You are on page 1of 25

PERKEMBANGAN KEROHANIAN DAN MORAL KANAK-KANAK

TAJUK TUGASAN

ULASAN JURNAL : PEMBENTUKAN AKHLAK AWAL KANAK-KANAK


MENERUSI TELADAN IBU BAPA

BIL M/S

1 PENGENALAN 1-2

2 ISI PENTING DALAM JURNAL 2-6

3 RUMUSAN 7

4 RUJUKAN 8
JURNAL: PEMBENTUKAN AKHLAK AWAL KANAK-KANAK MENERUSI
TELADAN IBU BAPA

Pengenalan.

Ibu bapa berperanan sebagai penyebar pertama kepada sosialisasi sejak anak-anak
dilahirkan ke dunia. Kegagalan ibu bapa dalam mendidik anak-anak menyebabkan mereka
terjerumus kepada keruntuhan ahklak. Ibu bapa memainkan peranan yang penting dalam
dunia awal kanak-kanak. Mereka menjadi contoh yang paling berpengaruh dalam
pembentukkan akhlak. Pembentukkan kanak- kanak dipengaruhi oleh ibu bapa dari segi
perbuatan dan percakapan ketika ibu bapa berada berdekatan dengan kanak-kanak. Sifat
kanak – kanak yang senang meniru gaya orang dewasa akan mempengaruhi lagi
pembentukkan akhlak mereka. Pendidikan kanak-kanak pada umumnya adalah berasaskan
pada dua bahagian iaitu apa yang ditiru daripada orang yang rapat sama ada ahli keluarga
ataupun rakan dan apa yang diperolehi secara asuhan. Oleh yang demikian, institusi
kekeluargaan yang mantap perlu dicorak sejak awal lagi.

Ibu bapa, guru-guru dan masyarakat berperanan dalam memberi teladan kepada
kanak-kanak supaya mereka dapat menyesuaikan dan mempersembahkan diri mereka
berdasarkan kepada nilai-nilai murni yang telah diterapkan kepada mereka – ibarat kain putih
yang perlu dicorakkan dengan warna-warni nilai-nilai Islam yang syumul. Bak kata pepatah
“Melentur buluh biarlah dari rebungnya”. Para ulama terdahulu juga telah meletakkan
kaedah-kaedah yang menunjukkan bahawa anak-anak membesar selari dengan agama kedua
ibu bapanya. Mereka adalah individu yang paling kuat mempengaruhi setiap perkembangan
dan pendidikan anak-anak selari dengan hadith Rasulullah saw yang bermaksud “Tidak ada

seorang anak yang dilahirkan melainkan dalam keadaan fitrah (suci bersih), maka ibu dan
bapanyalah yang menjadikannya sama ada Yahudi, Nasrani atau Majusi”.

Anak-anak merupakan amanah yang tidak ternilai harganya. Oleh itu, Islam
memerintahkan para ibu bapa agar mendidik anak-anak dan memikul tanggungjawab tersebut
kerana anak-anak akan mewarisi segala didikan yang diberikan oleh orang tua dan
persekitarannya. Sekiranya acuan yang baik diterapkan kepada mereka, maka akan lahirlah

1
generasi pewaris yang mampu mendukung nilai-nilai agama yang
syumul pada masa hadapan kelak.

ISI PENTING DALAM JURNAL

Terdapat beberapa konsep yang boleh kita ambil untuk membentuk


sahsiah diri, jati diri dan akhlak kanak-kanak. Namun secara
keselurhannya ianya perlu bermula dari didikan awal daripada ibu bapa itu
sendiri. Islam menerusi al-Qur’an dan Sunnah merupakan agama yang
bersifat universal dan komprehensif. Ia bukan sahaja meliputi aqidah,
shariah dan akhlak tetapi juga meliputi pendidikan keluarga dan anak-
anak. Ibubapa mempunyai kedudukan yang tinggi pada pandangan
masyarakat dan agama. Fungsi ibubapa dalam membentuk anak-anak
sukar dicari ganti. Melalui mereka anak-anak mengenal kasih sayang,
nilai-nilai kehidupan dan erti kasih sayang. Islam sendiri menuntut supaya
ibubapa diberikan kedudukan yang tinggi dalam institusi keluarga dan
masyarakat. Arahan berterimakasih diletakkan pada tempat yang pertama
selepas ibadah kepada Tuhan kerana perngorbanan insaniah yang tidak
berbelah bagi begitu juga keutamaan memberikan bantuan didahulukan
ibubapa di atas yang lain.

Mengikut Islam peranan ibubapa amat besar. Merekalah yang


bertanggungjawab ke atas masa hadapan anak-anak. Peranan mereka
sebagai pembina utama dan pertama anak-anak sukar dicari penggalang
ganti. Mereka bertanggungjawab memperkenalkan kepada anak-anak
nilai kasih sayang, erti kehidupan dan keperluan kepada pengorbanan
dalam menunaikan tanggungjawab. Dalam sebuah hadis disebut “Setiap
anak dilahirkan di atas fitrah, maka kedua ibubapanya yang
menjadikannya Yahudi, atau Nasrani atau Majusi” Fitrah di sni
bermaksud Islam oleh itu setiap anak-anak dilahirkan sebagai seorang
Muslim maka ibubapanya yang bertanggungjawab memberikan ajaran
agama yang sempurna supaya anak tersebut kekal di atas fitrah Islamnya
2
dan memastikan anak tersebut tidak dipengaruhi oleh suasana persekitaran
yang akan merosak dan menjejaskan fitrah kejadiannya.

Muhammad Nur Abdullah Hafiz Suaid (2006:157) menyatakan


tempat yang paling subur bagi pembinaan pendidikan adalah fasa kanak-
kanak yang merupakan fasa terpanjang dalam perjalanan hidup. Masa
kanak-kanak mempunyai keistimewaan yang berupa kelenturan, kesucian
dan fitrah. Pemilihan waktu yang tepat oleh kedua ibu bapa dalam
memberikan bimbingan kepada anak-anak, memberikan pengaruh yang
sangat besar agar nasihat yang diberikan memberikan kesan yang
diharapkan. Pemilihan waku yang tepat akan memudahkan dan
meringankan usaha dalam melakukan kegiatan mengajar. Jika ibu bapa
mampu memilih waktu yang tepat , di mana anak mudah menerima
bimbingan ibu bapanya, maka ketika itu ibu bapa akan dapat
melaksanakan kegiatan pendidikan kepada anak-anak.

Islam menyarankan tiga waktu yang tepat dalam membimbing


anak-anak antaranya ialah waktu berkelah, ataupun ketika dalam
perjalanan dan diatas kenderaan. Hal ini kerana pada masa ini, anak
mudah mendapatkan pengaruh dan bimbingan dari orang yang
membimbingnya. Waktu malam juga merupakan waktu yang terbaik
kerana waktu ini seorang anak akan mulai lemah di hadapan keinginan
untuk makan sehingga terkadang dia melakukan perbuatan yang tidak baik
atau tercela. Jika kedua ibu bapanya tidak menemaninya ketika makan dan
meluruskan kesalahan-kesalahan kereka, maka anak akan berperangai
tidak baik.Waktu anak sakit juga waktu yang bagus untuk membentuk
akhlak mereka. Sakit dapat membuatkan lentur hati orang dewasa yang
kasar. Seorang anak yang sedang sakit mempunyai dua kelembutan iaitu
kelembutan fitrah keanakan itu sendiri dan juga fitrah kelembutan hati dan
jiwa ketika dia sedang sakit. Dengan demikian, dia mudah untuk
diluruskan segala kesalahannya.

