You are on page 1of 268

Fakulti Sains Sosial Gunaan

AMSH5103
Isu Kontemporari dalam
Pengajian Hadith

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


AMSH5103
ISU KONTEMPORARI
DALAM PENGAJIAN
HADIS
Zulhilmi Mohamed Nor
Robiatul Adawiyah Mohd@Amat
Norzulaili Mohd Ghazali

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


Pengarah Projek: Prof Dato’ Dr Mansor Fadzil
Assoc Prof Dr Mohd Yusuf Ahmad
Open University Malaysia

Penulis Modul: Zulhilmi Mohamed Nor


Robiatul Adawiyah Mohd@Amat
Norzulaili Mohd Ghazali
Universiti Sains Islam Malaysia

Penyederhana: Suraiani Sudi


Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor

Dibangunkan oleh: Pusat Reka Bentuk Pengajaran dan Teknologi


Open University Malaysia

Edisi Pertama, Disember 2013


Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM), Disember 2013, AMSH5103
Hak cipta terpelihara. Tiada bahagian daripada bahan ini boleh disalin semula dalam mana-mana
cara tanpa kebenaran secara bertulis daripada Presiden Open University Malaysia (OUM).

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


Isi Kandungan
Panduan Kursus xi-xvi

Topik 1 Metode-metode Asas dalam Syarah Teks Hadis 1


1.1 Metode Syarah Kitab-kitab Hadis Secara Umum 2
1.1.1 Definisi Metode dan Syarah 2
1.1.2 Metode yang Digunakan oleh Pensyarah Hadis 3
1.1.3 Cara atau Kaedah Mensyarahkan Hadis 8
1.1.4 Jenis-jenis Syarah Hadis 15
1.2 Metode Pensyarah Kitab-kitab Syarah Hadis 18
1.2.1 Aplikasi Metode Tahlili 18
1.2.2 Aplikasi Metode Ijmali 20
1.2.3 Aplikasi Metode Muqarin 21
Rumusan 22
Kata Kunci 23
Rujukan 23

Topik 2 Kaedah Sahih Silam dalam Syarah Hadis 25


2.1 Kaedah Penjelasan Martabat Hadis Sama Ada Sahih atau
Sebaliknya 26
2.1.1 Pengertian Hadis Sahih 27
2.1.2 Proses Meletakkan Martabat Sesuatu Hadis 28
2.2 Penguasaan dan Kemahiran Ilmu al-Syawahid dan
al-MutabaÊat dalam Menentukan Keabsahan Matan dan
Sanad 30
2.2.1 Maksud al-Syawahid dan Pembahagiannya 30
2.2.2 Maksud al-MutabaÊat dan Jenisnya 32
2.2.3 Jenis-jenis al-MutabaÊah 32
2.2.4 Kepentingan al-Syawahid dan al-MutabaÊat 35
2.3 Kaedah Ulama dalam Memahami Syarah Hadis 39
2.3.1 Sebab-sebab Kemunculan Syarah Hadis 39
2.3.2 Prinsip Asas dalam Berinteraksi dengan Hadis 41
2.3.3 Cara Terbaik Memahami Hadis 42
Rumusan 48
Kata Kunci 49
Rujukan 49

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


iv  ISI KANDUNGAN

Topik 3 Metode Sahih Kontemporari dalam Syarah Hadis 51


3.1 Metode Pengarang Kitab-kitab Hadis Secara Umum dan
Martabat Hadisnya 52
3.1.1 Sahih al-Bukhari 53
3.1.2 Sahih Muslim 55
3.1.3 Sunan Abi Dawud 57
3.1.4 JamiÊ al-Tirmizi 58
3.1.5 Sunan al-NasaiÊ 59
3.1.6 Sunan Ibn Majah 61
3.2 Kitab-kitab yang Membantu Memahami Hadis Nabi s.a.w.
dan Metodologinya 62
3.2.1 Kitab Gharib Al-Hadith 62
3.2.2 Kitab Mukhtalaf Al-Hadith 63
3.2.3 Kitab Syarah Al-Hadith 64
3.3 Metode Memahami Konsep Al-Tarjih di Sisi Ulamak dan
Sebab-sebab Khilaf Pendapat 66
3.3.1 Percanggahan Hadis 66
3.3.2 Sebab-sebab Khilaf Pandangan Ulama terhadap
Sesuatu Hadis 69
3.4 Metode Ilmu Al-Takhrij bagi Menentukan Keabsahan
Hadis dan Syarah Hadis 71
3.4.1 Pengertian Ilmu Al-Takhrij dan Kepentingannya 72
Rumusan 74
Kata Kunci 75
Rujukan 75

Topik 4 Metode Menyeleweng Silam dalam Syarah Hadis 77


4.1 Faktor-faktor Penyelewengan Silam dalam Syarah Hadis 78
4.1.1 Pengertian Hadis MaudhuÊ dan Hukumnya 79
4.1.2 Sejarah Penyelewengan Hadis 80
4.1.3 Faktor-faktor Penyelewengan Silam dalam Hadis 80
4.2 Jenis-jenis Penyelewengan Silam dalam Hadis 84
4.2.1 Penyelewengan Silam dalam Hadis oleh Mazhab
yang Terpesong dari Ajaran Ahli Sunnah Wal
Jamaah 85
4.2.2 Jenis-jenis Penyelewengan Silam Hadis 87
4.2.3 Karya-karya Ulama Berkaitan Penyelewengan
Hadis Silam 88
4.3 Tanda-tanda Penyelewengan Silam Dalam Hadis 89
4.3.1 Tanda-tanda Penyelewengan dalam Sanad 90
4.3.2 Tanda-tanda Penyelewengan dalam Matan 91
4.3.3 Kitab-kitab yang Meriwayatkan Hadis Palsu 94

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


ISI KANDUNGAN  v

4.4 Cara-cara Mengatasi Penyelewengan Silam dalam Syarah


Hadis 95
4.4.1 Kaedah Pencegahan 95
4.4.2 Kaedah Pembasmian 96
Rumusan 97
Kata Kunci 98
Rujukan 98

Topik 5 Metode Menyeleweng Kontemporari dalam Hadis 100


5.1 Penyelewengan Kontemporari dalam Hadis 101
5.2 Penyelewangan Disebabkan Tidak Memahami Takhrij
Hadis dan Metode Fikah Ahli Hadis 104
5.2.1 Penyelewangan Disebabkan Tidak Memahami
Takhrij Hadis 105
5.2.2 Penyelewengan Disebabkan Tidak Memahami
Metode Fikah Ahli Hadis 108
5.3 Penyelewangan Disebabkan Tidak Memahami Usul Fuqaha 112
Rumusan 121
Kata Kunci 121
Rujukan 122

Topik 6 Syarah Hadis tentang Akidah (Azab Kubur dan Penyakit


Berjangkit) 124
6.1 Kubur dan Hakikatnya 125
6.1.1 Kubur dan Hadis yang Berkaitan Dengannya 125
6.2 Azab Kubur 128
6.2.1 Dalil Kebenaran Wujudnya Azab Kubur 128
6.2.2 Hujah Golongan yang Menolak Kewujudan Azab
Kubur 133
6.3 Penyakit Berjangkit 135
6.3.1 Hadis yang Menunjukkan Ketiadaan Penyakit
Berjangkit 136
6.3.2 Hadis yang Menunjukkan Kewujudan Penyakit
Berjangkit 137
6.3.3 Percanggahan 138
6.3.4 Tawfiq 140
Rumusan 142
Kata Kunci 142
Rujukan 143

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


vi  ISI KANDUNGAN

Topik 7 Syarah Hadis tentang Konsep Ibadat 144


7.1 Fuqaha dan Ahli Hadis (Muhaddithin) 145
7.1.1 Pengertian Fuqaha dan Pembahagian Fiqh 146
7.1.2 Ijtihad 147
7.1.3 Pengertian Ahli Hadis (Muhaddithin) 148
7.2 Metodologi Fuqaha dalam Membicarakan Hukum 149
7.2.1 Pengenalan Ringkas Metodologi Fuqaha 150
7.2.2 Sebab Ikhtilaf Fuqaha dalam Memahami Hukum
bagi Sesebuah Hadis 152
7.2.3 Pendirian Muslim terhadap Ikhtilaf Fuqaha dalam
Hadis Hukum 155
7.3 Metodologi Ahli Hadis dalam Membicarakan Hukum 155
7.3.1 Kemuliaan Ahli Hadis 156
7.3.2 Metodologi Ahli Hadis dalam Membicarakan
Hukum 157
7.4 Contoh Huraian Konsep Ibadat dalam Kitab Fiqh 160
7.4.1 Contoh Metode Imam Nawawi dalam Konsep
Ibadat Menerusi Kitab Al-MajmuÊ Syarh
Al-Muhazzab 162
7.5 Contoh Huraian Konsep Ibadat dalam Kitab Syarah Hadis 164
7.5.1 Contoh Metode Imam Al-Bukhari dalam Konsep
Ibadat Menerusi Sahih Al-Bukhari 164
7.5.2 Contoh Metode Imam Al-Syawkani dalam Nail
Al-Awtar 166
Rumusan 169
Kata Kunci 169
Rujukan 169

Topik 8 Syarah Hadis tentang Misoginis 171


8.1 Metode Sahih Memahami Syarah Hadis tentang Misoginis 172
8.2 Pengertian Misoginis 175
8.2.1 Pengertian Misoginis 175
8.2.2 Pemikiran Songsang Feminisme Islam Mengenai
Hadis Misoginis 175
8.3 Hadis Pertama: Wanita, Keldai dan Anjing Pemutus Solat 178
8.3.1 Teks Hadis 178
8.3.2 Analisa Sanad 178
8.3.2 Analisa Matan dan Pemahaman Hadis 179
8.3.3 Permasalahan Hadis dan Penyelesaiannya 181

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


ISI KANDUNGAN  vii

8.4 Hadis Kedua: Wanita Punca Ketidakberuntungan 181


8.4.1 Teks Hadis 182
8.4.2 Analisa Sanad 182
8.4.3 Analisa Matan dan Pemahaman Hadis 182
8.4.4 Permasalahan Hadis dan Penyelesaiannya 184
8.5 Hadis Ketiga: Ketidaksempurnaan Akal dan Agama Wanita 186
8.5.1 Teks Hadis 186
8.5.2 Analisa Sanad 187
8.5.3 Analisa Matan dan Pemahaman Hadis 187
Rumusan 192
Kata Kunci 193
Rujukan 193

Topik 9 Syarah Hadis tentang Sains (HabbatussaudaÊ) 194


9.1 Hadis HabbatussaudaÊ 196
9.1.1 Teks Hadis dan Terjemahannya 196
9.2 Pemahaman Hadis HabbatussaudaÊ 197
9.2.1 Syarah Hadis dari Kitab Fathul Baari Syarh Sahih
Bukhari 198
9.2.2 Syarah Hadis dari Kitab Al-Minhaj Syarh Sahih
Muslim 201
9.3 Bukti/Penemuan Saintifik terhadap Kebenaran Hadis 204
9.3.1 Pengenalan Pokok HabbatussaudaÊ 204
9.3.2 Kajian Saintifik Berkenaan HabbatussaudaÊ 206
Rumusan 208
Kata Kunci 208
Rujukan 209

Topik 10 Syarah Hadis tentang Taqlid 210


10.1 Pengertian Taqlid dan Perbezaannya dengan Al-IttibaÊ 211
10.1.1 Pengertian Taqlid dari Sudut Bahasa dan Istilah 211
10.1.2 Perbezaan antara al-IttibaÊ dan Taqlid 212
10.2 Hukum Taqlid dalam Masalah Aqidah dan Perkara Cabang 213
10.2.1 Taqlid dalam Masalah Aqidah 213
10.2.2 Taqlid dalam Masalah Cabang 216
10.3 Hadis Berkaitan dengan Taqlid 218
10.3.1 Lafaz Hadis dan Takhrij 218
10.3.2 Syarah Hadis 220
Rumusan 222
Kata Kunci 223
Rujukan 223

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


viii  ISI KANDUNGAN

Topik 11 Syarah Hadis tentang Fanatik dan Taasub 225


11.1 Fanatik dan Taasub 226
11.1.1 Pengertian Fanatik dan Taasub dan Hakikatnya 227
11.1.2 Hadis-hadis Nabi s.a.w. Berkaitan dengan Fanatik
dan Taasub 229
11.2 Fanatik dan Taasub dalam Masyarakat 233
11.2.1 Punca Taasub 233
11.1.2 Contoh Taasub dalam Masyarakat 233
11.3 Wasatiyyah dalam Beragama 238
11.3.1 Pengertian Wasatiyyah 238
11.3.2 Konsep Wasatiyyah dalam Ibadah 239
11.3.3 Penyelesaian Masalah 245
Rumusan 246
Kata Kunci 248
Rujukan 248

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


PANDUAN KURSUS

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)
PANDUAN KURSUS  xi

DESKRIPSI PANDUAN KURSUS


Anda perlu membaca Panduan Kursus dengan berhati-hati daripada awal
sehingga akhir. Ia menyatakan kandungan kursus dengan ringkas dan bertujuan
membantu anda memahami kandungan kursus. Ia juga mencadangkan jumlah
tempoh masa untuk anda habiskan bagi melengkapkan kursus ini dengan
sepenuhnya. Sentiasalah rujuk Panduan Kursus secara berterusan semasa anda
membaca kandungan kursus kerana ia dapat membantu di dalam menjelaskan
komponen-komponen pembelajaran penting yang mungkin anda terlepas
pandang.

PENGENALAN
AMSH5103 Isu Kontemporari dalam Pengajian Hadis adalah salah satu kursus
yang ditawarkan oleh Fakulti Sains Sosial Gunaan di Open University Malaysia
(OUM). Kursus ini melibatkan 3 jam kredit dan harus dijalankan dalam tempoh
masa 8 hingga 15 minggu.

KEPADA SIAPA KURSUS INI DITAWARKAN


Kursus ini ditawarkan kepada semua pelajar yang mengambil program Sarjana
Pendidikan Islam Kursus ini bertujuan untuk memaklumkan kepada pelajar
tentang Isu kontemporari dalam Pengajian Hadis. Ia membentangkan metod-
metod dan aliran-aliran dalam mensyarahkan hadis-hadis. Ini termasuklah
metod silam dan metod kontemporari. Perbincangan lebih menonjolkan
beberapa kesalahan dan penyelewengan dalam mensyarahkan hadis-hadis,
khasnya bagi hadis-hadis yang lebih abstrak seperti tentang hari kiamat, yang
berkaitan dengan sains dan perubatan

Sebagai pelajar jarak jauh, anda seharusnya fasih dengan keperluan pembelajaran
kendiri dan mampu mengoptimakan kaedah pembelajaran dan persekitaran
yang sedia ada. Sebelum anda memulakan kursus ini, sila pastikan anda maklum
dengan bahan kursus, kelayakan kursus dan bagaimana kursus tersebut
dikendalikan.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


xii  PANDUAN KURSUS

PERUNTUKAN MASA PEMBELAJARAN


Berdasarkan piawaian OUM, seorang pelajar itu perlu memperuntukkan 40 jam
pembelajaran bagi setiap jam kredit. Selaras dengan piawaian ini, kursus yang
bernilai tiga jam kredit memerlukan masa selama 120 jam pembelajaran.
Anggaran masa pembelajaran ialah seperti yang ditunjukkan dalam Jadual 1.

Jadual 1: Anggaran Masa Pembelajaran

Jam
Aktiviti Pembelajaran
Pembelajaran
Membaca kandungan kursus dan mengambil bahagian dalam 3
perbincangan awal
Membaca modul 60
Menghadiri 3 hingga 5 sesi tutorial 10
Perbincangan atas talian 12
Ulang kaji 15
Menyiapkan tugasan, Ujian dan Peperiksaan 20
JUMLAH MASA PEMBELAJARAN 120

OBJEKTIF KURSUS
Setelah mengikuti kursus ini, anda seharusnya dapat:

1. Menjelaskan metode-metode asas syarah hadis;

2. Menerangkan aliran-aliran hadis semasa dan hubungkaitnya dengan aliran-


aliran terdahulu;

3. Membentangkan aliran-aliran terkini dalam menghurai teks hadis; dan

4. Membezakan antara metode sahih dan metode menyeleweng dalam syarah


hadis.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


PANDUAN KURSUS  xiii

SINOPSIS KURSUS
Kursus ini terbahagi kepada 11 topik. Sinopsis untuk setiap topik adalah seperti
yang disenaraikan berikut:

Topik 1 membentangkan metod-metod asas dalam syarah teks hadis.

Topik 2 membincangkan kaedah sahih silam dalam syarah hadis.

Topik 3 membincangkan metod sahih kontemporari dalam syarah hadis.

Topik 4 membincangkan metod menyeleweng silam dalam syarah hadis.

Topik 5 membincangkan metod menyeleweng kontemporari dalam hadis.

Topik 6 membincangkan syarah hadis tentang akidah, khas yang berkaitan


dengan azab kubur dan penyakit berjangkit.

Topik 7 membincangkan syarah hadis tentang konsep ibadat.

Topik 8 membincangkan syarah hadis tentang Misoginis.

Topik 9 membincangkan syarah hadis tentang Sains (HabbatussaudaÊ).

Topik 10 membincangkan syarah hadis tentang Taqlid.

Topik 11 membincangkan syarah hadis tentang fanatik dan taasub.

PANDUAN SUSUN ATUR TEKS


Sebelum anda membaca modul ini, adalah penting sekiranya anda ambil tahu
akan susun atur teks modul. Memahami susun atur teks akan membantu anda
untuk merencana pembelajaran kursus supaya lebih objektif dan berkesan.
Amnya, susun atur teks bagi setiap topik adalah seperti berikut:

Hasil Pembelajaran: Ia merupakan apa yang anda harus dapat lakukan atau capai
setelah selesai membaca sesuatu topik. Setelah selesai membaca setiap topik anda
digalakkan merujuk kepada senarai hasil pembelajaran berkenaan untuk
memastikan sama ada anda dapat atau tidak mencapainya. Amalan seperti ini
akan dapat mengukur dan mempertingkatkan penguasaan kandungan sesuatu
topik.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


xiv  PANDUAN KURSUS

Semak Kendiri: Soalan-soalan diselitkan pada bahagian-bahagian tertentu dalam


sesuatu topik. Soalan-soalan ini menguji kefahaman tentang maklumat yang
anda telah baca. Jawapan untuk soalan-soalan ini biasanya terdapat dalam
perenggan-perenggan yang sebelumnya. Anda digalakkan menjawab soalan-
soalan semak kendiri ini untuk menguji dan memastikan sama ada anda telah
memahami kandungan sesuatu topik dan seterusnya menyediakan anda
menghadapi ujian dan peperiksaan kelak. Kebanyakan jawapan kepada soalan-
soalan yang ditanya terdapat di dalam modul itu sendiri.

Aktiviti: Aktiviti-aktiviti juga diselitkan pada bahagian-bahagian tertentu dalam


sesuatu topik dengan tujuan menggalakkan anda mengaplikasi konsep dan
prinsip yang anda telah pelajari kepada situasi sebenar. Aktiviti-aktiviti ini juga
memperluaskan kefahaman kandungan yang dipelajari dengan menggalakkan
anda melakukan sesuatu seperti berfikir secara mendalam, memberi pendapat,
berbincang bersama rakan dalam kelas, merujuk kepada laman web, membaca
artikel jurnal dan seumpamanya.

Rumusan: Pada akhir sesuatu topik, isi-isi penting topik tersebut disenaraikan.
Komponen ini membantu anda untuk mengingat dan mengimbas semula
keseluruhan topik. Anda haruslah memastikan bahawa anda memahami setiap
pernyataan yang disenaraikan. Jika tidak, sila kembali membaca topik berkenaan.

Kata Kunci: Pada akhir topik disenaraikan beberapa perkataan dan frasa penting
yang digunakan di dalam topik berkenaan. Anda mesti dapat menjelaskan setiap
perkataan dan frasa ini. Jika tidak, sila kembali membaca topik berkenaan.

Rujukan: Rujukan adalah bahagian di mana senarai buku teks, jurnal, artikel,
kandungan elektronik atau sumber-sumber yang boleh ditemui yang berkaitan
dan berguna dalam melalui modul atau kursus. Senarai ini boleh dilihat di dalam
beberapa bahagian seperti di dalam Panduan Kursus (di bahagian Rujukan), di
akhir setiap topik atau di akhir modul. Anda digalakkan membaca bahagian-
bahagian yang berkaitan dalam senarai rujukan tersebut untuk mendapatkan
maklumat lanjut dan memperkukuhkan kefahaman anda.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


PANDUAN KURSUS  xv

PENGETAHUAN ASAS
Pelajar kursus ini ialah mereka yang memiliki ijazah Sarjana Muda Pengajian
Islam/Syariah/Usuluddin atau yang setara dengannya.

Selain dari itu, pelajar harus memiliki ijazah Sarjana Muda dalam bidang lain
dari Pengajian Islam/Syariah/Usuluddin atau yang setara dengannya, juga boleh
mengikuti kursus ini melalui Flexible Entry beserta dengan pengalaman 3 tahun
bekerja dalam bidang yang berkaitan dengan Islam dan berumur 35 ke atas.

KAEDAH PENILAIAN
Penilaian bagi kursus ini boleh disenaraikan seperti berikut:

(a) Penilaian berterusan:

 Tugasan 1
 Tugasan 2
40%
(b) Ujian-ujian

 Ujian Pertengahan Semester


 Ujian Akhir

(c) Peperiksaan Akhir 60%

RUJUKAN
Abd al-Latif, & Abd al-Mawjud Muhammad. (1990). Al-Sunnah al-Nabawiyyah
bayn DuÊat al-Fitnah wa AdÊiyaÊ al-ÂIlm. Qahiran: Dar al-TibÊah
al-Muhammadiyyah.

Adian Husaini. (2006). Hermeutik feminisme: Satu Kajian Kritis: Jurnal Kajian
Islam dan Wanita. No 3. Vol. 2. Jakarta: Gema Insani.

Haziyah Hussin, & Mohd Khafidz Soroni et. al. (2006). Kelangsungan Pengajian
Hadis: Cabaran dan Masa Depan. Selangor: Jabatan al-Quran dan al-
Sunnah, Fakulti Pengajian dan Peradaban Islam, Kolej Universiti Islam
Antarabangas Selangor (KUIS).

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


xvi  PANDUAN KURSUS

Faisal Ahmad Shah, et. al. (2010). Manahij al-Muhaddithin: Metode dan
pendekatan sarjana hadith. Kuala Lumpur: Jabatan al-Quran dan al-
Hadith, Akademi Pengajian Islam, Univarsiti Malaya.

PERPUSTAKAAN DIGITAL TAN SRI DR ABDULLAH


SANUSI (TSDAS)
Perpustakaan Digital TSDAS mempunyai pelbagai sumber bercetak dan atas
talian untuk kegunaan pelajar. Perpustakaan digital komprehensif ini, yang boleh
dicapai melalui portal OUM, menyediakan akses kepada lebih daripada 30
pangkalan data yang meliputi jurnal, tesis dan buku dalam format elektronik
serta banyak lagi. Contoh pangkalan data yang ada ialah EBSCOhost, ProQuest,
SpringerLink, Books24x7, InfoSci Books, Emerald Management Plus dan Ebrary
Electronic Books. Sebagai pelajar OUM, anda digalakkan untuk menggunakan
sepenuhnya sumber-sumber yang terdapat di perpustakaan ini.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


Topik  Metode-
1 metode Asas
dalam Syarah
Teks Hadis
HASIL PEMBELAJARAN
Pada akhir topik ini, anda seharusnya dapat:
1. Menerangkan maksud metode dan syarah hadis;
2. Menerangkan metode-metode syarah hadis;
3. Menghuraikan pengertian, kelebihan dan kekurangan metode-
metode syarah hadis;
4. Menjelaskan kaedah syarah hadis yang digunakan oleh ulama;
5. Membincangkan jenis-jenis syarah hadis; dan
6. Mengenal pasti aplikasi metode-metode syarah hadis yang
digunakan oleh pensyarah kitab-kitab hadis.

 PENGENALAN
Hadis adalah sumber kedua di dalam syariat Islam. Sebagai sumber penting di
dalam perundangan Islam, inti pati dan pengajaran daripada hadis perlu
difahami dengan sebaik mungkin. Justeru, untuk memahami pengajaran dan
kehendak sesebuah hadis, ia perlu disyarahkan atau ditafsirkan. Semasa
mensyarahkan hadis, ulama telah berpegang kepada metode-metode tertentu.
Menerusi topik ini, anda akan pelajari metode-metode ini dan bagaimana ia
diaplikasikan di dalam kitab syarah. Selain itu, anda juga akan didedahkan
dengan sub topik yang berkaitan dengan syarah hadis iaitu; kaedah syarah hadis

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


2  TOPIK 1 METODE-METODE ASAS DALAM SYARAH TEKS HADIS

dan jenis syarah hadis. Moga maklumat yang akan anda pelajari menerusi topik
ini dapat menambahkan lagi pengetahuan anda mengenai ilmu hadis.

AKTIVITI 1.1

Sebelum anda meneruskan pembacaan, nyatakan apa yang anda tahu


tentang hadis dan syarah hadis. Cuba lontarkan pendapat anda mengenai
perkara tersebut dan bandingkan jawapan anda dengan penerangan yang
akan diberikan oleh tutor.

1.1 METODE SYARAH KITAB-KITAB HADIS


SECARA UMUM
Dalam bahagian ini, kita akan membincangkan secara umum metode syarah
kitab-kitab hadis.

1.1.1 Definisi Metode dan Syarah


Metode berasal daripada bahasa Yunani yang membawa maksud cara atau jalan.
Metode dalam bahasa Arab dikenali sebagai manhaj.

Menurut Kamus Dewan, metode bermaksud cara melakukan sesuatu atau


sistem. Sementara metodologi pula bererti sistem yang merangkumi kaedah
dan prinsip yang digunakan dalam sesuatu disiplin.
(Kamus Dewan, 2007)

Perkataan syarah pula merupakan perkataan Arab. Ia berasal dari perkataan


syaraha, yasyruhu dan syarhan yang membawa bermaksud menerangkan,
melapangkan dan membukakan. Perkataan syarah biasanya digunakan untuk
menerangkan atau menjelaskan hadis. Manakala perkataan „tafsir‰ digunakan
untuk menerangkan atau menjelaskan ayat al-Quran. Namun kedua istilah
„Âsyarah‰ dan ‰tafsir‰ ini berlegar mengenai penjelasan terhadap maksud, erti
kandungan nas atau pengajaran yang difahami daripada sesuatu nas. Justeru,
bila dikatakan metode syarah hadis, maksudnya ialah cara-cara memahami hadis
iaitu memahami inti sari dan pengajaran hadis.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 1 METODE-METODE ASAS DALAM SYARAH TEKS HADIS  3

Berkenaan dengan ilmu syarah hadis, Imam al-Qannauji (1978) di dalam


kitabnya ÂAbjad al-ÂUlumÊ menerangkan bahawa ia adalah satu ilmu yang
dilakukan mengikut kemampuan atau keupayaan manusia dalam mencari,
meneliti dan mengkaji mengenai kehendak dan makna sesebuah hadis
Rasulullah s.a.w. berdasarkan kaedah-kaedah atau prinsip-prinsip Bahasa Arab
dan Usul Syariah.

1.1.2 Metode yang Digunakan oleh Pensyarah Hadis


Menyentuh mengenai metode yang digunakan oleh ulama semasa
mensyarahkan hadis, ia boleh diringkaskan seperti berikut (Nizar Ali, 2001):

(a) Metode Tahlili (Analisis)


Metode pertama yang akan anda pelajari ialah metode tahlili iaitu metode
analisis. Sekiranya anda pernah mempelajari metode mentafsir al-Quran,
sudah tentu anda telah pun mempunyai serba sedikit maklumat mengenai
metode ini. Sekarang cuba anda baca dan fahamkan bagaimana metode
tahlili digunakan semasa mensyarah hadis.

(i) Pengertian dan Penerangan Ringkas


Metode tahlili atau syarah tahlili menjelaskan hadis-hadis Nabi
dengan memaparkan segala aspek yang terkandung dalam sesebuah
hadis serta menerangkan makna-makna yang tercangkup di
dalamnya sesuai dengan kecenderungan dan kepakaran seseorang
pensyarah.

Berdasarkan metode ini, seseorang pensyarah yang mensyarahkan


hadis akan menjelaskan hadis berdasarkan turutan asal hadis yang
terdapat di dalam kitab-kitab hadis yang dikenali sebagai al-kutub al-
sittah. Kebiasaannya, pensyarah memulakan penjelasannya dari
kalimat demi kalimat dan hadis demi hadis secara berurutan. Huraian
yang dibuat melibatkan pelbagai aspek yang terkandung di dalam
hadis seperti kosa kata, makna perkataan, latar belakang turunnya
hadis (jika ada), kaitannya dengan hadis lain serta pendapat-pendapat
ulama yang berkaitan dengan hadis tersebut, sama ada pendapat para
sahabat, para tabiin mahupun pendapat para ulama hadis.

(ii) Ciri-ciri Metode Tahlili


Secara umumnya, kitab-kitab syarah yang menggunakan metode
tahlili biasanya berbentuk maÊthur (riwayat) atau raÊy (pendapat atau
pemikiran rasional). Syarah yang berbentuk maÊthur merupakan
riwayat-riwayat yang datang daripada para sahabat, tabiin dan ulama

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


4  TOPIK 1 METODE-METODE ASAS DALAM SYARAH TEKS HADIS

hadis. Sementara syarah yang berbentuk raÊy merupakan pemikiran


atau pendapat seseorang pensyarah itu sendiri.

Kitab-kitab yang menggunakan metode tahlili mempunyai ciri-ciri


yang berikut:

 Syarahan yang dilakukan menggunakan pendekatan menjelaskan


makna yang terkandung di dalam hadis secara komprehensif dan
menyeluruh;

 Semasa mensyarahkan hadis, dijelaskan perkataan demi


perkataan yang terdapat di dalam hadis tersebut secara berurutan,
juga turut diterangkan sabab al-wurud yang difahami daripada
hadis-hadis lain, sekiranya hadis tersebut memiliki sabab al-
wurud;

 Huraian dan pemahaman yang dibuat oleh para sahabat, tabiin


dan ulama syarah hadis yang lain, merangkumi pelbagai disiplin
ilmu;

 Dijelaskan juga hubungan (munasabah) antara satu hadis dengan


hadis lain; dan

 Dalam sesetengah keadaan, syarah hadis dengan metode ini


menggambarkan kecenderungan pensyarah terhadap mazhab
tertentu.

(iii) Kelebihan dan Kekurangan Metode Tahlili


Berikut adalah kelebihan dan kekurangan metode tahlili yang
digunakan semasa mensyarahkan hadis.

 Kelebihan

 Ruang lingkup perbahasan yang luas:


Metode tahlili mencangkupi pelbagai aspek iaitu kata, frasa,
kalimat, sabab al-wurud, munasabah dan lain-lain lagi.

 Memuatkan pelbagai idea dan gagasan:


Dengan berpegang kepada metode ini, pensyarah
berkesempatan melontarkan idea-idea dan pemahaman-
pemahaman yang dikemukakan oleh para ulama.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 1 METODE-METODE ASAS DALAM SYARAH TEKS HADIS  5

 Kekurangan

 Menjadikan petunjuk hadis bersifat parsial:


Metode analisis menjadikan petunjuk atau pengajaran hadis
bersifat parsial iaitu terpisah-pisah, hingga seolah-olah pengajaran
daripada hadis menjadi tidak jelas dan menyeluruh kerana
syarahnya hanya tertumpu kepada hadis yang sama dan kurang
memberi perhatian kepada hadis yang mirip dengannya.

 Melahirkan syarah yang berbentuk subjektif:


Menerusi metode analisis, penulis tidak sedar bahawa dia telah
mensyarahkan hadis secara subjektif dan tidak mustahil pula ada
di antara mereka yang mensyarahkan hadis berdasarkan
kemahuan peribadinya tanpa memberi perhatian kepada kaedah
atau prinsip yang sepatutnya.

(b) Metode Ijmali (Global)


Berikut adalah metode Ijmali:

(i) Pengertian dan Penerangan Ringkas


Metode Ijmali (global) menjelaskan atau menerangkan hadis-hadis
sesuai dengan urutan dalam kitab hadis yang ada di dalam al-kutub
al-sittah secara ringkas, tetapi dalam masa yang sama dapat
mempersembahkan syarahan hadis dengan bahasa yang mudah
difahami.

(ii) Ciri-ciri Metode Ijmali

 Pensyarah melakukan penjelasan hadis dari awal sampai akhir


tanpa perbandingan dan penetapan judul.

 Penjelasan umum sangat ringkas. Pensyarah tidak


mengemukakan pendapat semaksimum yang mungkin. Namun
demikian, penerangan terhadap hadis-hadis tertentu diberikan
agak terperinci, tetapi tidak sebagaimana yang dilakukan di
dalam metode tahlili.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


6  TOPIK 1 METODE-METODE ASAS DALAM SYARAH TEKS HADIS

(iii) Kelebihan dan Kekurangan

 Kelebihan

 Ringkas dan padat:


Metode ini agak ringkas dan ia dirasakan lebih praktikal
kerana mudah difahami oleh pembaca. Syarahannya tidak
panjang berjela, sanad dan kritik matan sangat minimum.

 Gaya bahasa yang mudah:


Pensyarah hanya menjelaskan perkataan atau maksud hadis
dengan tidak mengemukakan idea atau pendapatnya secara
peribadi.

 Kekurangan

 Menjadikan petunjuk hadis bersifat parsial atau terpisah-


pisah. Metode Ijmali tidak menerangkan hadis secara
menyeluruh dan ini sekaligus menjadikan petunjuk atau
pengajaran hadis bersifat parsial iaitu terpecah-pecah dan
tidak berkait antara satu sama lain, sehingga hadis yang
bersifat umum atau samar tidak diperjelaskan dengan hadis
lain yang lebih terperinci.

 Tidak ada ruang untuk mengemukakan analisis. Metode ini


mengehadkan peluang penulis untuk mengetengahkan
pendapat terhadap pemahaman sesuatu hadis.

(c) Metode Muqarin (Analisis)


Berikut pula adalah metode muqarin atau analisis.

(i) Pengertian dan Penerangan Ringkas


Metode muqarin ialah metode memahami hadis dengan dua cara.
Pertama, membandingkan hadis yang memiliki lafaz yang sama atau
mirip dalam tajuk yang sama atau memiliki lafaz yang berbeza tetapi
masih dalam tajuk yang sama. Kedua, membandingkan pelbagai
pendapat ulama syarah dalam mensyarahkan hadis.

Justeru itu, berdasarkan metode ini, syarahan hadis tidak hanya


membandingkan hadis dengan hadis yang lain, bahkan turut
dibandingkan pendapat ulama syarah dalam mensyarahkan hadis.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 1 METODE-METODE ASAS DALAM SYARAH TEKS HADIS  7

Di antara kitab yang menggunakan metode muqarin ini ialah Sahih


Muslim bi Syarah Imam Nawawi, ÂUmdah al-QariÊ Syarah Shahih al-
Bukhari dan lain-lain lagi.

(ii) Ciri-ciri Metode Muqarin

 Membahas dan membandingkan lafaz-lafaz hadis (mabahith


lafziyah), periwayat-periwayat dan kandungan makna dari setiap
hadis yang dibandingkan semasa mensyarahkan.

 Perbandingan pendapat para pensyarah hadis dilakukan secara


meluas kerana huraiannya meliputi pelbagai aspek termasuklah
kandungan makna hadis dan kaitan (munasabah) antara satu
hadis dengan hadis yang lain.

(iii) Urutan Metode Muqarin


Metode ini dimulai dengan menjelaskan suku kata (mufradat) dan
lafaz-lafaz hadis yang hampir sama. Jika perbandingan yang akan
dibuat berkaitan dengan kemiripan lafaz hadis misalnya, maka
langkah-langkah semasa mensyarahkan hadis adalah seperti berikut:

 Mengenal pasti dan menghimpun hadis-hadis yang mempunyai


susunan kata (lafaz) yang hampir sama;

 Lafaz-lafaz hadis yang hampir sama ini dibandingkan, seterusnya


dikenal pasti sama ada ia membicarakan tajuk yang sama atau
tajuk yang berbeza tetapi lafaznya sahaja yang sama;

 Menganalisa perbezaan yang terdapat di dalam lafaz-lafaz hadis


yang hampir sama, baik perbezaan itu melibatkan maksud hadis
mahupun susun kata atau lafaznya; dan

 Membandingkan pendapat ulama berkaitan hadis yang dijadikan


topik perbahasan.

(iv) Kelebihan dan Kekurangan

 Kelebihan

 Memberi pemahaman yang lebih jelas kepada pembaca jika


dibandingkan dengan metode lain;

 Memberi ruang kepada penulis untuk berlapang dada


menerima pendapat orang lain yang berbeza dengan
pendapatnya;

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


8  TOPIK 1 METODE-METODE ASAS DALAM SYARAH TEKS HADIS

 Pemahaman berdasarkan metode ini amat berguna bagi


mereka mengetahui kepelbagaian pendapat mengenai
sesebuah hadis; dan

 Pensyarah didorong untuk mengkaji pelbagai hadis serta


pendapat para pensyarah yang lain.

 Kekurangan

 Metode ini tidak relevan bagi pembaca peringkat permulaan


kerana perbahasan yang dikemukakan agak luas sehingga
sukar untuk menentukan pilihan.

 Metode ini cenderung menelusuri perbandingan pendapat


antara para pensyarah dan ia tidak mengemukakan pendapat
atau idea yang baru. Justeru, perbahasan hadis berdasarkan
metode ini mungkin tidak sesuai dijadikan jalan penyelesaian
bagi masalah kehidupan yang dihadapi masyarakat kerana ia
tidak mengetengahkan penerangan yang terperinci bagi
masalah yang berkaitan dengan hadis.

SEMAK KENDIRI 1.1

1. Huraikan dengan terperinci kelebihan dan kekurangan setiap


metode yang digunakan semasa mensyarahkan hadis.

2. Pada pendapat anda, metode syarah hadis yang manakah paling


sesuai dan mudah difahami oleh mahasiswa IPTA/IPTS di
Malaysia? Mengapa?

3. Berikan pandangan anda mengapa ilmu syarah hadis ini penting


dipelajari?

1.1.3 Cara atau Kaedah Mensyarahkan Hadis


Tahukah anda bahawa ulama telah mengkategorikan cara mensyarahkan hadis
kepada empat kategori.

(a) Pertama: Syarah Hadis dengan Hadis


Apa yang dimaksudkan dengan cara pertama ini ialah ulama
mensyarahkan sesuatu hadis berdasarkan apa yang telah dijelaskan di
dalam hadis yang lain atau di dalam riwayat yang lain. Cara ini merupakan

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 1 METODE-METODE ASAS DALAM SYARAH TEKS HADIS  9

cara yang paling baik (afdhal) dan selamat daripada berlakunya kesalahan
semasa mensyarahkan hadis.

Imam Ahmad bin Hanbal berkata „Sesebuah hadis apabila tidak


dihimpunkan jalan-jalannya (turuq) ia tidak difahami, dan sesebuah hadis
itu menerangkan hadis yang lain‰. Imam Ibn Hazm pula menyatakan,
„andai kata berlaku pertentangan (taÊarudh) antara beberapa hadis, maka
perlu dilakukan sesuatu agar hadis tersebut difahami. Dan cara yang paling
tepat untuk memahaminya ialah dengan cara menggabungkan hadis-hadis
tersebut, dan tidak boleh berpegang kepada sebahagian hadis sahaja dan
mengabaikan sebahagian yang lain‰. Qadhi ÂIyadh (2006) pula berkata
„Sesuatu hadis berperanan dalam menentukan hukum antara satu sama
lain, ia juga berperanan dalam menerangkan perkara-perkara yang musykil
di dalam hadis lain‰.

Kata-kata ulama yang dibawakan sebentar tadi, jelas menunjukkan tahap


pentingnya sesebuah hadis disyarahkan dengan hadis yang lain.

Tahukah anda cara mensyarahkan atau mentafsirkan hadis dengan hadis?


Ia berlaku dalam dua keadaan:

(i) Keadaan pertama ialah sesebuah hadis ditafsirkan atau disyarahkan


dengan hadis yang sama. Maksudnya adalah hadis tersebut
ditafsirkan melalui riwayat atau jalan lain yang juga turut
meriwayatkan hadis yang sama. Jadi, kita lihat di sini berlakunya
proses pengumpulan jalan-jalan dan riwayat-riwayat yang
mendatangkan hadis yang sama. Namun, kadang-kadang keadaan ini
tidak boleh terjadi kerana terdapat sesetengah hadis yang tidak
mempunyai jalan riwayat yang banyak (al-Bazmul, 2009).

Ada beberapa perkara penting yang perlu anda tahu berkaitan


dengan kepelbagaian riwayat bagi sesebuah hadis. Perkara tersebut
ialah:

 Terdapat di dalam suatu riwayat apa yang tidak ada pada riwayat
yang lain. Apa yang dimaksudkan di sini ialah beberapa riwayat
diambil atau kumpulkan dengan tidak menafikan atau menolak
mana-mana riwayat. Hal ini berlaku kerana cerita yang
terkandung di dalam riwayat-riwayat ini sama, begitu juga
dengan maknanya.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


10  TOPIK 1 METODE-METODE ASAS DALAM SYARAH TEKS HADIS

 Terdapat perbezaan antara apa yang ada pada suatu riwayat


berbanding riwayat yang lain. Perbezaan yang dimaksudkan ialah
perbezaan dari sudut lafaz dan makna. Sekiranya ada
kemungkinan untuk disatukan kesemua riwayat yang berbeza ini,
maka ia hendaklah disatukan. Sekiranya ia tidak boleh disatukan,
maka ia perlu ditarjihkan; iaitu memilih riwayat yang paling kuat
(rajih).

 Terdapat beberapa riwayat yang terkandung di dalamnya


perbezaan atau percanggahan pada sesuatu perkara di samping
terdapat persamaan pada perkara yang lain. Percanggahan atau
perbezaan ini mestilah tidak memberi kesan kepada perkara yang
disepakati.

Jika keadaan ini berlaku, hendaklah berpegang kepada perkara


yang disepakati dan ditinggalkan apa yang bercanggah atau
berbeza kerana perbezaan ini dikenali oleh ulama hadis sebagai
mudhtarib dan ia tertolak.

 Terdapat pelbagai versi lafaz dalam beberapa riwayat tetapi masih


berlegar pada makna yang sama. Perkara ini berlaku kerana
perawi meriwayatkan hadis berdasarkan makna dan ini diterima
oleh ulama hadis.

Selain daripada apa yang disebut di atas, tahukah anda apa faedah
yang diperoleh daripada pengumpulan jalan-jalan atau riwayat-
riwayat bagi hadis yang sama atau hadis yang berlainan di dalam
satu topik? Antara faedahnya ialah:

 Dapat mentafsirkan perkataan yang gharib. Perkara ini diakui


oleh ulama sebagai cara terbaik untuk menjelaskan perkataan
yang gharib yang terdapat di dalam sesetengah riwayat hadis (al-
Suyuty, 2003);

 Dapat mengetahui sabab wurud hadis yang mana sabab wurud


ini amat berperanan dalam menentukan maksud sesebuah hadis;

 Dapat diketahui ketidakjelasan maksud (mubham) dalam matan


hadis kerana perkara mubham ini hanya berlaku pada riwayat
tertentu sahaja. Oleh yang demikian, riwayat yang tidak terdapat
padanya mubham menjelaskan riwayat yang matannya tidak
jelas;

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 1 METODE-METODE ASAS DALAM SYARAH TEKS HADIS  11

 Dapat menjelaskan riwayat yang umum (mujmal) kerana terdapat


riwayat lain yang mengkhususkan atau menjelaskannya;

 Dapat dipilih (ditarjih) makna yang sesuai bagi makna-makna


yang ada pada satu riwayat;

 Dapat ditentukan perkara yang tepat (jazm) bagi sesuatu riwayat


dan ditolak perkara yang syak; dan

 Dapat membuat pilihan (tarjih) jika berlaku kesamaran atau


keraguan (taraddud) daripada perawi di dalam riwayatnya.

(ii) Keadaan kedua pula ialah sesebuah hadis ditafsirkan atau


disyarahkan dengan hadis yang lain tetapi masih di dalam bab yang
sama. Keadaan ini memerlukan kepada merujuk kitab-kitab atau
karya hadis yang disusun berdasarkan tajuk (maudhuÊat) seperti: al-
Mushannafat, al-Muwattaat, al-JawamiÊ, al-Sunan, al-Mustadrakat, al-
Mustakhrajat dan al-AjzaÊ (Bazmul, 2009).

AKTIVITI 1.2

Sila cari maklumat berkenaan dengan karya hadis yang disusun


berdasarkan tajuk (maudhuÊat) iaitu al-Mushannafat, al-Muwattaat, al-
JawamiÊ, al-Sunan, al-Mustadrakat, al-Mustakhrajat dan al-AjzaÊ.
Bentangkan dalam bentuk kumpulan beberapa nama buku beserta nama
penulis bagi setiap jenis karya hadis yang disusun berdasarkan tajuk
(maudhuÊat) ini.

(b) Kedua: Syarah Hadis dengan Kata-kata Sahabat


Sekarang, mari kita lihat pula kaedah kedua yang digunakan untuk
mensyarahkan hadis. Kaedah kedua ini ialah sesebuah hadis disyarahkan
dengan kata-kata sahabat. Sila baca penerangan berikut dengan teliti agar
anda dapat memahami kaedah kedua ini dengan baik.

Tahukah anda siapa yang dimaksudkan dengan sahabat? Sahabat ialah


individu yang bertemu dengan Rasulullah s.a.w. semasa hayatnya dan dia
beriman dengan baginda sehingga akhir hayat walaupun dia pernah
murtad tetapi kembali memeluk Islam dan dia mati sebagai seorang Islam.
Ulama hadis bersepakat mengatakan semua sahabat Rasulullah s.a.w.
adalah adilÊ dan thiqah. Justeru, periwayatan mereka diterima kerana
mereka tidak melakukan pendustaan terhadap Rasulullah s.a.w. sekaligus

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


12  TOPIK 1 METODE-METODE ASAS DALAM SYARAH TEKS HADIS

diiktiraf sebagai salah satu kaedah untuk mensyarahkan hadis (al-Abadiyy,


1999).

Kenapa kata-kata para sahabat diambil kira sebagai salah satu kaedah
untuk mensyarahkan hadis?

Sahabat adalah orang yang paling dekat dengan Rasulullah s.a.w., mereka
hidup pada ketika wahyu masih diturunkan dan mereka mengetahui
perkara-perkara berkaitan dengan keadaan (qaraÊin al-ahwal) ketika
sesebuah hadis itu dikeluarkan oleh Rasulullah s.a.w. Oleh yang demikian,
mereka dapat memahami sesebuah hadis dengan baik. Lebih-lebih lagi, jika
sahabat ini juga merupakan perawi hadis, nescaya dia akan lebih
mengetahui dan memahami hadis yang diriwayatkannya berbanding orang
lain.

Tahukah anda, bahawa kelebihan yang ada pada diri sahabat ini
menyebabkan ulama hadis amat memberi perhatian kepada kata-kata para
sahabat. Di dalam ilmu hadis, kata-kata sahabat ini dikenali sebagai athar.
Terdapat banyak karya hadis yang menghimpunkan athar sahabat,
antaranya: MuwataÊ Imam Malik, hadis-hadis muÊallaq dalam Sahih
Bukhari, Musannaf Abdul Razak, Musannaf Ibn Abi Syaybah, Kitab al-
Athar karangan Muhammad bin Hasan al-Syaybani, Kitab al-Athar
karangan Abu Yusuf dan lain-lain lagi. Kata-kata sahabat juga turut
dimuatkan di dalam ajzaÊ yang berkaitan dengan sesuatu topik (maudhuÊ)
atau hadis tertentu. Ia bertujuan untuk menjelaskan makna perkara atau
hadis tersebut. Sebagai contoh juzÊ bacaan di belakang imam dan juzÊ
mengangkat kedua tangan karangan Imam Bukhari dan ajzaÊ hadithiyyah
bagi Imam Abi Dunya.

Selain itu, untuk mengambil kira tafsiran sahabat bagi mensyarahkan


hadis, kedudukan sahabat ini sebagai perawi hadis tersebut ataupun bukan
sebagai perawi hadis tersebut amat memainkan peranan. Kata-kata para
sahabat yang berperanan mensyarahkan sesebuah hadis boleh
dikategorikan kepada beberapa jenis. Jenis-jenis tersebut ialah seperti
berikut:

(i) Sama ada tafsiran mereka bertentangan sama sekali dengan hadis;
(ii) Sama ada tafsiran mereka serupa atau sama dengan hadis; atau
(iii) Sama ada tafsiran mereka sama dengan hadis pada sesetengah
bahagian dan berlainan pula pada bahagian yang lain.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 1 METODE-METODE ASAS DALAM SYARAH TEKS HADIS  13

Berikut adalah penjelasan bagi pembahagian di atas. Jika tafsiran sahabat


ini bertentangan sama sekali dengan hadis dan beliau merupakan perawi
hadis tersebut, maka tafsiran yang diambil kira (al-muÊtabar) ialah apa
yang diriwayatkan (‫ﺭﻭﻯ‬ ‫)ﲟﺎ‬ dan bukan apa yang dilihat (‫ﺭﺃﻯ‬ ‫)ﲟﺎ‬ . Jika
sahabat itu bukan perawi hadis, maka yang diambil kira ialah hadis
tersebut dan bukannya tafsiran sahabat ini.

Kiranya kata-kata sahabat yang meriwayatkan hadis tersebut sama dengan


hadis, maka ia diambil kira sebagai tafsiran kepada hadis tersebut. Begitu
juga jika sesuatu tafsiran sahabat itu dipersetujui oleh sebahagian sahabat
dan tidak dipersetujui oleh sebahagian sahabat yang lain, maka yang
diambil kira ialah tafsiran yang disepakati oleh para sahabat.

Jika tafsiran sahabat ini tidak dipersetujui oleh sahabat yang lain,
sedangkan beliau merupakan perawi hadis tersebut, maka tafsiran beliau
tetap diambil kira kerana beliau lebih mengetahui dan memahami apa yang
diriwayatkan. Namun sekiranya sahabat ini bukan perawi hadis ini,
bukanlah bererti tafsiran sahabat yang bertentangan dengan tafsirannya
diterima pakai, sebaliknya tafsiran yang diambil kira ialah apa yang
ditarjihkan oleh ulama atau ahli ilmu (Bazmul).

(c) Ketiga: Syarah Hadis dengan Kata-kata Tabiin


Tabiin ialah individu yang bertemu sahabat. Kata-kata tabiin dikenali
sebagai athar. Kata-kata sahabat juga dikenali dengan athar. Tabiin
bertemu dan belajar daripada sahabat ilmu-ilmu agama dan ulama hadis
turut memberi perhatian terhadap kata-kata tabiin dan mereka
menghimpun kata-kata tabiin di dalam karya-karya tertentu. Sekiranya
tidak terdapat kata-kata tabiin yang mensyarahkan hadis tertentu, maka
bolehlah menggunakan kaedah keempat.

(d) Keempat: Syarah Hadis Berdasarkan Ijtihad dan Konteks Bahasa


Maksud kaedah keempat ini ialah sesebuah hadis disyarahkan berdasarkan
ijtihad dan konteks bahasa dengan berpandukan pendapat ulama yang
terdapat sama ada di dalam kitab syarah, fikah, adab atau akidah (Bazmul,
2009).

Ibn Abi al-ÂIzz al-Hanafi (1985) berkata: „Adalah merupakan satu kesalahan
bagi sesiapa yang menyangka bahawa dia mengetahui hukum-hakam
melalui al-Quran dan sunnah tanpa melihat dan mengetahui pendapat
ulama mengenainya, kerana dengan meneliti pandangan ulama ini akan
membawa kepada penemuan jawapan atau hukum yang boleh dipegang
atau diikut‰.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


14  TOPIK 1 METODE-METODE ASAS DALAM SYARAH TEKS HADIS

Tahukah anda perbezaan antara menerangkan maksud sesuatu perkataan dan


menerangkan maksud yang dikehendaki daripada sesuatu perkataan?

Apa yang dimaksudkan dengan menerangkan sesuatu perkataan ialah


menerangkannya dari sudut bahasa iaitu dengan merujuk kepada buku-buku
lughah atau buku gharib hadis. Manakala menerangkan maksud yang
dikehendaki daripada sesuatu perkataan pula ialah mencari makna perkataan
berdasarkan konteks ayat iaitu dengan merujuk kepada buku-buku syarah. Dan
tidak semestinya maksud perkataan dari sudut bahasa itu merupakan maksud
yang dikehendaki daripada perkataan tersebut.

Menyentuh mengenai kaedah mensyarahkan hadis berdasarkan ijtihad dan


konteks bahasa, ada beberapa perkara yang perlu diberi perhatian. Perkara
tersebut ialah:

(a) Hendaklah berpegang kepada kaedah yang telah ditetapkan oleh syarak
semasa mentafsir nas-nas syarak iaitu mentafsir lafaz atau perkataan
berdasarkan Âuruf syarak terlebih dahulu. Dan sekiranya tidak ada, maka
barulah ditafsirkan mengikut Âuruf sahabat dan seterusnya Âuruf bahasa, di
samping menjaga konteks ayat dan prinsip-prinsip yang telah ditetapkan
oleh syarak;

(b) Hendaklah merujuk kepada hadis Rasulullah s.a.w. secara keseluruhannya;


dan

(c) Telah terdapat pendapat ulama terdahulu bagi makna yang dipilih
berdasarkan ijtihad atau konteks bahasa ini.

SEMAK KENDIRI 1.2

1. Mensyarahkan hadis dengan hadis adalah cara yang paling


afdhal. Berikan pendapat anda kenapa cara ini dianggap paling
baik.

2. Berpegang kepada pendapat atau kata-kata sahabat dan tabiin


adalah antara cara mensyarahkan hadis. Siapakah yang
dimaksudkan dengan sahabat dan tabiin dan sebutkan beberapa
nama sahabat dan tabiin yang banyak meriwayatkan hadis?

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 1 METODE-METODE ASAS DALAM SYARAH TEKS HADIS  15

1.1.4 Jenis-jenis Syarah Hadis


Perbahasan sebelum ini membicarakan mengenai metode yang digunakan oleh
ulama semasa mensyarahkan hadis dan juga kaedah yang digunakan oleh
mereka semasa mensyarahkan hadis. Sekarang, kita pelajari pula satu lagi
perkara penting di dalam pembahagian syarah hadis iaitu jenis-jenis syarah
hadis.

Sebelum memulakan perbincangan mengenai jenis-jenis syarah hadis, anda perlu


jelas mengenai maksud metode syarah hadis dan kaedah mensyarahkan hadis
agar anda dapat membezakan antara kedua-dua perkara ini dengan jenis syarah
hadis yang bakal dibincangkan sebentar lagi.

Ulama hadis membahagikan syarah hadis kepada beberapa jenis. Berikut adalah
jenis-jenis syarah hadis ini.

(a) Al-Syarh al-Qawli


Al-Syarh al-Qawli digunakan oleh pensyarah hadis di kala beliau memetik
sebahagian daripada sanad atau matan hadis dan kebiasaannya beliau
menggunakan perkataan „‫ﻛﺬﺍ‬:‫ ﻗ ﻮ ﻟ ﻪ‬‰. Kemudian beliau akan membahaskan
petikan tersebut sama ada secara ringkas atau terperinci, mengikut urutan
lafaz sanad dan matan bagi petikan tersebut.

Contoh al-Syarh al-Qawli ialah sebagaimana yang didatangkan oleh Ibn


Hajar al-ÂAsqalani di dalam kitabnya Fath al-Bari Syarah Sahih al-Bukhari
semasa mensyarahkan hadis "‫ﺣﺮﺍﻡ‬ ‫"ﻛﻞ ﺷﺮﺍﺏ ﺃﺳﻜﺮ ﻓﻬﻮ‬. Ibn Hajar berkata
(1993):

‫ﻗﻮﻟﻪ "ﻛﻞ ﺷﺮﺍﺏ ﺃﺳﻜﺮ" ﺃﻱ ﻛﺎﻥ ﻣﻦ ﺷﺄﻧﻪ ﺍﻹﺳﻜﺎﺭ ﺳﻮﺍﺀ ﺣﺼﻞ ﺑﺸﺮﺑﻪ ﺍﻟﺴﻜﺮ ﺃﻡ ﻻ ﻗﺎﻝ‬
‫ﺍﳋﻄﺎﰊ ﻓﻴﻪ ﺩﻟﻴﻞ ﻋﻠﻰ ﺃﻥ ﻗﻠﻴﻞ ﺍﳌﺴﻜﺮ ﻭﻛﺜﲑﻩ ﺣﺮﺍﻡ ﻣﻦ ﺃﻱ ﻧﻮﻉ ﻛﺎﻥ ﻷﻬﻧﺎ ﺻﻴﻐﺔ ﻋﻤﻮﻡ‬
‫ﺃﺷﲑ ﻬﺑﺎ ﺇﱃ ﺟﻨﺲ ﺍﻟﺸﺮﺍﺏ ﺍﻟﺬﻱ ﻳﻜﻮﻥ ﻣﻨﻪ ﺍﻟﺴﻜﺮ ﻓﻬﻮ ﻛﻤﺎ ﻟﻮ ﻗﺎﻝ ﻛﻞ ﻃﻌﺎﻡ ﺃﺷﺒﻊ ﻓﻬﻮ‬
‫ﺣﻼﻝ ﻓﺄﻧﻪ ﻳﻜﻮﻥ ﺩﺍﻻ ﻋﻠﻰ ﺣﻞ ﻛﻞ ﻃﻌﺎﻡ ﻣﻦ ﺷﺄﻧﻪ ﺍﻻﺷﺒﺎﻉ ﻭﺃﻥ ﱂ ﳛﺼﻞ ﺍﻟﺸﺒﻊ ﺑﻪ ﻟﺒﻌﺾ‬
‫ﺩﻭﻥ ﺑﻌﺾ ﻭﻭﺟﻪ ﺍﺣﺘﺠﺎﺝ ﺍﻟﺒﺨﺎﺭﻱ ﺑﻪ ﰲ ﻫﺬﺍ ﺍﻟﺒﺎﺏ ﺃﻥ ﺍﳌﺴﻜﺮ ﻻ ﳛﻞ ﺷﺮﺑﻪ ﻭﻣﺎ ﻻ ﳛﻞ‬
."‫ﺷﺮﺑﻪ ﻻ ﳚﻮﺯ ﺍﻟﻮﺿﻮﺀ ﺑﻪ ﺍﺗﻔﺎﻗﺎ ﻭﺍﷲ ﺃﻋﻠﻢ‬

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


16  TOPIK 1 METODE-METODE ASAS DALAM SYARAH TEKS HADIS

(b) Al-Syarh al-MaudhuÊi


Al-Syarah al-MaudhuÊi ialah pengarang kitab syarah membahaskan
sesebuah hadis dengan membahagikan perbincangannya kepada tajuk-
tajuk kecil. Setiap tajuk kecil ini diberikan nama tertentu dan seterusnya
tajuk ini dikupas berdasarkan kehendak tajuk tersebut. Ia boleh jadi ringkas
dan kadangkala menjadi panjang.

Antara contoh al-Syarah al-MaudhuÊi di dalam kitab syarah hadis ialah apa
yang didatangkan oleh Imam Badr al-Din Abu Muhammad Mahmud bin
Ahmad al-ÂAini (2002) di dalam kitabnya ÊUmdah al-QariÊ Syarah Sahih al-
Bukhari semasa mensyarahkan hadis "...‫ﺑﺎﻟﻨﻴﺎﺕ‬ ‫"ﺇﳕﺎ ﺍﻷﻋﻤﺎﻝ‬. Beliau berkata:

‫ ﺇﻥ ﺍﷲ ﺗﻌﺎﱃ ﺃﻭﺣﻰ ﺇﱃ ﻧﺒﻴﻨﺎ ﻭﺇﱃ ﲨﻴﻊ ﺍﻷﻧﺒﻴﺎﺀ ﻋﻠﻴﻬﻢ ﺍﻟﺴﻼﻡ ﺇﻥ‬:‫"ﺑﻴﺎﻥ ﺗﻌﻠﻖ ﺍﳊﺪﻳﺚ ﺑﺎﻵﻳﺔ‬
‫ﺍﻷﻋﻤﺎﻝ ﺑﺎﻟﻨﻴﺎﺕ ﻭﺍﳊﺠﺔ ﻟﻪ ﻗﻮﻟﻪ ﺗﻌﺎﱃ ) ﻭﻣﺎ ﺃﻣﺮﻭﺍ ﺇﻻ ﻟﻴﻌﺒﺪﻭﺍ ﺍﷲ ﳐﻠﺼﲔ ﻟﻪ ﺍﻟﺪﻳﻦ ( ﻭﻗﻮﻟﻪ‬
‫ ﺍﻟﻨﻴﺔ ﻗﺎﻝ‬:‫ ﻭﺍﻹﺧﻼﺹ‬.‫ﺷﺮﻉ ﻟﻜﻢ ﻣﻦ ﺍﻟﺪﻳﻦ ﻣﺎ ﻭﺻﻰ ﺑﻪ ﻧﻮﺣﺎ ﻭﺍﻟﺬﻱ ﺃﻭﺣﻴﻨﺎ ﺇﻟﻴﻚ‬:‫ﺗﻌﺎﱃ‬
."‫ "ﻭﺻﺎﻫﻢ ﺑﺎﻹﺧﻼﺹ ﰲ ﻋﺒﺎﺩﺗﻪ‬:‫ﺃﺑﻮ ﺍﻟﻌﺎﻟﻴﺔ‬

‫ ﺫﻛﺮ ﻓﻴﻪ ﻭﺟﻮﻩ ﺍﻷﻭﻝ ﺃﻥ ﺍﻟﻨﱯ ﺧﻄﺐ ﻬﺑﺬﺍ ﺍﳊﺪﻳﺚ ﳌﺎ ﻗﺪﻡ‬:‫"ﺑﻴﺎﻥ ﺗﻌﻠﻖ ﺍﳊﺪﻳﺚ ﺑﺎﻟﺘﺮﲨﺔ‬
."‫ﺍﳌﺪﻳﻨﺔ ﺣﲔ ﻭﺻﻞ ﺇﱃ ﺩﺍﺭ ﺍﳍﺠﺮﺓ ﻭﺫﻟﻚ ﻛﺎﻥ ﺑﻌﺪ ﻇﻬﻮﺭﻩ ﻭﻧﺼﺮﻩ ﻭﺍﺳﺘﻌﻼﺋﻪ ﻓﺎﻷﻭﻝ‬

‫ ﻭﻫﻢ ﺳﺘﺔ ﺍﻷﻭﻝ ﺍﳊﻤﻴﺪﻱ ﻫﻮ ﺃﺑﻮ ﺑﻜﺮ ﻋﺒﺪ ﺍﷲ ﺑﻦ ﺍﻟﺰﺑﲑ ﺑﻦ ﻋﻴﺴﻰ ﺑﻦ ﻋﺒﺪ‬:‫"ﺑﻴﺎﻥ ﺭﺟﺎﻟﻪ‬
‫ﺍﷲ ﺑﻦ ﺍﻟﺰﺑﲑ ﺑﻦ ﻋﺒﺪ ﺍﷲ ﺑﻦ ﲪﻴﺪ ﺑﻦ ﺃﺳﺎﻣﺔ ﺑﻦ ﺯﻫﲑ ﺑﻦ ﺍﳊﺮﺙ ﺑﻦ ﺃﺳﺪ ﺑﻦ ﻋﺒﺪ ﺍﻟﻌﺰﻯ ﺑﻦ‬
‫ﻗﺼﻲ ﺍﻟﻘﺮﺷﻲ ﺍﻷﺳﺪﻱ ﳚﺘﻤﻊ ﻣﻊ ﺭﺳﻮﻝ ﺍﷲ ﰲ ﻗﺼﻲ ﻭﻣﻊ ﺧﺪﳚﺔ ﺑﻨﺖ ﺧﻮﻳﻠﺪ ﺑﻦ ﺃﺳﺪ‬
‫ﺯﻭﺝ ﺍﻟﻨﱯ ﰲ ﺃﺳﺪ ﺑﻦ ﻋﺒﺪ ﺍﻟﻌﺰﻯ ﻣﻦ ﺭﺅﺳﺎﺀ ﺃﺻﺤﺎﺏ ﺍﺑﻦ ﻋﻴﻴﻨﺔ ﺗﻮﰲ ﲟﻜﺔ ﺳﻨﺔ ﺗﺴﻊ ﻋﺸﺮﺓ‬
."‫ﻭﻣﺎﺋﺘﲔ‬

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 1 METODE-METODE ASAS DALAM SYARAH TEKS HADIS  17

(c) Al-Syarh al-Muzawwaj


Al-Syarah al-Muzawwaj ialah syarah yang menghimpunkan secara
serentak sanad hadis, matannya dan syarah yang dikemukakan oleh
pensyarah hadis di dalam satu rentak gaya bahasa. Antara kitab syarah
yang memuatkan jenis syarah seumpama ini ialah kitab syarah Sunan Abi
Dawud karangan Ibn Ruslan al-Ramli semasa mensyarahkan hadis WaÊil
bin Hajar:

‫ ﺍﳊﺎﻓﻆ‬،‫ ﺛﻨﺎ ﻋﺒﺪ ﺍﻟﺮﲪﻦ ﺑﻦ ﺳﻠﻴﻤﺎﻥ{ ﺍﳌﺮﻭﺯﻱ ﺑﺎﻟﻜﻮﻓﺔ‬:‫ ﻗﺎﻝ‬،‫"}ﺛﻨﺎ ﻋﺜﻤﺎﻥ ﺑﻦ ﺃﰊ ﺷﻴﺒﺔ‬
‫ ﺍ]ﻱ ﻋﺮﻭﺓ }ﺍﻟﻨﺨﻌﻲ{ ﺃﺧﺮﺝ ﻟﻪ ﻣﺴﻠﻢ ﰲ‬،‫ }ﻋﻦ ﺍﳊﺴﻦ ﺑﻦ ﻋﺒﻴﺪ ﺍﷲ{ ﺑﺎﻟﺘﺼﻐﲑ‬.‫ﺍﳌﺼﻨﻒ‬
‫ ﺃﻧﻪ ﺃﺑﺼﺮ ﺍﻟﻨﱯ‬:‫ ﻋﻦ ﺃﺑﻴﻪ‬،‫ }ﻋﻦ ﻋﺒﺪ ﺍﳉﺒﺎﺭ ﺑﻦ ﻭﺍﺋﻞ‬.‫ ﻣﺎﺕ ﺳﻨﺔ ﺗﺴﻊ ﻭﺛﻼﺛﲔ ﻭﻣﺌﺔ‬،‫ﻣﻮﺍﺿﻊ‬
‫ "ﺭﻓﻊ ﻳﺪﻳﻪ ﺣﲔ ﺩﺧﻞ ﰲ ﺍﻟﺼﻼﺓ‬:‫ ﻟﻔﻆ ﻣﺴﻠﻢ‬.‫ ﺣﲔ ﻗﺎﻡ ﺇﱃ ﺍﻟﺼﻼﺓ ﺭﻓﻊ ﻳﺪﻳﻪ{ ﺃﻱ ﻛﻔﻴﻪ‬
‫ }ﺃﺫﻧﻴﻪ{ ﺃﻱ‬."‫ "ﺑﻜﺴﺮ ﺍﳊﺎﺀ‬:‫ ﻗﺎﻝ ﺍﻟﻨﻮﻭﻱ‬.{‫ }ﺣﱴ ﻛﺎﻧﺘﺎ ﲝﻴﺎﻝ‬."‫ﻛﱪ ﻭﺻﻒ ﻛﻔﻴﻪ‬
‫ }ﻭﺣﺎﺫﻱ{ ﺃﻱ ﻗﺎﺑﻞ‬."‫ ﻭﺇﺯﺍﺀ ﲟﻌﲎ ﻭﺍﺣﺪ‬،‫ ﻭﺣﺬﺍﺀ‬،‫ "ﺍﳊﻴﺎﻝ‬:‫ ﻗﺎﻝ ﺍﻟﻘﺮﻃﱯ‬.‫ﻗﺒﺎﻟﺘﻬﻤﺎ‬
،‫ ﺣﺎﺫﻱ ﺑﺈﻬﺑﺎﻣﻴﻪ‬:‫ ﻭﳛﺘﻤﻞ ﺃﻥ ﻳﻜﻮﻥ ﻋﻠﻰ ﺣﺬﻑ ﺣﺮﻑ ﺍﳉﺮ ﺃﻱ‬،‫}ﺇﻬﺑﺎﻣﻴﻪ{ ﻫﻜﺬﺍ ﺍﻟﺮﻭﺍﻳﺔ‬
‫ }ﺃﺫﻧﻴﻪ{ ﻭﺭﻭﺍﻳﺔ‬.‫ ﺃﻱ ﳜﻮﻓﻜﻢ ﺑﺄﻭﻟﻴﺎﺋﻪ‬  :‫ﻓﻠﻤﺎ ﺣﺬﻑ ﺣﺮﻑ ﺍﳉﺮ ﺍﻧﺘﺼﺐ ﻛﻘﻮﻟﻪ ﺗﻌﺎﱃ‬
‫ "ﺣﱴ‬:‫ ﻭﻟﻔﻆ ﺍﻟﻨﺴﺎﺋﻲ‬."‫ "ﻳﺮﻓﻊ ﺃﻏﻬﺎﻣﻴﻪ ﺇﱃ ﺷﺤﻤﺔ ﺃﺫﻧﻴﻪ‬:‫ﺍﺑﻦ ﺣﺒﺎﻥ ﻣﻦ ﺭﻭﺍﻳﺔ ﻭﺍﺋﻞ ﺃﻳﻀﹰﺎ‬
:‫ ﻫﺬﻩ ﺍﻟﺮﻭﺍﻳﺔ ﻣﻊ ﺭﻭﺍﻳﺔ ﺍﺑﻦ ﻋﻤﺮ ﺍﳌﺘﻘﺪﻣﺔ‬.{‫ }ﰒ ﻛﱪ‬."‫ﻳﻜﺎﺩ ﺇﻬﺑﺎﻣﺎﻩ ﲢﺎﺫﻱ ﺷﺤﻤﺔ ﺃﺫﻧﻴﻪ‬
‫ ﻳﺪﻻﻥ ﻋﻠﻰ ﺃﻧﻪ‬،‫ ﺃﻱ ﻭﳘﺎ ﻗﺎﺭﻧﺎﻥ‬."‫ ﰒ ﻛﱪ ﻭﳘﺎ ﻛﺬﻟﻚ‬،‫"ﺭﻓﻊ ﻳﺪﻳﻪ ﺣﱴ ﻳﻜﻮﻧﺎ ﺣﺬﻭﻣﻨﻜﺒﻴﻪ‬
..."‫ ﺃﻱ ﻳﺮﺳﻠﻬﻤﺎ ﺑﻌﺪ ﻓﺮﺍﻏﻪ‬،‫ ﰒ ﻳﻜﱪ‬،‫ﻳﺮﻓﻊ ﻳﺪﻳﻪ ﺑﻼ ﺗﻜﺒﲑ‬

Satu perkara yang perlu anda beri perhatian di dalam syarah hadis ialah
seseorang pensyarah hadis mungkin akan menggunakan lebih daripada satu
metode semasa mensyarahkan hadis. Dan semasa beliau mensyarahkan hadis
berdasarkan metode tertentu, beliau dalam masa yang sama turut menggunakan
kaedah syarah hadis yang tertentu atau menggunakan beberapa kaedah lain.

Begitu juga jika seseorang pensyarah hadis tidak hanya berpegang kepada satu
jenis syarah sahaja, bahkan kadang-kadang beliau menggunakan ketiga-tiga jenis
syarah semasa mensyarahkan hadis di dalam kitabnya. Kesimpulannya,
seseorang pensyarah hadis mungkin menggunakan lebih dari satu metode,
kaedah dan jenis di dalam kitab syarahnya.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


18  TOPIK 1 METODE-METODE ASAS DALAM SYARAH TEKS HADIS

1.2 METODE PENSYARAH KITAB-KITAB


SYARAH HADIS
Anda telah pelajari metode, kaedah dan jenis syarah yang digunakan oleh ulama
hadis semasa mensyarahkan hadis. Sekarang marilah pula kita lihat bagaimana
pensyarah kitab hadis yang terkenal mengaplikasikan metode syarah hadis ini di
dalam karya mereka.

AKTIVITI 1.3

Pernahkah anda mendengar berkenaan dengan al-sunan al-sittah? Cuba


cari maklumat tentang maksud al-sunan al-sittah dan sila kenal pasti
kitab-kitab syarah bagi al-sunan al-sittah ini.

1.2.1 Aplikasi Metode Tahlili


Sekarang kita lihat pula bagaimana metode analisis, metode ijmali dan metode
muqarin digunakan oleh para ulama di dalam kitab syarah mereka. Kita
mulakan dengan metode analisis. Antara ulama yang menggunakan metode
analisis ini ialah Imam Ibn Hajar al-ÂAsqalani (1993) di dalam kitabnya Fath
al-Bari Syarah Sahih al-Bukhari. Berikut adalah contoh yang dipetik daripada
kitab tersebut.

‫"ﺣﺪﺛﻨﺎ ﺍﳊﻤﻴﺪﻱ ﻋﺒﺪ ﺍﷲ ﺑﻦ ﺍﻟﺰﺑﲑ ﻗﺎﻝ ﺣﺪﺛﻨﺎ ﳛﲕ ﺑﻦ ﺳﻌﻴﺪ ﺍﻷﻧﺼﺎﺭﻱ ﻗﺎﻝ ﺃﺧﱪﻧـﻲ ﳏﻤّﺪ ﺍﺑﻦ‬
‫ﺇﺑﺮﺍﻫﻴﻢ ﺍﻟﺘﻴﻤﻲ ﺃﻧﻪ ﲰﻊ ﻋﻠﻘﺔ ﺑﻦ ﻭﻗﺎﺹ ﺍﻟﻠﻴﺜﻲ ﻳﻘﻮﻝ ﲰﻌﺖ ﻋﻤﺮ ﺑﻦ ﺍﳋﻄﺎﺏ ﺭﺿﻲ ﺍﷲ ﻋﻨﻪ ﻋﻠﻰ‬
‫ﺍﻟـﻤﻨﱪ ﻗﺎﻝ ﲰﻌﺖ ﺭﺳﻮﻝ ﺍﷲ ﺻﻠﹼﻰ ﺍﷲ ﻋﻠﻴﻪ ﻭ ﺳﻠﹼﻤﻴﻘﻮﻝ ﺇﻧّﻤﺎ ﺍﻷﻋﻤﺎﻝ ﺑﺎﻟﻨّﻴﺎﺕ ﻭ ﺇﻧّﻤﺎ ﻟﻜ ﹼﻞ ﺍﻣﺮﺉ‬
."‫ﻣﺎ ﻧﻮﻯ ﻓﻤﻦ ﻛﺎﻧﺖ ﻫﺠﺮﺗﻪ ﺍﱃ ﺩﻧﻴﺎ ﻳﺼﻴﺒﻬﺎ ﺃﻭ ﺇﱃ ﺍﻣﺮﺃﺓ ﻳﻨﻜﺤﻬﺎ ﻓﻬﺠﺮﺗﻪ ﺇﱃ ﻣﺎ ﻫﺠﺮ ﺇﻟﻴﻪ‬

‫ﻭﻗﺪ ﺍﻋﺘﺮﺽ ﻋﻠﻰ ﺍﳌﺼﻨﻒ ﰲ ﺇﺩﺧﺎﻟﻪ ﺣﺪﻳﺚ ﺍﻷﻋﻤﺎﻝ ﻫﺬﺍ ﰲ ﺗﺮﲨﺔ ﺑﺪﺀ ﺍﻟﻮﺣﻲ ﻭ ﺃﻧﻪ ﻻ ﺗﻌﻠﻖ‬.."
‫ﻟﻪ ﺑﻪ ﺃﺻﻼ ﲝﻴﺚ ﺃﻥ ﺍﳋﻄﺎﰊ ﰲ ﺷﺮﺧﻪ ﻭ ﺍﻹﲰﺎﻋﻴﻠﻲ ﰲ ﻣﺴﺘﺨﺮﺟﻪ ﺃﺧﺮﺟﺎﻩ ﻗﺒﻞ ﺍﻟﺘﺮﲨﺔ‬
‫ﻻﻋﺘﻘﺎﺩﳘﺎ ﺃﻧﻪ ﺇﳕﺎ ﺃﻭﺭﺩﻩ ﻟﻠﺘﱪﻙ ﺑﻪ ﻓﻘﺪ ﻭﺍﺳﺘﺼﻮﺏ ﺃﺑﻮ ﺍﻟﻘﺎﺳﻢ ﺑﻦ ﻣﻨﺪﻩ ﺻﻨﻴﻊ ﺍﻹﲰﺎﻋﻴﻠﻲ ﰲ ﺫﻟﻚ‬
‫ﻭﻗﺎﻝ ﺑﻦ ﺭﺷﻴﺪ ﱂ ﻳﻘﺼﺪ ﺍﻟﺒﺨﺎﺭﻱ ﺑﺈﺭﺍﺩﻩ ﺳﻮﻯ ﺑﻴﺎﻥ ﺣﺴﻦ ﻧﻴﺘﻪ ﻓﻴﻪ ﰲ ﻫﺬﺍ ﺍﻟﺘﺄﻟﻴﻒ ﻭ ﻗﺪ ﺗﻜﻠﻔﺖ‬
‫ﻣﻨﺎﺳﺒﺘﻪ ﻟﻠﺘﺮﲨﺔ ﻓﻘﺎﻝ ﻛﻞ ﲝﺴﺐ ﻣﺎﻇﻬﺮ ﻟﻪ ﺍﻧﺘﻬﻰ ﻭ ﻗﺪ ﻗﻴﻞ ﺇﻧﻪ ﺃﺭﺍﺩ ﺃﻧﻴﻘﻴﻤﻪ ﻣﻘﺎﻡ ﺍﳋﻄﺒﺔ ﻟﻠﻜﺘﺎﺏ‬
Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)
‫‪TOPIK 1‬‬ ‫‪METODE-METODE ASAS DALAM SYARAH TEKS HADIS‬‬ ‫‪‬‬ ‫‪19‬‬

‫ﻷﻧﻪ ﰲ ﺳﻴﺎﻗﻪ ﺃﻥ ﻋﻤﺮ ﻗﺎﻟﻪ ﻋﻠﻰ ﺍﳌﻨﱪ ﲟﺤﻀﺮﺓ ﺍﻟﺼﺤﺎﺑﺔ ﻓـﺈﺫﺍ ﺻﻠﺢ ﺃﻥ ﻳﻜﻮﻥ ﰲ ﺧﻄﺒﺔ ﺍﳌﻨﱪ‬
‫ﺻﻠﺢ ﺃﻥ ﻳﻜﻮﻥ ﰲ ﺧﻄﺒﺔ ﺍﻟﻜﺘﺎﺏ ﻭﺣﻜﻰ ﺍﳌﻠﻬﺐ ﺃﻥ ﺍﻟﻨﱯ ﺻﻠﹼﻰ ﺍﷲ ﻋﻠﻴﻪ ﻭﺳﻠﹼﻢ ﺧﻄﺐ ﺑﻪ ﺣﲔ‬
‫ﻗﺪﺩﻡ ﺍﳌﺪﻳﻨﺔ ﻣﻬﺎﺟﺮﺍ ﻓﻨـﺎﺳﺐ ﺇﻳﺮﺍﺩﻩ ﰲ ﺑﺪﺀ ﺍﻟﻮﺣﻲ ﻷﻥ ﺍﻷﺣﻮﺍﻝ ﺍﻟﱵ ﻛﺎﻧﺖ ﻗﺒﻞ ﳍـﺠﺮﺓ ﻛﺎﻧﺖ‬
‫ﻛﺎﳌﻘﺪﻣﺔ ﳍﺎ ﻷﻥ ﺑﺎﳍﺠﺮﺓ ﺍﻓﺘﺘﺢ ﺍﻹﺫﻥ ﰲ ﻗـﺘﺎﻝ ﺍﳌﺸﺮﻛﲔ ﻭﻳﻌﻘﺒﻪ ﺍﻟﻨﺼﺮ ﻭﺍﻟﻈﻔﺮ ﻭﺍﻟﻔﺘﺢ ﺍﻧﺘﻬﻰ‬
‫ﻭﻫﺬﺍ ﻭﺟﻪ ﺣﺴﻦ ﺇﻻ ﺃﻧﲏ ﻷﻡ ﺃﺭ ﻣﺎﺫﻛﺮﻩ ﻣﻦ ﻛﻮﻧـﻪ ﺻﻠﻰ ﺍﷲ ﻋﻠﻴﻪ ﻭﺳﻠﻢ ﻳﻘﻮﻝ ﻳﺎﺃﻳﻬﺎ ﺍﻟﻨﺎﺱ‬
‫ﺇﻧـﻤﺎ ﺍﻷﻋﻤﺎﻝ ﺑﺎﻟﻨﻴﺔ ﺍﳊﺪﻳﺚ ﻓﻔﻲ ﻫﺬﺍ ﺇﱃ ﺃﻧﻪ ﻛﺎﻥ ﰲ ﺣﺎﻝ ﺍﳋﻄﺒﺔ ﺃﻣﺎ ﻛﻮﻧﻪ ﰲ ﺍﺑﺘﺪﺍﺀ ﻗﺪﻭﻣﻪ ﺇﱃ‬
‫ﺍﳌﺪﻳﻨـﺔ ﻓﻠﻢ ﺃﺭ ﻣﺎﻳﺪﻝ ﻋﻠﻴﻪ ﻭﻟﻌﻞ ﻗﺎﺋﻠﻪ ﺍﺳﺘﻨﺪ ﺇﱃ ﻣﺎﺭﻭﻯ ﰲ ﻗﺼﺔ ﻣﻬﺎﺟﺮ ﺃﻡ ﻗﻴﺲ ﻗﺎﻝ ﺑﻦ ﺩﻗﻴﻖ‬
‫ﺍﻟﻌﻴﺪ ﻧﻘﻠﻮﺍ ﺃﻥ ﺭﺟﻼ ﻫﺎﺟﺮ ﻣﻦ ﻣﻜﺔ ﺇﱃ ﺍﳌﺪﻳﻨﺔ ﻻ ﻳﺮﻳﺪ ﺑﺬﻟﻚ ﻓﻀﻴﻠﺔ…"‪.‬‬

‫"‪ ...‬ﻷﻥ ﺍﳌﺮﺍﺩ ﺑﺎﻷﻋﻤﺎﻝ ﺃﻋﻤﺎﻝ ﺍﻟﻌﺒﺎﺩﺓ ﻭﻫﻲ ﻻ ﺗﺼﺢ ﻣﻦ ﺍﻟﻜﺎﻓﺮ ﻭﺇﻥ ﻛﺎﻥ ﳐﺎﻃﺒﺎ ﻬﺑﺎ ﻣﻌﺎﻗﺒﺎ ﻋﻠﻰ‬
‫ﺗﺮﻛﻬﺎ ﻭﻻ ﻳﺮﺩ ﺍﻟﻌﺘﻖ ﻭ ﺍﻟﺼﺪﻗﺔ ﻷﻧـﻬﻤﺎ ﺑﺪﻟﻴﻞ ﺁﺧﺮ ﻗﻮﻟﻪ ﺑﺎﻟﻨﻴﺎﺕ ﺍﻟﺒﺎﺀ ﻟﻠﻤﺼﺎﺣﺒﺔ ﻭ ﳛﺘﻤﻞ ﺃﻥ‬
‫ﺗﻜﻮﻥ ﻟﻠﺴﺒﺒﻴﺔ ﲟﻌﲎ ﺃﻬﻧﺎ ﻣﻘﻮﻣﺔ ﻟﻠﻌﻤﻞ ﻓﻜﺄﻬﻧﺎ ﺳﺒﺐ ﰲ ﺍﳚﺎﺩﻩ ﻭ ﻋﻠﻰ ﺍﻷﻭﻝ ﻓﻬﻲ ﻣﻦ ﻧﻔﺲ ﺍﻟﻌﻤﻞ‬
‫ﻓﻴﺸﺘﺮﻁ ﺃﻥ ﻻ ﺗﺘﺨﻠﻒ ﻋﻦ ﺃﻭﻟﻪ ﻗﺎﻝ ﺍﻟﻨﻮﻭﻱ ﺍﻟﻨﻴﺔ ﺍﻟﻘﺼﺪ ﻭﻫﻲ ﻋﺰﳝﺔ ﺍﻟﻘﻠﺐ ﻭ ﺗﻌﻘﺒﻪ ﺍﻟﻜﺮﻣﺎﱐ ﺑﺄﻥ‬
‫ﻋﺰﳝﺔ ﺍﻟﻘﻠﺐ ﻗﺪﺭ ﺯﺍﺋﺪ ﻋﻠﻰ ﺃﺻﻞ ﺍﻟﻘﺼﺪ ﻭﺍﺧﺘﻠﻒ ﺍﻟﻔﻘﻬﺎﺀ ﻫﻞ ﻫﻲ ﺭﻛﻦ ﺃﻭ ﺷﺮﻁ ﻭﺍﳌﺮﺟﺢ ﺃﻥ‬
‫ﺍﳚﺎﺩﻫﺎ ﺫﻛﺮﺍ ﰲ ﺃﻭﻝ ﺍﻟﻌﻤﻞ ﺭﻛﻦ ﻭﺍﺳﺘﺼﺤﺎﺑـﻬﺎ ﺣﻜﻤﺎ ﲟﻌﲎ ﺃﻥ ﻻﻳﺄﰐ ﲟﻨﺎﻑ ﺷﺮﻋﺎ ﺷﺮﻁ ﻭ‬
‫ﻻﺑﺪ ﻣﻦ ﳏﺬﻭﻑ ﻳﺘﻌﻠﻖ ﺑﻪ ﺍﳉﺎﺭ ﻭ ﺍﺠﻤﻟﺮﻭﺭ ﻓﻘﻴﻞ ﺗﻌﺘﱪ ﻭ ﻗﻴﻞ ﺗﺼﺢ ﻭ ﻗﺒﻞ ﲢﺼﻞ ﻭ ﻗﻴﻞ ﺗﺴﺘﻘﺮ"‪.‬‬

‫"‪...‬ﻗﺎﻝ ﺍﻟﻄﱯ ﻛﻼﻡ ﺍﻟﺸﺎﺭﻉ ﳏﻤﻮﻝ ﻋﻠﻰ ﺑﻴﺎﻥ ﺍﻟﺸﺮﻉ ﻷﻥ ﺍﳌﺨﺎﻃﺒﲔ ﺑﺬﻟﻚ ﻫﻢ ﺃﻫﻞ ﺍﻟﻠﺴﺎﻥ‬
‫ﻓﻜﺄﻧـﻬﻢ ﺧﻮﻃﺒﻮﺍ ﲟﺎ ﻟﻴﺲ ﳍﻢ ﺑﻪ ﻋﻠﻢ ﺇﻻ ﻣﻦ ﻗﺒﻞ ﺍﻟﺸﺎﺭﻉ ﻓﻴﺘﻌﲔ ﺍﳊﻤﻞ ﻋﻠﻰ ﻣﺎﻳﻔﻴﺪ ﺍﳊﻜﻢ‬
‫ﺍﻟﺸﺮﻋﻲ ﻭﻗﺎﻝ ﺍﻟﺒﻴﻀﺎﻭﻱ ﺍﻟﻨﻴﺔ ﻋﺒﺎﺭﺓ ﻋﻦ ﺍﻧﺒﻌﺎﺙ ﺍﻟﻘﻠﺐ ﳓﻮ ﻣﺎﻳﺮﺍﻩ ﻣﻮﺍﻓﻘﺎ ﻟﻐﺮﺽ ﻣﻦ ﺟﻠﺐ ﻧﻔﺢ ﺃﻭ‬
‫ﺩﻓﻊ ﺿﺮ ﺣﺎﻻ ﺃﻭ ﻣﺎﻵ ﻭﺍﻟﺸﺮﻉ ﺧﺼﺼﻪ ﺑﺎﻻﺭﺍﺩﺓ ﺍﳌﺘﻮﺟﻬﺔ ﳓﻮ ﺍﻟﻔﻌﻞ ﻻﺑﺘﻐﺎﺀ ﺭﺿﺎﺀ ﺍﷲ ﻭﺍﻣﺘﺜﺎﻝ‬
‫ﺣﻜﻤﻪ ﻭﺍﻟﻨﻴﺔ ﰲ ﺍﳊﺪﻳﺚ ﳏﻤﻮﻟﺔ ﻋﻠﻰ ﺍﳌﻌﲎ ﺍﻟﻠﻐﻮﻱ ﻟﻴﺤﺴﻦ ﺗﻄﺒﻴﻘﻪ ﻋﻠﻰ ﻣﺎﺑﻌﺪﻩ ﻭﺗﻘﺴﻴﻤﻪ ﺃﺣﻮﺍﻝ‬
‫ﺍﳌﻬﺎﺟﺮ ﻓﺈﻧـﻪ ﺗﻔﺼﻴﻞ ﳌﺎ ﺃﲨﻞ‪"....‬‬

‫)‪Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM‬‬


20  TOPIK 1 METODE-METODE ASAS DALAM SYARAH TEKS HADIS

Ini adalah contoh daripada syarah yang dilakukan oleh Imam Ibn Hajar di dalam
kitabnya Fath al-Bari Syarah Sahih al-Bukhari. Beliau menggunakan pendekatan
metode tahlili semasa mensyarahkan hadis yang diriwayatkan oleh Imam al-
Bukhari ini. Minta bantuan tutor anda untuk kedudukan syarah hadis ini di
dalam kitab sebenar agar anda dapat memahami metode ini dengan lebih jelas.

