You are on page 1of 1

KOMPLEKS ISLAM AS SOFA SEREMBAN – Yang Dipertua Yayasan Sofa, Datuk Haji

Muhammad Fuad bin Kamaludin telah menghadiri majlis ramah mesra bersama ahli Yayasan
Sofa dalam program Wida’ dan doa untuk pelajar Kolej Islam As Sofa dan lepasan Sekolah
Tinggi Islam As Sofa yang berlepas ke Tunisia pada petang Rabu, 28 September 2016.

Dalam majlis dan penyampaian amanat itu, Datuk Haji Muhammad Fuad berkata betapa
pentingnya bagi anak-anak pelajar ini mengetahui tentang nasab ilmu yang mereka pelajari. Ini
merupakan perkara asas yang perlu difahami oleh setiap penuntut ilmu bilamana mereka secara
tidak langsung wajib memuliakan orang yang mengajarkan dan mencurahkan ilmu itu kepada
mereka. Ini kerana penuntut ilmu ini mengenal Tuhan dan Al Quran dan mempelajarinya dengan
lebih mendalam bermula di institut As Sofa.

Selain itu, murabbi kami ini juga menitipkan pesanan yang amat penting di mana beliau
berulangkali mengingatkan penuntut ilmu di sini agar sebaik-baiknya menjaga nikmat Islam
yang dikecapi pada hari ini. Mereka turut diseru agar sentiasa berpendirian teguh dalam
menghadapi musuh-musuh Islam yang bertali arus melemparkan segala tomahan, cacian dan
makian dalam usaha menyesatkan ummat Nabi Muhammad s.a.w. Justeru itu, para penuntut ilmu
perlulah istiqomah untuk berada di As Sofa sebagai usaha mereka untuk kekal di jalan Islam.

Pertemuan yang singkat itu diakhiri dengan titipan doa oleh tuan guru kami sebelum berangkat
ke Bumi Tunisia dalam misi mengiring kumpulan pelajar pertama Malaysia ke sana. Beliau
mendoakan agar semua anak didik dan penuntut ilmu di seluruh institusi As Sofa diberikan
kefahaman nasab ilmu dan zahir yang jelas, dijagakan nikmat Islam agar tidak kufur serta
bersyukur serta perlulah memuliakan para asatizah yang memberi ilmu Al Quran.

Kami seluruh penuntut dan warga kerja di Maahad Tahfiz As Sofa Seremban mendoakan agar
Datuk Muhammad Fuad bin Haji Kamaludin selamat pergi dan kembali dengan selamat dan
sentiasa di bawah rahmat dan lindungan yang Maha Esa. – Wartawan As Sofa

You might also like