Leftenan Adnan Saidi dilahirkan di Kampung Sungai Ramal, Kajang,
Selangor pada tahun 1915. Beliau merupakan anak sulung dalam
keluarganya dan menerima pendidikan di Pekan Sungai Ramal dalam aliran Inggeris. Pada tahun 1933, ketika berusia 18 tahun, beliau memasuki Rejimen Askar Melayu.
Peristiwa Bukit Candu telah meninggalkan kenangan pahit dalam
perjuangan Leftenan Adnan bagi mempertahankan tanah air tercinta. Leftenan Adnan cedera parah dalam peristiwa ini. Namun begitu, beliau enggan berundur malahan menyuruh orang-orangnya berjuang mempertahankan negara tercinta. Keberaniannya telah menaikkan semangat juang anak-anak buahnya untuk bertahan dan berjuang.
Namun, pihak musuh berjaya juga menawan Leftenan Adnan dan
membunuhnya pada 14 Februari 1942. Keberanian Leftenan Adnan untuk mempertahankan Permatang Pasir Panjang kini menjadi sebahagian daripada sejarah negara.
1. Siapakah tokoh yang diceritakan di atas?
2. Di manakah beliau dilahirkan? 3. Berapakah umur beliau ketika memasuki Rejimen Askar Melayu? 4. Apakah yang berlaku kepada beliau semasa peristiwa Bukit Candu? 5. Bagaimanakah cara beliau mempertahankan tanah air? 6. Pada tahun berapakah beliau terbunuh? 7. Di manakah tempat yang menjadi sejarah negara berdasarkan kisah beliau?