You are on page 1of 5

SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN TUNKU ISMAIL

08000 SUNGAI PETANI , KEDAH DARUL AMAN.

MINIT MESYUARAT JAWATANKUASA INDUK


HAL EHWAL MURID

BIL : 1 TAHUN : 2018


TARIKH : 9 JANUARI 2018 ( SELASA)
MASA : 2.15 PETANG
TEMPAT : BILIK WAWASAN , SMK TUNKU ISMAIL.

KEHADIRAN
Hadir :
1 En Zahari Bin Zakaria (PK Hem) 20 Pn Hanizatul Husna Bt Husin
2 Pn Low Swee Yuen (PK Pentadbiran) 21 En Ho Bee Seng
3 Pn Tunku Shofurha Binti Tunku Ahmad (PK Koku) 22 Pn Huraini Bt Daud
4 Pn Ruzana Binti Abidin ( PK Ting 6) 23 En Lim Eu Si
5 En Ko Kiew Pek 24 Pn Lolita Bt Mohd Yusuf
6 Cik Gunawaty A/P Sinnathamby 25 Pn Mazlifah Bt Che Ahmad
7 Pn Norsiah Binti Ismail 26 En Yusof Bin Kamis
8 Pn Azmarya Bt Azhar 27 Mohamed Khaeery Bin Ahmad
9 Pn Che Hindon Bt Osman 28 En Murthy Sagar Dewadoo
10 Pn Choong Chin Han 29 Pn Nasitah Bt Saad @Haron
11 Pn Fatin Hanim Binti Rosdi 30 Pn Noor Aziyan Bt Aziz
12 En Gobu A/L Govindaraju 31 Pn Noor Haidah Bt Yaakob
13 Pn Hafsah Bt Jamaludin 32 Pn Nor Farah Liyana Bt Mohamed Nasir
14 Pn Norhatina Bt Abu Bakar 33 Pn Siti Salwa Bt Ahmad Suhaimi
15 Pn Parameswary A/p Letchumanan 34 Pn Siti Sarah Bt Abu Bakar
16 En Raja Badi’ozman Bin Raja Samat 35 Pn Suzaini Bt Abu Bakar
17 En Saw Kean Tat 36 Pn Tan Bak Lee
18 Pn Shabihah Bt Bahari 37 En Zainuddin Bin Mohamad
19 Pn Sharifah Noraza Bt Zabali

I. PERUTUSAN PENGERUSI
1. Mesyuarat dipengerusikan oleh Yang Berusaha En.Zahari Bin Zakaria Beliau mengalu-alukan kehadiran semua
guru dan ahli jawatankuasa induk unit Hem. Dalam ucapan aluan, beliau menjelaskan segala program yang telah
dilaksanakan pada 2017 akan diberi penambahbaikan bagi memastikan kelancaran program 2018

Makluman : Semua Guru

II. MEMBENTANG DAN MENGESAHKAN MINIT MESYUARAT


2. En Lim Eu Si telah mencadangkan Minit Mesyuarat Jawatankuasa Induk Bil 3 /2017 disahkan dan disokong oleh
En Hoo Bee Seng

Makluman : Semua Guru


III. PERKARA BERBANGKIT
3. Pengerusi bertanyakan hal berkaitan dengan ujian urin telah dirancang oleh unit ppda namun tidak dapat
dilaksanakan pada tahun 2017.Pn Noor Haidah Binti Yakoob menjelaskan bahawa , En Mohamad Yusof Bin
Kamis telah mencari kit urin di farmasi sekitar Sungai Petani, namun kit tersebut telah habis dijual. Oleh itu,
program telah ditanggung dan akan dilaksanakan semula pada 2018. Ujian ini akan dijalankan dengan kerjasama
pihak Aadk.

1
Makluman : Semua Guru
Tindakan : Setiausaha PPDa

4. Pengerusi menjelaskan pengusaha kantin 2017 telah ditamatkan tender mereka dan diganti dengan pengusaha
kantin yang baru. Pada peringkat awal persekolahan ini, kebersihan dan makanan di kantin dalam keadaan
memuaskan . Namun begitu, pengerusi meminta unit jawatankuasa kantin memantau sebulan sekali bagi
memastikan kebersihan makanan dan kantin dalam keadaan terjamin

Makluman : Semua Guru


Tindakan : Setiausaha Kantin

IV. PENGURUSAN HAL EHWAL MURID


5. Pengerusi mengingatkan guru-guru berkaitan pengurusan pelajar ponteng sekolah perlulah mengikut prosuder
yang telah ditetapkan oleh pihak sekolah. Nama pelajar yang ponteng sekolah atau tidak hadir perlu dicatat dalam
buku diari kelas agar tindakan di masa hadapan tidak menyalahi pihak guru.

