan Rancangan


Pengajaran Tahunan masing-masing. Guru-guru digalakkan menggunakan
waktu Pendidikan Moral seperti yang diperuntukkan dengan sepenuhnya untuk
mengajar Pendidikan Moral supaya murid mendapat manfaat bagi membina
insan yang bermoral.

Tindakan : Semua guru

3.0 Hal-hal lain

3.1 Cik Nurul Syafawati memaklumkan semua murid telah disediakan satu buah
buku aktiviti. Buku aktiviti kerja murid yang dibeli perlu digunakan sepenuhnya
sebagai pengukuhan murid.
Tindakan : Semua guru

3.2 Guru-guru diingatkan untuk menerapkan nilai murni dalam diri murid dan guru
bukan sekadar menyampaikan isi kandungan sahaja.

Tindakan : Semua guru


3.3 Cik Nurul Syafawati turut memaklumkan bahawa borang sahsiah murid masih
lagi digunakan bagi menilai perubahan sahsiah murid. Borang ini perlu diisi dua
kali setahun. Guru diminta menilai murid berdasarkan pemarkahan dalam borang
yang diedarkan.
Tindakan : Semua guru

3.4 Cik Nurul Syafawati turut mengagihkan penggubal soalan peperiksaan PKSR
yang dicadangkan seperti berikut:

Nama penggubal Tahun

Cik Nurul Syafawati 1, 2 dan 3

Encik Azman 5 dan 6

4.0 Ucapan penangguhan

4.1 Cik Nurul Syafawati mengucapkan terima kasih di atas semua kerjasama
yang diberikan dan berharap guru-guru Pendidikan Moral dapat melaksanakan
tugas dengan baik.

Mesyuarat ditangguhkan pada pukul 11.05 pagi.

Disediakan oleh: Disahkan oleh:

…………………………… ………………………………….
(Azman Bin Zailani) (Cik Nurul Syafawati Bt Sheikh Jamaluddin)
Setiausaha, Ketua Panitia,
Pendidikan Moral. Pendidikan Moral.

You might also like