You are on page 1of 3

MINIT MESYUARAT PANITIA SAINS

BIL 1 TAHUN 2013


TARIKH : 02.01.2013
MASA : 2.00 PETANG
TEMPAT : BILIK GURU

KEHADIRAN

Cik Wan Norhayati Bt Wan Abdullah


En. Mohd Zamri Bin Md Zin
Pn. Hamidah Bt Salini
Cik Norlida Bt Ab.Jamil

1.0 Kata-kata Aluan

Mesyuarat dimulakan dengan kata-kata aluan daripada Ketua Panitia Sains.

2.0 Pengesahan Minit Mesyuarat

Minit mesyuarat telah disahkan oleh Pn. Hamidah Bt Salini dan disokong oleh
Cik Norlida Bt Ab Jamil.

3.0 Perkara-perkara Berbangkit

3.1 Ketua Panitia mengingatkan para guru sains supaya memastikan Rancangan
Pengajaran Tahunan dan Rancangan Pengajaran Harian telah disediakan dengan
lengkap dan mendapat pengesahan daripada Pengetua.
3.2 Makmal Sains sudah dibaikpulih dan boleh digunakan untuk P&P dan semua bahan
pengajaran seperti CD Teaching Courseware boleh digunakan dan diperolehi di
makmal.
3.3 Cik Wan Norhayati mengingatkan guru-guru Sains agar menggunakan Bahasa
Inggeris semasa P&P.

Tindakan : Semua Guru

4.0 Keputusan dan Analisis Peperiksaan PMR 2012

Analisis peperiksaan PMR 2012 adalah seperti dilampiran.

5.0 Program Peningkatan

5.1 Guru-guru boleh menggunakan modul subjek masing-masing yang disediakan dalam
P&P.
5.2 Guru-guru diingatkan supaya menghabiskan sukatan pelajaran sebelum bulan Julai
bagi membolehkan proses ulangkaji diadakan.
5.3 PEKA juga mesti diselesaikan sebelum bulan Julai bagi memudahkan tujuan
pentaksiran dilakukan.
5.4 Teknik menjawab bagi subjek Sains contohnya Fizik boleh dilakukan bagi
mengukuhkan kemahiran pelajar dalam subjek tersebut.
5.5 Semua eksperimen perlu dilaksanakan.Walaubagaimanapun,hanya eksperimen
terpilih yang perlu dijadikan PEKA.
5.6 Kaedah pengajaran ‘minimum silibus’ digunakan bagi pelajar kritikal.
5.7 Kelas bimbingan akan dijalankan setiap minggu bagi pelajar.
5.8 Penggunaan soalan-soalan daripada kertas peperiksaan sebenar tahun-tahun sebelum.

Tindakan: Semua Guru

6.0 Target Panitia

6.1 Bagi PMR 2013 sasaran panitia adalah mencapai 95% lulus.
6.2 Bagi subjek Sains Teras dan Sains Tulen sasaran GPS panitia adalah seperti berikut:
 Sains – 5.6
 Kimia – 1.83
 Biologi – 2.8
 Fizik – 3.2
Tindakan: Semua Guru

7.0 Bajet Panitia

7.1 Bajet Panitia Sains bagi tahun 2013 adalah RM 2397.00 bagi Sains Teras dan
RM 672.00 bagi Sains Tulen.
7.2 Ketua Panitia mengingatkan semua guru supaya dapat menggunakan sepenuhnya
bajet yang diperuntukkan oleh kerajaan.

Tindakan: Semua Guru

8.0 Penilaian Berasaskan Sekolah (PBS)

8.1 Penilaian Berasakan Sekolah (PBS) bagi pelajar tingkatan dua akan bermula tahun
ini.
8.2 Guru yang mengajar tingkatan dua dan satu diingatkan supaya mengemaskini
evidens pelajar sekerap yang mungkin.
8.2 Guru-guru sains juga telah dibekalkan dengan Dokumen Standart Prestasi (DSP)
Sains tingkatan dua sebagai rujukan.
Tindakan: Semua Guru
9.0 Hal-hal Lain

9.1 Cik Norlida menerangkan serba sedikit berkenaan program TIMSS dan PISA.
9.2 Program TIMMS dan PISA adalah untuk melatih pelajar tingkatan 1 menjawab
soalan berbentuk High Order Thinking (HOTs).
9.3 Program TIMSS perlu bermula pada bulan Januari kerana pemantauan akan
dilakukan berkemungkinan pada bulan Februari atau Mac.
9.4 Semua guru diingatkan supaya bersama-sama dapat menjaga kemudahan di dalam
makmal sains.

Tindakan: Semua Guru


8.0 Penutup

Ketua Panitia mengucapkan terima kasih kepada semua ahli. Mesyuarat Panitia Sains
selesai pada jam 2.35 petang.

Disediakan oleh, Disahkan oleh,

…………………………… ………………………………..
( Pn.Hamidah Bt Salini ) ( En. Mohd Zamri Bin Md Zin )
Setiausaha, Ketua Panitia,
Panitia Sains Panitia Sains

You might also like