1.2.2 Aplikasi Metode Ijmali


Antara kitab syarah yang menggunakan Metode Ijmali ialah Imam Muhammad
bin Asyraf bin Ali al-Haidar al-Siddiqi al-ÂAzim Abadiyy (2004) di dalam
kitabnya Auni al-MaÊbud Syarah Sunan Abi Dawud. Berikut adalah contoh
penggunaan metode Ijmali di dalam kitab ini.

‫")ﻏﺴﻞ ﻳﻮﻡ ﺍﳉﻤﻌﺔ ﻭﺍﺟﺐ( ﻗﺎﻝ ﺍﳋﻄﺎﰊ ﻣﻌﻨﺎﻩ ﻭﺟﻮﺏ ﺍﻻﺧﺘﻴﺎﺭ ﻭ ﺍﻻﺳﺘﺤﺒﺎﺏ ﺩﻭﻥ ﻭﺟﻮﺏ‬
‫ﺍﻟﻔﺮﺽ ﻛﻤﺎ ﻳﻘﻮﻝ ﺍﻟﺮﺟﻞ ﻟﺼﺎﺣﺒﻪ ﺣﻘﻚ ﻋﻠﻲ ﻭﺍﺟﺐ ﻭﺃﻧﺎ ﺃﻭﺟﺐ ﺣﻘﻚ ﻭ ﻟﻴﺲ ﺫﻟﻚ ﲟﻌﲎ ﺍﻟﻠﺰﻭﻡ‬
‫ﻭ ﺍﻟﺬﻱ ﻻ ﻳﺴﻊ ﻏﲑﻩ ﻭﻳﺸﻬﺪ ﻟﺼﺤﺔ ﻫﺬﺍ ﺍﻟﺘﺄﻭﻳﻞ ﺣﺪﻳﺚ ﻋﻤﺮ ﺍﻟﺬﻱ ﺗﻘﺪﻡ ﺫﻛﺮﻩ ﺍﻧﺘﻬىﺰ ﻗﺎﻝ ﺍﺑﻦ‬
‫ﺩﻗﻴﻖ ﺍﻟﻌﻴﺪ ﰲ ﺷﺮﺡ ﻋﻤﺪﺓ ﺍﻷﺣﻜﺎﻡ ﺫﻫﺐ ﺍﻷﻛﺜﺮﻭﻥ ﺇﱃ ﺍﺳﺘﺤﺒﺎﺏ ﻏﺴﻞ ﺍﳉﻤﻌﺔ ﻭ ﻫﻢ ﳏﺘﺎﺟﻮﻥ‬
‫ﺇﱃ ﺍﻷﻋﺘﺬﺍﺭ ﻋﻦ ﳐﺎﻟﻔﺔ ﻫﺬﺍ ﺍﻟﻈﺎﻫﺮ ﻭﻗﺪ ﺃﻭﻟﻮﺍ ﺻﻴﻐﺔ ﺍﻷﻣﺮ ﻋﻞ ﺍﻟﻨﺪﺏ ﻭ ﺻﻴﻐﺔ ﺍﻟﻮﺟﻮﺏ ﻋﻠﻰ‬
‫ﺍﻟﺘﺄﻛﻴﺪ ﻛﻤﺎﻳﻘﺎﻝ ﺇﻛﺮﺍﻣﺎﻙ ﻋﻠﻰ ﻭﺍﺟﺐ ﻭﻫﻮ ﺗﺄﻭﻳﻞ ﺿﻌﻴﻒ ﺇﳕﺎ ﻳﺼﺎﺭ ﺇﻟﻴﻪ ﺇﺫﺍ ﻛﺎﻥ ﺍﳌﻌﺎﺭﺽ ﺭﺍﺟﺤﺎ‬
‫ﻋﻠﻰ ﻫﺬﺍ ﺍﻟﻈﺎﻫﺮ ﻭﺃﻗﻮﻯ ﻣﺎﻋﺎﺭﺿﻮﺍﺑﻪ ﻫﺬﺍ ﺍﻟﻈﺎﻫﺮ ﺣﺪﻳﺚ ﻣﻦ ﺗﻮﺿﺄ ﻳﻮﻡ ﺍﳉﻤﻌﺔ ﻓﻴﻬﺎ ﻭﻧﻌﻤﺖ ﻭﻣﻦ‬
‫ﺍﻏﺘﺴﻞ ﻓﺎﻟﻐﺴﻞ ﺃﻓﻀﻞ ﻭﻻﻳﻌﺎﺭﺽ ﺳﻨﺪﻩ ﺳﻨﺪ ﻫﺬﻩ ﺍﻷﺣﺎﺩﺙ ﺍﻧﺘﻬﻰ )ﻋﻠﻰ ﻛﻞ ﳏﺘﻠﻢ( ﺃﻱ ﺑﺎﻟﻎ ﻭﺇﳕﺎ‬
‫ﺫﻛﺮ ﺍﻹﺣﺘﻼﻡ ﻟﻜﻮﻧﻪ ﺍﻟﻐﺎﻟﺐ ﻭﺗﻔﺴﲑﻩ ﺑﺎﻟﺒﺎﻟﻎ ﳎﺎﺯ ﻷﻥ ﺍﻹﺣﺘﻼﻡ ﻳﺴﺘﻠﺰﻡ ﺍﻟﺒﻠﻮﻍ ﻭﺍﻟﻘﺮﻳﻨﺔ ﺍﳌﺎﺳﺔ ﻋﻦ‬
.‫ﺍﳊﻤﻞ ﻋﻠﻰ ﺍﳊﻘﻴﻘﺔ ﺃﻥ ﺍﻹﺣﺘﻼﻡ ﺇﺫﺍ ﻛﺎﻥ ﻣﻌﻪ ﺍﻧﺰﺍﻝ ﻣﻮﺟﺐ ﻟﻠﻐﺴﻞ ﺳﻮﺍﺀ ﻛﺎﻥ ﻳﻮﻡ ﺍﳉﻤﻌﺔ ﺃﻡ ﻻ‬
."‫ﺫﻛﺮﻩ ﺍﻟﺰﺭﻗﺎﱐ ﻗﺎﻝ ﺍﳌﻨﺬﺭﻱ ﻭ ﺃﺧﺮﺟﻪ ﺍﻟﺒﺨﺎﺭﻱ ﻭ ﻣﺴﻠﻢ ﻭﺍﻟﻨﺴﺎﺋﻲ ﻭﺍﺑﻦ ﻣﺎﺟﻪ‬

Sekali lagi, minta bantuan tutor untuk menunjukkan kepada anda kedudukan
sebenar syarah hadis ini di dalam kitab sebenar Auni al-MaÊbud Syarah Sunan
Abi Dawud agar anda dapat memahami metode ijmali ini dengan lebih jelas.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


‫‪TOPIK 1‬‬ ‫‪METODE-METODE ASAS DALAM SYARAH TEKS HADIS‬‬ ‫‪‬‬ ‫‪21‬‬

‫‪1.2.3‬‬ ‫‪Aplikasi Metode Muqarin‬‬


‫‪Kita telah melihat aplikasi metode analisis dan metode ijmali di dalam dua buah‬‬
‫‪kitab syarah hadis yang dikarang oleh ulama terkemuka. Sekarang mari kita lihat‬‬
‫‪pula aplikasi metode ketiga, iaitu metode muqarin di dalam kitab syarah hadis.‬‬
‫‪Pendekatan yang diambil oleh Imam Badr al-Din Abu Muhammad Mahmud bin‬‬
‫‪Ahmad al-ÂAiniyy (2002) di dalam kitabnya ÊUmdah al-QariÊ Syarah Sahih al-‬‬
‫‪Bukhari boleh dijadikan contoh. Semoga dengan contoh ini, anda akan lebih‬‬
‫‪faham bagaimana metode muqarin digunakan di dalam kitab syarah hadis.‬‬

‫"ﻗﺪ ﺣﺼﻞ ﻣﻦ ﺍﻟﻄﺮﻕ ﺍﳌﺬﻛﻮﺭﺓ ﺃﺭﺑﻌﺔ ﺃﻟﻔﺎﻅ "ﺇﳕﺎ ﺍﻷﻋﻤﺎﻝ ﺑﺎﻟﻨﻴﺎﺕ" ﻭ" ﺍﻷﻋﻤﺎﻝ ﺑﺎﻟﻨﻴﺔ" ﻭ "ﺍﻟﻌﻤﻞ‬
‫ﺑﺎﻟﻨﻴﺔ" ﻭﺍﺩﻋﻰ ﺍﻟﻨﻮﻭﻱ ﰲ ﺗﻠﺨﻴﺼﻪ ﻗﻠﺘـﻬﺎﺯ ﻭﺍﻟﺮﺍﺑﻊ "ﺇﻧـﻤﺎ ﺍﻷﻋﻤﺎﻝ ﺑﺎﻟﻨﻴﺔ" ﻭﺃﻭﺭﺩﻩ ﺍﻟﻘﻀﺎﻋﻲ ﰲ‬
‫ﺍﻟﺸﻬﺎﺏ ﺑﻠﻔﻆ "ﺍﻷﻋﻤﺎﻝ ﺑﺎﻟﻨﻴﺎﺕ" ﲝﺬﻑ "ﺇﳕﺎ" ﻭ ﺍﳊﺎﻓﻆ ﺃﺑﻮ ﻣﻮﺳﻰ ﺍﻷﺻﺒـﻬﺎﱐ‪ :‬ﻻ ﻳﺼﺢ‬
‫ﺇﺳﻨﺎﺩﻫﺎ‪,‬ﻭﺇﻗﺮﻩ ﺍﻟﻨﻮﻭﻱ ﻋﻠﻰ ﺫﻟﻚ ﰲ ﺗﻠﺨﻴﺼﻪ ﻭﻏﲑﻩ‪,‬ﻭﻫﻮ ﻏﺮﻳﺐ ﻣﻨﻬﻤﺎ‪,‬ﻭﻫﻲ ﺭﻭﺍﻳﺔ ﺻﺤﻴﺤﺔ‬
‫ﺃﺧﺮﺟﻬﺎ ﺍﺑﻦ ﺣﺒﺎﻥ ﰲ ﺻﺤﻴﺤﻪ‪...‬ﻭ ﺃﻭﺭﺩﻩ ﺍﻟﺮﺍﻓﻌﻲ ﰲ ﺷﺮﺣﻪ ﺍﻟﻜﺒﲑ ﺑﻠﻔﻆ ﺁﺧﺮ ﻏﺮﻳﺐ ﻭﻫﻮ "ﻟﻴﺲ‬
‫ﻟﻠﻤﺮﺀ ﻣﻦ ﻋﻤﻠﻪ ﺇﻻ ﻧﻮﺍﻩ"‪....‬ﻭﰲ ﺍﻟﺒﻴﻬﻘﻲ ﰲ ﺣﺪﻳﺚ ﺁﺧﺮ ﻣﺮﻓﻮﻋﺎ"ﻻ ﻋﻤﻞ ﻟـﻤﻦ ﻻ ﻧﻴﺔ‬
‫ﻟﻪ‪....‬ﻟﻜﻦ ﺍﺳﻨﺎﺩﻩ ﺟﻬﺎﻟﺔ"‪.‬‬

‫"‪....‬ﺍﻷﻭﻝ‪ :‬ﺍﺣﺘﺠﺖ ﺍﻷﺋﻤﺔ ﺍﻟﺜﻼﺛـﺔ ﰲ ﻭﺟﻮﺏ ﺍﻟﻨﻴﺔ ﰲ ﺍﻟﻮﺿﻮﺀ ﻭﺍﻟﻐﺴﻞ ﻓﻘﺎﻟﻮﺍ‪ :‬ﺍﻟﺘﻘﺪﻳﺮ ﻓﻴﻪ‬
‫ﺻﺤﺔ ﺍﻷﻋﻤﺎﻝ ﺑﺎﻟﻨﻴﺎﺕ ﻭﺍﻷﻟﻒ ﻭ ﺍﻟﻼﻡ ﻓﻴﻪ ﻻﺳﺘﻐﺮﺍﻕ ﺍﳉﻨﺲ‪,‬ﻓﻴﺪﺧﻞ ﻓﻴﻪ ﲨﻴﻊ ﺍﻷﻋﻤﺎﻝ ﻣﻦ ﺍﻟﺼﻮﻡ‬
‫ﻭ ﺍﻟﺼﻼﺓ ﻭ ﺍﻟﺰﻛﺎﺓ ﻭ ﺍﻟﻮﺿﻮﺀ‪...‬ﻭﻣﻦ ﺍﻟﺜﺎﱐ ﺃﻥ ﺍﻟﻨﻴﺎﺕ ﺇﳕﺎ ﺗﻜﻮﻥ ﻣﻘﺒﻮﻟﺔ ﺇﺫﺍ ﻛﺎﻧﺖ ﻣﻘﺮﻭﻧـﺔ‬
‫ﺑﺎﻹﺧﻼﺹ ﺍﻧﺘﻬﻲ‪ .‬ﻭﺫﻫﺐ ﺃﺑﻮ ﺣﻨﻴﻔـﺔ ﻭ ﺃﺑﻮ ﻳﻮﺳﻒ ﻭ ﳏﻤﺪ ﻭ ﺯﻓﺮ ﻭﺍﻟﻨﻮﺍﻭﻱ ﻭﺍﻷﻭﺯﺍﻋﻲ ﻭ‬
‫ﺍﳊﺴﻦ ﺑﻦ ﺣﻲ ﻭﻣﺎﻟﻚ ﰲ ﺭﻭﺍﻳﺔ ﺇﱃ ﺃﻥ ﺍﻟﻮﺿﻮﺀ ﻻ ﳛﺘﺎﺝ ﺇﱃ ﻧﻴﺔ‪,‬ﻭﻛﺬﻟﻚ ﺍﻟﻐﺴﻞ‪ .‬ﻭ ﺯﺍﺩ ﺍﻷﻭﺯﻋﻲ‬
‫ﻭ ﺍﳊﺴﻦ ﺍﻟﺘﻴﻤﻢ‪.‬ﻭﻗﺎﻝ ﻋﻄﺎﺀ ﻭﳎﺎﻫﺪ‪ :‬ﻻ ﳛﺘﺎﺝ ﺻﻴﺎﻡ ﺭﻣﻀﺎﻥ ﺇﱃ ﻧﻴﺔ ﺇﻻ ﺃﻧﻴﻜﻮﻥ ﻣﺴﺎﻓﺮﺍ ﺃﻭ‬
‫ﻣﺮﻳﻀﺎ‪"...‬‬

‫)‪Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM‬‬


22  TOPIK 1 METODE-METODE ASAS DALAM SYARAH TEKS HADIS

‫ﺍﻟﺜﺎﱐ ﺍﺣﺘﺠﺖ ﺑﻪ ﺃﺑﻮ ﺣﻨﻴﻔﺔ ﻭ ﻣﺎﻟﻚ ﻭﺃﲪﺪ ﰲ ﺃﻥ ﻣﻦ ﺃﺣﺮﻡ ﺑﺎﳊﺞ ﰲ ﻏﲑ ﺃﺷﻬﺮ ﺍﳊﺞ ﺃﻧﻪ ﻻ‬..."
:‫ﺇﻻ ﺃﻥ ﺍﻷﺋﻤﺔ ﺍﻟﺜﻼﺛﺔ ﻗﺎﻟﻮﺍ‬,‫ﻭﻫﻮ ﺃﺣﺪ ﺃﻗﻮﺍﻝ ﺍﻟﺸﺎﻓﻌﻲ‬,‫ﻳﻨﻌﻘﺪ ﻋﻤﺮﺓ ﻷﻧـﻪ ﱂ ﻳﻨﻮﻫﺎ ﻓﺈﳕﺎ ﻟﻪ ﻣﺎﻧﻮﺍﻩ‬
"...‫ﻭﱂ ﳜـﺘﻠﻒ ﻗﻮﻝ ﺍﻟﺸﺎﻓﻌﻲ ﺃﻧـﻪ ﻻ ﻳﻨﻌﻘﺪ ﺑﺎﳊﺞ‬,‫ﻳﻨﻌﻘﺪ ﺇﺣﺮﺍﻣﻪ ﺑﺎﳊﺞ ﻭﻟﻜﻨـﻪ ﻳﻜﺮﻩ‬
"...‫ ﺍﺣﺘﺠﺖ ﺑﻪ ﻣﺎﻟﻚ ﰲ ﺍﻛﺘﻔﺎﺋﻪ ﺑﻨﻴﺔ ﻭﺍﺣﺪﺓ ﰲ ﺃﻭﻝ ﺷﻬﺮ ﺭﻣﻀﺎﻥ‬:‫ﺍﻟﺜﺎﻟﺚ‬..."

Ini adalah contoh aplikasi metode muqarin yang digunakan oleh Imam al-ÂAini
di dalam kitab syarahnya. Sekiranya anda kurang faham mengenai metode ini,
minta bantuan tutor anda untuk menjelaskan dan menerangkannya.

 Syarah hadis adalah satu ilmu yang dilakukan mengikut kemampuan atau
keupayaan manusia dalam mencari, meneliti dan mengkaji mengenai
kehendak dan makna sesebuah hadis Rasulullah s.a.w. berdasarkan kaedah-
kaedah atau prinsip-prinsip Bahasa Arab dan Usul Syariah.

 Metode yang digunakan oleh ulama untuk mensyarahkan hadis ialah metode
tahlili, ijmali dan muqarin. Setiap metode mempunyai kelebihan dan
kekurangannya yang tersendiri.

 Terdapat tiga kaedah utama dalam mensyarahkan hadis. Kaedah tersebut


ialah: syarah hadis dengan hadis; syarah hadis dengan kata-kata sahabat; dan
syarah hadis dengan kata-kata tabiin.

 Ulama telah membahagikan syarah-syarah hadis ini kepada beberapa jenis


iaitu al-Syarh al-Qawli, al-Syarh al-MaudhuÊi dan al-Syarh al-Muzawwaj.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 1 METODE-METODE ASAS DALAM SYARAH TEKS HADIS  23

Al-Syarh al-MaudhauÊi Kitab Syuruh


Al-Syarh al-Muzawwaj MaÊthur
Al-Syarh al-Qawli Metode syarah hadis
Athar Muqarin RaÊy
Cara atau kaedah mensyarah hadis Tabiin
Ijmali Tahlili
Jenis syarah hadis

Ahmad bin Ali bin Hajar al-'Asqalani. (1993). Fath al-Bari bi Syarh Sahih al-
Bukhari. Beyrut: Dar al-Fikr.

Al-Suyuty. (2003). Tadrib al-Rawi Syarh Taqrib al-Nawawi. Riyadh: Dar al-
ÂAsimah.

Al-Quran al-Karim.

Badr al-Din Muhammad bin Ahmad al-ÂAiniyy. (2002). ÂUmdah al-QariÊ Syarah
Sahih al-Bukhari. Beyrut: Dar al-Fikr.

Ibn Abi al-ÂIzz al-Hanafi. (1985). Al-ItbaÊ. Al-Qahirah: Dar al-Salafiyah.

Ibn MusaÂIyadh. (2006). Ikmal al-MuÊallim bi Fawaid Muslim. Beyrut: Dar al-
Kutub al-ÂIlmiyah.

Kamus Dewan (Cetakan ke-4). (2007). Kuala Lumpur: DBP.

Khatib al-Baghdadiyy. (1994). Al-JamiÊ Li Akhlaq al-Rawi wa Adab al-SamiÊ.


Beyrut: Muassasah al-Risalah.

Muhammad Abu Layth al-Abadiyy. (2000). Ulum al-Hadith Asiliha wa


MuÊasiruha. Bangi: Dar al-Syakir.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


24  TOPIK 1 METODE-METODE ASAS DALAM SYARAH TEKS HADIS

Muhammad bin Umar bin Salam Bazmul. (2009). ÂIlmu Syarah al-Hadis wa
Rawafid al-Baht Fihi. Retrieved from uqu.edu.sa/files2/tiny_mce/plugins/
.../shrh.pdf

Muhammad Shams al-Haq ÂAzim al-Abadiyy. (2004). ÂAuni al-MaÊbud Âala Sunan
Abi Dawud. Amman: Bayt al-Afkar al-Dawliyah.

Muhammad Siddiq bin Hasan al-Qannauji. (1978). Abjad al-ÂUlum. Dimasyq:


Wizarat al-Thaqafah wa al-Irsyad al-Qawmi.

Nizar Ali. (2001). Memahami hadis nabi: Metode dan pendekatan. Yogyakarta:
CESaD TPI al-Rahman.

Prosiding Muktamar Syuruh al-Hadihtiyah. (2009). Jabatan Quran dan Sunnah.


UIAM. Lihat artikel: Al-Bayanuniyy. Fath al-Din. Ahammiyah al-Syuruh al-
Hadithiyah wa QawaÊiduha.

Prosiding Muktamar Syuruh al-Hadihtiyah. (2009). Jabatan Quran dan Sunnah.


UIAM. Lihat artikel: ÂIzzi. Ahmad bin Abdul Qadir. Manahij al-Muhaddithin
fi Syuruh al-Hadith.

Yusuf al-Qardawi. (1993). Kaif NataÊamal MaÊa al-Sunnah. Beirut: Dar al-Fikr.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


Topik  Kaedah Sahih
2 Silam dalam
Syarah Hadis
HASIL PEMBELAJARAN
Pada akhir topik ini, anda seharusnya dapat:
1. Menjelaskan bagaimana satu-satu hadis dikatakan sebagai hadis
sahih;
2. Menghuraikan maksud dan kepentingan al-syawahid dan
al-mutabaÊat;
3. Mengenal pasti enam faktor kemunculan hadis; dan
4. Mempraktikkan kaedah ulama dalam memahami hadis.

 PENGENALAN
Tahukah anda bahawa ulama terdahulu telah meletakkan beberapa kaedah
tertentu dalam menghasilkan karya mereka atau ketika berurusan dengan hadis
Nabi Muhammad s.a.w.? Kesemua kaedah ini hendaklah diketahui oleh mereka
yang ingin mendalami bidang pengajian hadis Nabi Muhammad s.a.w.

Pengetahuan ini adalah penting untuk dipelajari kerana ilmu pengajian hadis
memerlukan kita mengetahui bagaimana sesuatu hadis diberikan darjatnya,
apakah ilmu-ilmu lain yang membantu dalam pengkajian hadis dan sebagainya.
Di samping itu, perkara utama yang diharapkan daripada hadis Baginda adalah
untuk memahami dan mengamalkannya.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


26  TOPIK 2 KAEDAH SAHIH SILAM DALAM SYARAH HADIS

Tahukah anda sejarah perkembangan kemunculan syarah hadis? Apakah aspek-


aspek utama yang diberikan penekanan oleh ulama terdahulu ketika
mensyarahkan hadis? Semua persoalan ini akan kita bincangkan dan perhalusi
dalam topik kedua ini. Selamat belajar!

AKTIVITI 2.1

Ketika kita membaca buku-buku agama, kita akan dapati beberapa hadis
yang dijadikan hujah akan disebut sumbernya dan ada kalangan penulis
tidak menyebut sumber hadis tersebut. Apakah kepentingan kita
mengetahui sumber sesuatu hadis? Sejauh manakah ia dipraktikkan di
negara ini?

2.1 KAEDAH PENJELASAN MARTABAT HADIS


SAMA ADA SAHIH ATAU SEBALIKNYA
Bagaimanakah caranya kita menentukan kedudukan hadis sama ada ia sahih,
hasan, daif mahupun maudhuÊ? Kedudukan hadis sama ada ia sahih, hasan, daif
mahupun maudhuÊ memerlukan kepada pengkajian yang teliti daripada ulama
yang muktabar. Kajian ini memiliki kaedah tersendiri yang menampakkan
keutuhan dan keyakinan terhadap hukum atau darjat hadis yang diberikan oleh
ulama muhaddithin. Sebagai seorang penuntut ilmu agama, kita harus
mengetahui dengan lebih terperinci bagaimana sesuatu hadis itu diletakkan
martabat atau darjatnya. Pengetahuan kita terhadap kaedah ini akan memberikan
keyakinan yang penuh kepada ketentuan hukum yang diletakkan di mana ia tidak
didasari dengan hawa nafsu atau sebab-sebab luaran yang buruk, malah semata-
mata untuk memelihara agama Allah s.w.t. dan hadis Rasulullah s.a.w. dari
sebarang bentuk penyelewengan dan pengingkaran.

Persoalannya penting di sini ialah, apakah kaedah yang digunakan oleh ulama
hadis dalam menentukan darjat sesuatu hadis dan apakah proses yang dijalankan
untuk mengetahuinya? Sebelum kita mengupas dengan lebih lanjut persoalan tadi,
mari kita pelajari terlebih dahulu kita apakah maksud hadis sahih agar dapat kita
bezakan dengan hadis-hadis yang lain.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 2 KAEDAH SAHIH SILAM DALAM SYARAH HADIS  27

2.1.1 Pengertian Hadis Sahih


Apakah yang dimaksudkan dengan hadis sahih? Maksud sahih dapat dilihat dari
dua sudut iaitu:

Dari Segi Bahasa Dari Segi Istilah Pengajian Ilmu Hadis


Perkataan Sahih (‫ )صحيح‬dalam Bahasa Hadis sahih ialah hadis yang bersambung
Arab diambil daripada kata dasarnya sanadnya, diriwayatkan oleh perawi yang
sahha (‫ )صح‬yang membawa maksud Âadil, kuat hafalan, dari permulaan sanad
selamat daripada keaiban atau benar sehingga ke akhirnya, tanpa ada
dan betul. percanggahan atau kecacatan (Ibn Hajar al-
ÂAsqalani, t.t)

Daripada pengertian hadis sahih ini, jelas kepada kita, bahawa jika hadis tersebut
tidak memiliki kesemua syarat yang telah disenaraikan berikut dalam
pengertiannya, maka hadis itu dianggap sebagai hasan atau daif atau maudhuÊ.
Apakah syarat-syarat tersebut? Syarat-syarat tersebut diterangkan dalam Rajah 2.1
berikut.

Rajah 2.1: Syarat-syarat hadis sahih

Syarat-syarat ini adalah antara aspek-aspek yang mesti dikaji oleh ulama hadis
dalam menentukan darjatnya. Kajian yang mendalam perlu dilakukan bagi
memastikan syarat-syarat ini wujud. Ketiadaan salah satu syarat akan
menyebabkan hadis jatuh ke darjat yang seterusnya. Sebagai contoh, jika
sesebuah hadis itu memiliki kelima-lima syarat yang dinyatakan, tetapi setelah
dikaji, jelas bahawa perawi yang meriwayatkannya adalah bersifat dengan

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


28  TOPIK 2 KAEDAH SAHIH SILAM DALAM SYARAH HADIS

hafalan yang tidak berapa kuat, maka hadis tadi akan turun ke darjat hadis
hasan secara umumnya.

2.1.2 Proses Meletakkan Martabat Sesuatu Hadis


Tahukah anda terdapat beberapa proses yang perlu dilakukan oleh seseorang
ulama sebelum mengkaji kelima-lima aspek tadi untuk meletakkan hukum ke
atas sesuatu hadis? Apakah proses-proses tersebut? Proses-proses tersebut
diterangkan dalam Jadual 2.1 berikut.

Jadual 2.1: Dua Proses dalam Meletakkan Martabat Sesuatu Hadis

Proses Huraian

Mengumpulkan kesemua Ulama yang mengkaji mestilah mengetahui sama ada


turuq (isnad-isnad) hadis hadis tersebut mutawatir dan dihukumkan sebagai
untuk mengetahui sama sahih, atau tidak mutawatir dan dilakukan kajian dengan
ada hadis tersebut lebih mendalam.
mutawatir atau ahad atau
hadis yang boleh
dijadikan hujah atau
sebaliknya

Mengkaji secara terperinci Peringkat Pertama ‒ Kajian Peringkat Kedua ‒ Kajian


isnad dan matan hadis terhadap perawi dari terhadap hadis sama ada
sudut al-Âadalah, al-dabt terdapat percanggahan atau
dan sanad yang kecacatan yang
bersambung. tersembunyi.

Peringkat pertama Peringkat kedua


merangkumi kajian merangkumi proses-proses
terhadap keseluruhan seperti mengumpulkan
perawi dari sudut al-jarh semua riwayat hadis bagi
wa al-taÊdil dan al-Âadalah mengetahui perbezaan
dan al-dabt menurut riwayat, perbezaan perawi
pandangan ulama yang dan bukti-bukti yang ada
muktabar dan pakar bagi menjelaskan kecacatan
berkaitan dengan para hadis jika ia cacat (Sabbah,
perawi. Abd al-Karim IsmaÊil, 1998).

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 2 KAEDAH SAHIH SILAM DALAM SYARAH HADIS  29

Apakah maksud Âadil atau al-adalah?

ÂAdil atau al-Âadalah bermaksud perawi yang memiliki kemampuan untuk


melazimi ketaqwaan dan menjaga maruah.

Bagaimana pula dengan dabt?

Dabt bermaksud menghafal apa yang didengarinya daripada hadis dan


mampu menyampaikannya apabila diperlukan atau menjaga kitabnya
daripada sebarang perubahan dan penyelewengan.

Di zaman moden ini, kebanyakan hadis telah pun dinyatakan martabat atau
darjatnya oleh para ulama sama ada yang silam mahupun kontemporari. Para
ulama tersebut juga menggunakan proses seumpama ini untuk sampai kepada
darjat sesuatu hadis yang dikaji.

Namun terdapat juga pertembungan atau pertentangan darjat sesuatu hadis


antara ulama. Ia berpunca daripada perbezaan pandangan ketika penetapan
darjat seseorang perawi, penentuan bersambungan sesuatu sanad dan kajian
mereka terhadap percanggahan atau kecacatan yang mungkin jelas di sisi
seseorang ulama, tetapi tidak jelas di sisi ulama yang lain.

Sebagai seorang penuntut ilmu, kita mestilah bersikap profesional dalam


berhadapan dengan situasi ini. Kita perlu bersikap tidak terlalu cepat
menghukum ulama sebagai salah atau sebagainya. Sebaliknya kita perlu
mengkaji terlebih dahulu kaedah yang digunakannya agar kita mampu membina
kesatuan yang utuh sesama muslim.

Semua ulama yang memiliki kemahiran dan kedalaman ilmu hadis berhak untuk
mengkaji darjat sesuatu hadis. Di samping itu mereka perlu bertolak ansur,
menghormati pandangan orang lain, tawaduk, ikhlas dan sebagainya; ini adalah
antara syarat-syarat untuk memastikan hukum terhadap hadis yang dinyatakan
tidak mempunyai agenda lain selain mengharapkan keredaan Allah s.w.t.

Apakah yang dapat anda simpulkan mengenai suptopik ini? Sebagai rumusan,
kita dapat merumuskan dalam penentuan darjat sesuatu hadis, terdapat proses
dan kaedah yang perlu diikuti. Ini melambangkan ketinggian kaedah yang
digunakan oleh ulama bagi memastikan isi kandungan agama Allah s.w.t. tetap
suci dan terpelihara daripada sebarang unsur penyelewengan. Ia juga
membuktikan bahawa Allah s.w.t. tetap akan memelihara agamaNya dengan

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


30  TOPIK 2 KAEDAH SAHIH SILAM DALAM SYARAH HADIS

mentakdirkan kumpulan-kumpulan ulama yang berusaha bersungguh-sungguh


membanteras sebarang bentuk atau perkara asing masuk ke dalam agama ini.
Sebagai umat Islam, kita seharusnya menyokong dan mempraktikkan usaha ini
bagi menolak sebarang pemikiran yang bertentangan dengan Islam masuk ke
dalam fikiran umat Islam.

SEMAK KENDIRI 2.1

1. Apakah definisi hadis sahih?

2. Huraikan proses yang perlu dijalankan untuk meletakkan hukum


atau darjat sesuatu hadis.

3. Apakah pendirian kita apabila berhadapan dengan perselisihan


pandangan ulama terhadap darjat sesuatu hadis?

2.2 PENGUASAAN DAN KEMAHIRAN ILMU


AL-SYAWAHID DAN AL-MUTABA’AT
DALAM MENENTUKAN KEABSAHAN
MATAN DAN SANAD
Apakah maksud al-syawahid dan al-muyabaÊat? Dalam subtopik ini kita akan
membincangkan apakah maksud dan kepentingan al-syawahid dan al-
muyabaÊat.

2.2.1 Maksud al-Syawahid dan Pembahagiannya


Tahukah anda kaedah yang digunakan oleh ulama dalam meletakkan darjat
sesuatu hadis memerlukan satu proses yang dinamakan sebagai al-iÊtibar?
Apakah maksud al-iÊtibar?

Al-iÊtibar merupakan nama yang diberikan kepada proses pencarian atau


kajian terhadap kewujudan al-syawahid dan al-mutabaÊat.

Apakah maksud al-syawahid dan mutabaÊat? Mari kita pelajari terlebih dahulu
maksud al-syawahid dan mutabaÊat sebelum mengupas kepentingan dan
keperluannya dalam pengkajian hadis.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 2 KAEDAH SAHIH SILAM DALAM SYARAH HADIS  31

Definisi al-syawahid boleh dilihat dari dua sudut iaitu sudut bahasa dan sudut
istilah.

Dari Sudut Bahasa Dari Sudut Istilah


Al-syawahid adalah Al-syawahid bermaksud seorang sahabat r.a. yang
berasal daripada meriwayatkan matan hadis yang turut diriwayatkan oleh
perkataan ‫ الشاھد‬dan sahabat r.a. yang lain dengan lafaznya (yang sama) atau
ِ ََ
jamaknya ialah ‫شواھد‬ makna yang sama; hadis setiap daripada sahabat r.a.
bermaksud dalil atau tersebut sebagai syahid (dalil, bukti) kepada hadis sahabat
bukti. r.a. yang seorang lagi. Dalam erti kata lain, al-syawahid
adalah dua atau lebih sanad hadis yang saling sokong
menyokong antara satu dengan yang lain (Fathur
Rahman, 2011).

Berikut adalah contoh bagi maksud al-syawahid dari segi istilah:

Sesebuah hadis yang diriwayatkan oleh seorang sahabat yang bernama Abu
Hurairah r.a. Setelah dikaji, didapati hadis yang sama, sama ada dari sudut
makna atau lafaznya juga diriwayatkan oleh seorang sahabat lain bernama Ibn
Abbas r.a. Ini bermakna hadis Ibn Abbas r.a. menjadi bukti kebenaran hadis yang
dibawa oleh Abu Hurairah r.a. atau sebagai penyokongnya dan begitulah
sebaliknya.

Tahukah anda bahawa al-Syawahid boleh dibahagikan kepada dua bahagian?


Apakah bahagian-bahagian tersebut? Dua bahagian tersebut ditunjukkan dalam
Rajah 2.2 berikut.

‫الشاھد‬/‫الشواھد‬
Al-Syawahid

‫الشاھد المعنوي‬ ‫الشاھد اللفظي‬


Dari sudut makna ‒ sama dari
Dari sudut lafaz ‒ sama dari segi
sudut maknanya tetapi agak berbeza
lafaz dan makna
dari sudut lafaznya

Rajah 2.2: Dua bahagian al-syawahid

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


32  TOPIK 2 KAEDAH SAHIH SILAM DALAM SYARAH HADIS

Berikut adalah makna bagi al-syahid al-maÊnawi dan al-syahid al-lafzi.

Al-syahid al-maÊnawi adalah dua buah hadis atau lebih yang sama dari
sudut makna secara keseluruhannya, walaupun agak berbeza dari sudut
beberapa lafaz atau perkataan.

Al-syahid al-lafzi pula dua buah hadis atau lebih yang sama dari sudut lafaz
dan maknanya.

2.2.2 Maksud al-Mutaba’at dan Jenisnya


Terdapat dua sudut untuk kita melihat maksud al-mutaba'at iaitu:

Dari Segi Bahasa Dari Segi Istilah

Al-mutaba'at ( ‫ )متابعة‬dan Seorang perawi sebuah hadis berkongsi sama dalam


kata jamaknya (‫)متابعات‬ meriwayatkan sebuah hadis dengan seorang perawi
membawa maksud yang lain; sama ada ia meriwayatkan hadis itu dari guru
bersetuju, berkongsi sama yang sama ataupun guru yang lebih atas sehinggalah ke
atau bersepakat. akhir sanad dan sekurang-kurangnya perkongsian
riwayat itu ialah pada sahabat yang sama.

2.2.3 Jenis-jenis al-Mutaba’ah


Terdapat dua jenis al-mutabaÊah iaitu pertama al-mutabaÊah al-tammah
(perkongsian penuh) dan yang keduanya al-mutabaÊah al-qasirah (perkongsian
kurang penuh) seperti yang ditunjukkan dalam Rajah 2.3 berikut.

‫المتابعة‬
Al-Mutaba’ah

‫المتابعة القاصرة‬ ‫المتابعة التامة‬


Al-Mutaba’ah al-Qasirah Al-Mutaba’ah al-Tammah
(Perkongsian Kurang Penuh) (Perkongsian Penuh)

Rajah 2.3: Jenis-jenis al-mutabaÊah


Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)
TOPIK 2 KAEDAH SAHIH SILAM DALAM SYARAH HADIS  33

Mari kita lihat dua jenis al-mutabaÊah ini satu persatu.

(a) Al-MutabaÊah at-Tammah


Iaitu terdapat persamaan/perkongsian riwayat bagi seseorang perawi dari
awal sanadnya (iaitu ada seorang atau beberapa orang perawi lain yang
meriwayatkannya).

Sebagai contoh:
SyuÊbah bin al-Hajjaj meriwayatkan dari Qatadah, daripada Salim bin Abu
Al-JaÊd, daripada MaÊdam bin Abu Talhah daripada Abu DardaÊ daripada
Nabi Muhammad s.a.w. bersabda: Apakah kalian lemah (tidak mampu)
untuk membaca satu pertiga al-Quran dalam satu malam? Lalu para
sahabat bertanya: Bagaimana dibaca satu pertiga al-Quran itu (dalam satu
malam)? Lalu Baginda pun bersabda: Bacalah (‫)قل ھو ﷲ أحد‬, sesungguhnya
surah itu menyamai satu pertiga al-Quran.

Hadis ini juga diriwayatkan oleh Aban al-Attar daripada Qatadah dengan
sanad yang sama seperti di atas. Dengan ini Aban dianggap sebagai
MutabiÊ tam (berkongsi penuh) bagi SyuÊbah bin al-Hajjaj kerana mereka
berdua meriwayatkan hadis dari guru yang sama iaitu Qatadah dan dari
riwayat sahabat yang sama iaitu Abu al-DardaÊ r.a. (hadis ini diriwayatkan
oleh Muslim dalam Kitab Solat al-Musafirin, No 811). Turutan hadis ini
ditunjukkan dalam Rajah 2.4 berikut.

Rajah 2.4: Turutan hadis secara al-mutabaÊah at-tammah

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


34  TOPIK 2 KAEDAH SAHIH SILAM DALAM SYARAH HADIS

(a) Al-MutabaÊah al-Qasirah


Iaitu terdapat persamaan atau perkongsian riwayat bagi seseorang perawi
di pertengahan sanadnya.

Sebagai contoh:
Al-Imam Malik meriwayatkan daripada Saleh bin Kisan, daripada Urwah
bin al-Zubair daripada Aisyah r.a., beliau berkata: „Solat itu pada mulanya
difardukan dua rakaat, dua rakaat sama ada bermukim ataupun
bermusafir. Kemudian bilangan rakaat solat bagi orang bermusafir
ditetapkan begitu, manakala bilangan rakaat solat bagi orang bermukim
pula ditambah.‰

Hadis yang sama diriwayatkan oleh Sufyan ibnu Uyainah daripada Ibn
Syihab al-Zuhri daripada Urwah bin al-Zubair daripada Aisyah r.a. Dalam
sanad ini terdapat perkongsian riwayat di antara Malik dan Sufyan Ibn
Uyainah di pertengahan sanadnya iaitu pada Urwah (sebagai guru kepada
guru-guru mereka) hingga ke atas. Maka kedua-dua mereka saling menjadi
mutabiÊ qasir (berkongsi kurang penuh) bagi yang lain (hadis di atas
diriwayatkan oleh Muslim dalam Kitab Solat al-Musafirin, 685). Turutan
hadis ini ditunjukkan dalam Rajah 2.5 berikut.

Rajah 2.5: Turutan hadis secara al-mutabaÊah al-qasirah

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 2 KAEDAH SAHIH SILAM DALAM SYARAH HADIS  35

2.2.4 Kepentingan al-Syawahid dan al-Mutaba’at


Al-syawahid dan al-mutabaÊat yang termasuk dalam proses al-iÊtibar merupakan
salah satu kaedah untuk menentukan sama ada sesuatu hadis itu sahih atau
sebaliknya. Sepertimana yang diketahui, sesuatu hadis yang daif atau hasan
apabila disokong dengan al-syawahid atau al-mutabaÊat akan menjadikan hadis
tersebut bertambah kuat dan meningkatkan martabat hadis itu daripada hadis
daif kepada hadis hasan li ghairihi dan daripada hadis hasan kepada hadis sahih
li ghairihi berpandukan syarat-syarat yang ditetapkan oleh ulama hadis.

Jadual 2.2 menyenaraikan kepentingan al-syawahid dan al-mutabaÊat


berdasarkan kepada perlakuan Imam Muslim di dalam kitab sahihnya.

Jadual 2.2: Kepentingan Al-Syawahid dan Al-MutabaÊat

Kepentingan Penerangan

Sebagai penguat Motif ini jelas sekali dapat kita akan temui dalam pelbagai tempat di
kandungan Sahih Muslim. Salah satunya dalam kitab bersuci (al-Taharah). Imam
hadis Muslim meriwayatkan hadis Ibn ÂUyainah, dari Abu al-Zinad, dari al-
AÊraj, dari Abu Hurairah, bahawa Nabi Muhammad s.a.w. bersabda:
„Apabila salah seorang kamu beristinjak dengan batu, maka
beristinjaklah tiga kali. Dan jika seseorang kamu berwuduk, maka
masukkanlah air di hidungnya lalu hembuskanlah.‰

Beliau lalu menyokong hadis ini dengan riwayat Abd al-Razzaq, dari
MaÊmar, dari Hammam, dari Abu Hurairah, dari Nabi Muhammad
s.a.w.: „Jika salah seorang kamu berwuduk, maka masukkanlah air
ke hidungnya lalu hembuskanlah.‰

Kedua-dua riwayat yang disebutkan ini adalah sahih dan saling


menyokong satu sama lain. Imam Muslim menyusunnya dengan
sangat teliti dan menempatkan sanad yang terkuat sebelum sanad
yang lebih rendah daripadanya.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


36  TOPIK 2 KAEDAH SAHIH SILAM DALAM SYARAH HADIS

Menunjukkan Dalam kitab al-RadhaÊ (susuan), Imam Muslim meriwayatkan dari


tambahan Sufyan al-Thauri, dari Muhammad bin Abi Bakar, dari Abdul Malik
(ziyadah) dalam bin Abi Bakar bin Abd al-Rahman bin al-Harith bin Hisyam, dari
sanad bapanya, dari Umi Salamah bahawa Nabi Muhammad s.a.w. apabila
mengahwininya menetap bersama selama tiga hari. Hadis ini
bersambung (muttasil) dari awal hingga ke akhirnya.

Setelah hadis ini, Imam Muslim lalu meriwayatkan dari Malik, dari
Abdullah bin Abi Bakar, dari Abdul Malik bin Abi Bakar, dari Abu
Bakar bin Abd al-Rahman, dari Nabi Muhammad s.a.w. Hadis ini
mursal sebab ia tidak menyebutkan sahabat yang menghubungkan
antara Abu Bakar bin Abd al-Rahman dan Nabi Muhammad s.a.w.
Riwayat ini disokong oleh riwayat Sulaiman bin Bilal, dari Abd al-
Rahman bin Humaid, dari Abdul Malik bin Abu Bakar yang
meriwayatkannya secara mursal seperti riwayat Malik.

Ini menunjukkan adanya perbezaan dalam sanad hadis ini, adakah ia


muttasil atau mursal. Kenyataan Imam Muslim mendahulukan hadis
Sufyan yang muttasil menunjukkan bahawa beliau memilih untuk
mensahihkan hadis ini dan menerima sanad Sufyan sebagai ziyadah
thiqat (penambahan oleh perawi thiqah). Beliau lalu menyokongnya
dengan riwayat Abd al-Rahman bin Ziyad, dari Abu Bakar bin Abd
al-Rahman, dari Umi Salamah di akhir bab.

Menunjukkan Sebagai contoh, hadis yang diriwayatkan oleh Imam Muslim di


kesalahan muqaddimah sahihnya, dari Muaz al-ÂAnbari dan Ibn Mahdi,
perawi dalam keduanya dari SyuÊbah, dari Khubaib bin Abd al-Rahman, dari Hafs
sanad bin ÂAsim, bahawa Nabi Muhammad s.a.w. bersabda: „Cukuplah
seseorang berdusta, jika ia menceritakan semua yang ia dengar.‰
Hadis ini mursal sebab Hafs bin ÂAsim bukan seorang sahabat, beliau
tidak pernah berjumpa dengan Nabi Muhammad s.a.w.

Imam Muslim lalu meriwayatkan setelahnya, hadis dari ÂAli bin Hafs,
dari SyuÊbah, dengan sanad dan matan seperti di atas, kemudian
beliau berkata: dari Hafs bin ÂAsim, dari Abu Hurairah, dari Nabi
Muhammad s.a.w. Maka, ÂAli bin Hafs menyebutkan dalam sanad
hadis ini nama Abu Hurairah, sementara murid-murid SyuÊbah yang
lain tidak menyebutkannya.

Imam Muslim mengisyaratkan bahawa tambahan ini lemah dan


tertolak dengan meletakkan hadis mursal riwayat MuÊaz dan Ibn
Mahdi sebelum hadis ÂAli bin Hafs. Hadis ini, adalah mursal menurut
Imam Muslim.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 2 KAEDAH SAHIH SILAM DALAM SYARAH HADIS  37

Menunjukkan Di awal kitab al-Talaq, Imam Muslim menyebutkan pelbagai hadis


kesalahan berkaitan dengan kisah Ibn Umar r.a. yang menceraikan isterinya
perawi dalam dalam keadaan haid, lalu Rasulullah s.a.w. memerintahkannya untuk
menyebut nama merujuk isterinya kembali. Di akhir bab, beliau menyebutkan hadis
Hajaj bin Muhammad, dari Ibn Juraij, dari Abu al-Zubair, bahawa
beliau mendengar Abd al-Rahman bin Ayman Maula ÂAzzah
bertanya kepada Ibn Umar: „Apa pendapatmu jika seseorang
menceraikan isterinya dalam keadaan haid?‰ Ibn ÂUmar menjawab: ...

Imam Muslim menyebutkan setelah sebuah riwayat dari Abd al-


Razzaq, dari Ibn Juraij, Abu Al-Zubair memberitahuku bahawa
beliau mendengar Abd al-Rahman bin Ayman Maula ÂUrwah
bertanya kepada Ibn ÂUmar...

Imam Muslim berkata: Beliau keliru dengan mengatakan: Maula


ÂUrwah, sebenarnya adalah: Maula ÂAzzah.‰

Menunjukkan Di dalam kitab Solat al-Musafirin wa Qasruha, Imam Muslim


kekeliruan meriwayatkan hadis Malik bin Anas, dari Abu al-Zubair, dari Said
perawi dalam bin Jubair, dari Ibn ÂAbbas: „Rasulullah s.a.w. pernah menjamakkan
matan hadis zuhur dan asar, maghrib dan isyak, bukan kerana takut dan musafir.‰

Ia adalah sanad yang paling kuat bagi hadis ini kerana diriwayatkan
oleh tokoh-tokoh fikah dan hadis dari Madinah. Terutamanya Imam
Malik disokong oleh Zuhair bin MuÊawiyah yang meriwayatkan
hadis ini dari Abu al-Zubair dengan sanad dan lafaz yang sama.

Beberapa hadis selepasnya, Imam Muslim meriwayatkan dari


Sulaiman al-AÊmasy, dari Habib bin Abi Thabit, dari Said bin Jubair,
dari Ibn Abbas dengan lafaz yang sama. Tetapi beliau berkata di
akhirnya „bukan kerana takut dan hujan.‰

Imam Muslim sengaja menyebutkan riwayat ini untuk menunjukkan


kekeliruan yang terdapat di dalam matan. Sepatutnya adalah: „bukan
kerana takut dan musafir‰ seperti riwayat Malik dan Zuhair. Perkara
tersebut dijelaskan oleh tokoh-tokoh besar ahli hadis dari kalangan
ulama terdahulu seperti Ibn Khuzaimah, al-Baihaqi dan Ibn Abd al-
Bar. Pendapat ini lebih kuat jika dibandingkan dengan penilaian
tokoh-tokoh terkemudian seperti Ibn Taymiah dan Syeikh al-Albani
yang mensahihkan riwayat Habib bin Abi Thabit ini.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


38  TOPIK 2 KAEDAH SAHIH SILAM DALAM SYARAH HADIS

Menjelaskan Imam Muslim meriwayatkan dari sanad Malik, dari NafiÊ, dari Ibn
tambahan kata ÂUmar bahawa beliau menceraikan isterinya dalam keadaan haid di
dalam hadis zaman Nabi Muhammad s.a.w. Umar bin al-Khattab menceritakan
perkara itu kepada Nabi Muhammad s.a.w. Maka Baginda bersabda:
„Perintahkan dia untuk merujuknya, lalu membiarkannya hingga
suci (dari haid), lalu haid lagi hingga suci. Setelah itu, jika dia
berkehendak, bolehlah dia menahannya. Atau jika dia berkehendak,
bolehlah dia menceraikannya. Itulah Âiddah yang Allah perintahkan
untuk menceraikan isteri padanya.‰

Setelah hadis ini, Imam Muslim membawakan riwayat al-Laith, dari


Nafi, dari Ibn ÂUmar: bahawa beliau menceraikan isterinya yang
sedang haid dengan talak satu. Riwayat ini membawa tambahan lafaz
yang tidak terdapat dalam riwayat Malik. Dan orang yang
meriwayatkan tambahan ini seseorang yang layak dipercaya, iaitu al-
Imam al-Laith bin Saad, maka tambahan ini boleh diterima sebagai
ziyadah thiqat. Berkata al-Imam Muslim: „Al-Laith memperelok
hadis ini dengan ucapannya: talak satu.

SEMAK KENDIRI 2.2

1. Huraikan maksud al-syawahid dan al-mutabaÊat dari sudut


bahasa dan istilah.

2. Kaji dan nyatakan contoh bagi al-syawahid dan al-mubabaÊat di


dalam kitab Sunan Abu Daud.

3. Nyatakan kepentingan al-iÊtibar dalam menentukan keabsahan


hadis.

AKTIVITI 2.2

Kepelbagaian riwayat bagi sesuatu hadis memiliki kelebihan yang


tersendiri. Ia tidak hanya berguna untuk memastikan kekuatan hadis
tersebut, tetapi juga mampu untuk menerangkan perkataan yang tidak
jelas, nama perawi dan sebagainya.

Bincangkan keperluan mengkaji kepelbagaian riwayat sesuatu hadis


dalam tujuan untuk memahami isi kandungan hadis tersebut.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 2 KAEDAH SAHIH SILAM DALAM SYARAH HADIS  39

2.3 KAEDAH ULAMA DALAM MEMAHAMI


SYARAH HADIS
Sebelum kita mengupas apakah kaedah-kaedah ulama dalam memahami hadis
Rasulullah s.a.w., mari kita pelajari terlebih dahulu sebab-sebab kemunculan dan
perkembangan syarah hadis. Melalui sebab-sebab ini, kita akan lebih mudah
memahami kaedah-kaedah yang digunakan oleh ulama dalam syarah hadis.

2.3.1 Sebab-sebab Kemunculan Syarah Hadis


Faktor-faktor kemunculan syarah hadis telah dikaji oleh ulama-ulama dan
hasilnya mereka telah mengenal pasti enam faktor seperti yang disenaraikan
dalam Rajah 2.6 berikut.

Rajah 2.6: Faktor-faktor kemunculan syarah hadis

Mari kita lihat sebab-sebab kemunculan syarah hadis ini dengan lebih lanjut
seperti yang dijelaskan dalam Jadual 2.3 berikut.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


40  TOPIK 2 KAEDAH SAHIH SILAM DALAM SYARAH HADIS

Jadual 2.3: Huraian tentang Enam Faktor Kemunculan Syarah Hadis

Faktor Huraian
Bahasa Ia adalah hasil daripada perluasan kekuasaan kerajaan Islam di
mana ramai bangsa dan kabilah selain Arab yang memeluk agama
Islam. Ini menyebabkan berlakunya percampuran antara bangsa
dan kabilah tersebut. Semua ini menyebabkan penguasaan bahasa
Arab menjadi semakin lemah kerana golongan Muslimin yang
baharu ini memerlukan huraian dan syarah hadis-hadis Nabi
Muhammad s.a.w.

Pengumpulan Pengumpulan Sunnah juga menjadi sebab kepada pengumpulan


Sunnah syarah dan keterangan yang menyelesaikan kesamaran dalam
Nabawiyyah hadis. Ini bagi memudahkan kefahaman serta melengkapkan
kekurangan antara riwayat-riwayat yang ada. Semua ini
merupakan antara tugas para pensyarah hadis dan tanggungjawab
mereka.

Kemunculan Kepelbagaian mazhab fikah turut membawa kepada kemunculan


Mazhab-mazhab syarah hadis di mana ia sebagai sumber kedua syariat Islam
Fikah selepas al-Quran; ia memerlukan keterangan dan kefahaman bagi
setiap mazhab. Setiap permasalahan dan isu yang baru perlu
dikaji berpandukan hadis. Hadis juga digunakan untuk
berkhidmat kepada mazhab dan membantu perkembangannya.

Mendekatkan Ini adalah antara objektif yang tertinggi. Meneliti dan memahami
Diri kepada hadis merupakan ibadah yang utama, faham dan memahamkan
Allah sesuatu yang boleh mendekatkan diri kepada Allah s.w.t. Bahkan
syarah hadis bertujuan melaksanakan ketaatan dan menjauhkan
kemungkaran.

Memenuhi Menjadi suatu kebiasaan untuk seorang ulama besar menyusun


Kehendak Para sesebuah kitab semata-mata atas permintaan rakannya atau
Pelajar atau muridnya untuk lebih memahami hadis Rasulullah s.a.w. Sebagai
Individu contoh, kitab Syarah Hadis Sunan Abi Daud yang disusun oleh al-
Tertentu Imam al-Khatabi adalah semata-mata atas permintaan muridnya.

Persaingan Ilmu Ia adalah suatu persaingan yang sihat di mana setiap ulama
berlumba menghasilkan karya yang bermutu untuk kegunaan
umat Islam. Begitu juga bagi syarah hadis yang menyaksikan
kemunculan pelbagai kitab syarah (Umar Abdul Aziz al-ÂAni,
2006).

Kesemua sebab-sebab ini telah membawa kepada kemunculan syarah hadis di


kalangan umat Islam.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 2 KAEDAH SAHIH SILAM DALAM SYARAH HADIS  41

2.3.2 Prinsip Asas dalam Berinteraksi dengan Hadis


Apakah prinsip asas dalam berinteraksi dengan hadis Nabi Muhammad s.a.w.?
Secara umumnya terdapat tiga prinsip asas dalam berinteraksi dengan hadis
Nabi Muhammad s.a.w. iaitu:

(a) Memastikan kewujudan hadis dan kesahihannya berpandukan piawaian


yang digariskan oleh mereka yang berkuasa. Setiap teks atau nas yang
disandarkan kepada Nabi Muhammad s.a.w. hendaklah dipastikan
kebenarannya sama ada ia bersumberkan dari Rasulullah s.a.w. atau
sebaliknya. Justeru itu, ilmu-ilmu mengenai sanad dan matan menjadi
keperluan asas untuknya;

(b) Memahami nas yang keluar dari Rasulullah s.a.w. selari dengan petunjuk
bahasa, konteks hadis dan latar belakangnya, berdasarkan nas-nas al-Quran
dan hadis-hadis yang lain termasuk prinsip umum syariat dan Maqasid al-
Islam; dan

(c) Memastikan tiada percanggahan antara nas dengan yang lebih kuat
darinya sama ada al-Quran atau hadis yang lain (al-Qaradawi, 1991).

Tidak mungkin wujud pertentangan antara hadis dengan al-Quran, sebagaimana


tiada pertentangan antara hadis dengan hadis yang lain. Dengan ini tidak wajar
bagi seseorang dengan sewenang-wenangnya mendakwa adanya pertentangan
antara kedua-duanya. Sikap terburu-buru inilah yang menyebabkan ada di
kalangan yang menolak hadis yang sahih atas dakwaan bercanggah dengan al-
Quran.

Hadis perlu dipastikan kebenarannya bahawa ia memang datang dari


Rasulullah. Jika terdapat percanggahan, langkah berikutnya adalah
menyerasikan antara kedua-duanya. Masalah akan timbul jika nas-nas sahih
yang bercanggah itu tidak diuruskan berpandukan kaedah-kaedah yang telah
ditetapkan oleh para ulama hadis. Ilmu-ilmu seperti Mukhtalaf al-Hadith dan
Nasikh Mansukh sangat diperlukan bagi mengelakkan kekeliruan.

Sikap memandang mudah oleh sesetengah golongan dalam interaksi mereka


dengan hadis akan lebih memburukkan keadaan, apatah lagi jika ia melibatkan
kalangan ilmuwan. Oleh sebab itu muncullah hadis-hadis yang tidak boleh
dipertanggungjawabkan seperti „Cintakan watan adalah separuh daripada
iman‰, „Sesiapa yang mengenali dirinya, dia akan mengenali Tuhannya‰ dan
„Perselisihan di kalangan umat adalah rahmat‰ (Fauzi Deraman, 2006).

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


42  TOPIK 2 KAEDAH SAHIH SILAM DALAM SYARAH HADIS

Kita juga mendengar ulasan yang begitu bebas terhadap hadis Nabi Muhammad
s.a.w. sehingga ada yang tanpa segan silu mengulas sendiri. Ini adalah kerana
Rasulullah s.a.w. pernah bersabda bahawa kita lebih tahu dalam urusan dunia
kita lebih daripada Baginda, "Kamu lebih mengetahui dengan urusan dunia
kamu" (Riwayat Imam Muslim).

Kesemua situasi ini memerlukan kita untuk lebih mendalami ilmu hadis Nabi
Muhammad s.a.w. berpandukan garis panduan yang telah ditetapkan oleh
ulama hadis agar kita tidak terjebak dalam jenayah pendustaan terhadap
Baginda.

Sebelum berbicara berkaitan dengan hadis Nabi Muhammad s.a.w., seseorang


itu mestilah memiliki ilmu alat yang melayakkannya untuk mengupas dengan
panjang lebar sesuatu yang menjadi permasalahan berkenaan dengan hadis
Baginda. Inilah prinsip utama dalam memahami hadis.

2.3.3 Cara Terbaik Memahami Hadis


Tahukah anda semua ilmu mempunyai cara tersendiri untuk memahaminya?
Begitu juga hadis Nabi Muhammad s.a.w. Malah wajib bagi umat Islam meneliti
hadis dengan cara yang sebenar agar dapat memahaminya mengikut kehendak
Allah s.w.t. dan RasulNya. Yusuf al-Qaradawi (1991) telah menggariskan lapan
panduan untuk memahami hadis dengan baik seperti yang ditunjukkan dalam
Rajah 2.7 berikut.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 2 KAEDAH SAHIH SILAM DALAM SYARAH HADIS  43

Rajah 2.7: Panduan-panduan untuk memahami hadis dengan baik

Mari kita pelajari kelapan-lapan panduan ini dengan lebih lanjut seperti yang
dihuraikan seperti berikut.

(a) Memahami Hadis Berdasarkan al-Quran


Sunnah adalah penjelasan teori dan amali bagi al-Quran. Dengan itu ia
tidak sekali-kali akan bercanggah dengan al-Quran yang diterangkan itu.
Andainya ada dakwaan percanggahan di antara kedua-duanya, ia mungkin
berpunca dari kebarangkalian berikut; hadis itu tidak sahih, kefahaman
terhadapnya salah atau ia hanyalah sangkaan semata-mata. Contohnya,
menolak kewujudan syafaat di akhirat dengan dakwaan ia bercanggah
dengan al-Quran. Dengan itu hadis-hadis sahih berkenaan syafaat ditolak.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


44  TOPIK 2 KAEDAH SAHIH SILAM DALAM SYARAH HADIS

(b) Menghimpunkan Hadis Mengikut Sesuatu Topik


Gambaran sebenar yang dikehendaki oleh hadis dapat difahami dengan
baik andainya hadis-hadis berkaitan sesuatu topik dikumpulkan. Selain itu
ia memudahkan perkaitan di antaranya disemak dengan senang,
mengkhususkan perkara yang umum menjadi lebih spesifik dan
memudahkan penentuan mutlaknya.

Contohnya: Hadis yang diriwayatkan oleh Imam al-Bukhari dari Abu


Umamah al-Bahili apabila beliau melihat alat pembajak, beliau berkata: Saya
mendengar Rasulullah s.a.w. bersabda: „Tidaklah akan masuk (alat) ini
mana-mana rumah sesuatu kaum, kecuali Allah memasukkan kehinaan.‰

Hadis ini secara zahirnya menggambarkan seolah-olah Rasulullah s.a.w.


tidak menyukai aktiviti pertanian yang boleh membawa kehinaan kepada
golongan petani. Kalangan orientalis telah mengambil kesempatan dari
hadis ini untuk mencetuskan kekeliruan mengenai sikap Islam terhadap
pertanian. Jelasnya, hadis ini mengundang tanda tanya. Apakah makna
zahir ini yang dimaksudkan? Adakah Islam tidak suka kepada aktiviti
pertanian?

Ini bertentangan dengan maksud hadis-hadis sahih yang lain. Orang-orang


Ansar agak maju dalam bidang pertanian, Rasulullah s.a.w. tidak pernah
memerintahkan mereka meninggalkan pekerjaan mereka itu. Bahkan hadis-
hadis mengenai pertanian, pengairan dan saliran, serta menghidupkan
tanah yang terbiar agak banyak.

Dengan mengumpulkan hadis-hadis berkenaan dan dirujuk pula kepada


ulasan-ulasannya dapat diketahui maksud sebenar hadis Abu Umamah.
Apa yang dimaksudkan adalah penglibatan yang boleh menyebabkan
terabai perkara-perkara lain yang diperintahkan seperti jihad. Ada pula
yang mengkhususkan kepada mereka yang berada di perbatasan dengan
musuh yang menumpukan kepada kerja-kerja pertanian sehingga
mengabaikan latihan dan persiapan perang.

Malah hadis Ibn Umar, riwayat Ahmad dan Abu Daud yang menyebut:
„Bila kamu berpuas hati dengan bercucuk tanam, dan meninggalkan jihad,
Allah akan meratakan ke atas kamu kehinaan‰, lebih menjelaskan lagi
maksud sebenar hadis Abu Umamah tersebut.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 2 KAEDAH SAHIH SILAM DALAM SYARAH HADIS  45

(c) Menggabungkan atau Mentarjihkan Hadis yang Kelihatan Bercanggah


Nas-nas syarak pada prinsipnya tidak bertentangan antara satu dengan
yang lain kerana kebenaran tidak akan bercanggah dengan kebenaran. Jika
terdapat juga itu hanya pada lahirnya sahaja bukannya hakikat. Terdapat
penyelesaian yang sesuai untuk memurnikan percanggahan itu. Ilmu
Mukhtalaf al-Hadith adalah ilmu khusus untuk menyelesaikan kes-kes
seperti ini. Bahkan isu Muktalaf turut berkaitan dengan ilmu Nasikh
Mansukh.

Contoh: Hadis Ummu Salamah r.a. yang diriwayatkan oleh Abu Daud dan
al-Tirmizi yang mengharamkan wanita melihat lelaki walaupun dia
seorang yang buta dengan hadis Aisyah r.a. yang dilindungi oleh
Rasulullah s.a.w. melihat Habsyi yang berlatih di masjid yang diriwayatkan
oleh al-Bukhari dan Muslim. Contoh lain adalah hadis-hadis berkenaan
ziarah kubur oleh wanita.

(d) Memahami Hadis Berpanduan Latar Belakang dan Tujuannya


Ada hadis-hadis Rasulullah s.a.w. yang berkait rapat dengan isu-isu
tertentu yang berkait dengan masa dan tempat. Dengan itu ia memerlukan
kepada pengamatan yang teliti dan mendalam untuk mengelakkan
kekeliruan. Oleh itu mengetahui Asbab al-Wurud bagi sesebuah hadis
sangat penting kerana ia dapat membantu memahami maksud sebenar
hadis berkenaan.

Hadis riwayat Muslim dari ÂAisyah dan Anas r.a., Nabi Muhammad s.a.w.
bersabda: „Kamu lebih mengetahui akan urusan dunia kami‰ boleh
dijadikan contoh. Ada pihak yang menjadikan hadis ini sebagai alasan
untuk melarikan diri dari hukum Allah yang berkaitan dengan ekonomi,
politik, kewangan dan lain-lain dengan alasan Allah telah
membenarkannya kerana ia adalah urusan dunia dan kita lebih mengerti
mengenainya.

Contoh lain ialah mengenai latar belakang hadis yang berkaitan dengan
cantuman debunga jantan dan betina bagi pokok kurma yang menjelaskan
maksud sebenar hadis. Ia perlu diteliti agar kita tidak tersalah anggap
sabda Nabi Muhammad s.a.w. Baginda hanya mencadangkan agar
dibiarkan sahaja proses pendebungaan berlaku sendiri dengan secara
semula jadi; ini adalah pandangan Baginda. Tetapi pandangan tersebut
bersalahan dengan praktikal yang biasa dilakukan oleh golongan Ansar
iaitu kaum yang mahir bercucuk tanam lantas menyebabkan Nabi
Muhammad s.a.w. mengeluarkan sabdaan tersebut.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


46  TOPIK 2 KAEDAH SAHIH SILAM DALAM SYARAH HADIS

(e) Membezakan antara Wasilah yang Berubah dengan Objektif yang Tetap
Kegagalan membezakan antara dua perkara ini juga mengundang salah
faham terhadap hadis. Yusuf al-Qaradawi telah menjadikan ubatan,
pemakanan dan cara perawatan dan bijirin yang terdapat dalam Tibb al-
Nabawi sebagai contoh. Menurut beliau, objektif dan ruh Tibb al-Nabawi
adalah untuk menjaga kesihatan insan dan keselamatan fizikalnya. Adapun
wasilah ataupun cara penjagaan kesihatan sentiasa berubah dari masa ke
semasa mengikut keadaan dan tempat.

(f) Memisahkan antara Perkara Hakikat dan Simbolik


Perkara ini adalah berkaitan dengan penggunaan bahasa dari seorang insan
yang paling fasih pertuturannya iaitu Rasulullah s.a.w. Penggunaan
simbolik dalam bahasa Arab juga sangat ketara. Dengan itu, hadis-hadis
Rasulullah s.a.w. tidak terkecuali dengan tamsil, perumpamaan dan
seumpamanya. Sabda Rasulullah s.a.w. yang bermaksud: „Orang yang
paling cepat menyusuli aku di kalangan kamu adalah yang paling panjang
tangannya‰ (Riwayat Muslim).

Realitinya Ummahat al-Mukminin yang pertama meninggal dunia selepas


kewafatan Rasulullah s.a.w. adalah Sayyidah Zaynab binti Jahsy r.a. yang
merupakan seorang yang sangat pemurah, dermawan dan sangat gemar
berbuat kebajikan. Maka yang dimaksudkan dengan Âyang paling panjang
tangannyaÊ di dalam hadis tersebut ialah Sayyidah Zaynab.

Begitu juga dengan hadis Qudsi: „Apabila hamba Ku mendekati Ku


sejengkal, Aku akan mendekatinya sehasta...‰, golongan muktazilah telah
mengecam ahli hadis kerana menyerupakan Tuhan dengan makhluk.
Pendapat mereka ini ditolak oleh Ibn Qutaybah dengan menjelaskan
bahawa maksud hadis ini adalah "Sesiapa yang mendatangi Ku dengan
bersegera melakukan ketaatan, Aku mendatanginya dengan pahala lebih
segera dari kedatangannya".

(g) Memisahkan antara yang Ghaib dan Nyata


Antara ajaran yang disampaikan oleh Nabi Muhammad s.a.w. ialah
berkaitan dengan perkara-perkara ghaib yang tidak boleh digambarkan
dan tidak boleh dibandingkan dengan alam nyata sekarang. Ada yang
berkaitan dengan kehidupan di alam barzakh selepas mati dan ada juga
mengenai akhirat. Justeru itu, ada di kalangan al-Firaq al-Islamiyyah yang
menolak hadis-hadis sahih disebabkan berpegang kepada logik akal.
Antaranya mengenai soalan dua malaikat dalam kubur, juga nikmat dan
seksaan di dalam kubur.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 2 KAEDAH SAHIH SILAM DALAM SYARAH HADIS  47

(h) Memastikan Maksud Sebenar Ungkapan-ungkapan yang Terdapat dalam


Hadis
Bahasa bukanlah statik. Ia terus berkembang sejajar dengan keadaan
sekelilingnya. Begitu juga perkataan dan ungkapannya. Dengan itu
ungkapan yang digunakan oleh Rasulullah s.a.w. melalui hadisnya
menggambarkan zamannya. Umat Islam harus peka tentang hal ini.
Apalagi di kalangan kaum yang tidak dapat menguasai bahasa Arab
dengan baik. Justeru, kita mendapati terdapat pelbagai ulasan terhadap
hadis yang mengecam akan mengenakan seksaan yang berat kepada
(‫( )المصورون‬Fauzi Deraman, 2006).

Ini kerana perkataan al-musawwirun pada zaman Nabi Muhammad s.a.w.


dikhususkan kepada pembuat-pembuat patung atau berhala yang
menyerupai makhluk dan kepada mereka inilah amaran keras ini
ditujukan. Situasi zaman ini amat berbeza dengan kemunculan pelbagai
alat yang turut dinamakan sebagai al-taswir. Pemahaman dan mendalami
bahasa Arab amat diperlukan sejajar dengan peredaran masa dan kemajuan
sesebuah masyarakat.

SEMAK KENDIRI 2.3

1. Nyatakan kaedah sebenar memahami hadis agar tidak


menyeleweng dari kehendak Rasulullah s.a.w.

2. Apakah asas yang mesti dimiliki oleh seseorang yang ingin


berinteraksi dengan hadis Nabi Muhammad s.a.w.?

AKTIVITI 2.3

Kebanyakan ulama hadis adalah juga termasuk di kalangan ulama fikah.


Bincangkan situasi ini dengan menyatakan beberapa ulama yang pakar
serta menjadi rujukan dalam bidang fikah dan hadis. Adakah terdapat
perbezaan yang ketara antara kedua-dua golongan ulama ini? Jelaskan.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


48  TOPIK 2 KAEDAH SAHIH SILAM DALAM SYARAH HADIS

 Ulama hadis telah meletakkan kaedah yang begitu teliti untuk memastikan
hadis yang sampai kepada umat Islam tersaring dan bebas daripada
penyelewengan.

 Pengkategorian hadis kepada sahih, hasan, daif dan sebagainya


melambangkan kekuatan kaedah yang digunakan oleh ulama.

 Hadis sahih adalah hadis yang diriwayatkan dengan sanad yang


bersambung, dengan para perawi yang Âadil, dhabit, dari permulaan sanad
sehinggalah ke akhirnya tanpa sebarang percanggahan dan kecacatan.

 Dalam meletakkan martabat sesuatu hadis, ia melalui proses yang amat teliti
dan tersusun bermula daripada pengumpulan semua turuq sehinggalah
kepada kajian terperinci terhadap sanad dan matan.

 Pertembungan antara pandangan ulama terhadap martabat hadis sama ada di


zaman silam atau kontemporari perlulah dihormati dan diteliti dengan hati
yang terbuka dan dikaji kebenarannya.

 Al-syawahid bermaksud seorang sahabat r.a. yang meriwayatkan matan


hadis yang turut diriwayatkan oleh sahabat r.a. yang lain dengan lafaznya
(yang sama) atau makna yang sama.

 Al-mutabaÊat bermaksud seorang perawi sebuah hadis berkongsi sama


dalam meriwayatkannya dengan seorang perawi yang lain, sama ada ia
meriwayatkan hadis itu dari guru yang sama ataupun guru yang lebih atas
sehinggalah ke akhir sanad, dan sekurang-kurangnya perkongsian riwayat
itu ialah pada sahabat yang sama.

 Terdapat enam faktor kemunculan dan perkembangan syarah hadis.


Antaranya ialah bahasa, kemunculan mazhab-mazhab, persaingan ilmu dan
sebagainya.

 Berinteraksi dengan hadis Nabi Muhammad s.a.w. memerlukan kepada


kaedah yang tepat agar tidak lari dari landasan yang sebenar.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 2 KAEDAH SAHIH SILAM DALAM SYARAH HADIS  49

 Ulama telah menggariskan cara-cara tertentu atau panduan untuk


memahami dengan baik hadis Nabi Muhammad s.a.w. Panduan ini mestilah
dipelajari dan dipraktikkan dengan baik agar mampu melaksanakan ajaran
Islam mengikut acuan Allah dan RasulNya. Terdapat lapan panduan untuk
memahami hadis dengan baik. Antaranya ialah memahami hadis
berdasarkan al-Quran, memisahkan antara yang ghaib dengan yang nyata,
memisahkan antara perkara hakikat dengan simbolik dan lain-lain.

Sahih Maqasid al-Islam


ÂAdalah Mukhtalaf al-hadith
Al-dabt Nasikh Mansukh
Al-jarh wa al-taÊdil Asbab al-wurud
Al-syawahid Wasilah
Al-mutabaÊat Simbolik
Al-iÊtibar Hakikat

Al-ÂAni, ÂUmar ÂAbd al-ÂAziz. (2006). AdhwaÊ Âala al-manhaj al-fiqhi fi syarah al-
hadith al-syarif. Kuala Lumpur: UIAM. Kertas kerja Seminar Metodologi
Tafsir al-Quran dan Syarah al-Hadith.

Al-ÂAsqalani, Ibn Hajar. (t.t.). Nuzhah al-nazar syarah nukhbah al-fikr. Beirut:
Dar al-Kutub al-ÂIlmiyyah.

Al-Qaradawi, Yusuf. (1991). Al-madkhal li dirasat al-sunnah al-nabawiyyah.


Kaherah: Maktabah Wahbah.

Halaqah.net. (2011). Sahih Muslim bukan untuk bacaan awam. Dicapai dari
http://halaqah.net/v10/index.php?topic=14691.0

Haziyah Hussin, et.al. (2006). Kelangsungan pengajian hadis: Cabaran dan masa
depan. Selangor: Kolej Islam Antarabangsa Selangor.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


50  TOPIK 2 KAEDAH SAHIH SILAM DALAM SYARAH HADIS

Sabbah, Abd al-Karim IsmaÊil. (1998). Al-hadith al-sahih wa manhaj ÂulamaÊ al-
Muslimin fi al-tashih. Riyadh: Maktabah al-Rusyd.

Yulian Purnama. (2011). I'tibarat, mutaba'at, syawahid dan afrad. Dicapai dari
http://kangaswad.wordpress.com/2011/02/11/itibarat-mutabaat-
syawahid-dan-afrad/

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


Topik  Metode Sahih
3 Kontemporari
dalam Syarah
Hadis
HASIL PEMBELAJARAN
Pada akhir topik ini, anda seharusnya dapat:
1. Menerangkan metodologi ulama hadis dalam karya-karya mereka;
2. Mengenal pasti kitab-kitab yang membantu memahami syarah hadis
yang dipelajari;
3. Menghuraikan konsep al-Tarjih di sisi ulama berkaitan hadis yang
kelihatan bertentangan;
4. Membincangkan metodologi hadis ulama fikah dan muhaddithin;
dan
5. Menerangkan maksud Takhrij al-Hadith serta kepentingannya.

 PENGENALAN
Kita telah mempelajari berkaitan dengan metodologi silam dalam memahami
hadis Nabi s.a.w. Secara umumnya, ia adalah berkenaan ilmu-ilmu yang mesti di
miliki oleh seseorang yang ingin mendalami ilmu hadis Nabi s.a.w. Seiring
dengan peredaran zaman dan perkembangan teknologi, ilmu hadis juga
berkembang dan ulama telah menyusun pelbagai kaedah, cara dan ilmu sesuai
dengan kemajuan umat Islam. Munculnya pelbagai jenis karya berkaitan hadis
dan ilmu yang membantu memahaminya. Sebagai umat yang komited dan
bersemangat untuk melaksanakan agama Islam, kita sepatutnya mengetahui dan
mendalami karya-karya tersebut dengan mempelajari metodologi penulisnya
agar dapat memudahkan kita menelaah dan mengkajinya. Justeru, topik ini akan

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


52  TOPIK 3 METODE SAHIH KONTEMPORARI DALAM SYARAH HADIS

membincangkan metodologi pengarang-pengarang kitab hadis secara umum,


metodologi kitab-kitab syarah hadis, apakah kaedah yang digunakan apabila
bertemu dengan hadis yang kelihatan secara zahirnya bercanggah antara satu
dengan lain. Metodologi fuqaha dan muhaddithin dalam memahami hadis serta
metodologi ilmu Takhrij al-Hadith dalam membantu memahami hadis Nabi
s.a.w.

AKTIVITI 3.1

Sebelum membaca mana-mana karya dalam agama, kita seharusnya


mengetahui metodologi penulisannya agar dapat memudahkan kita
memahami isi kandungannya. Kaji metodologi penulisan kitab-kitab
yang disusun oleh ulama Malaysia seperti kitab Mustika Hadis atau
kitab-kitab berbahasa Melayu yang berkaitan dengan hadis yang lain.

3.1 METODE PENGARANG KITAB-KITAB


HADIS SECARA UMUM DAN MARTABAT
HADISNYA
Sepertimana yang telah dinyatakan, pengetahuan tentang metodologi sesebuah
kitab hadis amat penting untuk memudahkan kita memahami kupasan, huraian
dan perbincangan yang diberikan. Ulama hadis telah meletakkan pelbagai syarat
dan kaedah ketika menyusun karya-karya mereka. Metodologi penulisan mereka
telah pun dikaji dan disemak oleh ulama yang datang selepas daripada mereka.
Kita hanya perlu memahami metodologi tersebut dan membaca karya beserta
dengan metodologinya. Kitab-kitab hadis yang besar (sila lihat Rajah 3.1) seperti
al-Sunan al-Sittah yang merangkumi Sahih al-Bukhari, Sahih Muslim, Sunan Abi
Dawud, JamiÊ al-Tirmizi, Sunan al-Nasai dan Sunan Ibn Majah telah dihurai
dengan panjang lebar olah ulama kontemporari berkaitan dengan metodologi
penulisan kitab-kitab tersebut. Kita akan cuba mengetahui dan mengenal pasti
metodologi mereka secara umum berserta dengan martabat hadis di dalam
setiap daripadanya.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 3 METODE SAHIH KONTEMPORARI DALAM SYARAH HADIS  53

Rajah 3.1: Kitab-kitab hadis yang besar

3.1.1 Sahih al-Bukhari


Kitab yang amat masyhur dan terkenal ini ditulis oleh Imam Muhammad bin
Ismail bin Ibrahim bin al-Mughirah bin Bardizbah al-JuÊfi al-Bukhari (194H-
256H). Nama sebenar kitab ini adalah al-JamiÊ al-Sahih al-Musnad min Hadith
Rasulullah wa Sunanihi wa Ayyamihi dan lebih dikenali dengan nama Sahih
al-Bukhari. Imam al-Bukhari mengambil masa selama lebih kurang 16 tahun
menjelajah dan mencari dengan penuh kesulitan dan kesusahan ke serata
pelusuk dunia. Ia juga kitab yang pertama mengasingkan di antara hadis sahih
daripada hadis daif.

