You are on page 1of 9

Disleksia 

berasal dari perkataan Yunani iaitu "DYN" bermakna susah, dan "LEXIA" bermakna tulisan.
Disleksia bukannya satu penyakit, tetapi merupakan salah satu gangguan dalam pembelajaran yang
biasanya dialami oleh kanak-kanak. Lazimnya, masalah pembelajaran yang dihadapi adalah seperti
membaca, menulis, mengeja, dan kemahiran mengira. Oleh itu dyslexia merujuk kepada mereka yang
menghadapi masalah untuk membaca dan menulis walaupun mempunyai daya pemikiran yang normal.

Mereka yang mempunyai Disleksia bukannya menghadapi kecacatan malah sebahagian daripada orang-
orang yang terkenal juga mempunyai disleksia. Sesetengah mereka yang mempunyai keadaan disleksia
mempunyai kesukaran untuk menyebut perkataan yang panjang, dan ada yang sukar mempelajari
turutan seperti nama bulan, dan sifir. Setiap orang dengan disleksia mempunyai masalah yang tidak
serupa dengan orang lain dengan disleksia.

Masalah Disleksia adalah berbeza dengan Afasia, yang merupakan sejenis penyakit yang disebabkan
oleh kerosakan saraf otak, dengan itu akan melumpuhkan kebolehan seseorang untuk berkomunikasi.

Perkataan disleksia diambil daripada istilah Yunani, dys yang bermaksud 'sulit dalam...' dan lex (diambil


daripada legein) yang bermakna 'bercakap'. Secara kesimpulannya, disleksia bermakna menderita
kesukaran yang berhubungan dengan kata atau simbol-simbol tulisan.

Kanak-kanak yang mengalami disleksia bukanlah tergolong dalam golongan yang bodoh. Daripada
kajian-kajian mendapati mereka mempunyai tahap kecerdasan intelektual yang normal dan tidak
mempunyai masalah pendengaran dan penglihatan. Ibu bapa mempunyai banyak pilihan untuk memberi
pendidikan berterusan kepada anak-anak dengan memilih menghantar mereka ke sekolah biasa yang
mempunyai kelas khas disleksia seliaan JPN atau mendapatkan nasihat daripada JKM untuk menghantar
anak-anak ke Pendidikan Khas. Kanak-kanak ini akan diberikan bimbingan dengan betul untuk berdikari
tanpa memerlukan bantuan ibu bapa apabila dewasa.

Di Malaysia, kanak-kanak yang telah disahkan disleksia boleh mendaftar sebagai orang kurang
upaya (OKU). Mereka mempunyai kad OKU daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) dan
memperoleh bantuan RM150 sebulan daripada Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) kerana mengikuti kelas
pemulihan di bawah seliaannya.[1]

Isi kandungan
 [sorok]

1 Ciri-ciri

penghidapnya

2 Punca-punca

Disleksia
3 Rawatan

4 Pautan luar

[sunting]Ciri-ciri penghidapnya

1. Selalunya dikesan pada peringkat awal persekolahan kanak-kanak.


2. Lambat membaca dan mempunyai tulisan tangan yang buruk.
3. Ketika membaca, sering mengurang dan menambah pada sesuatu perkataan.
4. Sering keliru dengan sesuatu perkataan pada huruf-huruf tertentu contohnya 'b' dianggap 'p' dan
'p' dianggap 'q'.
5. Perhatian mudah terganggu atau gagal untuk menghabiskan sesuatu kerja hingga habis.
6. Cenderung menjadi seorang yang impulsif atau sering mengikut perasaan sendiri tanpa
memikirkan orang lain.
7. Sering berlaku di kalangan lelaki.
8. Kerap berlaku di kalangan pasangan kembar, kanak-kanak yang lahir tidak cukup bulan, anak-
anak yang lahir daripada ibu yang sudah berumur, dan kanak-kanak yang pernah mengalami
kecederaan pada kepala.
9. Masalah disleksia boleh berlanjutan sehingga dewasa.
[sunting]Punca-punca Disleksia
Punca disleksia dipercayai akibat daripada cara kerja otak yang berbeza daripada keadaan yang normal.
Apabila ujian imbasan dijalankan ke atas penghidap disleksia, didapati cara otak mereka memproses
maklumat agak berbeza daripada biasa. Perbezaan ini mungkin disebabkan oleh kecacatan pada otak
yang berlaku semasa dalam kandungan ataupun daripada kemalangan.

Faktor keturunan juga dikatakan sebagai salah satu punca disleksia. Kajian perubatan di barat mendapati
kanak-kanak penghidap disleksia mempunyai latar belakang keluarga yang ada turut mempunyai
penghidap sindrom berkenaan.

