You are on page 1of 6

MINIT MESYUARAT PANITIA BAHASA MELAYU KALI PERTAMA TAHUN 2017

Tarikh : 19.1.2017
Hari : Khamis
Masa : 1:15 petang
Tempat : Bilik Gerakan

Kehadiran:
1. En. Mohd Jamil bin Ngah (Guru Besar) Penasihat
2. En. Abdul Halim bin Mohamed Zelan Ketua Panitia/Pengerusi
3. En. Mazlan bin Yahya Setiausaha
4. Pn. Suzila binti Omar
5. En. Rosman bin Omar

Agenda 1 : Kata-kata Aluan Pengerusi

1.1 Pengerusi memulakan majlis dengan bacaan surah Al-Fatihah. Mengucapkan terima kasih
kepada En Mohd Jamil bin Ngah selaku Guru Besar dan semua guru Bahasa Melayu di atas
kehadiran mereka ke mesyuarat kali ini.
1.2 Pengerusi berharap mesyuarat kali pertama 2017 akan memantapkan lagi kecemerlangan
panitia Bahasa Melayu.

Agenda 2: Ucapan Penasihat (En. Mohd Jamil bin Ngah)

2.1 Encik Mohd Jamil bin Ngah mengucapkan terima kasih di atas kehadiran semua ahli panitia
serta diberi peluang untuk menyampaikan ucapan.

2.2 Beliau mahu semua panitia khasnya Panitia Bahasa Melayu mempunyai prosedur yang betul
dalam menjalankan mesyuarat. Antara prosedur yang perlu ada antaranya;

2.2.1 Setiausaha perlu mengeluarkan surat panggilan mesyuarat.


2.2.2 Setiap panitia perlu mengadakan sekurang-kurangnya empat kali setahun.
2.2.3 Panitia juga boleh mengadakan perjumpaan kecil dari masa ke semasa mengikut
keperluan.
2.2.4 Tugas panitia juga bagi memastikan penggunaan DSKP yang terkini.
2.2.5 Pastikan semua guru telah mempunyai RPT dan RPH yang telah dikemaskini
mengikut tahun.
2.2.6 Mesyuarat juga perlu memilih dan menentukan buku dan bahan rujukan yang
sesuai digunakan dalam PdP.
2.2.7 Guru subjek setiap kelas yang diajar perlu menyediakan Program Peningkatan
Akademik bagi dimasukkan perancangan bagi meningkatkan prestasi murid yang
sepatutnya telah disediakan pada akhir tahun lepas atau bolehlah juga pada awal
tahun ini.

1
2.2..8 Mesyuarat juga perlu menetapkan bentuk soalan selaras bagi setiap kelas supaya
apa yang diuji sesuai dengan sukatan yang guru sendiri ajar.
2.2.9 Guru-guru panitia juga hendaklah menganalisa keputusan ujian yang telah
dijalankan supaya dapat menyusun strategi yang sesuai sebagaimana yang
dirancangkan dalam Program Peningkatan Akademik.
2.2.10 Guru juga perlu menjalankan pemulihan di dalam kelas bagi murid yang gagal
mencapai objektif pelajaran.
2.2.11 Mesyuarat juga perlu memutuskan program panitia sepanjang tahun mengikut
tempoh pelaksanaan program sama ada sepanjang tahun, bulanan, mingguan,
berkala dan sebagainya.
2.3 Guru Besar juga menyentuh tentang program utama, sampingan dan sokongan.

2.3.1 Antara perkara yang termasuk dalam program utama adalah,

2.3.1.1 Pelaksanaan PdP yang berkesan dan menarik pada setiap masa.
2.3.1.2 Saringan LINUS, Ujian Selaras dan Ujian Penggal.
2.3.1.3 Penentuan Kekerapan Latihan Bertulis (Pemahaman dan Penulisan).
2.3.1.4 Pencerapan guru.
2.3.1.5 Pemeriksaan buku tulis.