3
Ada beberapa kajian berkaitan pengaruh gaya asuhan ibu bapa
terhadap akademik dan tingkahlaku remaja. Corak pendidikan dan
kebiasaan anak-anak sewaktu kecil sehingga remaja dijadikan kayu
pengukur kepada pembentukan peribadi anak-anak apabila dewasa.
Seorang dewasa yang beretika, berdisiplin dan berbudi bahasa adalah
datang daripada kelompok kanak-kanak yang terdidik dengan etika,
disiplin dan berbudi bahasa. Begitu juga sebaliknya, seorang dewasa yang
kejam, ganas dan tidak beretika datangnya daripada kelompok kanak-
kanak dan remaja yang terbiasa dengan persekitaran yang kejam,ganas dan
tidak beretika. Kajian oleh Zakaria Stapa et al. (2012) membincangkan
faktor persekitaran sosial yang boleh mempengaruhi pembentukan jati diri
setiap individu. Faktor-faktor persekitaran sosial yang dikenal pasti
memberikan kesan yang cukup signifikan dalam pembentukan jati diri
individu adalah terdiri daripada ibu bapa, rakan sebaya, sekolah dan guru
dan media massa.

Di dalam kajian ini, Kamarul Azmi Jasmi et al. (2007) menyatakan


bahawa teknik uswah hasanah yang bermaksud contoh ikutan yang baik
merupakan salah satu teknik pengajaran terhadap pendidikan Islam.
Teknik ini adalah teknik utama yang digunakan nabi dalam pendidikan
Islam. Penerapan pendidikan Islam yang dilaksanakan baginda mencapai
kejayan yang baik kerana baginda sendiri menunjukkan contoh teladan
dalam melaksanakan perkara yang hendak disampaikannya. Kaedah ini
memudahkann kefahaman para sahabat terhadap pelaksanaan sesuatu
amalan. Rasulullah SAW diutuskan Allah SWT sebagai suri teladan
kepada umat manusia.

Sebagai pemimpin dalam keluarga, ibubapa mestilah mencontohi akhlak


Baginda Rasulullah SAW dalam segala aspek kehidupan ke arah
membentuk anak-anak yang soleh serta berakhlak terpuji. Imam al-
Ghazali mengatakan bahawa anak merupakan amanah bagi kedua orang
tuanya. Jika dia dibiasakan dan diajarkan untuk berbuat kebaikan, maka
dia akan membesar menjadi anak yang baik. Dengan begitu, kedua orang
4
tuanya akan berbahagia di dunia dan akhirat. Sedangkan apabila dia
dibiasakan berbuat jahat, dan dibiarkan begitu saja seperti membiarkan
haiwan ternak, maka dia akan sengasara dan binasa. Malahan, dosanya
akan dipikul oleh orang yang bertanggungjawab untuk mengurus dan
walinya.

Dalam konteks keluarga pula, Abdur Rahman Annahlawi (1995)


menyatakan bahawa ibu bapa adalah teladan kepada anak-anak mereka
setiap kali berlaku interaksi antara kedua-dua pihak. Dalam pendidikan di
rumah ibu bapa menjadi lebih penting kerana anak anak lebih terdedah
kepada peribadi dan tingkah laku ibubapanya dengan lebih dekat. Kita
semua menyedari bahawa sungguh banyak pengajaran dan pengalaman
yang diperolehi anak-anak melalui interaksi dengan ibu bapa mereka sejak
hari pertama kelahiran lagi. Pengajaran dan pengalaman ini mungkin
membina keperibadian mereka. Kanak-kanak kecil belajar melalui
pengamatan dan meniru perlakuan dan tindak tanduk ibu bapanya. Melalui
pengamatan, akan terbentuk sesuatu di dalam mental anak-anak dan akan
menjadi satu pelajaran kepada mereka. Teladan ibu bapa kepada
perkembangan anak-anak terbahagi kepada dua iaitu pengaruh secara tidak
langsung dan pengaruh secara langsung. Pengaruh secara tidak langsung
bermaksud anak-anak akan meniru teladan ibu bapa secara tidak langsung
kerana terbiasa melihat perlakuan ibu bapa mereka dalam urusan
kehidupan seharian. Sebagai contoh, sekiranya ibubapa berinteraksi
dengan lemah lembut terhadap anak-anak maka anak-anak juga akan
terbiasa mengikut perilaku ibu bapa mereka dan berinteraksi dengan
masyarakat dengan cara yang sopan dan lemah lembut. Pengaruh yang
sengaja dilakukan secara sengaja ataupun bertujuan. Sebagai contoh,
sekiranya ibu bapa ingin menerapkan solat sebagai ibadah wajib kepada
anak-anak maka ibu bapa akan mengajar dan menerangkan cara bersolat
dan kepentingan solat itu sendiri. Maka, anak-anak akan mengikut
perlakuan tersebut atas dasar ajaran secara langsung daripada ibu bapa
mereka sendiri.
5
Walau bagaimanapun terdapat cabaran yang dihadapi ibu bapa
dalammembentuk akhlak awal kanak-kanak memandangkan terdapat
pengaruhpengaruhluar yang turut serta dalam menghakis pembentukan
akhlak anak-anak. Pendedahan anak-anak kepada media elektronik
terutamanya siri animasi yang berunsur hiburan duniawi dan berbentuk
keganasan akan melunturkan sikap kelembutan yang ada pada diri kanak-
kanak tersebut. Penggunaan gajet-gajet terkini juga menyekat
perkembangan sosial anak-anakuntuk berinteraksi dengan masyarakat
sekeliing dan menjadikan anak-anak tersebut sebagai seorang
individualistik.

Pengaruh rakan sebaya terutamanya ketika bersama rakan di taman


asuhan atau pusat penjagaan kanak-kanak ketika ibu bapa bekerja juga
dapat mempengaruhi tingkahlaku dan akhlak kanak-kanak. Sikap kanak-
kanak yang senang meniru tindakan apa sahaja yang mereka lihat dengan
mata sendiri menyebabkan mereka akan lebih senang untuk terjemurus
kepada perkara yang negatif. Memukul kawan misalnya. Ketika berada di
tadika ataupun pusat asuhan, kanak-kanak melihat rakan nya memukul
rakannya yang lain, maka mereka akan meniru dengan memukul ibu bapa
atau pun adik beradik yang lain sekiranya mereka memberontak. Oleh
yang demikian, ibu bapa harus mengambil peranan dengan memberitahu
mereka keburukan apabila mereka memukul kawan mereka. Dengan cara
ini mereka akan kurang untuk mencuba apa yang mereka lihat ketika
berada di tadika ataupun di asuhan.

