You are on page 1of 4

TEKS PENGACARAAN

“MAJLIS PENYAMPAIAN
WATIKAH PELANTIKAN
SVG
SK IBOK 2017”
Mengumumkan ketibaan yang bahagia tetamu-tetamu jemputan diiringi oleh
yang berusaha tuan guru besar masuk ke dalam dewan.

Para hadirin diminta bersedia untuk nyanyian lagu negaraku, lagu selamat
sultan dan lagu sekolah.

Hadirin dipersilakan duduk.

Bismillahirrahmanirrhim, alhamdulillahirabbilalamin, wassolatuwasssala muala


asyrafil ambiya iwal mursalin, waala alihi wasohbihi ajmain.

Assalamualaikom warahmatullahi wabarokatuh dan salam sejahtera, salam


kemaman idaman.

Yang berbahagia,
tetamu jemputan Sarjan Suhaili Bt Mohamad pegawai perhubungan sekolah
IPD Kemaman,
Yang berusaha,
en.azmi bin ibrahim, tuan guru besar sk ibok.
Yang dihormati,
Guru penolong kanan pentadbiran, puan molly lim.
Guru penolong kanan hal ehwal murid, en.saidin bin awang.
Guru penolong kanan kokurikulum, puan ruslina bt yaakob,
Yang dikasihi, guru-guru sk ibok dan murid-murid yang disayangi semua.

Selamat datang ke majlis JOM KE SEKOLAH dan watikah pelantikan Student


Voice Group (SVG) sekolah kebangsaan ibok 2017!!

Hadirin sekalian,
Pada hari ini, sekolah-sekolah di seluruh Malaysia bersama-sama menjayakan
Kempen JOM KE SEKOLAH (pakat mari sekolah) termasukkan sekolah kita nan
indah ini. Majlis ini diadakan bertujuan untuk memupuk minat dan semangat
semua murid untuk hadir kesekolah, menimba ilmu. Di samping menjayakan
program JOM KE SEKOLAH, majlis hari ini diserikan lagi dengan penyampain
watikah pelantikan bagi ahli Student Voice Group (SVG) sk ibok 2017. Ahli SVG
ini pertama kalinya ditubuhkan bermula tahun ini, 2017. Murid-murid yang
dilantik sebagai ahli SGV ini merupakan murid biasa-biasa, bakal dilatih menjadi
luar biasa.

Hadirin yang budiman,


Bagi memberkati lagi majlis kita pada pagi nan indah ini, majlis diserikan lagi
dengan bacaan doa. Dijemput .................................................... untuk
mengetuai bacaan doa. Dipersilakan.
Terima kasih diucapkan kepada ................................diatas bacaan doa itu tadi.

Hadirin warga dewan sekalian,


Majlis dimulakan dengan bacaan perutusan daripada KPN?? Dengan
sukacitanya majlis menjemput dn mempersilakan Sarjan Suhaili Bt Mohamad
pegawai perhubungan sekolah IPD Kemaman untuk membacakn perutusan.
Dengan segala hormatnya dipersilakan.

Majlis merakamkan ucapan terima kasih kepada sarjan Suhaili diatas bacaan
perutusan itu tadi.
Hadirin yang budiman,
Majlis diteruskan pula dengan bacaan perutusan daripada KPPM?? Dengan
sukacitanya majlis menjemput dan mempersilakan Guru penolong kanan
pentadbiran, puan molly lim untuk membacakn perutusan. Dengan segala
hormatnya dipersilakan.

Majlis merakamkan ucapan terima kasih kepada madam molly diatas bacaan
perutusan itu tadi.
Hadirin warga dewan ,
Tanpa melengahkan masa lagi, majlis diteruskan dengan acara kemuncak bagi
program JOM KE SEKOLAH 2017 ini iaitu acara perasmian dan pelancaran
program “pakat mari sekolah”. Pihak mjlis mempersilakan Guru penolong
kanan pentadbiran, puan molly lim untuk menjemput dan mengiringi Sarjan
Suhaili Bt Mohamad pegawai perhubungan sekolah IPD Kemaman untuk
menyempurnakan acara pelancaran sekaligus merasmikan program JOM KE
SEKOLAH 2017. Dengan segala hormatnya dipersilakan.

Hadirin sekalian,
Dengan berlakunya Gimik Penyerahan peti aduan itu tadi maka rasmilah sudah
program JOM KE SEKOLAH –PAKAT MARI SEKOLAH sk ibok 2017.
Hadirin sekalian,
Majlis kita hari ini masih belum berakhir, kita ke agenda yang seterusnya iaitu
acara penyampaian watikah pelantikan ahli SVG 2017. Pihak mjlis sekali lagi
mempersilakan Sarjan Suhaili Bt Mohamad pegawai perhubungan sekolah IPD
Kemaman untuk menyampaikan sijil watikah pelantikan kepada semua ahli
SVG sk ibok 2017. Dengan segala hormatnya dipersilakan.

Acara penyampaian dimulakan dengan watikah pelantikan kepada ketua ahli


SVG 2017, dipersilakan .....................................

Seterusnya dipersilakan .......................................................

Majlis merakamkan setinggi –tinggi ucapan terima diatas kesudian Sarjan


Suhaili Bt Mohamad diatas kesudian menyampaikan watikah pelantikan itu
tadi.
Hadirin sekalian,
Kini tibalah masa yang ditunggu-tunggu. Lafaz ikrar dilaungkan. Tanggungjawab
yang bakal digalas dipegang erat di dalam setiap baik lafaz ikrar. Pihak majlis
mempersilakan barisan ahli SVG sk ibok 2017, diketuai oleh
.......................................... bersama-sama melafazkan ikrar keramat.
Dipersilakan.

Dengan berakhirnya laungan ikrar itu tadi maka tamatlah sudah majlis
penyampaian watikah pelantikan ahli SGV sk ibok 2017. Semoga
tanggungjawab yang diberikan dapat digalas dengan sebaiknya.

Akhir kata,
Jika ada khilaf dan silap, mohon maafkan, itu semua adalah kelemahan kami
sendiri. Pihak majlis merakamkan setinggi tinggi ucapan terima kasih kepada
semua yang terlibat secara langsung, mahupun tidak langsung dalam
menjayakan majlis pada hari ni. Dengan lafaz yang mulia wabillhitaufik
walhiayah assalamualaikom wrahmatullahi wbarakatuh. Majlis bersuri.

Makluman, dijemput tetamu-tetamu jemputan untuk menghadiri sedikit


jamuan ringan yang telah disediakan.terima ksih.

You might also like