Menurut al-Hafiz Ibn Hajar al-ÂAsqalani, bilangan hadis yang berulang di dalam
kitab ini adalah sebanyak 7,397 nas hadis tanpa hadis muÊallaqat, mutabaÊat dan
mawqufat dan tanpa pengulangan adalah sebanyak 2,602 buah hadis (Faisal
Ahmad Shah et al., 2010).

Karya ini dianggap sebagai karya yang pertama yang menghimpunkan hadis-
hadis sahih sahaja. Walaupun Imam al-Bukhari tidak menyatakan secara
langsung metodologi serta syatar-syarat yang digunakan oleh beliau, para ulama
telah berjaya mengesannya. Antara syarat dan metodologi yang dimaksudkan
ialah:

(a) Pemilihan Kualiti Perawi Hadis yang Tinggi


Dasar penentuan sahihnya adalah perkaitan rapat antara hadis dan
keadilan para perawi serta asalnya iaitu guru-guru yang Âadil dan thiqah.
Menurut al-Hafiz Abu Bakar al-Hazimi, syarat al-Sahih adalah perawi-
perawinya mesti terdiri daripada seorang Muslim, berakal, benar, tiada
keaiban yang tersembunyi dan tidak terganggu fikirannya serta

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


54  TOPIK 3 METODE SAHIH KONTEMPORARI DALAM SYARAH HADIS

mempunyai sifat-sifat adil, teguh ingatannya serta tepat, tiada angan-angan


dan betul pegangan akidahnya (Faisal Ahmad Shah, 2010).

Murid-murid Imam al-Zuhri terdiri daripada lima generasi dan setiap


satunya mempunyai kelebihan yang tertentu berbanding generasi selepas
mereka.

Golongan pertama adalah yang mengambil hadis daripada tabiin dan


mereka dinamakan tabi al-tabiin. Kumpulan daripada golongan inilah
dianggap riwayat yang paling sahih dan merekalah yang dimaksudkan
oleh Imam al-Bukhari dalam memilih hadis-hadis untuk kitab Sahihnya.
Antara tokoh yang menjadi pilihan Imam al-Bukhari ialah Yunus bin Yazid,
Aqli bin Khalid al-ÂIliyyun, Malik bin Anas dan sebagainya.

Golongan kedua adalah sama dengan golongan pertama dari sudut


kekuatan. Cuma dalam golongan pertama terhimpun sifat-sifat hafalan dan
keteguhannya serta lama bergaul dengan Imam al-Zuhri sehingga ada di
kalangan mereka yang bersama dengannya sama ada di rumah atau ketika
bermusafir. Golongan ini adalah yang hidup sezaman dengan tabiin tetapi
tidak berpeluang untuk mengambil hadis dari tabiin yang besar. Tokoh
yang termasuk di dalam golongan ini adalah: Al-AuzaÊi, al-Layth bin SaÊad,
ÂAbd al-Rahman bi Khalid bin Musafir dan Ibn Abu ZuÊaib. Walaupun
demikian, yang paling utama bagi Imam al-Bukhari adalah golongan yang
pertama, tetapi ada kalanya juga beliau memasukkan juga pengriwayatan
daripada golongan ini.

Manakala golongan ketiga dan keempat adalah menjadi pilihan kepada


Imam al-Tirmizi. Manakala golongan akhir adalah diterima oleh Imam Abu
Daud dan muhaddisin lain untuk maksud Âiktibar dan istisyhad (Faisal
Ahmad Shah, 2010).

Al-Imam al-Bukhari juga mensyaratkan setiap perawi telah dipastikan


bahawa beliau telah bertemu dengan gurunya dan meriwayatkan daripada
gurunya walaupun hanya sekali. Imam al-Bukhari tidak cukup hanya
pernyataan bahawa perawi dan gurunya hidup di zaman yang sama,
sepertimana yang menjadi syarat bersambungnya sanad di sisi Imam
Muslim yang hanya memastikan perawi dan gurunya berada di zaman
yang sama (Ibn Hajar al-ÂAsqalani, t.t.).

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 3 METODE SAHIH KONTEMPORARI DALAM SYARAH HADIS  55

(b) Memilih Hadis yang Sahih Sahaja


Perkara ini jelas melalui nama kitabnya. Imam al-Bukhari telah pun
mengkaji dan menyelidik semua hadis-hadis yang sampai kepadanya
daripada guru-guru ataupun para perawi yang lain. Beliau memilih antara
hadis-hadis yang berjumlah ratusan ribu dan dikumpulkan hadis yang
terkuat di sisinya di dalam kitabnya al-JamiÊ al-Sahih. Setiap hadis yang
ingin diletakkan di dalam kitabnya, beliau akan memohon kepada Allah
s.w.t. petunjuk serta bantuanNya dengan melakukan solat dua rakaat serta
menyiapkannya di samping jasad Rasulullah s.a.w. di Masjid Nabawi di
Madinah Munawwarah.

(c) Mengulang-ulang, Menjuzukkan dan Meringkaskan Hadis


Apabila kita membaca atau mengkaji kitab Sahih al-Bukhari, kita akan
dapati beberapa hadis di sebut berulang-ulang di dalam beberapa bab yang
tertentu. Begitu juga terdapat hadis-hadis yang disebut secara ringkas oleh
Imam al-Bukhari di dalam kitab Sahihnya. Semua ini dilakukan
berdasarkan tujuan atau objektif yang tertentu. Antara tujuannya adalah:

(i) Memperbanyakkan turuq al-hadith;

(ii) Sebagai maklumat tambahan kepada perselisihan makna lafaz-lafaz


tertentu di dalam matan; dan

(iii) Sebahagian riwayat adalah dalam bentuk ÂanÊan, iaitu hadis yang
diriwayatkan secara lafaz Âan (‫( )عن‬daripada). Maka ia memerlukan
pembuktian melalui riwayat lain yang jelas menunjukkan berlakunya
al-SimaÊ (mendengar dengan sebenarnya) sebagai ganti kepada lafaz
Âan (Faisal Ahmad Shah, 2010).

3.1.2 Sahih Muslim


Kitab Sahih Muslim ini ditulis oleh seorang ulama terkenal dan hebat bernama
Muslim bin al-Hajjaj bin Muslim al-Qusyairi al-Naysaburi (204H-261H). Imam
Muslim mendapat didikan daripada ulama-ulama tersohor di zamannya
termasuklah Imam al-Bukhari sendiri. Kitab yang menjadi karyanya dinamakan
dengan al-JamiÊ al-Sahih al-Musnad min Hadith Rasulillah s.a.w. dan lebih
terkenal dengan nama Sahih Muslim.

Kitab Sahih Muslim memiliki sebanyak 4,000 hadis yang tidak berulang dan
7,275 bilangan hadis termasuk yang berulang-ulang (Al-Zahrani, 1996).

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


56  TOPIK 3 METODE SAHIH KONTEMPORARI DALAM SYARAH HADIS

Metodologi penulisan bagi kitab ini adalah seperti berikut:

(a) Mempunyai Mukadimah


Imam Muslim memulakan kitabnya dengan memberikan mukadimah yang
amat bernilai. Beliau mengupas di dalam mukadimahnya ini segala perkara
yang dianggap sebagai syarat atau prinsip dalam berinteraksi dengan hadis
Rasulullah s.a.w. Antara aspek yang dihuraikan di dalam mukadimah
kitabnya ialah kewajipan mengambil riwayat hadis daripada perawi yang
thiqah dan meninggalkan periwayatan daripada perawi yang dusta,
amaran daripada berdusta terhadap Baginda s.a.w., larangan daripada
memperdengarkan setiap yang didengari, larangan daripada mengambil
riwayat daripada perawi yang daif, keterangan berkaitan isnad adalah
daripada agama, menyingkap keaiban perawi hadis dan para pembawa
riwayat, perkara berkaitan riwayat yang sahih di kalangan para perawi dan
kesahihan mengambil riwayat yang bersifat muÊanÊan (Muslim, t.t.).

(b) Menghimpunkan Semua Matan-matan Berserta Turuqnya dalam Satu


Tempat
Sahih Muslim agak berbeza dan unik daripada kitab-kitab hadis yang lain
disebabkan oleh beberapa perkara iaitu:

(i) Keelokan dan kekemasan susunannya. Imam Muslim mempunyai


kecenderungan untuk menghimpunkan semua matan-matan yang
sama berserta sanadnya sekali pada satu tempat;

(ii) Beliau tidak akan mengasingkan atau memisahkannya dalam bab-bab


yang lain; dan

(iii) Beliau juga tidak banyak mengulang hadis kecuali sedikit, iaitu
apabila terdapat keperluan untuk menguatkan matan atau sanad.

Perkara ini jelas kerana Imam Muslim tidak memfokuskan usahanya untuk
menerangkan fikah, atau mengeluarkan hukum dan adab daripadanya. Ini
adalah berbeza dengan Imam al-Bukhari yang lebih menumpukan kepada
pengeluaran hukum dan fikah daripada hadis-hadis riwayatnya (Faisal
Ahmad Shah, 2010).

(c) Hanya Memilih Hadis daripada Perawi yang Thiqah dan Dabt
Sepertimana gurunya Imam al-Bukhari, Imam Muslim tidak akan
mengambil hadis daripada seseorang perawi kecuali telah menepati syarat-
syarat sahih yang telah ditentukannya. Seseorang perawi itu mestilah Âadil
dan dabit, dipercayai, mempunyai daya ingatan yang kuat dan tidak lupa.
Beliau juga tidak mengambil hadis yang tidak bersambung sanadnya dan
tidak disandarkan kepada Rasulullah s.a.w. (Faisal Ahmad Shah, 2010).

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 3 METODE SAHIH KONTEMPORARI DALAM SYARAH HADIS  57

(d) Melazimkan Dirinya dengan Syarat-syarat Tertentu Sebagaimana Imam


al-Bukhari
Seperti yang dinyatakan bahawa murid Imam al-Zuhri dibahagikan kepada
lima generasi dan Imam al-Bukhari hanya mengambil daripada para
perawi generasi pertama dan sedikit daripada generasi kedua. Manakala
Imam Muslim pula meliputi generasi pertama, kedua dan sedikit generasi
ketiga, tetapi ini hanya melibatkan hadis-hadis mutabaÊat dan syawahid
sahaja. Begitu juga dengan syarat al-LiqaÊ dan al-MuÊasarah antara perawi.
Bagi Imam al-Bukhari, kedua-dua syarat tersebut wajib ditepati untuk
memenuhi syaratnya. Namun bagi Imam Muslim, menepati syarat al-LiqaÊ
sahaja sudah memadai. Walaupun pegangan Imam Muslimn kelihatan
lebih longgar berbanding gurunya. Walaubagaimanapun, ia tidak
menjejaskan kualiti dan kredibiliti kitabnya (Faisal Ahmad Shah, 2010).

3.1.3 Sunan Abi Dawud


Sunan Abi Dawud adalah hasil karya pengarangnya Imam Abu Dawud
Sulayman bin al-AsyÊath bin Ishaq bin Basyir bin Syadad bin ÂAmr bin ÂImran al-
Azdi al-Sajistani (220H-275H). Seorang ulama masyhur yang telah menghasilkan
banyak karya terutama yang berkaitan dengan hadis dan syariah. Terdapat di
kalangan ulama yang menganggarkan karyanya sebanyak 12 buah dan yang
paling masyhur adalah kitab sunannya.

Sunan Abi Dawud adalah kitab yang telah diletakkan oleh ulama pada tangga
ketiga selepas Sahih al-Bukhari dan Sahih Muslim. Setelah beliau menyelesaikan
penulisan kitab ini, beliau membentangkannya di hadapan Imam Ahmad dan
diperakui oleh Imam Ahmad. Kitab ini tidak hanya mengumpulkan hadis sahih,
malah di dalamnya terdapat hadis hasan dan daif.

Sunan Abi Dawud mempunyai 5,274 hadis yang berulang-ulang, sebanyak 35


buah kitab dan 1,871 bab (Faisal Ahmad Shah, 2010).

Metodologi penulisannya adalah seperti berikut:

(a) Menyusun Kitab Berdasarkan Bab-bab Fikah dan Membatasinya untuk


al-Sunnah dan Hukum Ahkam Sahaja
Metodologinya adalah jelas, iaitu menghadkan pemilihan pada hadis-hadis
fikah sahaja dan tidak berkaitan dengan kisah-kisah, peringatan, zuhud,
adab, tafsir, kelebihan amalan dan sebagainya. Ia telah dianggap sebagai
karya pertama yang disusun berdasarkan bab fiqh.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


58  TOPIK 3 METODE SAHIH KONTEMPORARI DALAM SYARAH HADIS

(b) Memilih Hadis Sahih, Hasan dan Selain daripadanya dengan Disertakan
Penjelasan
Kitab ini lebih dianggap sebagai sebuah karya hadis hasan. Imam Abu
Dawud menjelaskan metodologinya di dalam artikel yang dihantarkan
kepada penduduk Mekah dengan katanya: „Saya menyebut hadis sahih
dan yang menghampirinya (hasan) di dalam kitab saya ini. Jika hadisnya
terlalu daif, saya akan jelaskan. Dalam kitab ini juga, tidak ada suatu hadis
pun yang berasal daripada perawi yang matruk, jika terdapat hadis yang
munkar, saya akan jelaskan (Faisal Ahmad Shah, 2010)‰.

3.1.4 Jami’ al-Tirmizi


JamiÊ al-Tirmizi merupakan hasil karya pengarangnya Imam Abu ÂIsa
Muhammad bin ÂIsa bin S.a.w.rah bin Musa bin Dahhak al-Salmi al-Tirmizi
(290H-279H). Imam al-Tirmizi berpeluang berguru dengan ramai di kalangan
ulamak hebat di zamannya di pelbagai displin ilmu. Di antara gurunya adalah
Imam al-Bukhari, Imam Muslim dan Imam Abu Daud. Beliau juga mahir dalam
bidang fikah dan ia jelas melalui susunan bab dan hadis di dalam kitab JamiÊnya.

Kitab ini juga dikenali dengan nama Sunan al-Tirmizi dan ia telah mendapat
pengiktirafan daripada ulama sezaman dengannya sehingga mereka berkata:
Sesiapa yang menyimpan kitab ini, seolah-olah Nabi sedang bersabda di dalam
rumahnya.

Secara umumnya, hadis-hadis yang terdapat di dalam JamiÊ al-Tirmizi


dibahagikan kepada empat bahagian (Faisal Ahmad Shah, 2010):
(a) Hadis yang dipersetujui oleh al-Bukhari dan Muslim;
(b) Hadis yang kurang sedikit martabat sahihnya daripada hadis yang pertama
iaitu mengikut syarat Imam Abu Dawud an al-Imam al-NasaiÊ;
(c) Hadis yang diriwayatkan kerana ia menjadi dalil dalam masalah khilaf.
Imam al-Tirmizi akan mendatangkan hadis bagi mazhab yang rajih dan
yang tidak rajih. Bagi yang tidak rajih, Imam al-Tirmizi akan membuat
penilaian terhadap hadis tersebut dan menerangkan Âillah di dalamnya;
dan
(d) Hadis-hadis yang diamalkan oleh para fuqahaÊ sama ada ia sahih atau
tidak.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 3 METODE SAHIH KONTEMPORARI DALAM SYARAH HADIS  59

Metodologi penulisan bagi kitab ini pula adalah seperti berikut:

(a) Tidak Hanya Mengkhususkan pada Hadis Sahih Sahaja


Imam al-Tirmizi tidak bermaksud untuk mengumpulkan hadis sahih sahaja
di dalam kitab JamiÊnya, bahkan beliau turut meletakkan hadis yang sahih,
hasan, daif, gharib, muÊallal yang dinyatakan Âillahnya. Beliau banyak
memuatkan hadis yang hasan dan hasan di sisinya bermaksud: Hadis yang
tiada pada sanadnya perawi yang dituduh berdusta, tidak shaz dan
diriwayatkan melalui tariq atau sanad yang lain yang menyokongnya (Ibn
Hajar al-ÂAsqalani, t.t.).

(b) Memilih Hadis yang Boleh Diamalkan dan Dijadikan Hujah


Beliau meletakkan syarat untuk meletakkan hadis yang boleh diamalkan
sahaja dan dijadikan hujah. Dapat difahami bahawa semua hadis di dalam
kitab ini boleh diamalkan dan dipersetujui oleh kebanyakan ulama kecuali
dua buah hadis sahaja.

(c) Menerangkan Darjat Hadis serta Pembahagian Hadis dalam Bentuk Baru
Di antara keistimewaan kitab JamiÊ ini adalah ulasan darjat hadis yang
dinyatakan oleh Imam al-Tirmizi, iaitu sama ada sahih, hasan, daif dan
gharib. Manakala pada akhir kitab ini pula dimasukkan kitab al-ÂIlal. Paling
menarik ia adalah kitab yang pertama yang membahagikan hadis kepada
sahih, hasan dan daif, berbeza dengan karya sebelumnya. Beliau juga telah
membahagikan daif kepada dua bahagian:
(i) Daif yang boleh dijadikan amalan; dan
(ii) Daif yang ditolak, iaitu al-Wahi.

Beliau juga menggunakan istilah yang baru dalam menerangkan darjat


hadis-hadisnya, antaranya (Faisal Ahmad Shah, 2010):
(i) Hadis hasan sahih;
(ii) Hadis hasan gharib; dan
(iii) Hadis hasan sahih gharib.

3.1.5 Sunan al-Nasai’


Sunan al-NasaiÊ adalah hasil karya ulama besar yang bernama Abu ÂAbd al-
Rahman Ahmad bin ÂAli bin SyuÊaib bin ÂAli in Sinan al-Khurasani. Beliau
dilahirkan di bandar NasaÊ pada tahun 215H dan meninggal dunia pada tahun
303H. Seorang ulama yang memiliki kesungguhan dalam ilmu dan ibadah,
berguru dengan ramai tokoh ulama yang besar di zamannya seperti Abu Daud
Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)
60  TOPIK 3 METODE SAHIH KONTEMPORARI DALAM SYARAH HADIS

al-Sajistani dan al-Tirmizi. Imam al-NasaiÊ mempunyai fizikal yang elok


rupawan, rajin beribadah dan berjihad di jalan Allah s.w.t.

Al-NasaiÊ merupakan seorang tokoh hadis yang ketat syaratnya terutama yang
melibatkan para perawi hadis. Kitab Sunan al-NasaiÊ pada asalnya adalah hadis-
hadis yang dipilih dan diringkaskan daripada kitabnya yang lebih besar iaitu al-
Sunan al-Kubra dan kitab Sunannya yang baru dikenali dengan al-Sunan al-
Sughra atau al-Mujtaba. Sesetengah ulama meletakkan kedudukan Sunan al-
Nasai selepas al-Sahihayan kerana ia adalah karya Sunan yang mempunyai
bilangan hadis daif yang paling sedikit. Para perawinya juga yang paling sedikit
menerima kritikan al-Jarh.

Metodologi penulisan penulisan bagi kitab ini adalah seperti berikut:

(a) Penyusunan Berdasarkan Bab Fikah


Sebagaimana kitab Sunan yang lain, Sunan al-NasaiÊ juga disusun
berdasarkan pecahan bab fikah.

(b) Kedudukan Hadis dalam al-Sunan al-Sughra


Walaupun al-NasaiÊ mengasingkan hadis sahih dalam al-Sunan al-Sughra,
namun di dalamnya terdapat juga hadis hasan dan daif tetapi dalam
bilangan yang sedikit. Pandangan yang mengatakan bahawa di dalam al-
Sunan al-Sughra kesemua hadisnya adalah sahih merupakan pandangan
yang tidak tepat.

(c) Riwayat yang Baru dalam al-Sunan al-Sughra


Walaupun al-Sunan al-Sughra merupakan ringkasan daripada al-Sunan al-
Kubra, Imam al-NasaiÊ juga meletakkan riwayat-riwayat yang baru di
dalamnya. Ini bermakna semua hadis di dalam al-Sunan al-Kubra terdapat
di dalam al-Sunan al-Sughra dan tidak semua hadis di dalam al-Sunan al-
Sughra boleh didapati di dalam al-Sunan al-Kubra.

(d) Syarat-syarat
Al-NasaiÊ terkenal dengan syaratnya yang ketat, para perawi yang diterima
olah al-Imam al-NasaiÊ hanyalah daripada peringkat ketiga, iaitu guru-
gurunya sendiri. Manakala peringkat keempat hanya diambil sebagai
tujuan mutabaÊat dan syawahid sahaja (Faisal Ahmad Shah, 2010).

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 3 METODE SAHIH KONTEMPORARI DALAM SYARAH HADIS  61

3.1.6 Sunan Ibn Majah


Kitab Sunan ini disusun oleh Imam Abu ÂAbdullah bin Yazid bin Majah al-
Qazwini yang dilahirkan pada tahun 209H dan meninggal dunia pada tahun
273H.

Imam Ibn Majah dilahirkan di Kota Qazwin yang telah menyaksikan


kemunculan banyak ulama yang tersohor. Imam Ibn Majah merupakan seorang
yang thiqah dan al-Zahabi menyifatkannya sebagai al-Huffaz al-Kabir, al-
Mufassir, pengarang kitab al-Sunan dan al-Tafsir.

Kitab Sunan Ibn Majah mengandungi 4,341 buah hadis yang disusun
berdasarkan pecahan bab fikah, mempunyai 32 buah kitab dan 1,105 buah bab.

Metodologi penulisannya adalah seperti berikut:

(a) Permulaan Bab yang Tersendiri


Al-Imam Ibn Majah melakukan kelainan dengan memulakan babnya
dengan tajuk „Bab IttibaÊ Sunnah Rasulillah s.a.w.‰ dan diikuti dengan
hadis yang menjadi dalil al-Sunnah sebagai hujah serta kewajipan
mengikuti dan beramal dengannya.

(b) Syarat-syarat
Ibn Majah tidak mensyaratkan hanya hadis sahih sahaja malah meliputi
juga hadis-hadis yang lain. Beliau dikatakan telah memilih juga para
perawi di kalangan peringkat kelima iaitu dari golongan para duÊafaÊ.

(c) Kedudukan Sunan Ibn Majah


Ulama berselisih pendapat terhadap kitab Sunan Ibn Majah. Bagi ulama
yang mewujudkan istilah Usul Kutub al-Hadith, mereka tidak
memasukkan Sunan Ibn Majah. Tetapi bagi ulama yang mewujudkan
istilah Usul al-Sittah, maka Sunan Ibn Majah adalah karya keenam
daripadanya, juga terdapat di kalangan ulama yang menggantikannya
dengan MuwattaÊ al-Imam Malik.

(d) Hadis-hadis di dalam Sunan Ibn Majah


Hadis-hadisnya meliputi sahih, hasan, daif dan sedikit munkar dan
maudhuÊ. Disebabkan perkara inilah ia diletakkan sebagai karya terakhir
daripada al-Sunan al-Sittah.

Karya al-Sunan al-Sittah telah pun disyarahkan hadis-hadisnya sama ada


secara terperinci atau ringkas di dalam kitab-kitab syarah yang telah
dihasilkan. Kita boleh merujuk kepada karya tersebut untuk mengetahui
dengan lebih mendalam maksud sesebuah hadis Rasulullah s.a.w.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


62  TOPIK 3 METODE SAHIH KONTEMPORARI DALAM SYARAH HADIS

SEMAK KENDIRI 3.1

1. Apakah yang dimaksudkan dengan al-Sahihain? Bincangkan


darjat hadis di dalamnya.

2. Nyatakan syarat-syarat al-Imam al-Tirmizi di dalam JamiÊnya.

3. Berikan nama lain bagi Sunan al-NasaiÊ.

3.2 KITAB-KITAB YANG MEMBANTU


MEMAHAMI HADIS NABI S.A.W. DAN
METODOLOGINYA
Kita telah mengupas perkara berkaitan dengan kitab-kitab utama dalam hadis
Nabi s.a.w., sekarang kita akan sama-sama mengkaji syarah-syarah kepada
hadis-hadis yang telah disusun oleh para ulama.

Memahami hadis Nabi s.a.w. memerlukan kepada ilmu, yang paling utama
adalah mengetahui kaedah atau sumber kepada kitab-kitab yang mensyarahkan
hadis. Ulama hadis telah menghasilkan pelbagai karya yang membantu umat
Islam memahami hadis Nabi s.a.w. Antara karya yang dapat memudahkan
kefahaman terhadap hadis ialah:

(a) Kitab Gharib al-Hadith;


(b) Kitab Mukhtalaf al-Hadith; dan
(c) Kitab Syarah al-Hadith.

3.2.1 Kitab Gharib Al-Hadith


Kitab Gharib al-Hadith adalah salah satu bentuk sumbangan ulama hadis yang
muncul pada permulaan kurun ketiga Hijrah. Kitab Gharib al-Hadith bermaksud
kitab-kitab yang mengumpulkan perkataan atau kalimah yang memiliki makna
yang agak samar atau sukar difahami daripada hadis-hadis Nabi s.a.w.

Al-Hafiz Ibn al-Salah berkata: „Gharib al-Hadith adalah ungkapan yang ada di
dalam matan hadis daripada lafaz-lafaz yang sukar difahami disebabkan jarang
digunakan (al-Zahrani, 1996).

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 3 METODE SAHIH KONTEMPORARI DALAM SYARAH HADIS  63

Di antara kitab Gharib al-Hadith yang muktabar adalah Kitab al-Nihayah Fi


Gharib al-Hadith oleh Ibn al-Athir. Kitab ini disusun oleh al-Hafiz Majd al-Din
Abu al-SaÊadat bin Muhammad al-Jazari yang lebih dikenali dengan Ibn al-Athir
(w 606H).

Metodologi Ibn al-Athir di dalam kitab ini adalah seperti berikut:

(a) Beliau menyusun kitabnya berpandukan huruf mukjam dengan susunan


yang amat teliti. Mengambil kira asal sesuatu perkataan. Kitab ini dianggap
sebagai kitab yang paling sempurna berkaitan dengan Gharib al-Hadith;
dan

(b) Penulis berkata: ‰Aku melihat di dalam kitab Abu Musa al-Madini yang
dihasilkan sebagai menyempurnakan kitab al-Harawi, kitab yang memiliki
kehalusan dan kesempurnaan. Jika terdapat seseorang yang ingin
mengetahui perkataan yang sukar, maka perlulah dia mencarinya di dalam
kedua-dua kitab tersebut... tetapi kedua-duanya mempunyai kesukaran
untuk digunakan, maka aku berhasrat untuk mengumpulkan sesuatu di
dalam ilmu ini berkaitan Gharib al-Hadith tanpa mengupas berkaitan
Gharib al-Quran... Setiap yang diambil daripada kitab al-Harwi akan
ditanda dengan huruf HaÊ... daripada kitab Abi Musa dengan huruf Sin,
dan apa yang aku tambah tidak akan disertakan dengan apa-apa tanda (Al-
Zahrani, 1996)‰.

3.2.2 Kitab Mukhtalaf Al-Hadith


Mukhtalaf juga dibaca dengan Mukhtalif. Dengan bacaan Mukhtalaf ia
bermakna dua buah hadis yang saling bertentangan antara satu dengan lain dari
segi makna yang zahir.

Jika dibaca dengan Mukhtalif ia bermaksud sebuah hadis yang bertentang pada
zahirnya dengan sebuah hadis lain yang sama dengannya (Ibn Hajar, t.t.).

Karya-karya dalam ilmu ini juga termasuk TaÊwil Mukhtalaf al-Hadith, Musykil
al-Hadith atau Munaqadah al-Ahadith wa Bayan Mahamil Sahihiha.

Karya Mukhtalaf al-Hadith ini dapat membantu para pengkaji dan pencinta ilmu
untuk mengetahui penyelesaian kepada hadis-hadis yang dilihat secara zahirnya
adalah bertentangan antara satu dengan lain, atau hadis-hadis yang kelihatan
bertentangan dengan al-Quran, Ijmak, Qiyas, serta logik akal serta jalan keluar
daripada masalah ini.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


64  TOPIK 3 METODE SAHIH KONTEMPORARI DALAM SYARAH HADIS

Antara kitab yang disusun di dalam jenis ini ialah Ikhtilaf Al-Hadith oleh Imam
al-SyafiÊe. Kitab ini disusun oleh Imam Abu ÂAbdullah Muhammad bin Idris bin
al-ÂAbbas bin ÂUthman al-Hasyimi al-Quraysyi yang merupakan pengasas
kepada mazhab SyafiÊe.

Kitab ini memperkenalkan kaedah yang terbaik dalam berinteraksi dengan hadis
Nabi s.a.w. dan menyelesaikan pertentangan yang kelihatan padanya. Namun
begitu hadis-hadis yang dikemukakan oleh Imam al-SyafiÊe tidak menyeluruh
kerana hanya menyentuh persoalan fikah sahaja dan tidak menghuraikan
permasalahan aqidah, akhlak dan sebagainya. Secara umumnya, beliau
menggunakan tiga kaedah utama dalam menyelesaikan kontradiksi yang
terdapat dalam hadis-hadis Nabi s.a.w. iaitu al-JamÊ atau al-Nasakh atau al-
Tarjih.

Metodologi yang digunakan oleh al-Imam al-SyafiÊe adalah seperti berikut


(Faisal Ahmad Shah, 2010):
(a) Menyusun hadis-hadis tanpa menurut sistematik topik-topik fikah yang
biasa;
(b) Mengemukakan hadis yang bertentangan serta sanadnya;
(c) Menegaskan bahawa hadis-hadis tersebut tidak bertentangan dengan
menggunakan kaedah al-JamÊ, al-Naskh dan al-Tarjih;
(d) Mengiringi hadis-hadis yang diriwayatkan dengan al-Syawahid yang
menyokong tafsiran tepat;
(e) Kadangkala membawa hujah dari qiyas dan al-Nazar;
(f) Menerangkan darjat sesetengah hadis; dan
(g) Menyentuh tentang petunjuk i dan al-Nawahi.

3.2.3 Kitab Syarah Al-Hadith


Kitab yang amat membantu pembaca kitab-kitab hadis dalam memahami hadis
Nabi s.a.w. adalah kitab Syarah al-Hadith yang telah pun disusun oleh ulama-
ulama hebat sama ada ulama silam mahupun kontemporari.

Definisi syarah hadis seperti yang dinyatakan oleh Dr Ahmad bin Muhammad
bin Humayd ialah ilmu yang menjelaskan sanad dan matan bagi hadis Nabi
s.a.w. (Faisal Ahmad Shah, 2010).

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 3 METODE SAHIH KONTEMPORARI DALAM SYARAH HADIS  65

Antaranya kitab syarah hadis ialah Al-Minhaj Syarah Sahih Muslim Bin al-Hajjaj
oleh Imam Nawawi. Kitab ini disusun oleh Imam Abu Zakariya Yahya bin
Syaraf bin Muri bin Hasan bin Muhammad bin Hizam al-Nawawi.

Kitab ini merupakan kitab yang mensyarahkan dan menghuraikan hadis-hadis


yang terdapat di dalam kitab Sahih Muslim.

Metodologi Imam al-Nawawi di dalam kitab ini adalah seperti berikut (Faisal
Ahmad Shah, 2010):
(a) Mengambil pendekatan sederhana dalam mensyarahkan hadis Nabi s.a.w.;
(b) Mengekalkan hadis-hadis serta sanadnya sepertimana yang terdapat di
dalam Sahih Muslim;
(c) Mendiskusikan hadis secara menyeluruh dengan penekanan terhadap ilmu
riwayah dan dirayah selain menyentuh persoalan furuÊ fiqhiyyah, usul
fikah, bahasa dan sebagainya;
(d) Tidak menyandarkan pendapat-pendapat yang masyhur kepada
sumbernya melainkan disebabkan terlupa pada beberapa tempat sama ada
disebabkan ulasan yang panjang atau telah diterangkan dalam bab yang
lepas;
(e) Tidak mengulang syarahan sesuatu hadis yang berulang, hanya
mengisyaratkan bahawa hadis tersebut telah disyarahkan; dan

(f) Mentakhrijkan hadis-hadis yang terdapat di dalam kitabnya.

SEMAK KENDIRI 3.2

1. Kupas definisi Mukhtalaf al-Hadith.

2. Huraikan metodologi yang digunakan oleh al-Imam al-Nawawi


di dalam kitabnya al-Minhaj Syarh Sahih Muslim Ibn al-Hajaj.

3. Apakah kepentingan mengetahui kitab-kitab yang membantu kita


memahami hadis Nabi s.a.w.?

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


66  TOPIK 3 METODE SAHIH KONTEMPORARI DALAM SYARAH HADIS

3.3 METODE MEMAHAMI KONSEP AL-TARJIH


DI SISI ULAMAK DAN SEBAB-SEBAB
KHILAF PENDAPAT
AKTIVITI 3.2

Golongan yang mempunyai keraguan tentang agama akan cuba


menzahirkan sesuatu yang kelihatan bertentangan dan tidak dapat
diterima oleh akal pada pandangan mereka. Apakah cara yang boleh kita
usahakan untuk menjawab persoalan dan pertentangan yang kelihatan
wujud di dalam hadis Nabi s.a.w.?

Perbahasan mengenai al-Tarjih adalah berkait rapat dengan pertentangan atau


perbezaan yang kelihatan wujud di antara hadis-hadis Rasulullah s.a.w. Secara
zahirnya seolah-olah ia saling bertentangan antara satu sama lain. Permasalahan
seperti ini jika tidak diselesaikan akan mengundang kepada salah faham dan
penyelewengan dalam berinteraksi dengan hadis Rasulullah s.a.w. Mari sama-
sama kita selidiki cara ulama berhadapan dengan percanggahan hadis dan
kupasan mengenainya.

3.3.1 Percanggahan Hadis


Imam Abu Bakar al-Baqilani berkata, bahawa setiap dua hadis yang dikenal pasti
datang daripada Rasulullah s.a.w., tidak harus berlakunya percanggahan dalam
apa jua bentuk, sekalipun nampak pada zahir kedua-duanya saling bercanggah
(Dr Rohaizan Baru et al., 2007).

Imam al-SyafiÊe berkata: „Tidak kami temui sesuatu daripada Rasulullah s.a.w.
yang kelihatan bercanggah, kemudian kami mengkajinya, kecuali pasti kami
akan menemui jalan yang boleh menyelesaikannya sehingga ia tidak bercanggah
(Dr Rohaizan Baru et al., 2007).‰

Al-Hafiz Ibn Hajar berkata: Hadis Maqbul dibahagikan kepada yang boleh
diamalkan, dan yang tidak diamalkan. Jika ia selamat daripada sebarang
percanggahan, maka ia dipanggil sebagai al-Muhkam, apabila ia bercanggah
dengan hadis yang lain, sama ada hadis yang bercanggah tersebut maqbul atau
mardud... jika hadis yang bercanggah itu maqbul dan sama kuatnya, maka
hendaklah dilihat sama ada ia boleh digabungkan, maka ketika itu dinamakan
Mukhtalif al-Hadith, atau dikenal pasti tarikhnya, maka yang terkemudian itu
adalah Nasikh dan yang terdahulu itu Mansukh, atau jika tidak dikenal pasti,

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 3 METODE SAHIH KONTEMPORARI DALAM SYARAH HADIS  67

maka terpaksalah di buat pemilihan (al-Tarjih), dan akhir sekali ditawaqqufkan


(Ibn Hajar al-ÂAsqalani, t.t.).

Cara atau metode para ulama membuat pilihan apabila berlaku percanggahan
antara dua hadis sebenarnya melibatkan dua ilmu yang penting dalam Islam
iaitu ilmu hadis dan ilmu usul fikah. Ilmu hadis digunakan semasa mengamati
hadis-hadis yang berkaitan masalah yang timbul, sementara ilmu usul fikah,
dapat diambil faedah daripada kaedah-kaedah dan hukum-hukumnya yang
telah ditetapkan berdasarkan nas-nas lain daripada al-Quran dan hadis.
Penyelesaian kepada masalah percanggahan dua hadis yang masing-masing
membawa makna yang berbeza memerlukan pengamatan dan pemahaman yang
terperinci serta perlu dicari titik pertemuan antara kedua-duanya.

Para ulama telah meletakkan kaedah bagaimana berhadapan dengan situasi


seperti ini. Antara kaedah berhadapan dengan dua hadis yang kelihatan
bertentangan adalah:

(a) Apabila boleh dikumpulkan dan digabungkan antara kedua-dua hadis


yang saling bertentangan, maka hendaklah digabungkan dan wajib
beramal dengan kedua-duanya.

(b) Apabila tidak dapat digabungkan dan dikumpulkan antara kedua-duanya,


maka ia perlu melalui beberapa peringkat:
(i) Jika diketahui salah satu nasakhnya, maka didahulukan hadis yang
menasakhkannya dan beramal dengannya, serta ditinggalkan hadis
yang dinasakhkan;
(ii) Jika tidak dapat diketahui antara nasakh dan mansukh, maka
ditarjihkan salah satu daripadanya dengan melihat kepada beberapa
aspek tarjih dan kemudian beramal dengan hadis rajih tersebut; dan
(iii) Dan jika tidak dapat dilakukan tarjih salah satu daripadanya, maka
ditawaqqufkan iaitu tidak beramal dengan hadis-hadis tersebut
sehingga jelas yang rajih kepada kita.

(c) Antara kaedah-kaedah tarjih yang ditetapkan oleh ulama ialah:


(i) Tarjih berdasarkan sanad, seperti ditarjihkan riwayat nas mutawatir
daripada riwayat Ahad;
(ii) Tarjih berdasarkan matan, seperti ditarjihkan hadis yang memiliki nas
matan yang hakiki berbanding yang bersifat majaz;
(iii) Tarjih berdasarkan al-madlul (apa yang dikehendaki) daripada nas-
nas yang bertentangan, seperti mentarjihkan madlul yang
menunjukkan haram daripada madlul yang menunjukkan harus; dan

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


68  TOPIK 3 METODE SAHIH KONTEMPORARI DALAM SYARAH HADIS

(iv) Tarjih berdasarkan perkara yang luar daripada nas-nas yang


bercanggah seperti mentarjihkan hadis yang disokong dengan dalil
yang lain daripada al-Quran atau sunnah atau ijmak atau qiyas.

Contoh kaedah ulama berhadapan dengan dua hadis yang bertentangan adalah
hadis yang berkaitan menghadap atau membelakangkan kiblat ketika sedang
membuang air kecil atau besar. Perbezaan ini berlaku kerana terdapat beberapa
hadis yang berkaitan dengan masalah yang kelihatan bercanggah. Antaranya
hadis Abu Ayyub al-Ansari r.a., sesungguhnya Nabi s.a.w. bersabda:

.‫ ﻭﻟﻜﻦ ﺷﺮﻗﻮﺍ ﺃﻭ ﻏﺮﺑﻮﺍ‬،‫ﺇﺫﺍ ﺃﺗﻴﺘﻢ ﺍﻟﻐﺎﺋﻂ ﻓﻼ ﺗﺴﺘﻘﺒﻠﻮﺍ ﺍﻟﻘﺒﻠﺔ ﻭﻻ ﺗﺴﺘﺪﺑﺮﻫﺎ‬


Maksudnya:
Jika salah seorang dari kamu membuang air, maka janganlah kamu menghadap
kiblat atau membelakangkannya, tetapi hadapkanlah ke arah timur atau ke barat.

(Al-Bukhari, Abwab al-Qiblah, Bab Qiblah Ahli al-Madinah wa Ahli al-Syam wa


al-Masyriq, Jilid 1, halaman 153, nombor 386 dan Muslim, Kitab al-Taharah, Bab
al-Istatobah, Jilid 1, halaman 259, nombor 632)

Hadis yang lain pula berbunyi:

‫ ﻓﺮﺃﻳﺖ ﺭﺳﻮﻝ ﺍﷲ ﻗﺎﻋﺪﺍ‬،‫ ﺍﺭﺗﻘﻴﺖ ﻋﻠﻰ ﻇﻬﺮ ﺑﻴﺖ ﺃﺧﱵ ﺣﻔﺼﺔ‬:‫ﻋﻦ ﺍﺑﻦ ﻋﻤﺮ ﺭﺿﻲ ﺍﻟﻠﻬﻤﺎ ﻗﺎﻝ‬
.‫ﳊﺎﺟﺘﻪ ﻟﺒﻨﺘﲔ ﻣﺴﺘﻘﺒﻞ ﺍﻟﺸﺎﻡ ﻣﺴﺘﺪﺑﺮ ﺍﻟﻘﺒﻠﺔ‬
Maksudnya:
Ibn ÂUmar r.a. berkata: Aku pernah naik ke atas bumbung rumah kakakku
Hafsah dan terlihat Rasulullah s.a.w. duduk di atas dua batu untuk membuang
air dengan keadaan menghadap Baitul Maqdis (al-Syam) dan membelakangi
kiblat.

(Muslim, Kitab al-Taharah, Bab al-Istatobah, Jilid 1, halaman 262, nombor 635)

Pendapat ulama dalam masalah ini terbahagi kepada tiga (Ibn Rushd: 1995).
Terdapat ulama yang menggabungkan kedua-dua hadis, ada ulama yang
mentarjihkan salah satu daripadanya dan terdapat juga ulama yang
mengembalikannya kepada asal iaitu tanpa sebarang hukum.

Pendapat ulama mazhab al-Syafie, Maliki dan Hambali adalah di kalangan


ulama yang menggabungkan kedua-dua hadis tersebut dengan mengatakan:
Larangan menghadap dan membelakangi kiblat dalam hadis Abu Ayyub r.a.
apabila berada di tanah yang lapang dan tidak tertutup. Sementara keizinan
menghadap atau membelakangi kiblat di dalam hadis Ibn ÂUmar r.a. adalah
apabila berada di tempat yang tertutup dan di dalam bangunan.
Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)
TOPIK 3 METODE SAHIH KONTEMPORARI DALAM SYARAH HADIS  69

Ulama yang mentarjihkan salah satu daripada keduanya, memilih hadis Abu
Ayyub r.a. kerana apabila berlaku pertentangan antara dua hadis, salah satu
daripada hadis ini adalah permulaan kepada masalah yang dibangkitkan dan
satu lagi kembali kepada asal iaitu tiada hukum baginya.

Ulama yang mengatakan tiada apa-apa hukum dalam masalah ini pula
mengatakan bahawa dalam masalah ini terdapat syak, oleh itu syak tidak dapat
memutuskan sesuatu hukum (Norzulaili, Rabiatul Addawiyyah, & Mohd Zohdi,
2007).

3.3.2 Sebab-sebab Khilaf Pandangan Ulama terhadap


Sesuatu Hadis
Terdapat banyak faktor yang membawa kepada perbezaan ulama dalam
meletakkan darjat sesuatu hadis atau keharusan beramal dengan sesuatu hadis.

Secara umumnya perbezaan ini dapat dibahagikan kepada dua bahagian (sila
lihat Rajah 3.2):

Rajah 3.2: Perbezaan ulama berkaitan penerimaan sesuatu hadis

Secara ringkasnya, terdapat beberapa perbezaan di kalangan ulama fikah dan


ulama hadis dalam berurusan dengan hadis Nabi s.a.w. seperti yang dinyatakan
di atas. Walaupun begitu, ada juga beberapa aspek yang mereka turut sama
bersepakat mengenainya, antaranya penerimaan hadis mutawatir, kemestian
berhujah dengan hadis yang sahih dan menolak hadis daif jika di dalam sesuatu

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


70  TOPIK 3 METODE SAHIH KONTEMPORARI DALAM SYARAH HADIS

masalah terdapat hadis sahih dan daif, dan sebagainya. Kita juga hendaklah
memahami bahawa kebanyakan ulama hadis juga termasuk dalam golongan
ulama fikah yang masyhur seperti al-Imam al-Nawawi, al-Imam Ibn ÂAbd al-Bar,
al-Imam Ibn Hajar al-ÂAsqalani dan sebagainya.

Ulama fikah berbeza pandangan dalam masalah berkaitan keharusan beramal


dengan sesuatu hadis. Ia merangkumi perbezaan mereka dalam sesetengah
syarat hadis sahih, adakah menjadi kemestian sesuatu hadis itu sahih barulah ia
boleh diamalkan serta masalah memastikan lafaz yang sebenar daripada Nabi
s.a.w. (Norzulaili, Rabiatul Addawiyyah, & Mohd Zohdi, 2007). Perbezaan
pandangan dalam perkara seperti ini telah mengakibatkan perbezaan hukum
bagi suatu masalah yang timbul.

Perbezaan ulama fikah dalam memahami hadis berpunca daripada dua perkara:
Pertama, perbezaan dari sudut akal fikiran dan kedua, terdapat lafaz hadis yang
mengandungi lebih daripada satu makna (Norzulaili, Rabiatul Addawiyyah, &
Mohd Zohdi, 2007). Ini kerana tidak semua manusia diciptakan dengan memiliki
kelebihan yang sama, begitu hadis Nabi s.a.w. yang mengandungi bahasa yang
memiliki banyak makna yang memerlukan kepada kefahaman yang lebih dan
kajian yang mendalam.

Perbezaan kadar merujuk terhadap hadis boleh diungkapkan dengan kata-kata


lain iaitu sesetengah ulama tidak mendengar atau menjumpai hadis Rasulullah
s.a.w. semasa berijtihad. Ia bukanlah bermaksud para ulama mesti menghafal
kesemua hadis tetapi setiap ulama mempunyai pengetahuan yang berbeza-beza
mengikut kelebihan dan keupayaan mereka (Norzulaili, Rabiatul Addawiyyah,
& Mohd Zohdi, 2007).

Manakala ulama hadis pula telah banyak dikupas metodologi mereka di dalam
bab sebelum ini berkaitan Metode Sahih Silam Dalam Syarah Hadis dan banyak
dikupas di dalam kitab-kitab Mustalah al-Hadith. Kebanyakannya merujuk
kepada penentuan kewujudan syarat-syarat sesuatu hadis itu sama ada ia boleh
diterima atau tidak atau sahih atau daif.

Berkemungkinan syarat keÊadilan dan hafalan bagi seseorang ulama hadis lebih
ketat dan kuat berbanding ulama yang lain, dan ini membawa kepada perbezaan
hukum dan amalan. Para ulama hadis bersepakat dalam menerima hadis yang
sahih dan menolak hadis yang terlalu daif, tetapi mereka berbeza pandangan
pada penentuan kewujudan syarat-syarat hadis sahih dan penentuan sesuatu
hadis itu sama ada ia terlalu daif atau tidak, juga perbezaan mereka terhadap
darjat perawi-perawi hadis.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 3 METODE SAHIH KONTEMPORARI DALAM SYARAH HADIS  71

SEMAK KENDIRI 3.3

1. Nyatakan proses yang dilakukan oleh ulama apabila terdapat dua


hadis yang bertentangan secara zahir.

2. Mengapakan perbezaan dari sudut kefahaman hadis boleh


membawa kepada perbezaan hukum sesuatu masalah?

3. Apakah syarat-syarat hadis sahih?

3.4 METODE ILMU AL-TAKHRIJ BAGI


MENENTUKAN KEABSAHAN HADIS DAN
SYARAH HADIS

AKTIVITI 3.3

Pengetahuan tentang darjat sesuatu hadis amat penting dalam


memastikan hadis-hadis yang disampaikan adalah berautoriti dan
dijadikan hujah. Kaji situasi masyarakat Malaysia yang hanya menerima
hadis tanpa mengetahui darjat atau kesahihannya.

Setiap kali kita menyelak sesebuah buku yang berunsurkan Islam, sudah pasti
dimuatkan di dalamnya beberapa buah hadis Rasulullah s.a.w. Ia bertujuan
untuk mengukuhkan hujah atau sebagai dalil kepada sesuatu permasalahan.

Tetapi kadang kala kita akan menjumpai beberapa hadis yang dinyatakan di
dalam karya yang tidak diketahui akan darjatnya. Bagi seseorang yang
mementingkan keabsahan sesuatu hujah, sudah pasti keadaan seperti ini agak
menggusarkan kerana kita tidak mengetahui kekuatan hujah dan dalil yang
digunakan bagi menentukan sesuatu hukum.

Pengetahuan tentang sumber atau kedudukan hadis dan darjatnya memerlukan


kita mendalami ilmu al-Takhrij. Ilmu yang menekankan pengetahuan tentang
asal usul sesuatu hadis, kekuatan para perawinya dan syarat-syarat yang
diletakkan oleh pengarang kitab hadis tersebut. Maka, marilah sama-sama kita
mengenal ilmu takhrij dan kepentingannya.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


72  TOPIK 3 METODE SAHIH KONTEMPORARI DALAM SYARAH HADIS

3.4.1 Pengertian Ilmu Al-Takhrij dan Kepentingannya


Pengkaji dan pakar-pakar hadis di zaman ini memberikan definisi al-takhrij al-
hadith dengan makna berikut.

Al-Takhrij menyandarkan hadis kepada imam-imam yang mengeluarkannya,


perbincangan tentangnya setelah mengkaji tentang keadaannya (kuat atau
lemah dari sudut matan) dan keadaan perawi-perawinya (Abu Bakr ÂAbd al-
Samad bin Bakr, 2001).

Al-Takhrij merangkumi yang berikut:


(a) Hendaklah al-takhrij itu daripada kitab-kitab imam-imam ahli hadis;
(b) Mengandungi perbincangan tentang darjat hadis dari sudut diterima atau
ditolak; dan
(c) Penyandaran sesuatu hadis itu kepada sumbernya hendaklah jelas dan
mudah untuk dirujuk kepada sumbernya yang asal.

Imam Muslim ada menyatakan di dalam mukadimah Kitab Sahihnya seperti


yang berikut.

Maksudnya:
Bab kewajipan meriwayatkan daripada golongan yang thiqah dan meninggalkan
periwayatan golongan pendusta serta amaran daripada mendustai Rasulullah
s.a.w.: Ketahuilah, semoga kamu diberi tawfiq oleh Allah, sesungguhnya
menjadi kewajipan bagi setiap orang untuk membezakan di antara riwayat-
riwayat yang sahih dan riwayat yang daif, perawi-perawi yang thiqah daripada
perawi-perawi yang dituduh (berdusta) supaya tidak meriwayatkan
daripadanya (hadis-hadis) kecuali yang diketahui kebenaran tempat sumbernya,
bebas perawi-perawinya (dari sebarang tuduhan yang boleh melemahkan hadis),
dan mengelakkan daripada mengambil daripada orang yang dituduh (berdusta)
dan yang ingkar dari kalangan ahli bidaah.

(Al-Imam Muslim, Muslim bin al-Hajjaj, Sahih Muslim, Muqaddimah: Wujub


Riwayah ÂAn al-Thiqat)

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 3 METODE SAHIH KONTEMPORARI DALAM SYARAH HADIS  73

Prof Dr Yusuf al-Qaradawi menyatakan di dalam bukunya Kaifa NataÊamal MaÊa


al-Sunnah al-Nabawiyyah:Ê MaÊalim wa Dawabid:

Prinsip-prinsip asas di dalam berurusan dengan al-Sunnah ialah dengan


memastikan kebenaran dan kesahihan al-Sunnah berdasarkan timbangan
keilmuan yang mendalam yang telah digariskan oleh para ulama, merangkumi
sanad dan matan sama ada sunnah berbentuk perkataan, perbuatan dan
pengakuan (Al-Qaradawi, 1991).

Ungkapan yang dinyatakan oleh Imam Muslim dan Prof Dr Yususf al-Qaradawi
jelas menunjukkan kewajipan mengguna dan berhujah dengan hadis-hadis yang
pasti kebenarannya. Para penuntut ilmu agama yang tidak lari daripada
berhujah dengan hadis-hadis Rasulullah s.a.w. seharusnya sudah menyematkan
di dalam diri mereka akan kepentingan mempelajari ilmu berkaitan dengan
hukum hadis Rasulullah s.a.w.

Di antara kepentingan mempelajari ilmu al-takhrij adalah (Abu Bakr ÂAbd al-
Samad bin Bakr, 2001):

(a) Memastikan kesahihan hadis dan mengetahui darjatnya mengikut


timbangan ahli hadis;

(b) Mengetahui penambahan dan pengurangan yang berlaku di dalam matan


hadis, lantas akan menghasilkan pengetahuan tentang lafaz yang sahih
atau syaz atau munkar atau mudraj;

(c) Mengetahui lafaz dan bentuk yang pelbagai bagi riwayat hadis yang mana
membantu proses pengeluaran hukum daripada hadis;

(d) Membetulkan nas hadis yang berlaku padanya penyelewengan, kesalahan


atau kesilapan dan seterusnya sampai kepada nas yang sahih;

(e) Membetulkan nama-nama para perawi dalam sanad, menentukan nama


yang tidak sempurna atau tidak pasti kebenarannya serta bacaan nama
yang sebenar; dan

(f) Faedah yang kembali kepada orang yang mempraktikkan ilmu al-takhrij ini
dengan terbinanya kemampuan dan kemahiran mengenal pasti nas yang
sahih dan sebagainya.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


74  TOPIK 3 METODE SAHIH KONTEMPORARI DALAM SYARAH HADIS

SEMAK KENDIRI 3.4

1. Huraikan maksud sebenar ilmu al-takhrij.

2. Apakah kepentingan ilmu al-takhrij pada zaman ini?

 Kitab-kitab hadis yang disusun oleh para ulama memiliki metodologi yang
tersendiri yang sepatutnya difahami agar dapat memudahkan penggunaan
dan mendapat manfaat daripadanya.

 Kitab Sahih al-Bukhari dan Sahih Muslim telah disepakati oleh seluruh
ulama dan masyarakat Islam sebagai kitab hadis yang terbaik dan memiliki
syarat yang kuat dan kukuh dalam pemilihan hadis sahih.

 Al-Sunan al-ArbaÊah atau Ashab al-Sunan tidak mengkhususkan kitab-kitab


mereka dengan hadis-hadis sahih sahaja, malah terdapat di dalamnya hadis
sahih, hasan, daif serta juga beberapa hadis yang dihukumkan sebahagian
ulama sebagai palsu.

 Kesemua al-Kutub al-Sittah (Sahih al-Bukhari, Sahih Muslim, Sunan Abi


Daud, JamiÊ al-Tirmizi, Sunan al-Nasai dan Sunan Ibn Majah) sudah pun
disyarahkan hadis-hadisnya oleh para ulama. Bagi memastikan para
penuntut ilmu memahami hadis-hadis, mereka mestilah merujuk kitab-kitab
tersebut dan berpandukan pandangan ulama.

 Antara kitab-kitab yang turut membantu kita memahami hadis Nabi s.a.w.
adalah kitab Gharib al-Hadith, Mukhtalaf al-Hadith dan kitab Syuruh al-
Hadith. Di samping kitab-kitab lain yang turut menyumbang ke arah
kefahaman hadis Nabi s.a.w.

 Setiap hadis yang kelihatan bertentangan secara zahirnya perlu diselesaikan


dengan pandangan para ulama agar tidak menimbulkan keraguan terhadap
hadis Nabi s.a.w. Ulama telah meletakkan garis panduan dalam berhadapan
dengan percanggahan hadis-hadis Nabi s.a.w. Kita hendaklah merujuk
pandangan mereka di samping menambah ilmu pengetahuan.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 3 METODE SAHIH KONTEMPORARI DALAM SYARAH HADIS  75

 Wujudnya khilaf di kalangan ulama berkaitan dengan hadis Nabi s.a.w.


adalah merujuk kepada beberapa faktor. Faktor-faktor ini terarah kepada
hadis dan syarat-syarat sahihnya. Begitu juga pemahaman ulama dan
kewujudan hadis di sisinya.

 Ilmu al-takhrij penting untuk mengetahui tentang darjat sesuatu hadis.

Al-JamÊu Gharib al-Hadith


Al-Kutub al-Sittah Khilaf
Al-Sunan al-ArbaÊah Metodologi
Al-Takhrij Mukhtalaf al-Hadith
Al-Tarjih Nasikh wa Mansukh
Al-Tawaqquf Penetapan
Al-Tawfiq Syuruh al-Ahadith

Al-ÂAsqalani, Ibn Hajar. (t.t.). Nuzhah al-Nazar Syarah Nukhbah al-Fikr. Beirut:
Dar al-Kutub al-ÂIlmiyyah.

Al-Qaradawi, Yusuf. (1991). Al-Madkhal Li Dirasat al-Sunnah al-Nabawiyyah.


Kaherah: Maktabah Wahbah.

Al-Zahrani, Muhammad bin Matar. (1996). Tadwin al-Sunnah al-Nabawiyyah.


Riyadh: Dar al-Hijrah li al-Nasyr wa al-TawziÊ.

Ali ÂAbid, Abu Bakr ÂAbd al-Samad bin Bakr. (2001). Al-Madkhal Ila Takhrij al-
Ahadith wa al-Athar wa al-Hukm ÂAlaih. Madinah Munawwarah.

Faisal Ahmad Shah, Mohd Khafiz Soroni, & Rosni Wazir. (2010). Manhaj al-
Muhaddithin: Metode dan Pendekatan Sarjana Hadith. Kuala Lumpur:
Jabatan al-Quran dan al-Hadith UM.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


76  TOPIK 3 METODE SAHIH KONTEMPORARI DALAM SYARAH HADIS

Norzulaili Mohd Ghazali, Rabiatul Addawiyyah Mohd, & Mohd Zohdi Mohd
Amin. (2007). Perbezaan penerimaan dan pemahaman hadis: Kesannya
terhadap ikhtilaf fuqaha. Nilai: Kertas Kerja Seminar Warisan Nabawi,
Fakulti Pengajian Quran dan Sunnah USIM.

Rohaizan Baru, Ahmad Fauzi Hasan, & Zulkifli Mohd. (2007). Hadith-hadith
kontradiksi dalam konteks kontemporari penyelesaian tawfiq satu pilihan.
Nilai: Kertas Kerja Seminar Warisan Nabawi, Fakulti Pengajian Quran dan
Sunnah USIM.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


Topik  Metode
4 Menyeleweng
Silam dalam
Syarah Hadis
HASIL PEMBELAJARAN
Pada akhir topik ini, anda seharusnya dapat:
1. Menerangkan makna dan pengertian hadis maudhu, hukum dan
sejarahnya;
2. Menghuraikan faktor-faktor dan jenis-jenis penyelewengan silam
dalam syarah hadis;
3. Mengenal pasti karya-karya ulama hadis berkaitan penyelewengan
hadis silam;
4. Membincangkan perbezaan tanda-tanda penyelewengan dalam
sanad dan matan; dan
5. Menjelaskan cara-cara mengatasi penyelewengan silam dalam
syarah hadis.

 PENGENALAN
Kita telah membincangkan secara panjang lebar mengenai metode asas syarah
hadis, metode sahih silam dan kontemporari dalam syarah hadis dalam topik-
topik yang lalu. Dalam topik ini, anda akan mempelajari mengenai
penyelewengan silam dalam syarah hadis. Antara topik utama yang akan dikupas
ialah penyelewengan silam dalam syarah hadis, faktor-faktor penyelewengan,
jenis-jenis dan tanda-tandanya serta kaedah mengatasi penyelewengan silam
dalam syarah hadis. Namun, sebelum kita membincangkan topik ini dengan

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


78  TOPIK 4 METODE MENYELEWENG SILAM DALAM SYARAH HADIS

terperinci, pernahkah anda mempelajari mengenai hadis maudhuÊ? Tahukah anda


apakah yang dimaksudkan dengan hadis maudhuÊ dan bilakah ia muncul?
Apakah faktor-faktor yang menyebabkan kemunculan hadis maudhuÊ ini? Adakah
penyelewengan syarah hadis silam mempunyai kaitan dengan munculnya hadis
maudhuÊ ini? Sejauhmanakah bahayanya penyelewengan syarah hadis dan hadis
maudhuÊ ini dalam kehidupan seorang Muslim? Kesemua persoalan ini akan
dikupas dalam topik ini. Selamat membaca!

AKTIVITI 4.1

Pengaruh hadis maudhuÊ semakin menular dalam masyarakat kita hari


ini. Sepanjang pengalaman anda mendengar kupasan syarahan agama,
khutbah Jumaat atau melalui bahan bacaan seperti buku-buku agama,
majalah atau suratkhabar, dapatkah anda mengesan wujudnya hadis
maudhuÊ dalam bahan-bahan tersebut? Secara berkumpulan, berikan dua
contoh hadis maudhuÊ yang pernah anda dapati daripada bahan-bahan
tersebut.

4.1 FAKTOR-FAKTOR PENYELEWENGAN


SILAM DALAM SYARAH HADIS
Menyentuh mengenai penyelewengan silam dalam syarah hadis, tajuk ini
sebenarnya tidak dibahaskan oleh ulama hadis secara langsung. Namun, apa
yang dibincangkan oleh ulama silam adalah penyelewengan yang berlaku dalam
hadis yang dikenali sebagai hadis maudhuÊ atau hadis palsu. Hal ini juga turut
diakui oleh Prof Dr Abu Lais Khair Abadi di UIAM dan Prof Madya Dr Najm
Abd Rahman Khalaf di USIM yang mempunyai kepakaran dalam bidang hadis.
Berdasarkan temubual yang dibuat oleh penulis, kedua-dua ahli akademik ini
menyatakan bahawa penyelewengan silam dalam syarah hadis bertitik tolak
daripada kemunculan hadis maudhuÊ itu sendiri. Namun begitu, penyebaran
hadis maudhuÊ daripada menular dalam kitab syarah hadis dapat dikawal hasil
daripada langkah pencegahan yang dibuat oleh ulama silam bagi memastikan
kesucian hadis Nabi s.a.w. Walaupun demikian, bagi golongan atau mazhab
yang terpesong daripada ajaran ahli Sunnah wal Jamaah seperti golongan Syiah,
Khawarij dan Muktazilah. Mereka telah melakukan penyelewengan dalam kitab
syarah hadis mereka mengikut pegangan mazhab mereka. Justeru, dalam topik
ini anda akan mempelajari mengenai hadis maudhuÊ secara terperinci serta
perkara yang berkaitan dengannya.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 4 METODE MENYELEWENG SILAM DALAM SYARAH HADIS  79

4.1.1 Pengertian Hadis Maudhu’ dan Hukumnya


Apakah yang dimaksudkan dengan hadis maudhuÊ?

Dari segi bahasa, perkataan MaudhuÊ (‫ )موضوع‬dalam bahasa Arab diambil


daripada kata dasarnya wadaÊa (‫ )وضع‬yang membawa maksud letak dan
tinggalkan sesuatu atau melahirkan anak.

Dalam istilah pengajian ilmu hadis, hadis maudhuÊ bermaksud hadis dusta
yang direka dan dicipta oleh seseorang perawi dan disandarkan hadis
tersebut kepada Rasulullah s.a.w. secara dusta dan tidak benar.

Hukumnya adalah haram bagi seseorang meriwayatkan hadis maudhuÊ sama


ada ditulis di dalam kitab atau disebut dalam percakapan, melainkan apabila
disertakan dengan penjelasan mengenai kepalsuannya, kerana dengan
penjelasan tersebut akan menghilangkan kekeliruan pembaca atau pendengar
tentang kedudukannya sama ada hadis sahih atau palsu (Abdul Wahab Faid,
1980).

Ulama bersepakat menyatakan pendustaan terhadap Rasulullah s.a.w.


merupakan dosa besar dan menyebabkan pendustanya dianggap bersedia untuk
masuk neraka. Rasulullah s.a.w. melarang keras kepada sesiapa yang melakukan
pendustaan ke atasnya. Sabda Rasulullah s.a.w yang bermaksud:

Jangan kamu dustakan terhadapku, sesungguhnya sesiapa mendustakan


terhadapku, maka biarlah dia persiapkan tempatnya di neraka.
(Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim)

Hadis maudhuÊ terbahagi kepada dua:

(a) Pendusta meletakkan kata-kata daripada dirinya sendiri, kemudian


disandarkan kepada Rasulullah s.a.w. atau sahabat; dan

(b) Pendusta meletakkan kata-kata daripada sahabat atau tabiin, atau ahli
pujangga atau riwayat israiliyyat, kemudian disandarkan kepada
Rasulullah s.a.w. untuk menarik minat pendengar sekaligus menerimanya
(Abu Lais, 2009).

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


80  TOPIK 4 METODE MENYELEWENG SILAM DALAM SYARAH HADIS

4.1.2 Sejarah Penyelewengan Hadis


Sejarah penyelewengan hadis berlaku pada zaman awal Islam, iaitu seawal
zaman Rasulullah s.a.w. lagi. Dalam kitab Musykil al-Athar, diriwayatkan oleh
al-Tahawi daripada Buraydah yang melaporkan bahawa seorang lelaki pergi ke
sebuah perkampungan di pinggir Madinah, lalu dia menyampaikan bahawa
Rasulullah s.a.w. menyuruhnya memutuskan hukum tentang mereka
berdasarkan pendapat peribadinya (Al-Idlibi. 1983). Sedangkan Rasulullah s.a.w.
tidak pernah menyuruhnya memutuskan hukum kecuali dengan hukum Allah
s.w.t. dan rasulNya.

Namun begitu, pengkaji sejarah penyelewengan hadis hampir sepakat


menyatakan bahawa ia bermula sejak berlakunya krisis politik antara Ali dan
MuÊawiyah. Menurut Mustafa SibaÊi (1998) krisis tersebut merupakan
penyumbang besar kepada pemalsuan hadis, dan beliau meletakkan tahun 40H
sebagai tahun bermulanya penyelewengan hadis secara meluas.

4.1.3 Faktor-faktor Penyelewengan Silam dalam


Hadis
Terdapat beberapa faktor utama yang menyumbang kepada penyelewengan
dalam hadis seperti berikut.

(a) Faktor Agama


Faktor agama merupakan faktor utama berlakunya penyelewengan dalam
hadis (Abu Lais, 2009). Faktor agama berlaku lahir dari perasaan dendam
dan dengki penganut agama lain seperti agama Yahudi, Nasrani dan
Majusi untuk merosakkan akidah umat Islam. Antara yang mereka lakukan
ialah dengan cara menyelewengkan hadis dan menerapnya ke dalam
warisan Islam. Penyelewengan ini berlaku hampir dalam semua perkara
dalam Islam seperti dalam hal-hal akidah yang berkaitan dengan
ketuhanan dan alam ghaib.

Mereka mencipta hadis-hadis untuk mengaburkan ajaran-ajaran Islam dan


untuk menikam Islam dari belakang. Mereka melakukan demikian kerana
tidak mampu untuk melawan Islam secara terang-terangan, maka mereka
lakukan secara halus. Apa yang lebih membahayakan lagi, hadis-hadis
palsu ini telah meresap masuk ke dalam kitab-kitab tafsir yang dinamakan
sebagai riwayat Israiliyyat tanpa sebarang penjelasan dan ulasan mengenai
bahayanya hadis palsu tersebut.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 4 METODE MENYELEWENG SILAM DALAM SYARAH HADIS  81

(b) Faktor Politik


Krisis politik yang membabitkan dua kumpulan umat Islam, Ali dan
Muawiyah, yang mendakwa masing-masing berada di pihak yang benar
meyumbang kepada kelahiran hadis maudhuÊ. Penyokong setiap kumpulan
mempunyai kecenderungan memalsukan hadis bagi menunjukkan
kebenaran pihak masing-masing dan kelebihan pemimpinnya, sekali gus
merendah-rendahkan kumpulan dan pemimpin pihak lawan. Golongan
Syiah yang menyokong Ali mempunyai perbendaharaan hadis maudhuÊ
dengan jumlah yang sangat besar. Mereka memalsukan hadis tentang
kelebihan Ali dan kumpulannya. Begitu juga yang berlaku di pihak
Muawiyah, penyokong Muawiyah juga tidak ketinggalan memalsukan hadis
dengan cara mengagungkan Muawiyah dan penyokongnya.

(c) Faktor Mazhab


Perbezaan pendapat atau mazhab di kalangan ulama adalah sesuatu yang
tabii. Ia berpunca daripada dalil-dalil itu sendiri yang berbeza dari segi
kekuatan dan kelemahannya. Kepelbagaian mazhab dalam agama Islam
merupakan rahmat bagi umatnya. Namun, bagi penganut fanatik sesuatu
mazhab yang tidak mampu mengawal emosi diri, mereka telah
menyelewengkan hadis dan mencipta hadis palsu bagi mengukuhkan
pendapat dan mazhab pegangannya. Keadaan ini telah menyumbang
kepada kemunculan penyelewengan hadis. Walaupun begitu, pengasas
mazhab tidak ada kena mengena dengan pemalsu ini kerana mazhab itu
diasaskan atas prinsip-prinsip yang sah sebagai seorang mujtahid yang
cukup syarat dan mampu berijtihad.

Menurut pengkaji hadis masa kini, Syeikh Syuaib al-Arnaout, penggunaan


hadis-hadis dhaif boleh membawa kepada sikap al Ghuluw (melampau)
dalam agama dan membanyakkan ibadah yang menyusahkan dan ini telah
menghilangkan gambaran sebenar tentang mudahnya Islam (Ibn Muflih,
t.t.).

Pemalsu-pemalsu hadis dari faktor ini mempunyai pelbagai latarbelakang


dan tahap keilmuan; ada yang tinggi dan ada yang rendah, ada yang
niatnya suci dan ada yang kotor. Sebagai contoh, Ibn Hajar al-Asqalani ada
menulis riwayat hidup seorang pemalsu hadis bernama Muhammad Ibn
Ukkasyah al-Kirmani (Ibn Hajar, 1988):

Penama ini seorang yang berpewatakan mulia, selalu menangis apabila


membaca al-Quran. Orang ramai terasa denyutan jantungnya apabila dia
memimpin solat. Tetapi dia seorang yang banyak meriwayatkan hadis-
hadis palsu. Beliau memalsukan hadis: „barangsiapa mengangkat
tangannya ketika rukuk maka batal solatnya‰.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


82  TOPIK 4 METODE MENYELEWENG SILAM DALAM SYARAH HADIS

(d) Faktor Kempen


Faktor kempen ini dipelopori oleh ahli ibadat yang terkenal dengan
kezuhudannya, tetapi terjebak dalam kegiatan penyelewengan hadis
dengan niat baik supaya orang kembali kepada Allah s.w.t. dan
meninggalkan amalan-amalan keji dan mungkar. Mereka beranggapan
bahawa berdusta terhadap Nabi Muhammad s.a.w. berdosa sekiranya ia
membawa atau menambahkan maksiat dan kemungkaran. Adapun
sekiranya ia membawa kepada kebaikan dan menguntungkan Islam maka
tidak ada salahnya berdusta, sekalipun terhadap Nabi Muhammad s.a.w.

Golongan ini paling berbahaya kepada agama kerana perwatakannya yang


baik dan alim menjadi senjata untuk menghalalkan perbuatannya yang keji.
Al-Suyuti ada memberikan beberapa contoh pemalsu hadis yang didorong
oleh faktor ini, antaranya Abu ÂIsmat Nuh Ibn Abu Maryam yang
memalsukan hadis tentang kelebihan surah-surah al-Quran. Apabila
ditanya mengapa dia berdusta pada riwayatnya, dia menjawab (Al-Suyuti,
1989):

Kerana orang ramai berpaling tadah daripada al-Quran, mereka lebih


berminat kepada fikah Imam Abu Hanifah dan maghazi Ibn Ishaq, lalu
aku ciptakan hadis semata-mata kerana mengharapkan keredaan Allah
s.w.t.

(e) Faktor Keduniaan


Terdapat golongan manusia yang cintakan dunia dan sanggup
menggadaikan agama demi kepentingan dunia. Tujuan utamanya adalah
untuk mendapat kemewahan dan kesenangan hidup di dunia walaupun
sanggup menjual maruah agama dengan melakukan pembohongan ke atas
Rasulullah s.a.w. Dalam faktor keduniaan ini, anda akan mendapati
bahawa pemalsu hadis menggunakan beberapa strategi untuk mencapai
matlamat keduniaan, antaranya ialah:

(i) Mengampu Golongan Pemerintah


Golongan ini sanggup mencipta dan menyelewengkan hadis bagi
membodek orang kenamaan dan pemimpin untuk mencari habuan
dan faedah untuk diri mereka. Sejarah turut merakamkan beberapa
individu yang pernah menawarkan dirinya untuk mencipta hadis
bagi mengangkat seseorang tokoh dan sekaligus memburuk-
burukkan kumpulan lawan, seperti yang berlaku kepada Muqatil Ibn
Sulaiman al-Khurasani yang menawarkan dirinya kepada al-Mahdi
untuk mencipta hadis yang memuji-muji khalifah al-ÂAbbas (Al-
Suyuti, 1989).

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 4 METODE MENYELEWENG SILAM DALAM SYARAH HADIS  83

Mereka sanggup mengampu raja dan golongan tertentu untuk


mencari nama dan pangkat. Perbuatan mereka ini dicatat oleh
pengarang-pengarang kitab Rijal, Mustolah dan MawduÊat, antaranya
riwayat hidup Ghiyath Ibn Ibrahim al-NakhaÊi yang selalu keluar
masuk istana al-Mahdi untuk mencipta hadis bagi menyokong
kegiatan negatif yang dilakukan oleh khalifah al-Mahdi (Abu Lais,
2009).

(ii) Menjadi Tukang Cerita untuk Meraih Wang daripada Orang Ramai
Golongan pendusta hadis ini tanpa rasa malu sanggup menjadi
tukang cerita meriwayatkan hadis palsu yang direka-reka kepada
orang ramai bagi menimbulkan minat orang mendengar cerita-cerita
yang pelik untuk meraih habuan dunia. Golongan ini juga ada yang
terdiri daripada mereka yang berpura-pura menjadi alim, lalu
mencipta hadis bagi menunjukkan bahawa dia seorang yang berilmu
dan berpengetahuan luas. Apabila diselidiki ternyata mereka
mempunyai agenda tersendiri di sebalik kepura-puraannya menjadi
alim.

Ibn Jawzi ada melaporkan sebuah kisah yang sangat menarik melalui
sanadnya kepada Abu JaÊfar al-Tayalisi, katanya:

Pada suatu hari, Imam Ahmad Ibn Hanbal dan Yahya bin MaÊin
bersembahyang di salah sebuah masjid, tiba-tiba bangun seorang
penceramah agama, lalu membaca sebuah hadis kononnya
diriwayatkan daripada Imam Ahmad Ibn Hanbal dan Yahya bin
MaÊin dengan sanad mereka daripada Anas Ibn Malik bahawa
barangsiapa mengucap la ilaha illa Allah, nescaya dikurniakan
seekor burung, paruhnya emas dan bulunya permata intan. Setelah
selesai ceramah, orang ramai menghulurkan wang yang cukup
banyak kepadanya.

Imam Ahmad dan Yahya Ibn MaÊin yang kebetulan hadir pada ketika
itu terkejut apabila nama mereka disebut sebagai periwayat hadis
palsu itu, lalu tercengang-cengang melihat antara satu sama lain dan
segera menemui penceramah berkenaan. Penceramah itu segera
datang kerana menyangka mereka akan memberi wang kepadanya.
Lalu mereka bertanya: „Dari manakah kamu mengambil hadis itu?
Saya sebenarnya Yahya Ibn MaÊin‰, kata Yahya. „Dan saya
sebenarnya Ahmad Ibn Hanbal‰, kata Imam Ahmad. Jawab
penceramah itu: „Bukan hanya kamu bernama Yahya dan Ahmad.
Aku mempunyai 17 orang bernama Yahya Ibn MaÊin dan Ahmad Ibn
Hanbal‰ (Shakir, 1997).

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


84  TOPIK 4 METODE MENYELEWENG SILAM DALAM SYARAH HADIS

(iii) Meraih Keuntungan dalam Perniagaan


Golongan ini pula sanggup menyeleweng hadis untuk tujuan
ekonomi dengan memalsukan hadis tentang kelebihan sesuatu barang
yang dijual seperti menceritakan kelebihan kayu koka, buah terung,
kacang dal, mentimun, buah delima, anggur dan sebagainya. Ini
dilakukan bagi melariskan barang jualan mereka (Mohd Radzi
Othman, 2008).

Antaranya hadis palsu yang diriwayatkan oleh Muhammad bin Hajjaj


al-Lakhmiy al-Wasitiy menceritakan mengenai makanan harisah
(bubur daripada gandum yang dikisar dengan daging) bahawa Jibril
a.s. telah memberikan Nabi s.a.w. harisah untuk menguatkan
belakang Nabi s.a.w. untuk mengerjakan qiamullail. Hakikatnya
pereka hadis palsu ini iaitu Muhammad bin Hajjaj al-Lakhmiy
merupakan seorang penjual harisah.

Kesimpulannya, sindiket penyelewengan dan pemalsuan hadis ini diketahui


melalui catatan sejarah yang ditulis oleh para muhaddisin di dalam kitab-kitab
Rijal, Mustolah dan MawdhuÊat. Kemana perginya hadis-hadis ini? Setakat yang
dapat dikesan oleh para muhaddisin, sebahagiannya diserap masuk ke dalam
kitab-kitab tafsir, tasawwuf, targhib wa tarhib dan pelbagai kitab warisan Islam
seperti sejarah, kisah anbiya dan lain-lain.

4.2 JENIS-JENIS PENYELEWENGAN SILAM


DALAM HADIS

AKTIVITI 4.2

Penyumbang utama amalan bidaah dalam masyarakat Melayu hari ini


adalah daripada hadis-hadis palsu. Bersama rakan anda, sila dapatkan
lima contoh amalan bidaah dalam masyarakat kita serta hadis palsu yang
meriwayatkannya. Cadangkan langkah-langkah yang anda fikirkan
sesuai bagi membersihkan ajaran Islam daripada amalan bidaah yang
disebabkan hadis palsu ini?

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 4 METODE MENYELEWENG SILAM DALAM SYARAH HADIS  85

4.2.1 Penyelewengan Silam dalam Hadis oleh


Mazhab yang Terpesong dari Ajaran Ahli
Sunnah Wal Jamaah
Perpecahan di kalangan umat Islam membawa kepada kewujudan kumpulan-
kumpulan yang menyeleweng dalam politik, aqidah, feqah dan sebagainya.
Selepas pembunuhan Sayyidina Uthman, fitnah di kalangan umat Islam semakin
memuncak. Umat Islam pada masa itu mula berpecah kepada beberapa
kumpulan seperti kumpulan yang ingin menuntut bela di atas kematian Uthman
r.a. dan kumpulan yang menyokong Sayyidina Ali (Syiah). Selepas peperangan
Siffin, muncul pula beberapa kumpulan yang lain seperti kumpulan Khawarij
dan kumpulan yang menyokong Sayyidina Muawiyah (Ijjaj Khatib, 1989).

Selepas itu perpecahan umat Islam semakin merebak pula kepada perpecahan
dalam perkara-perkara yang berkaitan dengan aqidah. Hasil daripada itulah,
munculnya kumpulan-kumpulan yang lain lagi seperti Murjiah, Qadariyah,
Jahmiyyah dan lain-lain lagi. Seterusnya pula umat Islam berpecah kepada
pelbagai mazhab feqah di mana secara tidak langsung telah mencetuskan
wujudnya hadis-hadis maudhuÊ.

Perpecahan ini telah memberi kesan yang besar ke arah penciptaan hadis-hadis
maudhuÊ. Hal ini telah menyebabkan golongan-golongan yang cetek iman
berasakan perlu dicipta kata-kata yang dapat menunjukkan kelebihan dan
kekuatan kumpulan masing-masing dan pemimpin-pemimpin mereka. Hasil
daripada inilah munculnya hadis-hadis maudhuÊ yang menyebutkan kelebihan
tentang kumpulan masing-masing dan juga pemimpin-pemimpin mereka
(Abdul Fatah Abu Ghudah, 1995).

Antara penyelewengannya adalah seperti berikut:

(a) Hadis-hadis berhubung kelebihan Saidina Ali bin Abi Talib r.a. yang
dipalsukan oleh puak Rafidhah/Syiah. Menurut al-Hafiz Abu YaÊla al-
Khalili dalam kitab Irsyad: „Golongan al-Rafidhah telah memalsukan lebih
kurang tiga ratus ribu hadis berhubung kelebihan Ali bin Abi Talib dan ahli
bayt‰.

(b) Keadaan ini meyebabkan sebahagian daripada pengikut-pengikut


kumpulan lain yang jahil seperti golongan yang ingin membela Saidina
Abu Bakar, Umar, Uthman dan Muawiyah, turut mencipta hadis-hadis
maudhuÊ bagi menonjolkan kelebihan pemimpin-pemimpin mereka dan
seterusnya menandingi kelebihan-kelebihan yang telah dicipta oleh

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


86  TOPIK 4 METODE MENYELEWENG SILAM DALAM SYARAH HADIS

kumpulan yang lain. Antara hadis-hadis maudhuÊ yang dicipta ialah


seperti berikut:

(i) „Sesungguhnya Allah s.w.t. akan mendedahkan dirinya pada hari


Kiamat kepada manusia secara umum tetapi kepada Abu Bakar
secara khusus‰;

(ii) „Tidak ada sesuatu pun yang dicurahkan dalam dadaku kecuali turut
dicurahkan ke dalam dada Abu Bakar‰;

(iii) „Rasulullah apabila baginda rindu kepada syurga, baginda mencium


uban Abu Bakar‰;

(iv) „Aku dan Abu Bakar adalah seperti dua ekor kuda yang
dipertaruhkan untuk perlumbaan‰; dan

(v) „Tatkala Allah mahu memilih roh-roh, Allah telah memilih roh Abu
Bakar‰.

(c) Begitu juga dengan kemunculan kumpulan-kumpulan yang berkaitan


dengan ilmu kalam daripada kalangan Ahli Sunnah, Muktazilah, Murjiah,
Jabariyah, Jahmiyyah, Karamiyah dan sebagainya. Kesan daripada ini,
golongan-golongan yang mementingkan hawa nafsu di dalam kumpulan
masing-masing cuba untuk menguatkan pegangan mereka dengan
mencipta hadis-hadis maudhuÊ dan sekaligus menolak pegangan
kumpulan yang lain. Antara hadis-hadis yang dicipta dalam hal ini adalah
seperti: „Iman itu adalah ucapan dan amalan, akan bertambah dan
berkurangan‰. Walaubagaimanapun maksud ucapan ini adalah benar
sebagaimana yang diijmakkan oleh salaf tetapi lafaznya adalah rekaan di
atas nama Nabi s.a.w. (Al-Manar al-Munif, 1970). Golongan yang
berpendapat sebaliknya pula mencipta hadis yang lain seperti: „Iman itu
adalah ucapan dan amalan itu adalah syariatnya, tidak akan bertambah
dan berkurangan‰.

(d) Imam-imam keempat-empat mazhab juga tidak terlepas daripada sikap


fanatik sebahagian daripada pengamal mazhab mereka. Ada sebahagian
daripada mereka yang mencipta hadis maudhuÊ bagi menunjukkan
mazhab mereka adalah mazhab yang diakui oleh Rasulullah s.a.w. sendiri.
Ibnu Qayyim mengatakan antara hadis yang dicipta oleh pereka-pereka
hadis ialah hadis berkenaan dengan kelebihan Imam Abu Hanifah dan
Imam Syafie dengan disebut secara jelas nama mereka berdua (Al-Manar
al-Munif, 1970). Begitu juga dicipta hadis-hadis yang dapat menguatkan
pendapat mazhab masing-masing seperti hadis (Abdul Fatah Abu
Ghuddah, 1995):

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 4 METODE MENYELEWENG SILAM DALAM SYARAH HADIS  87

(i) „Berkumur-kumur, memasukkan air ke dalam hidung bagi orang


yang berjunub sebanyak tiga kali itu adalah wajib‰;

(ii) „Jibril menjadi imam kepada aku dekat kaabah lalu dia menguatkan
bacaan bismillahir rahmanir rahim‰; dan

(iii) „Sesiapa yang mengangkat tangannya ketika mahu rukuk dan ketika
selepas mengangkat kepala daripada rukuk, maka tidak ada
sembahyang baginya‰.

4.2.2 Jenis-jenis Penyelewengan Silam Hadis


Selain daripada contoh penyelewengan hadis dalam mazhab yang terpesong
daripada ajaran ahli Sunnah wal Jamaah seperti golongan Syiah, Khawarij dan
sebagainya, hadis palsu ini juga terdapat dalam perkara-perkara berikut:

(a) Hadis-hadis berhubung kelebihan akal;

(b) Hadis-hadis yang menyebut al-Khidir masih hidup;

(c) Hadis-hadis yang ditolak oleh hadis-hadis yang sahih;

(d) Hadis-hadis berhubung fadilat solat pada siang dan malam dalam
seminggu. Begitu juga hadis-hadis berkaitan solat al-Raghaib yang
dilakukan pada malam jumaat pertama di awal bulan;

(e) Hadis-hadis berhubung fadilat solat malam nisfu Syaaban;

(f) Hadis-hadis yang menghina warga Habsyah, Sudan, Turki, al-Khusyan dan
golongan al-Mamalik;

(g) Hadis-hadis berkenaan kelebihan burung merpati (tiada satu pun yang
sahih);

(h) Hadis-hadis berhubung kelebihan memelihara ayam;

(i) Hadis-hadis yang menghina anugerah anak;

(j) Hadis-hadis berhubung kelebihan bercelak, berhias, masak bubur dan


bersolat pada hari Asyura (tiada satu pun yang sahih melainkan hadis
menggalakkan berpuasa pada hari itu);

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


88  TOPIK 4 METODE MENYELEWENG SILAM DALAM SYARAH HADIS

(k) Hadis-hadis yang menyebutkan kelebihan surah-surah tertentu dalam al-


Quran dan ganjaran orang yang membacanya daripada awal sehingga
akhir sebagaimana yang disebut oleh al-ThaÊlabiy dan al-Wahidiy pada
setiap awal surah dan yang disebut oleh al-Zamakhsyariy di akhir setiap
surah. Menurut Abdullah bin Mubarak: „Saya beranggapan golongan
zanadiqah yang merekakannya‰;

(l) Hadis-hadis berhubung kelebihan Saidina Abu Bakar r.a. yang dipalsukan
oleh golongan yang jahil seperti hadis yang menyebut apabila Allah s.w.t.
mencipta roh, maka Allah s.w.t. memilih roh Abu Bakar. Begitu juga hadis
yang mengkhabarkan Allah s.w.t. bertajalli kepada Abu Bakar r.a. pada
hari Kiamat secara khusus;

(m) Hadis-hadis berhubung kelebihan Imam Abu Hanifah dan al-SyafiÊe yang
menyebut nama kedua-duanya dengan jelas; dan

(n) Hadis-hadis yang menyebut iman bertambah dan berkurang dan


sebaliknya, semuanya adalah palsu, ia bukan hadis yang bersumberkan
Rasulullah s.a.w. Walau bagaimanapun, kata-kata itu adalah benar dari
sudut maknanya dan merupakan ijmak para ulama salaf.

