You are on page 1of 12

NAMA:______________________________

KELAS:_______________________

SULIT
BAHASA
MALAYSIA
NOVEMBER
2014
50 minit

PEPERIKSAAN AKHIR TAHUN 2014


TAHUN 3

BAHASA MALAYSIA

PEMAHAMAN

JANGAN BUKA KERTAS SOALAN INI SEHINGGA DIBERITAHU

1. Kertas soalan ini mengandungi 40 soalan.

2.. Jawab semua soalan.

PENGGUBAL SOALAN: DISEMAK OLEH:

…………………………………….. ……………………………
( PN LAILA BT MOHD ZAINI) (EN ADY RIZALMAN B ABD
RAHMAN)
KETUA PANITIA B. MALAYSIA
Kertas ini mengandungi 40 soalan. Jawab semua soalan. Tiap-tiap soalan diikuti oleh empat pilihan
jawapan, iaitu A, B, C dan D. Bagi setiap soalan, pilih satu jawapan sahaja.

Soalan 1 berdasarkan gambar 1

Gambar 1

1 Adik memetik ______________bunga ros di taman.

A sehelai
B sekuntum
C sejambak
D seberkas

2 Menjaga kebersihan adalah tanggungjawab _________ bersama.

A kita
B kalian
C kami
D mereka

3 Encik Kamarul pemimpin yang baik. ____________ dihormati oleh penduduk Kampung
Seri Murni.

A Saya
B Beliau
C Dia
D Mereka

4 Hayati dan Azim amat sayang __________________ Si Tompok.


A pada
B akan
C oleh
D sangat

1
5 Suasana ______________ tepi pantai itu sungguh nyaman sekali.

A di
B ke
C dari
D pada

6 __________________ angkasawan Malaysia yang pertama?

A Bilakah
B Apakah
C Siapakah
D mengapakah

Soalan 7 berdasarkan gambar 2

Gambar 2

7 Kereta api itu akan _____________________ ke Perlis pada pukul 9.00 malam.

A bertolak
B berjalan
C mendarat
D berlepas

Soalan 8 berdasarkan gambar 3

Gambar 3
2
8 Pak Cik Leman membeli hadiah itu ______________ anaknya.

A kerana
B atau
C untuk
D kepada

9 ”Saya dan Amirul akan menyertai pertandingan memancing pada hari esok __________
Amran,” kata Alif kepada Hazim.

A kecuali
B dan
C kerana
D lalu

10 ____________ , cantiknya pakaian seragam anggota pengakap itu !

A Cis
B Wah
C Aduhai
D Ah

11 Pihak sekolah sangat mengambil berat ______________ keselamatan murid-murid.

A sedang
B tentang
C pada
D kerana

12 Banyak ______________ datang ke Zoo Negara.

A berkunjung
B kunjungan
C pengunjung
D dikunjung

13 Pak Ali ______________ buah durian yang gugur ke tanah itu.

A mengait
B mengutip
C menjolok
D memungut

3
Soalan 14 berdasarkan gambar 4

Gambar 4

14 Kamal dan Zaki sedang bermain permainan ______________.

A bola tampar
B bola sepak
C badminton
D batu seremban

15 Kanak-kanak __________________ bermain di tepi tasik itu kerana mereka boleh


terjatuh ke dalam tasik.

A digalakkan
B dijemput
C dilarang
D dibenarkan

16 Pihak bomba juga____________________ orang ramai supaya menyediakan alat


pemadam api di rumah.

A menasihati
B memaksa
C memerintahkan
D menitahkan

4
Soalan 17 berdasarkan gambar 5

Gambar 5

17 Rama-rama mempunyai sepasang ______________ di kepalanya.

A sesiku
B sesungut
C sesenduk
D sesayap

18 Pak Ali membelah kayu dengan se______________ kapak.

A laras
B bilah
C pucuk
D helai

Soalan 19 berdasarkan gambar 6

Gambar 6

19 Puan Laili membeli se ______________ anggur di Pasar Raya Tesco.

A biji
B bentuk
C gugus
D longgok

5
20 Orang dewasa haruslah _____________ tangan kanak-kanak semasa melintas jalan.

A menyentuh
B memimpin
C mengikut
D menarik

21 Garam ialah bahan yang memberikan rasa ______________ dalam makanan kita.

A masam
B masin
C manis
D pahit

22 _________________ hantar kuih ini kepada Mak Cik Leha, ” kata ibu kepada Siti.

A Usah
B Tolong
C Jemput
D Sila

23 Keluarga Encik Chan sentiasa bersenam untuk ______________________ badan.

A menguatkan
B menyihatkan
C menguruskan
D menyegarkan

24 ______________________ kitar semula terdiri daripada tiga warna


iaitu biru, coklat dan jingga.

