You are on page 1of 7

Tarikh : 28 DECEMBER 2017

Masa : 9.00 Pagi

Tempat : Bilik Mesyuarat

Pengerusi : En.R.CHANDRASEKHARAN ( Guru Besar )

Kehadiran : PN.K.ELIZABETH
PN.M.SUNDARY
PN.M.THANAVALLE
PN.V.KAMALAVASINI
PN.I.AMMARAHMBIGAI
CIK.R.SELVARANI
PN.K.HEMA
PN.B.SATHIA BAMA
PN.S.PREMMELA
EN.S.RAMU
PN.JOANNE RENU ALEXANDER
CIK.P.ROGHINI
EN.U.RAJAN
EN.ZOOL FADLI BIN ABD.RAHMAN

Setiausaha : En.P.Sri Prakash


Tidak Hadir : - Tiada –

1.0 Perutusan Pengerusi

1.1 En.R.CHANDRASEKHARAN selaku Guru Besar mengucapkan terima


kasih kepada semua guru yang hadir ke mesyuarat guru kali pertama
bagi sesi persekolahan 2018.
1.2 Guru Besar berharap untuk sesi persekolahan 2018, guru-guru perlu
lebih muhasabah diri demi kecemerlangan anak-anak didik SJKT Jln
San Peng khususnya.
1.3 Guru Besar berharap susun atur kelas untuk sesi persekolahan 2018
mestilah bercirikan susun atur kelas abad ke 21 yang membolehkan
murid-murid terlibat secara aktif dengan PdPc yang berlangsung.
1.4 Guru Besat berharap guru kelas memastikan ‘Satu pelajar, satu set
kerusi dan meja’ khusus Tahun 1 pada awal sesi persekolahan
direalisasikan. Perlu juga pastikan semua kelas dalam keadaan yang
selesa dan kondusif demi kelangsungan sesi Pdpc yang berkesan.
Hak Cipta Terpelihara © Pejabat Pendidikan Wilayah Bangsar & Pudu
2 Januari 2014-Keluaran 03 | Pindaan 01
Tindakan: Makluman
2.0 PENGESAHAN MINIT MESYUARAT
2.1. – TIADA -

3.0 PERKARA BERBANGKIT:


3.1. – TIADA -

4.0 PERKARA PERKARA BAHARU


4.1 Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025
4.1.1 Guru Besar menerangkan mengenai Pelan Pembangunan Pendidikan
Malaysia (PPPM) 2013-2025 telah menetapkan bahawa mulai 2014
Kelayakan Profesional Kepimpinan Pendidikan Kebangsaan (National
Professional Qualification for Educational Leaders (NPQEL) yang
dikeluarkan oleh Institut Aminudin Baki (IAB) Kementerian Pelajaran
Malaysia menjadi prasyarat pelantikan pengetua/guru besar di Malaysia.
Ketetapan ini bermakna sesiapapun guru di Malaysia yang ingin menjadi
pengetua di sekolah menengah dan guru besar di sekolah rendah
diwajibkan memiliki NPQEL selain syarat-syarat lain.
Tindakan : Makluman
4.2 Buku Pengurusan 2018
4.2.1 Guru-guru diminta merujuk Buku Pengurusan 2018 untuk senarai tugasan
guru bagi sesi persekolahan 2018.
4.2.2 Guru Besar meminta semua guru penyayang yang bertugas supaya datang
awal untuk bertugas mengikut jadual yang ditetapkan. Ketua guru bertugas
mingguan pula perlu peka dengan giliran tugasan mingguan supaya guru
yang bertugas bukan dari kalangan orang yang sama. Guru bertugas
mingguan juga diingatkan supaya memberi ucapan yang boleh
memotivasikan murid semasa bertugas pada waktu pagi dan elakkan
memarahi murid.
Tindakan : Guru Bertuagas dan Semua Guru

4.3 Kedatangan Guru dan Perakam Waktu


4.3.1 Guru Besar mengingatkan guru-guru supaya hadir ke sekolah mengikut
masa yang ditetapkan dan ‘punch-in’ apabila sampai ke sekolah dan
‘punch-out’ sebelum meninggalkan sekolah sebagai bukti kehadiran guru
ke sekolah. Guru digalakkan datang awal supaya lebih bersedia untuk
PdPc.
Tindakan : Semua Guru

Hak Cipta Terpelihara © Pejabat Pendidikan Wilayah Bangsar & Pudu


2 Januari 2014-Keluaran 03 | Pindaan 01
4.4 Buku Rekod Pengajaran dan Pembelajarn / RPH & RPT 2017
4.4.1 Guru-guru perlu melengkapkan Buku Rekod Pengajaran 2018 (RPH dan
maklumat guru) dan hantar untuk disemak pada 2 Januari 2018 sebelum
PdPc bermula.
Tindakan : Semua Guru
4.5 Jadual Waktu Guru 2018
4.5.1 Guru Besar meminta guru kelas menampal jadual waktu kelas di papan
kenyataan kelas serta perbanyakkan jadual tersebut kepada murid masing-
masing.
Tindakan : Makluman

4.6 Minit Curai


4.6.1 Setiap guru yang menghadiri kursus, taklimat atau mesyuarat perlu
mengisi borang minit curai sebagai rujukan untuk tindakan selanjutnya.
Akan tetapi masih ramai guru yang tidak berbuat demikian, oleh itu
diingatkan supaya guru-guru yang terlibat hendaklah mengisi borang minit
curai dan membuat salinan untuk Guru Besar dan juga untuk simpanan fail
panitia.
Tindakan : Semua Guru

