You are on page 1of 2

SOALAN 1

Jelaskan perbezaan pengertian kurikulum pada peringkat perancangan, pelaksanaan


dan penerimaan, serta implikasi perbezaan tersebut terhadap pengajaran dan
pembelajaran. Kenapakah terdapat isikandungan tertentu yang tidak dipelajari oleh
sebahagian pelajar?

Kurikulum ialah segala pengalaman pendidikan yang disediakan oleh phak sekolah
secara sedar atau bertujuan ke atas murid yang memberi fokus kepada perkembangan
individu secara menyeluruh (Franklin Bobbit, 1918). Kurikulum adalah perancangan
pendidikan dikendalikan oleh sesebuah institusi pendidikan untuk mencapai matlamat
pendidikan. Kurikulum kebangsaan yang ditetapkan hendaklah menentukan pengetahuan,
kemahiran dan nilai yang dijangka akan diperolehi oleh murid-murid pada akhir tempoh
persekolahan masing-masing (Akta Pendidikan 1996).

Pengertian kurikulum pada peringkat perancangan adalah satu proses yang berterusan
yang melibatkan aktiviti yang dicirikan oleh perhubungan antara individu dan kumpulan
apabila mereka bekerjasama dalam mengkaji, merancang, mengembangkan dan
menambahbaikkan kurikulum, di mana keseluruhan persekitaraan ini dirancang oleh sekolah.
Proses perancangan adalah melibatkan dalam penentuan apa, bila, siapa dan bagaimana
sesuatu perkara akan dilakukan dan seterusnya diikuti dengan pengenalpastian objektif dan
penetapan pencapaian keberkesanan yang paling maksimum melalui proses penetapan
matlamat (Rosnah Selamat, 1995). Ianya diikuti dengan proses mengumpul dan menganalisis
maklumat serta mencari alternatif atau pilihan lain disamping menyediakan dan
menghubungkan perancangan dengan keputusan. Dengan erti kata lain, kurikulum pada
peringkat perancangan adalah suatu perancangan pembelajaran mengenai perkara-perkara
yang perlu diajar yang dirancang oleh sekolah.

Kurikulum dalam peringkat pelaksanaan dan penerimaan merupakan satu proses yang
berkesinambungan dalam sistem. Kurikulum yang telah dirancang dijalankan sepenuhnya dan
dinilai sejauh mana penerimaannya. Pelaksanaan kurikulum adalah satu sistem dan
mencerminkan rekabentuk sesuatu aktiviti. Kurikulum yang telah dirancang akan digunakan
sebagai silibus atau panduan kurikulum dalam pelaksanaan kurikulum. Pemahaman guru
mengenai kurikulum yang dirancang adalah sangat penting untuk peringkat pelaksanaan dan
penerimaan kurikulum. Ianya berfokuskan kepada prinsip, struktur, bidang pelajaran,
penekanan, strategi pengajaran dan pembelajaran serta penilaian. Antara aspek yang perlu
difokuskan ialah reka bentuk, bahan, organisasi, elemen yang melibatkan pemikiran kritis dan
kreatif serta fokus bagi setiap alat yang digunakan dalam proses pengajaran dan
pembelajaran. Peringkat penerimaan adalah lebih kepada hasil pembelajaran. Ia adalah sejauh
mana kurikulum yang dirancang dan dilaksanakan itu diterima oleh murid. Ianya boleh
dinilai melalui proses pengujian atau penilaian.

Bukan semua isi kandungan kurikulum itu dipelajari oleh semua pelajar. Terdapat isi
kandungan tertentu yang tidak dipelajari oleh sebahagian pelajar. Perkara ini adalah
disebabkan oleh beberapa faktor. Antaranya, perancangan kurikulum yang dibuat tanpa
penyelidikan atau pemantauan. Kurikulum yang dirancang adalah sesuatu yang berulang-
ulang yang akan menyebabkan guru-guru atau murid-murid merasa bosan. Sesetengah
kandungan itu difikirkan tidak relevan dan menyebabkan guru melangkau isi kandungan itu.
Seterusnya faktor sekolah. Sesetengah sekolah terlalu memadatkan jadual aktiviti sekolah
dengan pelbagai aktiviti menyebabkan guru-guru terpaksa bertungkus-lumus untuk
menghabiskan silibus. Perkara ini akan menyebabkan guru untuk melangkau beberapa isi
kandungan yang difikirkan tidak perlu. Kadang-kadang oleh kerana ketiadaan guru, sekolah-
sekolah akan menyuruh seseorang guru yang bukan opsyen untuk mengajar sesuatu subjek.
Oleh kerana tidak mengetahui atau tidak dapat menguasai subjek berkenaan, guru berkenaan
tidak akan dapat mengajar sepenuhnya semua isi kandung kurikulum tersebut. Faktor guru-
guru juga memainkan peranna yang penting di mana sesetengah guru tidak akan serius dalam
proses pengajaran dan pembelajaran menyebabkan mereka akan mengambilnya sambil lewa.
Faktor murid-murid yang bersikap lewa dan tidak serius dalam pembelajaran juga adalah
penting. Sikap mereka yang hanya ingin lulus sahaja dan tidak memberi kepentingan kepada
apa yang dipelajari.

You might also like