[sunting]Rawatan

Disleksia hanya dapat dikesan apabila beberapa ujian dilakukan ke atas pesakit di bawah pengendalian
ahli psikologi atau guru khas disleksia. Penyakit ini boleh dirawat tetapi tidak boleh diubati. Penghidap
disleksia lazimnya akan diberi rawatan secara terapi untuk meningkatkan kemahiran linguistik, berfikir,
dan sosial.

[sunting]Pautan luar
Membantu anak-anak bermasalah Disleksia
Posted by Tn Hj Mohd Dan On February - 6 - 2009
Langkah-langkah untuk membantu mereka termasuklah :
- Bantu kanak-kanak dan keluarga mengendali permasalahan ini dan bina keyakinan diri anak
- Rawat penyakit lain yang mungkin berkait seperti Gejala Hiperaktif dan Kurang Daya
Tumpuan
Pertingkatkan potensi pembelajaran anak melalui :
-Terapi pertuturan
-Latihan pendengaran dengan bantuan komputer
-Pendekatan pelbagai deria (Menggunakan deria lain untuk membantu pembelajaran)
-Deria sentuhan (menggunakan lakaran atas kertas pasir)
-Deria pendengaran (menggunakan ritma atau bunyi perkataan/ huruf)
-Merasa pergerakan bibir
-Menulis huruf atau perkataan

Langkah-langkah pemulihan :
-Bantu anak menguasai maklumat secara beransur ansur
-Pengulangan semasa mengajar (k-onsep ajar berlebihan)
-Gunakan video atau kaset untuk belajar
-Program pemulihan khusus :
Ada sekolah yang mempunyai program pemulihan khusus untuk Disleksia
p/s: sumber, blog cikgu Shukri.
Disleksia, Soal Jawab PK, featured

Apakah ciri-ciri Disleksia?


Posted by Tn Hj Mohd Dan On February - 6 - 2009
Diperingkat pra sekolah mereka mungkin :
-Lambat bertutur
-Mengalami kesukaran sebutan atau rima
-Sukar menulis nama sendiri
-Sukar mengenal bentuk atau warna
-Sukar memberitahu cerita yang telah didengarinya
Di alam persekolahan, kanak-kanak Disleksia mungkin :
-Gagal menguasai tugasan sekolah seperti membaca, menulis, mengeja atau mengira
-Tidak suka membaca dan mengelak dari membaca di kelas
-Kesilapan semasa membaca huruf, perkataan atau nombor (Bacaan terbalik) :
-membezakan 15 dengan 51
- “was” menjadi “saw”
- ‘b’ dengan ‘d’‘
- Kurang koordinasi seperti sukar mengikat tali kasut
- Keliru dengan konsep masa seperti ‘semalam’, ‘ hari ini’ , ‘esok’
- Kesukaran memahami, mengingati dan mengikuti arahan
- Selalu tersalah letak atau hilang barang atau kerja sekolah
Disleksia, Soal Jawab PK, featured

Apa Itu Disleksia


Posted by Tn Hj Mohd Dan On February - 6 - 2009
Disleksia adalah sejenis masalah pembelajaran khusus yang kerap berlaku.
Kanak-kanak Disleksia mempunyai masalah menguasai tugasan sekolah walaupun mereka telah berusaha
bersungguh-sungguh.
Mempunyai keupayaan intelek yang normal dan telah mendapat ransangan dan pembelajaran yang mencukupi
Masalah asasnya adalah perbezaan cara otak berfungsi dalam menghubungkan simbol visual dengan bunyi
Mereka mungkin mengalami kesukaran membaca, menulis ,memahami ,mengeja dan mengira.
Dianggarkan 4 – 8 % pelajar sekolah yang bermasalah disleksia dan kanak-kanak lelaki lebih ramai bermasalah
Disleksia berbanding perempuan.
Disleksia, Soal Jawab PK, featured

Rawatan Disleksia
- Rawatan Neuro Akupunktur dan Ubatan Herba
- Generasi Keempat Rawatan Ubatan Herba Cina Formula Turun Temurun
 

Disleksia (Dyslexia)
Disleksia merupakan satu gangguan dalam pembelajaran yang dialami oleh kanak-
kanak dan boleh berlanjutan sehingga kanak-kanak itu dewasa. Disleksia bukanlah
sejenis penyakit. Disleksia adalah merujuk kepada masalah membaca dan menulis.
Kebiasaanya gangguan ini adalah seperti gangguan membaca, menulis, mengeja dan
kemahiran mengira walaupun mempunyai pemikiran yang normal. Mereka yang
mengidap Disleksia tidak dianggap bodoh tetapi mengalami gangguan pembelajaran
dan boleh dipulihkan jika diberi tindakan yang sewajarnya.