4.2.3 Karya-karya Ulama Berkaitan Penyelewengan


Hadis Silam
Selain daripada perkara-perkara yang dinyatakan di atas, terdapat juga cara lain
yang boleh membantu kita mengenal hadis palsu. Antaranya adalah dengan
membaca kitab-kitab karya ulama yang berkaitan dengan hadis palsu. Para
ulama telah mengumpulkan hadis-hadis palsu ini dalam karya-karya dan kitab-
kitab mereka. Kitab-kitab ini dapat membantu kita mengenal pasti
penyelewengan yang berlaku dalam hadis. Menerusinya juga kita dapat
mengetahui hadis-hadis yang telah dikenal pasti oleh para ulama sebagai palsu. .

Antara karya ulama tentang hadis-hadis palsu adalah seperti berikut:

(a) ‫ﺍﻟﺘﺬﻛﺮﺓ ﰲ ﺍﻷﺣﺎﺩﻳﺚ ﺍﳌﻮﺿﻮﻋﺔ‬


Karangan: Muhammad bin Tahir al-Maqdisi (wafat 507H)

(b) ‫ﺍﻷﺑﺎﻃﻴﻞ ﻭﺍﳌﻨﺎﻛﺮ ﺍﻟﺼﺤﺎﺡ ﻭﺍﳌﺸﺎﻫﲑ‬


Karangan: Abu Abdullah al-Husayn bin Ibrahim al-Juzqani (wafat 543H)

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 4 METODE MENYELEWENG SILAM DALAM SYARAH HADIS  89

(c) ‫ﺍﻟﻜﱪﻯ ﺍﳌﻮﺿﻮﻋﺎﺕ‬


Karangan: Ibn al-Jawziyy (wafat 597H)

(d) ‫ﺍﳌﻨﺎﺭ ﺍﳌﻨﻴﻒ ﰲ ﺍﻟﺼﺤﻴﺢ ﻭﺍﻟﻀﻌﻴﻒ‬


Karangan: Ibn Qayyim al-Jawziyyah (wafat 751H)

(e) ‫ﺍﻟﻶﱄ ﺍﳌﺼﻨﻮﻋﺔ ﰲ ﺍﻷﺣﺎﺩﻳﺚ ﺍﳌﻮﺿﻮﻋﺔ‬


Karangan: al-Suyuti (wafat 911H)

(f) ‫ﺗﻨﺰﻳﻪ ﺍﻟﺸﺮﻳﻌﺔ ﺍﳌﺮﻓﻮﻋﺔ ﻋﻦ ﺍﻷﺣﺎﺩﻳﺚ ﺍﳌﻮﺿﻮﻋﺔ‬


Karangan: Ibn Iraq al-Kinani (wafat 963H)

(g) ‫ﺳﻠﺴﻠﺔ ﺍﻟﻀﻌﻴﻔﺔ ﻭﺍﳌﻮﺿﻮﻋﺔ‬


Karangan: Muhammad Nasiruddin al-Albaniyy (wafat 1420H/1999)

SEMAK KENDIRI 4.1

1. Jelaskan pengertian hadis maudhuÊ serta hukum meriwayatkannya


berserta dalil.

2. Sebutkan faktor-faktor yang menyumbang kepada berlakunya


penyelewengan syarah hadis silam.

3. Jelaskan kaitan antara penyelewengan silam dalam syarah hadis


dengan kemunculan hadis maudhuÊ.

4.3 TANDA-TANDA PENYELEWENGAN SILAM


DALAM HADIS
Menurut salah seorang pengkaji hadis masa kini, Syeikh Abd. Fattah Abu
Ghuddah: „Hadis-hadis palsu itu telah memberi kemudaratan dalam pelbagai
aspek seperti aqidah, ibadah, akhlak, pemikiran dan sosial dan ia telah
mencemarkan kesucian Islam. Usaha untuk membebaskan diri daripada hadis-
hadis palsu ini sangat susah dan memerlukan kepada pembacaan yang
berterusan dan peringatan yang tidak putus‰ (Ali al-Qari, t.t.).

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


90  TOPIK 4 METODE MENYELEWENG SILAM DALAM SYARAH HADIS

Rajah 4.1: Tanda penyelewengan dalam sanad dan matan

Ibn Hajar al-Asqalani ada menyebut tentang tanda-tanda penyelewengan dalam


hadis, ia boleh dikenal pasti melalui dua kaedah, iaitu melalui kajian sanad dan
matan seperti dalam rajah berikut:

4.3.1 Tanda-tanda Penyelewengan dalam Sanad


Di antara tanda-tanda penyelewengan hadis menerusi kajian terhadap sanad
hadis adalah seperti berikut:

(a) Pengakuan dan ikrar pemalsu hadis itu sendiri bahawa dia telah
melakukan pemalsuan dalam hadis. Ia merupakan bukti yang kukuh
kerana berdasarkan pengakuan pelakunya sendiri. Namun pengakuan itu
diselidiki untuk melihat sejauhmana kebenarannya (Ibn Hajar, 1999);

(b) Perawinya adalah seorang yang dikenali sebagai pendusta. Kebiasaannya


hadis tersebut tidak akan diriwayatkan oleh perawi-perawi thiqah yang
lain; dan

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 4 METODE MENYELEWENG SILAM DALAM SYARAH HADIS  91

(c) Kenyataan perawi yang bercanggah dengan fakta. Secara tidak langsung
dan tanpa disedari, ia sebenarnya telah membuat pengakuan mendustakan
hadis. Sebagai contoh, apabila ia ditanya tentang diri syeikh yang
meriwayatkan hadis kepadanya, ia tidak dapat memberikan maklumat
yang betul berkenaan syeikh tersebut. Mungkin sebenarnya ia tidak pernah
berjumpa langsung dengan syeikh itu sama ada ia dilahirkan selepas
kematian syeikh tersebut ataupun perawi dan syeikh itu tinggal di tempat
yang berlainan dan tidak pernah bertemu.

4.3.2 Tanda-tanda Penyelewengan dalam Matan


Ibn Qayyim al-Jawziyyah telah menyenaraikan secara jelas dan terperinci
mengenai ciri-ciri untuk mengenal hadis palsu dalam kitab beliau al-Manar al-
Munif fi al-Sahih wa al-Dhaif. Kitab beliau ini cukup bermakna dan boleh
membantu dalam menilai matan-matan hadis palsu. Selain kitab tersebut,
terdapat kitab yang dikarang oleh Ibn Jawziyyah yang bernama MawduÊat.
Merujuk kepada kedua-dua kitab ini dan kitab-kitab lain berkaitan cara
mengecam kepalsuan dalam matan-matan hadis, dapatlah disenaraikan tanda-
tandanya seperti berikut:

(a) Matan Hadis Bercanggah dengan Nas al-Quran


Contohnya (Al-Dumaini, 1984):

‫ال يدخل ولد الزنا وال شيء من نسله إلى سبعة آباء الجنة‬
Maksudnya:
Anak zina tidak akan masuk syurga sampai tujuh keturunan.

Hadis ini bercanggah dengan firman Allah s.w.t. dalam surah al-AnÊam,
ayat 164:

∩⊇∉⊆∪ ... 4 3“t÷zé& u‘ø—Íρ ×οu‘Η#uρ â‘Ì“s? Ÿωuρ...


Maksudnya:
... dan seorang itu tidak akan menanggung dosa orang lain.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


92  TOPIK 4 METODE MENYELEWENG SILAM DALAM SYARAH HADIS

(b) Matan Hadis Bercanggah dengan Nas Hadis Sahih


Contohnya:

‫من رفع يديه في التكبير في التكبير فال صالة له‬


Maksudnya:
Sesiapa yang mengangkat kedua-dua tangannya ketika bertakbir, maka
tidak dikira solat untuknya (solatnya tidak sah).

Matan tersebut bertentangan dengan hadis-hadis sahih yang menyebut


Nabi Muhammad s.a.w. mengangkat kedua-dua tangan baginda semasa
bertakbir (Al-Dumaini, 1984).

(c) Matan Mengandungi Sesuatu yang Mustahil dan Ditolak Akal yang Waras
Contohnya (Al-Dumaini, 1984):

‫ خلق خيال‬،‫ ال من األرض وال من السماء‬:‫ يا رسول ﷲ مم ربنا؟ قال‬:‫قيل‬


‫فأجراھا فعرقت فخلق نفسه من ذلك العرق‬
Maksudnya:
Rasulullah ditanya, wahai Rasulullah, dari apakah Tuhan kita? Jawab
baginda: tidak dari bumi dan tidak juga dari langit. Dia menciptakan kuda
lalu dilarikannya sehingga kuda itu berpeluh, lalu dari peluh itu Dia
mencipta diri-Nya.

(d) Terdapat Unsur-unsur Janggal yang Membuktikan ia Bukan daripada


Hadis Nabi Muhammad s.a.w.
Ciri ini banyak terdapat pada matan-matan hadis palsu. Contohnya
(Al-Jawziyyah, 1970):

،‫ خاق ﷲ من تلك الكلمة طائراً له سبعون ألف لسان‬،‫من قال ال إله إال ﷲ‬
‫لكل لسان سبعون ألف لغة يستغفرون له‬
Maksudnya:
Sesiapa menyebut la ilaha illa Allah, Allah akan menjadikan daripada
kalimat tersebut seekor burung yang mempunyai 70 ribu lidah, setiap lidah
pula mempunyai 70 ribu bahasa yang semuanya memohon keampunan
Allah untuknya.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 4 METODE MENYELEWENG SILAM DALAM SYARAH HADIS  93

(e) Perasaan (yang Benar) Boleh Mengesani Kepalsuan dan Menolaknya


Contohnya:

‫الباذنجان شفاء من كل داء‬


Maksudnya:
Terung adalah penawar bagi setiap penyakit.

Bahkan matan ini juga bercanggah dengan ilmu dan kaedah perubatan.

(f) Matan Mengandungi Perkara-perkara yang Buruk dan Bahan Ketawa


Contohnya (Al-Jawziyyah, 1970):

‫ ولو يعلم بنو آدم ما في صوته الشتروا ريشه‬،‫ فإنه صديقي‬،‫ال تسبوا الديك‬
‫ولحمه بالذھب‬
Maksudnya:
Janganlah kamu mencela ayam kerana ia adalah temanku. Sekiranya anak
Adam tahu menilai keistimewaan suara ayam nescaya ia akan membeli
bulu dan dagingnya dengan tukaran emas.

(g) Matan Jelas Bercanggah dengan Sunnah


Contohnya (Al-Jawziyyah, 1970):

Hadis-hadis yang menyanjung orang yang bernama Ahmad atau


Muhammad di mana sesiapa yang namanya Ahmad atau Muhammad
tidak akan masuk neraka.

Hakikatnya, masuk atau tidaknya seseorang ke dalam neraka bukanlah


bergantung pada namanya, akan tetapi ia bergantung pada keimanannya.

(h) Matan Tidak Menyerupai Kata-kata Para Nabi, Lebih-lebih Lagi Kata-kata
Nabi Muhammad s.a.w. dan Bicara Para Sahabat
Contohnya (Al-Jawziyyah, 1970):

‫النظر إلى الوجه الجميل عبادة‬


Maksudnya:
Memandang kepada wajah yang cantik adalah satu ibadah.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


94  TOPIK 4 METODE MENYELEWENG SILAM DALAM SYARAH HADIS

(i) Matan Lebih Mirip kepada Nasihat dan Pandangan Tabib


Contohnya (Al-Jawziyyah, 1970):

‫أكل السمك يوھن الجسد‬


Maksudnya:
Memakan ikan boleh melemahkan tubuh badan.

4.3.3 Kitab-kitab yang Meriwayatkan Hadis Palsu


Anda telah pun mempelajari pengertian dengan hadis maudhuÊ, faktor-faktor
kemunculannya dan tanda-tandanya. Mungkin anda tertanya-tanya, kitab
apakah yang banyak meriwayatkan hadis-hadis maudhuÊ atau palsu ketika
mensyarahkan isi kandungannya? Tidak dinafikan bahawa penyebaran hadis
palsu ini masih terdapat dalam kitab-kitab agama seperti kitab tafsir, ilmu
tasawwuf, akhlak dan sebagainya. Di negara kita sendiri, masih terdapat
lambakan buku agama yang dipenuhi hadis palsu ini, malah dalam ceramah
agama, kuliah yang diberikan oleh mereka yang berkelulusan agama pun masih
tidak cermat dalam mengkaji kesahihan sesebuah hadis.

Setakat yang dapat dikesan oleh para ulama hadis, sebahagian hadis palsu ini
diserap masuk ke dalam kitab-kitab tafsir, tasawwuf, sejarah, kisah para nabi,
kitab akhlak, targhib dan tarhib dan lain-lain. Antara kitab tersebut ialah:

(a) Al-Kasyfu wa al-Bayan fi Tafsir al-Quran karya ThaÊlabi;


(b) Anwar al-Tanzil wa Asrar al-TaÊwil karya al-Baydhawi; dan
(c) Al-Kasysyaf Âan Haqaiq al-Tanzil wa Uyun al-Aqawil fi Wujuh al-TaÊwil
karya al-Zamakhsyari.

SEMAK KENDIRI 4.1

1. Nyatakan bidang ilmu agama yang banyak diserapi oleh anasir


hadis maudhuÊ.

2. Ibn Hajar al-Asqalani ada menjelaskan dua kaedah bagi mengenal


pasti tanda-tanda penyelewengan dalam hadis. Huraikan dua
kaedah tersebut dengan terperinci.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 4 METODE MENYELEWENG SILAM DALAM SYARAH HADIS  95

4.4 CARA-CARA MENGATASI


PENYELEWENGAN SILAM DALAM
SYARAH HADIS
Kita telah pun mempelajari betapa bahayanya kesan penyelewengan dalam
hadis. Malah, secara tidak langsung, ia mencemarkan kesucian hadis dan
membawa kesan yang amat buruk terhadap umat Islam. Justeru, ulama-ulama
hadis telah memainkan peranan yang sangat besar dalam mengatasi
penyelewengan hadis. Pelbagai usaha dan kaedah telah digunakan bagi
membasmi masalah ini. Secara amnya, ulama telah menggariskan dua kaedah
utama, iaitu kaedah pencegahan dan kaedah pembasmian. Apakah yang
dimaksudkan dengan dua kaedah tersebut? Mari kita lihat penjelasannya.

4.4.1 Kaedah Pencegahan


Pelbagai usaha telah dijalan oleh para ulama bagi mengatasi penyelewengan
yang berlaku dalam hadis. Antara langkah awal yang dijalankan oleh para ulama
ialah dengan menggunakan kaedah pencegahan. Pepatah ada menyebut
„mencegah lebih baik daripada merawat‰. Justeru, kaedah pencegahan ini
diambil bagi mengatasi masalah ini di peringkat akar umbi lagi. Antaranya, para
ulama hadis telah memperketatkan pengambilan dan periwayatan hadis kepada
pelajarnya.

Sebelum meriwayatkan hadis, pelajar-pelajar ini wajib melakukan kajian


terperinci terhadap sanad dan matan hadis, supaya sanad dan matan yang palsu
dapat dikenal pasti dari awal, sekaligus menolak terus periwayatannya. Selain
itu, pengambilan dan periwayatan hadis hanya dibenarkan ke atas para rijal
hadis yang benar-benar dikenali umum dalam bidang hadis bagi mengelakkan
berlakunya kesamaran dan penyelewengan dalam hadis. Dengan ini, periwayat
hadis yang tidak dikenali umum akan digugurkan dari senarai periwayatan
hadis. Secara tidak langsung, ia mencegah daripada bercampurnya antara hadis
sahih dan hadis palsu.

Langkah ini diambil sejak timbulnya penyelewengan hadis, iaitu pada zaman
pemerintahan Saidina Uthman bin Affan. Menurut Imam Muhammad bin Sirin:
„Pada awalnya mereka tidak pernah mempersoalkan tentang sanad sesebuah
hadis, namun apabila berlakunya fitnah mereka berkata: Namakan kepada kami
perawi-perawi hadis kamu, sekiranya ia daripada ahli sunnah maka kata-kata
mereka diambil, dan sekiranya ia daripada ahli bidaah, maka kata-kata mereka
ditolak (Abu Lais, 2009)‰.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


96  TOPIK 4 METODE MENYELEWENG SILAM DALAM SYARAH HADIS

Oleh yang demikian, para ulama hadis melarang keras pengambilan hadis dan
meriwayatkannya daripada para ahli bidaah, perawi-perawi yang lemah (dhoif)
dan juga dari para tukang cerita kerana golongan-golongan tersebut mempunyai
potensi besar untuk menyelewengkan hadis. Mereka juga tidak selayaknya
meriwayatkan hadis daripada Rasulullah s.a.w. Dengan kaedah pencegahan ini,
hadis Rasulullah s.a.w. dapat dipelihara kesuciannya dari sebarang
penyelewengan dan pendustaan.

4.4.2 Kaedah Pembasmian

Manakala kaedah kedua bagi mengatasi penyelewengan silam dalam hadis, ialah
kaedah pembasmian.

Dalam kaedah pembasmian penyelewengan hadis ini, para ulama hadis telah
menggariskan beberapa langkah pembasmian. Mari kita lihat pada Rajah 4.1 di
antara langkah-langkah pembasmian ini.

Rajah 4.2: Antara langkah-langkah pembasmian penyelewengan hadis

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 4 METODE MENYELEWENG SILAM DALAM SYARAH HADIS  97

 Penyelewengan silam dalam syarah hadis tidak dibahaskan oleh ulama hadis
secara langsung.

 Penyelewengan silam yang berlaku dalam hadis dikenali sebagai hadis


maudhuÊ atau hadis palsu.

 Penyelewengan silam dalam hadis berlaku disebabkan beberapa faktor,


antaranya faktor agama, politik, mazhab, kempen dan keduniaan.

 Penyebaran hadis maudhuÊ dapat dikawal daripada menular dalam kitab


syarah hadis melalui dua kaedah yang dilaksanakan oleh ulama silam iaitu
kaedah pencegahan dan pembasmian bagi memastikan kesucian hadis Nabi
s.a.w. terus terpelihara.

 Penyelewengan silam syarah hadis dapat dikesan melalui ajaran mazhab


yang terpesong daripada ajaran ahli Sunnah wal Jamaah seperti golongan
Syiah, Khawarij dan Muktazilah. Mereka telah melakukan penyelewengan
dalam kitab syarah hadis mereka supaya selari dengan ajaran mazhab
mereka.

 Sindiket penyelewengan dan pemalsuan hadis ini dapat diketahui melalui


catatan sejarah yang ditulis oleh para muhaddisin di dalam kitab-kitab Rijal,
Mustolah dan MawdhuÊat.

 Setakat yang dapat dikesan oleh para muhaddisin, sebahagian hadis


maudhuÊ diserap masuk ke dalam kitab-kitab tafsir, tasawwuf, targhib wa
tarhib dan pelbagai lagi kitab warisan Islam yang lain seperti sejarah, kisah
anbiya dan sebagainya.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


98  TOPIK 4 METODE MENYELEWENG SILAM DALAM SYARAH HADIS

Faktor penyelewengan Mustolah


Hadis maudhuÊ Penyelewengan silam
Hadis palsu Perawi hadis
Kaedah pembasmian Perawi palsu
Kaedah pencegahan Rijal hadis
Khawarij Sanad
Matan Syiah
MuÊtazilah

Abdul Fatah Abu Ghuddah. (1995). Lamhat Min Tarikh al-Sunnah wa ÂUlum al-
Hadith. Lubnan: Maktab MatbuÊat al-Islamiyyah.

Abdul Wahab Faid. (1980). Al-Dakhil fi Tafsir al-Quran al-Karim. Kaherah:


MatbaÊah al-Hadharah al-Arabiyyah.

Abu Lais, Muhammad al-Khair Abadi. (2009). Ulum al-Hadith: Asiluha wa


Muasiruha. Kuala Lumpur: Dar al-Syakir.

Al-Asqalaniy, Ahmad ibn Ali ibn Hajar. (1988). Lisan al-Mizan. Beirut: Dar al-
Fikr.

Al-Dumaini, Musfir. (1984). Maqayis Ibn Jawziyy fi Naqd Mutun al-Sunnah min
khilal Kitabihi al-MaudhuÊat. Jeddah: Dar al-Madaniyy.

Al-Idlibi, Salah al-Din, (1983). Manhaj Naqd al-Matn. Beirut: Dar al-Afaq al-
Jadidah.

Al-Suyuti. (1989). Tadrib al-Rawi. Beirut: Dar al-Kutub al-Ilmiyyah.

Fallatah, Umar bin Hasan bin Uthman. (t.t.). Al-WadÊu fi al-Hadis. Beirut:
Muassasah Manahil al-ÂIrfan.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 4 METODE MENYELEWENG SILAM DALAM SYARAH HADIS  99

Ibn Qayyim al-Jawziyyah, Muhammad bin Abu Bakar. (1994). Al-Manar al-
Munif fi al-sahih wa al-dhaif. Halab: Maktab MatbuÊat al-Islamiyyah.

Muhammad Ijjaj Khatib. (1989). Usul al-Hadis: Ulumuhu Wa Mustolahuhu.


Beirut: Dar al-Fikr.

SibaÊi, Mustafa. (1998). Al-Sunnah wa Makanatuha fi al-TasyriÊ al-Islami. Beirut:


Al-Maktab al-Islami.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


Topik  Metode
5 Menyeleweng
Kontemporari
dalam Hadis
HASIL PEMBELAJARAN
Pada akhir topik ini, anda seharusnya dapat:
1. Menerangkan penyelewengan kontemporari yang berlaku di dalam
hadis;
2. Menghuraikan penyelewengan hadis yang berlaku kerana kurang
maklumat mengenai ilmu takhrij;
3. Mengenal pasti penyelewengan hadis yang berlaku kerana tidak
memahami metode ahli fikah; dan
4. Membincangkan penyelewengan hadis yang berlaku kerana tidak
memahami metode usul fikah.

 PENGENALAN
Prof Dr Abu Layth (2005) telah menukilkan daripada Munir al-BaÊlabaki
berkenaan pemodenan dalam agama. Al-BaÊlabaki berkata: Ia berlaku atas
kepercayaan bahawa perkembangan ilmu pengetahuan di zaman moden
memerlukan kepada penafsiran semula ilmu-ilmu agama yang klasik selari
dengan prinsip dan falsafah moden yang ada.

Bagi mereka yang berpendirian sebegini, mereka akan cuba menginterpretasikan


agama (al-Quran dan hadis) sesuai dengan kehendak modenisme. Bertitik tolak
dari sinilah berlakunya penyelewengan yang pelbagai dalam hadis. Menerusi

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 5 METODE MENYELEWENG KONTEMPORARI DALAM HADIS  101

topik ini, kita akan melihat beberapa contoh penyelewengan yang berlaku di
dalam hadis. Penyelewengan ini berlaku disebabkan oleh beberapa faktor dan ia
dilakukan oleh individu tertentu mahupun golongan yang berkepentingan.

AKTIVITI 5.1

Penyelewengan di dalam hadis bukan dilakukan oleh individu Muslim


bahkan ia turut melibatkan golongan orientalis. Dengan bimbingan tutor,
bincangkan siapakah yang dimaksudkan dengan orientalis dan
bagaimanakah pendirian mereka terhadap sunnah Rasulullah s.a.w.

5.1 PENYELEWENGAN KONTEMPORARI


DALAM HADIS
Jika ditinjau dari sudut sejarah, penyelewengan dalam hadis sebenarnya telah
pun berlaku dengan munculnya hadis maudhuÊ. Pendustaan terhadap hadis
Rasullulah s.a.w. ini tidak terhenti di situ sahaja, bahkan ia berterusan. Hari ini
kita mungkin tidak menjumpai hadis baru yang direka, namun penyelewengan
dalam hadis sebenarnya tetap berlaku tetapi dalam bentuk yang berbeza.
Penyelewangan yang berlaku bukan sahaja menafikan maksud sebenar hadis
bahkan lebih dahsyat lagi ia membawa kepada penolakan hadis sebagai hadis
sumber kedua syariat Islam.

Menyentuh soal penyelewengan kontemporari dalam hadis, ia boleh berlaku


dalam beberapa keadaan seperti yang berikut.

(a) Menggunakan Logik Akal


Antara individu yang berani mengetengahkan pendirian peribadinya
terhadap hadis ialah Rasyid Redha. Rasyid dilihat mengikut logik akal
dan ada kalanya menentang hadis sahih sekiranya hadis tersebut tidak
selari dengan corak pemikirannya. Keadaan ini dapat dikesan ketika
Rashid membicarakan tentang hadis berkaitan dengan Masih al-Dajjal
sebagai salah satu tanda hari kiamat (Abu Layth, 2005).

Dalam hal ini, Rasyid Redha berpendapat bahawa hadis-hadis yang


membicarakan tentang Dajjal di dalamnya ada musykilah. Ia boleh dilihat
dalam dua keadaan iaitu:

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


102  TOPIK 5 METODE MENYELEWENG KONTEMPORARI DALAM HADIS

(i) Pertama: Ia menafikan hikmah peringatan dan amaran di dalam al-


Quran berkenaan hampir berlakunya hari kiamat dan kedatangannya
secara tiba-tiba.

Ulasan: Tidak ada penafian antara datangnya kiamat itu secara tiba-
tiba atau ia akan berlaku dan didahului dengan tanda-tandanya
kerana jarak masa antara satu tanda ke satu tanda yang lain boleh jadi
mengambil masa yang lama pada pandangan manusia, tetapi tidak
pada pandangan Allah. Ini dijelaskan dalam al-Quran menerusi Surah
Al-MaÊaarij, ayat 6-7:

∩∠∪ $Y7ƒÌs% çμ1ttΡuρ ∩∉∪ #Y‰‹Ïèt/ …çμtΡ÷ρttƒ öΝåκ¨ΞÎ)

Maksudnya:
Sebenarnya mereka memandang azab itu jauh (daripada berlaku).
Sedang Kami memandangnya dekat, (tetap akan berlaku).

(ii) Kedua: Segala perkara pelik atau di luar adat yang dilakukan oleh
Dajjal. Ia adalah seperti perintah Dajjal kepada langit untuk hujan,
maka turunlah hujan, perintah ke bumi, maka tumbuhlah tumbuhan,
membunuh pemuda muslim, kemudian dihidupkannya kembali dan
lain-lain lagi. Ini adalah tidak logik diberikan kepada Dajjal yang
bertujuan untuk memberitahu manusia mengenai fitnah (kejahatan)
di akhir zaman.

Semua perkara yang di luar adat ini adalah dikurniakan Allah s.w.t.
kepada para rasul bertujuan untuk memberi hidayah kepada
manusia. Selain itu, perkara yang di luar adat yang dilakukan oleh
Dajjal ini bertentangan dengan sunnatullah kerana Allah s.w.t. telah
menetapkan di dalam al-Quran tidak akan berlaku perubahan
terhadap sunnatullah. Oleh yang demikian, segala riwayat yang
menceritakan perkara di luar adat ini tidak boleh diguna pakai kerana
bertentangan dengan sunnatullah (Abu Layth, 2005).

Ulasan: Tidak sepatutnya hadis berkaitan Dajjal ini ditolak atas alasan
perkara-perkara luar adat yang dilakukan oleh Dajjal menyamai
perkara-perkara yang terjadi kepada para nabi dan rasul. Anggapan
sebegini sebenarnya sama seperti pendirian Muktazilah dan
Jahmiyyah kerana Dajjal mendakwa dirinya sebagai tuhan, bukan
nabi.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 5 METODE MENYELEWENG KONTEMPORARI DALAM HADIS  103

Sebenarnya apa yang diberikan Allah s.w.t. kepadanya tidak sesuai


untuk dia mendakwa dirinya nabi. Dakwaan Dajjal bahawa dirinya
adalah tuhan merupakan pendustaan yang nyata kerana keadaan
fizikalnya yang mempunyai sebelah mata merupakan suatu kecacatan
dan kekurangan padanya. Selain itu Dajjal juga tidak boleh
menghilangkan perkataan ‰kufur‰ yang terdapat di antara kedua
matanya. Ternyatalah Dajjal bukan tuhan kerana Allah s.w.t. suci
daripada semua kekurangan.

Sebenarnya perkara luar biasa yang diberikan kepada Dajjal ini


adalah sebagai ujian dan fitnah bagi umat Nabi Muhammad s.a.w. di
akhir zaman. Perkara ini telah disebut berulang kali di dalam al-
Quran surah al-Anbiya, ayat 35.

$uΖøŠs9Î)uρ ( ZπuΖ÷FÏù Îösƒø:$#uρ Îh¤³9$$Î/ Νä.θè=ö7tΡuρ 3 ÏNöθyϑø9$# èπs)Í←!#sŒ <§øtΡ ‘≅ä.

∩⊂∈∪ tβθãèy_öè?

Maksudnya:
Tiap-tiap diri akan merasai mati, dan Kami menguji kamu dengan
kesusahan dan kesenangan sebagai cubaan; dan kepada Kamilah
kamu semua akan dikembalikan.

Hadis-hadis mengenai Dajjal ini tidak peru dipertikaian kesahihannya


kerana ia datang dalam banyak jalan (turuq). Perkara ghaib
seumpama ini bukanlah sesuatu yang mustahil berlaku tambahan
pula ia disampaikan oleh insan agung Rasulullah s.a.w. Sebagai
seorang Islam, kita seharusnya beriman dengan perkara ghaib
seumpama ini dan kita harus tahu bahawa akal manusia tidak
mampu menjangkau perkara-perkara yang belum berlaku (Abu
Syahbah, 1989).

(b) Berhujah dengan Sumber yang Tidak Kuat


Masyarakat kadang-kadang dilihat berlumba-lumba mencari maklumat-
maklumat yang berlainan dan kadang kala pelik jika dibandingkan dengan
orang lain. Mereka mungkin bertujuan agar kelihatan lain dari yang lain
dan saling berlumba untuk mencuri perhatian masyarakat. Justeru,
terdapat banyak maklumat palsu terserap masuk melalui hadis-hadis

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


104  TOPIK 5 METODE MENYELEWENG KONTEMPORARI DALAM HADIS

palsu yang dijadikan hujah. Ini juga adalah salah satu bentuk
penyelewengan yang berlaku di dalam sunnah semenjak dulu hingga kini.

Antara contoh hadis palsu yang disukai orang ramai ialah hadis yang
menjanjikan ganjaran yang hebat iaitu: „Sesiapa yang beramal dengan apa
yang diketahuinya, Allah s.w.t. akan mewarisi kepadanya ilmu yang dia
sendiri belum mengetahuinya‰ (Haziyah Hussin, 2006).

Inti pati hadis di atas ternyata bertentangan dengan apa yang telah
ditetapkan oleh Islam. Islam memerintahkan umatnya menuntut dan ilmu
adalah milik siapa yang mencarinya. Barang siapa yang inginkan dunia
maka hendaklah dia menuntut ilmu. Begitu jugalah barang siapa yang
inginkan akhirat maka hendaklah dia menuntut ilmu dan barang siapa
yang inginkan kedua-duanya maka hendaklah dia menuntut ilmu.

SEMAK KENDIRI 5.1

1. Sila dapatkan tiga hadis yang membicarakan tentang Dajjal di


dalam versi bahasa Arab dengan terjemahannya yang lengkap.

2. Kemunculan hadis palsu mengakibatkan penyelewengan di dalam


memahami maksud matan hadis. Huraikan bagaimana perkara ini
boleh berlaku?

5.2 PENYELEWANGAN DISEBABKAN TIDAK


MEMAHAMI TAKHRIJ HADIS DAN
METODE FIKAH AHLI HADIS
Cuba lakukan aktiviti-aktiviti yang berikut dan kemudian teruskan pembelajaran
kita mengenai penyelewengan dalam hadis.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 5 METODE MENYELEWENG KONTEMPORARI DALAM HADIS  105

AKTIVITI 5.2

1. Sila cari maklumat berkenaan dengan pengertian ilmu takhrij dan


pembahagiannya.

2. Sila dapatkan penerangan mengenai maksud „sahabat‰ menurut


ulama hadis dan dapatkan senarai lima orang sahabat yang
meriwayatkan paling banyak hadis.

5.2.1 Penyelewangan Disebabkan Tidak Memahami


Takhrij Hadis
Ketiadaan maklumat mengenai ilmu takhrij hadis sama ada secara sedar atau
tidak boleh membawa kepada berlakunya penyelewengan terhadap makna atau
kehendak hadis. Bahkan dalam sesetengah keadaan, ia boleh menyebabkan
penolakan terus sesebuah hadis. Menerusi subtopik ini, anda akan diberi
pendedahan bagaimana kekurangan maklumat terhadap ilmu takhrij memberi
impak kepada pemahaman dan penerimaan sesebuah hadis.

(a) Anggapan Bukan Semua Sahabat ÂAdalah


Ulama takhrij sepakat mengatakan perawi hadis di kalangan para sahabat
semuanya bersifat Âadalah dan tidak perlu diragui kethiqahan mereka.
Namun masih kedapatan pendapat yang mengatakan sifat Âadalah ini
bukan sifat mutlak bagi semua sahabat bahkan ia hanya dimiliki oleh
kebanyakan sahabat sahaja.

Antara individu yang mendakwa bukan semua sahabat bersifat Âadalah


ialah Rasyid Redha. Rasyid pada dasarnya mengakui bahawa para sahabat
bersifat Âadalah tapi bukan semua mereka bersifat demikian. Sebaliknya
Âadalah sahabat hanya aghlabiyyah. Buktinya terdapat pada zaman Nabi
orang munafik berdasarkan firman Allah s.w.t. dalam surah at-Taubah,
ayat 101 yang berbunyi:

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


106  TOPIK 5 METODE MENYELEWENG KONTEMPORARI DALAM HADIS

( ÏπuΖƒÏ‰yϑø9$# È≅÷δr& ô⎯ÏΒuρ ( tβθà)Ï≈oΨãΒ É>#tôãF{$# š∅ÏiΒ /ä3s9öθym ô⎯£ϑÏΒuρ

§ΝèO È⎦÷⎫s?§¨Β Νåκæ5Éj‹yèãΖy™ 4 öΝßγßϑn=÷ètΡ ß⎯øtwΥ ( ö/àSßϑn=÷è?s Ÿω É−$xÏiΖ9$# ’n?tã (#ρߊttΒ

∩⊇⊃⊇∪ 8Λ⎧Ïàtã A>#x‹tã 4’n<Î) šχρ–Štãƒ

Maksudnya:
Dan di antara orang-orang yang di sekeliling kamu dari orang-orang
„A'raab ‰ ada yang bersifat munafik dan (demikian juga) sebahagian dari
penduduk Madinah; mereka telah berkeras dengan sifat munafik; Engkau
tidak mengetahui mereka (bahkan) Kamilah yang mengetahui mereka.
Kami akan azabkan mereka berulang-ulang, kemudian mereka
dikembalikan kepada azab yang besar.

Ia juga diterangkan dalam Surah Muhammad, ayat 30 seperti yang berikut.

Ç⎯óss9 ’Îû óΟßγ¨ΨsùÌ÷ètGs9uρ 4 óΟßγ≈yϑ‹Å¡Î0 ΟßγtGøùtyè=n sù óΟßγs3≈oΨ÷ƒu‘V{ â™!$t±nΣ öθs9uρ

∩⊂⊃∪ ö/ä3n=≈yϑôãr& ÞΟn=÷ètƒ ª!$#uρ 4 ÉΑöθs)ø9$#

Maksudnya:
Dan sekiranya Kami kehendaki, tentulah Kami akan memperkenalkan
mereka kepadamu (Wahai Muhammad), lalu Engkau tetap mengenalinya
dengan tanda-tanda (yang menjadi sifat) mereka; dan demi sesungguhnya,
Engkau akan mengenali mereka dari gaya dan tutur katanya. Dan
(ingatlah kamu masing-masing), Allah mengetahui segala yang kamu
lakukan.

Ulasan: Perlu diketahui bahawa golongan munafikin tidak termasuk


dalam kategori sahabat kerana mereka tidak beriman.

(b) Tidak Mengambil Berat pada Kedudukan Sesebuah Hadis


Terdapat sesetengah pihak yang menganggap bahawa hukum hakam
syarak hanya dianggap furuÊ atau cabang agama sahaja. Lantaran itu
mereka tidak memberi perhatian kepada kedudukan hadis ketika
menjadikan hadis tersebut sebagai dalil. Akibatnya mereka berhujah

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 5 METODE MENYELEWENG KONTEMPORARI DALAM HADIS  107

dengan hadis palsu. Hal sebegini mencemarkan kesucian syariat Islam dan
mengancam ketulenan agama suci ini (Haziyah Hussin et al, 2006).

Ibn al-Jawzi telah menyebut sebuah hadis dengan sanadnya hinggalah


kepada Abdullah Ibn Umar sebagai contoh hadis palsu yang mengandungi
hukum-hakam syarak (Haziyah Hussin et al, 2006). Hadisnya ialah:

‫ﻣﻦ ﺻﻠﻰ ﺑﲔ ﺍﳌﻐﺮﺏ ﻭﺍﻟﻌﺸﺎﺀ ﻋﺸﺮﻳﻦ ﺭﻛﻌﺔ ﺑﲎ ﺍﷲ ﻟﻪ ﺑﻴﺘﹰﺎ ﰲ ﺍﳉﻨﺔ‬


Maksudnya:
Barang siapa menunaikan solat di antara maghrib dan isyak sebanyak
dua puluh rakaat, Allah akan bina untuknya sebuah mahligai di dalam
syurga.

Kenyataan yang terdapat di dalam hadis palsu ini jika dipegang dan
dijadikan dalil boleh menyebabkan berlakunya penetapan dan perubahan
hukum. Oleh yang demikian, amatlah penting diketahui kedudukan
sesebuah hadis sebelum berdalil dengannya demi mengelakkan
pendustaan terhadap ajaran Islam yang telah di bawa oleh Junjungan
Besar Nabi Muhammad s.a.w.

(c) Menolak Penghujahan yang Telah Thabit di dalam Hadis Sahih


Sebagai seorang Muslim, kita wajib beriman dengan perkara-perkara ghaib
seperti beriman dengan seksaan kubur, nikmat syurga dan azab neraka.
Namun, apa yang menyedihkan golongan anti-hadis menolak kewujudan
seksaan kubur di alam barzakh walaupun perkara ini telah thabit di dalam
hadis sahih.

Bagi golongan ini seksaan kubur tidak disebut di dalam al-Quran dan
hadis-hadis mengenainya adalah palsu belaka. Ini kerana Allah s.w.t. tidak
akan menghukum manusia sebelum dibicarakan di Padang Mahsyar. Mati
ibarat tidur dan jangka waktu di antara mati dengan hari pembalasan bagi
mereka (yang sudah mati) adalah terlalu cepat (http://www.sabahforum.
com/forum/islam/topic12992.html).

Ulasan: Terdapat beberapa hadis sahih yang menunjukkan tentang seksaan


kubur. Antaranya adalah sabda Rasululllah s.a.w. yang bermaksud:

Rasululllah s.a.w. melalui dua buah kubur. Lalu Baginda bersabda:


„Sesungguhnya kedua-dua mayat ini sedang diazab dan bukanlah kedua-
duanya diazab sebab dosa yang terlalu besar. Adapun salah seorangnya

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


108  TOPIK 5 METODE MENYELEWENG KONTEMPORARI DALAM HADIS

tidak bersuci daripada kencing dan yang seorang lagi kerana berjalan ke
sana ke mari mengadu-domba. Lalu Baginda mengambil pelepah tamar
yang basah dan dipatahkan kepada dua bahagian. Kemudian Baginda
pacakkan ke atas setiap kubur tersebut. Mereka (sahabat-sahabat)
bertanya: „Mengapa Tuan berbuat demikian? Baginda menjawab dan
bersabda: „Mudah-mudahan diringankan azab kedua-dua mayat ini
selama mana kedua pelepah ini belum kering.‰

(Hadis Riwayat al-Bukhari dan Muslim)

Diriwayatkan oleh Imam al-Bukhari, Rasulullah s.a.w. membaca doa


selepas solat yang bermaksud:

Ya Allah aku mohon perlindungan-Mu daripada azab kubur.

(Hadis Riwayat al-Bukhari)

Hadis-hadis di atas membicarakan tentang azab kubur dan ia adalah sahih.


Azab kubur bukanlah sesuatu yang mustahil. Ia boleh diibaratkan seperti
dua orang yang sedang tidur bermimpi. Seorang mengalami mimpi ngeri
dan seorang lagi sedang bermimpi diberikan harta yang banyak. Beginilah
juga keadaan di dalam alam barzakh, tempat persinggahan sebelum
dihisab di mahsyar. Ada yang menderita di dalamnya, ada pula yang
bergembira.

5.2.2 Penyelewengan Disebabkan Tidak Memahami


Metode Fikah Ahli Hadis
Anda telah pelajari sebelum ini bagaimana penyelewengan di dalam hadis
berlaku kerana kekurangan maklumat terhadap ilmu takhrij. Sekarang, anda
akan pelajari pula penyelewengan yang berlaku disebabkan tidak memahami
dengan baik metode fikah muhaddithin. Berikut adalah contoh bagaimana
ketidakfahaman terhadap metode fiqh muhaddithin mengganggu gugat
kesucian sesebuah hadis.

(a) Menganggap Hadis Ahad Bukan Hujah


Ulama hadis bersepakat mengatakan semua hadis ahad yang maqbul
(sahih dan hasan) boleh dijadikan hujah untuk berdalil dalam akidah
ibadat, munakahat, muamalat dan jinayat (Tahhan, 1994). Hadis ahad
boleh menasakhkan mutawatir, mengkhususkan umum dan boleh
didahulukan daripada qiyas (Basri bin Ibrahim, 2011). Namun terdapat
pihak yang menolak penghujahan hadis ahad. Menerusi subtopik ini, anda

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 5 METODE MENYELEWENG KONTEMPORARI DALAM HADIS  109

akan pelajari dan ketahui sebab penolakan hadis sebagai sumber hukum di
dalam syarak oleh individu tertentu.

Antara individu yang menolak penghujahan hadis ahad ialah Rashid


Redha. Rashid menganggap hadis ahad bukanlah hujah bagi semua orang.
Ini kerana kedudukan hadis ini adalah zann dan buknnya qatiÊe. Justeru, ia
dikira hujah bagi sesiapa yang boleh menerima kedudukannya sahaja. Bagi
Rashid, ada beberapa dalil yang menunjukkan demikian. Antaranya ialah:

(i) Para sahabat tidak mencatat hadis melainkan dalam bilangan yang
amat sedikit. Itu pun bertujuan menyeru agar beramal dengan al-
Quran; dan

(ii) Imam Malik tidak membenarkan orang ramai berpegang dan beramal
dengan kitabnya al-MuwattaÊ, sedangkan kitab ini merupakan sebaik-
baik kitab yang meriwayatkan hadis daripada Rasulullah s.a.w.

Ulasan: Menerusi dalil yang pertama, Rashid seolah-olah berpendirian


bahawa sunnah jika dicatat maka ia akan menjadi hujah. Jika tidak, ia tidak
boleh dianggap sedemikian. Sedangkan realitinya tidak begitu kerana
tidak semestinya semua yang dicatat itu boleh menjadi hujah. Ada faktor
lain yang perlu dilihat, antaranya thiqah (kebolehpercayaan) seseorang
penulis. Dalam kes penulis yang tidak thiqah, apa yang ditulis tetap tidak
akan diterima walaupun ia dicatat (Abu Layth, 2005).

Selain daripada Rashid Reda, Ahmad Amin juga turut berpendirian


bahawa hadis ahad bukan hujah. Ini kerana hadis ahad bukan mutawatir
dan kebanyakan ulama usul dan ulama fikah tidak beramal dengan hadis
ini. Dan hadis ahad hanya boleh dijadikan hujah sekiranya telah diyakini
kebenarannya (Abd al-Latif, 1991).

Ulasan: Difahami daripada pendirian Ahmad Amin ini bahawa hukum


beramal dengan hadis ahad ada dua; boleh beramal dengannya dan tidak
boleh beramal dengannya. Pendirian sebegini amat bahaya kerana ia
menolak dan menafikan banyak hukum-hakam di dalam syariat Islam
(Abd al-Latif, 1991). Ini kerana kebanyakan hukum di dalam Islam
diistinbatkan daripada hadis ahad.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


110  TOPIK 5 METODE MENYELEWENG KONTEMPORARI DALAM HADIS

Turut sama berpegang kepada prinsip hadis ahad bukan hujah ialah
Sisters In Islam (SIS) (Norzulaili et al, 2007). SIS mempersoalkan kesahihan
sabda Rasulullah s.a.w. yang bermaksud:

Daripada Abu Hurairah r.a., daripada Rasululllah s.a.w. bersabda: „Jika


sekiranya aku menyuruh seseorang sujud kepada seseorang, nescaya aku
akan menyuruh isteri sujud kepada suami‰.
(Hadis Riwayat al-Tirmidhi)

Bagi SIS, walaupun hadis ini diriwayatkan dalam pelbagai versi oleh Abu
Daud, al-Tirmidhi, Ibn Majah, Imam Ahmad, al-Nasa'i dan Ibn Hibban,
namun hadis tersebut tidak mencapai tahap hadis sahih iaitu Hadis ahad
dan tidak mencapai tahap tawatur. Manakala perawinya pula diragui
kethiqahannya.

Ulasan: Difahami daripada penghujahan ini bahawa SIS tidak memahami


pembahagian hadis dengan mantap. Bagi SIS, hadis yang sahih ialah hadis
tawatur sahaja, manakala khabar ahad adalah tidak sahih. Maka kerana itu
mereka menolak kesemua hadis ahad. Keadaan sebenarnya tidaklah
sedemikian. Sesebuah hadis itu dikatakan sahih apabila ia memenuhi lima
kriteria iaitu rantai perawi yang bersambung, dinaqalkan oleh perawi yang
adil serta kuat ingatannya, tiada ada sebarang pertentangan (dengan hadis
yang lain) serta tidak mempunyai sebarang kecacatan (al-Khatib, 1981).
Maka mana-mana hadis ahad yang memenuhi kriteria ini dikategorikan
sebagai hadis sahih.

Hadis tawatur pula ialah hadis yang diriwayatkan oleh sejumlah perawi
yang ramai pada setiap peringkat atau tabaqah di mana mustahil dari segi
akal mereka berpakat untuk menipu. Ulama juga bersepakat bahawa hadis
tawatur mencapai darjat ilmu yaqin iaitu ilmu yang wajib diterima dengan
penerimaan yang kukuh tanpa sebarang ragu-ragu dan wajib beramal
dengannya. Kesemua hadis mutawatir adalah sahih.

Selain itu, perkara lain yang perlu diberi perhatian ialah klasifikasi darjat
hadis yang diberi oleh periwayat hadis. Al-Tirmidhi (2000) menyatakan
hadis ini hasan sahih. Manakala al-Hakim (2000) menyatakannya sebagai
hadis sahih isnadnya. Ibn Hibban (2000) juga mengeluarkan hadis ini
dalam kitab sahihnya. Hadis ini mempunyai turuq (jalan) lain iaitu
menerusi hadis Talaq bin Ali yang diriwayatkan oleh al-Tirmidhi dan al-
Nasai dan juga hadis Ummu Salamah riwayat al-Tirmidhi dan Ibn Majah
yang diklasifikasikan sebagai sebagai hadis hasan sahih. Oleh yang
demikian, hadis ini dalam pelbagai versi periwayatan menguatkan antara

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 5 METODE MENYELEWENG KONTEMPORARI DALAM HADIS  111

satu sama lain. Justeru, tidak ada halangan untuk beramal dengannya (
Norzulaili et al, 2007).

(b) Berhujah dengan Berpegang kepada Zahir Hadis


Untuk mengetahui maksud dan kehendak sesebuah hadis perlulah terlebih
dahulu memahami inti pati hadis tersebut berdasarkan penerangan dan
penjelasan yang telah dibuat oleh ulama muktabar. Hal ini amat penting
kerana tindakan berpegang kepada zahir hadis tanpa melihat kepada
perbahasan ulama muktabar tentang hadis tersebut boleh membawa
kepada pentafsiran yang salah terhadap kehendak sebenar sesebuah hadis,
bahkan boleh menyebabkan penetapan hukum yang bercanggah dengan
apa yang telah disepakati ulama.

Sebagai contoh kepada penerangan di atas, mari kita sama-sama lihat


contoh bagaimana yang dikatakan berpegang kepada zahir hadis tanpa
melihat kepada penerangan dan huraian ulama terhadap sesebuah hadis.
Rasulullah s.a.w. bersabda yang maksudnya:

Dari Ummu Waraqah r.a., bahawasanya Rasululullah s.a.w.


mengarahkannya mengimami ahli rumahnya.

Dalam hadis lain menyebut: Daripada Ummu Waraqah, bahawasanya


Rasulullah s.a.w. telah datang ke rumahnya dan telah memberi kepadanya
muazzin, dan memerintahkannya mengimami solat di rumahnya. Abdul
Rahman berkata: „Dan aku melihat bahawa muazzinnya seorang yang
tua‰.

Literasi daripada kedua-dua hadis di atas menunjukkan keharusan wanita


menjadi imam bagi jemaah lelaki dan wanita.

Dalam isu wanita menjadi imam ini, SIS berpegang kepada zahir hadis ini
dan mengharuskan wanita menjadi imam bagi lelaki (www.sistersinislam.
org.my/news.php?item.967.50). Sedangkan jumhur fuqaha menolak
penghujahan ini dan berhujah bahawa hadis ini tidak jelas. Ia tidak
menerangkan bahawa muazzin tersebut mengerjakan solat di belakang
Ummu Waraqah. Berkemungkinan muazzin tersebut hanya melaungkan
azan dan beliau pergi ke masjid untuk menunaikan solat bersama jemaah
lelaki sebagaimana yang dinyatakan sebentar tadi (al-Subki, t.t.).

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


112  TOPIK 5 METODE MENYELEWENG KONTEMPORARI DALAM HADIS

Begitu juga boleh dikatakan kes ini khas untuk Ummu Waraqah kerana dia
telah berusia dan menghafaz al-Quran. Oleh itu, hadis ini tidak wajar
dijadikan dalil dan hujah kepada kes-kes lain. Ini kerana terdapat kaedah
yang mengatakan ‫ﺇﻥ ﻗﻀﺎﻳﺎ ﺍﻷﻋﻴـﺎﻥ ﻻ ﺗـﺼﻠﺢ ﺩﻟـﻴﻼ ﻟﻠﻌﻤـﻮﻡ‬. Maksudnya:
Sesungguhnya perkara-perkara yang khusus (tertentu) tidak harus
dijadikan dalil untuk umum. Oleh yang demikian, kes Ummu Waraqah ini
termasuk dalam kes-kes pengecualian (al-Bakri & al-Takiri, 2005).

Selain daripada itu, Syeikh Ahmad al-Syarbashi mengatakan bahawa


Ummu Waraqah mengimami solat di rumahnya, yang tidak disertai oleh
mana-mana lelaki ajnabi (al-Bakri & al-Takiri, 2005).

Berdasarkan huraian di atas, tindakan SIS berhujah dengan hadis ini tidak
tepat. Hadis ini tidak menunjukkan adanya lelaki menunaikan solat di
belakang Ummu Waraqah. Oleh yang demikian, andaian semata tanpa
melihat kepada kitab syarah atau buku-buku muktabar adalah terbatal
kerana dibimbangi ia dipandu oleh akal dan nafsu semata.

SEMAK KENDIRI 5.2

1. Berikan pendapat anda kenapa tindakan berpegang pada zahir


hadis amat bahaya kepada umat Islam?

2. Huraikan pengertian hadis ahad dan pembahagiannya dengan


terperinci.

5.3 PENYELEWANGAN DISEBABKAN TIDAK


MEMAHAMI USUL FUQAHA
Sumber penetapan hukum di dalam syariat Islam ada empat iaitu; al-Quran,
Sunnah, Qiyas dan Ijmak. Namun, terdapat golongan anti hadis (quraniyyun)
menolak autoriti sunnah sebagai sumber hukum kedua di dalam syariat Islam.
Pelbagai alasan dan hujah diberi demi untuk mempertahankan pendirian
mereka. Mari kita sama-sama melihat alasan dan hujah yang menyokong
pendirian mereka ini.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 5 METODE MENYELEWENG KONTEMPORARI DALAM HADIS  113

(a) Sunnah Bukan Wahyu daripada Allah


Ada pihak yang mendakwa sunnah bukan wahyu daripada Allah s.w.t.
bahkan ia merupakan kata-kata yang dinisbahkan kepada Rasulullah
s.a.w. Tiada wahyu lain yang diturunkan oleh Allah s.w.t. kepada
Rasululllah s.a.w. melainkan al-Quran sahaja. Walaupun sesetengah pihak
berpendirian bahawa sunnah Nabi itu adalah wahyu, namun ia tidak wajib
diikuti.

Prof Dr. Abu Layth (2005) menukilkan kata-kata Abdullah al-Jakralawi


mengenai perkara ini, katanya: „Sekiranya sunnah itu wahyu tentulah
tidak boleh didatangkan seumpamanya, sedangkan realitinya hadis Nabi
terdapat ratusan malah ribuan hadis yang direka‰. Prof juga menukilkan
kata-kata Ghulam Ahmad: „Wahyu terbahagi kepada dua; yang jelas yang
dibaca dan yang tersembunyi dan tidak boleh dibaca. Pembahagian wahyu
seumpama ini menyerupai ajaran Yahudi yang membahagikan wahyu
kepada dua, iaitu: syabkatab (yang bertulis) dan syabÊalfah (yang
dipindahkan secara riwayat). Dan pembahagian ini tidak ada kaitan
dengan agama Islam.

Ulasan: Dakwaan bahawa sunnah bukan wahyu daripada Allah s.w.t.


adalah sama sekali tidak benar. Ini kerana Allah s.w.t. berfirman dalam
surah al-Qiyamah, ayat 16-19:

∩⊇∠∪ …çμtΡ#u™öè%uρ …çμyè÷Ηsd $uΖøŠn=tã ¨βÎ) ∩⊇∉∪ ÿ⎯ÏμÎ/ Ÿ≅yf÷ètGÏ9 y7tΡ$|¡Ï9 ⎯ÏμÎ/ õ8ÌhptéB Ÿω

∩⊇®∪ …çμtΡ$uŠt/ $uΖøŠn=tã ¨βÎ) §ΝèO ∩⊇∇∪ …çμtΡ#u™öè% ôìÎ7¨?$$sù çμ≈tΡù&ts% #sŒÎ*sù

Maksudnya:
Janganlah Engkau (Wahai Muhammad) ă kerana hendakkan cepat
menghafaz al-Quran Yang diturunkan kepadamu ă menggerakkan
lidahmu membacanya (sebelum selesai dibacakan kepadamu).
Sesungguhnya Kamilah yang berkuasa mengumpulkan al-Quran itu
(dalam dadamu), dan menetapkan bacaannya (pada lidahmu); oleh itu,
apabila Kami telah menyempurnakan bacaannya (kepadamu, dengan
perantaraan Jibril), maka bacalah menurut bacaannya itu; Kemudian,
sesungguhnya kepada Kamilah terserah urusan menjelaskan
kandungannya (yang memerlukan penjelasan).

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


114  TOPIK 5 METODE MENYELEWENG KONTEMPORARI DALAM HADIS

Ayat ini dengan jelasnya menerangkan bahawa Allah s.w.t. menjelaskan


kandungan al-Quran. Dan penjelasan ini tidak akan dapat diketahui dan
difahami melainkan dengan perantaraan Rasullullah s.a.w. Sebagai contoh,
perintah menunaikan solat disebut di dalam al-Quran secara umum sahaja.
Bagaimana cara melakukannya dan berapa bilangan rakaatnya dijelaskan
oleh hadis Rasululllah s.a.w. Allah s.w.t. berfirman dalam surah al-Nahl,
ayat 44:

öΝÍκös9Î) tΑÌh“çΡ $tΒ Ä¨$¨Ζ=Ï9 t⎦Îi⎫7t çFÏ9 tò2Ïe%!$# y7ø‹9s Î) !$uΖø9t“Ρr&uρ 3 Ìç/–“9$#uρ ÏM≈uΖÉit7ø9$$Î/

∩⊆⊆∪ šχρã©3xtGtƒ öΝßγ¯=yès9uρ

Maksudnya:
Dan Kami pula turunkan kepadamu (Wahai Muhammad) al-Quran yang
memberi peringatan, supaya engkau menerangkan kepada umat manusia
akan apa yang telah diturunkan kepada mereka dan supaya mereka
memikirkannya.

Ayat di atas menerangkan bahawa tugas Rasullullah s.a.w. ialah memberi


penjelasan kepada isi kandungan al-Quran. Penjelasan Rasullullah s.a.w.
merupakan penjelasan atau keterangan Allah s.w.t. juga kerana baginda
tidak bercakap berdasarkan hawa nafsu.

Ini bermakna penerangan Rasulullah s.a.w. itu adalah wahyu, sama ada ia
berbentuk jelas yang dibaca (al-Quran) atau pun ia berbentuk tersembunyi
yang tidak dibaca (sunnah). Dengan ini terbuktilah bahawa sunnah itu
merupakan wahyu Allah s.w.t. Dakwaan pembahagian wahyu seumpama
ini seperti meniru pembahagian agama Yahudi adalah tidak masuk akal
sama sekali kerana hadis yang kita terima mempunyai rangkaian sanad
yang bersambung. Para ulama hadis juga telah menetapkan metode yang
ketat yang perlu dipatuhi sebelum menerima sesebuah hadis.

(b) Penetapan Hukum Berdasarkan Sunnah Merupakan Penyekutuan


terhadap Allah sebagai Pembuat Hukum
Golongan quraniyyun mendakwa kaedah penetapan hukum berdasarkan
sunnah membawa kepada syirik. Ini kerana perbuatan ini bertentangan
dengan ketetapan yang telah tertulis di dalam firman Allah s.w.t. dalam
surah al-AnÊaam, ayat 57 yang berbunyi:

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 5 METODE MENYELEWENG KONTEMPORARI DALAM HADIS  115

$tΒ ”ωΖÏã $tΒ 4 ⎯ÏμÎ/ ΟçFö/¤‹Ÿ2uρ ’În1§‘ ⎯ÏiΒ 7πuΖÉit/ 4’n?tã ’ÎoΤÎ) ö≅è%

çöyz uθèδuρ ( ¨,ysø9$# Èà)tƒ ( ¬! ωÎ) ãΝõ3ß⇔ø9$# ÈβÎ) 4 ÿ⎯ÏμÎ/ šχθè=É∨÷èGt ó¡n@

∩∈∠∪ t⎦,Î#ÅÁ≈xø9$#
Maksudnya:
Katakanlah: „Sesungguhnya Aku tetap berada di atas (kebenaran yang
berdasarkan) bukti-bukti yang nyata (al-Quran) dari Tuhanku; sedang
kamu mendustakannya. tidak ada padaku apa yang kamu minta
disegerakan (dari azab seksa); hanya Allah jualah yang menetapkan
hukum; ia menerangkan kebenaran, dan Dia lah sebaik-baik yang memberi
keputusan‰.

Salah seorang daripada pendokong quraniyyun, Ahmaduddin al-


Amretseri berpendapat kewujudan sunnah menyumbang ke arah
berlakunya syirik secara berleluasa. Walaupun kita diperintahkan untuk
mengikut Rasul tetapi kita perlu sedar ikutan itu bukanlah yang asal
kerana yang wajib ditaati hanya Allah s.w.t. Justeru, cukuplah Allah s.w.t.
sebagai pemutus hukum hakam dan tidak perlu kepada Rasul kerana
mengikutnya membawa kepada syirik.

Ulasan: Ayat yang dijadikan dalil disebut di dalam al-Quran sebanyak tiga
kali.

(i) Pertama: Diturunkan untuk menolak permintaan orang kafir yang


meminta agar disegerakan penurunan beberapa ayat. Dan menerusi
ayat ini Allah s.w.t menegaskan bahawa hanya Dialah yang berkuasa
menentukan perkara tersebut dan tiada kuasa lain yang boleh
menyekutukan-Nya.

(ii) Kedua: Didatangkan sebagai nasihat kepada Nabi Yusuf a.s. ketika
baginda berada di dalam penjara agar baginda meninggalkan syirik.
Allah s.w.t. berfirman dalam surah Yusuf, ayat 40:

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


116  TOPIK 5 METODE MENYELEWENG KONTEMPORARI DALAM HADIS

Νà2äτ!$t/#u™uρ óΟçFΡr& !$yδθßϑçGøŠ£ϑy™ [™!$yϑó™r& HωÎ) ÿ⎯ÏμÏΡρߊ ⎯ÏΒ tβρ߉ç7÷ès? $tΒ

HωÎ) (#ÿρ߉ç7÷ès? ωr& ttΒr& 4 ¬! ωÎ) ãΝõ3ß⇔ø9$# ÈβÎ) 4 ?⎯≈sÜù=ß™ ⎯ÏΒ $pκÍ5 ª!$# tΑt“Ρr& !$¨Β

∩⊆⊃∪ šχθßϑn=ôètƒ Ÿω Ĩ$¨Ζ9$# usYò2r& £⎯Å3≈s9uρ ãΝÍh‹s)ø9$# ß⎦⎪Ïe$!$# y7Ï9≡sŒ 4 çν$−ƒÎ)

Maksudnya:
Kamu tidak menyembah yang selain Allah kecuali hanya
(menyembah) nama-nama yang kamu dan nenek moyangmu
membuat-buatnya. Allah tidak menurunkan suatu keterangan pun
tentang nama-nama itu. keputusan itu hanyalah kepunyaan Allah.
Dia telah memerintahkan agar kamu tidak menyembah selain Dia.
Itulah agama yang lurus, tetapi kebanyakan manusia tidak
mengetahui.

(iii) Ketiga: Diturunkan sebagai cerita mengenai nasihat nabi Yaakub a.s.
terhadap anak-anaknya yang memasuki kota Mesir. Menerusi nasihat
ini, baginda memberitahu anak-anak baginda jika berlaku perkara
yang tidak diingini ia adalah daripada Allah s.w.t. Firman Allah
s.w.t.:

Maksudnya:
Dan Ya'qub berkata: „Hai anak-anakku janganlah kamu (bersama-
sama) masuk dari satu pintu gerbang, dan masuklah dari pintu-pintu
gerbang yang berlain-lain; Namun demikian aku tiada dapat
melepaskan kamu barang sedikitpun dari pada (takdir) Allah.
keputusan menetapkan (sesuatu) hanyalah hak Allah; kepada-Nya-
lah aku bertawakkal dan hendaklah kepada-Nya saja orang-orang
yang bertawakal berserah diri‰.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 5 METODE MENYELEWENG KONTEMPORARI DALAM HADIS  117

Ternyata, ketiga-tiga kedudukan ayat di atas tidak boleh dijadikan hujah


untuk mendokong pandangan bahawa mengikut Rasul itu sebagai syirik.
Jelasnya, dakwaan ini dilihat sekadar cuba menggoyahkan kepercayaan
(thiqah) orang Islam terhadap hadis (Abu Layth, 2005).

(c) Sunnah Tidak Dikira sebagai Syarak pada Zaman Nabi


Prof. Dr Abu Layth (2005) menukilkan pendapat Ghulam Ahmad yang
berkata: „Pada zaman Nabi, para sahabat ditegah daripada menulis dan
mencatat sunnah. Mereka sekadar memahami sunnah tanpa menulisnya.
Rasulullah s.a.w. juga tidak meletakkan manhaj atau metode bagi
menjaganya sebagaimana baginda meletakkan metode mencatit dan
menghafal al-Quran bertujuan untuk memeliharanya. Sekiranya sunnah
ini merupakan sebahagian daripada agama, nescaya baginda tidak
melarang para sahabat mencatat dan menulisnya.

Ulasan: Sanggahan yang dilemparkan ini amat tidak tepat dan ia hanyalah
pendapat yang berdasarkan nafsu semata. Ini kerana Rasullullah s.a.w.
berpesan agar disampaikan sunnahnya. Baginda bersabda yang berbunyi:

‫ ﻓﺮﺏ ﻣﺒﻠﻎ ﺃﻭﻋﻰ ﻣﻦ ﺳﺎﻣﻊ‬،‫ﻧﻀﺮ ﺍﷲ ﺍﻣﺮﺀﹰﺍ ﲰﻊ ﻣﻨﺎ ﺷﻴﺌﹰﺎ ﻓﺒﻠﻐﻪ ﻛﻤﺎ ﲰﻊ‬
Maksudnya:
Sesungguhnya Allah memuji dan mengelokkan seseorang yang
mendengar daripada kami (hadis Rasulullah s.a.w.) sesuatu, maka
disampaikannya sepertimana yang didengari, berkemungkinan orang
yang menyampaikan lebih memahami dan mengetahuinya daripada
orang yang mendengar.

Hadis di atas menunjukkan kepentingan menyampaikan hadis. Mereka


yang mendengar hadis Rasululllah s.a.w. diminta menyampaikannya
kepada yang tidak hadir. Perintah ini jelas membuktikan kepentingan
dan autoriti sunnah dalam agama. Selain itu, sekali lagi dijelaskan
bahawa larangan mencatat hadis Rasulullah s.a.w. bukanlah mutlak
bahkan ia berkait rapat dengan Âillah larangan tersebut iaitu
kebimbangan percampuran antara teks al-Quran dan hadis. Sekiranya
Âillah ini tidak berlaku, maka hadis boleh dicatat atau ditulis.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


118  TOPIK 5 METODE MENYELEWENG KONTEMPORARI DALAM HADIS

(d) Sunnah Hanya Sesuai bagi Situasi dan Kondisi Persekitaraan pada Zaman
itu Sahaja
Golongan yang mengingkari sunnah mendakwa sunnah tidak boleh
dijadikan sandaran agama kerana ia hanya sesuai dipraktikkan pada
situasi dan kondisi persekitaraan pada zaman Rasulullah s.a.w. sahaja.
Justeru, segala ajaran dan petunjuk yang datang daripada baginda hanya
sesuai diimplementasikan kepada para sahabat yang ada pada ketika itu
sahaja. Selain itu, ketaatan dan kepatuhan kepada juga hanya terbatas
semasa hayat baginda sahaja dan tidak melibatkan umat selepas kewafatan
baginda. Kitab hadis juga hanya untuk bangsa Arab sahaja dan tidak
seperti kitab al-Quran yang bersifat umum.

Ulasan: Tohmahan seumpama ini dapat ditolak dengan apa hadis


Rasulullah s.a.w. yang berikut:

‫ﺖ‬
ُ ‫ ﻋﻦ ﺭﺳﻮﻝ ﺍﷲ ﺻﻠﻰ ﺍﷲ ﻋﻠﻴﻪ ﻭ ﺳﻠﻢ ﺃﻧﻪ ﻗﺎﻝ " ﺃﻻ ﺇﱐ ﺃﹸﻭﺗِﻴ‬: ‫ﻋﻦ ﺍﳌﻘﺪﺍﻡ ﺑﻦ ﻣﻌﺪ ﻳﻜﺮﺏ‬
‫ ﻋﻠﻴﻜﻢ ﻬﺑﺬﺍ‬:‫ ﺃﻻ ﻳﻮﺷﻚ ﺭﺟﻞ َﺷﺒْﻌﺎﻥ ﻋﻠﻰ ﺃﺭﻳﻜﺘﻪ ) ﺍﻟﺴﺮﻳﺮ ( ﻳﻘﻮﻝ‬،‫ﺍﻟﻘﺮﺁﻥ ﻭﻣﺜﻠﹶﻪ ﻣﻌﻪ‬
‫ ﻭﺇﻥ ﻣﺎ ﺣﺮّﻡ‬.‫ ﻭﻣﺎ ﻭﺟﺪﰎ ﻓﻴﻪ ﻣﻦ ﺣﺮﺍﻡ ﻓﺤﺮﻣﻮﻩ‬،‫ ﻓﻤﺎ ﻭﺟﺪﰎ ﻓﻴﻪ ﻣﻦ ﺣﻼﻝ ﻓﺄﺣﻠﻮﻩ‬،‫ﺍﻟﻘﺮﺁﻥ‬
‫ ﺃﻻ ﻻ ﳛﻞ ﻟﻜﻢ ﺍﳊﻤﺎﺭ ﺍﻷﻫﻠﻲ ﻭﻻ ﻛﻞ ﺫﻱ ﻧﺎﺏ ﻣﻦ ﺍﻟﺴﺒﻊ ﻭﻻ‬،‫ﺭﺳﻮﻝ ﺍﷲ ﻛﻤﺎ ﺣﺮﻡ ﺍﷲ‬
‫ﻟﻘﻄﺔ ﻣﻌﺎﻫﺪ ﺇﻻ ﺃﻥ ﻳﺴﺘﻐﲏ ﻋﻨﻬﺎ ﺻﺎﺣﺒﻬﺎ ﻭﻣﻦ ﻧﺰﻝ ﺑﻘﻮﻡ ﻓﻌﻠﻴﻬﻢ ﺃﻥ ﻳﻘﺮﻭﻩ ﻓﺈﻥ ﱂ ﻳﻘﺮﻭﻩ ﻓﻠﻪ‬
. " ‫ﺃﻥ ﻳﻌﻘﺒﻬﻢ ﲟﺜﻞ ﻗﺮﺍﻩ‬
Maksudnya:
Daripada al-Miqdam bin MaÊdikarib berkata: Rasulullah s.a.w. bersabda:
„Ketahuilah sesungguhnya aku diberikan (diwahyukan) al-Quran dan
yang seumpama dengannya (yakni hadis). Ketahuilah, hampir-hampir ada
seorang lelaki dalam keadaan kenyang duduk di atas singgahsananya, dia
berkata: ÂHendaklah kamu semua berpegang dengan al-Quran ini (sahaja),
apa yang kamu dapati di dalamnya tentang perkara yang halal, maka
halalkanlah, apa yang kamu dapati di dalamnya daripada perkara yang
haram, maka haramkanlahÊ. Dan sesungguhnya apa yang diharamkan oleh
Rasulullah adalah sama dengan hukum yang diharamkan oleh Allah.
Ketahuilah, tidak halal kepada kamu semua keldai yang dipelihara, juga
setiap yang mempunyai taring yang tajam (untuk memburu dan melapah
daging), tidak halal juga barang jumpaan (kepunyaan orang kafir yang
duduk di negara Islam) kecuali jika pemiliknya sudah tidak
memerlukannya lagi. Sesiapa yang tiba dan datang kepada sesuatu kaum,
maka hendak mereka (kaum tersebut) melayannya sebagai tetamu, jika

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 5 METODE MENYELEWENG KONTEMPORARI DALAM HADIS  119

mereka tidak melakukannya, maka boleh dihukumkan dengan diambil


daripada kaum itu sekadar haknya sebagai tetamu‰.

Intipati hadis ini membuktikan bahawa larangan Rasulullah s.a.w.


merupakan larangan Allah s.w.t. kerana baginda tidak bercakap
berdasarkan hawa nafsu. Dan larangan ini sesuai sepanjang zaman,
terpakai kepada semua umat Islam tidak mengira bangsa. Justeru,
dakwaan Rasulullah s.a.w. hanya diutuskan kepada orang Arab adalah
tidak betul sama sekali kerana Rasulullah s.a.w. adalah utusan bagi
sekalian manusia. Allah s.w.t. berfirman dalam surah SabaÊ, ayat 28:

Ĩ$¨Ζ9$# usYò2r& £⎯Å3≈s9uρ #\ƒÉ‹tΡuρ #Zϱo0 Ĩ$¨Ψ=Ïj9 Zπ©ù!$Ÿ2 ωÎ) y7≈oΨù=y™ö‘r& !$tΒuρ

∩⊄∇∪ šχθßϑn=ôètƒ Ÿω
Maksudnya:
Dan Kami tidak mengutus kamu, melainkan kepada umat manusia
seluruhnya sebagai pembawa berita gembira dan sebagai pemberi
peringatan, tetapi kebanyakan manusia tiada mengetahui.

(e) Menganggap Sunnah Tidak Boleh Dijadikan Sandaran Agama


Rasyid Redha berpendirian bahawa sunnah bukanlah pegangan mutlak
seperti al-Quran. Sekiranya sunnah adalah pegangan seperti al-Quran,
nescaya Rasulullah s.a.w. tidak melarang para sahabat daripada mencatat
dan menulis sunnah pada zaman turunnya wahyu. Dan sudah tentu para
sahabat akan mengumpul hadis dan menyebarkannya. Namun yang
berlaku adalah sebaliknya, di mana para sahabat pada ketika itu hanya
berpegang kepada al-Quran (Abu Layth, 2005).

Ulasan: Perkara yang didakwa oleh Rashid sama sekali tidak benar kerana
larangan Rasulullah s.a.w. agar para sahabat tidak mencatat atau menulis
hadis bukanlah larangan yang qatÊie. Terdapat para sahabat yang mencatat
hadis Rasulullah s.a.w. antaranya Abdullah bin ÂAmru, Abu Shah al-
Yamani dan Ali. Larangan ini dibuat kerana baginda bimbang akan
berlaku percampuran antara nas al-Quran dan hadis. Sekiranya
kebimbangan ini tidak berlaku, maka ketika itu ia dibolehkan.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


120  TOPIK 5 METODE MENYELEWENG KONTEMPORARI DALAM HADIS

(f) Kritikan terhadap Matan dan Sanad Sunnah Menghilangkan Autoritinya


sebagai Sumber Agama/Kedudukannya dalam Agama
Pendokong quraniyyun berpendirian sunnah tidak seperti al-Quran yang
sentiasa dijaga dan dipelihara kesuciannya oleh Allah s.w.t. Sedangkan
sunnah berlaku kritikan terhadap sanad dan matannya. Keadaan ini
menjadikan sunnah tidak sesuai dijadikan sandaran agama kerana
sandaran agama tidak boleh terdapat di dalamnya sebarang kritikan. Di
samping itu, menerusi hadislah timbul pelbagai tohmahan yang mencemar
kesucian agam Islam kerana ia tidak datang daripada Allah s.w.t. bahkan
rekaan manusia semata. Oleh itu, hanya al-Quranlah satu-satunya sumber
agama kerana ayat-ayatnya terpelihara daripada sebarang kritikan (Abu
Layth, 2005).

Ulasan: Pendokong quraniyyun tidak faham tujuan ahli hadis melakukan


kritikan terhadap sanad dan matan hadis. Mereka melakukan semua ini
semata-mata untuk menjaga kesahihan hadis. Metode yang diletakkan
oleh muhaddithin ini mampu membezakan antara hadis yang diterima
(maqbul) dan hadis yang ditolak (mardud) atau hadis yang direka
(maudhuÊ). Melalui kritikan terhadap sanadnya contohnya, kita dapat
mengetahui perihal perawi hadis dan seterusnya dapat mengetahui darjah
hadis tersebut. Metode ini amat penting kerana sunnah melewati banyak
peringkat sebelum ia dibukukan. Bermula dengan para sahabat yang
menyampaikannya hinggalah kepada individu yang bertanggungjawab
menghimpun dan membukukannya. Justeru, tentu banyak perkara yang
berlaku dalam tempoh waktu yang begini lama dan tanpa metode kritik
sanad dan matan, mustahil kita akan tahu mana hadis yang benar-benar
datang daripada Rasulullah s.a.w. dan mana yang direka.

Selain itu, golongan quraniyyun perlu akur bahawa musuh Islam


khususnya orentalis akan sentiasa mencari ruang dan peluang untuk
mencari kelemahan Islam. Mereka bukan sahaja menjatuhkan martabat
Islam menerusi sunnah bahkan mereka juga mendakwa kezaliman Islam
menerusi ayat al-Quran. Mereka menolak hudud, mendakwa
ketidakadilan dalam poligami dan mentohmah kezaliman dalam
pembahagian harta pusaka sedangkan semua perkara ini ditetapkan
dengan jelasnya di dalam al-Quran.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 5 METODE MENYELEWENG KONTEMPORARI DALAM HADIS  121

SEMAK KENDIRI 5.3

1. Terdapat beberapa sebab penolakan golongan quraniyyun


terhadap sunnah nabawiyah. Huraikan tiga daripadanya dengan
teliti.

2. Bincangkan peranan sunnah sebagai sumber kedua hukum di


dalam syariat Islam dengan terperinci.

 Penyelewengan kontemporari dalam hadis berlaku menerusi penggunaan


logik akal dan keterujaan mencari maklumat yang berlainan berbanding
orang lain.

 Penyelewengan hadis berlaku kerana kurang maklumat mengenai ilmu


takhrij yang menyebabkan kegagalan mengenal kedudukan hadis dan juga
anggapan yang salah terhadap para sahabat.

 Penyelewengan hadis berlaku kerana tidak memahami metode fiqh ahli


hadis yang sekaligus menolak penghujahan hadis ahad dan berpegang
kepada zahir hadis semata tanpa merujuk kitab syarah.

 Penyelewengan hadis yang berlaku kerana tidak memahami metode ahli fiqh
yang membawa kepada penolakan autoriti sunnah sebagai sumber kedua di
dalam syariat Islam.

Metode fiqh ahli hadis Takhrij hadis


Penyelewengan silam dan Usul fuqaha
kontemporari
Syarah hadis

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


122  TOPIK 5 METODE MENYELEWENG KONTEMPORARI DALAM HADIS

Al-Quran al-Karim.

Al-Abadiyy, Muhammad Abu Layth. (2005). Ittijahat Fi Dirasat al-Sunnah


Qadimuha Wa Hadithuha. Gombak: Universiti Islam Antarabangsa
Malaysia.

Al-Bakri, Zulkifli Muhammad & Al-Takiri, Mohd Khiruddin Aman Razali.


(2005). Hukum wanita menjadi imam solat. Kajang: Darul Fuqaha
Interprise.

Al-Bukhari, Muhammad bin Ismail Abu Abdullah. (1987). Sahih Bukhari (Cet.3).
Tahqiq: Mustafa Dib al-Bahga. Yamamah: Dar Ibn Kathir.

Abu Syahbah, Muhammad bin Muhammad. (1989). Difac cAn al-Sunnah.


Kaherah: Maktabah al-Sunnah.

Abd al-Latif, Abd al-Mawjud Muhammad. (1990). Al-Sunnah al-Nabawiyyah


bayn Ducat al-Fitnah wa Adciya' al-cIlm. Al-Qahirah: Dar al-Tibacah al-
Muhammadiyyah.

Al-'Asqalani, Ahmad bin Ali bin Hajar. (1993). Fath al-Bari bi Syarh Sahih al-
Bukhari. Beyrut: Dar al-Fikr.

Mohd Khfidz Soroni, Haziyah Hussin, Farhah Zaidar Mohd Ramli, & Rosni
Wazir. (2006). Kelangsungan pengajian hadis: Cabaran dan masa depan.
Jabatan al-Quran & al-Sunnah, Fakulti Pengajian dan Peradaban Islam, Kolej
Universiti Antarabangsa Selangor.

Ibn Hibban, Muhammad Bin Hibban Bin Ahmad Abu Hatim al Tamimiy. (1993).
Sahih Ibn Hibban (Jil. 9. ed. 2). Beyrut: Muassasah al Risalah.

Mohd Radhi Othman, Atikullah Abdullah, Mohd Asri Zainul Abidin, Jasni
Sulong, Mohd Khairul Anwar Osman, Noor Shakirah Mat Akhir, & Rokiah
Awang. (2008). Warisan al-hadis: Antara teras dengan dinamika pemikiran.
USM Pulau Pinang: Penerbit Universiti Sains Malaysia.

Muslim ibn Hajjaj. (1992). Sahih Muslim. Istanbul: Dar Sahnun.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 5 METODE MENYELEWENG KONTEMPORARI DALAM HADIS  123

Norzulaili Mohd Ghazali, Robiatul Adawiyah Mohd @ Amat, & Mohd Zohdi
Mohd Amin. (2009). Gerakan pejuang hak wanita dan metodologinya
dalam memahami al-Quran dan Sunnah: Kajian terhadap pertubuhan
„Sisters In Islam‰. Nilai: Universiti Sains Islam Malaysia.

Al-Subki, Mahmud Khattab. (t.t.). Syarah Sunan Abi Daud. Qaherah: Dar al-
Manar.

Al-Tirmizi, Muhammad bin ÂIsa (t.t.). Sunan al-Tirmizi Tahqiq: Ahmad


Muhammad Syakir dan lain-lain. Beirut; Dar al-Turath al-ÂArabi.

Al-Qardawi, Yusuf. (1993). Kaif NataÊamal MaÊa al-Sunnah. Beyrut: Dar al-
Fikr.

Ajaran al-Quran menolak hadith. (2009). Dicapai dari http://www.sabahforum.


com/forum/islam/topic12992.html

Sisters in Islam. (2005) Dicapai dari http://www.sistersinislam.org.my/


news.php?item.967.50

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


Topik  Syarah Hadis
6 tentang
Akidah (Azab
Kubur dan
Penyakit
Berjangkit)
HASIL PEMBELAJARAN
Pada akhir topik ini, anda seharusnya dapat:
1. Menjelaskan maksud azab kubur;
2. Menyatakan dalil adanya azab kubur;
3. Menjelaskan pendapat golongan yang menolak adanya azab kubur;
dan
4. Menghuraikan konsep penyakit berjangkit dan permasalahannya.

 PENGENALAN
Topik-topik sebelum ini telah mengupas metodologi-metodologi bagi
memudahkan kefahaman kita terhadap hadis Rasulullah s.a.w. Kesemua topik
yang telah dibincangkan mestilah difahami dengan mendalam agar kita dapat
menggunakannya dalam mengetahui maksud sabdaan Rasulullah s.a.w. dan
mengaplikasikannya di dalam kehidupan seharian. Sekarang, marilah kita sama-
sama mengambil beberapa contoh hadis Rasulullah s.a.w. yang berkait dengan

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 6 SYARAH HADIS TENTANG AKIDAH (AZAB KUBUR DAN PENYAKIT  125
BERJANGKIT)

permasalahan umat masa kini, dan kita praktikkan segala ilmu berkenaan
metodologi ahli hadis di dalamnya.

Dalam topik ini, kita akan mempelajari mengenai hadis berkaitan akidah yang
lebih terarah kepada permasalahan azab kubur dan penyakit berjangkit. Ini kerana
kedua-dua permasalahan tersebut mempunyai kaitan dengan keteguhan
pegangan kita terhadap agama Allah s.w.t., sejauh mana kita menguruskan hadis-
hadis yang berkaitan dan menyelesaikan permasalahan yang ada juga
menggunakan dalil-dalil sama ada daripada al-Quran mahupun al-Sunnah. Lebih-
lebih lagi apabila terdapat di kalangan umat Islam yang beriman mengaku sebagai
hamba Allah s.w.t. tetapi mempersoalkan kedudukan al-Sunnah dan meragui
ketinggian hadis Nabi s.a.w.

AKTIVITI 6.1

Perkembangan teknologi maklumat yang ada menyebabkan semua orang


berhak untuk menyampaikan pegangan dan kepercayaan mereka. Selidik
laman-laman web atau kata-kata yang kelihatan bercanggah dengan
akidah Islam yang dikemukakan oleh orang Islam serta perhatikan
hujah-hujah mereka yang boleh ditolak dengan dalil-dalil daripada hadis
Nabi s.a.w.

6.1 KUBUR DAN HAKIKATNYA


Di sini, kita akan membincangkan kubur dan hakikatnya.

6.1.1 Kubur dan Hadis yang Berkaitan Dengannya


Kubur adalah perkataan yang berasal daripada bahasa Arab ‫ قبر‬yang boleh
dibaca sama ada dengan baris atas huruf Qaf atau baris hadapan.

Kubur bermaksud tempat yang dikebumikan jenazah di dalamnya.


