You are on page 1of 3

SEKOLAH KEBANGSAAN ASSUMPTION

BAGAN DALAM,
12100 BUTTERWORTH.

MINIT MESYUARAT PANITIA TEKNOLOGI MAKLUMAT DAN KOMUNIKASI


BIL 1 / 2018

TARIKH : 29 Disember 2017


MASA : 11.00 Pagi
TEMPAT : Makmal Komputer

KEHADIRAN:
1. En. Annukman bin Mohamed Illias Pengerusi
2. En. Iswadi bin Saidin Setiausaha
3. En. Shahrom Nizam bin Azali

TIDAK HADIR BERSEBAB


- Tiada

AGENDA MESYUARAT
1. Ucapan pengerusi
2. Pengesahan minit mesyuarat yang lalu
3. Perkara-perkara berbangkit
4. Agenda Profesional
5. Hal-hal lain
6. Penangguhan

1.0 UCAPAN ALUAN PENGERUSI

1.1 Mesyuarat dimulakan dengan bacaan al-Fatihah.

1.2 Pengerusi mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua guru yang hadir dalam
mesyuarat kali ini walaupun dalam cuti sekolah.

2.0 PENGESAHAN MINIT MESYUARAT

2.1 Pengerusi meminta ahli mesyuarat membaca minit mesyuarat yang lalu dan
seterusnya mengesahkan minit mesyuarat bil 4/2017.

2.2 En. Shahrom Nizam bin Azali mencadangkan minit mesyuarat yang lalu disahkan oleh
dan disokong oleh En. Iswadi bin Saidin.

1
3.0 PERKARA BERBANGKIT

3.1 Pengerusi memaklumkan bahawa buku-buku latihan murid tahun 2017 telah disemak
oleh pihak pentadbiran sebelum dikembalikan kepada murid sebelum berakhirnya
sesi persekolahan pada tahun 2017.

Tindakan : Makluman

4.0 AGENDA PROFESIONAL

4.1 RANCANGAN AKTIVITI TAHUNAN

4.1.1 Pengerusi memaklumkan bahawa perancangan OPPM telah dilengkapkan (rujuk


lampiran)
4.1.2 Guru-guru diminta merujuk OPPM untuk mengetahui pengurus program
berkenaan

Tindakan : Makluman

4.2 TOV TAHUN 2018

4.2.1 Pengerusi memaklumkan bahawa setiap guru perlu menyediakan TOV dengan merujuk
markah peperiksaan akhir tahun 2017.
4.2.2 TOV hendaklah disediakan dalam tiga salinan. Salinan pertama ditampal dalam buku
dalam buku rekod guru, salinan kedua di tampal di dalam kelas yang di ajar dan
salinan ketiga disimpan di dalam dokumen panitia TMK.
4.2.3 TOV tahap 1 dan 2 dibuat berdasarkan keputusan pentaksiran akhir tahun.

Tindakan : Makluman

4.3 PENYELARASAN JUMLAH LATIHAN

4.3.1 Pengerusi memaklumkan bahawa setiap dua minggu guru-guru perlu menggunakan
satu masa untuk membuat latihan berunsurkan teknologi dalam FROG VLE untuk
mencapai KPI PKG.

Tindakan : Makluman
4.4 PENGGUNAAN BUKU TULIS 2018 DAN PENANDAAN BUKU

4.4.1 Satu buku latihan pendek bagi subjek TMK


4.4.2 Pengerusi berharap guru-guru dapat menanda buku secepat mungkin dan pastikan
murid-murid membuat pembetulan

Tindakan : Makluman

2
4.5 ANGGARAN PERBELANJAAN

4.5.1 Pengerusi memaklumkan anggaran peruntukan PCG tahun 2018 untuk TMK
adalah RM 155.70.
4.5.2 Guru-guru diminta mengemukakan senarai keperluan atau program TMK 2018 untuk
diambil tindakan oleh penyelaras

Tindakan : Makluman

4.6 RANCANGAN PELAJARAN TAHUNAN DAN RANCANGAN PELAJARAN HARIAN

4.6.1 Pengerusi berharap guru-guru dapat menyediakan RPT dan RPH pada hari pertama PdP
dengan menyelaraskan RPT dalam bentuk fail untuk semakan pentadbiran
4.6.2 Penggunaan buku rph bagi penulisan rph dan semua rpt dicetak oleh guru TMK dan
dihantar pada hari Khamis untuk pengesahan pentadbir

Tindakan : Semua Guru

4.7 PBS

4.7.1 Pengerusi berharap guru-guru dapat menyediakan perekodhan offline mengikut kelas
yang diajar

4.8 PENGKAEDAHAN PDPC

4.8.1 Pengerusi menegaskan menggunakan kaedah Abad ke-21 dan Ithink ketika dalam PDPC

5.0 HAL-HAL LAIN

5.1 Pengerusi meminta guru menyediakan senarai keperluan bagi tahun 2018 supaya
perbelanjaan wang PCG dapat digunakan sepertimana yang diarahkan KPM.

Tindakan : Makluman

6.0 PENANGGUHAN

6.1 Pengerusi mengucapkan terima kasih kepada semua guru yang hadir dan terima
kasih juga diatas perhatian yang diberikan. Beliau juga memohon maaf sekiranya ada
kesilapan sepanjang mesyuarat dijalankan. Mesyuarat ditangguhkan pada pukul
12.00 pagi.

Disediakan oleh:
Setiausaha Panitia Teknologi Maklumat dan Komunikasi,
Sekolah Kebangsaan Assumption.

Tarikh: 31 Disember 2017

You might also like