You are on page 1of 2

MINIT MESYUARAT PANITIA SEJARAH

BILANGAN 1/2018

SK BATU 36

Tarikh : 3 Januari 2018

Hari : Rabu

Masa : 10.00 – 11.00a.m.

Tempat : Makmal Komputer

Kehadiran:

1. En. Foo Tai Ling


2. Pn. Norhayati Binti Iskandar

1.0 Ucapan Pengerusi

1.1 Ketua Panitia mengucapkan terima kasih kepada semua yang hadir ke mesyuarat kali pertama bagi
tahun 2018. Ketua Panitia mengharapkan kerjasama yang padu daripada ahli agar semua aktiviti yang
dirancang dapat berjalan dengan lancar.

2.0 Jawatankuasa Panitia Sejarah

2.1 Pelantikan Jawatankuasa Panitia Sejarah telah diadakan.

3.0 Sukatan Pelajaran dan Rancangan Tahunan Sejarah

3.1 Perbincangan mengenai penggunaan RPT/HSP dilaksanakan supaya menggunakan bahan yang
diselaraskan.

4.0 Format rancangan Pelajaran Harian Sejarah

4.1 Perbincangan mengenai penggunaan RPH. Ketua Panitia meminta semua guru panitia menggunakan
format yang sama bagi RPH Sejarah. Guru yang mengikuti Kursus DSKP Sejarah perlu menyampaikan
maklumat terkini tentang mata pelajaran Sejarah.

5.0 Pengurusan kertas Peperiksaan


5.1 Ketua Panitia telah membahagikan guru mata pelajaran yang terlibat untuk menyediakan kertas ujian
dan perkara ini mendapat persetujuan.

KP meminta semua guru untuk memberikan salinan hard copy dan soft copy kertas ujian peperiksaan
yang telah siap untuk disimpan dalam bank soalan fail panitia.

6.0 Perancangan Aktiviti Tahunan

6.1 Kuiz Bulan Kemerdekaan dan Pertandingan Mewarna Bendera Malaysia dan Sarawak akan diadakan
semperna sambutan Bulan Merdeka 2018.

7.0 Hal-Hal Lain

7.1 Aktiviti-aktiviti yang telah dirancang, dicadangkan untuk dilaksanakan dalam program sambutan
Bulan Kemerdekaan bersama Panitia Moral.

8.0 Penangguhan Mesyuarat

8.1 Mesyuarat telah ditangguhkan pada jam 11.00am dan KP mengucapkan terima kasih atas kerjasama
yang diberikan.

Disediakan Oleh: Disahkan Oleh:

(Norhayati Binti Iskandar ) (Foo Tai Ling)

Setiausaha Panitia Sejarah Ketua Panitia Sejarah

SK Batu 36. SK Batu 36.

You might also like