(Ibn al-Athir, 2001)

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


126  TOPIK 6 SYARAH HADIS TENTANG AKIDAH (AZAB KUBUR DAN PENYAKIT
BERJANGKIT)

Terdapat banyak hadis Rasulullah s.a.w. yang memperkatakan tentang kubur


dan hukum-hukum yang berkaitan dengannya, antaranya hadis:

‫ﻬﻧﻰ ﺍﻟﻨﱯ ﻋﻦ ﺍﻟﺼﻼﺓ ﰲ ﺍﳌﻘﱪﺓ‬


Maksudnya:
Rasulullah s.a.w. melarang untuk melakukan solat di perkuburan (Al-Tirmizi:
Kitab al-Solat, Bab Ma Jaa Fi Karahiyyah Ma Yusalli Ilayhi, nombor hadis: 346).

‫ ﻻ ﲡﻌﻠﻮﺍ ﺑﻴﻮﺗﻜﻢ ﻣﻘﺎﺑﺮ‬:‫ﻗﺎﻝ ﺍﻟﻨﱯ ﺻﻠﻰ ﺍﷲ ﻋﻠﻴﻪ ﻭﺳﻠﻢ‬


Maksudnya:
Rasulullah s.a.w. bersabda: Janganlah jadikan rumah-rumah kamu seperti
perkuburan (Muslim: Kitab Solat al-Musafirin, Bab Istihbab Solat al-Nafilah,
nombor hadis: 1821).

Begitu juga hadis-hadis yang lain sehinggakan banyak di kalangan ulamak yang
mengkhususkan sebuah karya yang memperkatakan tentang kematian, kubur
dan hari akhirat. Antaranya ialah kitab al-Tazkirah Fi Ahwal al-Mauta Wa Umur
al-Akhirah oleh al-Imam al-Qurtubi, kitab al-Ruh oleh al-Imam Ibn al-Qayyim,
kitab Ithbat ÂAzab al-Qabr oleh al-Imam al-Bayhaqi, kitab Kasyf al-Sitr ÂAmma
Warada Fi al-Safar Ila al-Qabr oleh Sheikh Hammad bin Muhammad al-Ansari
dan sebagainya. Kesemua kitab ini membicarakan tentang hadis dan athar yang
berkaitan dengan kematian, persiapan seseorang menghadapi kematian, keadaan
kubur dan juga hari akhirat.

Kubur merupakan tempat persinggahan selepas kematian seseorang hamba


Allah s.w.t. sebelum dia dibangkitkan semula di hari kebangkitan kelak dan
akan dihisab segala amalannya. Sudah tidak ada lagi sebarang amalan yang
boleh dilakukan atau bekalan untuk dibawa ke hari pembalasan apabila hamba
itu sudah mendiami kubur yang telah ditetapkan oleh Allah s.w.t. Al-Imam Ibn
Majah meriwayatkan hadis daripada ÂUthman bin ÂAffan r.a.:

‫ ﻓﻘﻴﻞ ﻟﻪ ﺗﺬﻛﺮ ﺍﳉﻨﺔ ﻭﺍﻟﻨﺎﺭ ﻭﻻ‬.‫ ﺣﱴ ﻳﺒﻞ ﳊﻴﺘﻪ‬.‫ﻛﺎﻥ ﻋﺜﻤﺎﻥ ﺑﻦ ﻋﻔﺎﻥ ﺇﺫﺍ ﻭﻗﻒ ﻋﻠﻰ ﻗﱪ ﻳﺒﻜﻲ‬
‫ ) ﺇﻥ ﺍﻟﻘﱪ ﺃﻭﻝ ﻣﻨﺎﺯﻝ‬:‫ ﻭﺗﺒﻜﻲ ﻣﻦ ﻫﺬﺍ؟ ﻗﺎﻝ ﺇﻥ ﺭﺳﻮﻝ ﺍﷲ ﺻﻠﻰ ﺍﷲ ﻋﻠﻴﻪ ﻭ ﺳﻠﻢ ﻗﺎﻝ‬.‫ﺗﺒﻜﻲ‬
( ‫ ﻭﺇﻥ ﱂ ﻳﻨﺞ ﻣﻨﻪ ﻓﻤﺎ ﺑﻌﺪﻩ ﺃﺷﺪ ﻣﻨﻪ‬.‫ ﻓﺈﻥ ﳒﺎ ﻣﻨﻪ ﻓﻤﺎ ﺑﻌﺪﻩ ﺃﻳﺴﺮ ﻣﻨﻪ‬.‫ﺍﻵﺧﺮﺓ‬

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 6 SYARAH HADIS TENTANG AKIDAH (AZAB KUBUR DAN PENYAKIT  127
BERJANGKIT)

Maksudnya:
ÂUthman r.a. apabila berdiri berhampiran dengan kubur, akan menangis
sehingga basah janggutnya, lantas dikatakan orang kepadanya: Ingatlah syurga
dan neraka dan janganlah menangis, adakah kamu menangis disebabkan
kematiannya? Maka ÂUthman r.a. menjawab, sesungguhnya Rasulullah s.a.w.
bersabda: Sesungguhnya kubur adalah tempat permulaan bagi hari akhirat: jika
seseorang itu terselamat daripadanya (daripada azab di dalamnya) maka urusan
selepas itu akan menjadi lebih mudah baginya, tetapi jika dia tidak selamat di
dalamnya, maka perkara selepas itu lebih dahsyat daripadanya (Ibn Majah: Kitab
al-Zuhd, Bab Zikr al-Qabr Wa al-Bala, nombor hadis: 4267). Hadis ini
dihukumkan hasan oleh Sheikh al-Albani.

Juga hadis yang dinyatakan hukumnya sebagai Gharib atau daif oleh al-Imam al-
Tirmizi adalah:

‫ ﺇﳕﺎ ﺍﻟﻘﱪ ﺭﻭﺿﺔ ﻣﻦ ﺭﻳﺎﺽ ﺍﳉﻨﺔ ﺃﻭ ﺣﻔﺮﺓ ﻣﻦ ﺣﻔﺮ ﺍﻟﻨﺎﺭ‬:‫ﻗﺎﻝ ﺭﺳﻮﻝ ﺍﷲ ﺻﻠﻰ ﺍﷲ ﻋﻠﻴﻪ ﻭ ﺳﻠﻢ‬
Maksudnya:
Rasulullah s.a.w. bersabda: Sesungguhnya kubur itu adalah taman daripada
taman-taman syurga atau ia menjadi lubang daripada lubang-lubang neraka (al-
Tirmizi: Kitab Sifat al-Qiyamah Wa al-Raqaiq Wa al-WaraÊ, nombor hadis 2460).

Alam kubur juga dinamakan sebagai alam barzakh. Menurut Syeikh Abu Bakar
al-Jazairi dalam bukunya ÂAqidatul-Mukmin, alam barzakh ini dapat diibaratkan
sebagai alam perhentian dan penantian sementara menunggu tibanya akhirat
bagi orang-orang yang telah mati dan berpisah dengan dunia. Di alam barzakh
ini roh-roh dihimpunkan hinggalah sampai masa berlakunya kiamat di mana ia
akan dipertemukan kembali dengan jasadnya. Namun dengan mengaitkan alam
ini dengan kubur tidaklah bermakna hanya orang yang ditanam di dalam kubur
sahaja akan menempuh alam barzakh dan merasai nikmat atau azab di alam
tersebut. Panggilan dengan nama alam kubur adalah merujuk kepada kebiasaan
sahaja iaitu biasanya orang yang telah mati akan ditanam di dalam kubur.

Namun banyak juga orang mati yang tidak ditanam di dalam kubur kerana
mayatnya tidak dijumpai, mati terbakar dan menjadi abu, dimakan binatang
buas dan sebagainya. Jadi, sama ada suatu mayat di tanam di dalam kubur atau
tidak, ia pada hakikatnya telah berada di alam barzakh dan berhadapan dengan
segala peristiwa yang berlaku di alam barzakh seperti soalan dari Munkar dan
Nakir, nikmat bagi orang yang taat dan azab bagi orang kafir dan ingkar dan
sebagainya (http://bliss-infinity.blogspot.com/2009/09/alam-barzakh-dan-
azab-kubur.html).

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


128  TOPIK 6 SYARAH HADIS TENTANG AKIDAH (AZAB KUBUR DAN PENYAKIT
BERJANGKIT)

Rajah 5.1 menunjukkan mayat yang telah dikapankan dan akan ditanam di
dalam kubur.

Rajah 5.1: Mayat yang akan ditanam dalam kubur

6.2 AZAB KUBUR


Seterusnya kita akan meneruskan perbincangan kita mengenai azab kubur.

6.2.1 Dalil Kebenaran Wujudnya Azab Kubur


Sepertimana yang telah dihuraikan, kubur merupakan tempat persinggahan
setiap hamba Allah s.w.t. sebelum dibangkitkan semula untuk dihisab.
Walaupun begitu, Allah s.w.t. melalui ayat al-Quran dan hadis Rasulullah s.a.w.
telah menerangkan keadaan setiap orang mati sama ada mendapat nikmat atau
azab daripadaNya. Cuma dalam topik ini, kita hanya akan membincangkan
permasalahan azab kubur yang menjadi subjek penafian beberapa individu
mahupun kelompok yang mengaku beriman kepada segala yang diturunkan
oleh Allah s.w.t. Berikut disenaraikan beberapa dalil daripada al-Quran dan
hadis Rasulullah s.a.w. mengenai kesahihan kewujudan azab kubur:

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 6 SYARAH HADIS TENTANG AKIDAH (AZAB KUBUR DAN PENYAKIT  129
BERJANGKIT)

Firman Allah s.w.t. dalam surah al-AnÊam, ayat 93:

óΟÎγƒÏ‰÷ƒr& (#þθäÜÅ™$t/ èπs3Íׯ≈n=yϑø9$#uρ ÏNöθpRùQ$# ÏN≡tyϑxî ’Îû šχθßϑÎ=≈©à9$# ÏŒÎ) #“ts? öθs9uρ

tβθä9θà)s? öΝçFΖä. $yϑÎ/ Èβθßγø9$# z>#x‹tã šχ÷ρt“øgéB tΠöθu‹ø9$# ( ãΝà6|¡àΡr& (#þθã_Ì÷zr&

∩®⊂∪ tβρçÉ9õ3tFó¡n@ ⎯ÏμÏG≈tƒ#u™ ô⎯tã öΝçGΨä.uρ Èd,ptø:$# uöxî «!$# ’n?tã

Maksudnya:
Alangkah dahsyatnya jika kamu melihat di waktu orang-orang yang zalim
berada dalam tekanan-tekanan sakaratulmaut, sedang para malaikat memukul
dengan tangan mereka dan berkata: Keluarkanlah nyawamu, di hari ini kamu
dibalas dengan seksaan yang sangat menghinakan, kerana kamu selalu
mengatakan terhadap Allah perkataan yang tidak benar dan kamu selalu
menyombongkan diri terhadap ayat-ayatNya.

Jelas di dalam ayat ini, orang-orang yang zalim akan mendapat pukulan dan
seksaan ketika hendak mati lagi, sebagai permulaan kepada azab kubur dan azab
di akhirat.

Firman Allah s.w.t. dalam surah al-Taubah, ayat 101:

∩⊇⊃⊇∪ 8Λ⎧Ïàtã A>#x‹tã 4’n<Î) šχρ–Štム§ΝèO È⎦÷⎫s?§¨Β Νåκæ5Éj‹yèãΖy™

Maksudnya:
Nanti mereka akan Kami seksa dua kali, kemudian mereka akan dikembalikan
kepada azab yang besar.

Al-Imam al-Tabari mengatakan bahawa yang dimaksudkan dengan dua kali


seksaan sebelum seksaan yang besar di akhirat adalah seksaan di dunia dengan
kebuluran, pembunuhan dan sebagainya. Manakala seksaan yang kedua adalah
di dalam kubur (al-Tabari, 2000).

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


130  TOPIK 6 SYARAH HADIS TENTANG AKIDAH (AZAB KUBUR DAN PENYAKIT
BERJANGKIT)

Firman Allah s.w.t. dalam surah Ghafir, ayat 45-46:

#xρ߉äî $pκön=tæ šχθàÊt÷èムâ‘$¨Ψ9$# ∩⊆∈∪ É>#x‹yèø9$# â™þθß™ tβöθtãöÏù ÉΑ$t↔Î/ s−%tnuρ

∩⊆∉∪ É>#x‹yèø9$# £‰x©r& šχöθtãöÏù tΑ#u™ (#þθè=Åz÷Šr& èπtã$¡¡9$# ãΠθà)s? tΠöθtƒuρ ( $|‹Ï±tãuρ

Maksudnya:
Dan Firaun beserta kaumnya dikepung oleh azab yang amat buruk. Kepada
mereka dinampakkan neraka pada waktu pagi dan petang, dan pada hari
terjadinya kiamat (Dikatakan kepada malaikat): Masukkanlah firaun dan
kaumnya ke dalam azab yang sangat keras.

Al-Imam Ibn Kathir berkata: Ini adalah asas yang paling kukuh bagi Ahli Sunnah
yang membuktikan kewujudan azab di barzakh di dalam kubur. Al-Imam Ibn
Kathir juga membawakan beberapa hadis yang menunjukkan kepada kewujudan
azab kubur (Ibn Kathir, 1999).

Berkaitan dengan hadis pula, al-Imam al-Bukhari di dalam kitab Sahihnya telah
meletakkan satu bab khusus untuk membuktikan kewujudan azab kubur. Semua
hadis yang disenaraikannya adalah hadis yang diakui sahih oleh semua ulama
hadis, antaranya:

‫ ﺇﺫﺍ ﺃﻗﻌﺪ ﺍﳌﺆﻣﻦ ﰲ ﻗﱪﻩ‬:‫ﻋﻦ ﺍﻟﱪﺍﺀ ﺑﻦ ﻋﺎﺯﺏ ﺭﺿﻲ ﺍﷲ ﻋﻨﻬﻤﺎ ﻋﻦ ﺍﻟﻨﱯ ﺻﻠﻰ ﺍﷲ ﻋﻠﻴﻪ ﻭ ﺳﻠﻢ ﻗﺎﻝ‬
‫ﺃﰐ ﰒ ﺷﻬﺪ ﺃﻥ ﻻ ﺇﻟﻪ ﺇﻻ ﺍﷲ ﻭﺃﻥ ﳏﻤﺪﺍ ﺭﺳﻮﻝ ﺍﷲ ﻓﺬﻟﻚ ﻗﻮﻟﻪ } ﻳﺜﺒﺖ ﺍﷲ ﺍﻟﺬﻳﻦ ﺁﻣﻨﻮﺍ ﺑﺎﻟﻘﻮﻝ‬
{ ‫ﺍﻟﺜﺎﺑﺖ { ( ﺣﺪﺛﻨﺎ ﳏﻤﺪ ﺑﻦ ﺑﺸﺎﺭ ﺣﺪﺛﻨﺎ ﻏﻨﺪﺭ ﺣﺪﺛﻨﺎ ﺷﻌﺒﺔ ﻬﺑﺬﺍ ﻭﺯﺍﺩ } ﻳﺜﺒﺖ ﺍﷲ ﺍﻟﺬﻳﻦ ﺁﻣﻨﻮﺍ‬
.‫ﻧﺰﻟﺖ ﰲ ﻋﺬﺍﺏ ﺍﻟﻘﱪ‬

Maksudnya:
Daripada al-BarraÊ bin ÂAzib r.a., daripada Rasulullah s.a.w. bersabda: Apabila
seorang mukmin (yang sudah meninggal dunia) didudukkan di kuburnya, maka
datanglah (kepadanya dua malaikat dan bertanya kepadanya), lantas dia
menjawab dengan menyaksikan bahawa tiada Tuhan yang berhak disembah
dengan sebenar-benarnya melainkan Allah dan Muhammad adalah Rasul utusan
Allah. Itulah maksud ayat Allah: (yang bermaksud): Sesungguhnya Allah
meneguhkan iman orang-orang yang beriman dengan ucapan yang teguh itu...
Disampaikan kepada kami oleh Muhammad bin Bassyar, diceritakan kepada
kami SyuÊbah dengan lafaz ini dan ditambah: Sesungguhnya Allah meneguhkan

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 6 SYARAH HADIS TENTANG AKIDAH (AZAB KUBUR DAN PENYAKIT  131
BERJANGKIT)

iman orang-orang yang beriman.. ia diturunkan berkaitan dengan azab kubur


(Al-Bukhari: Kitab al-Janaiz, Bab Maa Jaa Fi ÂAzab al-Qabr, nombor hadis: 1303).

:‫ ﺍﻃﻠﻊ ﺍﻟﻨﱯ ﺻﻠﻰ ﺍﷲ ﻋﻠﻴﻪ ﻭﺳﻠﻢ ﻋﻠﻰ ﺃﻫﻞ ﺍﻟﻘﻠﻴﺐ ﻓﻘﺎﻝ‬:‫ﻋﻦ ﺍﺑﻦ ﻋﻤﺮ ﺭﺿﻲ ﺍﷲ ﻋﻨﻬﻤﺎ ﻗﺎﻝ‬
.‫ ﻭﻣﺎ ﺃﻧﺘﻢ ﺑﺄﲰﻊ ﻣﻨﻬﻢ ﻭﻟﻜﻦ ﻻ ﳚﻴﺒﻮﻥ‬:‫ ﻓﻘﻴﻞ ﻟﻪ ﺗﺪﻋﻮ ﺃﻣﻮﺍﺗﺎ ؟ ﻓﻘﺎﻝ‬.‫ﻭﺟﺪﰎ ﻣﺎ ﻭﻋﺪ ﺭﺑﻜﻢ ﺣﻘﺎ‬

Maksudnya:
Daripada Ibn ÂUmar r.a. berkata: Nabi s.a.w. memandang ke dalam telaga yang
menjadi tempat kematian golongan kuffar (kafir), lantas Baginda bersabda:
„Adakah kamu semua sudah mendapati apa yang telah dijanjikan oleh Tuhan
kamu itu adalah benar? (berkaitan azab yang mereka rasai). Ditanya kepada
Baginda: Adakah Tuan menyeru kepada mayat-mayat tersebut? Jawab Nabi
SAW: „Tidaklah kamu lebih mendengar daripada mereka, tetapi mereka tidak
mampu untuk menjawabnya‰. (al-Bukhari: Kitab al-Janaiz, Bab Maa Jaa Fi ÂAzab
al-Qabr, nombor hadis: 1304).

‫ ﺃﻥ ﻳﻬﻮﺩﻳﺔ ﺩﺧﻠﺖ ﻋﻠﻴﻬﺎ ﻓﺬﻛﺮﺕ ﻋﺬﺍﺏ ﺍﻟﻘﱪ ﻓﻘﺎﻟﺖ ﳍﺎ ﺃﻋﺎﺫﻙ ﺍﷲ‬:‫ﻋﻦ ﻋﺎﺋﺸﺔ ﺭﺿﻲ ﺍﷲ ﻋﻨﻬﺎ‬
.‫ ﻧﻌﻢ ﻋﺬﺍﺏ ﺍﻟﻘﱪ ﺣﻖ‬:‫ ﻓﺴﺄﻟﺖ ﻋﺎﺋﺸﺔ ﺭﺿﻲ ﺍﷲ ﻋﻨﻬﺎ ﻋﻦ ﻋﺬﺍﺏ ﺍﻟﻘﱪ ﻓﻘﺎﻝ‬.‫ﻣﻦ ﻋﺬﺍﺏ ﺍﻟﻘﱪ‬
‫ ﻓﻤﺎ ﺭﺃﻳﺖ ﺭﺳﻮﻝ ﺍﷲ ﺻﻠﻰ ﺍﷲ ﻋﻠﻴﻪ ﻭﺳﻠﻢ ﺑﻌﺪ ﺻﻠﻰ ﺻﻼﺓ ﺇﻻ ﺗﻌﻮﺫ‬:‫ﻗﺎﻟﺖ ﻋﺎﺋﺸﺔ ﺭﺿﻲ ﺍﷲ ﻋﻨﻬﺎ‬
.‫ﻣﻦ ﻋﺬﺍﺏ ﺍﻟﻘﱪ‬

Maksudnya:
Daripada ÂAisyah r.a. berkata: Seorang wanita Yahudi datang menemuinya dan
berkata kepadanya tentang azab kubur, wanita itu berkata: Aku harapkan Allah
mengelakkan kamu dari azab kubur. Maka ÂAisyah r.a. bertanya kepada Nabi
s.a.w. tenang azab kubur. Jawab Baginda: „Ya, azab kubur itu benar‰. ÂAisyah
r.a. berkata: Setelah itu, aku tidak dapati Rasulullah s.a.w. apabila menunaikan
solat kecuali akan memohon lindung daripada azab kubur. (al-Bukhari: Kitab al-
Janaiz, Bab Maa Jaa Fi ÂAzab al-Qabr, nombor hadis: 1306).

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


132  TOPIK 6 SYARAH HADIS TENTANG AKIDAH (AZAB KUBUR DAN PENYAKIT
BERJANGKIT)

‫ ﺇﻥ ﺍﻟﻌﺒﺪ ﺇﺫﺍ ﻭﺿﻊ ﰲ‬:‫ ﺃﻥ ﺭﺳﻮﻝ ﺻﻠﻰ ﺍﷲ ﻋﻠﻴﻪ ﻭ ﺳﻠﻢ ﻗﺎﻝ‬:‫ﻋﻦ ﺃﻧﺲ ﺑﻦ ﻣﺎﻟﻚ ﺭﺿﻲ ﺍﷲ ﻋﻨﻪ‬
‫ ﻣﺎ ﻛﻨﺖ ﺗﻘﻮﻝ ﰲ‬:‫ ﻓﻴﻘﻮﻻﻥ‬،‫ ﺃﺗﺎﻩ ﻣﻠﻜﺎﻥ ﻓﻴﻘﻌﺪﺍﻧﻪ‬،‫ﻗﱪﻩ ﻭﺗﻮﱃ ﻋﻨﻪ ﺃﺻﺤﺎﺑﻪ ﻭﺇﻧﻪ ﻟﻴﺴﻤﻊ ﻗﺮﻉ ﻧﻌﺎﳍﻢ‬
:‫ ﻓﻴﻘﺎﻝ ﻟﻪ‬،‫ ﺃﺷﻬﺪ ﺃﻧﻪ ﻋﺒﺪ ﺍﷲ ﻭﺭﺳﻮﻟﻪ‬:‫ ﻓﺄﻣﺎ ﺍﳌﺆﻣﻦ ﻓﻴﻘﻮﻝ‬،‫ﺍﻟﺮﺟﻞ؟ ﶈﻤﺪ ﺻﻠﻰ ﺍﷲ ﻋﻠﻴﻪ ﻭ ﺳﻠﻢ‬
‫ ﻭﺃﻣﺎ ﺍﳌﻨﺎﻓﻖ ﻭﺍﻟﻜﺎﻓﺮ‬.‫ ﻗﺪ ﺃﺑﺪﻟﻚ ﺍﷲ ﺑﻪ ﻣﻘﻌﺪﺍ ﻣﻦ ﺍﳉﻨﺔ ﻓﲑﺍﳘﺎ ﲨﻴﻌﺎ‬،‫ﺍﻧﻈﺮ ﺇﱃ ﻣﻘﻌﺪﻙ ﻣﻦ ﺍﻟﻨﺎﺭ‬
‫ ﻻ‬:‫ ﻓﻴﻘﺎﻝ‬،‫ ﻻ ﺃﺩﺭﻱ ﻛﻨﺖ ﺃﻗﻮﻝ ﻣﺎ ﻳﻘﻮﻝ ﺍﻟﻨﺎﺱ‬:‫ ﻣﺎ ﻛﻨﺖ ﺗﻘﻮﻝ ﰲ ﻫﺬﺍ ﺍﻟﺮﺟﻞ؟ ﻓﻴﻘﻮﻝ‬:‫ﻓﻴﻘﺎﻝ ﻟﻪ‬
.‫ ﻓﻴﺼﻴﺢ ﺻﻴﺤﺔ ﻳﺴﻤﻌﻬﺎ ﻣﻦ ﻳﻠﻴﻪ ﻏﲑ ﺍﻟﺜﻘﻠﲔ‬،‫ ﻭﻳﻀﺮﺏ ﲟﻄﺎﺭﻕ ﻣﻦ ﺣﺪﻳﺪ ﺿﺮﺑﺔ‬،‫ﺩﺭﻳﺖ ﻭﻻ ﺗﻠﻴﺖ‬

Maksudnya:
Daripada Anas bin Malik r.a.: Sesungguhnya Rasulullah s.a.w. bersabda:
„Sesungguhnya seseorang hamba (yang sudah meninggal dunia), jika diletakkan
di dalam kuburnya, para sahabatnya berlalu pergi dan dia akan mendengar
bunyi gerakan selipar-selipar mereka. Maka akan didatangi kepadanya dua
malaikat, mereka mendudukkannya dan berkata kepadanya: Apakah yang akan
kamu katakan tentang lelaki ini? Dengan mengisyaratkan kepada Rasulullah
s.a.w. Bagi seorang hamba mukmin akan berkata: Aku menyaksikan bahawa dia
adalah hamba Allah dan rasulNya. Maka dikatakan kepada hamba tadi: Lihatlah
kepada tempatmu yang pada asalnya di neraka, telah digantikan oleh Allah
s.w.t. dengan tempatmu di syurga. Maka dia melihat kedua-duanya. Manakala
orang munafik dan kafir, akan dikatakan kepadanya: Apakah yang kamu
katakan tentang lelaki ini? Dia menjawab: Aku tidak tahu, aku akan berkata
mengikut apa yang dikatakan tentangnya oleh manusia. Lantas dikatakan
kepadanya: Kamu tidak mengetahui dan tidak membaca. Dia kemudiannya
dipukul dengan pemukul daripada besi dengan sekali pukulan. Lantas hamba
kafir atau munafik tadi menjerit dengan kuat sehingga didengari oleh makhluk
kecuali manusia dan jin. (al-Bukhari: Kitab al-Janaiz, Bab Maa Jaa Fi ÂAzab al-
Qabr, nombor hadis: 1308).

Kesemua hadis-hadis ini dan banyak lagi membuktikan kepada kita bahawa
azab kubur memang diakui kewujudannya oleh Nabi s.a.w. Banyak lagi hadis-
hadis Nabi s.a.w. yang menyentuh tentang azab kubur ini, di dalam kitab-kitab
hadis yang lain.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 6 SYARAH HADIS TENTANG AKIDAH (AZAB KUBUR DAN PENYAKIT  133
BERJANGKIT)

6.2.2 Hujah Golongan yang Menolak Kewujudan


Azab Kubur
Golongan yang hanya berpegang kepada akal fikiran dan logik tanpa
berpandukan kepada wahyu Ilahi, mereka mudah untuk menyeleweng dan
menolak banyak perkara yang bersangkut paut dengan keimanan dan perkara
ghaib. Antaranya adalah permasalahan azab kubur.

Hujah yang mereka gunakan, antaranya ialah:

(a) Azab kubur itu tidak benar kerana apabila dibongkar semula kubur, tidak
didapati sesuatu yang boleh mengaitkannya dengan azab kubur;

(b) Tiada ayat al-Quran yang secara jelas menerangkan kewujudan azab kubur;

(c) Hadis-hadis yang membicarakan tentang azab kubur adalah bersifat ahad
dan ia tidak boleh digunakan dalam mensabitkan perkara keimanan; dan

(d) Mempertikaikan cara azab kubur kepada mayat yang tidak di kuburkan
dan mendakwa adalah tidak adil jika mayat yang mati dahulu akan diazab
lebih lama dari mayat yang kematiannya lewat.

Jelas kepada kita akan sikap golongan yang tidak beriman dengan perkara ghaib
ini dan hanya berpegang kepada logik akal semata-mata. Banyak hujah-hujah
yang dinyatakan telah ditolak dengan dalil-dalil yang dibawa sebelum ini.
Begitu juga pandangan ulama berkenaan dengannya.

Hujah yang pertama amat dangkal dan sempit sekali. Pemikiran golongan ini
berpandangan bahawa semua perkara boleh didengar dan dilihat dengan
pancaindera anggota tubuh. Bukankah banyak perkara dinyatakan oleh
Rasulullah s.a.w. yang tidak dapat dilihat mahupun dikesan antaranya
kewujudan para malaikat, golongan jin dan syaitan, kewujudan syurga dan
neraka dan sebagainya. Allah s.w.t. mempunyai hak yang tersendiri untuk
melakukan sesuatu kepada hambaNya dan ia jelas melalui al-Quran dan hadis
yang sahih.

Hujah yang kedua adalah berkaitan dengan tafsiran ayat-ayat Allah s.w.t. yang
menunjukkan kepada kewujudan azab kubur. Sahabat-sahabat Nabi s.a.w.
mentafsirkan bahawa ayat-ayat berkenaan adalah merujuk kepada azab kubur.
Maka pendapat yang mengatakan ianya hanya tafsiran ulama sahaja adalah
tidak benar. Sahabat-sahabat yang cukup terkemuka ini telah mendapat
pengiktirafan Nabi s.a.w. sendiri seperti Abdullah Ibn Abbas dan Abdullah Ibn
MasÊud r.a. Selain itu, pentafsiran al-Quran menurut kaedah bahasa Arab yang

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


134  TOPIK 6 SYARAH HADIS TENTANG AKIDAH (AZAB KUBUR DAN PENYAKIT
BERJANGKIT)

betul menguatkan lagi ketepatan tafsiran ayat-ayat ini bahawa ia sememangnya


merujuk kepada azab kubur.

Hujah yang ketiga berkaitan dalil-dalil hadis. Walaupun hadis berkaitan dengan
azab kubur ini adalah hadis Ahad, tetapi ia termasuk dalam mutawatir dari
sudut makna (mutawatir ma'na).

Hal yang sama dinyatakan juga dalam kitab: ( ‫ﻓﺘﺎﻭﻯ ﺍﻟﻠﺠﻨﺔ ﺍﻟﺪﺍﺋﻤﺔ ﻟﻠﺒﺤﻮﺙ ﺍﻟﻌﻠﻤﻴﺔ‬
‫ )ﻭﺍﻹﻓﺘﺎﺀ‬Fatawa al Lajnah ad-Daaimah lil al-Buhuth al-Ilmiah wa al-Ifta' (jilid ke-
3, diterjemahkan dari bahasa Arab) pada muka surat 444, sebagai berikut: „Dan
sesungguhnya telah mutawatir hadis-hadis dari Rasulullah s.a.w. di dalam
mengisbatkan soal jawab mayat ke atas mayat di dalam kuburnya dan juga telah
thabit (tetap) berkaitan dengan nikmat-nikmat dan azab kubur bergantung pada
akidahnya (si mati) dan amalannya (si mati) di mana tidak ada ruang untuk
ragu-ragu dalam masalah ini (nikmat dan azab kubur) dan tidak diketahui dari
para sahabat khilaf dalam masalah ini. Oleh yang demikian itu Ahli Sunnah Wa
al Jamaah menetapkannya (adanya azab dan nikmat kubur).‰

Begitu juga dengan hujah yang terakhir. Menurut ulama', mayat yang tidak
dikuburkan seperti disimpan di dalam peti sejuk di rumah-rumah mayat, atau
terbakar atau hancur berkecai dan ditiup angin tetap menerima azab kubur.
Berikut adalah kesimpulan yang telah dibuat oleh beberapa orang ulama'.
Menurut al-Allamah Muhammad as-Safarini (‫ﺍﻟﺴﻔﺎﺭﻳﲏ‬ ‫ )ﳏﻤﺪ‬di dalam kitabnya
Lawami'i al-Anwar al-Bahiyyah (‫ﺍﻟﺒﻬﻴﺔ‬ ‫)ﻟﻮﺍﻣﻊ ﺍﻷﻧﻮﺍﺭ‬: „Sesiapa yang tidak
dikuburkan seperti disalib dan sebagainya tetap akan menerima soalan dan
himpitan kubur.‰

Di dalam kitab Ar Ruh, Al-Imam Al-Muhaqqiq mengatakan:


„Suatu perkara yang wajar diketahui bahawa azab kubur itu adalah azab
barzakh. Maka setiap yang mati sedang ia layak untuk diazab akan menerima
habuannya sama ada ia dikuburkan atau tidak walaupun dimakan binatang
buas, terbakar menjadi abu, diterbangkan angin atau tenggelam di dasar lautan
tetap akan sampai azabnya sepertimana orang yang dikuburkan juga.‰
(http://www.e-infad.my/ifms/index.php?option=com_fatwa&task=viewlink&
link_id=1841&Itemid=48)

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 6 SYARAH HADIS TENTANG AKIDAH (AZAB KUBUR DAN PENYAKIT  135
BERJANGKIT)

SEMAK KENDIRI 6.1

1. Huraikan hakikat kubur melalui definisinya.

2. Bincangkan hujah-hujah golongan yang menafikan kewujudan


azab kubur.

3. Senaraikan hadis-hadis yang menyatakan tentang kebenaran azab


kubur.

6.3 PENYAKIT BERJANGKIT

AKTIVITI 6.2

Bincang dengan rakan anda tentang penyakit yang semakin banyak


jenisnya. Senaraikan penyakit yang masih tidak ditemui penawarnya dan
penyakit yang boleh berjangkit dengan mudah. Kupas masalah ini
dengan hadis Nabi s.a.w.: „Tidak Allah a.w.t. jadikan penyakit, kecuali
akan diturunkan bersama-samanya penawar‰.
Hadis Sahih

Umum sedia maklum bahawa terdapat pelbagai jenis penyakit yang menimpa
manusia. Faktor-faktor atau sebab-sebab sesuatu penyakit itu terkena juga
adalah pelbagai. Berdasarkan kajian perubatan dan situasi yang kita lihat,
terdapat beberapa jenis penyakit yang boleh berjangkit dengan mudah. Terdapat
juga penyakit yang berpunca daripada keturunan mahupun gaya hidup
seseorang. Apabila kita mengupas permasalahan penyakit berjangkit ini
menurut pandangan Islam, kita akan mendapati di sana terdapat hadis-hadis
yang zahirnya seolah-olah menafikan kewujudan penyakit berjangkit, dan
sekumpulan hadis yang lain pula seolah-olah mengakui kewujudan dan
menyarankan tindakan-tindakan yang sepatutnya dilakukan.

Bagi memperincikan permasalahan ini dan mengetahui penyelesaiannya


menurut pandangan ulama, mari sama-sama kita hayati perbincangan tersebut.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


136  TOPIK 6 SYARAH HADIS TENTANG AKIDAH (AZAB KUBUR DAN PENYAKIT
BERJANGKIT)

6.3.1 Hadis yang Menunjukkan Ketiadaan Penyakit


Berjangkit
Wujud beberapa hadis sahih yang menunjukkan penafian kepada penyakit yang
boleh berjangkit, antaranya:

‫ ﻻ ﻋﺪﻭﻯ ﻭﻻ ﻃﲑﺓ ﻭﻻ‬:‫ ﻗﺎﻝ ﺭﺳﻮﻝ ﺍﷲ ﺻﻠﻰ ﺍﷲ ﻋﻠﻴﻪ ﻭ ﺳﻠﻢ‬:‫ﻋﻦ ﺃﰊ ﻫﺮﻳﺮﺓ ﺭﺿﻲ ﺍﷲ ﻋﻨﻪ ﻳﻘﻮﻝ‬
.‫ﻫﺎﻣﺔ ﻭﻻ ﺻﻔﺮ‬
Maksudnya:
Daripada Abu Hurairah r.a. berkata: Rasulullah s.a.w. bersabda: Tidak ada
penyakit berjangkit, tiada sialan, tiada jelmaan roh manusia yang keluar dari
kuburnya dan tiada kecelakaan pada bulan Safar‰⁄ (al-Bukhari: Kitab al-Tibb,
Bab al-Juzam, nombor hadis: 5380)

‫ ﻻ ﻋﺪﻭﻯ ﻭﻻ ﺻﻔﺮ‬:‫ ﺇﻥ ﺭﺳﻮﻝ ﺍﷲ ﺻﻠﻰ ﺍﷲ ﻋﻠﻴﻪ ﻭ ﺳﻠﻢ ﻗﺎﻝ‬:‫ﻋﻦ ﺃﰊ ﻫﺮﻳﺮﺓ ﺭﺿﻲ ﺍﷲ ﻋﻨﻪ ﻗﺎﻝ‬
‫ ﻳﺎ ﺭﺳﻮﻝ ﺍﷲ ﻓﻤﺎ ﺑﺎﻝ ﺇﺑﻠﻲ ﺗﻜﻮﻥ ﰲ ﺍﻟﺮﻣﻞ ﻛﺄﻬﻧﺎ ﺍﻟﻈﺒﺎﺀ ﻓﻴﺄﰐ ﺍﻟﺒﻌﲑ‬:‫ ﻓﻘﺎﻝ ﺃﻋﺮﺍﰊ‬.‫ﻭﻻ ﻫﺎﻣﺔ‬
‫ ﻓﻤﻦ ﺃﻋﺪﻯ ﺍﻷﻭﻝ؟‬:‫ﺍﻷﺟﺮﺏ ﻓﻴﺪﺧﻞ ﺑﻴﻨﻬﺎ ﻓﻴﺠﺮﻬﺑﺎ؟ ﻓﻘﺎﻝ‬
Maksudnya:
Daripada Abu Hurairah r.a. berkata: Sesungguhnya Rasulullah s.a.w. bersabda:
„Tiada penyakit berjangkit, tiada kecelakaan di bulan Safar dan tiada jelmaan
roh manusia yang keluar dari kuburnya‰. Seorang Badwi bertanya: Wahai
Rasulullah, bagaimana pula seekor unta yang sihat bagaikan rusa di padang
pasir apabila ia bercampur dengan unta yang berkudis, ia akan berkudis juga?
Lalu Rasulullah s.a.w. bertanya: „Siapakah yang menjangkitkan unta yang
pertama?‰.

‫ ﺃﻥ ﺭﺳﻮﻝ ﺍﷲ ﺻﻠﻰ ﺍﷲ ﻋﻠﻴﻪ ﻭ ﺳﻠﻢ ﺃﺧﺬ ﺑﻴﺪ ﳎﺬﻭﻡ ﻓﺄﺩﺧﻠﻪ‬:‫ﻋﻦ ﺟﺎﺑﺮ ﺑﻦ ﻋﺒﺪ ﺍﷲ ﺭﺿﻲ ﺍﷲ ﻋﻨﻪ‬
‫ ﻗﺎﻝ ﺃﺑﻮ ﻋﻴﺴﻰ ﻫﺬﺍ ﺣﺪﻳﺚ‬.‫ ﻛﻞ ﺑﺴﻢ ﺍﷲ ﺛﻘﺔ ﺑﺎﷲ ﻭﺗﻮﻛﻞ ﻋﻠﻴﻪ‬:‫ ﰒ ﻗﺎﻝ‬،‫ﻣﻌﻪ ﰲ ﺍﻟﻘﺼﻌﺔ‬
...‫ﻏﺮﻳﺐ‬
Maksudnya:
Daripada Jabir bin ÂAbdullah r.a. berkata: Sesungguhnya Rasulullah s.a.w.
memegang tangan pesakit kusta, lalu mengajaknya makan bersama dalam satu
bekas. Kemudian Baginda s.a.w. bersabda: „Makanlah dengan nama Allah,
berpegang teguh dengan Allah dan bertawakal kepadaNya‰. Abu ÂIsa (al-Imam
Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)
TOPIK 6 SYARAH HADIS TENTANG AKIDAH (AZAB KUBUR DAN PENYAKIT  137
BERJANGKIT)

al-Tirmizi) mengatakan bahawa hadis ini gharib (diriwayatkan oleh seorang


perawi) (Al-Tirmizi: Kitab al-AtÊimah, Bab al-Akl MaÊa al-Majzum, nombor
hadis: 1817).

Ketiga-tiga hadis ini mengisyaratkan bahawa tidak ada penyakit berjangkit dan
perbuatan Rasulullah s.a.w. berurusan dengan seorang yang berpenyakit
menunjukkan keharusannya.

6.3.2 Hadis yang Menunjukkan Kewujudan Penyakit


Berjangkit
Terdapat beberapa hadis Rasulullah s.a.w. yang menunjukkan kepada keperluan
untuk menjauhkan diri daripada beberapa jenis penyakit. Antara hadis tersebut
ialah:

‫ ﻻ ﻋﺪﻭﻯ ﻭﻻ ﻃﲑﺓ ﻭﻻ‬:‫ ﻗﺎﻝ ﺭﺳﻮﻝ ﺍﷲ ﺻﻠﻰ ﺍﷲ ﻋﻠﻴﻪ ﻭ ﺳﻠﻢ‬:‫ﻋﻦ ﺃﰊ ﻫﺮﻳﺮﺓ ﺭﺿﻲ ﺍﷲ ﻋﻨﻪ ﻳﻘﻮﻝ‬
.‫ﻫﺎﻣﺔ ﻭﻻ ﺻﻔﺮ ﻭﻓﺮ ﻣﻦ ﺍﺠﻤﻟﺬﻭﻡ ﻛﻤﺎ ﺗﻔﺮ ﻣﻦ ﺍﻷﺳﺪ‬

Maksudnya:
Daripada Abu Hurairah r.a. berkata: Rasulullah s.a.w. bersabda: Tidak ada
penyakit berjangkit, tiada sialan, tiada jelmaan roh manusia yang keluar dari
kuburnya dan tiada kecelakaan pada bulan Safar dan larilah kamu daripada
orang yang berpenyakit kusta sepertimana kamu lari daripada singa‰ (al-
Bukhari: Kitab al-Tibb, Bab al-Juzam, nombor hadis: 5380).

« ‫ ﻳﻘﻮﻝ » ﻻ ﻳﻮﺭﺩﻥ ﳑﺮﺽ ﻋﻠﻰ ﻣﺼﺢ‬-‫ﺻﻠﻰ ﺍﷲ ﻋﻠﻴﻪ ﻭﺳﻠﻢ‬- ‫ﻋﻦ ﺃﰉ ﻫﺮﻳﺮﺓ ﺃﻧﻪ ﲰﻊ ﺭﺳﻮﻝ ﺍﷲ‬

Maksudnya:
Daripada Abu Hurairah r.a. berkata bahawa beliau mendengar Rasulullah s.a.w.
bersabda: „Janganlah dibawa unta yang sakit untuk minum bersama dengan
unta yang sihat‰ (Abu Daud: Kitab al-Tibb, Bab Fi al-Tiyarah, nombor hadis:
3913).

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


138  TOPIK 6 SYARAH HADIS TENTANG AKIDAH (AZAB KUBUR DAN PENYAKIT
BERJANGKIT)

‫ﺻﻠﻰ ﺍﷲ‬- ‫ ﻓﺄﺭﺳﻞ ﺇﻟﻴﻪ ﺍﻟﻨﱮ‬،‫ ﻛﺎﻥ ﰱ ﻭﻓﺪ ﺛﻘﻴﻒ ﺭﺟﻞ ﳎﺬﻭﻡ‬:‫ﻋﻦ ﻋﻤﺮﻭ ﺑﻦ ﺍﻟﺸﺮﻳﺪ ﻋﻦ ﺃﺑﻴﻪ ﻗﺎﻝ‬
.‫ ﺇﻧﺎ ﻗﺪ ﺑﺎﻳﻌﻨﺎﻙ ﻓﺎﺭﺟﻊ‬:‫ﻋﻠﻴﻪ ﻭﺳﻠﻢ ﻓﻘﺎﻝ‬
Maksudnya:
Daripada ÂAmr bin al-Syarid daripada bapanya berkata: Sekumpulan lelaki
daripada kelompok Thaqif datang untuk berbaiah dengan Nabi s.a.w. dan salah
seorang daripada mereka menghidap penyakit kusta. Maka Nabi s.a.w.
mengutus kepada kumpulan tersebut dengan sabdanya: „Sesungguhnya kami
sudah pun berbaiah dengan kamu, maka pulanglah‰ (Muslim: Kitab al-Salam,
Bab Ijtinab al-Majzum Wa Nahwihi, nombor hadis: 5958).

‫ ﺍﻟﻄﺎﻋﻮﻥ ﺁﻳﺔ ﺍﻟﺮﺟﺰ ﺍﺑﺘﻠﻰ ﺍﷲ ﻋﺰ‬:‫ ﻗﺎﻝ ﺭﺳﻮﻝ ﺍﷲ ﺻﻠﻰ ﺍﷲ ﻋﻠﻴﻪ ﻭﺳﻠﻢ‬:‫ﻋﻦ ﺃﺳﺎﻣﺔ ﺑﻦ ﺯﻳﺪ ﻗﺎﻝ‬
.‫ ﻭﺇﺫﺍ ﻭﻗﻊ ﺑﺄﺭﺽ ﻭﺃﻧﺘﻢ ﻬﺑﺎ ﻓﻼ ﺗﻔﺮﻭﺍ ﻣﻨﻪ‬،‫ ﻓﺈﺫﺍ ﲰﻌﺘﻢ ﺑﻪ ﻓﻼ ﺗﺪﺧﻠﻮﺍ ﻋﻠﻴﻪ‬،‫ﻭﺟﻞ ﺑﻪ ﻧﺎﺳﺎ ﻣﻦ ﻋﺒﺎﺩﻩ‬
Maksudnya:
Daripada Usamah bin Zaid r.a. berkata: Rasulullah s.a.w. bersabda: „Wabak
penyakit (yang merebak) adalah tanda kemurkaan Allah yang mana Allah uji
hamba-hambaNya. Apabila kamu mendengar adanya wabak itu di sesebuah
tempat, maka janganlah kamu masuk ke dalamnya. Dan apabila wabak itu
berada di tempat kamu, maka janganlah kamu keluar darinya‰ (Muslim: Kitab
al-Salam, Bab al-TaÊun wa al-Tiyarah wa al-Kihanah wa Nahwiha, nombor hadis:
5904).

Ini adalah di antara hadis-hadis yang menandakan keperluan untuk seseorang


itu menjauhi sebarang penyakit yang boleh merebak atau berjangkit.

6.3.3 Percanggahan
Jelas sekali percanggahan yang wujud di antara kedua-dua kumpulan hadis di
atas. Perkataan ( ‫ ) ال عدوى‬dalam hadis yang pertama memberi makna penafian
secara jelas akan wujudnya jangkitan penyakit dari pengidapnya kepada orang
sihat. Ia suatu bentuk penafian umum yang merangkumi apa saja penyakit dan
siapa saja penghidap. Begitu juga hadis yang menunjukkan kemarahan Baginda
Rasulullah s.a.w. apabila dikatakan unta yang sakit kiranya bercampur dengan
unta yang sihat, ia akan menjangkitinya. Ini terbukti melalui pertanyaan
Baginda: „Unta yang pertama yang membawa penyakit itu berjangkit dari mana
pula?‰.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 6 SYARAH HADIS TENTANG AKIDAH (AZAB KUBUR DAN PENYAKIT  139
BERJANGKIT)

Manakala hadis: „Janganlah dibawa unta yang sakit untuk minum bersama
dengan unta yang sihat‰, jelas mengesahkan wujudnya unsur-unsur jangkitan
penyakit. Jadi larangan Baginda s.a.w. itu tidak lain tidak bukan adalah kerana
bimbangkan penyakit itu merebak.

Hadis: Sekumpulan lelaki daripada kelompok Thaqif datang untuk berbaiah


dengan Rasulullah s.a.w. dan salah seorang daripada mereka menghidap
penyakit kusta. Maka Rasulullah s.a.w. mengutus kepada kumpulan tersebut
dengan sabdanya: „Sesungguhnya kami sudah pun berbaiah dengan kamu,
maka pulanglah‰. Ia menunjukkan kebimbangan penyakit yang dihadapi oleh
pesakit kusta dari keturunan Thaqif, akan merebak atau menjangkit kepada
orang lain, sehingga Rasulullah s.a.w. menyuruhnya segara beredar pulang
setelah dinyatakan baiahnya diterima.

Demikian juga penyakit berjangkit lain, Rasulullah s.a.w. mengarahkan


sekiranya terjadi penyakit itu di suatu tempat, maka orang yang berada di
kawasan tersebut dilarang keluar dan orang yang berada di luar kawasan
dilarang untuk masuk. Semua itu menunjukkan adanya unsur-unsur jangkitan
dan ini bertentangan dengan apa yang ditegaskan oleh hadis yang pertama dan
kedua. Lebih mengelirukan apabila terdapat hadis yang menyatakan pada
permulaannya „tiada jangkitan‰ dan dalam masa yang sama di akhir hadis ini
menyebutkan perintah Rasulullah s.a.w.: „Lari daripada pesakit kusta
sebagaimana kamu lari daripada seekor singa‰.

Kita sering kali didedahkan dengan berbagai berita mengenai penyakit-penyakit


berjangkit seperti Hepatitis A, Hepatitis B, Difteria, Pertusis, Tetanus, Campak,
Meningococcal Meningitis, Selesema, Polio, Rubela, Varicella dan berpuluh lagi
yang disenaraikan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia sebagai penyakit
berjangkit yang perlu diawasi dan perlu mendapatkan rawatan perubatan.

Penyakit Tibi yang diisytiharkan sebagai pembunuh nombor satu di Malaysia


satu masa dahulu di antara tahun 1945 hingga 1957 adalah penyakit berjangkit
nombor satu. Para pesakit diasingkan di satu tempat terpencil di hospital-
hospital bagi mengelakkan jangkitan berlaku. Malah sajak tahun 1995,
dilaporkan kes-kes baru Tibi meningkat dari setahun ke setahun. Kemuncaknya
ialah pada tahun 2000 di mana sebanyak 15,050 kes dicatatkan.

Ketua Penolong Pengarah Bahagian Kawalan Penyakit, Jabatan Kesihatan


Awam, Kementerian Kesihatan ketika itu, Dr Naim Abdul Kadir berkata bahawa
penyakit Tibi masih menjadi satu masalah kesihatan awam yang besar kepada
negara. Ia merupakan sejenis penyakit berjangkit utama malah mendahului
denggi yang lebih ditakuti oleh masyarakat (Dr Rohaizan Baru, Ahmad Fauzi
Hasan & Zulkifli Mohd, 2007).

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


140  TOPIK 6 SYARAH HADIS TENTANG AKIDAH (AZAB KUBUR DAN PENYAKIT
BERJANGKIT)

6.3.4 Tawfiq

Tawfiq adalah kaedah dan proses menyelesaikan percanggahan antara


hadis.

Ada beberapa jawapan yang diutarakan oleh para ulama dan ilmuwan semasa
berhubung bagaimana mentawfiqkan di antara hadis-hadis yang bercanggah ini,
di antaranya:

(a) Al-Imam al-Nawawi dan Ibn Hajar al-ÂAsqalani menyatakan bahawa


penafian jangkitan bermakna sesuatu itu tidak berlaku secara semula jadi
yakni dengan sendiri sebagaimana yang dipercayai oleh orang-orang
jahiliah, tanpa menyandarkannya kepada kehendak Allah s.w.t. Rasulullah
s.a.w. dengan itu ingin membasmi pemikiran atau pegangan seperti itu
dengan menegaskan bahawa Allah s.w.t. yang menjadikan penyakit dan
penyembuh. Adapun larangan daripada mendekati orang sakit itu pula
bertujuan untuk menyatakan bahawa itu adalah sebahagian daripada cara-
cara Allah s.w.t. menjadikan atau mencipta sesuatu penyakit.

(b) Al-Imam Ibn Hajar al-ÂAsqalani dan al-Tabari mengatakan bahawa


sememangnya tiada jangkitan kerana Rasulullah s.a.w. pernah
menyatakannya dalam sebuah riwayat yang lain bahawa: „Sesuatu itu
tidak menjangkit yang lain‰. Dikuatkan lagi dengan sebuah hadis lain di
mana Rasulullah s.a.w. menyangkal dakwaan seseorang yang mengatakan
bahawa seekor unta yang berpenyakit kulit akan mengakibatkan unta-unta
lain terlibat sama apabila bercampur. Sabda Baginda s.a.w.: „Yang pertama
itu berjangkit dari unta yang mana?‰. Rasulullah s.a.w. menegaskan
bahawa Allah s.w.t. lah yang menjadikan unta-unta itu terkena penyakit
(bukan hasil jangkitan mana-mana unta). Sebagaimana Dialah yang
menjadikan unta yang pertama itu sakit. Adapun suruhan Baginda untuk
menjauhi pesakit kusta, itu sebenarnya sebagai langkah berjaga-jaga. Ini
supaya orang-orang Islam terhindar dari sebarang bentuk akidah yang
salah dengan menganggap bahawa penyakit itu datang dari jangkitan dan
bukan dari Allah s.w.t. Lalu mereka semua berdosa dengan kepercayaan
seperti itu. Maka dengan demikian, awal-awal lagi perlu dijauhi daripada
penyakit-penyakit berjangkit seperti kusta dan sebagainya.

(c) Al-Baqillani dan Ibn Battal berpendapat bahawa secara umumnya memang
tiada jangkitan, tetapi terdapat penyakit tertentu yang memang berlaku
jangkitan. Sebab itulah Rasulullah s.a.w. melarang daripada mendekati
para pesakit kusta. Jadi boleh ditafsirkan maksud Rasulullah s.a.w. dengan

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 6 SYARAH HADIS TENTANG AKIDAH (AZAB KUBUR DAN PENYAKIT  141
BERJANGKIT)

penafian itu, bahawa tiada jangkitan dalam penyakit kecuali penyakit-


penyakit tertentu seperti kusta dan seumpamanya.

(d) Ada juga yang mengatakan bahawa sememangnya tiada jangkitan, apa
yang Rasulullah s.a.w. suruh menjauhkan diri dari pesakit kusta itu
sebenarnya ialah kerana menjaga perasaan mereka. Kalau mereka melihat
orang yang sihat dan sempurna tubuh badannya, akan bertambahlah lagi
derita di hati mereka apabila memandang nasib diri mereka yang tidak
sihat dan tidak sempurna tubuh badan.

Ada juga yang mentawfiqkan dengan mengatakan arah cakap yang ditujukan
oleh Rasulullah s.a.w. berbeza-beza. ‫ ال عدوى‬Ditujukan kepada orang yang kuat
keyakinan dan tawakalnya, di mana dia boleh mengelak diri dari terjerumus ke
arah kepercayaan adanya jangkitan dan orang ini boleh makan dan minum
bersama pesakit kusta. Manakala hadis yang menyuruh lari daripada pesakit
kusta pula, ditujukan kepada orang yang lemah keyakinannya yang tidak
berdaya mengelak diri dari terpalit dengan kepercayaan adanya jangkitan. Maka
dengan itu terpaksalah mengambil langkah berjaga-jaga dengan menyuruh dia
menjauhkan diri dari pesakit kusta (Dr Rohaizan Baru, Ahmad Fauzi Hasan &
Zulkifli Mohd, 2007).

SEMAK KENDIRI 6.2

1. Huraikan bagaimana cara berhadapan dengan hadis-hadis yang


kelihatan bertentangan secara zahirnya.

2. Selesaikan masalah yang berkaitan dengan penyakit berjangkit


mengikut pandangan ulama silam.

3. Senaraikan hadis-hadis yang berkaitan kewujudan penyakit


berjangkit.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


142  TOPIK 6 SYARAH HADIS TENTANG AKIDAH (AZAB KUBUR DAN PENYAKIT
BERJANGKIT)

 Akidah adalah perkara penting yang mesti dikuasai oleh semua orang.
Walaupun begitu, tidak semua orang layak untuk membicarakan suatu
permasalahan yang rumit dalam akidah tanpa ilmu yang kukuh kerana boleh
mengakibatkannya terpesong dari landasan agama Islam yang sebenar.

 Hari akhirat merupakan suatu yang hak dan pasti, ia akan berlaku setelah
semua makhluk Allah s.w.t. melalui peringkat-peringkat yang telah
ditetapkan olehNya.

 Alam kubur adalah tempat persinggahan setiap hamba Allah s.w.t. yang
meninggal dunia. Dia akan mendapat nikmat di dalamnya atau mendapat
azab di atas segala kesalahannya.

 Ayat-ayat al-Quran, hadis Nabi s.a.w., ijmak ulama dan kata-kata para ulama
mensabitkan kewujudan azab kubur dan ia tidak boleh dinafikan dengan
hanya menggunakan akal fikiran yang sempit.

 Orang yang menolak azab kubur adalah seorang yang hanya berpegang
kepada logik akal serta tidak mengetahui metodologi ulama dalam berurusan
dengan semua dalil-dalil atau sumber-sumber hukum agama Islam.

 Hadis berkaitan dengan penyakit berjangkit, secara zahirnya adalah


bertentangan antara satu dengan yang lain, maka setiap muslim perlu
mempraktikkan metodologi ulama Islam dalam berhadapan dengannya.

 Para ulama telah pun menyelesaikan permasalahan penyakit berjangkit


dengan mengemukakan pandangan mereka, kita bolehlah merujuk semua
pandangan tersebut dan dikukuhkan dengan kajian semasa mengenainya.

Al-Tawfiq Nikmat kubur


Alam barzakh Logik akal
Azab kubur Mutawatir
Hadis Ahad Penyakit berjangkit
Kusta Tempat persinggahan

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 6 SYARAH HADIS TENTANG AKIDAH (AZAB KUBUR DAN PENYAKIT  143
BERJANGKIT)

Abu Daud, Sulayman bin al-AsyÊath. (1974). Sunan Abi Daud. Beirut: Dar al-
Kitab al-ÂArabi.

Alam barzakh dan azab kubur. (2009). Dicapai dari http://bliss-


infinity.blogspot.com/2009/09/alam-barzakh-dan-azab-kubur.html

Al-Bukhari, Muhammad bin IsmaÊil al-JuÊfi. (1978). Al-JamiÊ al-Sahih al-


Mukhtasar. Beirut: Dar Ibn Kathir.

Al-Tabari, Muhammad bin Jarir bin Yazid. (2000). JamiÊ al-Bayan Fi TaÊwil Ay al-
Quran. Beirut: Muassasah al-Risalah.

Al-Tirmizi, Muhammad bin ÂIsa. (t.t.) JamiÊ al-Tirmizi. Beirut: Dar IhyaÊ al-Turath
al-ÂArabi.

Dr Rohaizan Baru, Ahmad Fauzi Hasan, & Zulkifli Mohd. (2007). Kertas kerja
Seminar Warisan Nabawi. Hadith-hadith kontradiksi dalam konteks
kontemporari: Penyelesaian Tawfiq satu pilihan. Nilai: Fakulti Pengajian
Quran dan Sunnah, USIM.

Ibn al-Athir, Majd al-Din Abu al-SaÊadat al-Mubarak bin Muhammad al-Jazari.
(2001). Al-Nihayah Fi Gharib al-Hadith wa al-Athar, Tahqiq: al-Sheikh
Khalil MaÊmun Syiha. Beirut: Dar al-MaÊrifah.

Ibn Kathir, IsmaÊil bin ÂUmar bin Kathir. (1999). Tafsir al-Quran al-ÂAzim. Riyadh:
Dar Tayyibah.

Muslim, Muslim bin al-Hajjaj. (1994). Sahih Muslim. Beirut: Dar al-Jayl.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


Topik  Syarah Hadis
7 tentang
Konsep Ibadat
HASIL PEMBELAJARAN
Pada akhir topik ini, anda seharusnya dapat:
1. Menjelaskan pengertian fuqaha dan ahli hadis serta metode mereka;
2. Menghuraikan metode fuqaha dan ahli hadis dalam istinbat hukum;
dan
3. Menerangkan sebab ikhtilaf fuqaha dalam memahami hukum bagi
sesebuah hadis.

 PENGENALAN
Perkembangan undang-undang Islam berkembang selepas hijrah Rasulullah
s.a.w. ke Madinah dengan terbentuknya Piagam Madinah. Setiap permasalahan
yang berlaku pada zaman Rasulullah s.a.w. diselesaikan sama ada melalui
perkhabaran wahyu daripada Allah s.w.t., atau ijtihad daripada Rasulullah s.a.w
di bawah ilmu serta pengawasan dan pemerhatian Allah s.w.t. Pada zaman para
sahabat pula, mereka masih melaksanakan dasar yang telah dilaksanakan oleh
Rasulullah s.a.w. dengan meletakkan penyelesaian berdasarkan al-Quran,
Sunnah dan Ijtihad. Walaupun pada ketika itu tiada kaedah atau metode yang
tersusun sebagaimana hari ini seperti ilmu usul fiqh, namun hakikatnya para
sahabat menggunakan jalan dan kaedah yang sama. Ini adalah kerana ilmu usul
fiqh secara teorinya masih belum tersusun pada zaman Rasulullah s.a.w. dan
sahabat, namun ianya telah diamalkan oleh para sahabat secara praktikalnya.
Sebagaimana dalam kisah Muaz Jabal, ketika diperintahkan oleh Rasulullah
s.a.w. pergi ke Yaman. Sabda Rasulullah s.a.w.:

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 7 SYARAH HADIS TENTANG KONSEP IBADAT  145

Maksudnya:
„Bagaimanakah nanti engkau akan memutuskan hukum apabila dibawa kepada
engkau sesuatu permasalahan?‰ Muaz menjawab: „Saya akan memutuskan
hukum berdasarkan Kitab Allah.‰ Nabi bertanya lagi, „Sekiranya kamu tidak
mendapati di dalam Kitab Allah?„ Jawab Muaz: ‰Saya akan memutuskan
berdasarkan Sunnah.„ Tanya Nabi lagi: „Sekiranya engkau tidak menemui di
dalam Sunnah?„ Muaz menjawab: ‰Saya akan berijtihad dan saya tidak akan
mengabaikan perkara tersebut.‰ Nabi pun menepuk dada sambil bersabda:
„Segala puji bagi Allah yang telah memberi taufiq kepada utusan Rasulullah
s.a.w. ke arah sesuatu yang diredhainya.‰

(Hadis Riwayat Imam Ahmad dan Abu Daud)

Justeru, dalam topik ini anda akan mempelajari kaedah mengistinbatkan hukum-
hakam berdasarkan metodologi fuqaha dan ahli hadis yang berkaitan dengan
konsep ibadat daripada hadis Rasulullah s.a.w. Selamat meneruskan pembacaan
anda!

AKTIVITI 7.1

Bincangkan bersama ahli kumpulan anda mengenai sejarah perundangan


Islam pada zaman Rasulullah s.a.w. dan sahabat. Kemudian, bentangkan
dalam kelas anda tentang kaedah atau cara sesuatu hukum itu ditetapkan
pada zaman Rasulullah s.a.w. dan sahabat.

7.1 FUQAHA DAN AHLI HADIS


(MUHADDITHIN)
Berdasarkan kisah Muaz Jabal di atas, dapatlah disimpulkan bahawa setiap
ulama sama ada dalam kalangan fuqaha mahupun ahli hadis haruslah
menetapkan hukum berdasarkan al-Quran, Sunnah dan ijtihad. Sekiranya
sesuatu hukum itu tidak terdapat dalam al-Quran, maka hendaklah merujuk
kepada hadis Rasulullah s.a.w. Sekiranya hukum itu tiada dalam al-Quran dan
Sunnah, maka ketika itu haruslah berijtihad. Melalui ijtihad ini, hukum-hakam
khususnya dalam konsep ibadat terus berkembang sesuai dengan keadaan, masa
dan tempat. Dengan ijtihad jugalah terbentuknya sumber hukum, Ijmak ulama
dan Qiyas sebagai sumber hukum ketiga dan keempat selepas al-Quran dan
Sunnah.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


146  TOPIK 7 SYARAH HADIS TENTANG KONSEP IBADAT

7.1.1 Pengertian Fuqaha dan Pembahagian Fiqh

Fuqaha (‫ )فقھاء‬berasal daripada perkataan (‫ )فقه‬yang bermaksud ahli dalam


bidang fikah. Dari sudut bahasa fiqh (‫ )فقه‬bermaksud faham. Manakala fiqh
menurut istilah adalah pengetahuan tentang hukum-hukum syarak yang
berkaitan dengan perbuatan dan perkataan mukallaf (mereka yang telah
dibebani dengan syariat agama) yang diambil daripada dalil-dalil yang
bersifat terperinci daripada nas al-Quran,sunnah serta yang bercabang
daripadanya seperti Ijmak ulama dan Qiyas (Badakhsyi, t.t.).

Kesimpulan daripada takrif tersebut, dapat dijelaskan bahawa fiqh ialah hukum-
hukum syarak yang bersifat amali dan diambil daripada dalil-dalil yang
terperinci berdasarkan kaedah-kaedah tertentu.

Para fuqaha membahagikan bidang fiqh kepada tujuh bab utama seperti yang
terkandung dalam kitab-kitab fiqh. Berikut adalah tujuh bab fiqh yang dikupas
oleh fuqaha dalam kitab mereka, antaranya:

(a) Fiqh Ibadat


Fiqh yang menjelaskan mengenai hukum-hukum yang berkaitan dengan
ibadat seperti wuduk, solat, puasa, haji dan sebagainya.

(b) Fiqh Ahwal Syahsiah


Fiqh yang menjelaskan hukum-hukum yang berkaitan dengan masalah
kekeluargaan seperti pernikahan, talaq, nasab, penyusuan, nafkah, harta
pusaka dan lain-lain.

(c) Fiqh Muamalat


Fiqh yang mengupas hukum-hukum yang berkaitan dengan perbuatan
manusia dan komunikasi di antara mereka, seperti jual beli, jaminan, sewa
menyewa, pengadilan dan seumpamanya.

(d) Fiqh Siasah SyarÊiyyah


Fiqh yang menjelaskan hukum-hukum yang berkaitan dengan kewajiban-
kewajiban pemimpin seperti menegakkan keadilan, memberantas
kezaliman, amar makruf nahi mungkar, dan menerapkan hukum-hukum
syariat. Ia juga turut menyentuh mengenai kewajipan rakyat yang
dipimpin seperti kewajipan taat dalam hal yang bukan maksiat dan lain-
lain.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 7 SYARAH HADIS TENTANG KONSEP IBADAT  147

(e) Fiqh ÂUqubat


Fiqh yang menjelaskan hukum-hukum yang berkaitan dengan hukuman
terhadap pelaku-pelaku kejahatan, serta penjagaan keamanan seperti
hukuman terhadap pembunuh, pencuri, pemabuk dan seumpamanya.

(f) Fiqh al-Siyar


Fiqh yang menjelaskan hukum-hukum yang mengatur hubungan negeri
Islam dengan negeri lain seperti perbahasan tentang perang, damai dan
seumpamanya.

(g) Adab dan Akhlak


Fiqh yang menjelaskan hukum-hukum yang berkaitan dengan akhlak dan
perilaku, yang baik mahupun yang buruk.

Hadis dan fikah adalah dua perkara yang tidak dapat dipisahkan dari seorang
mujtahid (fuqaha dan ahli hadis). Apabila seorang mujtahid mendapati sesuatu
hadis, maka hadis tersebut bukan sekadar dihafaz olehnya, bahkan hadis
tersebut akan diistinbatkan hukum-hakam daripadanya.

7.1.2 Ijtihad
Mari kita lihat hadis yang berikut.

‫ﺏ ﹶﻓﹶﻠﻪُ ﹶﺃ ْﺟﺮَﺍ ِﻥ َﻭِﺇﺫﹶﺍ َﺣ ﹶﻜ َﻢ ﻓﹶﺎ ْﺟَﺘ َﻬ َﺪ ﹸﺛﻢﱠ ﹶﺃ ْﺧ ﹶﻄﹶﺄ ﹶﻓﹶﻠﻪُ ﹶﺃﺟْﺮ‬


َ ‫ِﺇﺫﹶﺍ َﺣ ﹶﻜ َﻢ ﺍﻟﹾﺤَﺎ ِﻛﻢُ ﻓﹶﺎ ْﺟَﺘ َﻬ َﺪ ﹸﺛﻢﱠ ﹶﺃﺻَﺎ‬
Maksudnya:
Apabila seorang hakim itu menghukum lalu dia berijtihad kemudian menepati
kebenaran, baginya dua pahala. Dan apabila dia menghukum lalu dia berijtihad
kemudian menyalahi kebenaran, baginya satu pahala.
(Hadis Riwayat Bukhari)

Hadis di atas jelas menunjukkan kelebihan seseorang mujtahid/hakim yang


memenuhi syarat-syarat sebagai mujtahid ketika menghukumkan sesuatu
perkara. Seandainya ijtihadnya tepat, maka diberi ganjaran dua pahala, dan
seandainya ijtihadnya adalah salah, ia mendapat ganjaran satu pahala.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


148  TOPIK 7 SYARAH HADIS TENTANG KONSEP IBADAT

Ijtihad ialah menggunakan sepenuh kemampuan dalam memperoleh hukum


syarak (Al-Isnawiyy, 1345H). Definisi ini menjelaskan bahawa ijtihad dari sudut
syarak terdiri daripada beberapa asas utama, antaranya:

(a) Usaha yang bersungguh-sungguh semaksimum mungkin yang dilakukan


oleh seseorang mujtahid. Namun sebahagian, ulama tidak mensyaratkan
daya maksimum dan cukup sekadar ia dilakukan dengan bersungguh-
sungguh (Al-Shawkaniyy, t.t.);

(b) Usaha ijtihad perlu dilakukan oleh seseorang faqih atau mujtahid yang
mengetahui ilmu usul fiqh dari segi teorinya dan mampu
menterjemahkannya dalam bentuk praktik. Oleh itu, usaha seorang faqih
yang menghafal hukum sahaja tidak diterima oleh ulama usul fiqh sebagai
suatu proses ijtihad; dan

(c) Kaedah yang digunakan dalam usaha ijtihad perlu mematuhi peraturan
yang ditetapkan di dalam ilmu usul fiqh.

Usaha ijtihad hanya berkisar dalam soal-soal fiqh Islam sahaja dan bukannya di
dalam bidang akidah dan bahasa. Ibn Qayyim menjelaskan bahawa Imam Syafie
menegaskan seseorang itu tidak boleh mengeluarkan fatwa kecuali setelah dia
betul-betul memahami al-Quran mengenai hal nasikh dan mansukh, hukum-
hukum yang bersangkut paut dengannya, takwil, asbab al-nuzul, makki dan
madani. Dan dia mestilah mengetahui hadis seperti mana ia mengetahui al-
Quran, dia hendaklah memahami dengan baik tentang ilmu bahasa Arab serta
perkara yang bersangkutan dengannya dan memahami kehendak sesuatu
masyarakat semasa di dalam negeri yang tertentu mengenai sesuatu hukum
serta hukum itu dikeluarkan dengan penuh rasa keinsafan serta tidak terburu-
buru dan mengikut hawa nafsu (Ibn al-Qayyim, 1968).

7.1.3 Pengertian Ahli Hadis (Muhaddithin)


Umumnya ahli hadis atau muhaddithin adalah ulama ahli dalam bidang hadis.
Namun, dalam perbahasan ilmu Mustolah hadis, terdapat beberapa tingkatan
ulama hadis berdasarkan kepada bilangan hadis yang dihafaz. Jadual 7.1
menunjukkan gelaran yang diguna pakai bagi ahli hadis:

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 7 SYARAH HADIS TENTANG KONSEP IBADAT  149

Jadual 7.1: Gelaran Ahli Hadis

Gelaran Ahli Hadis Penerangan


Al-Hafiz Menghafaz sebanyak 100,000 hadis dengan isnadnya.
Muhaddith Orang yang mahir dengan hadis dan menghafal kurang
daripada 100,000 hadis.
Al-Hujjah Darjatnya lebih tinggi daripada al Hafiz. Menghafal 300,000
buah hadis termasuk matan, sanad, jarh, taÊdil dan sejarahnya.
Al-Hakim Darjat tertinggi di kalangan ahli hadis. Mengetahui segenap
hal berkenaan hadis, menghafal lebih daripada 700,000 buah
hadis.

SEMAK KENDIRI 7.1

1. Nyatakan kaedah istinbat hukum yang diamalkan pada zaman


Rasulullah s.a.w. dan para sahabat serta contoh.

2. Berikan pengertian ijtihad serta jelaskan syarat-syarat mujtahid.

3. Huraikan pengertian Ijmak dan pembahagiannya.

AKTIVITI 7.2

„Apabila hadis tersebut sahih maka ia adalah mazhabku (peganganku)‰.

Ungkapan ini sangat masyhur dinukilkan daripada tokoh-tokoh fuqaha


dan ahli hadis, antaranya Imam Hanafi, Imam Maliki, Imam Syafie dan
Imam Hanbali. Berdasarkan ungkapan tersebut jelaskan kriteria hadis
sahih dan hadis daÊif.

7.2 METODOLOGI FUQAHA DALAM


MEMBICARAKAN HUKUM
Seterusnya, kita akan mempelajari metodologi fuqaha dalam soal hukum.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


150  TOPIK 7 SYARAH HADIS TENTANG KONSEP IBADAT

7.2.1 Pengenalan Ringkas Metodologi Fuqaha


Ilmu fiqh amat berkait rapat dengan ilmu usul fiqh. Hukum fiqh tidak dapat
diputuskan kecuali dengan satu proses pembinaan hukum melalui teori atau
kaedah usul fiqh. Justeru, setiap fuqaha semestinya memiliki kepakaran dalam
mengistinbatkan sesuatu hukum melalui kaedah usul fiqh. Kaedah ini penting
bagi menganalisis dalil dan kaedah untuk mengambil hukum daripada
sumbernya sama ada daripada nas al-Quran, hadis Rasulullah s.a.w. dan
sebagainya.

Dalam memahami ilmu usul fiqh ini, ia bukan sahaja terbatas kepada ulama usul
fiqh, sebaliknya ia juga melibatkan ulama hadis. Antara tokoh ulama hadis yang
mengarang kitab usul fiqh ialah Imam Syafie, Imam Syawkani dan ramai lagi
(Basri Ibrahim, 2011).

Berikut adalah beberapa bidang ilmu yang penting yang anda seharusnya
ketahui bagi menjelaskan metodologi fuqaha dalam membicarakan hukum:

(a) Usul Fiqh


Ilmu yang menerangkan kaedah-kaedah dan perbahasan yang digunakan
untuk mengistinbatkan hukum-hukum syarak yang bersifat amali daripada
dalil-dalilnya yang tafsiliyy (Al-Halabiyy, t.t.).

Melalui takrif ini jelas menunjukkan bahawa usul fiqh merupakan suatu
ilmu yang berkaitan dengan kaedah-kaedah serta perbahasan-perbahasan
yang membolehkan seseorang individu itu mampu untuk mengetahui
hukum-hukum syarak yang praktikal dari dalil-dalil yang terperinci. Skop
perbincangan ilmu usul fiqh ini meliputi sumber-sumber hukum, kaedah-
kaedah bagi memahami perkataan dan dalil yang bersifat umum dan
khusus. Oleh itu, bagi melengkapkan ilmu ini, beberapa bidang ilmu lain
juga diperlukan seperti ilmu tafsir dan ilmu mustolahat al-hadis. Ia boleh
disimpulkan sebagai ilmu yang dapat mengenali tiga perkara asas iaitu (Al-
Badakhshiyy, t.t.):
(i) Mengenali segala sumber perundangan Islam (dalil-dalil fiqh);
(ii) Mengenali cara atau metode yang digunakan untuk mengistinbatkan
hukum; dan
(iii) Mengenali sifat-sifat pengistinbat hukum.

Antara faedah mempelajari ilmu usul fiqh ialah kemampuan untuk


mengeluarkan hukum-hukum Syarak daripada dalil-dalilnya berlandaskan
kaedah yang betul.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 7 SYARAH HADIS TENTANG KONSEP IBADAT  151

(b) Qawaid al-Fiqh


Ilmu yang membincangkan prinsip-prinsip dan kaedah-kaedah fiqh.
Kaedah dan prinsip ini disusun oleh fuqaha bagi menentukan kumpulan-
kumpulan hukum yang telah sedia ada untuk dimasukkan ke dalam
kaedah-kaedah tertentu bagi memudahkan kefahaman dan amalan, serta
boleh menjadi asas sumber kepada penyelesaian perkara yang belum ada
penentuan hukumnya sebelum ini (Al-Suyuti, t.t.).

(c) Tarikh al-fiqh


Ialah ilmu yang membincangkan pertumbuhan dan perkembangan
pemikiran fiqh secara umum dan pelaksanaannya yang timbul daripada
pelbagai aliran mazhab dan pelbagai peringkat masa kehidupan
masyarakat Islam. Hasil dari perkembangan ilmu ini, lahirlah dua aliran
utama dalam mengistinbatkan hukum, iaitu metodologi ahlu al-RaÊyi dan
metodologi ahlu al-Hadis.

(i) Ahlu al-RaÊyi muncul di Kufah yang dipelopori oleh Abdullah


MasÊud yang dipengaruhi oleh metodologi Umar dan Ali r.a. ; dan
(ii) Manakala aliran ahlu al-Hadis berada di Hijaz yang dipelopori oleh
Zaid Thabit dan Abdullah Umar r.a.

Aliran ini dikembangkan oleh fuqaha al-SabÊah yang terdiri daripada para
tabiin iaitu Said ibn al-Musayyab, Urwah ibn al-Zubair, Abu Bakar ibn
Abdul Rahman ibn Harith ibn Hisyam, Ubaidullah ibn Abdullah ibn Utbah
ibn MasÊud, Kharijah bin Zaid, al-Qasim ibn Muhammad dan Sulayman ibn
Yasar. Kewujudan dua aliran ini menyebabkan berlakunya perkembangan
besar dalam ilmu khilaf dalam kalangan fuqaha Islam (Qattan, 1997).

Perbezaan metodologi istinbat hukum semakin berkembang selepas zaman


tabiin iaitu bermula dari pertengahan abad kedua hijrah hingga akhir abad
ketiga hijrah. Zaman ini juga dikenali sebagai zaman kelahiran mazhab dan
pembinaan disiplin ilmu usul fiqh. Mazhab yang lahir dalam zaman ini
dipelopori oleh beberapa orang imam antaranya:

(i) Abu Hanifah al-NuÊman ibn Thabit ibn Zuti (W 150H);


(ii) Al-AwzaÊi Abu Amr Abdul Rahman ibn Amr ibn Muhammad (W
157H);
(iii) Sufyan ibn SaÊid ibn Masruq al-Thawri (W 160H);
(iv) Al-Layth ibn SaÊd (W 175H);
(v) Malik ibn Anas al-Asbahi (W 179H);

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


152  TOPIK 7 SYARAH HADIS TENTANG KONSEP IBADAT

(vi) Sufyan ibn Uyaynah (W 198H);


(vii) Muhammad ibn Idris al-SyafiÊe (W 204H);
(viii) Ishaq ibn Rahawayh (W 238H);
(ix) Abu Thawr Ibrahim ibn Khalid al-Kalbi (W 240H);
(x) Ahmad ibn Hanbal (W 241H); dan
(xi) Dawud ibn Ali al-Isbahani al-Baghdadi al-Zahiri (W 270H).

Setiap daripada imam-imam di atas mempunyai metodologi tersendiri


dalam mengistinbatkan hukum daripada nas-nas syarak (Al-Alwani, 1993).

(d) Ilmu Khilaf


Ilmu yang membincangkan perbezaan aliran pemikiran fiqh dan mazhab
dari pelbagai aliran sama ada daripada individu atau kumpulan. Perbezaan
aliran yang timbul adalah berasaskan perbezaan terhadap sumber
pengambilan hukum dan cara mengistinbatkannya. Ilmu ini memberi
tumpuan yang lebih kepada proses memahami dan mendalami metodologi
faqih tertentu atau imam-imam mazhab tertentu dan juga untuk
memahami hukum-hukum yang telah diputuskan oleh mereka dan
mempertahankannya (Ibn khaldun, t.t.).

7.2.2 Sebab Ikhtilaf Fuqaha dalam Memahami


Hukum bagi Sesebuah Hadis
Berikut adalah sebab-sebab ikhtilaf fuqaha dalam memahami hukum bagi
sesebuah hadis.

(a) Sebab Pertama


Perbezaan dari sudut keharusan beramal dengan hadis. Mereka
meletakkan kriteria-kriteria tertentu untuk beramal dengan hadis dan
berhujah dengannya. Syarat ini kadangkala berbeza antara satu sama lain.
Antara kriteria ini termasuklah perkara berikut (ÂAwamah, 1987):
(i) Ikhtilaf fuqaha dalam sesetengah syarat hadis sahih;
(ii) Perlukah disyaratkan martabat sahih bagi hadis agar boleh beramal
dengannya;
(iii) Memastikan lafaz hadis daripada Rasulullah s.a.w.; dan
(iv) Memastikan baris (dabt) perkataan pada hadis.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 7 SYARAH HADIS TENTANG KONSEP IBADAT  153

(b) Sebab Kedua


Perbezaan dalam memahami hadis. Ia berpunca daripada dua perkara:
(i) Perbezaan dari sudut akal fikiran; dan
(ii) Terdapat lafaz hadis yang mengandungi lebih daripada satu makna.

(c) Sebab Ketiga


Perbezaan cara atau metode berdepan dengan pertentangan antara
beberapa hadis. Apabila fuqaha berdepan dengan dua hadis yang
bertentangan ketika mengistinbatkan sesuatu hukum, sebenarnya ia
melibatkan dua ilmu penting dalam Islam iaitu ilmu hadis dan ilmu usul
fiqh. Ilmu hadis digunakan semasa menilai dan mengamati hadis-hadis
yang berkaitan dengan permasalahan yang ditimbulkan. Sementara ilmu
usul fiqh dapat diambil faedah daripada kaedah-kaedah dan hukumnya
yang telah ditetapkan berdasarkan nas daripada al-Quran dan Sunnah.

Penyelesaian kepada masalah pertembungan dua hadis yang membawa


makna yang berbeza memerlukan pengamatan dan pemahaman yang
terperinci bagi mencari titik pertembungan. Para ulama telah meletakkan
kaedah yang tuntas sebagai penyelesaiannya. Berikut adalah kaedah yang
diguna pakai oleh mereka:

(i) Sekiranya nas (al-Quran, Sunnah, al-Ijma' dan al-Qiyas) saling


menyetujui antara satu sama lain terhadap sesuatu hukum dan tiada
percanggahan di antaranya, maka wajib ianya disabitkan atau
ditetapkan;

(ii) Sekiranya berlaku percanggahan di antaranya dan masih boleh


dikumpulkan, maka wajib dihimpunkan kesemuanya di bawah satu
hukum yang disepakati;

(iii) Sekiranya tidak boleh dikumpulkan, hendaklah berpindah kepada


naskh (pemansuhan) jika cukup syarat, iaitu dalil yang terkemudian
memansuhkan dalil yang terdahulu apabila dapat dikenal pasti
tarikh. Di sini, diamalkan dengan dalil yang terkemudian sahaja; dan

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


154  TOPIK 7 SYARAH HADIS TENTANG KONSEP IBADAT

(iv) Sekiranya tidak dapat dimansuhkan, hendaklah berpindah kepada


tarjih (memilih yang lebih kuat) jika ada unsur-unsur al-Tarjih seperti
berikut:

 Berkenaan al-Quran dan Sunnah ditarjihkan:

 Al-Nas (muktamad) ke atas al-zahir (jelas);


 Al-Zahir (jelas) ke atas al-muawwal (ditakwil);
 Al-Mantuq (tersurat) ke atas al-mafhum (tersirat); dan
 Al-Muthbit (menetapkan) ke atas al-nafi (menolak).
 Berkenaan al-ijmaÊ: Ditarjihkan al-ijma' al-qatÂi (muktamad) ke
atas al-ijma' al-zhanni (berkemungkinan).

 Berkenaan al-qiyas: Ditarjihkan al-qiyas al-jali (penyamaan yang


jelas) ke atas al-qiyas al-khafi (penyamaan yang samar).

Sekiranya tidak wujud unsur al-Tarjih (memilih yang lebih kuat),


hendaklah ditangguh (al-Tawaqquf) seketika. Al-Tawaqquf adalah sikap
mulia orang-orang yang bertaqwa apabila berhadapan dengan hadis-hadis
di mana pada zahirnya kelihatan saling bertentangan atau memusykilkan.
Mereka menahan diri daripada mengeluarkan apa-apa hukum atau
pendapat.