Faktor kesibukan ibu bapa juga menjadi cabaran dalam


pembentukkan akhlak kanak –kanak memainkan peranan dalam
pembentukan akhlak awal aknak-kanak di mana terdapat situasi kedua ibu
bapa bekerja serta tiada masa untuk berinteraksi dengan anak-anak
menyebabkan anak-anak sering ditnggalkan dan diasuh oleh penjaga atau
pembantu rumah. Segala perilaku orang yang paling hampir dengan
mereka akan dicontohi saban hari dan membentuk peribadi dan
tingkahlaku anak-anak ifenomena ibu bapa bekerja suatu kesan terhadap
6
perkembangan anak-anak. bila cukup habis tempoh pantang ibu terus
bekerja. sedangkan anak yang ditinggalkan dibiarkan dalam jagaan
pembantu rumah atau di hantar ke rumah pengasuh. lebih menyedihkan
apabila setelah ibu bekerja tiada langsung masa terhadap anak mereka.
Tidak dinafikan keperluan kepada wanita kini bekerja untuk membantu
keluarga. tetapi jangan sampai anak-anak terabai. dibiarkan membesar
tanpa belaian kasih sayang daripada ibu bapa sendiri. Naluri kanak-kanak
sentiasa mahukan kasih sayang kedua ibu bapa mereka.tu sendiri. Anak-
anak yang terabai pasti mendatangkan kesan yang negatif terhadap diri
anak-anak tersebut.anak adalah harta paling berharga dalam dunia ini.oleh
itu ibu bapa perlu tahu corak didikan terhadap anak-anak mereka.

Faktor persekitaran juga memainkan peranan dalam pembentukan


akhlak awal kanak-kanak di mana ibu bapa juga didapati tiada kemahiran
keibubapaan positif bagi menangani atau memenuhi keperluan anak-anak
ini seperti yang diharapkan. Faktor ini merujuk kepada keadaan semasa
proses perkembangan kanak-kanak. Ini termasuklah pengalaman sebelum
dan selepas lahir. Keadaan sebelum lahir merujuk kepada corak
pemakanan, gaya hidup dan kesihatan si ibu. Keadaan selepas lahir pula
adalah dipengaruhi oleh cara pemakanan, sosio ekonomi, tahap
pendidikan, keluarga, rakan-rakan, ibadat, media dan persekitaran dunia.

Mengikut teori Ekologi Bronfenbrenner (1979,1989), menjelaskan


bahawa perkembangan kanak-kanak merangkumi lima jenis sistem
ekologi iaitu mikrosistem, mesosistem, ekosistem, makrosistem, dan
kronosistem. Menurut Bronfenbrenner, kelima-lima sistem ekologi ini
adalah mempengaruhi perkembangan kanak-kanak. Mikrosistem merujuk
kepada persekitaran terdekat dimana kanak-kanak lebih banyak
menghabiskan masa dan interaksi secara langsung di dalam persekitaran
itu.Sebagai contoh hubungan interaksi secara langsung antara kanak-kanak
dengan ibu bapa, guru dan rakan-rakan.Orang-orang dalam mikrosistem
ini memainkan peranan yang tidak kurang penting di dalam perkembangan
kanak-kanak. Mesosistem pula merujuk kepada kaitan antara perhubungan
7
dengan 2 mikrosistem. Hal ini bermaksud satu mikrosistem boleh
mempengaruhi interaksi dengan mikrosistem yang lain. Mengikut
Bronfenbenner juga, kanak-kanak yang diberikan galakan untuk
berinteraksi dan berkomunikasi dalam mesosistem ini menunjukkan
prestasi yang lebih baik daripada kanak-kanak yang kekurangan peluang.
Ekosistem merupakan pengalaman dengan persekitaran yang tidak
melibatkan kanak-kanak secara langsung tetapi keputusan yang diambil
dalam persekitaran tersebut memberi kesan kepada kanak-kanak tersebut.
Misalnya sekolah dengan pasar raya.Kaedah pengurusan, kemudahan dan
peraturan-peraturan yang dikuatkuasa oleh tempat membeli belah secara
tidak langsung mempengaruhi perkembangan sosial kanak-kanak tersebut.
Makrosistem pula adalah perkembangan individu yang melibatkan norma-
norma, nilai dan amalan masyarakat itu sendiri. Misalnya dalam
sesetengah masyarakat, peranan jantina dititikberatkan (Santrock,2008).
Kronosistem pula melibatkan perubahan perkembangan dalam suatu
tempoh masa.Sebagai contoh situasi kanak-kanak hari ini lebih berfokus
kepada permainan-permainan komputer jika dibanding dengan kanak-
kanak pada zaman dahulu kala yang lebih gemar bermain di persekitaran
rumah.

Rumusan.

Kesimpulannya ialah ibu bapa mempunyai tanggungjawab


besar dan penting bukan sahaja membesarkan anak-anak dengan
menyediakan makan minum dan pakaian tetapi pendidikan yang
berteraskan ajaran Islam di samping anak-anak diberikan layanan kasih
sayang , belaian dan perhatian. Pendidikan agama yang disentuh ke
dalam jiwa anak-anak dapat menjadikan anak-anak generasi Islam yang
cemerlang.Oleh itu, ilmu bukan hanya diterangkan secara teori tetapi perlu
diikuti dengan contoh atau praktikal. Sekiranya ibu bapa tidak mempunyai
8
kemahiran dan kebijaksanaan dalam mengurus anak-anak , memahami
tahap-tahap perkembangan akal dan kaitannya dengan pertumbuhan emosi
dan naluri serta memahami proses menuju akil baligh dengan perubahan
tingkah laku, maka, masa berharga anak-anak akan disia-siakan dan
terabai tanpa pedoman.

Justeru, ibu bapa perlu bertindak berusaha memastikan anak-anak


mereka sempurna dengan cara pendidikan yang dianjurkan oleh Islam.Ibu
bapa hari ini, tidak mempunyai pilihan yang banyak dalam proses
mendidik anak-anak melainkan mengembalikan diri kepada kaedah asas
iaitu meluangkan masa bersama keluarga biarpun sedikit tetapi berkualiti.
Kedekatan hubungan ibu bapa dengan anak-anak harus menjadi
keutamaan supaya masa yang hilang dapat digantikan dengan kegiatan
yang boleh mengeratkan hubungan ibu bapa dan anak-anak. Oleh yang
demikian, anak-anak mesti dididik dengan sempurna dan seimbang dalam
aspek agama sebagai pegangan dan akademik bagi membentuk jati diri
yang mantap. Inilah asas pendidikan berkeluarga Islam yang harus
disuburkan oleh ibu bapa supaya anak-anak boleh memberi sumbangan
dan jasa kepada ibu bapa, masyarakat dan negara.

Secara keseluruhan, kajian ini sangat berfaedah kepada ibu bapa


dan penjaga yang membacanya. Namun kajian ini hanya berfokus kepada
teladan ibu bapa mengikut prespektif Islam sahaja. Adalah lebih baik,
sekiranya pengkaji di masa hadapan mengkaji lebih mendalam dan
pandangan serta konsep dipelbagaikan lagi untuk memudahkan pembaca
mempelajari konsep pembentukkan akhlak kanak-kanak.