6. Guru-guru diingatkan oleh PK Hem berkaitan kes pelajar yang dibuang sekolah. Pelajar yang telah dibuang sekolah
dan mendaftar kembali pada tahun ini perlu membuat rayuan persekolahan di PPD untuk kembali bersekolah
seperti sedia kala.

7. PK Hem iaitu En Zahari Bin Zakaria turut menyatakan hal berkaitan pergerakan pelajar keluar dan masuk ke kelas.
Pelajar yang ingin keluar kelas perlu menggunakan kad kebenaran keluar kelas. Hal ini bertujuan untuk mengawal
pergerakan pelajar didalam kelas dan mengelakkan masalah ponteng kelas. Guru yang tidak mempunyai kad
kebenaran keluar kelas jugak boleh dapatkan di bilik PK Hem. Selain itu, 2 orang pelajar perempuan diberi
kebenaran untuk keluar serentak manakala seorang sahaja untuk pelajar lelaki .Hal ini telah mendapat persetujuan
oleh tuan pengetua.

8. Dalam pengurusan hal ehwal murid juga, guru-guru dijelaskan hal berkaitan salah laku pelajar. Para guru boleh
mengakses Sistem Salah Laku Displin Murid (SSDM) dan memasukan nama pelajar yang telah melakukan
kesalahan yang melanggar peraturan sekolah. Guru boleh mengakses menggunakan nama pengguna KEA3105
(kod sekolah ) dan kata laluan ialah DISP .Nama pelajar yang telah disenaraikan dalam SSDM akan disahkan oleh
pentadbir iaitu pengetua.

9. PK Hem juga menyampaikan amanat pengetua iaitu mengingatkan semua guru kelas perlu berada di tapak
perhimpunan bersama pelajar setiap hari untuk diambil rekod kehadiran.

Makluman : Semua Guru

V . LAPORAN UNIT HEM


10. Jawatankuasa Pengurusan Kesihatan dan Keselamatan Persekitaran Fizikal Sekolah
10.1 Pn Parameswary A/P Letchumanan menjelaskan bahawa pelajar tingkatan 3 akan menjalani
pemeriksaan kesihatan dan suntikan imunisasi Anti Tetanus Toxoid (ATT) pada 28 Febuari 2018 dan
borang telah diserahkan pada guru kelas.

10.2 PK Hem turut memberi peringatan kepada jawatankuasa keselamatan agar memeriksa alat pencegah
kebakaran (fire extinguisher) berada dalam keadaan baik dan boleh digunakan .

Makluman : Semua Guru


Tindakan : Jawatankuasa Pengurusan Kesihatan dan Keselamatan Persekitaran
Fizikal Sekolah

2
11. Jawatankuasa Kebajikan , Biasiswa dan KWAMP
11.1 Guru perlu mengemaskini pendapatan dan maklumat pelajar tingkatan 1 selewat-lewatnya pada 31 Januari
2018 bagi memudahkan pemilihan pelajar yang layak mendapat bantuan Kumpulan Wang Amanah Pelajar
Miskin (KWAPM) .

11.2 Aplikasi Pengkalan Data Murid (APDM) perlu dikemaskini oleh guru kelas tingkatan 2, 3, 4 dan 5 selewat-
lewatnya pada 10 Januari 2018
Makluman : Semua Guru
Tindakan : Semua Guru
12. Jawatankuasa Pengurusan Bimbingan dan Kaunseling / Sekolah Penyayang
12.1 Pn Noor Haidar Binti Yaakob menjelaskan perancangan tahunan unit bimbingan dan kaunseling pada
2018 lebih menekankan pada aspek sahsiah dan displin pelajar. Malah pada tahun ini, unit B&K
memfokuskan untuk memperkasakan Sekolah Amalan Penyayang. Beliau menyatakan bahawa guru B&K
akan bertugas bersama guru bertugas di pintu pagar kerana terdapat perubahan sikap yang lebih positif
apabila guru –guru bersama menyambut pelajar dipintu pagar sekolah iaitu menghormati guru dengan
mengucapkan salam dan selamat pagi serta mereka tidak menunggang motorsikal didalam kawasan
sekolah lagi malah mematikan suis motorsikal dan menolak motorsikal memasuki kawasan sekolah

12.2 Guru juga diminta merujuk kepada guru B&K serta guru displin sekiranya terdapat pelajar yang mengalami
masalah kemurungan , displin dan sebagainya.