(d) Sebab Keempat


Perbezaan kadar merujuk (ittilaÊ) terhadap hadis. Maksudnya di sini ialah
sesetengah fuqaha tidak mendengar atau menjumpai hadis Rasulullah
s.a.w. semasa berijtihad. Kebiasaannya para fuqaha mengetahui
kebanyakan hadis yang berkaitan dengan permasalahan yang ditimbulkan,
dan apa yang tidak diketahui mereka hanyalah melibatkan pendetilan
terhadap permasalahan tersebut. Walau bagaimanapun kelebihan mereka
yang banyak menghafal dan menelaah hadis membantu dalam
mentarjihkan sesuatu hadis. Antara faktor berlakunya hal ini adalah seperti
yang dinukilkan oleh Imam Syafie dalam kitabnya (al-Risalah):

Maksudnya:
Kami tidak mengetahui mana-mana lelaki (imam) dapat menjumpai dan
mengumpul semua sunnah atau hadis tanpa ada yang tertinggal.
Sesungguhnya sunnah akan menjadi sempurna jika dihimpunkan ke semua
ulama yang memiliki ilmu tentangnya, tetapi sekiranya ulama ini
dipisahkan, maka ilmu mengenai sunnah tidak lengkap dan tidak
sempurna. Dan mana-mana sunnah yang tidak terdapat pada seseorang
ulama, didapati ada pada ulama lain.
Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)
TOPIK 7 SYARAH HADIS TENTANG KONSEP IBADAT  155

7.2.3 Pendirian Muslim terhadap Ikhtilaf Fuqaha


dalam Hadis Hukum
Apa yang dimaksudkan dengan pendirian Muslim terhadap ikhtilaf (perbezaan)
fuqaha ialah setakat mana ikhtilaf ini boleh diambil dan diamalkan oleh individu
Muslim. Terdapat tiga golongan pendirian Muslim terhadap ikhtilaf fuqaha dan
muhaddithin berdasarkan latar belakang pengetahuan fikah mereka:

(a) Golongan Orang yang Berilmu


Mereka ialah para mujtahid yang mampu mengeluarkan hukum berbeza-
beza, mampu menilai pelbagai masalah fikah dan memahami dalil syarak
dengan baik. Golongan ini beramal dengan apa yang diijtihadkan
walaupun ijtihadnya bertentangan dengan orang lain. Mereka tidak perlu
mengikut (Taqlid) orang lain kerana mereka layak melakukan ijtihad.
Sekiranya ijtihad mereka betul, mereka mendapat dua ganjaran dan
sekiranya salah mereka beroleh satu ganjaran (Al-Bayanuniyy, 1975).

(b) Golongan Orang Awam


Golongan ini tidak mempunyai pilihan melainkan mengikut (Taqlid)
hukum yang telah ditetapkan oleh mazhab pegangan mereka. Mereka
wajib bertanya dan meminta fatwa terhadap sesuatu masalah fikah dan
wajib beramal dengan apa yang telah difatwakan.

(c) Golongan Orang yang Menuntut Ilmu


Golongan ini berada di antara mujtahid dan orang awam. Ulama berbeza
pendapat mengenai pendirian golongan ini. Sebahagian mereka tidak
membezakan antara orang yang menuntut dan orang awam di mana
keduanya wajib mengikut ijtihad yang dibuat. Sebahagian lainnya
berpendapat bahawa golongan ini dibenarkan mengamati dan menilai
dalil-dalil syarak di dalam masalah yang diikhtilafkan dan memilih untuk
beramal dengan dalil yang dilihatnya sebagai rajih.

7.3 METODOLOGI AHLI HADIS DALAM


MEMBICARAKAN HUKUM
Mari kita meneruskan perbincangan kita dengan metodologi ahli hadis dalam
membicarakan hukum.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


156  TOPIK 7 SYARAH HADIS TENTANG KONSEP IBADAT

7.3.1 Kemuliaan Ahli Hadis


Golongan ahli hadis adalah golongan yang mencari kebenaran daripada sumber
yang benar. Al-Quran menjadi bekalan mereka dan sunnah hujah mereka.
Mereka tidak bertindak berteraskan hawa nafsu dan tidak pernah melaporkan
pendapat yang tidak bersandarkan kepada Rasulullah s.a.w. Apabila berlaku
perselisihan tentang sesuatu hadis, ahli hadislah menjadi rujukan utama.

Ada di antara mereka yang sanggup menempuh perjalanan yang jauh semata-
mata untuk mencari satu hadis atau sunnah, dan mengambil sunnah itu
daripada guru secara musyafahah. Kemudian, mereka meneliti dan mengkajinya
sehingga mereka dapat memahami mana yang sahih dan mana yang cacat, mana
yang nasakh dan mana yang mansukh (Basri Ibrahim, 2011).

Al-SamÊani ada menyatakan dalam kitabnya (Sawni al-Mantiq):

Maksudnya:
...apabila anda menelaah karya-karya ahli hadis daripada awal hingga akhir, baik
dahulu mahupun sekarang, walaupun berbeza negara dan jarak yang jauh antara
negara-negara tersebut dan berada di benua yang berlainan, anda akan dapati
penjelasan mereka berkaitan dengan iktikad berada pada satu landasan sahaja.
Mereka menggunakan satu pendekatan dan tidak berganjak daripadanya.
Perkataan dan perbuatan mereka tidak pernah bercanggah di antara satu sama
lain. Punca persepakatan pendekatan ahli hadis ialah kerana mereka mengambil
agama daripada al-Quran dan Sunnah. Kerana itu mereka mewariskan
persepakatan dan perpaduan. Sebaliknya, ahli bidaah mengambil agama
daripada akal dan pendapat, kerana itu mereka mewariskan perpecahan dan
perselisihan...

Ibn Taimiyyah juga menegaskan bahawa manusia yang paling berhak


dinamakan sebagai golongan yang berjaya ialah golongan ahli hadis dan sunnah
yang tidak taasub melainkan kepada Rasulullah s.a.w. sahaja. Mereka adalah
golongan paling alim tentang segala ucapan dan hal ehwal Rasulullah s.a.w. dan
juga paling besar kemampuan dalam membezakan di antara hadis yang sahih
dengan yang daif. Tokoh-tokoh utama mereka adalah ulama-ulama fiqh juga
yang mahir tentang hadis (Ibn Taimiyyah, 1998).

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 7 SYARAH HADIS TENTANG KONSEP IBADAT  157

7.3.2 Metodologi Ahli Hadis dalam Membicarakan


Hukum
Peranan hadis sebagai sumber kedua syariat Islam selepas al-Quran jelas
menunjukkan betapa pentingnya hadis dalam memahami hukum syariat Islam.
Dalam memahami dan berhujah dengan hadis, ahli hadis telah meletakkan
kaedah dan huraian dalam memahami hadis Rasulullah s.a.w. Ahli hadis
membina asas fiqh mereka berdasarkan kepada kaedah-kaedah yang diambil
daripada al-Quran, hadis sahih dan perjalanan salafussoleh.

Walaupun Al-Quran merupakan sumber tertinggi dalam Islam, namun tidak


semua ayat-ayatnya dapat difahami tanpa penjelasan Rasulullah s.a.w. Imam
Abu Hanifah berkata: „Kalaulah tidak kerana sunnah tiada seorangpun dari
kalangan kita yang memahami al-Quran.‰ Malah ibadat-ibadat utama seperti
solat, zakat, puasa dan haji tidak dapat dikerjakan tanpa panduan dari
Rasulullah s.a.w. Al-Quran merupakan asas sedang hadis adalah penjelas. Al-
Quran adalah teori sedangkan hadis adalah pelaksanaan amali dari Rasulullah
s.a.w. terhadap apa yang terdapat dalam al-Quran itu. Al-Quran memerintahkan
supaya didirikan solat tetapi tidak dinyatakan bilangan rakaat, waktu solat,
malah cara solat itu sendiri tidak dinyatakan.

Menurut Ibn Taimiyyah, ahli hadis menjadikan al-Quran dan Sunnah sebagai
asas pegangan dan keyakinan mereka. Mereka tidak mempertahankan sesuatu
perkataan jika tidak bertepatan dengan apa yang dibawa oleh Rasulullah s.a.w.
(Ibn Taimiyyah, 1998). Berikut adalah di antara metodologi utama ahli hadis
dalam membicarakan hukum:

(a) Hukum-hukum Syarak Diambil daripada Hadis Sahih dan Tidak Harus
Diambil daripada Hadis Daif
Sebelum sesuatu hadis difahami, dihuraikan dan dikaji maksudnya, hadis-
hadis perlu dipastikan kesahihan dan kekuatannya terlebih dahulu. Ini
kerana hadis Rasulullah s.a.w. tidak seumpama ayat-ayat al-Quran yang
diturunkan secara mutawatir atau secara keseluruhannya.

Menurut Ibn Taimiyyah, hukum dalam syariat tidak boleh didasarkan


kepada hadis yang daif, yang tidak sahih dan juga tidak hasan (Ibn
Taimiyyah, 1998). Menurut al-Ansari pula dalam kitabnya (Fath al-Baqi Fi
Syarah Alfiyah al-Iraqi) orang yang ingin berhujah dengan sesuatu hadis
yang terdapat dalam al-Sunan atau al-Musnad, jika mempunyai kelayakan
mengenali dan membezakan hadis yang hendak dijadikan hujah itu dengan
hadis lain, perlu melihat terlebih dahulu kepada persambungan sanad
hadis tersebut dan asas perawinya. Jika tidak mampu, sebaliknya menemui
seseorang tokoh ulama yang menghukumkannya sebagai sahih atau hasan,
Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)
158  TOPIK 7 SYARAH HADIS TENTANG KONSEP IBADAT

bolehlah bertaklid kepada ulama itu. Jika tidak menemui sebarang tokoh
ulama yang boleh berbuat demikian, tidak boleh berhujah dengan hadis
tersebut.

(b) Tidak Ada Perbezaan dari Segi Ketidakharusan Beramal dengan Hadis Daif
dalam Perkara FadaÊil Al-AÊmal atau Bukan FadaÊil Al-AÊmal
Hukum-hukum taklifi tidak boleh dibina melainkan berdasarkan kepada
dalil yang sahih (wajib, haram, makruh, sunat dan harus). Hukum sunat
adalah di antara hukum taklifi. Sesuatu amalan sunat tidak boleh
dihukumkan sunat melainkan berdasarkan kepada dalil yang sahih seperti
perkara fadaÊil al-aÊmal. Perkara fadaÊil al-aÊmal ini wajib disabitkan
dengan dalil yang sahih. Generasi salafussoleh terdahulu tidak
membezakan di antara hadis yang terdapat dalam perkara fadaÊil al-aÊmal
dengan hadis-hadis yang terdapat dalam urusan agama yang lain. Mereka
membahaskan tentang kethabitan sanad hadis dan beramal dengan yang
sahih daripadanya.

Imam Ahmad dan sesetengah imam yang lain ada menyatakan:

„Jika kami riwayatkan hadis yang berkaitan dengan perkara hukum


hakam, halal dan haram, kami mengambil sikap ketat dan apabila kami
riwayatkan hadis yang berkaitan dengan perkara fadaÊil al-aÊmal, pahala
dan balasan, kami mengambil sikap longgar.‰

Bagi menjawabnya, Basri Ibrahim (2011) menjelaskan bahawa maksud


„kami mengambil sikap longgar‰ ialah longgar dalam meriwayatkan hadis
tersebut, dan bukannya longgar dalam beramal dengan hadis daif dalam
perkara fadaÊil al-aÊmal.

(c) Wajib Memahami Dalil Sebagaimana yang Difahami oleh Salafussoleh


Golongan salafussoleh adalah golongan yang telah dijelaskan tentang
kesucian mereka oleh berbagai dalil, antaranya hadis Rasulullah s.a.w.:

Maksudnya:
„Sebaik-baik manusia adalah yang berada pada kurunku, kemudian yang
mengikuti mereka, kemudian yang mengikuti mereka.‰
(Hadis Riwayat Imam Bukhari)

Wajib ke atas setiap Muslim mengikut jejak langkah mereka dalam


memahami al-Quran dan Sunnah kerana mereka adalah golongan manusia
yang paling alim dan paling faham tentang kandungan nas-nas syarak.
Sesiapa yang mencanggahi para sahabat dan tabiin, mereka adalah orang
yang sesat sekalipun seorang yang memiliki banyak ilmu.
Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)
TOPIK 7 SYARAH HADIS TENTANG KONSEP IBADAT  159

(d) Wajib Berpegang dengan Zahir Dalil dan Tidak Berpegang dengan
Takwilannya Selagi Tidak Ada Dalil yang Menunjukkan Makna Lain
Ahli hadis adalah golongan yang berpegang dengan zahir dalil dan mereka
tidak mentakwilkan mahupun mengeluarkan zahir dalil daripada
pengertian zahirnya kecuali dengan sesuatu dalil yang membuktikan
kesahihan takwilan tersebut. Imam Syafie pernah menyatakan:

„Jika harus diubah kefahaman terhadap makna hadis daripada zahir


kepada makna batin yang mungkin terkandung di dalamnya, sudah tentu
kebanyakan hadis mengandungi berbagai-bagai makna. Dengan itu tidak
ada seorang pun yang berpegang dengan sesuatu makna boleh berhujah
bagi melawan orang yang berpegang dengan makna yang lain dari yang
dipegangnya. Tetapi kebenarannya hanya satu sahaja, iaitu keperluan
berpegang dengan makna yang zahir dan umum kecuali terdapat dalil
daripada Rasulullah s.a.w. yang menunjukkan makna lain daripada itu.‰

(e) Beristidlal dengan Hukum yang Terdapat dalam Sesuatu Kisah Tidak
Khusus kepada Kisah itu sahaja Sebaliknya Melibatkan Orang Lain
Berlaku sesuatu peristiwa kepada sesetengah sahabat Rasulullah s.a.w. dan
dalam peristiwa tersebut terkandung sesuatu hukum. Hukum tersebut
tidak khusus kepada sahabat yang terlibat sahaja, bahkan umum dan
syumul merangkumi semua orang.

Kesimpulannya, sebagaimana yang telah anda pelajari, hadis dan fikah


adalah dua perkara yang tidak dapat dipisahkan dari seorang mujtahid.
Apabila seorang mujtahid mendapati sesuatu hadis, maka hadis tersebut
bukan sekadar dihafaz olehnya, bahkan hadis tersebut akan diistinbatkan
hukum-hakam daripadanya.

AKTIVITI 7.3

Berpandukan topik di bawah, kumpulan anda dikehendaki membawa


kitab al-MajmuÊ Syarh Al-Muhazzab karangan Imam Nawawi dan kitab
Fathul Baari Syarh Sahih Bukhari bagi tujuan perbandingan syarah
konsep ibadat dalam kitab fiqh dan hadis. Sila pilih bab tayammum
dalam kedua kitab tersebut dan bandingkan metodologi mereka berdua
dalam syarah hadis topik tayammum.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


160  TOPIK 7 SYARAH HADIS TENTANG KONSEP IBADAT

7.4 CONTOH HURAIAN KONSEP IBADAT


DALAM KITAB FIQH
Bagi membahaskan konsep ibadat dalam kitab fiqh, anda akan diberikan satu
contoh kitab fiqh untuk dikaji. Kitab tersebut adalah al-MajmuÊ Syarh Al-
Muhazzab karangan Imam Nawawi. Untuk makluman anda, kitab al-MajmuÊ
Syarh Al-Muhazzab ini adalah di antara rujukan utama fiqh mazhab Syafie.
Imam Nawawi juga sangat terkenal dalam ilmu hadis, beliau adalah pengarang
kitab Syarah hadis Imam Muslim, al-Minhaj.

Hakikatnya, ulama fiqh dan ahli hadis menggunakan pendekatan yang sama
ketika mensyarahkan konsep ibadat dalam kitab mereka. Sebagaimana yang kita
bincangkan sebelum ini, ibadat merupakan salah satu cabang ilmu fiqh. Dalam
mengupas konsep ibadat, fuqaha dan ahli hadis telah membahagikan ibadat
kepada beberapa topik kecil seperti bersuci (taharah), solat, jenazah, zakat,
puasa, haji dan sebagainya.

Manakala dalam bab taharah sebagai contoh, terdapat pecahan-pecahan lain


yang lebih khusus seperti bab air, bersuci daripada najis dan peralatan, siwak,
wuduk, menyapu khuf, perkara yang membatalkan wuduk, mandi wajib dan
sebagainya (sila lihat Rajah 7.1). Mari kita lihat perbahasan konsep ibadat dalam
kitab al-MajmuÊ Syarh Al-Muhazzab karangan Imam Nawawi.

Imam Nawawi merupakan seorang tokoh ulama besar yang tidak asing lagi
dalam bidang fiqh dan hadis. Beliau adalah salah seorang ulama besar mazhab
al-Syafie. Terdapat pelbagai kitab karangan beliau yang menjadi rujukan utama
dalam bidang fiqh dan hadis, antaranya:

(a) Al-Majmu' Syarh al-Muhadzdzab (‫المھذب‬ ‫;)المجموع شرح‬


(b) Minhaj al-Thalibin (‫الشافعي‬ ‫;)منھاج الطالبين وعمدة المفتين في فقه اإلمام‬
(c) Tahdzib al-Asma (‫;)تھذيب األسماء‬

(d) Taqrib al-Taisir (‫البشير النذير‬ ‫;)التقريب والتيسير لمعرفة سنن‬


(e) Al-Arba'in an-Nawawiyah (‫النووية‬ ‫ ;)األربعين‬dan
(f) Syarh Shahih Muslim (‫مسلم‬ ‫)شرح صحيح‬.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 7 SYARAH HADIS TENTANG KONSEP IBADAT  161

Rajah 7.1: Contoh syarah hadis tentang perkara yang membatalkan wudhuk

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


162  TOPIK 7 SYARAH HADIS TENTANG KONSEP IBADAT

7.4.1 Contoh Metode Imam Nawawi dalam Konsep


Ibadat Menerusi Kitab Al-Majmu’ Syarh
Al-Muhazzab
Kitab ini mensyarahkan kata-kata Abu Ishaq Al-Syirazi berkaitan hukum-hakam
fiqh mazhab Imam Syafie. Kelebihan kitab ini adalah kerana Imam Nawawi
turut membahaskan kekuatan hadis-hadis yang digunakan sebagai hujah dengan
cara menerangkan kekuatan dan kelemahan yang terdapat dalam sanad hadis
tersebut. Ini merupakan antara bentuk yang agak berbeza daripada kebiasaan
fuqaha di zamannya.

Kitab al-MajmuÊ ini juga merupakan salah satu rujukan terbesar yang penuh
dengan pandangan-pandangan fiqh empat mazhab dan selainnya, walaupun
fokus utamanya berkaitan fiqh al-Syafie. Selain itu, sudut pentarjihannya juga
sangat menarik. Dalam setiap perbahasannya Imam Nawawi menjelaskan hadis-
hadis hukum serta takhrijnya, penjelasan makna, penyebutan seluruh pendapat
para imam dari kalangan ahli fiqh dan pentarjihan di antara pendapat serta
mazhab mereka. Beliau juga turut menjelaskan kecacatan hadis, status hadis dan
biografi para perawinya.

Kitab ini juga mentafsirkan nas al-Quran dan hadis serta penjelasan bagi setiap
lafaz yang sukar difahami. Keistimewaan-keistimewaan ini menjadikan kitab al-
MajmuÊ Syarh Al-Muhazzab benar-benar merupakan ensiklopedia umum dalam
bidang fiqh, hukum, tafsir ayat al-Quran dan hadis. Selain itu, keunikan bahasa
yang digunakan serta penjelasan berkenaan biografi para ulama terkemuka dari
kalangan perawi dan ahli hadis menjadikan kitab ini sangat istimewa.

Imam Nawawi memilih untuk tidak keluar daripada kaedah dan usul mazhab
Syafie sekalipun beliau mempunyai kelayakan untuk berijtihad dan menilai dalil.
Namun beberapa pilihan pendapat yang beliau pegang berbeza daripada apa
yang masyhur di dalam mazhab membuktikan betapa beliau sebenarnya tidak
terikat dengan keputusan mazhab Syafie yang terdahulu. Beliau bukan muqallid
buta. Bahkan disebabkan berpegang dengan kaedah mazhablah beliau dan ramai
lagi ulama memilih pendapat yang berbeza sama ada kerana dalil yang lebih
kuat.

Pemikiran fiqh beliau sebenarnya boleh difahami dengan cara meneliti beberapa
pilihan pendapat tersebut. Kebiasaannya beliau akan menyatakan bahawa
pilihannya itu adalah lebih kuat di sudut dalil berbanding pendapat yang satu
lagi. Beliau juga akan menyandarkan pendapat itu kepada ulama yang terdahulu
sekalipun ia bercanggah dengan pendapat jumhur. Adakalanya beliau sekadar
mengisyaratkan bahawa pendirian mazhab tidak berdasarkan dalil yang kuat.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 7 SYARAH HADIS TENTANG KONSEP IBADAT  163

Rajah 7.2 menunjukkan contoh muka depan bagi kitab ini.

Rajah 7.2: Contoh muka depan kitab Al-MajmuÊ Syarh Al-Muhazzab

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


164  TOPIK 7 SYARAH HADIS TENTANG KONSEP IBADAT

7.5 CONTOH HURAIAN KONSEP IBADAT


DALAM KITAB SYARAH HADIS
Berikut adalah contoh-contoh huraian bagi konsep ibadat dalam kitab syarah
hadis.

7.5.1 Contoh Metode Imam Al-Bukhari dalam Konsep


Ibadat Menerusi Sahih Al-Bukhari
Imam Bukhari mempunyai pengaruh dalam perbahasan fiqh. Perkara ini boleh
dilihat menerusi kitabnya, Sahih al-Bukhari yang digunakan oleh semua ulama
bermazhab Ahli Sunnah wal Jamaah.

Kitab Sahih al-Bukhari hanya mengumpulkan hadis-hadis sahih berdasarkan


syarat hadis sahih yang telah disepakati oleh ulama hadis. Imam al-Bukhari telah
memilih hadis-hadis dengan menggunakan syarat yang ketat sebelum sesuatu
hadis itu dimasukkan ke dalam kitabnya. Lima syarat hadis sahih mesti ada pada
satu-satu hadis yang akan dikumpulkan. Ulama Islam telah meletakkan kitab ini
sebagai kitab yang paling sahih selepas al-Quran. Manakala, kitab Fath al-Bari
Syarh Sahih al-Bukhari oleh Imam Ibn Hajar merupakan kitab syarah bagi Sahih
al-Bukhari.

Dalam menghasilkan karya Sahih al-Bukhari, beliau bukan sahaja


mengumpulkan hadis, bahkan beliau turut memuatkan idea fiqh di dalamnya.
Hal ini dapat dibuktikan menerusi Sahih al-Bukhari yang disusun berdasarkan
topik-topik fiqh serta ijtihad beliau sama ada secara langsung atau tidak
langsung.

Sahih al-Bukhari mengandungi sebanyak 97 Kitab dan 3450 bab yang disusun
berdasarkan permasalahan fiqh, akidah dan sebagainya. Terdapat banyak hadis
yang diringkaskan oleh Imam Bukhari di dalam kitabnya. Beliau juga banyak
mengulangi satu hadis untuk diletakkan di beberapa tempat. Hal ini dilakukan
dengan tujuan perbincangan hukum-hakam fiqh.

Oleh yang demikian, karya Sahih al-Bukhari bukan semata-mata mengandungi


hadis sahaja, malahan terdapat juga ayat-ayat al-Quran, kata-kata sahabat dan
tabiÊin, serta hadis-hadis muÊallaq. Al-Hakim al-Naysaburi pernah mengiktiraf
kefakihan Imam al-Bukhari dengan mengatakan bahawa Imam al-Bukhari
adalah dalam kalangan ahli hadis yang menguasai fiqh al-hadith (Al-Naysaburi,
1977).

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 7 SYARAH HADIS TENTANG KONSEP IBADAT  165

Imam Bukhari adalah seorang imam yang hebat di dalam hadis dan fiqh.
Kehebatan beliau tidak dapat disangkal lagi oleh sesiapa sahaja yang mengenali
beliau. Misalnya Imam Ahmad bin Hanbal, guru kepada Imam Bukhari pernah
mengatakan bahawa Imam Bukhari adalah seorang yang alim dalam di dalam
fiqh bagi umat ini. Pengiktirafan oleh guru Imam Bukhari ini adalah satu
pengiktirafan besar dan bukti kuat yang menunjukkan bahawa Imam Bukhari
sememangnya ahli fiqh yang hebat pada zamannya. Hadis yang dikumpulkan
beliau diakui sebagai karya yang paling sahih selepas al-Quran (Ibn Salah, t.t.)

Di dalam perbahasan ilmu fiqh, dalil yang terkuat menjadi satu perkara yang
sangat dipentingkan, terutamanya di dalam perbahasan mengenai perkara
khilaf. Dalam proses pentarjihan terhadap sesuatu pandangan yang berbeza,
maka rujukan terhadap dalil yang kuat menjadi keutamaan oleh fuqaha. Imam
Bukhari adalah ulama yang mengumpulkan dalil terkuat dalam karya sahihnya.

Contoh syarah hadis ibadat melalui Sahih al-Bukhari adalah Tayamum pada
wajah dan pergelangan tangan. Imam Bukhari membuat tarjamah bab bagi tajuk
ini dengan katanya: ‫ باب التيمم للوجه والكفين‬. Bab ini bermaksud tayamum sekali
tepuk tanah ke muka dan dua pergelangan tangan adalah wajib. Imam Bukhari
dalam tarjamah bab ini membentuk ayat muktamad, walaupun terdapat khilaf di
kalangan ulama kerana kekuatan dalil yang ada pada Imam Bukhari. Menurut
Ibn Hajar, hadis-hadis yang didatangkan oleh Imam Bukhari mengenai sifat
tayamum tiada yang sahih melainkan hadis Abi Juhaym dan ÂAmmar. Adapun
hadis selain daripada dua perawi ini dikira daif atau berlaku pertikaian dalam
kalangan ulama mengenai marfuÊ atau mauquf. (Ibn Hajar, 2000).

Menurut Ibn Hajar, hadis Abi Juhaym disebutkan kedua tangan secara mujmal,
manakala hadis ÂAmmar pula disebutkan kedua-dua pergelangan tangan di
dalam Sahih Bukhari dan Muslim. Dan disebut kedua-dua siku dalam karya
Sunan. Di dalam satu riwayat ada menyebut sehingga separuh lengan, bahkan
ada riwayat lain sehingga ketiak. Perkara yang menguatkan riwayat Sahihayn
Bukhari dan Muslim yang membataskan sapuan hanya di muka dan telapak
tangan sahaja ialah keadaan ÂAmmar sendiri yang mengeluarkan fatwa setelah
Rasulullah s.a.w. ÂAmmar adalah perawi hadis ini, sudah tentu lebih mengetahui
kehendak Rasulullah s.a.w. berbanding orang lain. Lebih-lebih lagi beliau
seorang sahabat yang mujtahid. Kesimpulannya, dalam hal ini fiqh Imam
Bukhari menghendaki anggota tayamum itu hanyalah muka dan dua
pergelangan tangan sahaja.

Namun, dalam hal ini al-ÂAyni tidak bersependapat dengan Ibn Hajar mengenai
sifat tayamum kerana selain daripada hadis Abi Juhaym dan ÂAmmar, terdapat
lagi hadis sahih lain iaitu hadis marfuÊ daripada Jabir: ( ‫إن التيمم ضربة للوجه‬
‫ )وضربة للذراعين إلى المرفقين‬Al-Hakim dan Dar al-Qutni berkata sanadnya sahih.
Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)
166  TOPIK 7 SYARAH HADIS TENTANG KONSEP IBADAT

Al-ÂAyni yang dilihat tidak sependapat dengan fikah Imam Bukhari cuba
memberikan kritikan dengan mengatakan hadis ini berbentuk mutlak di mana
boleh dikatakan kedua pergelangan tangan, atau kedua siku atau sebagainya.
Oleh itu, al-ÂAyni tidak bersetuju dengan mengatakan anggota tayamum
hanyalah muka dan kedua telapak tangan sahaja (Al-ÂAyni, 2001).

Jelas di sini topik serta tarjamah bab yang dilakukan oleh Imam Bukhari telah
menjadi satu perbincangan segar dalam kalangan ulama untuk berinteraksi
dengan hadis Rasulullah s.a.w. yang mempunyai pelbagai pandangan ulama
hadis dari sudut statusnya. Walau bagaimanapun, kita sedia maklum bahawa
Imam Bukhari hanya memilih dalil yang kuat untuk menyokong mazhabnya dan
tidak memilih hadis yang lemah dan yang menjadi pertikaian ulama.

7.5.2 Contoh Metode Imam Al-Syawkani dalam Nail


Al-Awtar
Kitab Nail al-Awtar Min Asrar Muntaqa al-Akhbar merupakan syarah kepada
kitab „Muntaqa al-Akhbar Min Ahadith siyyid al-Akhbar‰ karangan Ibn
Taymiyah al-Hirani. Kitab ini adalah sebuah syarah hadis hukum yang amat
bernilai dan bermanfaat. Imam al-Syawkani telah menggembeling sepenuh
tenaganya bagi menyiapkan buku ini terutama semasa menilai perbezaan
pendapat di kalangan fuqaha. Di peringkat awal penulisan, beliau telah
mendapat bimbingan daripada dua orang gurunya iaitu Abdul al-Qadir bin
Ahmad dan Ahmad al-Hasan al-Maghribi, tetapi buku ini selesai dikarang
selepas kembalinya kedua-dua guru ini ke rahmatullah. Kitab ini mengandungi
hampir lima ribu hadis yang dikeluarkan daripadanya pelbagai hukum fikah.
Kitab ini disusun dalam bentuk bab yang diberi nama bersesuaian dengan fiqh
hadis yang diperbahasakan (www.saaid.net/book/11/3898.doc).

Imam al-Syawkani telah merujuk pelbagai rujukan sepanjang tempoh beliau


menyiapkan penulisan kitab ini. Antara sumber rujukan kitab Nail al-Awtar Min
Asrar Muntaqa al-Akhbar ialah kitab hadis termasuklah dua kitab sahih, kitab
sunan yang empat, Mucjam al-Tabrani; kitab-kitab syarah hadis; Kitab-kitab rijal
hadis dan Kita-kitab fikah.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 7 SYARAH HADIS TENTANG KONSEP IBADAT  167

Manakala metode yang digunakan oleh


Imam al-Syawkani semasa menulis kitab
Nail al-Awtar ialah seperti berikut:

Memulakan perbahasan dengan memberi


makna yang terperinci terhadap nama
kitab dan tajuk bab utama;

(a) Kebiasaannya beliau akan


menyebut makna lafaz-lafaz hadis ă
khususnya lafaz yang gharib- dan
mendatangkan perbahasan ulama
bahasa (lughah) serta menyebut
makna atau maksud lafaz dari
sudut istilah syarak;

(b) Mendatangkan beberapa hadis lain


yang ada kaitan dengan hadis bab
walau pun tidak disebut di dalam
kitab al-Muntaqa dan beliau turut
menerangkan kedudukan hadis-
hadis tersebut serta membicarakan tentang sanadnya. Beliau akan
mentakhrijkan hadis dengan mendatangkan jalan-jalan hadis (turuq),
perbezaan lafaz dan juga riwayat-riwayat yang lain;

(c) Tidak menyebut biografi perawi dengan panjang lebar kerana ini bukan
perkara pokok dalam perbincangan. Walau bagaimanapun, dalam
sesetengah keadaan, beliau akan menyebut nama perawi dan keadaannya
sekiranya nama perawi tersebut melibatkan tahrif atau tashif sebagai salah
satu teknik untuk menarik perhatian pembaca (Al-Syawkani,1995);

(d) Menjelaskan pandangan ahli hadis terhadap kedudukan hadis sama sahih
atau daif dan beliau akan menegaskan pendapatnya di dalam hal ini kerana
menyedari kepentingan kesan kedudukan hadis ini terhadap hukum yang
akan ditetapkan;

(e) Kebiasaannya beliau berpegang kepada pendirian dan dalil-dalil yang


dibawa oleh Ibn Taymiah dalam fiqh al-hadis, tetapi beliau membuat
penambahan kepada perkara yang perlu diperjelaskan;

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


168  TOPIK 7 SYARAH HADIS TENTANG KONSEP IBADAT

(f) Menjelaskan hukum fiqh yang berkaitan dengan hadis berserta dengan
dalil-dalil. Beliau akan membawa pendapat dan pendirian sahabat dan
tabiin, pandangan mazhab fuqaha amsar berserta dengan dalil mereka.
Seterusnya pendapat-pendapat ini dibahaskan dan dikeluarkan pendapat
yang rajih menurut pendirian beliau.

(g) Beliau menyebut di dalam mukadimah kitabnya bahawa beliau tidak


memanjangkan perbahasan sekiranya kurang berlakunya perselisihan
antara ulama. Tetapi sekiranya pada tempat yang mempunyai banyak
perselisihan pendapat antara ulama ă disebut di dalam mukadimah dengan
jidal dan khisam ă beliau akan membahaskannya secara terperinci. Perkara
ini penting untuk dibahaskan dengan panjang lebar kerana melalui
perbahasan inilah perselisihan dan perbezaan pendapat dapat
dirungkaikan. Setiap perbahasan ini disandarkan kepada dalil dan akan
memilih satu pendirian yang dirasakan rajih walau pun ia bertentangan
dengan pendapat jumhur (Al-Syawkani, 1995).

(h) Dikatakan bahawa Imam al-Syawkani memberi keutamaan kepada


pendapat Imam al-Hafiz Ibn Hajar di dalam kitabnya Fath al-Bari terutama
semasa menentukan pendapat yang rajih. Dan dalam kebanyakan keadaan,
Imam al-Syawkani akan bersetuju dengan apa yang dikatakan oleh Ibn
Hajar (www.saaid.net/book/11/3898.doc); dan

(i) Mengeluarkan kaedah-kaedah usul dan mengaplikasikannya dalam


hukum-hukum juzÊiyyah farÊiyyah di samping menyebut pandangan-
pandangan ulama usul terhadap kaedah.

SEMAK KENDIRI 7.2

1. Huraikan metodologi Imam Bukhari dalam mensyarahkan hadis


dalam konsep ibadat.

2. Nyatakan kaedah yang digunakan oleh Imam Nawawi dalam


penulisan kitab al-MajmuÊ.

3. Jelaskan sebab-sebab ikhtilaf fuqaha dalam memahami hukum


bagi sesebuah hadis.

4. Apakah pendirian Muslim terhadap permasalahan ikhtilaf fuqaha


dalam hadis hukum?

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 7 SYARAH HADIS TENTANG KONSEP IBADAT  169

 Pengertian fuqaha dan metodologi yang digunakan oleh mereka dalam


mengistinbatkan hukum syarak melalui nas al-Quran, Sunnah dan Ijtihad.

 Pengertian ahli hadis dan metodologinya dalam berhujah dengan hadis


Rasulullah s.a.w. semasa mengistinbatkan hukum syarak.

 Sebab-sebab ikhtilaf fuqaha dalam memahami hadis hukum dan pendirian


muslim berkaitan permasalahan ini.

 Aplikasi istinbat hukum syarak melalui kitab fiqh al-MajmuÊ dan kitab Sahih
Bukhari dan Imam Syawkani.

Ahli hadis/Muhaddithin Konsep ibadat


Fuqaha Metodologi
Hukum syarak Tarjih
Istinbat hukum Usul fiqh

ÂAwwamah, Muhammad. (1987). Athar al-Hadith al-Syarif fi Ikhtilaf al-Aimmah


al-Fuqaha. Halab: Dar al-Salam.

Al-ÂAyni, Badr al-Din Abu Muhammad Mahmud Ahmad. (2001). Umdah al-Qari
Syarh Sahih al-Bukhari. Beirut: Dar al-Kutub al-Ilmiyyah.

Al-Alwani, Taha Jabir. (1993). The ethics of disagreement in Islam (Ed. A. S. al-
Shaikh Ali) Herndon: The International Institute of Islamic Thought.

Al-Bayanuniyy, Muhammad Abu al-Fath. (1975). Dirasat fi Ikhtilafat al-


Fiqhiyyah. Halab: Maktabah al-Huda.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


170  TOPIK 7 SYARAH HADIS TENTANG KONSEP IBADAT

Al-Halabiyy, Ibn Amir al-Hajj. (t.t.). Al-Taqrir wa al-Tahbir. Beirut: Dar al-Kutub
Ilmiyyah.

Al-Khayr Abadi, Muhammad Abu Laith. (2004). Ulum Hadith Asiluha wa


Mucasiruha (Cet. 3) Selangor: Dar al-Syakir.

Al-Naysaburi, Abu Abdullah Muhammad Abdullah al-Hakim. (1977). MaÊrifah


Ulum al-Hadith. Tahqiq: al-Sayyid MuÊzam Husayn. Beirut: Dar al-Kutub
al-ÂIlmiyyah.

Al-Shawkaniyy, Muhammad ibn Ali ibn Muhammad. (t.t.). Irsyad al-Fuhul.


Mesir: Idarah al-Muniriyyah.

Al-Suyuti, Jalaluddin Abdul Rahman. (t.t.). Asybah wa al-Nazair. Kaherah.

al-Syawkani, Muhammad Ali Muhammad. (1995). Nail al-Awtar Min Asrar


Muntqa al-Akhbar. Tahqiq: Muhammad Salim Hasyim. Beirut: Dar al-
Kutub al-Ilmiyah.

Badakhsyi, Muhammad al-Hassan. (t.t.). Syarh al-Badakhsyi. Mesir: MatbaÊat Ali


Sabih wa Awladuhu.

Basri Ibrahim, & Zulkifli Mohamad. (2011). Kaedah-Kaedah penting usul fiqh
berdasarkan manhaj ahli hadis. Batu Caves, Selangor: Al-Hidayah
Publication.

Dicapai dari www.saaid.net/book/11/3898.doc

Ibn Khaldun, Abdul Rahman Muhammad. (t.t.). Muqaddimah. Beirut: Dar al-
Fikr.

Ibn Qayyim, Muhammad ibn Abi Bakar. (1968). IÊlam al-MuwaqqiÊin Âan Rabb al-
ÂAlamin. Mesir: Maktabat al-Kulliyyat al-Azhariyyah.

Ibn Taimiyyah, Taqqiyyuddin Ahmad Taymiyyah. (1998). MajmuÊ Fatawa.


Beirut: Dar Ibn Hazm.

Qattan, MannaÊ. (1997). Tarikh al-TasyriÊ al-Islamiy. Beirut: Muassasah al-


Risalah.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


Topik  Syarah Hadis
8 tentang
Misoginis
HASIL PEMBELAJARAN
Pada akhir topik ini, anda seharusnya dapat:
1. Menjelaskan pengertian misoginis dan memahami metode sahih
syarah hadis misoginis;
2. Mengenal pasti contoh hadis yang didakwa terdapat unsur
misoginis; dan
3. Membincangkan kaedah yang digunakan oleh ulama hadis semasa
mensyarahkan hadis yang didakwa terdapat unsur misoginis.

 PENGENALAN
Pada zaman ini, terdapat golongan mahupun individu yang mempertikaikan
dan mempersoalkan kesahihan hadis Rasulullah s.a.w. sebagai sumber kedua
hukum selepas al-Quran, sekali gus memberi pengertian yang tidak sejajar
dengan maksud sebenar hadis. Sebenarnya, dalam konteks memahami sesebuah
hadis, terdapat beberapa perkara yang seharusnya difahami oleh pelajar,
antaranya aspek syarah hadis, asbab wurud hadis, ilmu rijal hadis dan beberapa
perkara lagi. Semua ini merupakan asas utama dalam memahami sesebuah teks
hadis. Pengabaian kepada perkara tersebut boleh menyebabkan berlakunya salah
faham atau kekeliruan dalam memahami dan mentafsirkan hadis.

Seharusnya pertikaian ini tidak terjadi, kerana ulama terdahulu bertungkus


lumus mengkaji hadis satu persatu sebelum mengiktiraf kesahihannya. Bahkan
proses pemeriksaan sanad dan matan hadis dilakukan oleh ulama terdahulu
dengan penuh berhati-hati. Mereka juga mengenakan syarat yang sangat ketat
dalam proses penerimaan hadis seperti yang dilakukan oleh Imam Bukhari dan
Imam Muslim.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


172  TOPIK 8 SYARAH HADIS TENTANG MISOGINIS

Antara individu yang mempertikaikan dan mempersoalkan sejumlah hadis sahih


ialah Fatima Mernissi. Mernissi mendakwa adanya unsur misoginis dalam hadis
dengan menampilkan sejumlah hadis yang dianggap anti wanita dan
merendahkan darjat wanita seperti yang tercatat dalam bukunya Women and
Islam: An Historical and Theological Enquiry. Ini adalah seperti Sisters in Islam
(SIS) yang melakukan hal yang sama. Mereka dengan berani menerbitkan
pelbagai buku dan artikel yang mendokong arus pemikiran mereka.

Dalam bab ini, anda akan mengenali dan mempelajari hadis yang didakwa
mempunyai unsur misoginis. Bagi menolak dakwaan ini, hadis yang dianggap
misoginis akan dihuraikan menerusi syarah serta metode muhaddithin yang
meliputi analisa sanad dan matan hadis.

AKTIVITI 8.1

Ilmu mengenai sanad dan matan sesebuah hadis adalah sangat penting
dalam menjalankan kajian kritikan terhadap suatu hadis. Sila cari
pengertian sanad dan matan dan jelaskan kaitannya dengan hadis sahih.

8.1 METODE SAHIH MEMAHAMI SYARAH


HADIS TENTANG MISOGINIS
Dalam topik yang lepas, anda telah pun mempelajari mengenai ilmu syarah
hadis dan cabang-cabangnya secara terperinci. Dalam topik ini pula, anda akan
mempelajari metode sahih memahami syarah hadis kritik ulama hadis dalam
mengkaji keaslian sesuatu hadis (‫ﺍﳊﺪﻳﺚ‬ ‫)ﻣﻨﻬﺞ ﺍﻟﻨﻘﺪ ﰲ‬. Kajian ini amat penting
semasa membahaskan sesebuah hadis bagi menjelaskan kesahannya serta
mendapatkan pencerahan daripada permasalahan yang timbul. Terdapat dua
aspek utama yang dibahaskan dalam kajian kritik hadis ini. Pertama, kajian
kritik sanad; dan kedua, kajian kritik matan.

Untuk mengetahui selok-belok ilmu berkaitan dengan sanad dan matan


sesebuah hadis, Dr Yusuf Qardhawi menjelaskan tiga prinsip asas yang wajib
dipelajari oleh setiap pengkaji hadis bagi mengelakkan sebarang kekeliruan,
kemusykilan, penyelewengan dan takwilan yang salah. Berikut adalah tiga
prinsip asas tersebut:

(a) Memastikan kesahihan sesebuah hadis berdasarkan timbangan ilmiah yang


terperinci oleh para ulama hadis;

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 8 SYARAH HADIS TENTANG MISOGINIS  173

(b) Memastikan kefahaman yang betul terhadap maksud sesebuah hadis; dan
(c) Memastikan sesebuah hadis tidak bercanggah dengan nas yang lebih kuat
darinya, iaitu al-Quran dan hadis-hadis lain yang lebih kuat kedudukannya.

Selain itu, bagi memastikan sama ada sebuah hadis diterima atau ditolak, kajian
kritik hadis perlu dilakukan. Menurut Ibn Rajab al-Hanbali mengenai kajian
kritik hadis, beliau mengatakan: „Walau apa sekalipun halnya, pakar-pakar
pengkaji hadis yang tahu tentang kecacatan hadis adalah individu-individu
dalam kalangan ahli hadis yang amat sedikit bilangannya‰.

Menurut beliau, antara ulama yang paling awal dikenali melakukan kritikan
hadis ialah Ibn Sirin. Justeru, dalam kajian kritikan hadis, terdapat dua aspek
utama yang menjadikan perbahasan ulama, iaitu kritik sanad dan kritik matan.
Berikut adalah penjelasannya:

(a) Kritik Sanad


Sanad adalah rantaian nama para perawi hadis. Ibn Sirin berpandangan
bahawa fitnah yang berlaku adalah merupakan titik permulaan
penyaringan terhadap sanad bagi memelihara kesucian hadis daripada
sebarang bentuk penyelewengan. Menurut Ibn Sirin: „Para sahabat dan
tabiin belum pernah bertanyakan tentang isnad, tetapi apabila berlakunya
fitnah di kalangan umat Islam, mereka berkata: „Hendaklah kalian
nyatakan kepada kami para perawi kalian. Sekiranya perawi-perawi terdiri
daripada golongan Ahli Sunnah maka hadis mereka diterima, namun
sekiranya perawi-perawi terdiri daripada golongan ahli bidaah, maka hadis
mereka ditolak‰.

(b) Kritik Matan


Matan merupakan medium kedua kajian kritik hadis oleh ulama hadis
kerana memahami maksud yang terkandung di dalam matan sesebuah
hadis adalah tanggungjawab besar yang diberi perhatian. Kajian terhadap
matan hadis dilakukan melalui pelbagai aspek bagi memastikan kesahihan
matan agar tidak bertentangan dengan syarat dan kaedah-kaedah yang
telah ditetapkan. Selain itu, kritikan ini juga bertujuan untuk memahami
matan hadis dan pemahaman fikah sama ada hukum atau memahami
lafaz-lafaz yang terkandung di dalamnya.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


174  TOPIK 8 SYARAH HADIS TENTANG MISOGINIS

Dalam proses kritik sanad dan matan sesuatu hadis, pengkaji hadis juga
seharusnya mempunyai ilmu mengenai sabab wurud hadis. Sabab wurud hadis
adalah salah satu cabang ilmu dalam bidang hadis. Ia sangat penting dalam
memahami sesuatu hadis secara tepat. Persoalan-persoalan seperti kenapa, siapa,
apa dan bagaimana sesuatu hadis itu diucapkan oleh Rasulullah s.a.w. dapat
dijawab dengan mengetahui ilmu sabab wurud hadis. Sudah tentu ada sesuatu
peristiwa, pertanyaan atau selainnya yang menyebabkan sesuatu hadis itu
diucapkan oleh Rasulullah s.a.w. Jadi, apa itu sabab wurud hadis?

Sabab wurud hadis bermaksud sesuatu perkara baik berupa peristiwa, atau
pertanyaan atau selainnya yang terjadi hingga menyebabkan sesuatu hadis
itu diucapkan oleh Rasulullah s.a.w. sebagai penjelasan atau jawapan
kepada peristiwa atau pertanyaan atau selainnya.

Sabab wurud hadis merupakan suatu ilmu yang digunakan bagi menganalisa
sesuatu hadis sama ada ia bersifat umum atau khusus, mutlaq atau muqayyad,
nasikh atau mansukh dan sebagainya. Dengan memahami sabab wurud hadis,
pengkaji hadis dapat memahami kandungan hadis dengan tepat dan sempurna
sama ada dari sudut makna, mahupun pengajaran daripada hadis tersebut. Ini
adalah kerana sabab wurud hadis menyingkap peristiwa atau faktor-faktor yang
melatari sesebuah hadis yang diucapkan oleh Rasulullah s.a.w.

SEMAK KENDIRI 8.1

1. Huraikan pengertian sabab wurud hadis dan jelaskan


kepentingannya dalam memahami sesebuah hadis berserta
contohnya.

2. Jelaskan pengertian sabab wurud hadis menurut Balqini dan juga


Ibn Hamzah. Kemudian bincangkan bersama tutor anda
persamaan dan perbezaan di antara dua pengertian tersebut.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 8 SYARAH HADIS TENTANG MISOGINIS  175

8.2 PENGERTIAN MISOGINIS

AKTIVITI 8.2

Gerakan Feminisme yang diperjuangkan oleh wanita barat telah menular


ke negara-negara Islam seperti Turki, Mesir, Pakistan dan lain-lain.
Malaysia juga turut menerima tempias daripada pemikiran feminisme ini
dengan wujudnya pertubuhan seperti Sisters in Islam (SIS). Sejauh
manakah penglibatan Sisters in Islam (SIS) di Malaysia dalam
mengintepretasikan kembali nas al-Quran dan menjalankan kajian kriktik
terhadap hadis Rasulullah s.a.w. yang didakwa sebagai hadis misoginis
bagi mencapai tujuan mereka mendapatkan kesetaraan antara lelaki dan
perempuan dari semua aspek dalam kehidupan?

8.2.1 Pengertian Misoginis


Menurut Kamus Dewan (2002) perkataan misoginis bermaksud lelaki yang benci
pada wanita. Dalam konteks hadis misoginis pula, ia bermaksud hadis yang
terdapat unsur-unsur kebencian terhadap wanita ataupun hadis yang menghina
wanita. Walau bagaimanapun, ini hanyalah tanggapan salah sesetengah individu
atau golongan dalam memahami hadis secara saksama tanpa mempertimbangkan
perkara-perkara lain yang seharusnya difahami dengan baik dalam memahami
teks hadis seperti asbab wurud hadis.

8.2.2 Pemikiran Songsang Feminisme Islam Mengenai


Hadis Misoginis
Kajian hadis misoginis menjadi topik yang hangat dibahaskan dewasa ini, seiring
dengan perbahasan mengenai kesetaraan gender dan hak-hak asasi manusia
yang berkaitan dengan perbahasan agama. Dakwaan wujudnya hadis misoginis
ini merupakan pemikiran songsang yang didukung oleh individu tertentu
antaranya, Fatima Mernissi, Amina Wadud dan lain-lain. Manakala dari
kalangan golongan yang lantang mengkritik hadis misoginis di Malaysia ialah
Sisters in Islam (SIS). Kebanyakan topik utama hadis misoginis ini adalah yang
berkaitan dengan kehidupan rumah tangga, martabat wanita dan prinsip
kesetaraan gender.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


176  TOPIK 8 SYARAH HADIS TENTANG MISOGINIS

Dalam bahagian ini, anda akan mengenali seorang individu yang mendokong
pemikiran songsang dalam syarah hadis misoginis, beliau ialah Fatima Mernissi.
Rajah 8.1 menunjukkan Fatima Mernissi serta latar belakangnya.

Rajah 8.1: Fatima Mernissi

Fatima Mernissi merupakan individu yang lantang menyuarakan bahawa


wujudnya unsur kebencian terhadap wanita dalam hadis Rasulullah s.a.w.

Dalam bukunya, Women and Islam: An Historical and Theological Enquiry,


Mernissi meragui kebenaran hadis yang dianggap misoginis. Katanya: „Hadis
tersebut perlu diteliti semula bukan hanya dari sudut kebenaran dan
kehujahannya tetapi juga identiti para sahabat yang meriwayatkan hadis, situasi
yang melingkupi, tujuan periwayatan mahupun rantaian sanad perawinya‰.

Selain itu beberapa persoalan yang membimbangkan diajukan antaranya,


„Mengapa Baginda s.a.w. sanggup mengucapkan hadis yang berunsur misoginis
(anti wanita) dan melukakan hati wanita? Benarkah ia sebuah hadis?
Sekiranya benar, dalam konteks apakah hadis tersebut diucapkan dan adakah
boleh dipercayai perawi-perawi yang meriwayatkan hadis tersebut?‰ (Mernissi,
1993).

Hakikatnya, Mernissi mengkaji hadis-hadis bukan berobjektif mencari sebuah


pencerahan atau kebenaran ajaran yang terkandung dalam untaian wahyu
Baginda s.a.w. Sebaliknya, beliau cuba mencari ruang dengan membuktikan

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 8 SYARAH HADIS TENTANG MISOGINIS  177

hipotesis palsunya agar apa sahaja yang dikatakan hadis tiada kaitan dengan
Rasulullah s.a.w.

Hadis Rasulullah s.a.w. merupakan satu untaian wahyu dan sabdanya tidak
akan pernah menimbulkan kontroversi dan kekeliruan. Agama Islam amat
memuliakan wanita tidak seperti umat-umat dan tamadun-tamadun terdahulu.
Justeru, mustahil hadis Rasulullah s.a.w. berisi ajaran yang menghina dan
merendahkan kaum wanita.

Begitu juga sikap pesimistik Mernissi terhadap kredibiliti perawi hadis


walaupun ulama hadis mengiktiraf mereka sebagai perawi yang thiqah
(dipercayai). Antara perawi hadis yang menjadi sasaran kritikan Mernissi ialah
dua tokoh besar yang paling akrab dengan Rasulullah s.a.w., Umar al-Khattab
r.a. dan Abu Hurairah r.a.

Berdasarkan kritikan Mernissi tehadap dakwaan hadis misoginis, dapat kita


simpulkan di sini bahawa pemikiran Mernissi jelas terpengaruh dengan
pemikiran barat dan usaha orientalis di mana tujuan mereka adalah untuk
mengelirukan umat Islam dengan pegangan al-Quran dan Sunnah. Para
orientalis barat cuba mencari wakil-wakil mereka di kalangan pengkaji Muslim
Arab yang terpilih dan mampu untuk menghasilkan suatu kajian ilmiah yang
cenderung dengan kemahuan dan pemikiran orientalis barat. Kajian-kajian itu
kemudiannya diterjemahkan ke dalam pelbagai bahasa termasuk Bahasa
Inggeris bagi merealisasikan konspirasi jahat mereka untuk menghancurkan
Islam.

AKTIVITI 8.3

1. Antara faktor yang melatari pemikiran Mernissi ialah sikap


pesimistik terhadap hadis yang dianggap misoginis. Bincangkan
bagaimana pemikiran ini mempengaruhi cara Mernissi mengulas
dan mengupas pemahaman sebuah hadis.

2. Selain Fatima Mernissi, terdapat beberapa individu lain yang


mendakwa wujudnya hadis misoginis. Sila nyatakan nama dua
individu lain yang mendokong fahaman ini serta latar belakang
mereka.

3. Sila kenal pasti mana-mana individu yang memiliki pendirian


seperti Mernissi dan bincangkan metodenya dalam membahaskan
hadis.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


178  TOPIK 8 SYARAH HADIS TENTANG MISOGINIS

8.3 HADIS PERTAMA: WANITA, KELDAI DAN


ANJING PEMUTUS SOLAT
Berikut adalah contoh beberapa hadis yang didakwa misoginis oleh Fatima
Mernissi. Sila baca dan fahami huraian dan perbincangannya dengan teliti.

8.3.1 Teks Hadis

‫ ﺣﺪﺛﻨﺎ ﻋﺒﻴﺪ ﺍﷲ‬-‫ﻭﻫﻮ ﺍﺑﻦ ﺯﻳﺎﺩ‬-‫ﺣﺪﺛﻨﺎ ﺇﺳﺤﺎﻕ ﺑﻦ ﺇﺑﺮﺍﻫﻴﻢ ﺃﺧﱪﻧﺎ ﺍﳌﺨﺰﻭﻣﻲ ﺣﺪﺛﻨﺎ ﻋﺒﺪ ﺍﻟﻮﺍﺣﺪ‬
‫ "ﻳﻘﻄﻊ ﺍﻟﺼﻼﺓ‬:‫ ﻗﺎﻝ ﺭﺳﻮﻝ ﺍﷲ ﺻﻠﻰ ﺍﷲ ﻋﻠﻴﻪ ﻭﺳﻠﻢ‬:‫ﺑﻦ ﻋﺒﺪ ﺍﷲ ﺣﺪﺛﻨﺎ ﻳﺰﻳﺪ ﻋﻦ ﺃﰊ ﻫﺮﻳﺮﺓ ﻗﺎﻝ‬
."‫ ﻭﻳﻘﻲ ﺫﻟﻚ ﻣﺜﻞ ﻣﺆﺧﺮﺓ ﺍﻟﺮﺣﻞ‬.‫ﺍﳌﺮﺃﺓ ﻭﺍﳊﻤﺎﺭ ﻭﺍﻟﻜﻠﺐ‬
Maksudnya:
Ishaq ibn Ibrahim telah berkata kepada kami, al-Makhzumi telah memberitahu
kami, Abd Wahid iaitu Ibn Ziyad telah berkata kepada kami, Ubaidillah ibn
Abdullah ibn al-Asam telah berkata kepada kami, Yazid telah berkata kepada
kami dari Abu Hurairah r.a. bahawasanya berkata: Rasulullah s.a.w. telah
bersabda: „Solat itu terputus oleh wanita, keldai dan anjing. Dan perkara yang
mengelakkan pemutusan itu ialah sutrah (penghadang) seumpama hujung
pelana.‰

(Hadis riwayat Imam Muslim, Kitab al-Solah, Bab Qadar Ma Yastur al-Musalli,
nombor hadis: 511)

8.3.2 Analisa Sanad


Berpandukan rantaian sanad, para perawi hadis di atas iaitu Ishaq Ibn Ibrahim,
al-Makhzumi, Abdul Wahid Ibn Ziyad, Ubaydullah Ibn Abdullah Ibn al-AÊsam,
Yazid dan Abu Hurairah r.a. adalah di kalangan para perawi yang thiqah, iaitu
dipercayai. Dari sudut penentuan kualiti sanad, rantaian periwayatan di atas
dihukum sebagai sahih. Justeru, kesahihan hadis ini tidak diragui dari sudut
sanadnya kerana kesemua para perawi hadis ini merupakan perawi yang thiqah.

Selain itu, hadis ini diriwayatkan dalam kitab Sahih Imam Muslim yang
merupakan himpunan koleksi hadis sahih sahaja. Hadis ini juga turut
diriwayatkan oleh imam-imam lain seperti Imam Abu Daud melalui jalur
riwayat Ibn Abbas, Imam al-Tirmizi melalui Abu Dhar, Ibn Majah melalui
Abdullah Ibn Mughaffal, Ibn Abi Syaibah. Syeikh al-Albani juga turut
memasukkan riwayat ini dalam kitabnya Silsilah al-Ahadith as-Sohihah.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 8 SYARAH HADIS TENTANG MISOGINIS  179

8.3.2 Analisa Matan dan Pemahaman Hadis


Kita akan teruskan dengan analisa matan dan pemahaman hadis ini.

(a) Pencerahan daripada Riwayat Aisyah r.a.


Hadis ini telah mendapat pencerahan daripada hadis Aisyah r.a. di mana
beliau telah membuat penegasan dan pembetulan. Urwah bin Zubair
menceritakan penjelasan yang dibuat oleh Aisyah r.a. dalam riwayatnya
seperti berikut:

:‫ ﻓﻘﺎﻟﺖ‬.‫ ﻓﻘﻠﻨﺎ ﺍﳌﺮﺃﺓ ﻭﺍﳊﻤﺎﺭ‬:‫ ﻗﺎﻝ‬.‫ ﻣﺎ ﻳﻘﻄﻊ ﺍﻟﺼﻼﺓ‬:‫ ﻗﺎﻟﺖ ﻋﺎﺋﺸﺔ‬:‫ﻋﻦ ﻋﺮﻭﺓ ﺑﻦ ﺍﻟﺰﺑﲑ ﻗﺎﻝ‬
‫ﺇﻥ ﺍﳌﺮﺃﺓ ﻟﺪﺍﺑﺔ ﺳﻮﺀ ﻟﻘﺪ ﺭﺃﻳﺘﲏ ﺑﲔ ﻳﺪﻱ ﺭﺳﻮﻝ ﺍﷲ ﺻﻠﻰ ﺍﷲ ﻋﻠﻴﻪ ﻭﺳﻠﻢ ﻣﻌﺘﺮﺿﺔ ﻛﺎﻋﺘﺮﺍﺽ‬
.‫ﺍﳉﻨﺎﺯﺓ ﻭﻫﻮ ﻳﺼﻠﻲ‬
Maksudnya:
Daripada Urwah bin Zubayr telah meriwayatkan Aisyah r.a. berkata:
Apakah yang dapat memutuskan solat seseorang? Kami menjawab:
„Perempuan dan keldai‰. Aisyah r.a. berkata: „Jadi, kalau begitu,
perempuan adalah binatang buruk. Tahukah kalian bahawa aku pernah
berbaring melintang di hadapan Rasulullah s.a.w. seperti melintangnya
jenazah dan Baginda s.a.w. sedang menunaikan solat?‰
(Hadis riwayat Muslim, kitab solah, bab al-iÊtirad bayn yadaiy al-musalli,
nombor Hadis: 511)

Dalam riwayat lain yang terdapat dalam Kitab Sahih Muslim juga ada
menjelaskan kritikan Aisyah dengan lebih jelas seperti berikut.

:‫ ﻓﻘﺎﻟﺖ‬.‫ﻋﻦ ﻣﺴﺮﻭﻕ ﻋﻦ ﻋﺎﺋﺸﺔ ﺫﻛﺮ ﻋﻨﺪﻫﺎ ﻣﺎ ﻳﻘﻄﻊ ﺍﻟﺼﻼﺓ ﺍﻟﻜﻠﺐ ﻭﺍﳊﻤﺎﺭ ﻭﺍﳌﺮﺃﺓ‬
‫ ﻭﺍﷲ ﻟﻘﺪ ﺭﺃﻳﺖ ﺍﻟﻨﱯ ﺻﻠﻰ ﺍﷲ ﻋﻠﻴﻪ ﻭﺳﻠﻢ ﻭﺇﱐ ﻋﻠﻰ ﺍﻟﺴﺮﻳﺮ‬،‫ﺷﺒﻬﺘﻤﻮﻧﺎ ﺑﺎﳊﻤﺮ ﻭﺍﻟﻜﻼﺏ‬
‫ﺑﻴﻨﻪ ﻭﺑﲔ ﺍﻟﻘﺒﻠﺔ ﻣﻀﻄﺠﻌﺔ ﻓﺘﺒﺪﻭ ﱄ ﺍﳊﺎﺟﺔ ﻓﺄﻛﺮﻩ ﺃﻥ ﺃﺟﻠﺲ ﻓﺄﻭﺫﻱ ﺍﻟﻨﱯ ﺻﻠﻰ ﺍﷲ ﻋﻠﻴﻪ‬
.‫ﻭﺳﻠﻢ ﻓﺄﻧﺴ ﹼﻞ ﻣﻦ ﻋﻨﺪ ﺭﺟﻠﻴﻪ‬
Maksudnya:
Daripada Masruq dari Aisyah r.a. dinyatakan bahawa apa sahaja yang
memutuskan solat: anjing, keldai dan wanita. Aisyah r.a. berkata: „Kalian
telah menyamakan kami dengan keldai dan anjing. Demi Allah, aku
pernah melihat Rasulullah s.a.w. solat dan aku berbaring di atas tempat

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


180  TOPIK 8 SYARAH HADIS TENTANG MISOGINIS

tidur (katil), kedudukanku adalah di antara baginda dan kiblat. Jika aku
berkeinginan sesuatu aku tidak berbuat demikian kerana khuatir aku akan
mengganggu Baginda, justeru aku hanya melewati Baginda namun tidak di
hadapan Baginda.
(Hadis riwayat Imam Muslim, kitab solah, bab al-iÊtirad bayn yadaiy al-
musalli, nombor hadis: 512)

Berdasarkan pencerahan dua hadis kritikan Aisyah r.a. mengenai putusnya


solat seseorang lelaki dengan sebab lalunya seorang wanita bukan
merupakan kesepakatan di kalangan para ulama. Perbezaan antara hadis
riwayat Abu Hurairah dan hadis Aisyah r.a. menyebabkan para ulama
berbeza pendapat terhadap masalah ini. Sebahagian mereka mengambil
hadis Abu Hurairah, manakala sebahagian ulama lain berpegang dengan
pendapat Aisyah r.a.

Imam an-Nawawi berkata: „Para ulama berbeza pendapat berkenaan hadis


ini. Sebahagian mereka berpendapat bahawa solat seseorang akan terputus
disebabkan wanita, keldai dan anjing. Al-Imam Malik, Abu Hanifah dan
SyafiÊe dan kebanyakan ulama dari kalangan salaf dan khalaf berpendapat
bahawa solat tidak terbatal kerana melintasnya salah satu dari tiga faktor
yang dinyatakan dalam hadis ataupun yang selainnya. Mereka
mengemukakan pendapat bahawa makna „terputus‰ dalam hadis tersebut
bermaksud kurangnya nilai solat kerana hati terganggu dengan hal ini, dan
ia tidak bermaksud membatalkannya.

(b) Justifikasi Penggabungan Perkataan Wanita, Keldai dan Anjing


Penggabungan perkataan wanita, keldai dan anjing hitam dalam hadis
tersebut hakikatnya tidak membawa maksud bahawa ketiga-tiga hal yang
dinyatakan menunjukkan penyamaan taraf atau kedudukan. Penggabungan
ini hanyalah kerana ketiga-tiga hal tersebut mempunyai kemungkinan
mendatangkan gangguan. Contohnya, dalam hadis tersebut menyebut
wanita, ini adalah kerana fitnah dan daya tarikannya terhadap orang yang
melakukan solat. Manakala keldai, kerana kebiasaannya membawa muatan
yang banyak menyebabkan orang yang bersolat lalai memerhatikan muatan
tersebut. Anjing hitam pula disebut kerana ia berkemungkinan merupakan
jelmaan syaitan.

Setiap hal ini boleh mengganggu kesempurnaan solat seseorang.


Berdasarkan maksud dan tujuan hadis, hendaklah seseorang itu
mengadang dirinya daripada apa sahaja yang boleh mengganggu
kesempurnaan solatnya tanpa terbatas kepada tiga faktor yang telah
dinyatakan dalam hadis sebelum ini.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 8 SYARAH HADIS TENTANG MISOGINIS  181

8.3.3 Permasalahan Hadis dan Penyelesaiannya


Kita akan membincangkan masalah yang dihadapi hadis ini serta penyelesaainnya.

(a) Tohmahan Fatima Mernissi Bahawa Hadis ini Menghina Wanita


Fatima Mernissi mendakwa hadis ini sebagai misoginis, iaitu menghina
wanita dengan menyamakan kedudukan wanita sama seperti keldai dan
anjing. Mernissi melakukan kajian kritik terhadap hadis Rasulullah s.a.w.
dengan mencari hadis-hadis sebegini (misoginis) dan mengkritiknya
melalui rantaian sanad dan matan hadis.

Dalam hadis ini, Mernissi menunjukkan sikap pesimistik terhadap Abu


Hurairah. Menurut Mernissi, Abu Hurairah r.a. tidak pernah berkahwin
sepanjang usianya, dan merupakan seorang lelaki yang mempunyai
kelainan seksual terhadap wanita dan banyak meriwayatkan hadis yang
mendiskriminasikan wanita.

(b) Sanggahan terhadap Fatima Mernissi dan Penyelesaiannya


Dalam hal ini, kita dapati bahawa Fatima Mernissi tidak melakukan kajian
menyeluruh tentang hadis ini sama ada dari sudut sanad mahupun matan
hadis ini secara saksama. Walaupun Mernissi mengakui bahawa hadis
Aisyah r.a. telah menjawab bahawa wanita bukan penyebab batalnya salat.

Dakwaan Mernissi bahawa hadis ini adalah misoginis adalah ditolak,


bahkan hal ini menunjukkan bahawa Mernissi tidak memahami hadis ini
dengan baik serta kesilapannya semasa mengemukakan bukti bahawa
hadis ini adalah misoginis. Meskipun Mernissi menyebut di antara buku
rujukannya ialah Fathul Baari Sharh Sahih al-Bukhari, namun Mernissi jelas
tidak merujuk secara teliti kitab tersebut dan kitab-kitab syarah hadis yang
lain. Sekiranya Mernissi merujuk kitab-kitab dengan penuh teliti, pasti dia
menemui riwayat-riwayat lain selain riwayat Abu Hurairah r.a.

8.4 HADIS KEDUA: WANITA PUNCA


KETIDAKBERUNTUNGAN
Hadis kedua yang akan dibincangkan adalah mengenai wanita yang menjadi
punca ketidakberuntungan.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


182  TOPIK 8 SYARAH HADIS TENTANG MISOGINIS

8.4.1 Teks Hadis

‫ﺣﺪﺛﻨﺎ ﺃﺑﻮ ﺍﻟﻴﻤﺎﻥ ﺃﺧﱪﻧﺎ ﺷﻌﻴﺐ ﻋﻦ ﺍﻟﺰﻫﺮﻱ ﻗﺎﻝ ﺃﺧﱪﱐ ﺳﺎﱂ ﺑﻦ ﻋﺒﺪ ﺍﷲ ﺃﻥ ﻋﺒﺪ ﺍﷲ‬
‫ "ﺇﳕﺎ ﺍﻟﺸﺆﻡ ﰲ‬:‫ ﲰﻌﺖ ﺍﻟﻨﱯ ﺻﻠﻰ ﺍﷲ ﻋﻠﻴﻪ ﻭﺳﻠﻢ ﻳﻘﻮﻝ‬:‫ﻗﺎﻝ‬-‫ﺑﻦ ﻋﻤﺮ ﺭﺿﻲ ﺍﷲ ﻋﻨﻬﻤﺎ‬
."‫ﺛﻼﺛﺔ ﰲ ﺍﻟﻔﺮﺱ ﻭﺍﳌﺮﺃﺓ ﻭﺍﻟﺪﺍﺭ‬
Maksudnya:
Telah berkata Abu al-Yaman telah memberitahu kami, Syuayb telah
memberitahu kami dari al-Zuhri telah berkata: Salim Ibn Abdullah
memberitahuku bahawa Abdullah Ibn Umar telah berkata: Aku mendengar
Raasulullah s.a.w. bersabda: „Sesungguhnya sumber ketidakberuntungan itu
disebabkan tiga perkara iaitu kuda, wanita dan rumah.‰

(Hadis riwayat Imam al-Bukhari, Sahih Bukhari, Kitab al-Jihad wa al-Siyar, bab
Ma Yuzkar Min ShuÊm al-MarÊah, nombor hadis: 2703)

8.4.2 Analisa Sanad


Berpandukan rantaian sanad, para perawi hadis yang dikemukakan oleh Imam
Bukhari di atas iaitu Abu al-Yaman, Shuayb Ibn Abi Hamzah, al-Zuhri, Salim,
dan Abdullah Ibn Umar adalah di kalangan para perawi yang thiqah. Dari sudut
penentuan kualiti sanad, rantaian periwayatan di atas dihukum sebagai sahih.
Justeru, kesahihan hadis ini tidak diragui dari sudut sanadnya kerana kesemua
para perawi hadis ini merupakan perawi yang thiqah.

8.4.3 Analisa Matan dan Pemahaman Hadis


Pengertian hadis secara tekstual menunjukkan tidak berlaku pertentangan
dengan al-Quran dan hadis serta hujah akal kerana hadis ini menerangkan
amalan praktik masyarakat jahiliah yang suka bertenung nasib dengan
menggunakan kuda, wanita dan rumah. Perbezaan matan hadis tentang
al-shuÊm tidak merubah maksud dan tujuan hadis.

Ibn Hajar mengatakan bahawa Ibn al-Arabi berpendapat penyebutan tiga


perkara pada hadis tersebut hanyalah adat atau kebiasaan yang berlaku dan
bukan bermaksud sebagai pembawa sial dalam aspek penciptaannya. Ibn
Qutaybah mengatakan bahawa kaum jahiliah suka membuat ramalan dan
bertenung nasib. Hal sedemikian dilarang pada zaman Rasulullah s.a.w. Namun
di kalangan orang jahiliah terdapat mereka yang enggan meninggalkan amalan
Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)
TOPIK 8 SYARAH HADIS TENTANG MISOGINIS  183

khurafat tersebut sehingga ketiga-tiga perkara tersebut masih diamalkan dalam


kehidupan mereka seharian sebagai ramalan baik atau buruk.

Al-shuÊm atau ketidakberuntungan dalam hadis tersebut adalah merujuk kepada


kesialan yang dilakukan pada zaman jahiliah dan perkara ini menurut Syeikh al-
Albani dimansuhkan setelah kedatangan Islam. Dalam Islam tidak ada kesialan
seperti kesialan bulan Safar serta sial berkahwin dalam bulan Syawal mengikut
kepercayaan masyarakat jahiliah. Justeru, Islam tidak mengiktiraf perbuatan
tersebut kerana ia boleh merosakkan akidah seorang Muslim.

Menurut Ibn Hajar al-Asqalani, maksud al-shuÊm dalam hadis bukan


berdasarkan tekstual zahirnya, tetapi maksudnya adalah kebarangkalian
ketidaksesuaian ketiga-tiga hal tersebut pada seseorang. Apabila dikatakan
kesialan pada rumah, maka ia bermaksud sempitnya rumah itu atau kejahatan
jiran-jirannya. Kesialan perempuan bermaksud kerana ia tidak dapat memiliki
anak atau lidahnya yang tajam menyakitkan hati dan keinginannya terhadap
perkara-perkara yang meragukan dan tidak berfaedah. Manakala kesialan kuda
bermakna ia tidak dapat digunakan dalam peperangan atau ketidaktaatannya
atau berkemungkinan harganya yang mahal. Adapun kesialan pembantu adalah
kerana keburukan akhlaknya dan kecuaiannya terhadap tanggungjawab yang
diserahkan kepadanya.

Menurut fatwa Syeikh Muhammad Salih al-Uthaymin, berkemungkinan


sejumlah tempat tinggal, kenderaan atau isteri dianggap mendatangkan sial
mempunyai hikmah yang tersirat di sebalik kesialan tersebut. Mungkin ia
berupa bahaya atau tiada manfaat yang diperoleh daripadanya. Seandainya
seseorang mengalami hal sedemikian, maka hendaklah ia menyedari bahawa
semuanya terjadi kerana takdir Allah s.w.t. Tambahan beliau lagi, tashaÊum
adalah perasaan atau keyakinan akan ditimpa suatu musibah disebabkan oleh
sesuatu hal yang dilihat, didengar atau kerana waktu. Orang jahiliah
beranggapan jika melangsungkan perkahwinan pada bulan Syawal maka mereka
akan mendapat sial.

Menurut Syeikh Muhammad Salih al-Uthaymin lagi, tashaÊum tidak dibolehkan


kerana ia akan memupuk sikap buruk sangka kepada Allah s.w.t., akibatnya
seseorang itu enggan melakukan hal-hal yang sebenarnya akan mendatangkan
kebaikan baginya. Kerana baginya, segala urusan dibayangi oleh rasa bimbang
dan was was seterusnya menyebabkan penyakit jiwa. Oleh kerana itulah
Rasulullah s.a.w. melarangnya.

Hal ini berbeza dengan kepercayaan orang kafir di mana bagi mereka unsur sial
atau ketidakberuntungan mereka didasari oleh kesyirikan sehingga amalan yang
dilakukan untuk membuang kesialan penuh dengan kesyirikan.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


184  TOPIK 8 SYARAH HADIS TENTANG MISOGINIS

Menurut akidah Islam, ketidakberuntungan pada ketiga hal tersebut dapat


dihindari dengan menjual barang, berpisah secara aman dengan isteri, atau
melalui ruqyah syariyyah. Keyakinan bahawa sebahagian manusia mampu
menolak bala dan membuang sial sewajarnya dihindari kerana ia boleh
merosakkan akidah seorang Muslim.

Islam tidak memandang hina terhadap urusan duniawi, bahkan menuntut


umatnya mencari yang terbaik agar hidup mereka bahagia di dunia dan akhirat.
Islam juga mengenal pasti beberapa asas penting dalam kehidupan dan
menyuruh umatnya berusaha demi mencapai yang terbaik dalam asas-asas
tersebut selagimana ia tidak melampaui batas.

8.4.4 Permasalahan Hadis dan Penyelesaiannya


Hadis di atas tidak seharusnya difahami secara tekstual atau makna zahir seolah-
olah mendiskriminasikan wanita. Wanita bukan penyebab utama kejahatan atau
kerugian yang selama-lamanya buat kaum lelaki. Kajian Mernissi mengenai
hadis ini tidak dilakukan secara menyeluruh dan tepat. Bahkan Mernissi tidak
mengaplikasikan metode yang dijadikan sandaran dalam meneliti sanad dan
matan sesebuah hadis, apa yang lebih memburukkan keadaan Mernissi sendiri
terperangkap dalam kajian nas-nas keagamaan yang dikritik kerana tidak
memahaminya dengan baik. Mari kita lihat penerangan berikut.

(a) Riwayat Imam al-Bukhari yang dikritik oleh Mernissi diletakkan dalam
sebuah bab dalam Sahih Bukhari yang bertajuk Bab Ma Yuttaqa min ShuÊm
al-MarÊah wa Qawluhu TaÊala: „Inna min Azwaajikum wa Awlaadikum
Aduwwan Lakum‰. Ketika mengkritik hadis ini, Mernissi terlepas pandang
daripada melihat tajuk bab yang ditulis Imam Bukhari pada hadis ini, dan
tidak memahami maksud min dalam ayat yang menunjukkan makna
sebahagian sehingga mendakwa hadis ini sebagai misoginis.

(b) Menurut al-Qaradawi, golongan yang merendahkan wanita sering


memahami hadis (fitnah) di atas dengan sebuah pemahaman yang salah.
Mereka memahami kata fitnah tersebut dengan beranggapan kaum wanita
itu amat hina dan merupakan azab, ancaman dan musibah yang ditimpa
kepada manusia seumpama ditimpa musibah, penyakit, kelaparan dan
ketakutan.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 8 SYARAH HADIS TENTANG MISOGINIS  185

(c) Dalam kebanyakan persoalan yang berkaitan hubungan antara kaum lelaki
dan kaum wanita sama ada ia mencakupi bidang ibadah atau aspek sosial
yang melibatkan pertemuan di antara mereka, para ulama selalu
menjadikan hazar (sikap berhati-hati) dengan tujuan agar tidak berlaku
atau tidak timbul sebarang fitnah iaitu sebarang suasana yang boleh
mengganggu atau menggoda hati, perasaan dan fikiran kaum lelaki.
Contohnya:

(i) Urusan saf dalam solat berjemaah. Kedudukan wanita dan lelaki
hendaklah terpisah dan wanita hendaklah di belakang saf kaum
lelaki; dan

(ii) Kaum wanita tidak wajib solat Jumaat, dilarang menyampaikan


khutbah Jumaat atau mengalunkan azan dengan suara yang dapat
didengari oleh pendengaran kaum lelaki dan sebagainya. Bahkan
mereka dianjurkan solat di rumah berbanding di masjid.

(d) Hadis di atas merupakan salah satu pendapat atau pandangan para fuqaha
untuk berpendapat sedemikian. Hal ini disebabkan wujudnya faktor
kekhuatiran yang akan mengakibatkan fitnah. Meskipun terdapat
mekanisme dalam situasi atau ruang tertentu dan dapat dipastikan bahawa
kebarangkalian wujudnya fitnah tidak berlaku, para ulama fikah tetap
menegah dan menafikan seorang wanita sebagai imam.

(e) Perkara-perkara yang bersangkutan dengan ubudiyyah hendaklah diterima


sebagaimana ia diperintahkan oleh Allah s.w.t. dan Rasul-Nya serta garis
panduan agama Islam. Ia bukan merupakan suatu perkara yang sesuai
untuk dijawab dengan berasaskan rasional akal secara logik semata-mata
apatah lagi menyesuaikannya dengan konteks sosial dan arus pemodenan.
Sejumlah srikandi Islam terulung seperti Ummahat al-Mukminin telah
terbukti berjaya memberi sumbangan besar kepada kebangkitan agama
Islam.

(f) Oleh itu, isi kandungan dari pesanan Rasulullah s.a.w. melalui hadis ini
tidak bererti kaum wanita itu dianggap fitnah dan ralat dalam semua
perkara. Yang dimaksudkan oleh Nabi s.a.w. ialah wanita sememangnya
mempunyai pengaruh yang dominan terhadap lelaki yang amat dikhuatiri
akan mengakibatkan kaum lelaki lalai dari mengingati Allah s.w.t. dan
mendapat balasan buruk di akhirat.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


186  TOPIK 8 SYARAH HADIS TENTANG MISOGINIS

8.5 HADIS KETIGA: KETIDAKSEMPURNAAN


AKAL DAN AGAMA WANITA
Hadis yang seterusnya pula adalah mengenai ketidsempurnaan akal dan agama
wanita.

8.5.1 Teks Hadis

‫ ﺧﺮﺝ ﺭﺳﻮﻝ ﺍﷲ ﺻﻠﻰ ﺍﷲ ﻋﻠﻴﻪ ﻭ ﺳﻠﻢ ﰲ ﺃﺿﺤﻰ ﺃﻭ ﻓﻄﺮ ﺇﱃ ﺍﳌﺼﻠﻰ‬:‫ﻋﻦ ﺃﰊ ﺳﻌﻴﺪ ﺍﳋﺪﺭﻱ ﻗﺎﻝ‬
‫ ﻓﻘﻠﻦ ﻭﰈ ﻳﺎ‬. ( ‫ﻓﻤﺮ ﻋﻠﻰ ﺍﻟﻨﺴﺎﺀ ﻓﻘﺎﻝ ) ﻳﺎ ﻣﻌﺸﺮ ﺍﻟﻨﺴﺎﺀ ﺗﺼﺪﻗﻦ ﻓﺈﱐ ﺃﺭﻳﺘﻜﻦ ﺃﻛﺜﺮ ﺃﻫﻞ ﺍﻟﻨﺎﺭ‬
‫ﺭﺳﻮﻝ ﺍﷲ ؟ ﻗﺎﻝ ) ﺗﻜﺜﺮﻥ ﺍﻟﻠﻌﻦ ﻭﺗﻜﻔﺮﻥ ﺍﻟﻌﺸﲑ ﻣﺎ ﺭﺃﻳﺖ ﻣﻦ ﻧﺎﻗﺼﺎﺕ ﻋﻘﻞ ﻭﺩﻳﻦ ﺃﺫﻫﺐ ﻟﻠﺐ‬
‫ ﻗﻠﻦ ﻭﻣﺎ ﻧﻘﺼﺎﻥ ﺩﻳﻨﻨﺎ ﻭﻋﻘﻠﻨﺎ ﻳﺎ ﺭﺳﻮﻝ ﺍﷲ ؟ ﻗﺎﻝ ) ﺃﻟﻴﺲ ﺷﻬﺎﺩﺓ‬. ( ‫ﺍﻟﺮﺟﻞ ﺍﳊﺎﺯﻡ ﻣﻦ ﺇﺣﺪﺍﻛﻦ‬
‫ ﻗﻠﻦ ﺑﻠﻰ ﻗﺎﻝ ) ﻓﺬﻟﻚ ﻣﻦ ﻧﻘﺼﺎﻥ ﻋﻘﻠﻬﺎ ﺃﻟﻴﺲ ﺇﺫﺍ ﺣﺎﺿﺖ ﱂ‬. ( ‫ﺍﳌﺮﺃﺓ ﻣﺜﻞ ﻧﺼﻒ ﺷﻬﺎﺩﺓ ﺍﻟﺮﺟﻞ‬
( ‫ ﻗﻠﻦ ﺑﻠﻰ ﻗﺎﻝ ) ﻓﺬﻟﻚ ﻣﻦ ﻧﻘﺼﺎﻥ ﺩﻳﻨﻬﺎ‬. ( ‫ﺗﺼﻞ ﻭﱂ ﺗﺼﻢ‬
Maksudnya:
Dari Abu SaÊid al-Khudriy, dia berkata bahwa Rasulullah s.a.w. keluar pada hari
raya Idul Adha atau Idul Fitri, lalu beliau melewati tempat solat wanita dan
bersabda: „Wahai sekalian wanita, bersedekahlah kalian, sesungguhnya aku
melihat kalian adalah penduduk neraka paling banyak.‰ Para wanita bertanya:
„Kenapa wahai Rasulullah?‰ Beliau menjawab: „Kalian banyak melaknat dan
tidak bersyukur kepada suami. Tidaklah aku lihat golongan yang lemah akal dan
agamanya yang dapat menghilangkan fikiran lelaki yang cerdas kecuali kalian‰.
Mereka bertanya: „Apa kekurangan akal dan agama kami wahai Rasulullah?‰
Beliau menjawab: „Bukankah kesaksian seorang wanita sama dengan setengah
kesaksian lelaki?‰ Mereka menjawab: „Betul.‰ Rasulullah bersabda: „Itulah
kekurangan akalnya. Bukankah jika haid wanita tidak solat dan tidak puasa?‰
Mereka menjawab: „Betul.‰ Rasulullah s.a.w. bersabda: „Itulah kekurangan
agamanya.‰
(Hadis riwayat Imam Bukhari, Sahih Bukhari, Kitab al-Syiam, Bab tark al-haid
al-syaum, nombor hadis: 298)

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 8 SYARAH HADIS TENTANG MISOGINIS  187

8.5.2 Analisa Sanad


Sanad hadis ini diperoleh dari empat sahabat yang thiqah, iaitu:

(a) Abu Said Al-Khudri yang diriwayatkan oleh Imam Bukhari;


(b) Ibnu Umar yang diriwayatkan oleh Imam Muslim, Abu Daud, Ibn Majah
dan beberapa orang perawi lagi;
(c) Abu Hurairah yang diriwayatkan oleh Imam Tirmizi; dan
(d) Ibn MasÂud yang diriwayatkan oleh Abu YaÊla.

Dengan jalur periwayatan yang banyak ditulis dalam kitab hadis muktabar
seperti Sahih Bukhari, Sahih Muslim, Sunan Tirmizi, Sunan Ibn Majah dan
Musnad Ahmad bin Hanbal. Bahkan dua hadis tersebut diriwayatkan oleh Imam
Bukhari, manakala satu riwayat oleh Imam Muslim. Dengan ini, jelas terbukti
dalam kajian sanad hadis ini, tiada kecacatan dari aspek sanad hadis. Maka,
hadis ini tidak diragui lagi kesahihannya. Sementara itu, al-Albani juga
menyatakan bahawa hadis riwayat Tirmizi dan Ibn Majah adalah sahih. Dengan
ini, dapat kita simpulkan bahawa hadis ini adalah sahih dari sudut analisa
sanadnya kerana kesemua para perawi hadis ini merupakan perawi yang thiqah.

8.5.3 Analisa Matan dan Pemahaman Hadis


Sebelum kita pergi kepada analisa matan dan seterusnya memahami kehendak
hadis ini, mari kita lihat sepintas lalu situasi yang melatari hadis ini ketika
Rasulullah s.a.w. menuturkannya.