9
Rujukan.

1. Persepsi Ibu Bapa Terhadap Faktor- Faktor Keruntuhan Akhlak


Remaja Islam Masa Kini: Satu Tinjauan Di Taman Aman Anak
Bukit, Alor Setar Kedah, ROHAYATI BINTI DERANI, Fakulti
Pendidikan UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA, 2004.
2. Penerapan Nilai Murni dan Pembentukkan Jati Diri Kanak- Kanak
Prasekolah Melalui Penggunaan Multimedia, Latifah Binti Abdul
Majid, Fakulti Pengajian Islam, Universiti Kebangsaan Malaya.
3. Amla Salleh, Zahara Aziz, Zuria Mahmud dan Abd. Aziz
Mahyuddin (2010), Peranan Bapa dalam Pembangunan Sahsiah
Remaja dan Implikasinya terhadap Nilai Kekeluargaa , Jurnal
Pendidikan Malaysia 35(2)(2010): 9-17.

10
LAMPIRAN

PEMBENTUKAN AKHLAK AWAL KANAK-


KANAK MENERUSI TELADAN IBU BAPA

Noraziah Ahmad Nadzim* & Mohd Nizam Sahad (PhD)

Pusat Pengajian Ilmu Kemanusiaan

Universiti Sains Malaysia

emiaziah@yahoo.com

Mohd Nazri Abdul Rahman (PhD)

Fakulti Pendidikan

Universiti Malaya

Abstrak

Pembentukan akhlak awal kanak-kanak bermula dengan didikan dan


asuhan ibu bapa.Ibu bapa berperanan sebagai penyebar pertama
kepada sosialisasi sejak anak-anak dilahirkan ke dunia. Kegagalan
ibu bapa dalam mendidik anak-anak menyebabkan mereka
terjerumus kepada keruntuhan ahklak. Kertas kerja ini ini bertujuan
mengetengahkan isu berkaitan pembentukan akhlak awal kanak-
kanak menerusi teladan ibu bapa dalam Islam. Kertas kerja ini
memberi fokus terhadap konsep pembentukan akhlak awal kanak-
kanak berserta kepentingannya. Konsep teladan ibu bapa dalam
Islam dan prinsip-prinsipnya turut dibincangkan. Kanak-kanak
dipilih sebagai subjek sasaran perbincangan kerana ibu bapa

11
memainkan peranan yang penting dalam mencorakkan tingkahlaku
dan akhlak awal kanak -kanak. Metodologi penulisan kertas konsep
ini adalah melalui kajian kepustakaan dengan menekankan aspek
analisis kandungan (content analysis). Hasil analisis telah
membuktikan bahawa pembentukan akhlak awal kanak-kanak
dipengaruhi oleh faktor teladan ibu bapa meliputi aspek perbuatan
dan percakapan. Adalah menjadi harapan agar penulisan berkaitan
pembentukan akhlak awal kanak-kanak menerusi teladan ibu bapa
ini memberi gambaran dan kefahaman terhadap konsep
keibubapaan dalam Islam agar difahami bagi tujuan pembentukan
akhlak yang mulia dalam kalangan awal kanak-kanak berpaksikan
ajaran Islam berpandukan Al-Quran dan Sunnah.

Kata kunci: pembentukan akhlak, awal kanak-kanak teladan,


ibu bapa

12
Isu Dalam Pendidikan, 40, 2016

PENGENALAN

Dalam pendidikan awal kanak-kanak, ibu bapalah yang menjadi pendidik pertama kepada
pembentukan peribadi dan akhlak kanak-kanak tersebut. Dalam kertas kerja ini akan
menerangkan berkaitan konsep pembentukan akhlak awal kanak-kanak menerusi teladan ibu
bapa merangkumi persediaan ibu bapa dalam menjadi teladan kepada anak-anak serta bentuk
teladan yang akan dicontohi dalam kehidupan kanak-kanak tersebut. Dalam membentuk
akhlak anak-anak, ibu bapa perlulah menggunakan kaedah pendidikan akhlak yang sesuai
serta waktu yang tepat agar menjadi pegangan kukuh kepada anak-anak.

Anak-anak yang soleh akan muncul bermula dengan kesolehahan ibu dan bapa kerana
keduanya merupakan pencorak kepada peribadi-peribadi ini sejak daripada kecil berterusan
sehingga dewasa. Pendidikan kanak-kanak pada umumnya adalah berasaskan pada dua
bahagian iaitu apa yang ditiru daripada orang yang rapat sama ada ahli keluarga ataupun
rakan dan apa yang diperolehi secara asuhan. Oleh itu, institusi keluarga adalah institusi
terpenting dalam memupuk keperibadian kanak-kanak.

Konsep Pembentukan Akhlak Kanak-kanak dari Pespektif Islam

Fenomena keruntuhan akhlak dalam kalangan masyarakat Islam di Malaysia semakin


mendapat perhatian semua pihak. Masyarakat Islam yang menyedari fenomena negatif yang
semakin menular menyeru supaya ibu bapa meletakkan Islam sebagai prinsip dalam
kehidupan berkeluarga. Maka ibu bapa perlu menerapkan anak-anak dengan penghayatan
cara hidup Islam dalam menghadapi cabaran kehidupan. Pendidikan akhlak awal kanak-
kanak melalui peranan ibu bapa menurut prinsip Islam amatlah ditekankan dalam Islam.
Saranan yang terdapat dalam al- Quran adalah pendidikan yang menyeluruh, tidak terbatas
kepada ibadat dan melupakan tingkah laku, atau memberatkan individu dan melupakan amal,
tetapi meliputi segala aspek kehidupan manusia.

Muhammad Nur Abdullah Hafiz Suaid (2006:157) menyatakan tempat yang paling subur
bagi pembinaan pendidikan adalah fasa kanak-kanak yang merupakan fasa terpanjang dalam
perjalanan hidup. Masa kanak-kanak mempunyai keistimewaan yang berupa kelenturan, kesucian
dan fitrah. Jika masa kanak-kanak ini dibangunkan dengan penjagaan , bimbingan dan arahan
maka kelak kanak-kanak ini akan kukuh pegangannya dalam menghadapi hari depannya. Dalam
mendidik kanak-kanak, Khayr Fatimah (1998: 202) dalam Abdul Salam (2003) beliau
membahagikan peringkat umur kanak-kanak kepada tiga peringkat utama iaitu:

1. antara masa bercerai susu iaitu fitam, 2 tahun sehingga umur 7 tahun,

2. antara umur 7 tahun sehingga 10 tahun,

13
3. antara umur 10 tahun sehingga baligh.

Pada peringkat umur ini, anak –anak perlulah diberikan asas pembinaan akidah, ibadah,
akhlak, emosi, intelektual dan jasmani berdasarkan hadis Rasulullah, setiap manusia itu perlu
dibekalkan dengan enam aspek pendidikan ini. Miqdad Yalchin (1983) dalam Ahmad Mohd
Salleh (2003) menyatakan bahawa pendidikan akhlak sebagai satu usaha untk membina peribadi,
masyarakat dan budaya yang baik. Terdapat banyak kaedah atau cara perlaksanaan sistem
pendidikan di sebuah institusi keluarga. Namun kaedah pendidikan dengan menunjukkan contoh
dan tauladan, dan pendidikan yang menekankan aspek kerohanian adalah dikira asas yang paling
penting.

