You are on page 1of 10

1.

0 PENDAHULUAN

Keberkesanan sesuatu proses pengajaran dan pembelajaran amat bergantung


kepada teknik pengajaran dan pembelajaran yang digunakan oleh guru. Sesuatu
proses pengajaran dan pembelajaran itu akan menjadi lebih berkesan sekiranya
seseorang guru itu dapat mengaplikasikan pelbagai teknik pengajaran. Menurut
peristilahan Kamus Dewan Edisi Keempat (2005), teknik didefinisikan sebagai
kaedah penciptaan atau hasil seni muzik, karang-mengarang dan sebagainya.
Menurut Tuan Jah dan Faridah (2011), Teknik pengajaran boleh dirujuk sebagai alat
yang digunakan oleh guru untuk menyampaikan bahan-bahan pengajaran yang
telah dipilih untuk murid-murid. Kamaruddin dan Siti Hajar (1996) pula menganggap
teknik sebagai pengendalian sesuatu organisasi yang benar-benar berlaku di dalam
bilik darjah untuk mencapai sesuatu objektif pembelajaran.

Teknik pengajaran merupakan antara salah satu perkara yang perlu diambil
perhatian oleh semua guru kerana hakikat yang tersimpul pada setiap teknik
pengajaran merupakan satu wahana kepada setiap insan guru dalam usaha untuk
mencapai hasil yang maksimum ketika menyampaikan sesuatu pengajaran kepada
murid-murid. Pengaplikasian teknik yang betul boleh dijadikan alat sandaran untuk
mencapai objektif pengajaran yang telah ditetapkan pada satu-satu sesi pengajaran.
Menurut Adenan dan Khairuddin (2012), terdapat empat jenis teknik pengajaran
bahasa melayu iaitu teknik drama, teknik permainan bahasa, teknik latih tubi dan
teknik bercerita.

Dalam pengajaran Bahasa Melayu, teknik bercerita merupakan salah satu


teknik yang sesuai digunakan untuk membina kecekapan berbahasa kerana cerita
merupakan sesuatu yang dapat menarik minat dan perhatian pelajar. Menurut
Adenan dan Khairuddin (2012), teknik bercerita dikatakan sebagai aktiviti yang
menarik dan wajar diamalkan oleh guru demi menghidupkan senario pengajaran.
Terdapat pelbagai teknik bercerita yang boleh diaplikasikan oleh guru dalam sesi
pengajaran dan pembelajaran. Guru boleh memilih sama ada untuk menggunakan
teknik bercerita tanpa alat ataupun menggunakan bantuan alatan seperti buku, tali,
lipatan kertas, tampalan, sapu tangan, surat khabar,, boneka, lukisan serta garisan.
Namun harus diingat pemilihan teknik bercerita ini haruslah disesuaikan dengan
aktiviti dan fokus pembelajaran yang telah ditetapkan.
2.0 ANALISIS TEKNIK BERCERITA

2.1 Rancangan Pengajaran Harian Teknik Bercerita

Mata Pelajaran : Bahasa Malaysia

Tahun : Tahun 1 Jujur

Bilangan Murid : 30 Orang

Tarikh : 10 Ogos 2015

Masa : 9.00 – 10.00 pagi

Tema : Kebersihan

Tajuk : Kebersihan Diri

Standard Kandungan :

1.4 Bertutur, berbual dan menyatakan permintaan tentang sesuatu perkara

daripada pelbagai sumber dalam situasi formal dan tidak formal secara

bertatasusila.

Standard Pembelajaran :

1.4.3 Berbual tentang sesuatu perkara menggunakan kata ganti nama diri

pertama dan kedua dengan betul dalam situasi tidak formal secara

bertatasusila.

Objektif : Pada akhir pengajaran ini murid dapat:

i) Berbual tentang “Kebersihan Diri” menggunakan kata ganti nama


diri pertama dan kedua dengan betul dalam situasi tidak formal
secara bertatasusila.
ii) Menggunakan kata ganti nama diri pertama dan kedua dengan
betul berpandukan konteks ayat.