12.3 Pn Noor Haidar turut memberi tahu bahawa pada tahun lepas sahaja terdapat 19 kes polis yang telah
dilaporkan melibatkan pelajar sekolah dan laporan displin serta unit B&K diperlukan dalam kes tersebut.

12.4 Dalam psikometrik, item “S” iaitu sosial amat tinggi dalam kalangan pelajar. Oleh itu , amalan guru
penyayang perlu diteruskan bagi membantu perkembangan sahsiah dan akademik para pelajar. Selain itu,
turut dinyatakan oleh Puan Noor Haidar hal berkaitan dengan mentor mentee dimana pada tahun ini
program ini tidak melibatkan semua pelajar. Program mentor mentee akan memberi fokus kepada
perkembangan pelajar, sahsiah serta displin .

Makluman : Semua Guru


Tindakan : Guru B& K

VI HAL –HAL LAIN


13 Berkaitan dengan penggunan loceng yang berbunyi tidak mengikut waktu sehingga mengelirukan pelajar
dan guru. Oleh itu, para guru meminta agar masalah loceng ini segera diambik tindakan dan diatasi

14 Pn Parameswary menyatakan bahawa peti pertolongan cemas (First Aid Kit) kerap kali hilang dari
simpanan di pejabat . Oleh itu ,beliau meminta agar guru bertugas tidak memberi kebenaran kepada pelajar
untuk mengambil peti pertolongan cemas kerana sering kali pelajar membuang bahan yang telah
digunakan seperti kapas yang dipenuhi darah di dalam peti berkenanan. Selain itu juga, beliau memohon
agar guru prihatian tentang penggunaan alat dan ubat agar tidak berlaku pembaziran kerana alat dan ubat
tersebut dibeli menggunakan duit persendirian dan tiada peruntukan .

15 Terdapat guru yang aduan bahawa berkaitan kelas mereka yang sering kehilangan meja dan kerusi kerana
kelas mereka tidak boleh dikunci. Oleh itu pihak pentadbir membenarkan untuk kelas yang kehilangan meja
dan kerusi mengambil di bilik kelas tingkatan 6 sekiranya masih kekurangan kerusi atau meja

16 Guru kelas tingkatan 5A3 memberi tahu hal berkaitan pintu kelas 5A3 yang telah rosak . Beliau meminta
agar hal ini diambil tindakan segera kerana ia melibatkan keselamatan pelajar.

3
17 Terdapat beberapa aduan dari guru berkaitan rambut pelajar yang tidak mengikut peraturan sekolah. PK
Hem menjelaskan hal ini akan diberi teguran oleh unit Hem dan Displin. Namun, guru –guru tidak
dibenarkan untuk mengunting rambut para pelajar.

18 Pekerja kantin didapati merokok di dalam kawasan sekolah. Ia memberikan imej yang tidak bagus kepada
sekolah. Oleh itu , para guru memohon agar PK Hem dan pentadbir dapat mengatasi masalah ini.

Makluman : Semua Guru


Tindakan : Semua guru , PK Hem, Pentadbir

VII PENUTUP

19 Pengerusi sekali lagi mengucapkan terima kasih kepada semua yang hadir dan atas komitmen yang
diberikan. Beliau mengharapkan agar unit hal ehwal murid dapat menjalankan tugasan seperti yang telah
dirancang. Mesyuarat ditangguhkan pada jam 3.40 petang.

DISEDIAKAN OLEH: DISAHKAN OLEH:

…………………………………. ……………………………………
(FATIN HANIM BINTI ROSDI) (ZAHARI BIN ZAKARIA)
Setiausaha Unit Hal Ehwal Murid Penolong Kanan Hal Ehwal Murid
SMK Tunku Ismail SMK Tunku Ismail
08000 Sungai Petani 08000 Sungai Petani
Kedah Darul Aman. Kedah Darul Aman.

4
MAKLUM BALAS LAPORAN TINDAKAN
LAPORAN MINIT MESYUARAT UNIT HAL EHWAL MURID BIL 3 / 2017

BIL PERKARA CATATAN

1. Unit pendidikan pencegahan dadah telah merangka tarikh baru iaitu pada Selesai diambil tindakan oleh
bulan September 2018 bagi mengantikan program yang tidak dapat setiausaha PPDa
dijalankan pada tahun lepas. Program ini akan bekerjasama dengan
pihak Agensi Dadah Kebangsaan Kuala Muda .

2 Masalah berkaitan dengan makanan dan tahap kebersihan kantin telah Selesai diambil tindakan oleh
diatasi dengan penukaran pengusaha kantin yang baru. Malah setakat ini setiausaha pengurusan kantin dan
tahap makanan dan kantin dalam keadaan yang memuasakan. pihak pentadbiran

You might also like