“ Wahai orang yang beriman peliharalah dirimu dan keluargamu dari api neraka
yang berbahan manusia dan bau, sedangkan para penjaganya adalah para
malaikat yang kasar dan keras , serta tidak pernah menderhakai Allah terhadap
apa yang diperintahkan-Nya kepada mereka serta selalu mengerjakan apa yang
diperintahkan”.

(At-Tahrim: 6)

Setiap Muslim haruslah mendidik diri dan keluarganya dengan cara memerintahkan mereka
untuk mengerjakan kebaikan dan melarang mereka dari berbuat kejahatan.Kesolehan kedua
orang tua merupakan teladan yang baik bagi anak, mempunyai pengaruh yang besar terhadap
kejiwaaan anak. Apabila kedua orang tuanya mempunyai disiplin untuk bertakwa kepada
Allah dan mengikuti jalan Allah, dan juga terus ada kerjasama antara ibu bapa untuk
menunaikan perkara tersebut, maka anak-anak akan mengikut membesar dalam ketaatan dan
berbakti kepada Allah kerana mencontohi kedua ibu bapanya.

Penerapan adab merupakan asas akhlak seseorang. Adab dimaksudkan sebagaai pergaulan
yang baik. Penanaman adab kepada anak dan membiasakansehingga menjadi tabiat dan perangai
itu lebih utama dan sangat penting dalam Islam. Pendidikan akhlak terhadap awal kanak-kanak
yang disarankan dalam Islam ialah beradab terhadap kedua ibu bapa, adab terhadap ulama adab
menghormati dan menghargai orang lain, adab persaudaraan, adab berjiran, adab meminta izin,
adab makan dan adab dalam penampilan diri. Kesemua ini merupakan asas kepada pembentukan
akhlak awal kanak-kanak dan mudah dicontohi sekiranya ibu bapa menerapkan dalam
kehidupan sehariannya.

Pemilihan waktu yang tepat oleh kedua ibu bapa dalam memberikan bimbingan kepada
anak-anak, memberikan pengaruh yang sangat besar agar nasihat yang diberikan memberikan
kesan yang diharapkan. Pemilihan waku yang tepat akan memudahkan dan meringankan
usaha dalam melakukan kegiatan mengajar. Jika ibu bapa mampu memilih waktu yang tepat ,
di mana anak mudah menerima bimbingan ibu bapanya, maka ketika itu ibu bapa akan dapat

14
melaksanakan kegiatan pendidikan kepada anak-anak. Menurut Abdur Rahman Annahlawi
(1995), Rasulullah SAW menyarankan tiga waktu yang tepat dalam membimbing anak-anak:

i- Waktu berkelah, ketika dalam perjalanan dan di atas kenderaan. Rasululah SAW
pernah mendukung anak ketika sedang berjalan . Ini kerana pada masa itu, anak mudah
mendapatkan pengaruh dari bimbingan yang diberikan oleh orang yang bersamanya.

ii- Waktu makan

Pada waktu ini, seorang anak akan mulai lemah di hadapan keinginan untuk makan
sehingga terkadang dia melakukan perbuatan yang tidak baik atau tercela. Jika kedua iu
bapanya tidak menemaninya ketika makan dan meluruskan kesalahan-kesalahan kereka,
maka anak akan berperangai tidak baik.

iii- Ketika anak sedang sakit

Sakit dapat membuatkan lentur hati orang dewasa yang kasar. Seorang anak yang
sedang sakit mempunyai dua kelembutan iaitu kelembutan fitrah keanakan itu sendiri
dan juga fitrah kelembutan hati dan jiwa ketika dia sedang sakit. Dengan demikian, dia
mudah untuk diluruskan segala kesalahannya.

Kajian-kajian Berkaitan Pembentukan Akhlak Awal kanak-kanak

Penulisan ini bukan yang pertama kalinya berkaitan ibu bapa, namun ada beberapa kajian
berkaitan pengaruh gaya asuhan ibu bapa terhadap akademik dan tingkahlaku remaja. Terdapat
banyak kajian berkaitan contoh teladan dan model dalam pendidikan seperti kajian peranan guru
sebagai role model atau contoh teladan kepada pelajar yang dijalankan oleh A. Halim
Tamuri,Mohamad Khairul Azman Ajuhary (2010). Menurut Kamarul Azmi Jasmi (2007:31)
corak pendidikan dan kebiasaan anak-anak sewaktu kecil sehingga remaja dijadikan kayu
pengukur kepada pembentukan peribadi anak-anak apabila dewasa. Seorang dewasa yang
beretika, berdisiplin dan berbudi bahasa adalah datang daripada kelompok kanak-kanak yang
terdidik dengan etika, disiplin dan berbudi bahasa. Begitu juga sebaliknya, seorang dewasa
yang kejam, ganas dan tidak beretika datangnya daripada kelompok kanak -kanak dan remaja
yang terbiasa dengan persekitaran yang kejam, ganas dan tidak beretika

Terdapat beberapa kajian berkaitan gaya asuhan ibu bapa dan pencapaian akademik pelajar.
Kajian oleh Nor Mazana Ismail (2001), dalam tesis sarjana beliau yang bertajuk Hubungan Di
Antara Gaya Kepimpinan Ibu Bapa Dengan Pelanggaran Disiplin Pelajar-Pelajar Tingkatan
Empat Di Sekolah Menengah Teknik Slim River, Perak menyatakan terdapat empat gaya
kepimpinan ibu bapa iaitu gaya kepimpinan demokratik, gaya kepimpin autoritarian, gaya
kepimpinan permissive-indulgent dan gaya kepimpinan permissive-neglectful. Daripada analisis

15
data yang diperolehi, menunjukkan bahawa terdapat hubungan di antara gaya kepimpinan ibu
bapa dengan pelanggaran disiplin pelajar. Walau bagaimanapun, dalam penulisan ini, penulis
akan memfokuskan kepada teladan ibu bapa ke arah pembentukan akhlak awal kanak-kanak.

Kajian oleh Zakaria Stapa et al. (2012) membincangkan faktor-faktor persekitaran sosial
yang boleh mempengaruhi pembentukan jati diri setiap individu. Faktor-faktor persekitaran sosial
yang dikenal pasti memberikan kesan yang cukup signifikan dalam pembentukan jati diri
individu adalah terdiri daripada ibu bapa, rakan sebaya, sekolah dan guru dan media massa. Amla
et al.(2010) dalam kajiannya berkaitan Peranan Bapa dalam Pembangunan Sahsiah Remaja dan
Implikasinya terhadap Nilai Kekeluargaan membentangkan hasil kajian yang penting iaitu
penglibatan bapa agak baik, iaitu bertanggungjawab dari segi menyediakan kemudahan fizikal
serta sokongan kepada ibu. Walau bagaimanapun, fokus penulis ialah melihat pembentukan
akhlak awal kanak-kanak berbanding kajian tersebut yang mengkaji perkembangan pembelajaran
dan konsep kendiri remaja.

Secara keseluruhannya, penulis mendapati terdapat beberapa kajian lepas dan penulisan
berkaitan tajuk kepimpinan ibu bapa dan akhlak remaja, namun masih terdapat kurang
perbincangan berkaitan teladan ibu bapa dan hubungannya dengan pembentukan akhlak awal
kanak-kanak.. Justeru, adalah menjadi satu keperluan bagi membincangkan isu berkaitan
pembentukan akhlak awal kanak-kanak menerusi teladan ibu bapa dalam penulisan ini.