Kemahiran Bahasa : Kemahiran mendengar dan bertutur, kemahiran membaca

serta kemahiran menulis.


Sistem Bahasa :

a. Tatabahasa : Kata Ganti Nama Diri (Pertama dan Kedua),


b. Sebutan Dan Intonasi : Intonasi bercerita.
c. Kosa kata : saya, awak, kamu

Pengisian kurikulum :

a. Ilmu : Kesusasteraan
d. Nilai Murni : taat, tanggungjawab, patuh arahan, kerjasama, menjaga
kebersihan, berdisiplin, tolak ansur, kerajinan, kegigihan
e. Kemahiran bernilai tambah :
 Kemahiran berfikir : menghubungkait, membuat penilaian,
menjana idea.
 Kecerdasan pelbagai : verbal-linguistik, visual ruang, kinestetik,
interpersonal
 Strategi : kontekstual, komunikatif.

EMK : Didik Hibur

Pengetahuan Sedia ada : Murid melakukan amalan rutin seperti mandi dan
menggosok gigi.

Bahan bantu mengajar :

Bil. Bahan Jumlah

1. Boneka Stoking 5

2. Radio 1

3. CD lagu 1

4. Lembaran Kerja 30
Langkah/ Isi Pelajaran Aktiviti Pengajaran dan Catatan
Masa Pembelajaran
Set Induksi 1.Menyanyi 1.Murid menyanyi lagu Nilai:
yang
(5 minit) “Kebersihan diri” Berdisiplin
telah mereka
tahu“Kebersihan TKP:
diri”.
Linguistik,
2.Murid menyanyi bersama Visual Ruang
guru.
BBM:
‘Bangun pagi, gosok gigi, cd
Pakai baju terus mandi,
KBKK:
Minum kopi,makan roti,
Pergi sekolah, suka hati Menjana idea

Langkah 1 Bercerita 1.Guru bercerita tentang Nilai Murni:


kisah “ Comot dan Comel”
(10 minit) menggunakan Taat,
dan melakonkan kedua-
boneka. dua watak dengan Tanggungjawab
menggunakan boneka.
Tajuk: Comot dan BBM:
2.Murid mendengar cerita
Comel yang disampaikan oleh Boneka stoking
guru.
KBKK:
3.Guru bersoal jawab
dengan murid mengenai Menghubungkait
kisah Comot dan Comel
TKP:Verbal
yang telah diceritakan oleh
guru. Lingguistik
Langkah 2 Perbincangan 1.Guru dan murid Nilai Murni:
berbincang tentang
(10 minit) tentang Mendengar
kebersihan diri
“Kebersihan Diri”. berpandukan cerita. Arahan,Menjaga
Beberapa persoalan
Kebersihan
ditimbulkan oleh guru untuk
merangsang pemikiran KBKK:
murid, contohnya:
Menjana idea,
 Mengapa baju
Comot kotor? Membuat
 Bagaimana cara
penilaian
untuk menjaga
kebersihan diri? TKP:Verbal
 Mengapa kita perlu
Linguistik,
menjaga kebersihan
diri? Visual Ruang
Langkah 3 Lakonan Boneka 1. Murid dibahagikan Nilai Murni:
kepada 6 kumpulan.
(20 minit) “Kebersihan Diri” Kerjasama,
2.Setiap kumpulan diminta
melakonkan watak boneka Tolak Ansur,
berpandukan tema
Menjaga
“Kebersihan Diri”.
3.Setiap kumpulan diminta Kebersihan,
mempersembahkan
Berdidiplin
lakonan boneka di hadapan
kelas. KBKK:
4. Guru mengumumkan
Menjana idea,
kumpulan terbaik dan
memberi penghargaan Membuat
kepada murid.
Penilaian
TKP:
Interpersonal,
Verbal
Linguistik,
Kinestetik
BBM:
Boneka Stoking
Langkah 4 Latihan dalam 1. Murid membuat latihan Nilai Murni:
dalam lembaran kerja yang
(10 minit) lembaran kerja Rajin, Kegigihan
diberi.
“Latihan Kata Ganti 2. Guru menyemak BBM:
jawapan murid bersama-
Nama diri Pertama Lembaran Kerja
sama.
dan Kedua”.
Penutup Menyanyi lagu 1.Murid menyanyikan Nilai Murni:
semula
(5 minit) bersama boneka Mendengar
lagu ‘Bangun Pagi’.
2. Murid menyanyikannya Arahan,Menjaga
bersama-sama sambil
Kebersihan
memegang boneka.
3.Guru membuat
kesimpulan
supaya murid-murid
mestilah
menjaga kebersihan diri
supaya
sihat dan cergas
2.2 Analisis Teknik Bercerita dalam Rancangan Pengajaran Harian

