You are on page 1of 3

MINIT MESYUARAT PANITIA BAHASA MELAYU KALI KEDUA TAHUN

2017
Tarikh : 16.2.2017
Hari : Selasa
Masa : 2:00 petang
Tempat : Bilik Gerakan

Kehadiran:
1. En. Mohd Jamil bin Ngah (Guru Besar) Penasihat
2. En. Abdul Halim bin Mohamed Zelan Ketua Panitia/Pengerusi
3. En. Mazlan bin Yahya Setiausaha
4. Pn. Suzila binti Omar
5. En. Rosman bin Omar

Agenda 1 : Kata-kata Aluan Pengerusi

1.1 Pengerusi memulakan majlis dengan bacaan surah Al-Fatihah. Mengucapkan


terima kasih kepada En Mohd Jamil bin Ngah selaku Guru Besar dan semua guru
Bahasa Melayu di atas kehadiran mereka ke mesyuarat kali ini.
1.2 Pengerusi berharap mesyuarat kali kedua 2017 akan memperbaiki kelemahan dan
kekurangan perancangan dan program sebelum ini.

Agenda 2: Ucapan Penasihat (En. Mohd Jamil bin Ngah)

2.1 Encik Mohd Jamil bin Ngah mengucapkan terima kasih di atas kehadiran semua
ahli panitia serta diberi peluang untuk menyampaikan ucapan.
2.2 Beliau mahu semua panitia khasnya Panitia Bahasa Melayu pada mesyuarat kali
kedua ini membincangkan beberapa perkara utama antaranya ialah,
2.2.1 Menganalisa keputusan UPSR 2016 bagi merancang program khusus bagi
memperbaiki segala kelemahan dan kekurangan pencapaian murid dalam
subjek Bahasa Melayu Pemahaman dan Penulisan.
2.2.2 Membincangkan tentang Headcount (TOV dan Target)
2.2.3 Pada mesyuarat panitia pada kali juga diharapkan ahli-ahli merancang
aktiviti panitia yang boleh dijalankan walaupun sedikit.

Agenda 3: Membentangkan dan mengesahkan minit mesyuarat yang lalu

3.1 Minit mesyuarat telah dicadangkan untuk disahkan oleh Pn. Suzila binti
Omar dan disokong oleh En. Rosman bin Omar.

Tindakan: Makluman

1
Agenda 4: Perkara Berbangkit

4.1 Tiada perkara berbangkit

Agenda 5: Program Peningkatan Panitia

5.1 Program Utama (Jangka Panjang)


5.1.1 Mesyuarat panitia mengikut takwim
5.1.2 Pengajaran dan pembelajaran yang berkesan juga diterapkan unsur-
unsur MBMMBI.
5.1.3 Menyelaras sistem PBS (Perekodan Offline) bagi Tahap 1 dan ujian
bulanan dan PPT dan PAT bagi Tahap 2 sebagaimana takwim.
5.1.4 Headcount (selepas ujian/PPT/PAT)
5.1.5 Kelas bimbingan UPSR
5.1.6 Semakan buku latihan oleh Pentadbir
5.1.7 Latih tubi
5.1.8 Kelas pemulihan
5.1.9 Program peningkatan akademik untuk Tahun 1 hingga Tahun 6
terhadap ujian tersebut.

Tindakan: Makluman

Agenda 6: Ujian Selaras

6.1 Bagi menjalankan ujian ini pihak panitia telah memutuskan akan mengikut
tarikh yang telah ditetapkan oleh pihak pentadbir dalam takwim sekolah.
6.2 Dalam tempoh dua minggu sebelum ujian ahli panitia akan mengadakan
perjumpaan kecil bagi membincangkan tentang item soalan serta JPU bagi
item tersebut.

Tindakan : Semua Guru Bahasa Melayu

Agenda 7: Pengayaan dan pemulihan dalam kelas

7.1 Tuan Guru Besar menyatakan hasratnya agar perkara ini menjadi penekanan
yang utama oleh guru subjek semasa proses PdP di dalam kelas.
7.2 Jika aspek ini menjadi penekanan di dalam kelas maka murid yang pandai
akan lebih pandai dengan adanya aktiviti pengayaan dan murid yang lemah
akan terbela dengan aktiviti pemulihan itu sendiri agar mereka tidak
ketinggalan dengan murid-murid arus perdana yang lain.

Tindakan : Semua Guru Bahasa Melayu

2
Agenda 8: Laporan Program Khas –LINUS dan PEMULIHAN

8.1 Program Linus

Pn. Suzila binti Omar memaklumkan bahawa setakat ini Ujian Saringan 1 bagi
Tahun 3 akan dijalankan bermula 1 Mac nanti. Manakala bagi pelajar Norafisa kelas
3 Kekwa yang datang dari SK Tanah Hitam telah pun diuji oleh Puan Aishah iaitu
Pegawai Fasilinus baru-baru ini hanya lepas konstruk 5.

8.2 Pemulihan
En. Abdul Halim bin Mohamed Zelan memaklumkan setakat kelas pemulihan telah
menerima 4 orang murid Bahasa Melayu setelah dijalankan Ujian Diagnostik
manakala 9 orang murid Matematik.

Agenda 9: Hal-hal Lain

9.1 Pengerusi memaklumkan bahawa bengkel cara-cara memeriksa kertas Bahasa


Melayu (Penulisan) akan diadakan sehingga diberitahu tarikh.
9.2 Ujian 1akan bermula 13 Mac nanti maka diharapkan guru yang terlibat akan
bersedia menguruskannya serta diminta membuat analisa seperti biasa untuk
direkodkan.
9.3 PPT akan dijalankan pada 22 Mei hingga 26 Mei.
9.4 Mengharapkan semua guru Bahasa Melayu meneruskan tahap kecemerlangan
dalam melaksanakan PdP yang berkesan agar impaknya lebih jitu dan
membanggakan terhadap pencapaian anak didik di sekolah ini.

Tindakan: Makluman dan tindakan semua guru Bahasa Melayu

Penutup
Akhir sekali pengerusi mengucapkan terima kasih atas kehadiran dan kerjasama semua
guru dalam menjayakan mesyuarat kali kedua ini.Mesyuarat diakhiri dengan surah Al-Asri.

Mesyuarat ditangguhkan pada pukukl 3.15 petang.

Dicatat oleh: Disemak oleh;

………………………………………..
…………………………………………….
(EN. MAZLAN BIN YAHAYA) (EN. ABD HALIM B MOHD ZELAN)
Setiausaha Panitia Bahasa Melayu Pengerusi Panitia Bahasa Melayu

You might also like