Pertamanya, peringatan dalam hadis ini diucapkan ketika Rasulullah s.a.w.


selesai memberi khutbah pada salah satu hari raya. Jadi, adalah tidak wajar
dalam suasana yang gembira ini Rasulullah s.a.w. menjatuhkan air muka wanita
yang berada di situ dengan sesuatu peringatan yang kurang enak didengar.

Kedua, kandungan hadis ini lebih berbentuk peringatan untuk bekalan akhirat
yang dimulai dengan kaum lelaki kemudian diteruskan kepada kaum wanita
yang majoritinya pada waktu itu adalah wanita ahli Madinah yang
kecerdikannya melebihi lelaki dalam sesetengah keadaan. Ini jelas dibuktikan
dengan pujian Rasulullah s.a.w. terhadap mereka seperti yang terkandung dalam
matan hadis, yang bermaksud: „Tidaklah aku lihat golongan yang lemah akal
dan agamanya yang dapat menghilangkan fikiran lelaki yang cerdas kecuali
kalian.‰

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


188  TOPIK 8 SYARAH HADIS TENTANG MISOGINIS

Namun begitu, jika dilihat hadis ini daripada kaca mata barat, tentu kita akan
salah dalam memahaminya. Mengapa wanita disebutkan lebih banyak masuk
neraka, padahal wanita diciptakan sama seperti lelaki, iaitu tanpa dosa asal.
Justeru, hadis ini harus difahami bersama-sama dengan hadis lain yang
mempunyai maksud yang sama dengannya.

Justeru, ada beberapa perkara utama yang memerlukan pencerahan dalam hadis
ini, iaitu seperti berikut:

(a) Pertama
Perkara utama yang diberi penekanan oleh Rasulullah s.a.w. di awal hadis
ini ialah saranan supaya wanita mengeluarkan sedekah. Inilah tujuan asal
hadis ini dikeluarkan. Manakala mereka adalah penghuni neraka dan
banyak melakukan perkara laknat serta tidak mensyukuri suami bukanlah
merupakan matlamat hadis ini dikeluarkan tetapi ia merupakan sebab agar
kaum wanita bersedekah. Oleh yang demikian, tidak sewajarnya isu
kebanyakan penghuni neraka adalah wanita diberikan perhatian yang lebih
berbanding perintah agar wanita mengeluarkan sedekah.

Selain itu, perlu diketahui bahawa Rasulullah s.a.w. sama sekali tidak
melihat wanita sebagai makhluk yang kurang akal dan agamanya
walaupun dalam sesetengah keadaan wanita boleh mempengaruhi lelaki
hingga kadangkala membuatkan mereka hilang kawalan dan kewarasan
semasa bertindak. Dan Baginda s.a.w. sendiri telah menjelaskan maksud
kurangnya akal dan agama wanita yang juga menjadi inti pati hadis ini.

(b) Kedua
Menerusi hadis ini Rasulullah s.a.w. menyebut dua perkara penting iaitu;
(i) Saranan bersedekah; dan
(ii) Keadaan wanita yang kurang akal dan agama.

Secara jelasnya, keadaan ini bukanlah penyebab wanita dimasukkan ke


dalam neraka, sebaliknya Rasulullah s.a.w. hanya menceritakan apa yang
baginda lihat pada ketika itu dan bukanlah bertujuan untuk menunjukkan
kaitan antara masuk neraka dan kurangnya akal dan agama wanita.
Sebaliknya, keadaan wanita yang kurang akal dan agama ini telah
dihuraikan oleh Rasullullah s.a.w. menerusi jawapan baginda kepada
pertanyaan para wanita, yang bermaksud:

„ Kenapa wahai Rasulullah?‰ Baginda menjawab: „Kalian banyak melaknat


dan tidak bersyukur kepada suami. Tidaklah aku lihat golongan yang
lemah akal dan agamanya yang dapat menghilangkan fikiran lelaki yang

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 8 SYARAH HADIS TENTANG MISOGINIS  189

cerdas kecuali kalian.‰ Dan huraian berkenaan keadaan wanita diteruskan


apabila kaum wanita terus bertanya Rasullullah s.a.w. „Apa kekurangan
akal dan agama kami wahai Rasulullah?‰ Baginda menjawab: „Bukankah
kesaksian seorang wanita sama dengan setengah kesaksian lelaki?‰ Mereka
menjawab: „Betul.‰ Rasulullah bersabda: „Itulah kekurangan akalnya.
Bukankah jika haid wanita tidak shalat dan tidak puasa?‰ Mereka
menjawab: „Betul.‰ Rasulullah s.a.w. bersabda: „Itulah kekurangan
agamanya.‰

Jawapan Rasululllah s.a.w. buat kali kedua ini adalah lebih bersifat
penambahan kepada jawapan baginda yang pertama tadi. Sekiranya
penambahan ini tidak dibuat, maksud keadaan wanita yang kurang akal
dan agama sudah terjawab pada pertanyaan pertama. Di dalam balaghah
bahasa Arab, lenggok bahasa sebegini dikenali sebagai „al-istitbaʉ.

(c) Ketiga
Terdapat persoalan, apakah hadis ini bermaksud wanita lebih senang
dikuasai kejahatan dalam fitrah mereka berbanding lelaki? Jawapannya
tentu tidak, jika memang kejahatan telah ada pada diri wanita, tentu
mereka tidak akan dipertanggungjawabkan atas apa yang dikerjakan. Akan
tetapi hadis tersebut menyatakan bahawa mereka bertanggungjawab
terhadap apa yang mereka kerjakan sendiri, seperti tidak patuh kepada
suami. Maka tidak salah jika Ibn Hajar menyatakan bahawa dalam hadis
Jabir terdapat dalil yang menunjukkan bahawa yang terlihat dalam neraka
adalah wanita-wanita yang memiliki sifat-sifat tercela seperti yang tertera
dalam hadis ini:

‫ َﻭِﺇﺫﹶﺍ ﺳُِﺌ ﹾﻠ َﻦ‬،َ‫ َﻭِﺇ ﹾﻥ َﺳﹶﺄﹾﻟ َﻦ ﺃﹶﻟﹾﺤَﻔﹾﻦ‬،َ‫ﺸْﻴﻦ‬


َ ‫ ِﺇ ِﻥ ﺍﹾﺋُﺘ ِﻤﻦﱠ ﹶﺃ ﹾﻓ‬،ِ‫َﻭﹶﺃﻛﹾﹶﺜﺮُ َﻣ ْﻦ َﺭﹶﺃْﻳﺖُ ﻓِﻴﻬَﺎ ِﻣ َﻦ ﺍﻟﱢﻨﺴَﺎﺀ‬

‫ﺸ ﹸﻜ ْﺮ ﹶﻥ‬
ْ ‫ﲔ ﹶﻟ ْﻢ َﻳ‬
َ ‫ َﻭِﺇﺫﹶﺍ ﺃﹸ ْﻋ ِﻄ‬،‫ﺨ ﹾﻠ َﻦ‬
ِ ‫َﺑ‬

Maksudnya:
Orang yang paling banyak aku lihat di dalam neraka adalah kaum wanita
yang apabila diberi kepercayaan menyimpan rahsia dia bocorkan, apabila
diminta sesuatu kepadanya ia bakhil, apabila mereka meminta, mereka
bersikap keras dan meminta lebih banyak, dan mereka tidak pandai
berterima kasih.

(Al-Hakim al-Naisaburi, nombor hadis 8788, Kitab al-′Ilmiyah)

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


190  TOPIK 8 SYARAH HADIS TENTANG MISOGINIS

Menurut beliau: „Isnad hadis ini adalah sahih dan sesuai dengan syarat al-
Bukhari dan Muslim tetapi mereka tidak mengeluarkannya. Hadis ini turut
diriwayatkan oleh Imam Ahmad dalam Musnadnya dan dikemukakan oleh
Ibn Hajar dalam Fath al-Baari.

Begitu juga riwayat dari Ibnu Abbas:

‫ﺖ ﺍﻟﻨﱠﺎﺭَ ﻓﹶﺈِﺫﹶﺍ ﹶﺃ ﹾﻛﹶﺜﺮُ ﺃﹶﻫْﻠِﻬَﺎ‬


ُ ‫ﺻﻠﱠﻰ ﺍﻟﱠﻠ ُﻪ َﻋﹶﻠْﻴ ِﻪ َﻭ َﺳﻠﱠ َﻢ ﹸﺃﺭِﻳ‬
َ ‫ ﻗﹶﺎ ﹶﻝ ﺍﻟﱠﻨِﺒ ﱡﻲ‬: ‫ﺱ ﻗﹶﺎ ﹶﻝ‬
ٍ ‫َﻋ ْﻦ ﺍْﺑ ِﻦ َﻋﺒﱠﺎ‬

‫ﺸ َﲑ َﻭَﻳﻜﹾﻔﹸﺮْ ﹶﻥ ﺍﻟﹾِﺈﺣْﺴَﺎ ﹶﻥ ﹶﻟ ْﻮ‬


ِ ‫ﺍﻟﱢﻨﺴَﺎ ُﺀ َﻳ ﹾﻜ ﹸﻔ ْﺮ ﹶﻥ ﻗِﻴ ﹶﻞ ﹶﺃَﻳﻜﹾﻔﹸﺮْ ﹶﻥ ﺑِﺎﻟﻠﱠ ِﻪ ﻗﹶﺎ ﹶﻝ َﻳ ﹾﻜ ﹸﻔ ْﺮ ﹶﻥ ﺍﹾﻟ َﻌ‬

‫ﻚ ﺧَﻴْﺮًﺍ ﻗﹶﻂﱡ‬
َ ‫ﺖ ﻣَﺎ َﺭﹶﺃْﻳﺖُ ِﻣْﻨ‬
ْ ‫ﻚ َﺷْﻴﺌﹰﺎ ﻗﹶﺎﹶﻟ‬
َ ‫ﺕ ِﻣْﻨ‬
ْ ‫ﺖ ِﺇﻟﹶﻰ ِﺇ ْﺣ َﺪﺍ ُﻫﻦﱠ ﺍﻟ ﱠﺪ ْﻫ َﺮ ﹸﺛﻢﱠ َﺭﹶﺃ‬
َ ‫ﺴْﻨ‬
َ ‫ﹶﺃ ْﺣ‬

Maksudnya:
Dari Ibnu ÂAbbas, dia berkata bahwa Nabi s.a.w. bersabda: „Aku melihat
neraka, ternyata kebanyakan penghuninya adalah wanita, mereka telah
mengkufuri.‰ Dikatakan: „Apakah mereka kufur terhadap Allah?‰
Rasulullah s.a.w. bersabda: „Mereka mengkufuri suami dan kebaikan. Jika
engkau berbuat baik kepadanya selama satu tahun penuh, lalu dia melihat
sesuatu yang buruk darimu, maka dia akan mengatakan aku tidak pernah
melihat kebaikan sedikit pun darimu.‰

(Al-Bukhari, Kitab Iman, Bab Kufran al-Asyir wa Kufr BaÊda Kufr fih,nombor
hadis: 19; Kitab al-Khusuf, nombor hadis :1004; dan Kitab an-Nikah,
nombor hadis: 4901)

Justeru, dosa yang paling banyak membawa wanita masuk ke neraka


adalah kemaksiatan terhadap suaminya dan pengingkaran terhadap segala
kebaikan suaminya.

(d) Keempat
Peringatan Rasulullah s.a.w. kepada wanita ketika itu seperti yang tercatat
di dalam hadis ini adalah mudah diterima oleh wanita pada zaman
Rasulullah s.a.w. Ini adalah kerana mereka sentiasa saling ingat-mengingati
tentang hari kebangkitan, padang mahsyar, syurga dan neraka. Justeru, hal
ini tidak mengejutkan mereka, malah mereka berusaha bertanya kepada
Rasulullah s.a.w. kenapa dan bagaimana cara mengelakkannya.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 8 SYARAH HADIS TENTANG MISOGINIS  191

Hal ini berbeza dengan keadaan wanita zaman sekarang di mana


kebanyakannya lalai dari urusan akhirat, sehingga ketika mendengar hadis
ini mereka terkejut dan berusaha menepisnya. Oleh karena itu, hendaklah
memahami hadis ini sesuai dengan suasana masyarakat ketika ia
disabdakan.

(e) Kelima
Hadis ini bermanfaat bagi seluruh kaum muslimin sama ada lelaki
mahupun wanita agar mereka berusaha sedaya upaya menghindarkan diri
dari seksaan neraka. Bagi kaum wanita, dapat dilakukan dengan
memperbanyakkan sedekah dan meninggalkan sikap derhaka terhadap
suami atau kufur terhadap kebaikannya.

Sedangkan bagi lelaki, dapat diterjemahkan dengan memelihara ibu, isteri


dan anak perempuan mereka dengan baik. Bahkan dia bertanggungjawab
memberi pendidikan Islam yang secukupnya agar menjadi wanita yang
solehah. Tanggung jawab ini sepenuhnya ada di pundak kaum lelaki.
Sebagaimana Allah s.w.t. telah memerintahkan dalam firmanNya dalam
surah at-Tahriim, ayat 6:

â¨$¨Ζ9$# $yδߊθè%uρ #Y‘$tΡ ö/ä3‹Î=÷δr&uρ ö/ä3|¡àΡr& (#þθè% (#θãΖtΒ#u™ t⎦⎪Ï%©!$# $pκš‰r'¯≈tƒ

öΝèδttΒr& !$tΒ ©!$# tβθÝÁ÷ètƒ ω ׊#y‰Ï© ÔâŸξÏî îπs3Íׯ≈n=tΒ $pκön=tæ äοu‘$yfÏtø:$#uρ

∩∉∪ tβρâsΔ÷σム$tΒ tβθè=yèøtƒuρ


Maksudnya:
Wahai orang-orang Yang beriman! Peliharalah diri kamu dan keluarga kamu
dari neraka yang bahan-bahan bakarannya: manusia dan batu (berhala);
neraka itu dijaga dan dikawal oleh malaikat-malaikat yang keras kasar
(layanannya); mereka tidak menderhaka kepada Allah dalam segala yang
diperintahkanNya kepada mereka, dan mereka pula tetap melakukan segala
yang diperintahkan.

Ibnu Hajar ketika mengulas hadis ini turut mengatakan bahawa hadis ini
terdapat anjuran menyampaikan nasihat kepada wanita kerana nasihat dapat
menghilangkan sifat tercela, sedangkan bersedekah yang dianjurkan kepada
wanita dapat menghindarkan azab dan menghapuskan dosa sesama
makhluk.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


192  TOPIK 8 SYARAH HADIS TENTANG MISOGINIS

AKTIVITI 8.4

Rasulullah s.a.w. bersabda, yang bermaksud: „Tidak akan berjaya suatu


kaum yang menyerahkan urusan mereka kepada seorang wanita (sebagai
pemimpin)‰ (Hadis Riwayat Bukhari). Hadis ini dianggap oleh
sesetengah pihak sebagai terdapat di dalamnya unsur yang menjatuhkan
martabat wanita sebagai pemimpin. Sila huraikan dakwaan penghinaan
wanita dalam hadis ini dan jelaskan kehendak sebenar hadis ini
berdasarkan apa yang telah disyarahkan oleh ulamak hadis.

 Misoginis bermaksud lelaki yang benci wanita. Dalam konteks hadis


misoginis pula, ia bermaksud hadis yang terdapat unsur-unsur kebencian
terhadap wanita ataupun hadis yang menghina wanita.

 Tanggapan bahawa wujudnya hadis misoginis adalah salah, bahkan ia


merupakan satu penyelewengan dan penipuan terhadap hadis Rasulullah
s.a.w.

 Individu mahupun golongan yang mendakwa wujudnya hadis berunsur


misoginis ini merupakan mereka yang terpengaruh dengan pemikiran barat
dan orientalis.

 Adalah tidak wajar memahami dan mengkritik sesebuah hadis berdasarkan


literasinya sahaja, sebaliknya kritikan sesebuah hadis perlulah dilakukan
terhadap sanad dan matan sejajar dengan metode yang telah ditetapkan oleh
ulama hadis yang muktabar bagi mengelakkan daripada berlakunya
sebarang kekeliruan atau penyelewengan.

 Kedatangan Islam telah mengubah kedudukan wanita dengan mengangkat


tarafnya kepada status yang lebih mulia dan adalah mustahil Rasulullah
s.a.w. mengucapkan kata-kata (hadis) yang menghina dan menjatuhkan
martabat wanita.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 8 SYARAH HADIS TENTANG MISOGINIS  193

Analisa Isnad Orientalis barat


Analisa matan Perawi
Feminisme Pesimistik
Liberalisme Sabab wurud hadis
Metode kritik hadis Syarah hadis
Misoginis

Al-Bukhari, Abi Abdillah Muhammad bin Ismail bin Ibrahim. (1958). Sahih al-
Bukhari. Misr: Mustafa al-Babi wa awladuhu.
alAl-Qaradawi, Yusuf. (2000). Kayfa NataÊamal maÊa al-Sunnah al-Nabawiyyah.
Mesir: Dar al-Syuruq.

Fatima Mernissi. (1987). Beyond the Veilveil: Male-Female female Dynamics


dynamics in Modern modern Muslim Societysociety. USABloomington:
Indiana University Press.

Fatima Mernissi. (1993). Women and Islam: An Historical historical and


Theological theological Enquiryenquiry. New Delhi: Kali for Women.
Ibn Rajab, Abu Farj, Abd Rahman Ibn Ahmad Ibn Rajab al-Hanbali. (1987). JamiÊ
alUlum wa al-Hikam. Beirut: Dar al-Makrifah.
Kamus Dewan. (2002). Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

MaÊalim al-Quran wa al-Sunnah. (2005). Hadis „Naqisat Aql wa Din‰: Isykaliat,


Asbab, Hulul. Prof. Dr. Muhammad Abu Lais Khair al-Abadi. Bil.1. Fakulti
Pengajian Quran Sunnah, KUIM.

Muslim, Muslim Ibn Hajjaj. (t.t). Sahih Muslim. Beirut: Dar IhyaÊ at-Turath al-
Arabi.

Sisters in Islam. (t.t.) Dicapai dari http://www.sistersinislam.org.my/http://


www.sisterinislam.org.my

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


Topik  Syarah Hadis
tentang Sains
9 (HabbatussaudaÊ)
HASIL PEMBELAJARAN
Pada akhir topik ini, anda seharusnya dapat:
1. Mengenal pasti hadis sahih berkaitan habbatussaudaÊ;
2. Menerangkan intipati hadis habbatussaudaÊ dengan jelas;
3. Menghuraikan perbahasan mengenai syarah hadis habbatussaudaÊ
dalam kitab syarah Fathul Baari Syarh Sahih Bukhari oleh Ibn Hajar
al-Asqalani dan kitab al-Minhaj Syarh Sahih Muslim oleh Imam
Nawawi;
4. Mengenal pasti permasalahan hadis habbatussaudaÊ; dan
5. Menjelaskan penemuan saintifik yang dijalankan ke atas
habbatussauda dalam ilmu perubatan dan menyingkap kebenaran
hadis Nabi s.a.w.

 PENGENALAN
Anda telah pun mempelajari mengenai kepentingan syarah hadis berkaitan sains
khususnya syarah hadis tentang sains. Islam mengambil berat setiap perkara
dalam kehidupan manusia sama ada ia perkara kecil mahupun besar. Dalam
hadis Rasulullah s.a.w. terdapat banyak perkara yang berkaitan dengan sains
secara tidak langsung, antaranya hadis mengenai lalat, bangkai tikus, penyakit
berjangkit, penggunaan herba dalam perubatan seperti habbatussauda, bersiwak
dan sebagainya. Kita juga sedia maklum bahawa Nabi Muhammad s.a.w. diutus
Allah s.w.t. pada zaman yang tidak mempunyai sebarang peralatan canggih
untuk menjalankan penyelidikan saintifik, malah tiada perkembangan sains dan
teknologi pada ketika itu. Di sini jelas menunjukkan bahawa setiap perkataan
yang keluar daripada mulut Rasulullah s.a.w. adalah merupakan wahyu dari
Allah s.w.t. Firman Allah s.w.t. dalam surah an-Najm, ayat 3-4:

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 9 SYARAH HADIS TENTANG SAINS (HABBATUSSAUDA’)  195

∩⊆∪ 4©yrθム֩óruρ ωÎ) uθèδ ÷βÎ) ∩⊂∪ #“uθoλù;$# Ç⎯tã ß,ÏÜΖtƒ $tΒuρ

Maksudnya:
Dan ia tidak memperkatakan (sesuatu yang berhubung dengan agama Islam)
menurut kemahuan dan pendapatnya sendiri. Segala yang diperkatakannya itu
(sama ada al-Quran atau hadis) tidak lain hanyalah wahyu yang diwahyukan
kepadaNya.

Pelbagai kajian ilmiah telah dijalankan sama ada di barat atau selainnya
mengenai perkara-perkara yang dibahaskan dalam hadis Nabi s.a.w. khususnya
yang berkaitan dengan sains. Hasil kajian ilmiah tersebut membuktikan bahawa
segala kata-kata Nabi s.a.w. dalam hadis adalah bertepatan dengan penemuan
sains hari ini.

Dalam topik ini, anda akan mempelajari mengenai hadis berkaitan


habbatussaudaÊ dan pemahaman syarah hadis dari kitab-kitab syarah hadis
muktabar seperti kitab Fathul Baari Syarh Sahih al-Bukhari oleh Ibn Hajar al-
Asqalani, kitab al-Minhaj Syarh Sahih Muslim oleh Imam Nawawi dan selainnya.
Antara topik utama yang akan dikupas ialah hadis berkaitan habbatussaudaÊ,
pemahaman syarah hadis mengenai habbatussaudaÊ dan kajian sains moden
berkaitan khasiat habbatussaudaÊ dalam bidang perubatan moden serta
pengiktirafan pakar perubatan mengenai habbatussaudaÊ dalam mengubati
pelbagai jenis penyakit.

AKTIVITI 9.1

Sila layari Internet dan cari sebanyak mungkin maklumat mengenai


habbatussaudaÊ. Bincang bersama rakan anda mengenai hasil dapatan
anda mengenai habbatussaudaÊ, kemudian bandingkan maklumat
tersebut dengan hadis mengenai habbatussaudaÊ yang ada dalam topik
ini. Bentangkan hasil kajian anda mengenai habbatussaudaÊ kepada
rakan-rakan anda yang lain.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


196  TOPIK 9 SYARAH HADIS TENTANG SAINS (HABBATUSSAUDA’)

9.1 HADIS HABBATUSSAUDA’


Di sini kita akan membincangkan hadis berkaitan dengan habbatussaudaÊ.

9.1.1 Teks Hadis dan Terjemahannya


Terdapat banyak hadis yang membicarakan mengenai habbatussaudaÊ (sila lihat
Rajah 9.1) dan khasiatnya dalam kitab syarah hadis. Antaranya ialah kitab Sahih
Bukhari, Sahih Muslim, Sunan at-Tirmizi, Musnad Imam Ahmad, Sunan Ibn
Majah dan lain-lain. Manakala syarah hadis tersebut terkandung dalam kitab-
kitab syarahnya, antaranya kitab Fathul Baari Syarh Sahih Bukhari oleh Ibn Hajar
al-Asqalani dan kitab al-Minhaj Syarh Sahih Muslim oleh Imam Nawawi.
Kebanyakan kitab syarah hadis menceritakan mengenai khasiat habbatussaudaÊ
dalam bidang perubatan, di mana ia mampu merawat pelbagai penyakit dan
merupakan penawar yang mujarab kecuali mati.

Rajah 9.1: HabbatussaudaÊ

Berikut adalah antara hadis sahih tentang habbatussaudaÊ:

(a) Hadis 1

‫ )ﻋﻠﻴﻜﻢ ﻬﺑﺬﻩ ﺍﳊﺒﺔ‬:‫ﺭﻭﻯ ﺃﺑﻮ ﻫﺮﻳﺮﺓ ﺭﺿﻲ ﺍﷲ ﻋﻨﻪ ﻋﻦ ﺍﻟﻨﱯ ﺻﻠﻰ ﺍﷲ ﻋﻠﻴﻪ ﻭﺳﻠﻢ ﻗﺎﻝ‬
‫ ﺍﳌﻮﺕ ﻭﺍﳊﺒﺔ‬:(‫ ﻭﺍﻟﺴﺎﻡ ﺍﳌﻮﺕ( ﻭ)ﺍﻟﺴﺎ ُﻡ‬،‫ﺍﻟﺴﻮﺩﺍﺀ ﻓﺈﻥ ﻓﻴﻬﺎ ﺷﻔﺎﺀ ﻣﻦ ﻛﻞ ﺩﺍﺀ ﺇﻻ ﺍﻟﺴﺎﻡ‬
.‫ﺍﻟﺴﻮﺩﺍﺀ ﺍﻟﺸﻮﻧﻴﺰ‬

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 9 SYARAH HADIS TENTANG SAINS (HABBATUSSAUDA’)  197

Maksudnya:
Diriwayatkan daripada Abu Hurairah r.a. daripada Rasulullah s.a.w.
bersabda: Dalam habbatussaudaÊ (jintan hitam) terdapat ubat dari segala
penyakit kecuali mati. Maksud al-saam adalah maut. Sedangkan
habbatussaudaÊ adalah pohon syuniz.

(Hadis Riwayat Imam Muslim, nombor hadis: 2215)

(b) Hadis 2

‫ ﺧﺮﺟﻨﺎ ﻭﻣﻌﻨﺎ ﻏﺎﻟﺐ ﺑﻦ ﺃﲜﺮ ﻓﻤﺮﺽ ﰲ ﺍﻟﻄﺮﻳﻖ ﻓﻘﺪﻣﻨﺎ ﺍﳌﺪﻳﻨﺔ ﻭﻫﻮ‬:‫ﻋﻦ ﺧﺎﻟﺪ ﺑﻦ ﺳﻌﺪ ﻗﺎﻝ‬
‫ ﻋﻠﻴﻜﻢ ﻬﺑﺬﻩ ﺍﳊﺒﻴﺒﺔ ﺍﻟﺴﻮﺩﺍﺀ ﻓﺨﺬﻭﺍ ﻣﻨﻬﺎ ﲬﺴﹰﺎ ﺃﻭ‬:‫ﻣﺮﻳﺾ ﻓﻌﺎﺩﻩ ﺑﻦ ﺃﰊ ﻋﺘﻴﻖ ﻓﻘﺎﻝ ﻟﻨﺎ‬
‫ﺳﺒﻌﹰﺎ ﻓﺎﺳﺤﻘﻮﻫﺎ ﰒ ﺍﻗﻄﺮﻭﻫﺎ ﰲ ﻛﻼﳘﺎ ﺑﻘﻄﺮﺍﺕ ﺯﻳﺖ ﰲ ﻫﺬﺍ ﺍﳉﺎﻧﺐ ﻭﰲ ﻫﺬﺍ ﺍﳉﺎﻧﺐ‬
‫ﻓﺈﻥ ﻋﺎﺋﺸﺔ ﺣﺪﺛﺘﲏ ﺃﻬﻧﺎ ﲰﻌﺖ ﺍﻟﻨﱯ ﺻﻠﻰ ﺍﷲ ﻋﻠﻴﻪ ﻭﺳﻠﻢ ﻳﻘﻮﻝ ﺇﻥ ﻫﺬﻩ ﺍﳊﺒﺔ ﺍﻟﺴﻮﺩﺍﺀ ﺷﻔﺎﺀ‬
.‫ﻣﻦ ﻛﻞ ﺩﺍﺀ ﺇﻻ ﻣﻦ ﺍﻟﺴﺎﻡ ﻗﻠﺖ ﻭﻣﺎ ﺍﻟﺴﺎﻡ ﻗﺎﻝ ﺍﳌﻮﺕ‬
Maksudnya:
Daripada Khalid bin Sa'ad, berkata: „Kami dalam perjalanan keluar dan
Ghalib bin Abjar menemani kami. Dia telah jatuh sakit dalam perjalanan
dan apabila kami sampai di Madinah dia masih sakit. Ibn Abi 'Atiq datang
menziarahi dan berkata kepada kami: Tetaplah kamu dengan
habbatussaudaÊ ini. Maka ambillah lima atau tujuh biji habbatussaudaÊ dan
hancurkannya dan masukkannya kedalam kedua lubang hidung beberapa
titis kerana sesungguhnya 'Aishah telah meriwayatkan kepada saya
bahawa dia telah mendengar Nabi s.a.w. bersabda: Sesungguhnya
habbatussaudaÊ ini adalah penawar segala penyakit, kecuali kematian.

(Hadis Riwayat Imam Bukhari, nombor hadis: 5255)

9.2 PEMAHAMAN HADIS HABBATUSSAUDA’


Di sini pula kita akan lihat bagaimanakah pemahaman bagi hadis
habbatussaudaÊ.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


198  TOPIK 9 SYARAH HADIS TENTANG SAINS (HABBATUSSAUDA’)

9.2.1 Syarah Hadis dari Kitab Fathul Baari Syarh


Sahih Bukhari
Dalam kitab syarah hadis Fathul Baari Syarh Sahih Bukhari oleh Ibn Hajar al-
Asqalani dalam kitab at-Tibb, bab al-habbatus saudaÊ, ada menyatakan beberapa
perkara mengenai habbatussaudaÊ seperti berikut:

(a) Menurut Ibn Hajar al-Asqalani, terdapat lafaz selain habbatussaudaÊ yang
digunakan dalam hadis, iaitu hubaibatussuwaidaÊ (‫ﺍﻟﺴﻮﻳﺪﺍﺀ‬ ‫)ﺍﳊﺒﻴﺒﺔ‬ yang
bermaksud biji-biji hitam yang kecil. Sebahagiannya menggelar ia sebagai
kammun. Walaupun terdapat perbezaan dari sudut nama, ia tetap pokok
yang sama, iaitu pokok habbatussaudaÊ atau dalam Bahasa Latin Nigella
Sativa.

(b) Sebahagian riwayat hadis menggunakan lafaz (‫ )ﺍﻟﺴﺎﻡ‬dan sebahagiannya

pula menggunakan lafaz (‫ )ﺍﳌﻮﺕ‬iaitu mati atau maut. Maksud di sini ialah
habbatussaudaÊ merupakan penawar bagi penyakit kecuali maut atau mati.
Perkataan (‫ )ﺍﻟﺴﺎﻡ‬dan (‫ )ﺍﳌﻮﺕ‬membawa pengertian yang sama, maut atau
mati, iaitu apabila telah sampai ajal seseorang.

(c) Menurut Ibn Hajar al-Asqalani, kemungkinan orang yang bertanya dalam
hadis tersebut ialah Khalid bin Saad, manakala orang yang menjawab ialah
Ibn Abi Atiq. Khasiat habbatussaudaÊ yang dinyatakan oleh Ibn Abi Atiq
dalam hadis tersebut turut diterangkan oleh pengamal perubatan pada
zaman itu, di mana habbatussaudaÊ boleh merawat penyakit selesema dan
kerap bersin. Kaedah penyediaannya ialah habbatussaudaÊ tersebut perlu
disangai, kemudian ditumbuk sehingga halus. Setelah itu, rendam dalam
minyak zaitun dan dititiskan ke dalam hidung tiga titis.

(d) Kemungkinan besar sahabat Rasulullah s.a.w. yang sakit dalam hadis
tersebut, iaitu Ghalib bin Abjar sedang mengalami selesema yang teruk.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 9 SYARAH HADIS TENTANG SAINS (HABBATUSSAUDA’)  199

(e) Dalam kitab syarah hadis karangan Ibn Hajar al-Asqalani ada menjelaskan
khasiat-khasiat habbatussaudaÊ. Tumbuhan ini boleh dijadikan penawar
berbagai penyakit dengan pelbagai kaedah dan cara, antaranya adalah
seperti berikut:

(i) Mengubati Selsema


Menurut Ibn Hajar al-Asqalani, dalam kitab syarahnya melalui toriq
Husam bin Misok daripada Ubaidillah bin Buraidah daripada
Rasulullah s.a.w. bersabda, yang bermaksud: Bahawasanya daripada
habbatussaudaÊ itu terdapat penawar bagi segala penyakit. Dalam
hadis tersebut terdapat lafaz hadis seperti berikut:

‫ ﻭﻛﻴﻒ ﺃﺻﻨﻊ؟‬.‫ﻭﻣﺎ ﺍﳊﺒﺔ ﺍﻟﺴﻮﺩﺍﺀ؟ ﻗﺎﻝ ﺍﻟﺸﻮﻧﻴﺰ‬


Maksudnya:
„Apa itu habbatussauda? Dia berkata: ia adalah syuniz. Dan
bagaimana habbatussaudaÊ tersebut diproses?‰

Dalam lafaz hadis tersebut ada menerangkan kaedah rawatannya,


iaitu: „Ambil 21 biji habbatussaudaÊ dan diikat dengan kain perca lalu
direndamkan ke dalam air semalaman. Keesokan paginya dititiskan
ke dalam lubang hidung sebelah kanan setitis, dan ke dalam lubang
hidung kiri sebanyak dua titis. Keesokan harinya dititiskan lagi ke
lubang hidung sebelah kanan sebanyak dua titis dan sebelah kirinya
setitis. Pada hari yang ketiga, dititiskan ke lubang hidung sebelah
kanan setitis dan sebelah kirinya dua titis‰.

(ii) Mengubati Penyakit Batu Karang dan Melancarkan Perjalanan Haid


Sekiranya habbatussaudaÊ ini ditumbuk dan diadunkan bersama
madu lalu diminum dengan air panas, ia boleh menghilangkan batu
karang dan melancarkan saluran air kencing dan haid.

(iii) Mengubati Selsema dengan Kaedah Hidu


HabbatussaudaÊ juga boleh merawat selsema dengan menumbuknya
sehingga halus lalu dimasukkan ke dalam kain perca dan diikat
seperti pundi, kemudian pundi yang berisi serbuk habbatussaudaÊ itu
dihidu oleh pesakit selsema, dengan izin Allah s.w.t. akan sembuh.

(iv) Mengubati Penyakit Demam Kuning


Ambil tujuh biji habbatussaudaÊ lalu direndam dengan susu ibu dan
dititiskan ke dalam hidung pesakit demam kuning, akan sembuh
penyakit tersebut.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


200  TOPIK 9 SYARAH HADIS TENTANG SAINS (HABBATUSSAUDA’)

(v) Dijadikan sebagai Pembalut/Pelekat


Boleh melegakan sakit kepala yang disebabkan oleh keadaan sejuk.

(vi) Melegakan Sakit Gigi


Ibn Hajar dalam syarahnya menjelaskan sekiranya habbatussaudaÊ
dimasak dengan cuka, kemudian berkumur-kumur dengan air
tersebut, ia mampu melegakan sakit gigi atau rasa ngilu pada gigi
kerana sejuk. Manfaat-manfaat habbatussaudaÊ yang dinyatakan oleh
Ibn Hajar dalam syarahnya turut tercatat dalam kitab Ibn Baitar dan
ulama-ulama lain dalam kitab mereka. Malah terdapat lebih banyak
manfaat lain daripada habbatussaudaÊ yang tidak dijelaskan dalam
kitab syarah Ibn Hajar ini, tetapi dijelaskan secara panjang lebar
dalam kitab mereka.

Kesimpulannya, habbatussaudaÊ ini boleh dijadikan penawar dengan pelbagai


cara, sama ada digunakan bersama campuran lain atau tidak. Ia juga boleh
dibuat serbuk, dimakan atau diminum, atau dijadikan kain pembalut luka
berubat dan sebagainya.

Dalam hadis tersebut ada menjelaskan bahawa habbatusssaudaÊ merupakan


penawar bagi segala penyakit (‫ﺩﺍﺀ‬ ‫)ﻛﻞ‬. Maksud (‫ﺩﺍﺀ‬ ‫)ﻛﻞ‬ di sini ialah segala
penyakit, ini bermakna (habbatussaudaÊ) boleh merawat segala penyakit,
khususnya penyakit yang disebabkan oleh keadaan sejuk. Ini adalah kerana
habbatussaudaÊ yang secara semula jadinya bersifat panas dan kering. Ia juga
mampu merawat masalah kembung dan bengkak, demam yang datang empat
hari sekali, lendir kahak, angin dan sebagainya.

Selain itu, Ibn Hajar al-Asqalani dalam kitab syarah hadisnya turut memetik
beberapa pendapat ulama mengenai sejauh mana keberkesanan habbatussaudaÊ
dalam merawat segala penyakit. Berikut adalah pendapat beberapa ulama yang
disebut dalam kitab Ibn Hajar al-Asqalani:

(a) Al-Khattabi (‫)ﺍﳋﻄﺎﰊ‬: Menurut al-Khattabi lafaz hadis (‫ﺩﺍﺀ‬ ‫)ﻣﻦ ﻛﻞ‬, yang
bermakna dari segala penyakit, merupakan lafaz umum meliputi semua
jenis penyakit, tetapi dalam konteks ini, ia sebenarnya membawa maksud
yang khusus. Ini kerana sesuatu jenis tumbuhan tidak semestinya memiliki
semua sifat yang mampu mengubati semua jenis penyakit. Bagi pokok
habbatussaudaÊ, ianya mampu menjadi penawar bagi penyakit-penyakit
yang disebabkan sejuk dan lembap.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 9 SYARAH HADIS TENTANG SAINS (HABBATUSSAUDA’)  201

(b) Abu Bakar bin al-ÂArabi: Menurut Abu Bakar al-ÂArabi, para doktor
berpendapat bahawa madu lebah lebih tepat untuk dijadikan penawar bagi
segala penyakit berbanding habbatussaudaÊ. Walaupun begitu, masih
terdapat beberapa jenis penyakit yang tidak sesuai diubati dengan madu
dan sekiranya diambil ia akan memudaratkan pesakit tersebut. Sedangkan
ayat al-Quran mengiktiraf madu lebah sebagai penawar (‫ﻟﻠﻨﺎﺱ‬ ‫)ﻓﻴﻪ ﺷﻔﺎﺀ‬.
Justeru, mengiktiraf habbatussaudaÊ sebagai penawar segala penyakit juga
adalah lebih utama seperti madu lebah.

(c) Sebahagian ulama ada menyatakan bahawa Rasulullah s.a.w.


mempreskripsikan ubatan atau penawar bagi sesuatu penyakit itu
berpandukan fizikal seseorang pesakit itu dan jenis penyakitnya.
Kemungkinan besar kata-kata Baginda s.a.w. berkenaan pengambilan
habbatussaudaÊ sebagai penawar adalah bertepatan dengan penyakit
tersebut yang berpunca daripada sejuk. Maka lafaz (‫ﺩﺍﺀ‬ ‫ )ﺷﻔﺎﺀ ﻣﻦ ﻛﻞ‬ialah
segala penyakit yang berpunca dari sejuk.

(d) Syeikh Abu Muhammad bin Abi Jamrah berkata: „Ramai orang yang
memperkatakan tentang khasiat habbatussaudaÊ. Mereka juga
menyerahkan kebenaran tentang khasiat habbatussaudaÊ kepada pakar
perubatan dan melalui kajian, penyelidikan, eksperimen dan sebagainya
untuk membuktikan kebenarannya. Namun begitu, berpegang dengan
hadis ini adalah lebih baik dan utama kerana Rasulullah s.a.w. tidak pernah
berkata mengikut hawa nafsu semata-mata, bahkan apa yang diucapkan
oleh Baginda s.a.w. adalah wahyu belaka. Sedangkan kajian dan
eksperimen pakar perubatan adalah berasaskan teori dan eksperimen di
mana kemungkinan benar atau tidak tetap ada dan ianya bersifat
sementara di mana apabila wujud teori baru yang berbeza dengan teori
sebelumnya, maka teori lama akan musnah, sedangkan wahyu Allah s.w.t.
tidak bersifat sedemikian rupa. Justeru, beramal dengan hadis ini secara
umumnya adalah lebih utama. Wallahu aÊlam.‰

9.2.2 Syarah Hadis dari Kitab Al-Minhaj Syarh Sahih


Muslim
Manakala dalam kitab syarah hadis al-Minhaj Syarh Sahih Muslim (sila lihat
Rajah 9.2) karangan Imam Nawawi dalam kitab Salam, bab at-Tadaawi
bilhabbatussaudaÊ ada menyatakan kelebihan habbatussaudaÊ. Kebanyakan
kelebihan yang dinyatakan dalam kitab syarah Sahih Muslim ini tidaklah jauh
berbeza dengan apa yang telah dijelaskan dalam kitab syarah Sahih Bukhari.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


202  TOPIK 9 SYARAH HADIS TENTANG SAINS (HABBATUSSAUDA’)

Rajah 9.2: Kitab syarah hadis al-Minhaj Syarh Sahih Muslim

Antara kelebihan habbatussaudaÊ yang dinyatakan dalam syarah Sahih Muslim


ini adalah seperti berikut:

(a) Penyakit-penyakit yang boleh diubati dengan habbatussaudaÊ adalah


penyakit yang disebabkan oleh keadaan yang sejuk, antaranya selsema,
angin dan berbagai-bagai lagi. Rasulullah s.a.w. juga mempreskripsikan
ubat-ubatan berdasarkan keadaan fizikal para sahabatnya.

(b) Imam an-Nawawi dalam kitab syarah Sahih Muslim menukilkan kata-kata
Galen, seorang pakar perubatan Greek mengenai kehebatan habbatussaudaÊ
(sila lihat Rajah 9.3). Menurut Galen, habbatussaudaÊ adalah penawar bagi
penyakit angin, masalah cacing di dalam usus, dapat menghilangkan
selesema (dengan disangai habbatussaudaÊ itu dan diikat dengan kain
menjadi pundi lalu dihidu), merawat penyakit kulit, melancarkan peredaran
haid, merawat pening kepala dengan disapu di atas dahi, menghilangkan
bintik-bintik jerawat dan bisul di badan, menghilangkan kahak dan sakit
gigi. Selain itu, ia juga mampu melancarkan saluran air kencing dan susu ibu
bagi wanita yang menyusukan bayi. Malah ia juga menjadi penawar bagi
sengatan labah-labah dan sekiranya dibakar, asapnya boleh menghilangkan
rasa mengantuk.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 9 SYARAH HADIS TENTANG SAINS (HABBATUSSAUDA’)  203

Rajah 9.3: Galen, seorang pakar perubatan Greek

(c) Menurut al-Qadi dan ulama lain selain Galen, keistimewaan


habbatussaudaÊ ini antaranya boleh mengubati batuk berkahak, masalah
jerawat, selesema dan demam empat hari sekali. HabbatussaudaÊ ini boleh
digunakan bersama dengan campuran bahan lain atau pun sebaliknya.

(d) Imam an-Nawawi dalam kitab syarah al-Minhaj ada menyatakan bahawa
terdapat hadis-hadis Rasulullah s.a.w. yang menceritakan mengenai
kaedah pengubatan selain habbatussaudaÊ, antaranya kaedah berbekam,
minum ubat-ubatan atau dengan cara dimasukkan ke dalam lubang hidung
(‫)ﺍﻟﺴﻌﻮﻁ‬, menyapu ubat di tepi kanan atau kiri dalam mulut menggunakan

jari (‫)ﺍﻟﻠﺪﻭﺩ‬, memotong urat (‫ﺍﻟﻌﺮﻭﻕ‬ ‫ )ﻗﻄﻊ‬dan ruqyah syarÊiyyah.


Rasulullah s.a.w. pernah ditanya oleh seorang badwi: „Ya Rasulullah,
apakah kita boleh berubat?‰ Jawab Rasulullah s.a.w.: „Boleh. Wahai hamba-
hamba Allah, berubatlah! Sesungguhnya tidaklah Allah menurunkan
penyakit melainkan Allah juga menurunkan penawarnya, kecuali satu,
penyakit tua‰.
(Hadis Riwayat Imam Ahmad)

Hadis ini merupakan dalil yang jelas bahawa Rasulullah s.a.w.


menganjurkan kita untuk berubat.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


204  TOPIK 9 SYARAH HADIS TENTANG SAINS (HABBATUSSAUDA’)

SEMAK KENDIRI 9.1

1. Huraikan bagaimana pengajian syarah hadis berkenaan dengan


isu sains boleh dijadikan sebagai medium berdakwah dalam
zaman sains dan teknologi ini?

2. Ibn Hajar al-Asqalani ada mensyarahkan mengenai manfaat


habbatussaudaÊ. Nyatakan manfaat-manfaat tersebut.

3. Bagaimanakah Nabi s.a.w. mempreskripsikan ubat-ubatan


kepada orang sakit? Jelaskan.

4. Sila terjemahkan syarah hadis habbatussaudaÊ dalam kitab Syarah


selain yang dinyatakan dalam topik ini.

9.3 BUKTI/PENEMUAN SAINTIFIK TERHADAP


KEBENARAN HADIS
Mari kita teruskan perbincangan kita dengan bukti serta penemuan saintifik
terhadap kebenaran hadis, di mana kita akan membincangkan habbatussaudaÊ.

9.3.1 Pengenalan Pokok Habbatussauda’


HabbatussaudaÊ ialah sejenis tumbuhan (sila lihat Rajah 9.4) yang banyak
didapati di kawasan Mediterranean terutamanya di Mesir dan di kawasan yang
beriklim gurun. Hari ini, pokok habbatussaudaÊ ditanam di pelusuk dunia
seperti di Jazirah Arab seperti Yaman, Arab Saudi, Syria, Iraq dan di sebahagian
Asia Tengah seperti India dan Pakistan.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 9 SYARAH HADIS TENTANG SAINS (HABBATUSSAUDA’)  205

Rajah 9.4: Pokok habbatussaudaÊ


Sumber: http://cahayawahyu.files.wordpress.com/2013/11/habbatus-sauda.jpg

Seperti yang diberitahu sebelum ini, nama Latin bagi habbatussaudaÊ ialah
Nigella Sativa. Bentuknya berupa biji-biji kecil berwarna hitam, dan kerana
itulah orang arab menamakannya habbatussaudaÊ yang bermaksud biji hitam. Ia
juga dikenali sebagai black cumin. Ia berbentuk rumput kecil dan mempunyai
batang yang boleh mencapai ketinggian 30-60cm. Tumbuhan ini akan
menghasilkan bunga berwarna ungu kebiru-biruan atau keputih-putihan dan di
dalamnya terdapat biji-biji habbatussaudaÊ. Panjang biji-biji hitam ini tidak lebih
daripada 3mm. Biji-biji hitam inilah yang digunakan sebagai penawar segala
penyakit seperti yang dikhabarkan oleh Nabi s.a.w. dalam hadis.

Nama-nama lain bagi habbatussaudaÊ ialah:


(a) Nigella Sativa;
(b) Black Cumin;
(c) Black Seed;
(d) Habbatul Barakah; dan
(e) Syuniz.

Di kebanyakan negara Arab, habbatussaudaÊ digunakan dalam pelbagai jenis


masakan seperti dalam pembuatan roti dan sebagainya. Di Malaysia,
penggunaan habbatussaudaÊ dalam masakan boleh dikatakan pada tahap
sederhana. Namun begitu, anda yang telah mengetahui kehebatan
habbatussaudaÊ ini boleh menggunakannya sama ada dalam masakan atau
diamalkan sebagai makanan kesihatan.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


206  TOPIK 9 SYARAH HADIS TENTANG SAINS (HABBATUSSAUDA’)

9.3.2 Kajian Saintifik Berkenaan Habbatussauda’


Kita telah pun mempelajari mengenai kelebihan habbatussaudaÊ sebagai
penawar segala penyakit seperti yang dijelaskan dalam hadis sahih yang lepas.
Bagi mereka yang tidak beriman dengan Allah s.w.t. dan RasulNya, pasti
mempertikaikan kebenaran hadis ini, lebih-lebih lagi Rasulullah s.a.w. hidup di
zaman yang tidak mempunyai sebarang peralatan canggih untuk mengkaji
kelebihan habbatussaudaÊ dari sudut saintifik. Justeru, mereka mempertikaikan
bagaimana habbatussaudaÊ itu boleh mengubati segala penyakit kecuali maut.

Bagi menjawab persoalan ini, pelbagai kajian dan penyelidikan telah dijalankan
untuk mengenal pasti kebenaran hadis Nabi s.a.w. Melalui kajian-kajian yang
dijalankan, terbukti benarlah kata-kata Nabi s.a.w. mengenai habbatussaudaÊ
dan benarlah firman Allah s.w.t. dalam surah an-Najm, ayat 3-4 yang telah kita
bincangkan di awal topik ini.

Sejak 1959, lebih daripada 200 kajian mengenai Nigella Sativa atau
habbatussaudaÊ telah dijalankan dan diselesaikan di seluruh dunia. Penyelidikan
mereka telah menunjukkan hasil yang begitu luar biasa. Seterusnya, anda akan
didedahkan dengan beberapa kajian saintifik yang dijalankan oleh para saintis
mengenai habbatussaudaÊ dan penemuan mereka dalam hasil kajiannya.

(a) Kajian yang Dijalankan oleh Dr. Peter Schleicher


Dr. Peter Schleincher ialah seorang doktor immunologist di Munich dan
merupakan ahli termuda dalam World Academy of Scientists. Beliau telah
mengkaji ekstrak minyak habbatussaudaÊ dalam rangka mencari terapi
baru bagi mengubati penyakit kronik dan kesan sampingannya. Hasil
kajiannya menemui penemuan yang sama dengan kajian-kajian sebelum ini
mengenai habbatussaudaÊ di mana ia mampu meningkatkan sistem imun
tubuh pesakit. Beliau juga mendapati bahawa habbatussaudaÊ dapat
mengubati penyakit alahan terhadap debunga, habuk, jerawat, penyakit
neuro dermatologi, asma, selesema dan influenza.

Menurut Dr. Schleicher, minyak habbatussaudaÊ menjadi begitu luar biasa


kerana komponen-komponen dalam habbatussaudaÊ bertindak secara
serentak untuk menghasilkan kesan yang optimum. Professor G.
Rietmuller, Pengarah Institut Imunologi di Universiti Munich turut
berpendapat bahawa ekstrak tumbuhan habbatussaudaÊ berfungsi secara
positif ke atas sistem imun dan boleh digunakan sebagai bio-regulator
(http://www.amazingherbs.com/arblacseedoi.html).

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 9 SYARAH HADIS TENTANG SAINS (HABBATUSSAUDA’)  207

(b) Kajian yang Menunjukkan Ekstrak HabbatussaudaÊ Berupaya Meningkatkan


Sistem Imun atau Daya Tahan Badan Manusia
Kita sedia maklum bahawa kelancaran sistem daya tahan melawan
penyakit semula jadi badan sangat penting dalam aspek penjagaan
kesihatan seseorang individu. Oleh kerana kesihatan tubuh badan manusia
sangat berkait rapat dengan sistem imun badan, manakala habbatussaudaÊ
pula mampu meningkatkan sistem imun badan seseorang dengan
meningkatkan jumlah sel-sel T (iaitu sel yang diketahui sebagai limfosit
dan memainkan peranan utama pada kekebalan selular), maka tidak syak
lagi bahawa habbatussaudaÊ merupakan penawar bagi segala penyakit
kecuali mati seperti yang dikhabarkan oleh junjungan besar kita, Nabi
Muhammad s.a.w. 1400 tahun yang lalu.

(c) Melancarkan Air Susu Ibu


Dalam kitab-kitab perubatan Islam lama dan juga kedua-dua kitab syarah
hadis yang kita pelajari ada menukilkan bahawa habbatussaudaÊ
membantu kelancaran susu ibu. Ibn Qayyim al-Jawziyyah dalam kitabnya
mengatakan: „habbatussaudaÊ melancarkan pengeluaran kencing, haid dan
susu ibu jika diminum secara teratur selama beberapa hari‰ (Ibn Qayyim,
t.t.). Para saintis hari ini telah mengkaji hal tersebut, antaranya kajian yang
dijalankan oleh Agharwal dan rakan-rakanya dari kuliah Shah di
Jamanaghor pada 1979 yang menunjukkan bahawa minyak habbatussaudaÊ
meningkatkan pengeluaran susu ibu. Mereka mendapati bahawa minyak
habbatussaudaÊ mampu meningkatkan aliran susu ibu disebabkan
kombinasi bahagian lipid dan struktur hormon yang terkandung dalam
habbatussaudaÊ.
(http://www.blackseedherb.com/cgibin/category.cgi?category=blackseed
_property#lactation)

SEMAK KENDIRI 9.2

Jelaskan peranan sistem imun badan manusia secara terperinci. Sila


dapatkan maklumat tersebut dalam buku-buku sains. Kemudian
nyatakan bagaimana habbatussaudaÊ mampu meningkatkan sistem
imun badan manusia?

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


208  TOPIK 9 SYARAH HADIS TENTANG SAINS (HABBATUSSAUDA’)

 Setiap muslim wajib mempercayai bahawa Allah s.w.t. sahaja yang mampu
menyembuhkan segala penyakit hamba Nya. Namun begitu, Islam
menyuruh umatnya berusaha untuk sentiasa menjaga kesihatan dengan
mengamalkan pengambilan makanan yang disarankan oleh Rasulullah s.a.w.
seperti pengambilan habbatussaudaÊ.

 Setiap muslim wajib mempercayai bahawa segala perkhabaran yang


dikhabarkan oleh Rasulullah s.a.w. adalah benar sama ada dibuktikan secara
saintifik atau tidak.

 Para ulama dan tabib silam mengiktiraf habbatussaudaÊ sebagai makanan yang
berkhasiat tinggi khususnya dalam merawat penyakit-penyakit fizikal.

 Semua kajian saintifik yang dijalankan ke atas habbatussaudaÊ mendapati


bahawa tumbuhan ini mempunyai kehebatan yang luar biasa dalam
mengubati pelbagai penyakit khususnya dalam meningkatkan sistem imun
badan manusia.

Black cumin Nigella Sativa


Black seed Penyakit sejuk
Habbatul barakah Sistem imun
HabbatussaudaÊ Syuniz
Kajian saintifik

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 9 SYARAH HADIS TENTANG SAINS (HABBATUSSAUDA’)  209

Amazing herbs. (2013). Dicapai dari http://www.amazingherbs.com/arblac


seedoi.html

An-Nawawi, Al-Imam Mahyuddin bin Yahya bin Syarf. (t.t.). Al-Minhaj Syarh
Sahih Muslim bin Hajjaj. Beirut: Dar al-Makrifah.

Ibn Hajar al-Asqalani. Ahmad bin Ali bin Hajar. (1990). Fathul Baari Syarh Sahih
Bukhari. Tahqiq: Muhammad Fuad Abdul Baqi. Beirut: Dar al-Kutub al-
Ilmiah.

Ibn Qayyim al-Jawziyyah. (t.t.). at-Tibb an-Nabawi. Beirut: Dar al-Fikir.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


Topik  Syarah Hadis
10 tentang Taqlid

HASIL PEMBELAJARAN
Pada akhir topik ini, anda seharusnya dapat:
1. Menerangkan pengertian taqlid, perbezaannya dengan al-IttibaÊ dan
hukumnya;
2. Menghuraikan hadis berkaitan dengan taqlid; dan
3. Membincangkan pandangan ulama berkaitan dengan taqlid.

 PENGENALAN
Sebelum ini, kita telah membincangkan topik-topik yang berkaitan dengan sains
dan sebagainya. Kali ini, mari kita sama-sama mengupas salah satu daripada
topik yang mempunyai hubungan dengan seluruh umat Islam, sama ada yang
melakukan segala arahan Allah s.w.t. atau yang mengabaikannya. Kita akan
membincangkan segala yang berkaitan dengan taqlid dan hakikatnya serta sabda
Rasulullah s.a.w. berhubung dengan taqlid. Isu dan permasalahan taqlid banyak
dibahaskan di dalam Usul al-Fiqh dan Fiqh itu sendiri. Ulama telah mengupas
dengan panjang lebar di dalam kitab-kitab mereka sejak zaman imam-imam
mazhab lagi. Kita akan menyentuh aspek tersebut di samping cuba membawa
hadis-hadis taqlid. Semoga topik ini berupaya menambah ilmu pengetahuan kita
serta mendalami hadis Rasulullah s.a.w. Selamat membaca dan mengkaji topik
ini!

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 10 SYARAH HADIS TENTANG TAQLID  211

10.1 PENGERTIAN TAQLID DAN


PERBEZAANNYA DENGAN AL-ITTIBA’
Dalam bahagian ini, kita akan membincangkan pengertian taqlid serta
perbezaannya dengan al-ittibaÊ.

10.1.1 Pengertian Taqlid dari Sudut Bahasa dan


Istilah
Dari sudut bahasa, taqlid bermaksud meletakkan sesuatu di leher di samping ia
membalut keseluruhan leher. Maka rantai juga dalam bahasa arab dinamakan al-
Qiladah (sesuatu yang membelit diletakkan di leher).

Oleh itu, disamakan semua yang membelit atau mengelilingi sesuatu dengan
perkataana al-taqlid. Taqlid digunakan dalam erti kata menyerahkan sesuatu
urusan kepada seseorang sebagai gambaran seolah-olah mengikatkan urusan
tersebut pada tengkuknya. Kerana seorang yang bertaqlid pada sesuatu hukum
adalah seperti orang yang meletakkan rantai kepada lehernya tanpa memerhati
atau mengkaji dalilnya (Dr al-Sheikh Husayn Muhammad al-Mallah, 2006).

Dari sudut istilah pula, ia bermaksud menerima pandangan orang lain tanpa
sebarang hujah, atau menerima amalan orang lain tanpa dalil.

Ibn al-Hammam berkata: „Taqlid bermaksud beramal dengan pandangan


seseorang yang tiada sebarang hujah atau dalil tanpa sebarang bukti atau alasan
untuk mengikutnya‰ (Dr al-Sheikh Husayn Muhammad al-Mallah, 2006).

Al-Syaukani memilih pengertian yang dinyatakan oleh Ibn al-Hammam dan


berkata: „Ia adalah lebih baik daripada maksud yang dinyatakan sebelum ini‰
(Al-Syaukani, 1978).

Kata-kata Ibn Hammam: „Pandangan yang tidak ada sebarang hujah padanya‰,
ungkapan ini bermaksud pandangan yang tidak memiliki hujah yang pasti akan
kebenarannya. Dengan ini taqlid itu tidaklah merujuk kepada Rasulullah s.a.w.
dan para sahabat, atau ijmak, kerana kesemua ini dinamakan sebagai merujuk
atau kembali kepada dalil. Begitu juga seorang orang awam yang merujuk
kepada mufti atau kepada kadi. Merujuk ini tidak dinamakan taqlid, kerana
jawapan mufti dan saksi itu diambil berasaskan hujah, maka penerimaan
pandangan atau kata-kata dengan hujah tidak dinamakan taqlid kerana maksud
sebenar taqlid adalah menerima pandangan atau pendirian seseorang tanpa
bukti atau dalil.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


212  TOPIK 10 SYARAH HADIS TENTANG TAQLID

Hasil daripada kenyataan ini maka pemilihan (hukum) oleh seorang mujtahid
jika dia mengetahui dalilnya dan bertepatan pula dengan ijtihad ulama lain,
maka ia tidak dinamakan sebagai taqlid. Ini kerana beliau memilih hukum
tersebut dan bersamaan dengan ijtihad ulama lain adalah berasaskan kepada
dalil, bukan disebabkan ijtihad ulama lain tetapi dengan asas ilmu dan dalil.

Al-Qadi Abu Bakar al-Baqillani menamakannya sebagai al-IttibaÊ dan bukannya


taqlid (Dr al-Sheikh Husayn Muhammad al-Mallah, 2006).

10.1.2 Perbezaan antara al-Ittiba’ dan Taqlid


Ulama menetapkan bahawa Taqlid berbeza dengan al-IttibaÊ. Mereka
berpandangan bahawa al-IttibaÊ adalah melakukan sesuatu berpandukan kepada
dalil. Al-Hafiz Ibn ÂAbd al-Bar berkata: „Taqlid di sisi sekumpulan dari ulama
adalah berbeza dengan al-IttibaÊ, kerana al-IttibaÊ bermaksud mengikut
pandangan seseorang berdasarkan kepada hujah dan dalil yang telah jelas
kepada kamu, begitu juga pendirian dan mazhabnya‰.

Maka dapat disimpulkan bahawa al-IttibaÊ adalah mengambil sesuatu


pandangan dengan dalil dan bukan daripada seorang mujtahid, kerana proses
mengetahui dalil juga memerlukan kepada ijtihad (kesungguhan), di mana ia
bergantung kepada kesesuaian dalil tanpa sebarang pertentangan. Jika seseorang
itu mengikut pandangan ulama yang mana mereka berhukum berpandukan
Rasulullah s.a.w. dan dibawakan dalil, maka dia dianggap sebagai MuttabiÊ dan
bukan Muqallid (Dr al-Sheikh Husayn Muhammad al-Mallah, 2006).

Khuwayz Mindad al-Maliki berkata: „Maksud Taqlid dalam istilah SyaraÊ adalah
merujuk atau mengikut kepada pandangan yang tiada dalil, dan ia adalah
dilarang di dalam Islam. Manakala al-IttibaÊ pula adalah sesuatu yang telah
ditetapkan dengan dalil. Maka setiap (ulama) yang kamu mengikut
pandangannya tanpa kamu dimestikan mengetahui dalilnya, maka kamu adalah
muqallid kepada ulama tersebut. Taqlid di dalam agama Allah s.w.t. itu adalah
tidak dibenarkan. Begitu juga setiap ulama yang kamu mengikutinya disebabkan
dalil yang kamu mengetahuinya, maka kamu adalah MuttabiÊ kepada ulama
tersebut. Al-IttibaÊ dalam agama merupakan suatu tuntutan dan taqlid pula
suatu larangan (Dr al-Sheikh Husayn Muhammad al-Mallah, 2006).

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 10 SYARAH HADIS TENTANG TAQLID  213

SEMAK KENDIRI 10.1

1. Huraikan maksud taqlid dari sudut bahasa dan istilah.

2. Nyatakan perbezaan antara taqlid dan al-IttibaÊ.

AKTIVITI 10.1

Kaji dan bincangkan dengan rakan-rakan anda berkaitan pengertian


taqlid serta tahap kefahaman masyarakat Islam di Malaysia tentangnya.

10.2 HUKUM TAQLID DALAM MASALAH


AQIDAH DAN PERKARA CABANG
Seterusnya, kita akan meneruskan perbincangan kita dengan hukum taqlid dalam
masalah aqidah dan perkara cabang.

10.2.1 Taqlid dalam Masalah Aqidah


Ulama berbeza pandangan berkaitan dengan masalah aqidah dan kewujudan
Allah s.w.t. dan sifatNya, adakah ia dibolehkan taqlid atau tidak?

Jumhur ulama mengatakan bahawa tidak harus taqlid dalam masalah usul agama
atau asas aqidah sama ada seseorang itu mujtahid atau orang awam, bahkan mesti
memperolehi ilmu berkaitan dengannya dengan cara yang sebenar. Ini disebabkan
masalah aqidah adalah terbatas (tidak mempunyai permasalahan yang
mempunyai khilaf yang besar) dan dalilnya bersifat ijmali (umum). Begitu juga
aqidah bukanlah suatu perkara yang baharu atau berubah-ubah. Ini adalah
pandangan al-Razi, Ibn Hajib, al-Amidi dan al-Zarkasyi (Dr al-Sheikh Husayn
Muhammad al-Mallah, 2006).

Al-Ustaz Abu Ishaq al-Isfarayini menukilkan ijmak ulama dari kalangan ahl al-
Haq dan selain mereka berkaitan dengan tidak harus taqlid dalam masalah
aqidah. Abu Al-Husayn bin al-Qattan berkata: „Kami tidak mengetahui adanya
khilaf di kalangan ulama pada larangan taqlid dalam masalah tauhid. Ibn al-
SamÊani menukilkan daripada keseluruhan al-Mutakallimin dan sebahagian ulama
fiqh mengatakan bahawa: Tidak harus bagi seorang awam untuk bertaqlid dalam
masalah aqidah, dia mesti mengetahuinya dengan dalil, kerana asas aqidah

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


214  TOPIK 10 SYARAH HADIS TENTANG TAQLID

bersifat aqliyyah, dan semua manusia memiliki akal‰ (Dr al-Sheikh Husayn
Muhammad al-Mallah, 2006).

Jumhur berdalilkan kepada menyelidik dan mengkaji itu suatu kewajipan, dan
taqlid adalah perbuatan yang meninggalkan kewajipan ini, maka ia tidak
diharuskan. Dalil kewajipannya adalah apabila Allah s.w.t. menurunkan ayat
dalam surah al-Baqarah, ayat 164:

∩⊇∉⊆∪ ... ÇÚö‘F{$#uρ“ÌøgrB ÏN≡uθ≈yϑ¡¡9$# È,ù=yz ’Îû ¨βÎ)


Maksudnya:
Sesungguhnya pada penciptaan langit-langit dan bumi...

Rasulullah s.a.w. telah bersabda: „Celakalah bagi seseorang yang membacanya


dengan mulutnya tetapi tidak memikirkannya‰ (dinukilkan oleh al-Qurtubi di
dalam al-JamiÊ Li Ahkam al-Quran). Hadis ini mengandungi amaran bagi sesiapa
yang tidak menyelidik dan berfikir tentangnya dan ia menunjukkan kepada
kewajipan mengetahui dalil dalam aqidah.

Jumhur juga menggunakan dalil ijmak dari kalangan salaf yang mengatakan
kewajipan mengenal Allah s.w.t., ia tidak diperoleh dengan taqlid. Ini kerana
Muqallid hanya mengambil pandangan orang yang ditaqlidkan, tanpa dia
mengetahui sama ada benar atau salah.

Al-Quran juga menunjukkan kepada kerendahan taqlid berdasarkan firman


Allah s.w.t. dalam surah al-Zukhruf, ayat 23:

∩⊄⊂∪ šχρ߉tFø)•Β ΝÏδÌ≈rO#u™ #’n?tã $¯ΡÎ)uρ 7π¨Βé& #’n?tã $tΡu™!$t/#u™ !$tΡô‰y`uρ $¯ΡÎ) ...

Maksudnya:
Sesungguhnya kami mendapati bapa-bapa kami berada di atas sebuah agama
(yang pada hakikatnya tidak benar) dan sesungguhnya kami di belakang mereka
dalam keadaan mengikut dan mencontohi mereka.

Ayat ini menjelaskan bahawa taqlid adalah suatu yang dikeji pada pandangan
syarak, ia tidak diharuskan kecuali pada perkara cabang (hukum). (Dr al-Sheikh
Husayn Muhammad al-Mallah, 2006).

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 10 SYARAH HADIS TENTANG TAQLID  215

Sekumpulan ulama pula mewajibkan taqlid dalam masalah aqidah. Ini adalah
pandangan al-ÂAnbari dan ulama yang mengikutinya, sekumpulan ahli hadis
dan ahli zahir. Pada mereka hujah-hujah akal adalah bersifat batil (salah), kajian
dan ijtihad pada aqidah adalah haram dan taqlid wajib ke atas setiap mukallaf.

Pada pandangan mereka kajian atau pemikiran boleh membawa kepada batil
atau kesalahan dalam perkara aqidah, maka ia diharamkan serta wajib taqlid
padanya.

Pandangan ini adalah daif kerana Allah s.w.t. berfirman dalam surah al-Zukhruf
yang telah dibincangkan tadi. Ayat ini menunjukkan kejian kepada kaum yang
mengikut bapa-bapa mereka dalam perkara agama. Ia menunjukkan
ketidakharusan kerana cara untuk memperolehnya (aqidah) adalah akal,
manusia semuanya sama dari sudut akal, maka taqlid tidak dibolehkan (Dr al-
Sheikh Husayn Muhammad al-Mallah, 2006).

Manakala bagi golongan fuqahaÊ pula, kebanyakan mereka mengharuskan taqlid


dalam masalah aqidah, menghukumkan kesahihan iman orang yang bertaqlid,
tetapi dianggap sebagai berdosa bagi sesiapa yang hanya cukup dengan
bertaqlid dan tidak berusaha untuk mengetahuinya dengan dalil-dalil. Ini adalah
bagi keempat-empat mazhab, al-AwzaÊi, al-Thauri dan kebanyakan golongan
mutakallimin.

Ini adalah kerana mencari dalil dan mengkajinya merupakan cara untuk
mencapai ilmu pengetahuan yang meyakinkan seseorang itu tanpa sebarang
keraguan. Sesiapa yang telah mencapai pegangan aqidah dan tidak ada sebarang
keraguan padanya tanpa dalil yang pasti, dia juga termasuk di dalam golongan
mukmin, dan terangkat daripadanya tuntutan untuk mencari dalil. Tuntutan
untuk mencari dalil tidak sepatutnya diserahkan kepada orang awam yang akan
menyebabkan suatu kesukaran dan kesusahan kepada mereka. Ini semua
berpandukan kepada perbuatan Rasulullah s.a.w. yang tidak memerintahkan
golongan Arab yang duduk di pendalaman untuk mengkaji sesuatu dalil. Jika
kajian terhadap dalil mengenal Allah s.w.t. adalah suatu kewajipan, nescaya
akan diperintahkan (Dr al-Sheikh Husayn Muhammad al-Mallah, 2006).

AKTIVITI 10.2

Kita telah bincangkan dengan terperinci pandangan ulama dan


perbezaan mereka dalam masalah taqlid dalam aqidah. Kaji dan selidik
dengan lebih lanjut untuk memilih pandangan yang rajih dan sesuai bagi
masyarakat Malaysia kini.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


216  TOPIK 10 SYARAH HADIS TENTANG TAQLID

10.2.2 Taqlid dalam Masalah Cabang


Ulama berbeza pandangan pada hukum taqlid dalam masalah fiqhiyyah atau
cabang. Pandangan ulama ini terbahagi kepada tiga seperti berikut.

(a) Pandangan Pertama


Sebahagian ulama berpandangan haram untuk taqlid dalam masalah
fiqhiyyah secara mutlak. Malah diwajibkan ke atas setiap mukallaf untuk
berijtihad dan mempelajari kaedah serta alat-alat ijtihad tersebut. Ini adalah
pandangan sebahagian golongan Muktazilah yang mengatakan haram
bertaqlid secara mutlak. Pandangan ini dipersetujui oleh Ibn Hazm, bahkan
beliau mendakwa ijmak ulama dalam masalah ini.

Al-Qarafi berkata: „Mazhab Maliki dan jumhur ulama mengatakan wajib


ijtihad dan terbatalnya taqlid berdasarkan firman Allah s.w.t. dalam surah
al-Taghabun, ayat 16.‰

∩⊇∉∪ ... ÷Λä⎢÷èsÜtFó™$# $tΒ ©!$# (#θà)¨?$$sù


Maksudnya:
Maka hendaklah kamu semua bertaqwa kepada Allah mengikut
kemampuan kamu (Dr al-Sheikh Husayn Muhammad al-Mallah, 2006).

Ibn Hazm pula berkata: „Taqlid adalah haram, tidak halal bagi sesiapa
untuk mengambil pandangan orang lain tanpa dalil, berdasarkan firman
Allah s.w.t. dalam surah al-AÊraf, ayat 3.‰

∩⊂∪... 3 u™!$u‹Ï9÷ρr& ÿ⎯ÏμÏΡρߊ ⎯ÏΒ (#θãèÎ7−Fs? Ÿωuρ óΟä3În/§‘ ⎯ÏiΒ Νä3øŠs9Î) tΑÌ“Ρé& !$tΒ (#θãèÎ7®?$#

Maksudnya:
Hendaklah kamu semua mengikut apa yang diturunkan kepada kamu oleh
Tuhan kamu, dan janganlah kamu mengikut selainNya sebagai wali-wali.

Maka tidak halal bagi seseorang untuk bertaqlid dengan orang lain sama
ada dia masih hidup atau mati, bahkan setiap orang mesti berijtihad
mengikut kemampuannya. Mujtahid yang tersalah adalah lebih baik di sisi
Allah daripada orang muqallid yang betul (Dr al-Sheikh Husayn
Muhammad al-Mallah, 2006).

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 10 SYARAH HADIS TENTANG TAQLID  217

Al-Khatib al-Baghdadi telah menolak pandangan ini dengan kata-katanya:


„Ini merupakan suatu kesalahan (pandangan yang mengatakan taqlid
haram dalam fiqhiyyah), kerana tiada cara bagi orang awam untuk
mengetahuinya kecuali selepas mendalami ilmu selama beberapa tahun,
bergaul dengan fuqaha dalam tempoh yang panjang, mengetahui kaedah
qiyas, mengetahui apa yang membenarkannya dan yang merosakkannya
serta mengetahui apa yang perlu didahulukan dan dikemudiankan.
Tuntutan kepada orang awam seperti ini adalah suatu yang menyukarkan
dan melampaui kemampuan mereka (Dr al-Sheikh Husayn Muhammad al-
Mallah, 2006).

(b) Pandangan Kedua


Sebahagian daripada ulama mengatakan keharusan taqlid secara mutlak.
Ini adalah pandangan al-Hasywiyyah dan al-TaÊlimiyyah (golongan
batinyyah) yang mengatakan bahawa untuk mengetahui kebenaran mesti
melalui taqlid, dan itulah yang wajib, manakala kajian dan penyelidikan
adalah haram.

Pandangan ini tidak perlu diambil kerana bertentangan dengan dalil-dalil


al-Quran dan Sunnah serta logik akal (Dr al-Sheikh Husayn Muhammad al-
Mallah, 2006).

(c) Pandangan Ketiga


Pandangan jumhur ulama yang memperincikannya, iaitu haram taqlid
kepada seorang mujtahid dan wajib kepada orang awam. Ini adalah
pandangan yang sebenar.

Ibn Taymiyyah berkata: „Pandangan jumhur ulama adalah ijtihad maka


hukumnya harus secara umum, begitu juga taqlid dimana hukumnya harus
secara umum. Tidak diwajibkan ijtihad kepada setiap orang dan juga tidak
diharamkan taqlid, tidak diwajibkan taqlid kepada setiap orang dan begitu
juga tidak diharamkan ijtihad. Sesungguhnya ijtihad itu harus bagi sesiapa
yang memiliki kemampuan ijtihad dan taqlid harus bagi orang yang tidak
mampu berijtihad (Dr al-Sheikh Husayn Muhammad al-Mallah, 2006).

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


218  TOPIK 10 SYARAH HADIS TENTANG TAQLID

10.3 HADIS BERKAITAN DENGAN TAQLID


Di sini, kita akan membincangkan hadis-hadis yang berkaitan dengan taqlid.

10.3.1 Lafaz Hadis dan Takhrij

‫ﺤﻤﱠ ُﺪ ْﺑ ُﻦ َﻳﺰِﻳ َﺪ َﺣ ﱠﺪﹶﺛﻨَﺎ‬


َ ‫ ﺣَﺪﱠﺛﹶﻨَﺎ ﹶﺃﺑُﻮ ِﻫﺸَﺎ ٍﻡ ﺍﻟ ﱢﺮﻓﹶﺎ ِﻋ ﱡﻰ ُﻣ‬- ‫ﻗﺎﻝ ﺍﻹﻣﺎﻡ ﺍﻟﺘﺮﻣﺬﻱ – ﺭﲪﻪ ﺍﷲ‬

‫ﻀْﻴ ٍﻞ َﻋ ِﻦ ﺍﻟﹾﻮَﻟِﻴﺪِ ْﺑ ِﻦ َﻋْﺒ ِﺪ ﺍﻟﻠﱠ ِﻪ ْﺑ ِﻦ ﺟُ َﻤْﻴ ٍﻊ َﻋ ْﻦ ﹶﺃﺑِﻰ ﺍﻟ ﱡﻄ ﹶﻔْﻴ ِﻞ َﻋ ْﻦ ﺣُ ﹶﺬﻳْ ﹶﻔ ﹶﺔ ﻗﹶﺎ ﹶﻝ ﻗﹶﺎ ﹶﻝ‬
َ ‫ﺤﻤﱠ ُﺪ ْﺑ ُﻦ ﻓﹸ‬
َ ‫ُﻣ‬

‫ﺴﻨﱠﺎ‬
َ ‫ﺴ َﻦ ﺍﻟﻨﱠﺎﺱُ ﹶﺃ ْﺣ‬
َ ‫ » ﹶﻻ َﺗﻜﹸﻮﻧُﻮﺍ ِﺇ ﱠﻣ َﻌ ﹰﺔ َﺗﻘﹸﻮﻟﹸﻮ ﹶﻥ ِﺇ ﹾﻥ ﹶﺃ ْﺣ‬-‫ ﺻﻠﻰ ﺍﷲ ﻋﻠﻴﻪ ﻭﺳﻠﻢ‬- ‫َﺭﺳُﻮ ﹸﻝ ﺍﻟﻠﱠ ِﻪ‬

‫ﻼ‬
‫ﺴﻨُﻮﺍ َﻭِﺇ ﹾﻥ ﹶﺃﺳَﺎﺀُﻭﺍ ﹶﻓ ﹶ‬ْ ُ‫ﺴ َﻦ ﺍﻟﻨﱠﺎﺱُ ﹶﺃ ﹾﻥ ﺗ‬
ِ‫ﺤ‬ َ ‫ﺴﻜﹸﻢْ ِﺇ ﹾﻥ ﹶﺃ ْﺣ‬
َ ‫َﻭِﺇ ﹾﻥ ﹶﻇﹶﻠﻤُﻮﺍ ﹶﻇﹶﻠ ْﻤﻨَﺎ َﻭﹶﻟ ِﻜ ْﻦ َﻭﻃﱢﻨُﻮﺍ ﹶﺃﻧْﻔﹸ‬

.‫ﺐ ﹶﻻ َﻧﻌْ ِﺮﻓﹸﻪُ ِﺇﻻﱠ ِﻣ ْﻦ َﻫﺬﹶﺍ ﺍﹾﻟ َﻮ ْﺟ ِﻪ‬


ٌ ‫ﺴ ٌﻦ ﹶﻏﺮِﻳ‬
َ ‫ﺚ َﺣ‬
‫ ﻗﹶﺎ ﹶﻝ ﹶﺃﺑُﻮ ﻋِﻴﺴَﻰ َﻫﺬﹶﺍ َﺣﺪِﻳ ﹲ‬.« ‫َﺗ ﹾﻈِﻠﻤُﻮﺍ‬
Maksudnya:
Berkata al-Imam al-Tirmizi r.h.: Telah menyampaikan kepada kami Abu Hisyam
al-RifaÊi Muhammad bin Yazid, telah menyampaikan kepada kami Muhammad
bin Fudail, daripada al-Walid bin ÂAbd Allah bin JumaiÊ, daripada Abu al-Tufail,
daripada Huzaifah RA berkata: Rasulullah s.a.w. bersabda: „Janganlah kamu
semua menjadi ImmaÊah, kamu berkata: Jika manusia semuanya baik, kami akan
menjadi baik, jika mereka zalim, kami akan zalim. Tetapi tetap dan teguhkan
diri-diri kamu semua, jika manusia baik, maka kamu akan baik, jika mereka
melakukan kejahatan, maka janganlah kamu menjadi zalim.‰ Abu ÂIsa berkata:
Hadis ini hasan gharib, kami tidak mengetahuinya kecuali melalui bentuk
(isnad) ini.

Hadis ini diriwayatkan oleh al-Imam al-Tirmizi di dalam kitab JamiÊnya di dalam
kitab al-Birr wa al-Silah, Bab al-Ihsan wa al-ÂAfwu, hadis yang ke 2007.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 10 SYARAH HADIS TENTANG TAQLID  219

Al-Imam al-Tirmizi menghukumkan hadis ini sebagai hadis hasan gharib. Istilah
hadis sebagai hasan gharib ini telah menjadi perbahasan di kalangan para ulama
hadis terdahulu dan wujud pelbagai ungkapan bagi mentafsirkannya. Al-Hafiz
Ibn Hajar alÊAsqalani di dalam kitabnya Nuzhah al-Nazar Fi Taudih Nukhbah al-
Fikr Fi Mustalah Ahl al-Athar berkata: „Al-Imam al-Tirmizi di dalam kitabnya
hanya menyatakan pengertian hasan dengan katanya: Setiap yang kami sebutkan
di dalam kitab kami dengan Hadis Hasan, maka kami maksudkan adalah
isnadnya yang hasan di sisi kami: iaitu setiap hadis yang diriwayatkan, di mana
para perawinya tidak dituduh berdusta, serta diriwayatkan hadis tersebut
dengan sanad yang lain juga dan ia tidak syaz (bertentangan dengan hadis yang
lain yang lebih kuat). Jelas dengannya beliau (al-Imam al-Tirmizi) hanya
menyatakan pengertian hadis yang disebut sebagai hasan sahaja, manakala hadis
yang disebutkan sebagai hasan sahih, hasan gharib atau hasan sahih gharib,
maka beliau tidak menyatakan pengertiannya. Begitu juga istilah sahih atau
gharib semata-mata, seolah-olah beliau meninggalkan daripada menyebut
maknanya kerana berasa cukup dengan apa yang diketahui secara masyhur pada
istilah ulama hadis (Al-ÂAsqalani, Ibn Hajar Ahmad bin ÂAli, 2001).

Intipati daripada pandangan al-Hafiz Ibn Hajar ini dapat disimpulkan bahawa
hadis ini dihukumkan sebagai hasan di sisi al-Imam al-Tirmizi dan ia hanya
memiliki satu saluran atau isnad sahaja dengan berpandukan kata-katanya:
Gharib dan La NaÊrifuhu illa Min Haza Wajh yang bermaksud: Kami tidak
mengetahuinya kecuali hanya melalui isnad ini. Terdapat juga pandangan ulama
lain yang mengatakan bahawa hadis ini di sisi al-Imam al-Tirmizi adalah hasan li
ghairihi dengan maksud gharib adalah daif.

Al-Hafiz al-Munziri di dalam kitabnya al-Targhib wa al-Tarhib hanya


menukilkan pandangan al-Imam al-Tirmizi dengan mengatakan hadis ini hasan
(al-Munziri, Zakiy al-Din ÂAbd al-ÂAzim, 2000).

Al-Hafiz al-Minnawi dalam kitabnya Takhrij Ahadith al-Masabih, Isnadnya


adalah baik (jayyid). (Al-Minnawi, Muhammad bin Ibrahim al-Sulami, 2004).

Manakala Sheikh al-Albani mengatakan bahawa hadis ini daif dan ia adalah
sahih jika disandarkan hanya kepada sahabat (Al-Albani, Muhammad Nasir al-
Din, 2001).