4.7 Laporan Panitia


4.7.1 Guru Besar meminta Ketua-ketua Panitia yang belum menghantar laporan
dan perancangan tahun 2018 supaya berbuat demikian dengan kadar yang
segera. Laporan tersebut sangat penting untuk tujuan penambahbaikan
yang perlu diambil sekiranya terdapat sebarang kelemahan yang berlaku
sepanjang tahun 2017.
Tindakan : Ketua Panitia

4.8 Buku Kedatangan Murid


4.13.1 Guru Besar meminta guru-guru kelas melengkapkan butiran-butiran
maklumat murid pada lembaran kedatangan sementara supaya mudah
untuk dirujuk sekiranya terdapat sebarang masalah melibatkan murid.
4.13.2 Beliau juga meminta guru kelas memaklumkan kepada penyelaras e-
kehadiran / ponteng atau GPK HEM sekiranya terdapat murid yang tidak
hadir berturut-turut untuk tindakan selanjutnya.
Tindakan : Guru Kelas
4.9 Perabot Kelas dan Murid
4.9.1 Guru Besar memaklumkan bahawa perabot kelas (meja dan kerusi)
telahpun disusun mengikut bilangan murid setiap kelas.
4.14.2 Guru kelas diminta menyusun kedudukan kerusi dan meja mengikut
sususan kelas abad ke 21. Meja guru pula jangan diletakkan di bahagian
belakang kelas.

Hak Cipta Terpelihara © Pejabat Pendidikan Wilayah Bangsar & Pudu


2 Januari 2014-Keluaran 03 | Pindaan 01
4.14.3 Guru kelas juga diminta memastikan kerusi dan meja yang rosak supaya di
bawa ke tempat yang sepatutnya bagi mengelakkan murid tercedera
semasa menggunakan perabot tersebut.
Tindakan : Guru Kelas
4.10 Disiplin Murid (Laporan SSDM)
4.10.1 Guru Besar mengucapkan terima kasih kepada Unit Disiplin SJKT SP
terutama kepada Ketua Unit Disiplin iaitu En. Ramu kerana telah banyak
menyelesaikan masalah-masalah disiplin seperti gaduh, curi, ugut dan
lain-lain. Diharap untuk tahun 2018, masalah-masalah tersebut berjaya
dikurangkan dengan bantuan guru-guru lain.
Tindakan : Semua Guru
4.11 Laporan dan Dokumentasi Program 2017
4.11.1 Guru Besar mengucapkan tahniah dan terima kasih kepada penyelaras
program KBS dan Panitia Pendidikan Islam kerana telah menghantar
laporan program-program sepanjang tahun 2017. Beliau berharap supaya
penyelaras bagi program-program lain juga berbuat demikian.
Tindakan : Penyelaras Dokumentasi dan Semua Guru

Mesyuaratdi tangguhkan pada pukul 3.15 petang.

Di sediakan oleh :

………………………………………………
( EN.P.Sri Prakash )
Setiausaha dan Penyelaras Linus
Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil Jalan San Peng, KL.

Hak Cipta Terpelihara © Pejabat Pendidikan Wilayah Bangsar & Pudu


2 Januari 2014-Keluaran 03 | Pindaan 01
PK07- LAMPIRAN 1
SJK (T) JLN SAN PENG,
JLN SAN PENG,
55200 KUALA LUMPUR.
MEMO DALAMAN

Ruj. Kami :
Tarikh : 20 Januari 2017

Kepada :
Semua guru Linus

Tuan/Puan,

NOTIS MESYUARAT LINUS KALI – 1/2016

Dengan hormatnya perkara di atas dirujuk.

2. Sukacita dimaklumkan bahawa mesyuarat di atas akan diadakan seperti ketentuan yang
berikut :

Tarikh : 24 Januari 2017


Masa : 1.30 Tgh
Tempat : Bilik Mesyuarat
Pengerusi : En.R.CHANDRASEKHARAN ( Guru Besar )
Pakaian : Rasmi

3. Agenda mesyuarat adalah seperti berikut;


Hak Cipta Terpelihara © Pejabat Pendidikan Wilayah Bangsar & Pudu
2 Januari 2014-Keluaran 03 | Pindaan 01
1.0 Perutusan Pengerusi
2.0 Pengesahan Mesyuarat
3.0 Perkara Berbangkit
4.0 Penyelarasan Jawatankuasa
5.0 Laporan LINUS
6.0 Perancangan
7.0 Lain Lain

Kehadiran dan kerjasama tuan/puan dalam perkara ini amat dihargai.

Sekian, terima kasih.

Saya yang menurut perintah,

........................................................
( EN.P.Sri Prakash )
Setiausaha dan Penyelaras Linus
SPSK PK 07-LAMPIRAN 2
SEKOLAH JENIS KEBANGSAAN (TAMIL) JLN SAN PENG,KL.

SENARAI KEHADIRAN MESYUARAT

Mesyuarat : Linus kali - 1/2017

Tarikh : 24 Januari 2017

Masa : 1.30 tgh

Tempat : Bilik Mesyuarat

Pengerusi : Guru Besar

BIL NAMA TANDATANGAN


1
2
3
4
5
6
7
8
9
10
11

Hak Cipta Terpelihara © Pejabat Pendidikan Wilayah Bangsar & Pudu


2 Januari 2014-Keluaran 03 | Pindaan 01
12
13
14
(Sila tambah/kurangkan ruangan mengikut bilangan ahli jawatankuasa)

TIDAK HADIR

BIL NAMA GURU CATATAN


1
2
(Sila tambah/kurangkan ruangan mengikut bilangan ahli jawatankuasa)

Disediakan oleh :
…………………………............................................………………….
( EN.P.Sri Prakash )
Setiausaha dan Penyelaras Linus

Hak Cipta Terpelihara © Pejabat Pendidikan Wilayah Bangsar & Pudu


2 Januari 2014-Keluaran 03 | Pindaan 01

You might also like