A Kotak-kotak
B Bekas-bekas
C Tong-tong
D Plastik-plastik

6
Soalan 25 dan 26
Pilih jenis ayat yang betul.

25 Di manakah kamu tinggal ?

A Ayat tanya.
B Ayat seruan.
C Ayat penyata
D Ayat perintah

26 Wah, cantiknya baju baharu kamu!

A Ayat permintaan.
B Ayat penyata.
C Ayat seruan.
D Ayat tanya

27 Bubu sejenis alat untuk ___________________ ikan.

A menangkap
B membunuh
C mengail
D menjala

28 Air sungai itu bersih kerana tiada _________________ sungai.

A pencemaran
B pembuangan
C pengaliran
D pemusnahan

Soalan 29 dan 30
Pilih ayat yang menggunakan perkataan bergaris yang betul

29 A Lutut Liyana berdarah kerana terjatuh lalu basikal.


B Adik menangis sambil lapar.
C Pak Ali membaca surat khabar kerana minum kopi.
D Mak Jannah pergi ke pasar membeli ikan dan sayur.

7
30 A Ayah membeli sebiji kereta.
B Ibu menggunakan sehelai pisau untuk menghiris bawang.
C Mak Cik Tijah membeli segugus buah timbikai di pasar .
D Pencuri itu merompak bank menggunakan sepucuk pistol.

Soalan 31 hingga 35 berdasarkan petikan di bawah.

Salleh bin Abdullah,


14, Laman C9,
Kampung Pandan,
55100 Kuala Lumpur.

15 Mei 2009

Menemui sahabatku Jasli di Alor Star, semoga saudara sekeluarga berada dalam keadaan sihat
sejahtera.

Saudara,
Semasa cuti sekolah yang lalu, saya telah ke Sabah dengan keluarga. Kami menginap di sebuah
hotel di Pulau Manukan. Pulau Manukan sungguh cantik. Air lautnya biru dan jernih. Di sini, kami
tidak dibenarkan menangkap ikan, mengutip batu karang dan siput. Pelbagai aktiviti kami lakukan
di sini. Antaranya ialah bermain bola pantai dan menyertai pertandingan membina istana pasir.
Saya berasa amat gembira semasa berada di sana. Pengalaman bercuti ini tidak dapat saya lupakan.
Setakat ini sahaja cerita saya. Sambutlah salam manis daripada saya untuk saudara dan keluarga
di sana. Sekian, terima kasih.

Yang benar,
Salleh

8
31 Siapakah yang menulis surat ini ?

A Jasli
B Salleh
C Abdullah
D Nur Aliah

32 Di manakah penulis tinggal ?

A Alor Star
B Kampung Pandan
C Pulau Manukan
D Bukit Beruntung

33 Apakah aktiviti yang dilakukan oleh penulis di Pulau Manukan ?

A Menangkap ikan
B Mengutip batu karang
C Membina istana pasir
D Mendirikan khemah

34 Pada pendapat anda, bagaimanakah hubungan penulis dengan sahabatnya ?

A Mesra
B Dingin
C Renggang
D Bahagia

35 Apakah perasaan penulis ketika melancong di Pulau Manukan?

A Kecewa
B Bimbang
C Gembira
D Sedih

Soalan 36 hingga 40 berdasarkan petikan di bawah.

9
Razman dan rakan sekelasnya melawat ke Kilang Batik Nusantara pada 10 Mei yang lalu. Kilang
itu terletak di Kuantan. Mereka tiba di situ pada pukul 9.15 pagi. Mari kita lihat aktiviti Razman
dan rakan sekelasnya sepanjang lawatan tersebut.

8.15 pagi
Guru pengiring memberikan taklimat kepada murid-murid.

8.30 pagi
Bertolak dari sekolah dengan menaiki bas.

9.15 pagi
Tiba di kilang batik dan mendengar taklimat daripada pengurus kilang.

9.30 pagi
Melihat proses mengecap batik.

9.45 pagi
Melihat proses mencanting batik. Belajar mencanting batik.

10.45 pagi
Mengunjungi pameran pakaian batik.

11.00 pagi
Menikmati jamuan ringan. Penyampaian cenderamata oleh pengurus kilang.

11.30 pagi
Bertolak pulang.

36 Bagaimanakah mereka ke kilang itu ?

A Menaiki kereta
B Menaiki van
C Menaiki bas
D Menaiki kereta api

37 Bilakah lawatan itu diadakan ?

10
A 10 Mei 2009
B 20 Mei 2009
C 10 Jun 2009
D 11 Jun 2009

38 Bilakah Razman dan rakannya melihat dan belajar proses mengecap batik ?

A 9.15 pagi
B 9.30 pagi
C 9.45 pagi
D 10.15 pagi

39 Apakah yang dilakukan oleh Razman di situ ?

A Memberi taklimat
B Belajar mencanting batik
C Membeli cenderamata
D Bercuti bersama rakan

40 Perkataan cenderamata dalam petikan bermaksud ______________ .

A buah tangan
B buah hati
C anak buah
D buah fikiran

11

You might also like