You are on page 1of 4

SEKOLAH KEBANGSAAN SEGAMAT KECIL

MINIT MESYUARAT PENTAKSIRAN PSIKOMETRIK (PPSi) BIL 1/(2018)

Tarikh : 12 Mac 2018 ( Isnin )


Masa : 1:15 Petang
Tempat : Bilik Mesyuarat SK Segamat Kecil
Pengerusi : En. Mohd Arifin Bin Mohamad Tab
Kehadiran : 13/13
1. En. Mohd Arifin Bin Mohamad Tab Guru Besar
2. EN. Md. Sa’don Bin Mohamad PGB 1
3. Pn. Suariani Binti Edris PGB HEM
4. En. Aspa Rizal Bin Mahmood PGB KK
5. Pn. Nursakinah Binti Mohd Nor
6. Pn. Aida Binti Mohd Arif
7. Pn. Nur Atieqah Binti Mohamed Noor
8. En. Mohd Haines Bin Mohd Hashim
9. En. Mohd Samsulhadi Bin Selamat
10. Pn. Normala Binti Samian
11. Pn. Safreehani Binti Sanusi
12. Cik Faizah Binti Chelaung
13. Pn. Hawa Binti Hishamudin

1 PERUTUSAN PENGERUSI
1.1 Tuan Guru Besar membuka tirai mesyuarat dengan bacaan ummul kitab, Al-Fatihah.
1.2 Beliau mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua guru kerana dapat menghadirkan diri
pada masa yang ditetapkan.
1.3 Semua guru diminta menghadiri mesyuarat ini bagi memahami lebih mendalam dan
membantu guru untuk mengenali keupayaan kognitif kemahiran berfikir aras tinggi murid.
1.4 Beliau berharap semua guru dapat menumpukan perhatian supaya maklumat dapat
disampaikan dan difahami dengan baik.

2 PENGESAHAN MINIT MESYUARAT


2.1 Dicadang untuk disahkan oleh Cik Faizah Binti Chelaung.
2.2 Disokong untuk pengesahan oleh Pn. Aida Binti Mohd Arif

3 PERKARA-PERKARA BERBANGKIT
Tiada
4 AGENDA MESYUARAT

4.1 PENUBUHAN JAWATANKUASA PENTAKSIRAN PSIKOMETRIK 2018


4.1.1 Pn. Nursakinah mengedarkan lampiran Carta Organisasi PPSi 2018 kepada semua
guru.
4.1.2 Lantikan berkuatkuasa dari 1 Januari 2018 hingga 31 Disember 2018.
4.1.3 En. Mohd Arifin berharap agar semua ahli jawatankuasa dapat menjalankan tugas
masing-masing dengan penuh tanggungjawab.
Tindakan: Semua Guru

4.2 PPSi OVERVIEW


4.2.1 Pentaksiran Psikometrik (PPSi) ialah kaedah yang digunakan secara sestematik untuk
mengumpul maklumat yang menggambarkan tret psikologi murid. Ia merangkumi
aptitud dan personaliti murid. Hasil dapatan PPSi digunakan untuk membantu
mempertingkatkan pembelajaran murid.
4.2.2 PPSi melibatkan murid tahun 3 dan 6 dan ditadbir urus oleh guru bimbingan dan
kaunseling dan dibantu oleh guru kelas tahun 3 dan 6.
4.2.3 PPSi terbahagi kepada 2 komponen iaitu: Ujian Apitud Am dan Ujian Aptitud Khusus.
4.2.4 Ujian Aptitud Khusus ialah instrumen untuk mendapatkan maklumat khusus tentang
struktur kecerdasan serta minat atau kecenderungan murid.
4.2.5 Objektif Ujian Aptitud Khusus:
(i) Mengenal pasti potensi murid pada peringkat umur tertentu.
(ii) Membantu guru mengenal pasti strategi, kaedah dan teknik pengajaran supaya
dapat mewujudkan suasana pembelajaran yang berkesan.
(iii) Membantu murid mengenal potensi diri.
(iv) Meramalkan kejayaan murid dalam alam pembelajaran dan kerjaya.
4.2.6 Konstruk Ujian Aptitud Khusus:
(i) Verbal Linguistik (cerdas perkataan): keupayaan seseorang individu
menggunakan bahasa, memahami maklumat dan memberi respons dalam
pelbagai bentuk set komunikasi.
(ii) Visual – Ruang – Bukan Verbal (cerdas visual dan ruang): keupayaan seseorang
individu mengguna, menganggar dan mengintepretasi ruang.
(iii) Logik Matematik (cerdas nombor): keupayaan seseorang individu menggunakan
nombor dalam kehidupan seharian untuk membuat penyelesaian secara logikal.
(iv) Muzik (cerdas muzik): keupayaan seseorang individu menghargai, menghayati
dan menggubah muzik.
(v) Naturalis (cerdas alam semulajadi): keupayaan seseorang individu
mengenalpasti, menghargai alam semulajadi.
(vi) Kinestatik – Jasmani (cerdas jasmani): keupayaan seseorang individu mengawal
dan memahami pergerakan tubuh.
(vii) Interpersonal (cerdas sosial): keupayaan seseorang individu berkomunikasi,
berinteraksi dan bekerjasama dengan orang lain.
(viii) Intrapersonal (cerdas kendiri): keupayaan seseorang individu memahami dan
menilai kekuatan, kelemahan, bakat dan minat kendiri. Existential (cerdas
kewujudan) : peka dan berkebolehan membincangkan hal-hal kewujudan
seperti mencari makna dalam kehidupan.
4.2.7 Tuan Guru Besar berharap agar semua semua guru dapat dapat memahami secara
mendalam PPSi secara keseluruhannya.
Tindakan: Semua Guru