Konsep Teladan Ibu bapa

Al-Quran dan Sunnah merupakan sumber panduan hidup dalam Islam. Asas kehidupan
manusia itu mestilah berteraskan kepada asas akidah, ibadah dan juga akhlak sebagai
panduan kehidupan. Firman Allah:

“Kamu wahai (Muhammad) adalah sebaik-baik umat dilahirkan bagi (faedah) umat manusia,
kerana kamu menyuruh berbuat segala perkara yang baik dan melarang kepada perkara yang
salah. Serta kamu pula beriman kepada Allah”.

(Ali Imran, 3:110)

Kamarul Azmi Jasmi et al. (2007) menyatakan bahawa teknik uswah hasanah yang
bermaksud contoh ikutan yang baik merupakan salah satu teknik pengajaran terhadap
pendidikan Islam .Ini berdasarkan daripada firman Allah yang bermaksud:

“Demi sesungguhnya adalah bagi kamu pada diri Rasulullah itu uswah hasanah
(contoh ikutan yang baik iaitu bagi orang yang sentiasa mengharapkan
keredhaan Allah dan balasan baik hari Akhirat”.

16
(Al-Ahzab, 33:21)

Teknik ini adalah teknik utama yang digunakan Rasulullah SAW dalam pendidikan Islam. Penerapan
pendidikan Islam yang dilaksanakan baginda mencapai kejayan yang baik kerana baginda sendiri
menunjukkan contoh teladan dalam melaksanakan perkara yang hendak disampaikannya.Kaedah ini
memudahkann kefahaman para sahabat terhadap pelaksanaan sesuatu amalan. Sebagai contoh,
Rasulullah SAW mengajarkan tentang bagaimana tatacara berkenderaan kepada Saidina Ali r.a dan
saidina Ali r.a pula mengajarkan secara lengkap kepada pelajarnya (Kamarul Azmi Jasmi 2007: 54).

Rasulullah SAW diutuskan Allah SWT sebagai suri teladan kepada umat manusia. Sebagai
pemimpin dalam keluarga, ibubapa mestilah mencontohi akhlak Baginda Rasulullah SAW dalam
segala aspek kehidupan ke arah membentuk anak-anak yang soleh serta berakhlak terpuji. Berkaitan
peranan ibu bapa terhadap pendidikan anak -anak, Imam al-Ghazali mengatakan bahawa anak
merupakan amanah bagi kedua orang tuanya. Jika dia dibiasakan dan diajarkan untuk berbuat
kebaikan, maka dia akan membesar menjadi anak yang baik. Dengan begitu, kedua orang tuanya akan
berbahagia di dunia dan akhirat. Sedangkan apabila dia dibiasakan berbuat jahat, dan dibiarkan begitu
saja seperti membiarkan haiwan ternak, maka dia akan sengasara dan binasa. Malahan, dosanya akan
dipikul oleh orang yang bertanggungjawab untuk mengurus dan walinya (Muhammad Nur Abdullah
Hafiz Suaid ,2006).

Pendidikan keibubapaan menerusi ajaran Islam memperingatkan ibu bapa tentang


peranan mereka sebagai khalifah dalam keluarga. Konsep khalifah mengangkat martabat ibu
bapa sebagai pemimpin. Ibu bapa memimpin ahli keluarganya ke arah kebaikan dan
menjauhkan mereka dari melakukan kejahatan. Ibu bapa mestilah menunjukkan teladan yang
baik agar menjadi cerminan dan panduan hidup sejak dari awal kanak-kanak lagi. Para pakar
pendidik menyatakan bahawa masa yang penting bagi kehidupan seseorang ialah pada masa
kanak-kanak. Mereka berpandangan bahawa pada masa ini adalah membentuk masa depan
seseorang manusia tersebut (Muhammad Baihaqi :2002).

Sabda Nabi Muhammad SAW:

Setiap bayi yang dilahirkan, dilahirkan dalam keadaan fitrah (Islam). Maka
kedua orang tuanyalah yang menjadikan Yahudi, Nasrani atau Majusi.

(Hadith Riwayat Muslim).

Berdasarkan hadith tersebut, adalah menjadi kewajian bagi setiap ibu bapa untuk memberikan
tunjuk ajar yang dapat memudahkan mereka untuk mendapatkan pendidikan yang layak. Ibu bapa
mempunyai pengaruh yang kuat terhadap perkembangan psikologi anak.Dari ibu bapalah akan
diambil contoh oleh anak-anaknya., dan mengikuti jejaknya. Oleh itu, apa yang diucapkan dan
yang dilakukan akan selalu terkesan serta menjadi ikutan oleh anak-anaknya. Ibu bapa merupakan
contoh teladan bagi anak-anakya. Oleh itu, ucapannya tidak boleh bertentangan dengan

17
perbuatanya. Apabila mengajak sesuatu kebaikan , maka ibu bapa yang harus melakukannya
terlebih dahulu agar dapat diikuti dan dicontohi anak-anak.

Sebelum membentuk tingkahlaku anak- anak, semestinya setiap ibu bapa itu perlulah
melengkapkan dirinya dengan asas -asas Islam agar terbiasa dengan cara hidup Islam dan
seterusnya diteladani dan menjadi ikutan oleh kanak-kanak dan masyarakat sekelillngnya.
Muhammad Qutb dalam Ahmad Mohd Salleh (2003) menerangkan bahawa kualiti insan yang
soleh ialah:

a. Manusia yang beriman kepadaAllah dan membersihkan dirinya dari unsur syirik

b. Manusia yang melakukan amal soleh dalam seluruh kehidupannya untuk dunia dan
akhirat

c. Manusia yang memiliki akhlak yang mulia hasil dariada iman dan amal yang soleh.

Kewajipan ibubapa bukan sekadar menyediakan keperluan kebendaan malahan mencakupi


pendidikan keimanan sebagai asas kehidupan kepada anak-anak. Ibubapa bertanggung jawab
memberikan pendidikan yang sempurna kepada anak-anak terutamanya dalam menjalankan
tanggung jawab kepada Allah, kepada diri dan juga masyarakat. Ibubapa merupakan contoh
teladan yang sangat penting kepada kanak-kanak yang sedang membesar. Teladan yang
ditunjukkan kepada oleh ibubapa akan meninggalkan kesan yang sangat mendalam
(Muhammad Baihaqi ,2002) . Selain itu, dalam membentuk akhlak awal kanak-kanak,
perkara utama yang perlu ditekankan ialah ibu bapa hendaklah:

1. berpegang kepada akidah Islam,

2. bergaul dengan sopan dan hormat agar anak dapat menghormati orang lain,

3. Menjauhkan diri dari perbuatan zalim dan berusaha untuk meluaskan keadilan,

4. bergaul dengan kasih sayang,

5. melontarkan kata-kata yang baik dan tidak menggusarkan hati anak-anak.