2.3.2 Antara program sokongan yang dicadangkan ialah,

2.3.2.1 Teknik Menjawab Soalan bagi semua murid dan khususnya bagi
murid tahun enam.
2.3.2.2 Pembengkelan melibatkan guru dan murid.
2.3.2.3 Pembelajaran Kendiri
2.3.2.4 Sudut mata pelajaran
2.3.2.5 Gerak gempur
2.3.2.6 Pengayaan dan Pemulihan

2.3.3 Program-program sampingan antara lain ialah,

2.3.3.1 Motivasi
2.3.3.2 Hari Anugerah
2.3.3.3 Aktiviti Persatuan Bahasa Melayu

Tindakan: Semua ahli panitia

Agenda 3: Dasar Kurikulum

3.1. Pengerusi menjelaskan pada tahun 2011, dasar Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR)
telah diperkenalkan kepada murid-murid tahun 1. Pengerusi meminta guru-guru yang
terlibat supaya bersiap sedia untuk pemantauan. Semua dokumen KSSR boleh dimuat naik
melalui laman web www.moe.gov.my/bpk. atau kssronline.com
2
3.2. Pengerusi juga menjelaskan dasar-dasar kurikulum yang sedia ada seperti PROTIM, LINUS
(Literasi), PKJR dan sebagainya diambil perhatian sewajarnya.
Tindakan: Semua guru subjek

Agenda 4: Rancangan Pelajaran

4.1. Pengerusi menjelaskan tentang penyediaan rancangan pelajaran tahunan (RPT), rancangan
pelajaran harian (RPH) dan DSKP hendaklah disediakan dengan lengkap dan mengikut format
yang sedia ada.
4.2. Pengerusi memberitahu bahawa DSKP boleh dimuat naik melalui laman web
www.moe.gov/bpk.
4.3. Pengerusi juga mengingatkan bahawa semua dokumen perlu disediakan secepat mungkin
untuk pemantauan.

Tindakan: Semua guru subjek

Agenda 5: Rekod Persediaan Mengajar

5.1. Pengerusi menjelaskan bahawa Buku Persediaan Mengajar (BPM) perlu disediakan mengikut
format yang terkini yang Tahun 1 ada dikemaskini formatnya.
5.2. Pengerusi berharap semua guru menyediakan BPM sehari sebelum pengajaran dan
pembelajaran berlangsung.
5.3 Pihak pentadbir turut membenarkan guru-guru untuk memilih menggunakan Buku
Persediaan Mengajar atau sistem fail.

Tindakan: Semua guru subjek

Agenda 6: Prosedur Pembelian dan Pengurusan Stok

Mengenai perkara ini adalah diminta merujuk Pembantu Tadbir iaitu Encik Abu Bakar bagi
mendapatkan jumlah peruntukan bagi panitia serta prosedur pembelian yang sepatutnya dipatuhi.

Tindakan: Setiausaha/Pengerusi

Agenda 7: Pencerapan Hasi Kerja Murid


Bagi perkara ini, Tuan Guru Besar mengingatkan ahli panitia agar menghantar lima buku latihan
murid bagi setiap subjek bagi dibuat pencerapan bagi kali pertama bermula selepas mesyuarat ini.
3
Tindakan: Semua guru subjek

Agenda 8: Penggunaan Bahan Rujukan dan Buku Latihan


8.1 Tahun 1 dan Tahun 2 perlu ada Buku BM1 (Tatabahasa), BM2 (Kefahaman), BM3 (buku
tulisan cantik), BM4 (buku penulisan bergambar).
8.2 Tahun 3 perlu ada Buku BM1 (Tatabahasa), BM2 (Kefahaman), BM3 (buku tulisan cantik),
BM4 (penulisan di buku panjang).
8.3 Tahun 4, 5 dan 6 pula ialah BM1 (tatabahasa), BM2 (kefahaman), Buku Karangan A
(penulisan bahagian B), Buku Karangan B (penulisan bahagian A dan C).
8.4 Penetapan hasil kerja murid ialah seperti berikut;
8.4.1 Karangan – 2 buah seminggu (menyalin dan menulis sendiri).
8.4.1 Pemahaman dan Tatabahasa – 20 soalan seminggu.
8.4.2 Menulis ayat berdasarkan gambar dan menulis nilai murni – sekali seminggu.
8.5. Pengerusi meminta semua guru mengadakan pencerapan kerja murid setiap minggu.
8.6. Pengerusi juga meminta semua guru memberi latihan yang lebih terutama kepada murid-
murid tahun 6.