4.3 FORMAT INSTRUMEN UJIAN APTITUD AM TAHUN 3


4.3.1 Pn. Nursakinah menjelaskan bahawa Instrumen Ujian Aptitud Khusus disediakan oleh
Lembaga Peperiksaan (LP).
4.3.2 Instrumen Ujian Aptitud Am Tahun 3 ini juga mempunyai 3 komponen utama iaitu:
(i) Bahasa Melayu : 30 item soalan aneka pilihan
(ii) Bahasa Inggeris : 30 item soalan aneka pilihan
(iii) Matematik : 20 item soalan aneka pilihan
4.3.3 Ujian ini mngukur kemahiran menaakul dan kemahiran menyelesaikan masalah.
4.3.4 Tempoh ujian ialah 1 jam 30 minit dan diWAJIBkan kepada semua murid Tahun 3.

4.4 PROSEDUR PENTADBIRAN, PENGOPERASIAN & PELAKSANAAN UJIAN APTITUD AM TAHUN 3 DAN
UJIAN APTITUD KHUSUS TAHUN 6 (IkeP)
4.4.1 Pn. Suariani memaklumkan Pentaksiran Psikometrik Tahun 3 dan 6 akan ditadbir urus
oleh Guru Bimbingan dan Kaunseling Lantikan Dalaman (Pn. Nursakinah) dengan dibantu
oleh guru kelas tahun 3 dan 6 berdasarkan panduan yang telah dikeluarkan oleh Lembaga
Peperiksaan.
4.4.2 Ujian bagi murid tahun 6 akan dijalankan pada bulan April 2018 manakala bagi murid
tahun 3 pada bulan Julai 2018.
4.4.3 Pn. Nursakinah menjelaskan beberapa prosedur pentadbiran bagi Ujian Aptitud Am
Tahun 3 yang perlu diikuti. Sila rujuk panduan yang dilampirkan. Lampiran turut dimuat
naik ke dalam aplikasi Telegram Sekolah.
4.4.4 Selain itu, Pn Nursakinah juga turut menjelaskan Prosedur Pentadbiran Ujian Aptitud
Khusus Tahun 6 (juga dikenali sebagai IKeP (Inventori Kecerdasan Pelbagai)) sebagaimana
lampiran. Lampiran turut dimuat naik ke dalam aplikasi Telegram Sekolah.
Tindakan: Makluman Semua Guru & AJK

4.5 JADUAL PELAKSANAAN PSIKOMETRIK


UJIAN APTITUD AM TAHUN 3 DAN UJIAN APTITUD KHUSUS TAHUN 6 (IkeP)
4.5.1 Pn. Nursakinah turut mengedarkan jadual pelaksanaan psikometrik bagi tahun 3 dan 6
sebagaimana lampiran. Lampiran turut dimuat naik ke dalam aplikasi Telegram Sekolah.
Tindakan: Makluman Semua Guru & AJK
5 HAL-HAL LAIN
5.1 Tuan Guru Besar mengucapkan ribuan terima kasih kepada PGB HEM, Pn. Suariani Binti
Edris dan Pn Nursakinah atas penerangan yang diberikan.
5.2 Beliau turut berharap agar guru-guru kelas Tahun 3 dan 6 dapat memberikan kerjasama
agar PPSi ini dapat dijalankan dengan jayanya.

6 PENUTUP
6.1 Tuan Guru Besar menangguhkan mesyuarat dengan bacaan Tasbih Kifarah dan Surah Al-Asr.
Mesyuarat ditangguhkan pada jam 2.30 petang.

Disediakan oleh,

(NURSAKINAH BINTI MOHD NOR )


Urus Setia
Tarikh : 15 Mac 2018

You might also like