Dalam menggunakan teknik bercerita, terdapat beberapa perkara yang perlu


diberi perhatian oleh guru iaitu perkembangan cerita yang hendak disampaikan
perlu mengandungi tiga peringkat iaitu peringkat permulaan, kemuncak dan
kesudahan cerita. Selain itu, beberapa perkara lain juga perlu dititikberatkan oleh
guru apabila menggunakan teknik bercerita antaranya ialah pemilihan cerita, teknik
persembahan, suara dan gaya, serta banyak lagi. Sebelum memulakan aktiviti
bercerita, guru perlu membuat persiapan yang rapi agar teknik bercerita dapat
dilaksanakan dengan sempurna. Antara perkara yang perlu dilakukan oleh guru
sebelum bercerita ialah memilih cerita yang sesuai, menentukan fokus cerita,
memikirkan soalan-soalan yang boleh dikemukakan, perkataan atau frasa yang
perlu difokuskan dan mencatat rangka cerita sebagai panduan. Memilih cerita yang
ingin disampaikan kepada kanak-kanak bukanlah sesuatu yang mudah. Sebaliknya
terdapat beberapa perkara yang dititkberatkan dalam pemilihan cerita dan perkara
yang pertama ialah cerita yang dipilih perlulah sesuai dengan umur, kecerdasan dan
minat murid-murid. Hal ini kerana setiap murid mempunyai tahap kognitif, kebolehan
dan keupayaan yang berbeza (Woolfolk ,2006). Selain itu, cerita yang dipilih perlu
disesuaikan pula dengan isi pelajaran yang hendak disampaikan. Cerita yang
hendak disampaikan juga perlu dikaji terlebih dahulu dan guru perlu cuba
memasukkan aspek-aspek bahasa, frasa atau ayat-ayat penting dan perlu dihafal
agar cerita dapat disampaikan dengan lancar.

Plot cerita juga penting dalam memastikan murid dapat memahami cerita
yang disampaikan oleh guru. Merujuk kepada Adenan dan Khairuddin (2012), plot
ialah sesuatu yang menghubungkan peristiwa-peristiwa dalam sesebuah cerita. Plot
yang baik berkembang secara semulajadi daripada tindakan watak-watak, dan
bukannya terjadi secara disengajakan dan plot yang baik ini akan menjadikan cerita
lebih menarik. Selain daripada plot cerita yang menarik, guru juga perlu
mempermudahkan plot cerita yang ingin diperdengarkan. Malah, guru perlu
mengkaji kesesuaian perkataan yang terdapat dalam cerita dengan objektif
pembelajaran guru dan tahap kognitif murid. Justeru, guru boleh menggunakan
perkataan sendiri untuk bercerita dengan mengekalkan konsep-konsep kesesuaian
pilihan perkataan.
Stail dan gaya bahasa yang digunakan dalam cerita juga sangat penting
diberi perhatian sewaktu memilih buku cerita kepada kanak-kanak. Menurut
Rohizani (n.d), gaya bahasa yang sesuai dengan latar dan watak yang dipilih
membuatkan cerita menjadi logik dan diminati oleh kanak-kanak. Semasa bercerita
guru perlu menyampaikan cerita dengan suara, gaya, dan intonasi yang sesuai.
Suara memainkan peranan yang penting di mana ia harus dikawal supaya tidak
mendatar dan guru seharusnya menggunakan intonasi yang sesuai dengan cerita
yang disampaikan.Hal ini adalah bagi mengelak daripadanya timbulnya perasaan
bosan murid terhadap pengajaran guru. Suara guru juga perlu jelas, bahasa yang
digunakan sesuai dengan tahap kognitif kanak-kanak .