Keteladanan yang baik memberikan pengaruh yang besar terhadap jiwa kanak-kanak. Anak
banyak meniru ibubapanya. Ibubapa perlulah menjadi teladan yang baik dalam kepada anak-anak
terutama berkenaan akhlak di dalam bergaul dengan anak-anak.. Anak-anak akan selalu

18
memerhatikan dan mengawasi perilaku orang dewasa. Mereka akan sentiasa mencontohi ibu bapa
mereka kerana terbiasa melihat perkara sedemikian di dalam kehidupan seharian.. Sekranya ibu
bapa berlaku jujur, maka mereka maka membesar dengan kejujuran. Demikian juga dalam
perkara-perkara lain. Oleh itu, kedua ibubapa dituntut menerapkan perintah Allah sebagai amalan
serta terus menambah amalan sunnah menurut kemampuan kerana anak-anak akan terus
mengawasi dan meniru mereka setiap waktu. Ini kerana kemampuan anak-anak dalam menerima
secara sedar taupun tidak sedar sangatlah tinggi tanpa kita sedari dan jangkakan.

Pengajaran dan pendidikan menjadi tidak berkesan apabila tindakan atau perilaku pendidik
bertentangan dengan isi kandungan pengajarannya sendiri. Sebenarnya pengajaran melalui tindakan
adalah lebih berkesan daripada pengajaran secara lisan. Peribahasa Melayu sendiri ada menyebutkan,
“Jika guru kencing berdiri, murid kencing berlari”. Begitulah pentingnya kedudukan ibubapa sebagai
pendidik awal dalam pembentukan diri anak-anak.

Dalam konteks keluarga pula, Abdur Rahman Annahlawi (1995) menyatakan bahawa ibu bapa
adalah murabbi kepada anak-anak mereka setiap kali berlaku interaksi antara kedua-dua pihak. Dalam
pendidikan di rumah, kedudukan ibubapa sebagai contoh teladan menjadi lebih penting kerana anak-
anak lebih terdedah kepada peribadi dan tingkah laku ibubapanya dengan lebih dekat. Kita semua
menyedari bahawa sungguh banyak pengajaran dan

pengalaman yang diperolehi anak-anak melalui interaksi dengan ibu bapa mereka sejak hari
pertama kelahiran lagi. Pengajaran dan pengalaman ini mungkin membina keperibadian
mereka. Kanak-kanak kecil belajar melalui pengamatan dan meniru perlakuan dan tindak
tanduk ibu bapanya. Melalui pengamatan, akan terbentuk sesuatu di dalam mental anak-anak
dan akan menjadi satu pelajaran kepada mereka. Oleh itu sesuatu tingkah laku ibu bapa yang
dilakukan secara berterusan akan membentuk proses pengukuhan dalam diri anak-anak dan
akhirnya tindakan tersebut akan menjadi sebati dengan peribadi anak-anak.

Menurut Abdur Rahman Annahlawi (1995) menyatakan bahawa teladan ibu bapa dalam
kehidupan kanak-kanak berlaku dalam dua situasi iaitu:

a. Pengaruh langsung yang tak disengaja (spontan)

Keberhasilan peneladanan ini banyak bergantung pada kualiti kesungguhan tingkahlaku


yang diteladankan. Dalam situasi ini, pengaruh teladan berjalan secara langsung tanpa
sengaja. Ini bermaksud bahawa setiap orang diharapkan menjadi teladan hendaklah
memelihara tingkah lakunya, disertai kesedaran bahawa ia bertanggung jawab dihadapan
Allah dalam segala hal yang diikuti oleh orang lain. Anak-anak akan meniru teladan ibu
bapa secara tidak langsung kerana terbiasa melihat perlakuan ibu bapa mereka dalam
urusan kehidupan seharian. Sebagai contoh, sekiranya ibubapa berinteraksi dengan lemah
lembut terhadap anak-anak maka anak-anak juga akan terbiasa mengikut perilaku ibu bapa
mereka dan berinteraksi dengan masyarakat dengan cara yang sopan dan lemah lembut.

19
b. Pengaruh yang sengaja

Peneladanan ini dilakukan secara sengaja ataupun bertujuan. Sebagai contoh, sekiranya
ibu bapa ingin menerapkan solat sebagai ibadah wajib kepada anak-anak maka ibu bapa
akan mengajar dan menerangkan cara bersolat dan kepentingan solat itu sendiri. Maka,
anak-anak akan mengikut perlakuan tersebut atas dasar ajaran secara langsung daripada
ibu bapa mereka sendiri.

Dapatlah kita simpulkan di sini bahawa keteladanan ibu bapa ini berlaku secara
langsung dan tidak langsung terutamanya mencakupi aspek percakapan dan perbuatan dalam
kehidupan seharian. Aspek perbuatan yang dilakukan secara berulangkali ternyata memberi
kesan yang lebih mendalam dan semakin dekat untuk diikuti dan memberi kesan kepada
pembentukan akhlak awal kanak-kanak.

Pembentukan Akhlak Awal Kanak-Kanak : Isu dan Cabaran

Menurut Abdullah Nasih Ulwan (1988:58) pendidikan akhlak awal kanak-kanak melalui teladan
ini juga, mengikut tahap atau peringkat. Mula-mula anak-anak akan terikut dengan contoh
daripada ibu bapa mereka kemudian, teman-teman ,guru dan seterusnya dari anak-anak yang
lebih tua usia darinya.Justeru, ibu bapa perlulah memainkan peranan yang sangat penting dalam
mengambil inti pati dan mengamalkan semua yang telah diajarkan oleh Rasulullah saw dalam
mengikutpelbagai cara atau kaedah yang telah disampaikan kepada kita untuk mendidik anak-
anak sejak dari kecil lagi.

Antara contoh teladan yang telah ditunjukkan juga oleh Rasulullah dalam menzahirkan
sifat-sifat mulia Baginda ialah dalam ibadatnya, kemurahan hatinya, sifat zuhud dan
tawaduknya , sopan santun, ketegasan dan keberanian, dan belas kasihan Rasulullah kepada
anak-anak yang boleh dijadikan contoh oleh ibu bapa dalam memberikan pendidikan Islam
dalam jiwa anak-anak. Tambahan lagi, menjadikan Rasulullah sebagai ikutan juga merupakan
pilihan yang utama kerana Rasulullah sendiri telah diutuskan oleh Allah bertujuan untuk
menjadi teladan yang baik bagi kaum Muslimin. Allah juga telah meletakkan semua sifat-
sifat mulia di dalam peribadi Nabi Muhammad s.a.w. sebagai lambang dasar Islam, agar
generasi akan datang dapat mencontohi kesemua sifat- sifat Baginda Nabi Muhammad s.a.w.
(Abdullah Nasih Ulwan 1990:142) .

Nabi Muhammad s.a.w mengingatkan sesiapa yang memikul tugas pendidikan , supaya
mengambil teladan yang baik dalam segala sesuatu yang boleh memberikan gambaran yang baik
kepada orang yang dididiknya

, supaya mereka dapat menurut segala kelakuan dengan sifat yang terpuji dan mulia ,mengikut
nasihat-nasihat dengan berkesan dan perhatian yang jelas serta perilaku mereka selari dengan
syariat Islam. Justeru Rasulullah merupakan contoh ikutan yang baik oleh ibu bapa dalam
mendidik anak-anak dalam membina rumah tangga bahagia (Abdullah Nasih Ulwan 1990:142).