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


‫‪220  TOPIK 10 SYARAH HADIS TENTANG TAQLID‬‬

‫‪10.3.2‬‬ ‫‪Syarah Hadis‬‬


‫‪Hadis ini disyarahkan oleh Sheikh al-Mubarakfuri di dalam kitabnya Tuhfah al-‬‬
‫‪Ahwazi Bi Syarah JamiÊ al-Tirmizi dengan katanya:‬‬

‫ﻗﻮﻟﻪ ) ﻋﻦ ﺍﻟﻮﻟﻴﺪ ﺑﻦ ﻋﺒﺪ ﺍﷲ ﺑﻦ ﲨﻴﻊ ( ﺑﻀﻢ ﺍﳉﻴﻢ ﻭﻓﺘﺢ ﺍﳌﻴﻢ ﻣﺼﻐﺮﺍ ﺍﻟﺰﻫﺮﻱ ﺍﳌﻜﻲ ﻧﺰﻳﻞ ﺍﻟﻜﻮﻓﺔ‬
‫ﺻﺪﻭﻕ ﻳﻬﻢ ﻭﺭﻣﻲ ﺑﺎﻟﺘﺸﻴﻊ ﻣﻦ ﺍﳋﺎﻣﺴﺔ‪.‬‬

‫ﻭﻟﻪ ) ﻻ ﺗﻜﻮﻧﻮﺍ ﺇﻣﻌﺔ ( ﺑﻜﺴﺮ ﺍﳍﻤﺰﺓ ﻭﺗﺸﺪﻳﺪ ﺍﳌﻴﻢ ﻭﺍﳍﺎﺀ ﻟﻠﻤﺒﺎﻟﻐﺔ ﻭﳘﺰﺗﻪ ﺃﺻﻠﻴﺔ ﻭﻻ ﻳﺴﺘﻌﻤﻞ ﺫﻟﻚ‬
‫ﰲ ﺍﻟﻨﺴﺎﺀ ﻓﻼ ﻳﻘﺎﻝ ﺍﻣﺮﺃﺓ ﺇﻣﻌﺔ ﻛﺬﺍ ﰲ ﺍﻟﻨﻬﺎﻳﺔ‪ .‬ﻭﻗﺎﻝ ﺻﺎﺣﺐ ﺍﻟﻔﺎﺋﻖ ﻫﻮ ﺍﻟﺬﻱ ﻳﺘﺎﺑﻊ ﻛﻞ ﻧﺎﻋﻖ‬
‫ﻭﻳﻘﻮﻝ ﻟﻜﻞ ﺃﺣﺪ ﺃﻧﺎ ﻣﻌﻚ ﻷﻧﻪ ﻻ ﺭﺃﻱ ﻟﻪ ﻳﺮﺟﻊ ﺇﻟﻴﻪ‪ ،‬ﻭﻣﻌﻨﺎﻩ ﺍﳌﻘﻠﺪ ﺍﻟﺬﻱ ﳚﻌﻞ ﺩﻳﻨﻪ ﺗﺎﺑﻌﺎ ﻟﺪﻳﻦ‬
‫ﻏﲑﻩ ﺑﻼ ﺭﺅﻳﺔ ﻭﻻ ﲢﺼﻴﻞ ﺑﺮﻫﺎﻥ ﺍﻧﺘﻬﻰ ﻛﻼﻣﻪ‪ .‬ﻗﺎﻝ ﺍﻟﻘﺎﺭﻯﺀ ﺑﻌﺪ ﻧﻘﻞ ﻫﺬﺍ ﺍﻟﻜﻼﻡ ﻋﻦ ﺍﻟﻔﺎﺋﻖ ﻣﺎ‬
‫ﻟﻔﻈﻪ ﻭﻓﻴﻪ ﺇﺷﻌﺎﺭ ﺑﺎﻟﻨﻬﻲ ﻋﻦ ﺍﻟﺘﻘﻠﻴﺪ ﺍﺠﻤﻟﺮﺩ ﺣﱴ ﰲ ﺍﻷﺧﻼﻕ ﻓﻀﻼ ﻋﻦ ﺍﻻﻋﺘﻘﺎﺩﺍﺕ ﻭﺍﻟﻌﺒﺎﺩﺍﺕ‪ .‬ﻭﰲ‬
‫ﺍﻟﻘﺎﻣﻮﺱ ﺍﻻﻣﻊ ﻛﻬﻠﻊ ﻭﻫﻠﻌﺔ ﻭﻳﻔﺘﺤﺎﻥ ﺍﻟﺮﺟﻞ ﻳﺘﺎﺑﻊ ﻛﻞ ﻭﺍﺣﺪ ﻋﻠﻰ ﺭﺃﻳﻪ ﻻ ﻳﺜﺒﺖ ﻋﻠﻰ ﺷﻲﺀ ﻭﻣﺘﺒﻊ‬
‫ﺍﻟﻨﺎﺱ ﺇﱃ ﺍﻟﻄﻌﺎﻡ ﻣﻦ ﻏﲑ ﺃﻥ ﻳﺪﻋﻰ ﻭﺍﶈﻘﺐ ﺍﻟﻨﺎﺱ ﺩﻳﻨﻪ ﻭﺍﳌﺘﺮﺩﺩ ﰲ ﻏﲑ ﺻﻨﻌﺔ ﻭﻣﻦ ﻳﻘﻮﻝ ﺃﻧﺎ ﻣﻊ‬
‫ﺍﻟﻨﺎﺱ‪ .‬ﻭﻻ ﻳﻘﺎﻝ ﺍﻣﺮﺃﺓ ﺇﻣﻌﺔ ﺃﻭ ﻗﺪ ﻳﻘﺎﻝ ﻭﺃﺗﺄﻣﻊ ﻭﺍﺳﺘﺄﻣﻊ ﺻﺎﺭ ﺇﻣﻌﺔ ﻭﻗﻴﻞ ﻫﻮ ﺍﻟﺮﺟﻞ ﺍﻟﺬﻱ ﻳﻜﻮﻥ‬
‫ﻟﻀﻌﻒ ﺭﺃﻳﻪ ﻣﻊ ﻛﻞ ﻭﺍﺣﺪ‪ .‬ﻭﺍﳌﺮﺍﺩ ﻫﻨﺎ ﻣﻦ ﻳﻜﻮﻥ ﻣﻊ ﻣﺎ ﻳﻮﺍﻓﻖ ﻫﻮﺍﻩ ﻭﻳﻼﺋﻢ ﺃﺭﺏ ﻧﻔﺴﻪ ﻭﻣﺎ‬
‫ﻳﺘﻤﻨﺎﻩ‪ ،‬ﻭﻗﻴﻞ ﺍﳌﺮﺍﺩ ﻫﻨﺎ ﺍﻟﺬﻱ ﻳﻘﻮﻝ ﺃﻧﺎ ﻣﻊ ﺍﻟﻨﺎﺱ ﻛﻤﺎ ﻳﻜﻮﻧﻮﻥ ﻣﻌﻲ ﺇﻥ ﺧﲑﺍ ﻓﺨﲑ ﻭﺇﻥ ﺷﺮﺍ ﻓﺸﺮ‬

‫ﻗﺎﻝ ﺍﻟﻘﺎﺭﻯﺀ ﻭﻫﺬﺍ ﺍﳌﻌﲎ ﻫﻮ ﺍﳌﺘﻌﲔ ﻛﻤﺎ ﻳﺪﻝ ﻋﻠﻴﻪ ﻗﻮﻟﻪ )ﺗﻘﻮﻟﻮﻥ ﺇﻥ ﺃﺣﺴﻦ ﺍﻟﻨﺎﺱ( ﺃﻱ ﺇﻟﻴﻨﺎ ﺃﻭ ﺇﱃ‬
‫ﻏﲑﻧﺎ )ﺃﺣﺴﻨﺎ( ﺃﻱ ﺟﺰﺍﺀ ﺃﻭ ﺗﺒﻌﺎ ﳍﻢ )ﻭﺇﻥ ﻇﻠﻤﻮﺍ( ﺃﻱ ﻇﻠﻤﻮﻧﺎ ﺃﻭ ﻇﻠﻤﻮﺍ ﻏﲑﻧﺎ ﻓﻜﺬﻟﻚ ﳓﻦ‬
‫)ﻇﻠﻤﻨﺎ( ﻋﻠﻰ ﻭﻓﻖ ﺃﻋﻤﺎﳍﻢ‪ .‬ﻗﺎﻝ ﺍﻟﻄﻴﱯ ﻗﻮﻟﻪ ﺗﻘﻮﻟﻮﻥ ﺍﱁ ﺑﻴﺎﻥ ﻭﺗﻔﺴﲑ ﻟﻺﻣﻌﺔ ﻷﻥ ﻣﻌﲎ ﻗﻮﻟﻪ ﺇﻥ‬
‫ﺃﺣﺴﻦ ﺍﻟﻨﺎﺱ ﻭﺇﻥ ﻇﻠﻤﻮﺍ ﺃﻧﺎ ﻣﻘﻠﺪ ﺍﻟﻨﺎﺱ ﰲ ﺇﺣﺴﺎﻬﻧﻢ ﻭﻇﻠﻤﻬﻢ ﻭﻣﻘﺘﻔﻲ ﺃﺛﺮﻫﻢ )ﻭﻟﻜﻦ ﻭﻃﻨﻮﺍ‬
‫ﺃﻧﻔﺴﻜﻢ ﺇﻥ ﺃﺣﺴﻦ ﺍﻟﻨﺎﺱ ﺃﻥ ﲢﺴﻨﻮﺍ ﺍﱁ( ﻗﺎﻝ ﰲ ﺍﻟﻘﺎﻣﻮﺱ‪ :‬ﺗﻮﻃﲔ ﺍﻟﻨﻔﺲ ﲤﻬﻴﺪﻫﺎ ﻭﺗﻮﻃﻨﻬﺎ ﲤﻬﺪﻫﺎ‬
‫ﺍﻧﺘﻬﻰ‪ .‬ﻭﰲ ﺍﳌﻨﺠﺪ‪ :‬ﻭﻃﻦ ﻧﻔﺴﻪ ﻋﻠﻰ ﺍﻷﻣﺮ ﻭﻟﻸﻣﺮ ﻫﻴﺄﻫﺎ ﻟﻔﻌﻠﻪ ﻭﲪﻠﻬﺎ ﻋﻠﻴﻪ ﺍﻧﺘﻬﻰ‪ ,‬ﻭﰲ ﺃﺳﺎﺱ‬
‫ﺍﻟﺒﻼﻏﺔ ﺃﻭﻃﻦ ﺍﻷﺭﺽ ﻭﻭﻃﻨﻬﺎ ﻭﺍﺳﺘﻮﻃﻨﻬﺎ ﻭﻣﻦ ﺍﺠﻤﻟﺎﺯ ﻭﻃﻨﺖ ﻧﻔﺴﻲ ﻋﻠﻰ ﻛﺬﺍ ﻓﺘﻮﻃﻨﺖ‪ ،‬ﻗﺎﻝ‬

‫)‪Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM‬‬


TOPIK 10 SYARAH HADIS TENTANG TAQLID  221

‫ ﺇﻥ ﲢﺴﻨﻮﺍ‬:‫ ﻗﺎﻝ ﺍﻟﻄﻴﱯ‬،‫ ﻭﻻ ﺧﲑ ﻓﻴﻤﻦ ﻻ ﻳﻮﻃﻦ ﻧﻔﺴﻪ ﻋﻠﻰ ﻧﺎﺋﺒﺎﺕ ﺍﻟﺪﻫﺮ ﺣﲔ ﺗﻨﻮﺏ‬:‫ﺍﻟﺸﺎﻋﺮ‬
‫ ﻭﺟﻮﺍﺏ ﺍﻟﺸﺮﻁ ﳏﺬﻭﻑ ﻳﺪﻝ ﻋﻠﻴﻪ ﺇﻥ ﲢﺴﻨﻮﺍ ﻭﺍﻟﺘﻘﺪﻳﺮ ﻭﻃﻨﻮﺍ ﺃﻧﻔﺴﻜﻢ ﻋﻠﻰ‬،‫ﻣﺘﻌﻠﻖ ﺑﻘﻮﻟﻪ ﻭﻃﻨﻮﺍ‬
.‫ ﻷﻥ ﻋﺪﻡ ﺍﻟﻈﻠﻢ ﺇﺣﺴﺎﻥ‬،‫ ﺇﻥ ﺃﺣﺴﻦ ﺍﻟﻨﺎﺱ ﻓﺄﺣﺴﻨﻮﺍ ﻭﺇﻥ ﺃﺳﺎﺀﻭﺍ ﻓﻼ ﺗﻈﻠﻤﻮﺍ‬،‫ﺍﻻﺣﺴﺎﻥ‬
Sheikh al-Mubarakfuri memulakan syarahnya terhadap hadis ini dengan
menyatakan biografi ringkas salah seorang perawi iaitu al-Walid bin ÂAbdullah bin
JumaÊi dengan menyebut sebutan yang betul bagi perkataan JumaÊi iaitu baris
hadapan huruf Jim serta baris atas huruf Mim, dinisbahkan kepada al-Zuhri al-
Makki dan menetap di Kufah. Perawi ini dihukumkan sebagai seorang yang saduq
tetapi ada melakukan kesilapan (dalam periwayatan hadis), dituduh sebagai
penganut fahaman Syiah dan berada di tabaqat yang kelima.

Seterusnya beliau mengemukakan kaedah sebutan dan tafsiran bagi perkataan


‫إمعة‬
َ ‫ ﱠ‬dalam ungkapan ‫ال تكونوا إمعة‬. Sheikh al-Mubarakfuri mengupas kaedah
bacaan yang betul bagi perkataan ‫ إمعة‬dan makna ayat tersebut iaitu, istilah yang
diberikan kepada seseorang yang mengikut setiap orang yang menyeru kepada
sesuatu, juga sentiasa berkata: Aku bersama denganmu, kerana dia adalah seorang
yang tidak mempunyai pendirian sendiri untuk dijadikan pegangan.

Perkataan ‫ إمعة‬juga bermaksud seorang Muqallid yang menjadikan agamanya


sebagai ikutan kepada agama orang lain tanpa sebarang pandangan dan tidak
berusaha mendapatkan hujah berkaitan dengannya.

Sheikh al-Mubarakfuri menukilkan pandangan al-Faiq (seorang yang


mentafsirkan hadis ini) iaitu: Di dalam hadis ini adanya suatu penegasan terhadap
larangan taqlid semata-mata sehinggakan pada perkara yang berkaitan dengan
akhlak. Ia lebih-lebih lagi ditegah jika berkaitan dengan aqidah dan ibadah.
Perkataan ‫ إمعة‬juga membawa erti seorang lelaki yang mengikut pandangan orang
lain sedangkan dia tidak memiliki apa-apa pilihan, juga seorang yang mengikut
orang lain ke jamuan makan yang mana dia tidak dijemput menghadirinya juga
diberikan kepada orang yang berkata: Aku mengikut manusia lain.

Perkataan ini tidak diberikan kepada wanita serta ia memiliki kata kerja yang
tersendiri iaitu ‫ أتامع‬dan ‫استأمع‬. Ungkapan di dalam hadis ini bermaksud
seseorang yang hanya mengikut apa yang bersesuaian dengan hawa nafsunya dan
kehendak jiwanya. Terdapat pandangan yang mengatakan ia bermaksud
seseorang yang berkata: Aku mengikut manusia lain sepertimana mereka
bersama-samaku, jika mereka baik, maka aku akan baik, jika jahat, maka aku akan
turut menjadi jahat.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


222  TOPIK 10 SYARAH HADIS TENTANG TAQLID

‫ﱢ‬
Seterusnya Sheikh al-Mubarakfuri menyatakan makna perkataan ‫وطنوا‬ iaitu
meneguhkan dan meletakkan asas yang kukuh bagi diri. Ia juga bermaksud
menyediakan diri untuk melaksanakannya dan menanggungnya.

Kemudian, di pengakhiran syarahnya kepada hadis ini Sheikh al-Mubarakfuri


menyatakan pandangan ulama berkaitan dengan ungkapan ‫ولكن وطنوا أنفسكم إن‬
‫أحسن الناس أن تحسنوا وإن أساءوا فال تطلموا‬. Secara keseluruhannya, ia membawa
erti Rasulullah s.a.w. menyatakan: „Bahawa hendaklah kamu semua meneguhkan
diri kamu dan menyediakannya untuk melakukan kebaikan, jika manusia
semuanya baik, tetapi jika manusia zalim, maka janganlah kamu menjadi zalim,
kerana tidak zalim itu adalah kebaikan‰.

SEMAK KENDIRI 10.2

1. Berikan hadis Rasulullah s.a.w. berkaitan dengan taqlid dalam


perkara berkaitan akhlaq.

2. Jelaskan maksud perkataan yang berikut:

(a) ‫ ;إمعة‬dan
(b) ‫وطنوا أنفسكم‬.

 Taqlid dari sudut bahasa bermaksud meletakkan sesuatu di leher di samping


ia membalut keseluruhan leher.

 Taqlid dari sudut istilah bermaksud menerima pandangan orang lain tanpa
sebarang hujah, atau menerima amalan orang lain tanpa dalil.

 Taqlid berbeza dengan al-IttibaÊ. Ulama berpandangan bahawa al-IttibaÊ


adalah melakukan sesuatu berpandukan kepada dalil manakala Taqlid
mengikut pandangan tanpa mengetahui dalilnya.

 Ulama berbeza pandangan sama ada boleh bertaqlid atau tidak dalam
masalah aqidah dan kewujudan Allah s.w.t. dan sifatNya.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 10 SYARAH HADIS TENTANG TAQLID  223

 Pandangan yang sahih adalah pandangan golongan fuqahaÊ yang mana


kebanyakan mereka mengharuskan taqlid dalam masalah aqidah,
menghukumkan kesahihan iman orang yang bertaqlid, tetapi dianggap
sebagai berdosa bagi sesiapa yang hanya cukup dengan bertaqlid dan tidak
berusaha untuk mengetahuinya dengan dalil-dalil.

 Manakala taqlid dalam masalah furuÊ atau berkaitan masalah fiqh, jumhur
ulama berpandangan memperincikannya iaitu haram taqlid kepada seorang
mujtahid dan wajib kepada orang awam. Ini adalah pandangan yang
sebenar.

 Nabi s.a.w. melarang umatnya dari hanya mengikut sahaja perlakuan orang
ramai tanpa memiliki suatu pendirian yang tegas berkaitan perkara yang
baik atau buruk.

 Sikap hanya mengikut akhlak orang ramai tidak boleh digunakan dalam
kehidupan berteraskan al-Quran dan al-Sunnah.

Al-IttibaÊ Istilah
FuruÊ Muqallid
Hasan gharib MuttabiÊ
Ijtihad Usul
ImmaÊah Taqlid

Al-Albani, Muhammad Nasir al-Din. (2001). Takhrij Al-Albani Li al-Misykat. Al-


Dammam: Dar Ibn al-Qayyim.

Al-ÂAsqalani, Ibn Hajar Ahmad bin ÂAli. (2001).Nuzhah al-Nazar Fi Taudih


Nukhbah al-Fikr Fi Mustalah Ahl al-Athar. Tahqiq: Dr ÂAbd Allah al-
Ruhayli. Riyadh: Maktabah al-Malik Fahd.

Al-Minnawi, Muhammad bin Ibrahim al-Sulami. (2004). Takhrij Ahadith al-


Masabih. Beirut: al-Dar al-ÂArabiyyah Li al-MausuÊat.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


224  TOPIK 10 SYARAH HADIS TENTANG TAQLID

Al-Munziri, Zakiy al-Din ÂAbd al-ÂAzim. (2000). al-Targhib wa al-Tarhib. Tahqiq:


Muhammad al-Sayyid. Kaherah: Dar al-Fajr Li al-Turath.

Al-Syaukani. (1978). Irsyad al-Fuhul Ila Tahqiq al-Haq Min ÂIlm al-Usul. Beirut:
Dar al-MaÊrifah.

Dr al-Sheikh Husayn Muhammad al-Mallah. (2006). Al-Fatwa, Nasyatuhu wa


Tatawwaruhu. Beirut: al-Maktabah al-ÂAsriyyah.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


Topik  Syarah Hadis
11 tentang
Fanatik dan
Taasub
HASIL PEMBELAJARAN
Pada akhir topik ini, anda seharusnya dapat:
1. Menerangkan hadis yang berkaitan tentang fanatik dan taasub;
2. Mengenal pasti kemudaratan bersikap fanatik dan taasub;
3. Menghuraikan cara sebenar atau sifat Wasatiyyah dalam beragama;
dan
4. Menerangkan penyelesaian kepada permasalahan taasub dan
fanatik.

 PENGENALAN
Dewasa kini kita melihat pelbagai perubahan yang berlaku di dalam masyarakat
merangkumi perubahan ekonomi, sosial, politik dan amalan beragama. Terdapat
di kalangan umat Islam yang terlalu ringan dalam urusan agamanya, hanya
mengaku bahawa dia beragama Islam, tetapi tidak melaksanakan perintah Allah
s.w.t. dan RasulNya s.a.w. malah melakukan banyak perkara yang dilarang
dalam Islam dengan pelbagai helah dan hujah. Di sebelah pihak yang lain pula
terdapat sekelompok manusia yang berlebihan dan melampau dalam urusan
agama mereka, sanggup melafazkan ungkapan kufur dan kekal dalam neraka
bagi sesiapa yang dilihat melakukan kesalahan kecil di sisi Allah s.w.t.,
melampau dalam pegangannya terhadap sesuatu pendapat ulama atau ustaz
yang diikutinya, melampau dan fanatik dengan sesuatu mazhab sehingga
menghukumkan sesat kepada mazhab yang lain, taasub dengan guru atau

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


226  TOPIK 11 SYARAH HADIS TENTANG FANATIK DAN TAASUB

kelompoknya yang dianggap semua yang bersalahan dengan pegangannya


adalah termasuk dalam kategori penduduk neraka.

Sikap yang terbaik adalah tidak melampau, tidak fanatik dan taasub yang
menyeleweng dari landasan sebenar Islam, menjalankan urusan agama
mengikut garis panduan yang diberikan oleh Allah s.w.t. dan RasulNya s.a.w.
Atau dalam bahasa mudah yang biasa kita dengari pada era ini di Malaysia dan
digembar gemburkan kehebatannya ialah bersikap Wasatiyyah dalam segala
urusan dunia dan akhirat.

Dalam topik ini, kita akan membincangkan beberapa hadis Nabi s.a.w. yang
menerangkan tentang keburukan sikap fanatik, taasub, melampau dan melebihi
had dalam Islam. Kita akan sama-sama melihat pandangan ulama berkaitan
dengannya dan seterusnya akan huraikan permasalahan berkaitan dengan
Wasatiyyah dalam agama, maksud, pendekatan dan ciri-cirinya. Semoga
perbincangan ini akan menghasilkan natijah yang baik untuk diri kita dan
disampaikan kepada masyarakat akan kesempurnaan Islam dan kesesuaiannya
di setiap masa, tempat dan kelompok manusia.

AKTIVITI 11.1

Kemunculan banyak kelompok-kelompok yang mendakwa menegakkan


Islam atau sunnah Nabi s.a.w. di Malaysia dilihat sebagai satu fenomena
yang boleh memberikan kesan yang positif kepada perkembangan agama
Islam. Walaupun begitu, kadang-kala mereka membawa beberapa
elemen melampau atau fanatik yang tidak diharuskan dalam Islam. Kaji
ciri-ciri fanatik dan taasub yang salah yang wujud dalam kelompok-
kelompok ini dan berikan pandangan anda mengenainya.

11.1 FANATIK DAN TAASUB


Apakah itu fanatik dan taasub? Di sini, kita akan membincangkan pengertian
fanatik dan taasub.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 11 SYARAH HADIS TENTANG FANATIK DAN TAASUB  227

11.1.1 Pengertian Fanatik dan Taasub dan


Hakikatnya

Fanatik bermaksud sikap yang keterlaluan dan melampau dalam sesuatu


pegangan atau pendirian yang biasanya berkaitan dengan keagamaan. la
disama ertikan dengan taasub.

Lawan bagi fanatik dan taasub ialah tasamuh dan toleransi, yang bermaksud
lapang dada, luas fikiran dan sabar.

Melampau-lampau diistilahkan dengan al-ghuluww, al-tanattuÊ dan al-tashdid.


Sikap melampau bertentangan dengan sikap adil dan sederhana. Maksud firman
Allah s.w.t. dalam surah al-Baqarah, ayat 143:

tβθä3tƒuρ Ĩ$¨Ψ9$# ’n?tã u™!#y‰pκà− (#θçΡθà6tGÏj9 $VÜy™uρ Zπ¨Βé& öΝä3≈oΨù=yèy_ y7Ï9≡x‹x.uρ

∩⊇⊆⊂∪... 3 #Y‰‹Îγx© öΝä3ø‹n=tæ ãΑθß™§9$#

Maksudnya:
Dan demikianlah (sebagaimana kami telah memimpin kamu ke jalan yang
lurus). Kami jadikan kamu (wahai umat Muhammad) satu umat pilihan lagi adil,
supaya kamu layak menjadi orang yang memberi keterangan kepada umat
manusia (tentang yang benar dan yang salah), dan Rasulullah (Muhammad) pula
akan menjadi orang yang menerangkan kebenaran perbuatan kamu
(http://www.faziliaton.com/iqraÊ/buku6/index.php).

Sikap fanatik dan taasub kepada pendapat sendiri, mahu pun guru atau
kumpulan adalah salah satu dari gejala melampau. la memberi gambaran
kebekuan fahaman seseorang yang tidak mahu melihat maslahah ummah dan
tidak mampu untuk berbincang bagi membandingkan pendapat sendiri dengan
pendapat orang lain, bagi mengambil pendapat yang lebih kuat dalil dan
alasannya.

Fanatik dan taasub adalah sikap menutup pintu bagi pandangan lain yang
berbeza dan berusaha untuk menidakkannya. Sikap ini adalah pembawaan yang
memandang bahawa hanya diri sendiri atau kumpulannya sahaja yang betul.
Malah secara berani menuduh orang yang berlainan pendapat darinya sebagai
jahil, bodoh, fasiq dan derhaka. Ini seolah-olah menjadikan diri sendiri sebagai

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


228  TOPIK 11 SYARAH HADIS TENTANG FANATIK DAN TAASUB

nabi yang maksum dan perkataannya sebagai firman yang diturunkan. Ijmak
semua ulama salaf dan khalaf, semua orang boleh diambil dan ditinggal
pendapatnya melainkan Rasulullah s.a.w.

Sikap fanatik dan taasub ini dikutuk kerana ia mengikat orang lain dengannya
dan menafikan peranan orang lain. Justeru itu, mana-mana orang atau kumpulan
yang fanatik dan taasub tidak mungkin bertemu dengan pihak lain. Keadaan
akan menjadi lebih gawat apabila dia mahu mewajibkan pandangannya ke atas
orang lain dengan kekerasan seperti mengutuk dan menuduh orang lain
melakukan bidaah, kufur dan keluar dari agama. Dalam tindakan secara
kekerasan, fanatik dan taasub ini menjadi lebih bahaya, seperti mewajibkan
sesuatu yang tidak diwajibkan oleh Allah s.w.t. dan mewajibkan meninggalkan
yang makruh seperti meninggalkan yang haram.

Fenomena ketaasuban juga boleh berlaku apabila ada golongan yang


mengkafirkan masyarakat secara menyeluruh, kecuali mereka yang berpegang
kepada prinsip mereka atau menganggotai jemaah mereka sahaja. Ketaasuban ini
boleh membawa kepada menghalalkan darah dan harta orang yang di luar
jemaah, kerana telah dianggap murtad dan kufur.

Golongan melampau juga akan memperlihatkan sikap prasangka buruk kepada


pihak lain. Lebih banyak menuduh dan menghukum dari memberi nasihat dan
pengajaran. Kekerasan bersenjata mungkin digunakan terhadap perkara yang
mereka anggap batil. Selalunya ia ditujukan kepada pemerintah yang tidak
melaksanakan hukum seperti yang diperintahkan oleh Allah s.w.t. atau
menangguhkan pelaksanaan syariat dan menggantikannya dengan hukuman
ciptaan manusia. Golongan ini akan melancarkan jihad terhadap sesiapa yang
enggan menunaikan hukum Islam.

Golongan di atas sebenarnya keliru dan tidak boleh membezakan antara tugas
pemerintah dengan tugas individu. Sayidina Abu Bakar r.a. memerangi orang
yang tidak membayar zakat dan murtad adalah sebagai menjalankan tugas
sebagai pemerintah. Pada peringkat individu mereka hanya perlu melakukan
amr bil maaruf wa nahyu anil munkar. Mencegah kemungkaran dengan
menggunakan kekuasaan tidak semestinya atas semua orang, tetapi bagi yang
ada kuasa terhadap orang bawahannya. Bapa terhadap anak, majikan ke atas
pekerjanya atau pemerintah terhadap rakyatnya
(http://www.faziliaton.com/iqraÊ/buku6/index.php).

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 11 SYARAH HADIS TENTANG FANATIK DAN TAASUB  229

11.1.2 Hadis-hadis Nabi s.a.w. Berkaitan dengan


Fanatik dan Taasub
Terdapat banyak hadis Nabi s.a.w. yang melarang umatnya dari bersikap
fanatik, taasub, melampaui batas dan berlebih-lebihan, antaranya:

‫ ﺇﻥ ﺍﻟﺪﻳﻦ ﻳﺴﺮ ﻭﻟﻦ ﻳﺸﺎﺩ ﺍﻟﺪﻳﻦ ﺃﺣﺪ ﺇﻻ ﻏﻠﺒﻪ‬:‫ﻋﻦ ﺃﰊ ﻫﺮﻳﺮﺓ ﻋﻦ ﺍﻟﻨﱯ ﺻﻠﻰ ﺍﷲ ﻋﻠﻴﻪ ﻭ ﺳﻠﻢ ﻗﺎﻝ‬
.‫ﻓﺴﺪﺩﻭﺍ ﻭﻗﺎﺭﺑﻮﺍ ﻭﺃﺑﺸﺮﻭﺍ ﻭﺍﺳﺘﻌﻴﻨﻮﺍ ﺑﺎﻟﻐﺪﻭﺓ ﻭﺍﻟﺮﻭﺣﺔ ﻭﺷﻲﺀ ﻣﻦ ﺍﻟﺪﳉﺔ‬
Maksudnya:
Daripada Abu Hurairah r.a. daripada Nabi s.a.w. bersabda: „Sesungguhnya
agama ini adalah mudah, tidak ada seseorang yang menyukarkan urusan agama
kecuali dia akan disusahkan dan merasa sukar melaksanakannya, maka
hendaklah kamu melakukan segala (di dalam Islam) dengan bentuk yang
terbaik, hampir kepada kesempurnaan (jika tidak mampu untuk
menyempurnakannya) dan carilah bantuan dengan melaksanakan amalan di
waktu pagi dan petang serta awal malam‰.

(Al-Bukhari: Muhammad bin IsmaÊil al-Bukhari, 1987, Sahih al-Bukhari, Beirut:


Dar Ibn Kathir, Kitab al-Iman, Bab al-Din Yusr, nombor hadis: 39)

Hadis ini menerangkan kepada kita tentang kemudahan dan kesenangan dalam
urusan agama Allah s.w.t. ini. Ia tidak memerlukan kepada sikap berlebih
lebihan atau melampau yang boleh membawa kepada taasub dan fanatik.

‫ ﻗﺎﳍﺎ ﺛﻼﺛﺎ‬.« ‫ » ﻫﻠﻚ ﺍﳌﺘﻨﻄﻌﻮﻥ‬-‫ﺻﻠﻰ ﺍﷲ ﻋﻠﻴﻪ ﻭﺳﻠﻢ‬- ‫ﻋﻦ ﻋﺒﺪ ﺍﷲ ﻗﺎﻝ ﻗﺎﻝ ﺭﺳﻮﻝ ﺍﷲ‬
Maksudnya:
Daripada ÂAbdullah r.a. berkata: Nabi s.a.w. bersabda: „Binasalah orang yang
melampaui batas dan berlebihan (pada perkataan dan perbuatannya)‰. Nabi
s.a.w. mengungkapkannya sebanyak tiga kali.

(Muslim, Muslim bin al-Hajjaj, Sahih Muslim, Beirut: Dar al-Jail, Kitab al-Âilm,
Bab Halaka al-MutanattiÊun, nombor hadis: 6955)

Sikap melampau yang juga salah satu ciri fanatik dan taasub amat ditegah oleh
Nabi s.a.w. malah dijanjikan kebinasaan bagi dirinya sama ada di dunia
mahupun akhirat.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


230  TOPIK 11 SYARAH HADIS TENTANG FANATIK DAN TAASUB

‫ ﻭﺇﻳﺎﻛﻢ ﻭﺍﻟﻐﻠﻮ ﰲ ﺍﻟﺪﻳﻦ ﻓﺈﳕﺎ‬:‫ ﻋﻦ ﺍﻟﻨﱯ ﺻﻠﻰ ﺍﷲ ﻋﻠﻴﻪ ﻭﺳﻠﻢ ﻗﺎﻝ‬،‫ﻋﻦ ﺍﺑﻦ ﻋﺒﺎﺱ ﺭﺿﻲ ﺍﷲ ﻋﻨﻬﻤﺎ‬
‫ﺃﻫﻠﻚ ﻣﻦ ﻛﺎﻥ ﻗﺒﻠﻜﻢ ﺍﻟﻐﻠﻮ ﰲ ﺍﻟﺪﻳﻦ‬
Maksudnya:
Daripada Ibn ÂAbbas r.a. berkata: Nabi s.a.w. bersabda: „Waspadalah kamu
dengan sikap melampau dan berlebihan dalam urusan agama, kerana
sesungguhnya yang membinasakan umat terdahulu adalah kerana sikap
melampau dan berlebihan mereka dalam urusan agama‰.

(Al-Nasai', Ahmad bin SyuÊaib, 1986, Sunan al-NasaiÊ, Halb: Maktab al-MatbuÊah
al-Islamiyyah, Kitab: Manasik al-Hajj, Bab Iltiqad al-Hasa, nombor hadis: 3057)

Hadis jelas melarang semua umat Islam dari bersikap fanatik dan melampau
dalam urusan agama.

‫ ﻣﻦ ﻧﺼﺮ ﻗﻮﻣﻪ ﻋﻠﻰ ﻏﲑ‬:‫ﻋﺒﺪ ﺍﷲ ﺑﻦ ﻣﺴﻌﻮﺩ ﺭﺿﻲ ﺍﷲ ﻋﻨﻪ ﻋﻦ ﺍﻟﻨﱯ ﺻﻠﻰ ﺍﷲ ﻋﻠﻴﻪ ﻭﺳﻠﻢ ﻗﺎﻝ‬
.‫ﺍﳊﻖ ﻓﻬﻮ ﻛﺎﻟﺒﻌﲑ ﺍﻟﺬﻯ ﺭﺩﻯ ﻓﻬﻮ ﻳﻨﺰﻉ ﺑﺬﻧﺒﻪ‬
Maksudnya:
Daripada ÂAbdullah bin MasÊud r.a. daripada Nabi s.a.w. bersabda: „Sesiapa
yang membantu kaumnya ke atas kezaliman, maka dia adalah seumpama unta
yang mencampakkan dirinya ke dalam telaga buta, dalam keadaan dia ditarik
dengan ekornya‰.
(Abu Daud, Sulayman bin al-AsyÊath, Sunan Abi Daud, Beirut: Dar al-Kitab al-
ÂArabi, Kitab al-Adab, Bab: FI al-ÂAsabiyyah, nombor hadis: 5119)

Hadis ini mencela perbuatan Muslim yang terburu-buru bersikap Âasabiyyah dan
fanatik tanpa dapat membezakan antara yang hak dan yang batil.

‫ ﻗﺎﻝ ﺭﺳﻮﻝ ﺍﷲ ﺻﻠﻰ ﺍﷲ ﻋﻠﻴﻪ ﻭ ﺳﻠﻢ ) ﻣﻦ ﻗﺎﺗﻞ ﲢﺖ ﺭﺍﻳﺔ ﻋﻤﻴﺔ ﻳﺪﻋﻮ ﺇﱃ‬:‫ﻋﻦ ﺃﰊ ﻫﺮﻳﺮﺓ ﻗﺎﻝ‬
( ‫ﻋﺼﺒﻴﺔ ﺃﻭ ﻳﻐﻀﺐ ﻟﻌﺼﺒﻴﺔ ﻓﻘﺘﻠﺘﻪ ﺟﺎﻫﻠﻴﺔ‬
Maksudnya:
Daripada Abu Hurairah r.a. berkata: Nabi s.a.w. bersabda: „Sesiapa yang
berperang (berjuang) di bawah panji yang tidak diketahui (kebenarannya dan
kezalimannya), yang mengajak kepada Âasabiyyah atau marah dengan sebab
Âasabiyyah maka peperangan dan perjuanganya itu bersifat jahiliyyah (bukan
dari Islam)‰.

(Ibn Majah, Muhammad bin Yazid, Sunan Ibn Majah, Sulayman bin al-AsyÊath,
Beirut: Dar al-Fikr, Kitab al-Fitan, Bab: Fi al-ÂAsabiyyah, nombor hadis: 3948)

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 11 SYARAH HADIS TENTANG FANATIK DAN TAASUB  231

Ini adalah hadis-hadis sahih yang menyatakan tentang keburukan dan


kesengsaraan yang ditimbulkan oleh sikap berlebihan, melampau, fanatik dan
taasub.

Begitu juga ayat-ayat Allah s.w.t. yang menyokong hadis-hadis ini seperti yang
berikut.

Sikap fanatik dan taasub adalah dilarang oleh Allah s.w.t. terhadap umat yang
dahulu khasnya Ahli Kitab. Firman Allah s.w.t. dalam surah al-MaÊidah, ayat 77:

u™!#uθ÷δr& (#þθãèÎ6®Ks? Ÿωuρ ÈdYysø9$# uöxî öΝà6ÏΖƒÏŠ ’Îû (#θè=øó?s Ÿω É=≈tGÅ6ø9$# Ÿ≅÷δr'¯≈tƒ ö≅è%

∩∠∠∪ È≅‹Î6¡¡9$# Ï™!#uθy™ ⎯tã (#θ=|Êuρ #ZÏVŸ2 (#θ=|Êr&uρ ã≅ö6s% ⎯ÏΒ (#θ=|Ê ô‰s% 7Θöθs%

Maksudnya:
Katakanlah, „Wahai Ahli Kitab! janganlah kamu melampau-lampau dalam
agama kamu secara yang tidak benar, dan janganlah kamu menurut hawa nafsu
suatu kaum telah sesat sebelum ini dan telah menyesatkan banyak manusia dan
juga (sekarang) mereka telah tersesat (jauh) dari jalan yang betul‰.

Antara perkara diingkari ialah bersikap keras bukan pada tempat dan masanya.
Sikap melampau diistilahkan dengan al-ghuluww, al-tanattuÊ dan al-tashdid.
Sikap ini adalah bertentangan dengan sikap adil dan sederhana seperti yang
dituntut oleh Firman Allah s.w.t. dalam surah al-Baqarah, ayat 143 yang telah
dibincangkan tadi.

Sikap tasamuh dan berlapang dada hendaklah diutamakan terutamanya apabila


berhadapan dengan mereka yang baru memeluk Islam atau berada di negara
bukan Islam. Sifat kulli hendaklah diutamakan dari yang bersifat juzÊi. Begitu
juga perkara pokok adalah diutamakan sebelum furuÊ. Allah memerintahkan
hambaNya berdakwah secara bijaksana dan pengajaran yang baik seperti
maksud Firman Allah s.w.t. dalam surah al-Nahl, ayat 125:

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


232  TOPIK 11 SYARAH HADIS TENTANG FANATIK DAN TAASUB

©ÉL©9$$Î/ Οßγø9ω≈y_uρ ( ÏπuΖ|¡ptø:$# ÏπsàÏãöθyϑø9$#uρ Ïπyϑõ3Ïtø:$$Î/ y7În/u‘ È≅‹Î6y™ 4’n<Î) äí÷Š$#

ÞΟn=ôãr& uθèδuρ ( ⎯Ï&Î#‹Î6™


y ⎯tã ¨≅|Ê ⎯yϑÎ/ ÞΟn=ôãr& uθèδ y7−/u‘ ¨βÎ) 4 ß⎯|¡ômr& }‘Ïδ

∩⊇⊄∈∪ t⎦⎪ωtGôγßϑø9$$Î/
Maksudnya:
Serulah ke jalan Tuhanmu (wahai Muhammad) dengan hikmat kebijaksanaan
dan nasihat pengajaran yang baik, dan berbahaslah dengan mereka (yang
engkau serukan itu) dengan cara yang lebih baik, sesungguhnya Tuhanmu
dialah jua yang lebih mengetahui akan orang yang sesat dari jalannya, dan
dialah jua yang lebih mengetahui akan orang-orang yang mendapat petunjuk.

Bersikap kasar dalam pergaulan dan kesat kata-kata adalah sangat dilarang.
Perkataan yang kesat dan sikap yang keras hanyalah digunakan dalam medan
perang ketika menghadapi musuh. Ini dijelaskan melalui Firman Allah s.w.t.
dalam surah at-Taubah, ayat 123:

(#ρ߉Éfu‹ø9uρ Í‘$¤à6ø9$# š∅ÏiΒ Νä3tΡθè=tƒ š⎥⎪Ï%©!$# (#θè=ÏG≈s% (#θãΖtΒ#u™ t⎦⎪Ï%©!$# $pκš‰r'¯≈tƒ

∩⊇⊄⊂∪ š⎥⎫É)−Gßϑø9$# yìtΒ ©!$# ¨βr& (#þθßϑn=÷æ$#uρ 4 Zπsàù=Ïñ öΝä3ŠÏù

Maksudnya:
Wahai orang-orang yang beriman! Perangilah orang-orang kafir musyrik yang
berdekatan dengan kamu, dan biarlah mereka merasai sikap kekerasan (serta
ketabahan hati) yang ada pada kamu, dan ketahuilah sesungguhnya Allah
berserta orang-orang yang bertakwa (dengan memberikan pertolongan)
(http://www.faziliaton.com/iqraÊ/buku6/index.php).

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 11 SYARAH HADIS TENTANG FANATIK DAN TAASUB  233

SEMAK KENDIRI 11.1


1. Apakah maksud fanatik?

2. Huraikan amaran Nabi s.a.w. terhadap sikap dan ciri-ciri fanatik


serta melampaui batas.

3. Nyatakan ayat al-Quran yang menegah dari sikap fanatik serta


taasub beserta huraianya.

11.2 FANATIK DAN TAASUB DALAM


MASYARAKAT
Fanatik dan taasub adalah ciri-ciri yang dibenci dalam Islam, namun ia wujud
dalam setiap kelompok masyarakat. Mari kita bincangkannya.

11.2.1 Punca Taasub


Sikap taasub ini kadangkala berlaku sebagai reaksi kepada masyarakat Islam
yang membenarkan kemungkaran berleluasa. Dalam erti kata lain, Islam yang
ada telah bercampur dengan kesyirikan akidah dan bidaah dalam ibadah.
Kejumudan fikiran, mendatar dalam fahaman, mencari yang payah dalam fatwa
dan keras dalam pergaulan, juga boleh menyuburkan sikap fanatik. Fenomena
ini boleh menyebabkan ternafinya pembaharuan dan ijtihad dalam hukum
(http://www.faziliaton.com/iqraÊ/buku6/index.php).

11.1.2 Contoh Taasub dalam Masyarakat


Salah satu contoh taasub dalam masyarakat ialah Tarekat Naqsyabandiyah AI-
Khalidiyyah di Malaysia. Menurut satu kajian yang dilakukan oleh seorang calon
Doktor Falsafah di Universiti Sains Malaysia, pada 2002, terdapat sebelas perkara
yang menjadi asas tarekat tersebut. Antara asas yang penting dalam konteks ini
ialah seperti berikut:

(a) Husy dar dam


Ia bermaksud akal dalam nafas atau diertikan dengan sedar sewaktu
bernafas. Konsepnya ialah latihan penumpuan konsentrasi sufi yang
berkaitan usaha menghadirkan hati berserta Allah s.w.t. la dipercayai
memberi suatu kekuatan rohaniah dan membawa seorang pengamal
tarekat itu hampir kepada Allah s.w.t. la juga bermaksud memelihara nafas

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


234  TOPIK 11 SYARAH HADIS TENTANG FANATIK DAN TAASUB

dari sebarang kelalaian ketika nafas masuk dan keluar. Amalan ini
bertujuan memelihara hati supaya tidak lalai dari mengingati Allah s.w.t.
serta sentiasa menghadirkan diri berserta Allah s.w.t. pada setiap kali nafas
masuk dan keluar. Bagi orang tasawuf mereka menganggap perkara
sebegini bukanlah sukar bagi mereka yang sudah ditarbiah oleh guru
mursyid.

(b) Nazar bar Qadam


la bermaksud menjaga langkah. Sewaktu berjalan, murid hendaklah
menjaga langkahnya, demikian juga sewaktu duduk dengan memandang
lurus ke hadapan kerana pemandangan di sekeliling itu mengganggu
tumpuan atau konsentrasi seseorang dari amalan kerohanian.

(c) Safar dar Watan


Salah satu tafsirannya ialah perjalanan fizikal melintasi suatu negeri untuk
mencari mursyid sejati bagi memimpin diri murid ke jalan sejahtera, malah
sebagai perantaraan hubungannya dengan Allah s.w.t. Konsep ini amat
penting kerana murid ingin mencari seorang mursyid yang dapat
membimbing dirinya ke jalan kebenaran Ilahi. Guru mursyid dianggap
memiliki kesempurnaan ilmu dan amal di dalam membimbing murid
mencapai malakah al-hudur yakni sentiasa mengingati Allah.

(d) Konsep lain ialah Khalwat dan Anjuman, iaitu menyepi diri dari tengah
khalayak, sama ada dengan beruzlah atau beriktikaf. Konsep Yad Kard
ialah zikir berulang-ulang sama ada menyebut Allah, Allah⁄ atau nafi-
ithbat iaitu La ilaha illa-Allah.

Kenyataan di atas menunjukkan bahawa dalam ajaran tarekat, banyak perkara


tambahan yang mereka dakwakan sebagai ajaran Nabi, tetapi adakah dakwaan
mereka benar?

Anggota tarekat Naqsyabandiyyah al-Khalidiyyah percaya ajaran yang mereka


amalkan bersumberkan ajaran Rasulullah s.a.w. sewaktu baginda bertahannuth
di gua HiraÊ. Khalifah Lebai Ishak bin ÂArif dari Negeri Pahang yang menjadi
khalifah (mursyid) di Raub berkata: „Tidak syak lagi bahawa ajaran dan amalan
Tarekat Naqsyabandiyyah al-Khalidiyyah adalah berpunca dari amalan Nabi
Muhammad s.a.w. yang telah menerima wahyu pertama dari Allah s.w.t., iaitu
firman Allah s.w.t. dalam surah al-ÊAlaq, ayat 1 hingga ayat 5″.

Kelima-lima ayat itu dianggap dasar atau dalil menunjukkan bahawa Nabi
Muhammad s.a.w. sendiri menerima wahyu tersebut sebagai tanda amalan
dengan ism dzat yakni Allah, Allah⁄ diterima dari Jibril dan Jibril menerima
dari Allah s.w.t. Justeru itu bagi mereka, tarekat mereka pada asalnya bernama

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 11 SYARAH HADIS TENTANG FANATIK DAN TAASUB  235

Tarekat Muhammadiyah. Sesudah diajar dan diijazahkan oleh nabi kepada


Sayyidina Abu Bakar al-Siddiq maka dinamakan pula Tarekat al-Siddiqiyyah.
Demikian seterusnya sampai nama itu berakhir kepada BahaÊuddin al-
Naqsyabandi.

Ahli tarekat ini beranggapan bahawa nama al-Naqsybandiyyah bukanlah


sengaja diletakkan untuk mencari kehormatan di dunia, tetapi sebagai
menghormati usaha yang dilakukan oleh mujaddid BahaÊuddin al-Naqsyabandi
yang memper-kenalkan tiga perinsip utama dalam zikir tarekat iaitu wuquf
qalbi, wuquf ÂAdadi dan wuquf Zamani.

Ajaran tarekat ini juga mensyaratkan, jika anggotanya ingin mencapai suatu
peningkatan dalam memelihara zikir, maka hendaklah memasuki suluk. Tanpa
bersuluk, pelajar hanya sekadar boleh berzikir pada tahap asas iaitu Allah, Allah
⁄ sebanyak 5,000 kali. Apabila bersuluk, murid itu mestilah memahami
peraturan dan syarat. Murid tidak boleh memakan daging sepanjang tempoh
menjalani suluk iaitu 10 atau 20 hari minimum dan 30 atau 40 hari maksimum.

Sewaktu bersuluk, murid diminta melepaskan semua ingatan kepada perkara


keduniaan dengan memberi perhatian kepada zikir semata-mata. Malahan
makanan untuk mereka yang bersuluk pun disediakan oleh pihak lain.

Dua persoalan di sini iaitu larangan makan daging dan tidak perlu menghadiri
sembahyang Jumaat. Isu yang berkaitan langsung dengan taasub kepada guru
ialah adanya rabitah iaitu murid menambat hatinya dengan syeikh yang Kamil
(sempurna). Syeikh yang roh dan hatinya mencapai maqam musyahadah dan
tahqiq serta berbagai sifat zat yang dinisbahkan kepada zat Allah tanpa kaif dan
tanpa kaifiat. Abdul Ghani al-Nabulsi berkata rabitah ialah rasa kasih sayang
yang amat mendalam dari murid kepada syeikhnya sehingga hatinya sentiasa
berhubungan dengan syeikhnya dalam apa juga keadaan.

Kesimpulan dari konsep rabitah ini dapat dirumuskan empat perkara:


(a) Kasih sayang murid amat mendalam terhadap syeikhnya;
(b) Ikatan yang menjadikan murid sentiasa ingatkan syeikhnya;
(c) Kasih sayang dan ingatan menghasilkan bayangan syeikh dalam
khayalannya; dan
(d) Seorang syeikh sudah sampai maqam musyahadah dan bersifat karamah.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


236  TOPIK 11 SYARAH HADIS TENTANG FANATIK DAN TAASUB

Dari kesimpulan di atas, dapat dibuat satu rumusan umum bahawa fanatik dan
taasub akan berlaku apabila satu-satu tarekat atau didakwa sebagai tarekat,
dipimpin oleh mereka yang berusaha mencari sesuatu kelebihan. Mereka
bukanlah orang yang pandai, tetapi mempunyai sedikit sebanyak ilmu yang
membolehkannya mengabui mata orang awam. Dengan ilmu yang sedikit tetapi
pandai memberi pengajaran, mereka mengeksploitasi orang awam yang jahil
dengan ilmu agama.

Kes di atas serta banyak kes seperti itu adalah contoh umat Islam yang terpesong
dari landasan sebenar. Ini adalah bersesuaian dengan maksud surah al-AnÊam,
ayat 153:

⎯tã öΝä3Î/ s−§xtGsù Ÿ≅ç6¡9$# (#θãèÎ7−Fs? Ÿωuρ ( çνθãèÎ7¨?$$sù $VϑŠÉ)tGó¡ãΒ ‘ÏÛ≡uÅÀ #x‹≈yδ ¨βr&uρ

∩⊇∈⊂∪ tβθà)−Gs? öΝà6¯=yès9 ⎯ÏμÎ/ Νä38¢¹uρ öΝä3Ï9≡sŒ 4 ⎯Ï&Î#‹Î7y™


Maksudnya:
Dan ini jalanku yang lurus maka hendaklah kamu semua mengikutinya dan
jangan kamu ikut jalan-jalan lain maka ia menyebabkan kamu berpecah-belah.

Bahaya telah menimpa umat Islam sejak dahulu lagi apabila ketaksuban dan
kefanatikan ini menjadi cara hidup mereka. la mencukur, bukan mencukur
rambut, tetapi mencukur (al-Haliqah) agama. Bacakan sahaja sejarah kejatuhan
Baghdad, serangan Timurlank terhadap kerajaan Uthmaniah, kejatuhan
Andalusia yang berperang sesama sendiri sehingga orang sanggup berperang
dengan bapa saudara sepupu malahan adik-beradik sendiri kerana merebut
sedikit kekuasaan dan pengaruh. Bacakan pula bagaimana kejatuhan India dari
kerajaan Islam kepada kerajaan yang beragama Hindu yang cukup amat
menyayat hati.

Apa yang berlaku masakini mengulangi semula sejarah masa lampau mereka.
Peranan tetap sama, hanya nama pelakonnya sahaja yang bertukar. Penerbitnya
masih sama. Pentas juga sama. Cerita dan skrip juga tetap sama. Kalau ditanya
siapakah yang menyebabkan umat Islam mundur? Ada yang menjawab kuasa
besar dunia. Ada pula yang menjawab Yahudi. Adakah itu benar? Memang
musuh-musuh Islam sentiasa berpakat memerangi umat Islam, tetapi apa akan
berlaku jika umat Islam semua bersatu dan berpadu. Apa yang boleh dilakukan
oleh kuman-kuman kepada badan manusia yang sihat?

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 11 SYARAH HADIS TENTANG FANATIK DAN TAASUB  237

Penyakit besar umat Islam ialah tidak bersikap sederhana dan menjadi fanatik
dan taasub. Itulah penyakit yang menyerupai kanser yang menghinggapi umat
Islam. Kemudian ia dieksploitasi oleh pihak lain untuk memusnahkan kita.
Ketaksuban telah menukar pemimpin dan guru menjadi berhala, mazhab pula
bertukar menjadi agama. Soalnya, jika semua orang bercakap soal perpaduan,
siapakah yang memecahkan perpaduan? Jika semua orang bercakap tentang
kesederhanaan, siapakah pula yang melampau?

Diceritakan bahawa Abdullah Ibn al-Mubarak, seorang ulama hadis, sedang


mengajar di masjid. Dia berbicara tentang takutkan Allah s.w.t. dan muraqabah,
sedang pendengar pula menangis kerana takutkan Allah s.w.t. Apabila semua
sudah selesai, dilihat mushaf yang dia baca dan tafsir itu hilang. Dia lantas
berkata dalam keadaan yang menghairankan: „Anda semua menangis kerana
takutkan Allah s.w.t. Di masjid ini tiada lagi orang lain selain dari saya dan anda.
Jadi siapa yang mencuri mushaf itu?‰.

Ringkas kata, setiap dari kita harus bermula dengan diri masing-masing.
Islahkan minda dan hati. Minda yang sederhana dan hati yang bebas dari dosa
dalaman. Kesederhanaan yang dimaksudkan adalah dari segi tasawwur dan
suluk. Rawatan utama adalah mengenali hakikat Islam yang sebenarnya.
Kemudian buangkan taksub mazhab. llmu mestilah diambil dari ulama yang
berautoriti dan dengan cara yang beradab. llmu sahaja tidak cukup tetapi ia
diikuti dengan adab munazarah, metode ilmiah dan akhlak ulama.

Jika Islam adalah berasaskan ilmu dan akhlak, maka mana-mana ajaran yang
tidak tunduk kepada ilmu Islam dan akhlak Islam, bukan dari ajaran Islam.
Penuntut ilmu agama sekarang memerlukan adab ulama dan akhlak ulama.
Wasatiyyah itu adil, kesatuan itu rahmat dan bersatu itu membawa banyak
maslahah. Syariat itu adil dan rahmat membawa maslahah. Musuh Islam akan
sentiasa menyusupkan pertentangan agar umat Islam tidak berada pada garis
wasat itu. Mereka akan menolak umat ke tepi sama ada arah ghuluw, tatarruf
sehingga kamu berperang sesama sendiri.

Ini tidaklah pula bermaksud segala polimik ilmu membawa kepada


persengketaan seperti adanya mazhab dalam aliran berfikir. Ia adalah rahmat,
memberi kemudahan, menutup pintu kesusahan dan ia menandakan
fleksibalitinya syariah. Umar Ibn Abdul Aziz pernah berkata: „Aku tidak suka
umat Islam tidak berbeza pendapat, kerana kalau hanya berpegang kepada satu
pendapat sahaja, ia menjadi sempit. Kalau hanya berpegang kepada seseorang
sahaja, ia menjadi sunnah orang itu‰ (http://www.faziliaton.com/iqraÊ/buku6/
index.php).

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


238  TOPIK 11 SYARAH HADIS TENTANG FANATIK DAN TAASUB

SEMAK KENDIRI 11.2

1. Bincangkan punca berlakunya fanatik dan taasub.

2. Berikan contoh semasa berkaitan dengan fanatik dan taasub.

11.3 WASATIYYAH DALAM BERAGAMA

AKTIVITI 11.2

Kaji konsep Wasatiyyah yang dijadikan slogan bagi banyak program


keislaman yang dinyatakan oleh kerajaan Malaysia. adakah ia telah
mencapai konsep sebenar Wasatiyyah dan bagaimana pula kefahaman
masyarakat Islam di Malaysia berkenaan dengannya?

Seterusnya kita akan membincangkan konsep Wasatiyyah dalam beragama.

11.3.1 Pengertian Wasatiyyah


Wasatiyyah dari sudut istilah mempunyai pelbagai maksud.

Menurut Muhammad al-Munawi, Wasat ialah apabila persamaan yang nisbah


sudut-sudut kepadanya semua adalah sama, ia adalah Khiyar al-SyaiÊ (sesuatu
yang terpilih). Apabila tergelincir daripada pertengahan, terjadilah kezaliman
(ketidaksamaan) yang terjerumus dalam kesesatan daripada tujuan (al-Munawi,
Muhammad Abd al-Rahman, 1990; Zulkifli al-Bakri & Mohd Aizam MasÊod,
2012).

Manakala Dr Ahmad Umar Hashim pula mengatakan Wasatiyyah ialah


keseimbangan dan kesaksamaan antara dua pihak, iaitu satu pihak tidak
mendominasi yang lain, tidak terlalu rigid dan tidak terlalu longgar, tidak
melampau dan tidak mengabaikan, tetapi mengikut kepada yang paling utama,
peling tepat, paling baik dan paling sempurna (Hasyim, Ahmad Umar, 1998;
Zulkifli al-Bakri & Mohd Aizam MasÊod, 2012).

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 11 SYARAH HADIS TENTANG FANATIK DAN TAASUB  239

Berdasarkan kepada kedua-dua makna istilah yang diberikan oleh kedua-


dua tokoh, dapat disimpulkan bahawa maksud Wasatiyyah secara istilah
ialah al-IÊtidal (kesederhanaan), al-Khairiyyah (kebaikan), al-Insaf (keadilan)
dan al-RifÊah (ketinggian) dengan sebab sifat-sifat mahmudah (terpuji) yang
tidak terlalu ifrad (rigid) dan tidak terlalu tafrid (longgar).

Apabila istilah Wasatiyyah disandarkan kepada umat Islam, maka Wasatiyyah


membawa maksud umat Islam yang mencapai sifat-sifat mahmudah yang terbit
daripada kedudukan syariat Allah s.w.t. dalam kesederhanaan, kebaikan,
keinsafan dan ketinggian yang menjadikannya sebagai penghulu segala umat,
ketua segala bangsa dan menjadi saksi ke atas mereka pada hari Kiamat.

Justeru, Wasatiyyah bukan bermaksud seseorang itu berada pada tingkatan


sederhana dalam ibadah, amalan atau akhlaknya, atau sederhana dalam ilmu
mahupun pekerjaan sehingga tidak menjadi orang terkehadapan atau cemerlang
dalam kehidupan. Bahkan makna Wasatiyyah adalah yang benar, yang terbaik,
paling utama, paling sempurna dan paling adil sesuai dengan ungkapan sebaik-
baik perkara ialah pertengahannya bererti yang paling adil (Zulkifli al-Bakri &
Mohd Aizam MasÊod, 2012).

11.3.2 Konsep Wasatiyyah dalam Ibadah


Konsep Wasatiyyah dalam ibadah yang paling terserlah dalam agama Islam
ialah konsep kesederhanaan Islam dalam pengsyariatan hukum-hakam ibadah
serta mudah dan praktikal untuk diamalkan. Bagi menjelaskan lagi konsep ini,
kita perlu melihat kepada pendekatan agama lain dalam konsep ibadah mereka.

Sebagai contoh, Islam membawa pendekatan Wasatiyyah dalam ibadah jika


dibandingkan dengan pendekatan Yahudi dan Nasrani. Kita melihat pendekatan
Yahudi dalam ibadah lebih banyak mementingkan dunia dan kebendaan
meterial semata-mata. Sementara pendekatan Nasrani pula lebih benyak
menjurus kepada pengasingan dunia dalam ibadah dan kehidupan (Roslan
Mohamed, Ahmad Wifaq Mokhtar, & Ahmad Husni, 2012).

Mari kita lihat pendekatan Yahudi, Nasrani dan juga agama Islam dalam ibadah.

(a) Pendekatan Yahudi dalam Ibadah


Jika kita membuka kitab Taurat yang telah diubah suai oleh kaum Yahudi,
kita dapati hampir keseluruhan isi kitab ini tidak menyebut mengenai hari
Akhirat dan pembalasannya. Malah hukuman dan ancaman yang disebut

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


240  TOPIK 11 SYARAH HADIS TENTANG FANATIK DAN TAASUB

di dalam kitab ini hanya berkisar kepada hukuman di dunia semata-mata


tanpa menyatakan balasan yang akan diterima pada hari Akhirat.

Allah s.w.t. juga telah menjelaskan perihal mereka di dalam banyak ayat
al-Quran. Antaranya ialah firman Allah s.w.t. yang menceritakan bahawa
mereka adalah manusia yang paling takut akan kematian, dalam surah
al-Baqarah, ayat 94-95:

Ĩ$¨Ψ9$# Èβρߊ ⎯ÏiΒ Zπ|ÁÏ9%s{ «!$# y‰ΨÏã äοtÅzFψ$# â‘#£‰9$# ãΝà6s9 ôMtΡ%x. βÎ) ö≅è%

$yϑÎ/ #J‰t/r& çνöθ¨ΨyϑtGtƒ ⎯s9uρ ∩®⊆∪ š⎥⎫Ï%ω≈|¹ ÷Λä⎢Ψà2 βÎ) |Nöθyϑø9$# (#âθ¨ΖyϑtFsù

∩®∈∪ t⎦⎫ÏΗÍ>≈©à9$$Î/ 7Λ⎧Î=tæ ª!$#uρ 3 öΝÍκ‰É‰÷ƒr& ôMtΒ£‰s%


Maksudnya:
Katakanlah (wahai Muhammad kepada kaum Yahudi): Kalaulah Akhirat
itu telah menjadi hak istimewa untuk kamu pada sisi hukum Allah, tidak
boleh dicampuri oleh orang lain (seperti yang kamu dakwakan itu), maka
cita-citakanlah mati (supaya kamu dimatikan sekarang juga), jika betul
kamu orang-orang yang benar. Dan sudah tentu mereka tidak akan
mencita-citakan mati itu selama-lamanya, dengan sebab dosa-dosa yang
telah mereka lakukan, dan Allah sentiasa mengetahui akan orang-orang
yang zalim itu.

Setelah itu, Allah s.w.t. menjelaskan bahawa mereka dan kaum Musyrikin
adalah manusia yang paling tamakkan kehidupan dunia, dalam firmanNya
dalam surah al-Baqarah, ayat 96:

–Šuθtƒ 4 (#θä.uõ°r& š⎥⎪Ï%©!$# z⎯ÏΒuρ ;ο4θuŠym 4’n?tã Ĩ$¨Ψ9$# š⇑tômr& öΝåκ¨Ξy‰ÉftGs9uρ

βr& É>#x‹yèø9$# z⎯ÏΒ ⎯ÏμÏnÌ“ômt“ßϑÎ/ uθèδ $tΒuρ 7πuΖy™ y#ø9r& ã£ϑyèムöθs9 öΝèδ߉tnr&

∩®∉∪ šχθè=yϑ÷èƒt $yϑÎ/ 7ÅÁt/ ª!$#uρ 3 t£ϑyèãƒ

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 11 SYARAH HADIS TENTANG FANATIK DAN TAASUB  241

Maksudnya:
Demi sesungguhnya engkau (wahai Muhammad) akan dapati mereka itu
setamak-tamak manusia kepada hidup (yang lanjut masanya), dan
(halobanya mereka kepada hidup itu) melebihi haloba orang-orang yang
kafir musyrik. Tiap-tiap seorang dari mereka suka kiranya dia boleh hidup
seribu tahun, padahal umur panjang yang demikian, tidak akan dapat
melepaskannya daripada azab (yang disediakan Allah) dan (ingatlah),
Allah sentiasa melihat akan apa yang mereka lakukan.

Bahkan dalam beriman kepada Allah s.w.t. yang merupakan ibadah asas,
mereka enggan beriman kecuali dengan melihat Allah s.w.t. dengan mata
kepala mereka di dunia, seperti dalam firman Allah s.w.t. dalam surah
al-Baqarah, ayat 55 (Roslan Mohamed, Ahmad Wifaq Mokhtar, & Ahmad
Husni, 2012):

ãΝä3ø?x‹yzr'sù Zοtôγy_ ©!$# “ttΡ 4©®Lym y7s9 z⎯ÏΒ÷σœΡ ⎯s9 4©y›θßϑ≈tƒ óΟçFù=è% øŒÎ)uρ

∩∈∈∪ tβρáÝàΨs? óΟçFΡr&uρ èπs)Ïè≈¢Á9$#


Maksudnya:
Dan ingatlah ketika kamu (kaum Yahudi) berkata: Wahai Musa! Kami tidak
akan beriman kepadamu sehinggalah kami dapat melihat Allah dengan
terang (dengan mata kepala kami). Lalu kamu disambar petir, sedang
kamu semua melihatnya.

Beginilah keadaan sifat melampau yang dipraktikkan oleh golongan


Yahudi sehingga menyebabkan mereka semakin jauh daripada kebenaran
dan garis panduan Allah s.w.t.

(b) Pendekatan Nasrani dalam beribadah


Pendekatan ini pula lebih banyak menjurus kepada pengasingan dunia
dalam ibadah dan kehidupan serta menokok tambah perkara berkaitan
dengan keimanan dan ketuhanan. Walaupun ada di kalangan mereka yang
benar-benar beriman, kebanyakan daripada mereka telah tersesat jalan dan
menderhakai Allah s.w.t.. Terdapat dalam kalangan mereka yang
menggunakan pendekatan melampau dalam kerohanian dan kerahiban,
seperti menjadikan Nabi Isa a.s. dan ibunya sebagai tuhan, mengharamkan
perkahwinan, menyekat hawa nafsu manusia, dan menghalang pelbagai
jenis perhiasan dan rezeki yang baik. Mereka juga melampau-lampau
dalam beribadah sehingga mewajibkan perkara yang tidak wajib dan
mengharamkan perkara yang baik. Penokok tambahan yang dilakukan

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


242  TOPIK 11 SYARAH HADIS TENTANG FANATIK DAN TAASUB

tanpa hujah dan dalil memburukkan lagi keadaan ini (Roslan Mohamed,
Ahmad Wifaq Mokhtar, & Ust Ahmad Husni, 2012).

Seperti yang dinyatakan dalam firman Allah s.w.t. dalam surah al-Hadid,
ayat 27:

çμ≈oΨ÷?s #u™uρ zΟtƒötΒ È⎦ø⌠$# †|¤ŠÏèÎ/ $uΖøŠ¤s%uρ $oΨÎ=ß™ãÎ/ ΝÏδÌ≈rO#u™ #’n?tã $uΖøŠ¤s% §ΝèO

ºπ§‹ÏΡ$t6÷δu‘uρ ZπuΗ÷qu‘uρ Zπsùù&u‘ çνθãèt7¨?$# š⎥⎪Ï%©!$# É>θè=è% ’Îû $oΨù=yèy_uρ Ÿ≅‹ÅgΥM}$#

¨,ym $yδöθã
t u‘ $yϑsù «!$# Èβ≡uθôÊÍ‘ u™!$tóÏGö/$# ωÎ) óΟÎγøŠ=n tæ $yγ≈uΖö;tGx. $tΒ $yδθããy‰tGö/$#

∩⊄∠∪ tβθà)Å¡≈sù öΝåκ÷]ÏiΒ ×ÏWx.uρ ( óΟèδtô_r& öΝåκ÷]ÏΒ (#θãΨtΒ#u™ t⎦⎪Ï%©!$# $oΨ÷s?$t↔sù ( $yγÏFƒt $tãÍ‘

Maksudnya:
Kemudian Kami iringi sesudah mereka; rasul-rasul Kami silih berganti, dan
Kami iringi lagi dengan Nabi Isa Ibn Maryam, serta Kami berikan
kepadanya Kitab Injil; dan Kami jadikan dalam hati orang-orang yang
mengikutnya perasaan belas kasihan sesama sendiri. Dan perbuatan
mereka beribadah secara Rahbaniyyah ă merekalah sahaja yang
mengadakan dan merekakannya: Kami tidak mewajibkannya ke atas
mereka: mereka bernuat demikian kerana mencari keredahaan Allah;
dalam pada itu mereka tidak menjaga dan memeliharanya menurut apa
yang sewajibnya. Oleh itu, orang-orang yang beriman (kepada Nabi
Muhammad) di antara mereka, Kami berikannya pahala dan (sebaliknya)
banyak di antara mereka yang fasik ă derhaka.

Inilah keadaan golongan Nasrani yang jelas dan nyata melampau dalam
urusan yang mereka anggap sebagai rohani dan mengabaikan faktor
jasmani dan sifat sebenar manusia itu.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 11 SYARAH HADIS TENTANG FANATIK DAN TAASUB  243

(c) Manhaj Wasatiyyah Islam dalam Ibadah


Manhaj Wasatiyyah Islam dalam ibadah dijelaskan oleh Allah s.w.t. di
dalam al-Quran, antaranya firmanNya dalam surah al-Qasas, ayat 77:

š∅ÏΒ y7t7ŠÅÁtΡ š[Ψs? Ÿωuρ ( nοtÅzFψ$# u‘#¤$!$# ª!$# š9t?#u™ !$yϑ‹Ïù ÆtGö/$#uρ

’Îû yŠ$|¡xø9$# Æö7s? Ÿωuρ ( šø‹s9Î) ª!$# z⎯|¡ômr& !$yϑŸ2 ⎯Å¡ômr&uρ ( $u‹÷Ρ‘‰9$#

∩∠∠∪ t⎦⎪ωšøßϑø9$# =Ïtä† Ÿω ©!$# ¨βÎ) ( ÇÚö‘F{$#


Maksudnya:
Dan tuntutlah dengan harta kekayaan yang telah dikurniakan Allah
kepadamu akan pahala dan kebahagian hari Akhirat dan janganlah kamu
melupakan bahagianmu (keperluan dan bekalanmu) dari dunia; dan
berbuat baiklah (kepada hamba-hamba Allah) sebagaimana Allah berbuat
baik kepadamu (dengan pemberian nikmatNya yang melimpah-limpah);
dan janganlah kamu melakukan kerosakan di muka bumi, sesungguhnya
Allah tidak suka kepada orang-orang yang berbuat kerosakan.

Jelas di sini Allah s.w.t. menuntut agar umat Islam menggunakan segala
nikmat yang dianugerahkan kepada mereka untuk beribadah kepadaNya,
mentaati perintahNya dan menjauhi segala laranganNya. Semua ini akan
membawa mereka kepada kebahagian dan kesejahteraan di dunia dan
akhirat. Namun begitu, tanggungjawab ini dilaksanakan tanpa mengabaikan
keperluan kehidupan di dunia yang dibenarkan seperti makanan dan
minuman yang baik, pakaian, tempat tinggal dan bekeluarga. Maka mereka
perlu melaksanakan setiap hak yang dipertanggungjawabkan, hak kepada
Allah s.w.t., hak kepada diri, hak kepada keluarga, hak kepada tetamu, hak
kepada masyarakat dan sebagainya (Ibn Kathir, 1999)

Inilah yang dimaksudkan dengan manhaj Wasatiyyah dalam beribadah di


dalam Islam yang menggabungkan dan mengharmonikan antara kedua-
dua keperluan dunia dan akhirat tanpa mengabaikan salah satu dari
keduanya.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


244  TOPIK 11 SYARAH HADIS TENTANG FANATIK DAN TAASUB

Berdasarkan sunnah Nabi s.a.w. pula, terdapat banyak hadis yang


menjelaskan manhaj Wasatiyyah Islam dalam beribadah, antaranya hadis
yang diriwayatkan oleh al-Imam al-Bukhari:

‫ ﺟﺎﺀ ﺛﻼﺙ ﺭﻫﻂ ﺇﱃ ﺑﻴﻮﺕ ﺃﺯﻭﺍﺝ ﺍﻟﻨﱯ ﺻﻠﻰ ﺍﷲ‬:‫ﻋﻦ ﺃﻧﺲ ﺑﻦ ﻣﺎﻟﻚ ﺭﺿﻲ ﺍﷲ ﻋﻨﻪ ﻳﻘﻮﻝ‬
،‫ ﻓﻠﻤﺎ ﺃﺧﱪﻭﺍ ﻛﺄﻬﻧﻢ ﺗﻘﺎﻟﻮﻫﺎ‬.‫ﻋﻠﻴﻪ ﻭ ﺳﻠﻢ ﻳﺴﺄﻟﻮﻥ ﻋﻦ ﻋﺒﺎﺩﺓ ﺍﻟﻨﱯ ﺻﻠﻰ ﺍﷲ ﻋﻠﻴﻪ ﻭ ﺳﻠﻢ‬
.‫ ﺃﻳﻦ ﳓﻦ ﻣﻦ ﺍﻟﻨﱯ ﺻﻠﻰ ﺍﷲ ﻋﻠﻴﻪ ﻭ ﺳﻠﻢ؟ ﻗﺪ ﻏﻔﺮ ﺍﷲ ﻟﻪ ﻣﺎ ﺗﻘﺪﻡ ﻣﻦ ﺫﻧﺒﻪ ﻭﻣﺎ ﺗﺄﺧﺮ‬:‫ﻓﻘﺎﻟﻮﺍ‬
‫ ﻭﻗﺎﻝ‬.‫ ﺃﻧﺎ ﺃﺻﻮﻡ ﺍﻟﺪﻫﺮ ﻭﻻ ﺃﻓﻄﺮ‬:‫ ﻭﻗﺎﻝ ﺁﺧﺮ‬.‫ ﺃﻣﺎ ﺃﻧﺎ ﻓﺈﱐ ﺃﺻﻠﻲ ﺍﻟﻠﻴﻞ ﺃﺑﺪﺍ‬:‫ﻗﺎﻝ ﺃﺣﺪﻫﻢ‬
.‫ ﺃﻧﺎ ﺃﻋﺘﺰﻝ ﺍﻟﻨﺴﺎﺀ ﻓﻼ ﺃﺗﺰﻭﺝ ﺃﺑﺪﺍ‬:‫ﺁﺧﺮ‬

‫ﺃﻧﺘﻢ ﺍﻟﺬﻳﻦ ﻗﻠﺘﻢ ﻛﺬﺍ ﻭﻛﺬﺍ ؟ ﺃﻣﺎ ﻭﺍﷲ ﺃﱐ‬:‫ﻓﺠﺎﺀ ﺭﺳﻮﻝ ﺍﷲ ﺻﻠﻰ ﺍﷲ ﻋﻠﻴﻪ ﻭ ﺳﻠﻢ ﻓﻘﺎﻝ‬
‫ ﻓﻤﻦ ﺭﻏﺐ ﻋﻦ‬،‫ﻷﺧﺸﺎﻛﻢ ﷲ ﻭﺃﺗﻘﺎﻛﻢ ﻟﻪ ﻟﻜﲏ ﺃﺻﻮﻡ ﻭﺃﻓﻄﺮ ﻭﺃﺻﻠﻲ ﻭﺃﺭﻗﺪ ﻭﺃﺗﺰﻭﺝ ﺍﻟﻨﺴﺎﺀ‬
.‫ﺳﻨﱵ ﻓﻠﻴﺲ ﻣﲏ‬
Maksudnya:
Anas bin Malik r.a. menceritakan bahawa datang tiga orang lelaki ke
rumah isteri Nabi s.a.w. bertanya tentang ibadah Nabi s.a.w. Tatkala
dikhabarkan (tentang ibadah Baginda), mereka merasakan seolah-olah ia
amat sedikit (bagi diri mereka jika dibandingkan dengan Nabi s.a.w.). Lalu
mereka berkata: Dimanakah kedudukan kita jika dibandingkan dengan
kedudukan Nabi s.a.w. yang telah diampunkan dosa-doa yang lalu dan
yang akan datang? Berkata salah seorang dari mereka: Adapun aku, maka
aku akan bersolat malam selama-lamanya. Berkata yang lain: Aku akan
berpuasa sepanjang masa dan tidak akan berbuka. Berkata yang terakhir:
Aku akan menghindari wanita dan tidak akan berkahwin selama-lamanya.

Maka Rasulullah s.a.w. datang kepada mereka dan bersabda: „Kaliankah


yang mengatakan begini dan begitu? Ketahuilah, demi Allah!
Sesungguhnya akulah orang yang paling takut antara kalian kepada Allah
dan paling bertaqwa kepadaNya antara kalian. Akan tetapi aku berpuasa
dan berbuka, bersolat (malam) dan tidur, serta aku menikahi wanita. Maka
sesiapa yang berpaling daripada sunnahku, maka dia tidak termasuk
daripadaku.‰

(Al-Bukhari, 1987, Kitab al-Nikah, Bab al-Targhib Fi al-Nikah, jilid 5,


halaman 1949, nombor hadis: 4776)

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 11 SYARAH HADIS TENTANG FANATIK DAN TAASUB  245

Inilah manhaj Wasatiyyah yang menunjukkan bahawa Islam adalah agama


kesederhanaan dan seimbang.

Antaranya lagi seperti hadis yang diriwayatkan oleh al-Imam al-Bukhari


dan Muslim:

‫ ﻛﺎﻧﺖ ﻋﻨﺪﻱ ﺍﻣﺮﺃﺓ ﻓﺪﺧﻞ ﻋﻠﻲ ﺭﺳﻮﻝ ﺍﷲ ﺻﻠﻰ ﺍﷲ ﻋﻠﻴﻪ‬:‫ﻋﻦ ﻋﺎﺋﺸﺔ ﺭﺿﻲ ﺍﷲ ﻋﻨﻬﺎ ﻗﺎﻟﺖ‬
‫ ﻣﻪ ﻋﻠﻴﻜﻢ ﻣﺎ‬:‫ ﻓﻘﺎﻝ‬.‫ ﻓﻼﻧﺔ ﻻ ﺗﻨﺎﻡ ﺑﺎﻟﻠﻴﻞ ﺗﺬﻛﺮ ﺻﻼﻬﺗﺎ‬:‫ ﻗﻠﺖ‬. ‫ ﻣﻦ ﻫﺬﻩ؟‬:‫ﻭﺳﻠﻢ ﻓﻘﺎﻝ‬
.‫ﺗﻄﻴﻘﻮﻥ ﻣﻦ ﺍﻷﻋﻤﺎﻝ ﻓﺈﻥ ﺍﷲ ﻻ ﳝﻞ ﺣﱴ ﲤﻠﻮﺍ‬
Maksudnya:
Daripada ÂAisyah r.a. berkata: Pernah seorang wanita duduk bersamaku di
rumahku, lalu Rasulullah s.a.w. masuk ke dalam rumah dan bertanya:
„Siapakah wanita ini?‰ Aku menjelaskan bahawa dia ialah wanita yang
tidak tidur malam kerana bersolat. Maka Nabi s.a.w. bersabda: „Ambillah
daripada amalan, apa yang kamu mampu, maka sesungguhnya Allah tidak
bosan sehingga kamu bosan‰.

(al-Bukhari, 1987, Kitab Abwab al-Tahajjud, Bab Ma Yakrah Min al-Tasydid


fi al-ÂIbadah, jilid 1, halaman 386, nombor hadis: 1100)

Itu merupakan petunjuk daripada Nabi s.a.w. yang menggalakkan amal


ibadah yang bersederhana dan tidak melampau-lampau. Hadis ini juga
menunjukkan bahawa Nabi s.a.w. sangat mengambil berat kepentingan
umatnya dengan menjelaskan konsep Wasatiyyah dalam ibadah yang
mampu dilakukan oleh umatnya tanpa dibebankan dengan bebanan yang
bolah memudaratkan diri sendiri dan merosakkan ibadah lain agar mereka
dapat beribadah dengan tenang dan penuh penghayatan (Al-Nawawi,
2003).

11.3.3 Penyelesaian Masalah


Sifat adalah berpunca dari faktor pemikiran, kejiwaan, kemasyarakatan dan
politik. Bagi mengubatnya juga memerlukan faktor yang sama dan bertitik tolak
dari Islam dalam konteks yang bercorak keagamaan. Kontradiksi yang nyata
hendaklah dihilangkan dari kehidupan mereka.

Golongan fanatik dan taasub hendaklah digauli dengan baik. Kita tidak harus
menjadi hakim kepada mereka, tetapi cubalah membela. Hukuman tidak patut
terlalu cepat dijatuhkan tanpa pembelaan diri, terutamanya tanpa mengenali
dari dekat tetapi menghukum dari jauh. Gambaran yang keterlaluan hendaklah
Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)
246  TOPIK 11 SYARAH HADIS TENTANG FANATIK DAN TAASUB

dielakkan kerana ia boleh menjadikan orang takut dan keliru dengan hakikat
yang sebenar.

Setiap orang hendaklah memperbaiki diri sendiri. Masyarakat pula mesti


mendekati agama dan mengikut apa yang diperintahkan oleh Allah s.w.t.
Apabila setiap orang bertenang, lembut, bijaksana dan bersederhana, barulah
boleh mengajak orang lain untuk bertenang, lembut, bijaksana dan bersederhana.

Peranan badan-badan agama adalah amat penting dalam menangani kes-kes


ketaasuban ini. Segala tindakan hendaklah berdiri atas kebenaran semata-mata,
tanpa dipengaruhi oleh pihak lain dalam membuat keputusan. Institusi agama
hendaklah menjadi rujukan masyarakat dengan melahirkan generasi ulama yang
berpengetahuan agama yang mendalam dan berfikiran yang tajam.

SEMAK KENDIRI 11.3

1. Kupas maksud Wasatiyyah dalam Islam dan ciri-cirinya.

2. Bincangkan hujah-hujah beribadah secara Wasatiyyah dalam


Islam dengan membuat perbandingan dengan agama lain.

 Fanatik bermaksud sikap yang keterlaluan dan melampau dalam sesuatu


pegangan atau pendirian yang biasanya berkaitan dengan keagamaan. la
disama ertikan dengan taasub.

 Taasub dan fanatik adalah sikap menutup pintu bagi pandangan lain yang
berbeza dan berusaha untuk menidakkannya. Sikap ini adalah memandang
bahawa hanya diri sendiri atau kumpulannya sahaja yang betul.

 Golongan melampau dan taasub akan memperlihatkan sikap prasangka


buruk kepada pihak lain. Mereka lebih banyak menuduh dan menghukum
dari memberi nasihat dan pengajaran.

 Terdapat banyak hadis Rasulullah s.a.w. yang melarang umatnya dari


bersikap fanatik, taasub, melampaui batas dan berlebih-lebihan.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 11 SYARAH HADIS TENTANG FANATIK DAN TAASUB  247

 Rasulullah s.a.w. menerangkan kepada kita tentang kemudahan dan


kesenangan dalam urusan agama Allah s.w.t. ini. Ia tidak memerlukan
kepada sikap berlebih lebihan atau melampau yang boleh membawa kepada
fanatik dan taasub.

 Sikap tasamuh dan berlapang dada hendaklah diutamakan terutamanya


apabila berhadapan dengan mereka yang baru memeluk Islam atau berada di
negara bukan Islam.

 Bahaya yang menimpa umat Islam sejak dahulu lagi adalah apabila
kefanatikan dan ketaasuban ini menjadi cara hidup mereka. la mencukur,
bukan mencukur rambut, tetapi mencukur (al-Haliqah) agama.

 Wasatiyyah secara istilah bermaksud al-IÊtidal (kesederhanaan), al-


Khairiyyah (kebaikan), al-Insaf (keadilan) dan al-RifÊah (ketinggian) dengan
sebab sifat-sifat mahmudah (terpuji) yang tidak terlalu ifrad (rigid) dan tidak
terlalu tafrid (longgar).

 Sifat melampau yang dipraktikkan oleh golongan Yahudi sehingga


menyebabkan mereka semakin jauh daripada kebenaran dan garis panduan
Allah s.w.t.

 Allah s.w.t. menuntut agar umat Islam menggunakan segala nikmat yang
dianugerahkan kepada mereka untuk beribadah kepadaNya, mentaati
perintahNya dan menjauhi segala laranganNya. Namun begitu,
tanggungjawab ini dilaksanakan tanpa mengabaikan keperluan kehidupan di
dunia yang dibenarkan seperti makanan dan minuman yang baik, pakaian,
tempat tinggal dan bekeluarga.

 Sifat fanatik dan taasub adalah berpunca dari faktor pemikiran, kejiwaan,
kemasyarakatan dan politik.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


248  TOPIK 11 SYARAH HADIS TENTANG FANATIK DAN TAASUB

Al-Haliqah Pengasingan dunia


Adil Taasub
Fanatik Tasamuh
Manhaj Yahudi
Material Wasatiyyah
Nasrani

Abu Daud, Sulayman bin al-AsyÊath. (2007). Sunan Abi Daud. Beirut: Dar al-
Kitab al-ÂArabi.

Al-Bukhari, Muhammad bin IsmaÊil al-JuÊfi. (1978). Al-JamiÊ al-Sahih al-


Mukhtasar. Beirut: Dar Ibn Kathir.

al-NÊsai', Ahmad bin SyuÊaib. (1986). Sunan al-NasaiÊ. Halb: Maktab al-MatbuÊah
al-Islamiyyah.

Al-Tirmizi, Muhammad bin ÂIsa. (t.t.). JamiÊ al-Tirmizi. Beirut: Dar IhyaÊ al-
Turath al-ÂArabi.

Ibn Majah, Muhammad bin Yazid, Sunan Ibn Majah, Sulayman bin al-AsyÊath.
Beirut: Dar al-Fikr.

Ibn Kathir, IsmaÊil bin ÂUmar bin Kathir. (1999). Tafsir al-Quran al-ÂAzim. Riyadh:
Dar Tayyibah.

Muslim, Muslim bin al-Hajjaj. (1972). Sahih Muslim. Beirut: Dar al-Jayl.

Roslan Mohamed, Ahmad Wifaq Mokhtar, & Ahmad Husni. (2012). Wasatiyyah
dalam Ibadah. Kertas Kerja Manhaj Fiqah Wasathiy, Kuala Lumpur: Telaga
Biru Sdn Bhd.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 11 SYARAH HADIS TENTANG FANATIK DAN TAASUB  249

Zulkifli al-Bakri, & Mohd Aizam MasÊod. (2012). Wasatiyyah dalam Akidah.
Kertas Kerja Manhaj Fiqah Wasathiy, Kuala Lumpur: Telaga Biru Sdn Bhd.

Mohd Kamil Abd Majid. (t.t.). Ebook JAKIM. Dicapai dari http://www.
faziliaton.com/iqraÊ/buku6/index.php.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


MODULE FEEDBACK
MAKLUM BALAS MODUL

If you have any comment or feedback, you are welcome to:

1. E-mail your comment or feedback to modulefeedback@oum.edu.my

OR

2. Fill in the Print Module online evaluation form available on myINSPIRE.

Thank you.

Centre for Instructional Design and Technology


(Pusat Reka Bentuk Pengajaran dan Teknologi )
Tel No.: 03-27732578
Fax No.: 03-26978702

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)

You might also like