Sebelum menggunakan teknik bercerita bersama murid-murid, guru bolehlah


berlatih bercerita seolah-olah guru berada di hadapan murid-murid sekurang-
kurangnya sekali sebelum menggunakan teknik ini. Perkara ini adalah bagi
menambahkan keyakinan diri guru dan mencatat butir-butir penting sebagai rujukan
dan menentukan alat atau bahan yang akan digunakan semasa bercerita. Guru juga
bolehlah membina peta cerita atau carta aliran untuk memudahkan cerita dan
membantu guru sekiranya guru terlupa jalan cerita yang ingin disampaikan kepada
murid. Selepas bercerita, guru perlu menyediakan aktiviti susulan sama ada
menjawab soalan, meminta kanak-kanak bercerita semula, atau melakonkan
bahagian-bahagian tertentu cerita bagi memastikan kanak-kanak memahami cerita
yang telah disampaikan oleh guru. Selain itu, aktiviti seperti nyanyian, melukis, dan
kuiz boleh juga dijadikan sebagai aktiviti pengukuhan.

Secara ringkasnya, terdapat tujuh langkah persediaan teknik bercerita.


Langkah pertama ialah pemilihan cerita yang sesuai dengan umur, kecerdasan
murid dan disesuaikan pula dengan isi pelajaran yang hendak disampaikan.
Langkah kedua ialah guru mengkaji sesuatu cerita dan memasukkan aspek-aspek
penting. Langkah ketiga ialah guru menghafazkan frasa ayat-ayat yang penting.
Kemudian, guru akan berlatih bercerita seolah-olah berada di hadapan murid.
Langkah yang seterusnya ialah guru bercerita dalam keadaan yang selesa, guru
seterusnya boleh menggunakan gambar atau alat-alat bantu mengajar yang lain.
Langkah yang terakhir ialah guru menyediakan bahan-bahan pengajaran yang
hendak disampaikan.
Sebagai satu teknik yang boleh digunakan dalam pengajaran dan
pembelajaran bahasa, bercerita memberi banyak manfaat kepada murid dan guru.
Salah satu daripada kebaikan teknik bercerita ialah ia dapat menyedarkan murid
mengenai kepentingan kemahiran mendengar yang baik dalam mewujudkan
komunikasi yang berkesan antara individu (Rohizani, n.d). Kemahiran mendengar ini
dapat dilihat sewaktu murid mendengar cerita yang disampaikan oleh
guru.Sekiranya murid tidak menumpukan perhatian terhadap cerita yang
disampaikan oleh guru, mereka tidak dapat memahami cerita tersebut. Malah,
sepanjang aktiviti bercerita, murid mungkin akan bertanyakan guru tentang situasi
atau pekara yang kurang difahami mereka. Hal ini menunukkan bahawa kemahiran
mendengar yang baik dapat mewujudkan komunikasi baik antara guru dan murid.