20
Walau bagaimanapun terdapat cabaran yang dihadapi ibu bapa dalam membentuk akhlak
awal kanak-kanak memandangkan terdapat pengaruh-pengaruh luar yang turut serta dalam
menghakis pembentukan akhlak anak-anak. Pendedahan anak-anak kepada media elektronik
terutamanya siri animasi yang berunsur hiburan duniawi dan berbentuk keganasan akan
melunturkan sikap kelembutan yang ada pada diri kanak-kanak tersebut. Penggunaan gajet-gajet
terkini juga menyekat perkembangan sosial anak-anak untuk berinteraksi dengan masyarakat
sekeliing dan menjadikan anak-anak tersebut sebagai seorang individualistik.

Tuntutan hidup dan desakan ekonomi masa kini menyebabkan kedua ibu bapa keluar
mencari rezeki manakala anak-anak ditinggalkan di pusat asuhan kanak- kanak.Di sini,
pengaruh rakan sebaya terutamanya ketika bersama rakan di taman asuhan atau pusat
penjagaan kanak-kanak ketika ibu bapa bekerja juga dapat mempengaruhi tingkahlaku dan
akhlak kanak-kanak. Faktor kesibukan ibu bapa juga memainkan peranan dalam
pembentukan akhlak awal aknak-kanak di mana terdapat situasi kedua ibu bapa bekerja serta
tiada masa untuk berinteraksi dengan anak-anak menyebabkan anak-anak sering ditnggalkan
dan diasuh oleh penjaga atau pembantu rumah. Segala perilaku orang yang paling hampir
dengan mereka akan dicontohi saban hari dan membentuk peribadi dan tingkahlaku anak-
anak itu sendiri.Faktor persekitaran juga memainkan peranan dalam pembentukan akhlak
awal kanak-kanak di mana ibu bapa juga didapati tiada kemahiran keibubapaan positif bagi
menangani atau memenuhi keperluan anak-anak ini seperti yang diharapkan.

Oleh yang demikian, ibu bapa perlulah memperuntukkan masa yang berkualiti dalam
berinteraksi dengan anak-anak agar terlahir bentuk teladan yang dapat dicontohi anak-anak
dalam proses pembentukan akhlak seiring dengan pertumbuhan fizikal, mental dan emosi
anak-anak tersebut.

21
RUMUSAN

Aspek pembinaan institusi keluarga sesungguhnya merupakan isu yang melibatkan hampir
setiap individu yang telah berumah tangga. Masalah kekeluargaan khususnya cabaran dan
peranan dalam mendidik anak-anak adalah merupakan perkara yang amat penting dalam
kehidupan berkeluarga. Oleh kerana itu, institusi kekeluargaan merupakan unit yang terkecil
bagi sesebuah negara dan ummah. Jika keluarga itu kuat, maka kuatlah negara dan ummah.
Sebagaimana kata-kata hukama’, “Binalah kerajaan Islam di dalam diri sendiri, sebelum anda
membina kerajaan Islam di dalam keluarga. Binalah kerajaan Islam dalam keluarga, sebelum
anda membina kerajaan Islam di dalam masyarakat.”

Ibu bapa selaku pemimpin mestilah menyedari sebenar-benarnya bahawa tugas mendidik
dan mentarbiyah anak-anak dengan didikan agama dan akhlak Islam adalah merupakan tugas
murni yang amat dituntut dan ianya merupakan salah satu ibadat yang tinggi dan mulia di sisi
Allah SWT.

Justeru, diharapkan dengan penulisan ini, akan membantu ibu bapa memberi ruang dan
masa agar dapat menbentuk akhlak anak-anak dengan contoh teladan yang baik secara optimum
walaupun dalam kesuntukan masa dan desakan hidup yang semakin meruncing pada masa kini.
Sesungguhya masa bersama anak-anak itu merupakan detik berharga dalam membentuk akhlak
anak-anak sebagai aset kita agar menjadi generasi yang soleh dapat berbakti kepada ibu bapa,
keluarga, masyarakat, agama dan negara. Sewajarnya, isu pembentukan akhlak awal kanak-kanak
ini patut dipandang serius dan mendapat pehatian daripada pihak berwajib berkaitan isu
pendidikan awal kanak-anak Islam. Maka, dapatlah disimpulkan bahawa terdapat keperluan
untuk membangunkan satu modul dan model pendidikan akhlak awal kanak-kanak di rumah yang
menyeluruh dengan melibatkan peranan ibu bapa dan institusi masyarakat dalam pendidikan
kanak-kanak di usia dini berdasarkan perbincangan di atas.

22
RUJUKAN

Al-Quran al-Karim

Abdur Rahman Annahlawi.(1995).Pendidikan Islam di Rumah, Sekolah danMasyarakat.


Jakarta:Gema Insani Press.

Abdullah Nasih Ulwan .(1988). Pedoman Pendidikan Anak Dalam Islam Jilid 1-2.Saifullah

Abdullah Nasih Ulwan .(1993).Pendidikan Anak-anak dalam Islam Jilid 2. Pustaka Nasional
Pte Ltd: Singapura

Abdul Salam Muhamad Shukri. (2003). Panduan Mengajar Aaqidah kepada Kanak-
Kanak.Pahang : PTS Publication & Distributors Sdn Bhd.

Ahmad Mohd Salleh.(2003). Pendidikan Islam, Falsafah Sejarah dan Kaedah Pengajaran dan
Pembelajaran . Kuala Lumpur: Penerbit Fajar Bakti Amla Salleh, Zahara Aziz, Zuria Mahmud
dan Abd. Aziz Mahyuddin (2010) ,Peranan Bapa dalam Pembangunan Sahsiah Remaja dan
Implikasinya terhadap Nilai Kekeluargaan , Jurnal Pendidikan Malaysia 35(2)(2010):

9-17.

Kamarul Azmi Jasmi, Ab. Halim Tamuri.(2007). Pendidikan Islam Kaedah Pengajaran dan
Pembelajaran. Johor:Universiti Teknologi Malaysia.

Muhammad Nur Abdullah Hafiz Suaid,(2006). Didik Anak Cara Rasulullah SAW, Kuala
Lumpur: Klang Book Centre.

Muhammad . Baihaqi .(2002).Pesanan Untuk Para Ibu Menangani Masalah Anak Nakal.
Kuala Lumpur: Al-Hidayah Publishers.

Nor Mazana Ismail (2001), Hubungan Di Antara Gaya Kepimpinan Ibu Bapa Dengan
Pelanggaran Disiplin Pelajar-Pelajar Tingkatan Empat Di Sekolah Menengah Teknik Slim
River, Perak. Tesis Sarjana. Fakulti Teknologi Kejuruteraan Kolej Universiti Teknologi
Tun Hussein Onn.

Zakaria Stapa, Ahmad Munawar Ismail dan Noranizah Yusuf (2012), Faktor Pesekitaran
Sosial dan Hubunganya Dengan Pembentukan Jati Diri,Fakulti Pengajian Islam,
Universiti Kebangsaan Malaysia,Social Environmental Factors and Their Relation to
Identity Formation, Jurnal Hadhari Special Edition (2012) 155-172.

23

You might also like