Tindakan: Semua guru subjek

Agenda 9: Peperiksaan
Mesyuarat memutuskan agar soalan ujian atau peperiksaan lebih baik dibina sendiri oleh guru
subjek agar lebih sesuai dengan kemahiran dan pengetahuan murid sebagaimana yang
dicadangkan oleh Tuan Guru Besar. Tarikh ujian dan peperiksaan bolehlah rujuk takwim sekolah.

Tindakan: Semua guru subjek

Agenda 10: Kaedah PdP


Kaedah mengajar ialah cara mendekati sesuatu objektif pelajaran dengan langkah penyampaian
yang tersusun . Manakala teknik pula ialah kemahiran guru dalam pengelolan dan
pelaksanaan kaedah mengajar dalam sesuatu aktiviti pengajaran dan pembelajaran. Teknik itu
apa yang dilihat dalam bilik darjah. Kalau guru mengajar bahasa dengan menggunakan alat-alat
komunikasi canggih dalam makmal bahasa, maka itu satu teknik. Sekiranya seorang guru
Pendidikan Islam mengajar pelajar menghafaz Al-Qur`an dengan mendengar bacaan dalam pita
kaset, maka ini dikatakan teknik. Kaedah yang terkini yang perlu diterapkan dalam PdP guru ialah
Kaedah Pengajaran Abad ke-21.

Tindakan: Semua guru subjek

4
Agenda 11: Laporan Program Khas –LINUS dan PEMULIHAN KHAS

11.1 Program Linus

11.1.1 Pn. Suzila binti Omar memaklumkan bahawa setakat ini Ujian Saringan 1 bagi
Tahun 3 akan bermula pada 1 Mac 2017 manakala bagi Tahun 1 dan Tahun 2 akan
hanya menjalankan Saringan 2 bermula 1 Ogos 2017.
11.1.2 Pn. Suzila juga menerangkan tentang KPI Linus 2017 iaitu Tahun 3 dalam Saringan
1 adalah 97%. Pada Saringan 2 pula Tahun 1 adalah 90%, Tahun 2 adalah 95% dan
Tahun 3 pula ialah 100%.

Tindakan: Makluman

11.2 Pemulihan Khas


6.2.1 En. Abdul Halim bin Mohamed Zelan memaklumkan setakat ini murid Tahun 2 ada
1 orang dan Tahun 3 juga seorang yang ditempatkan kelas pemulihan.
6.2.2 Untuk kelas pemulihan Tahun 1 akan dijalankan selepas Ujian Saringan 2 selesai
dijalankan.

Tindakan: Makluman

Agenda 12: Hal-hal Lain

12.1 Pengerusi memaklumkan bahawa bengkel cara-cara memeriksa kertas Bahasa Melayu akan
diadakan sehingga diberitahu tarikh.
12.2 Ujian yang berterusan iaitu secara bulanan akan dijalankan bagi murid-murid Tahun 5 dan
Tahun 6 dan diharap guru yang terlibat akan bersedia menguruskannya serta diminta
membuat analisa seperti biasa untuk direkodkan.
12.3 Mengharapkan semua guru Bahasa Melayu meneruskan tahap kecemerlangan dalam
melaksanakan PDP yang berkesan agar impaknya lebih jitu dan membanggakan terhadap
pencapaian anak didik di sekolah ini.

Tindakan: Makluman

Penutup
Akhir sekali pengerusi mengucapkan terima kasih atas kehadiran dan kerjasama semua guru
dalam menjayakan mesyuarat kali kedua ini.Mesyuarat diakhiri dengan surah Al-Asri.

Mesyuarat ditangguhkan pada pukukl 2.45 petang.

Dicatat oleh: Disemak oleh:

……………………………………….. …………………………………………………….
(EN. MAZLAN BIN YAHAYA) (EN. ABD HALIM B MOHD ZELAN)
Setiausaha Panitia Bahasa Melayu Pengerusi Panitia Bahasa Melayu
5
6

You might also like