Selain itu, bercerita juga membolehkan kanak-kanak menyuarakan pendapat


dan perasaan secara lisan (Adenan & Khairuddin, 2012). Dalam aktiviti bercerita,
kanak-kanak boleh diberi peluang untuk menceritakan semula cerita yang telah
disampaikan oleh guru atau menceritakan pengalaman murid mengenai sesuatu
perkara. Selain itu, guru juga boleh bertanya kepada kanak-kanak apakah
jangkaan mereka terhadap perkara yang akan berlaku selepas sesuatu kejadian
dalam cerita atau meneka kesudahan seseuatu cerita yang disampaikan oleh guru.
Dengan cara ini, kanak-kanak akan mengggunakan daya imaginasi bagi
memberikan pendapat dan pandangan. Perkara ini akan memberi peluang kepada
murid untuk memberi pandangan dan berkongsi idea antara satu sama lain dan
melatih murid meluahkan perasaan secara lisan. Secara tidak langsung juga, jika
pelajar pula diberi peluang bercerita, sesi tersebut dapat menjadi sesi melatih
mereka bertutur dan menyebut perkataan dengan betul.

Bercerita juga dapat memperkenalkan kosa kata baru bersesuaian dengan isi.
Hal ini kerana guru boleh memperkenalkan beberapa perkataan baru setiap kali
bercerita kepada kanak-kanak. Menurut Tuan Jah (2012), kanak-kanak akan mudah
belajar makna perkataan apabila digunakan dalam konteks yang sesuai. Walau
bagaimanapun, guru tidak digalakkan memperkenalkan terlalu banyak perkataan
baru dalam satu masa kerana ianya mungkin akan mengelirukan kanak-kanak.
Malah, sekiranya terdapat perkataan baru yang telah diperkenalkan, guru bolehlah
membuat sedikit persediaan dengan menuliskannya pada kertas imbasan dan
dilekatkan di dinding kelas supaya mudah diingat oleh kanak-kanak.
Di samping itu juga, sewaktu aktiviti bercerita dijalankan, guru juga dapat
dapat mencungkil bakat murid dan mengenal pasti ciri-ciri tertentu dalam setiap
pelajarnya. Bakat murid dalam bercerita dapat ditonjolkan sekiranya guru meminta
muruid melakonkan atau bercerita kembali kepada rakan-rakan bahagian-bahagian
tertentu dalam cerita yang telah disampaikan oleh guru. Murid yang dilihat
mempunyai kebolehan bercerita dengan baik boleh diasah bakat mereka dengan
cara menggalakkan mereka menyertai pertandingan bercerita. Ciri-ciri murid ini juga
dapat dilihat melalui pemerhatian guru terhadap murid tentang perlakuan mereka
sewaktu sesi bercerita berlangsung. Antaranya ialah terdapat kanak-kanak yang
menumpukan perhatian dan menjadi pendengar yang baik, dan mungkin terdapat
juga murid yang tidak memberi perhatian dan suka mengganggu rakan sewaktu sesi
bercerita berlangsung. Kesedaran guru tentang sikap dan perangai murid di bawah
penyeliaannya ini akan memudahkan guru mengawal kelas pada pengajaran akan
datang dan memilih aktiviti yang bersesuaian bagi mengurangkan tingkah laku
negatif murid.

Teknik bercerita juga dapat memupuk nilai-nilai murni dalam diri murid. Cerita
yang sarat dengan nilai-nilai murni seperti sikap jujur, berani, setia, ramah dan sikap
positif dapat menyumbang kepada pembentukan budi pekerti atau keperibadian
murid. Hal ini kerana menurut Woolfolk (2006), teori Bandura mengatakan kanak-
kanak belajar melalui peniruan. Oleh itu, nilai-nilai murni yang diperoleh dalam cerita
yang disampaikan oleh guru mungkin akan ditiru oleh murid dan diamalkan dalam
kehidupan seharian mereka.

Kesimpulannya, teknik bercerita merupakan salah satu teknik yang sesuai


untuk pengajaran bahasa khususnya bagi subjek bahasa Melayu. Walau
bagaimanapun, sekiranya guru ingin menggunakan teknik ini daklam pengajaran,
guru perlulah mengikut panduan-panduan yang betul agar isi pelajaran dapat
disampaikan dengan berkesan.

You might also like