You are on page 1of 3

Penentangan RUU 355 : perspektif ahli akademik

Pembentangan rang undang-undang (RUU 355) di parlimen juga mendapat


reaksi negatif daripada pihak ahli akademik. Untuk kajian teks kali ini seorang tokoh
ahli akademik yang diketengahkan hujah penentangannya ialah Professor Dr Chandra
Muzaffar.

Chandra Muzaffar merupakan seorang ahli akademik yang lantang


mengeluarkan pendapat dan pandangan beliau mengenai isu-isu global terutama dalam
bidang politik dan sosiologi Malaysia. Dalam isu RUU 355, Chandra Muzaffar
berpandangan isu ini adalah modal politik yang dibawa oleh PAS dan bukan merupakan
satu agenda negara.

Chandara Muzaffar pernah mengatakan pandangan beliau dalam sebuah


wawancara bersama akhbar Sinar Harian dan menyatakan hujah-hujah penolakan
beliau. Beliau menyatakan RUU 355 bakal membantutkan makna sebenar keadilan dan
ihsan dalam beragama..

Namun hujah beliau ditetang oleh ahli majlis syura ulamak PAS, Ustaz Dr Mohd
Khairuddin bin Aman Razali. Beliau beranggapan bahawa Chandra Muzaffar tidak
memahami secara penuh berkenaan konsep keadilan dan ihsan sebenar dalam islam.
Kuasa Mahkamah Syariah untuk menghukum pesalah jenayah zina, pesalah jenayah
menuduh zina dan pesalah jenayah minum minuman memabukkan, dengan hukum
Syariah yang ditetapkan oleh Allah iaitu sebatan masing-masing 100, 80 dan 40 sebatan
menurut tatacara Syariah, itulah sebenar-benar keadilan dan ihsan.

Kedua, Chandra Muzaffar mendakwa RUU 355 tidak akan dapat mencegah
kemungkaran. Beliau merujuk kepada kegagalan undang-undang yang hampir sama
diamalkan oleh negara Sudan dan Pakistan yang gagal mengawal penyalahgunaan
dadah, arak dan rasuah di negara tersebut. Hal ini menguatkan lagi dakwaan Chandra
Muzaffar, bahawa RUU 355 hanyalah dakyah PAS untuk menggunakan agama sebagai
belas ihsan mendapatkan sokongan politik bukanlah kerana ingin menyelesaikan
masalah sosial yang dihadapi negara. Sekaligus, bertentangan dengan prinsip demokrasi
sekular didalam perlembagaan Malaysia.

Terakhir, Chandra Muzaffar juga mengatakan bahawa RUU 355 mampu


menjadi penghalang perpaduan yang ada di dalam negara terutamanya perpaduan parti
politik. Beliau memberi contoh bahawa RUU 355 bakal menjadi musibah kepada parti
Barisan Nasional jika mereka menyokong RUU ini. Begitu juga dengan Pakatan
Harapan. Tindakan Pas membentangkan RUU355 ini menyebabkan satu rasa ketidak
selesaan kepada bangsa lain. Beliau juga berpendapat bahawa RUU355 merupakan
permulaan kepada pengimplimentasian hukuman hudud di Malaysia yang semestinya
mendapat penentangan kuat daripada parti poltik yang berteraskan demokrasi sosial.
Rujukan

esyariah.gov.my/esyariah/mal/portalv1/enakmen/State_Enact_Ori.nsf (3 Mei 2018)

buletinonline.net/ hujahan-dangkal-dr-chandra-bagi-menolak-ruu-355 ( 3 Mei 2018)

astroawani.com/berita-politik/ruu-355-bn-bakal-berdepan-krisis-dalaman-chandra

muzaffar-135963 (4 mei 2018)

sinarharian.com.my/nasional/tujuh-fakta-penting-mengenai-ruu-355- ( 4 Mei 2018)

You might also like