Sesetengah penghidap Disleksia mempunyai masalah untuk menyebut perkataan yang


panjang dan kesukaran untuk mengikut turutan perkataan seperti nama bulan dan sifir.
Bagi mereka yang menghidap penyakit ini, tidak semua mempunyai masalah yang
sama. Setiap penghidap Disleksia mempunyai masalah yang berlainan.

 
iri-ciri Penghidap Disleksia
Terdapat beberapa ciri penghidap Disleksia antaranya ialah:-

 Penghidap gangguan ini dapat dikesan pada peringkat awal persekolahan


 Selalunya penghidap akan menghadapi masalah pembacaan yang lambat dan
mempunyai tulisan yang kurang kemas
 Penghidap suka mengurang atau menambah sendiri perkataan ketika sedang
membaca
 Mengalami kekeliruan ketika membaca seperti huruf "p" dianggap "q" dan hurf
"b" dianggap "d".
 Kekerapan penghidap Disleksia selalu terjadi kepada pasangan kembar dan bayi
yang tidak cukup bulan.
 Gangguan ini boleh berlanjutan sehingga kanak-kanak itu meningkat dewasa.

Punca Disleksia
Terdapat beberapa punca berlakunya gangguan Disleksia antaranya ialah:-

 Disleksia dipercayai berpunca daripada cara otak itu memproses. Cara otak penghidap
Disleksia dengan otak orang normal bekerja adalah berbeza. Ia mungkin disebabkan
oleh kecacatan otak semasa dalam kandungan ataupun ianya datang dari kemalangan.
 Selain itu, kemungkinan besar penghidap Disleksia berpunca daripada keturunan
penghidap itu sendiri. Menurut kajian, sebilangan besar penghidap Disleksia adalah dari
latar belakang yang mempunyai gangguan yang sama.

Rawatan THE TOLE


Konsep dan kaedah rawatan THE TOLE NEURO Akupunktur DAN HERBA. Tempoh
masa rawatan adalah bergantung kepada sejauh mana tahap disleksia itu sendiri dan
berbeza diantara seseorang individu dengan individu lain. Menurut Master Akupunktur
kami, tempoh masa yang biasanya diambil untuk merawat disleksia ini adalah diantara
2 minggu ke 6 bulan.
 
MENGENALI KANAK-KANAK DISLEKSIA
Posted on October 26th, 2008 by pkppdlms
Disediakan Oleh ANIDA BT ABU BAKAR Moderator Zon Batu Kurau Laman Web Pendidikan Khas Larut Matang & Selama
DISLEKSIA
DEFINISI

Perkataan “disleksia” (dyslexia) adalah hasil gabuangan dua perkataan Greek iaitu “Dys” yang
bermaksud kesukaran dan “Lexis” bermaksud perkataan atau dengan kata lain, kesukaran menggunakan
perkataan. Istilah ‘buta huruf’ juga digunakan untuk kategori ini. Seorang Profesor Berlin pada tahun
1887, merangkap seorang pakar perubatan dan ‘ophalomotologist’ telah memperkenalkan perkataan
‘Disleksia’ (Hammond dan Hugges, 1996:3)“Disleksia ialah satu ‘Disorder’ dalam kanak-kanak yang telah
terima Pendidikan Biasa, tidak memperolehi kemahiran bahasa, bacaan, menulis dan ejaan yang setaraf
intelek” (World Federation Of Neurology, 1968) Selain itu terdapat juga beberapa perkataan lain yang
berkaitan dengan Disleksia, diantaranya ialah:-

 Dyscalculia (Diskalkulia) iaitu seorang disleksia yang bermasalah dalam pengiraan ataupun
matematik
 Dysgraphia (Disgrafia) iaitu seorang disleksis yang bermasalah dalam bahasa
 Dyspraxia (Dispraksia) iaitu seorang disleksis yang bermasalah dalam ko-ordinasi moto-mata-
tangan

APA ITU DISLEKSIA?


Disleksia adalah satu masalah pembelajaran iaitu kesukaran mengenal huruf, membaca, menulis,
mendengar dan bercakap disebalik pengajaran yang cukup dan peluang budaya yang sempurna.
Sebenarnya masalah ini bukanlah satu penyakit dan ia tidak memerlukan ubat untuk mengubatinya,
sebaliknya dengan program pendidikan yang sesuai masalah ini dapat dikurangkan. Disleksia juga bukan
disebabkan kecerdasan yang lemah serta penglihatan tetapi seseorang disleksia tidak mengecam
sesuatu dalam keadaan terbalik. Ternyata sekali disleksia menghuraikan sesuatu kelainan dalam otak,
selalunya ia adalah pemberian Tuhan yang terus berkembang dalam diri seseorang dengan cara yang
berlainan.
SIAPA YANG MENGALAMI DISLEKSIA?
Disleksia melibatkan orang dari pelbagai latar belakang tanpa mengira umur, jantina atau bangsa.
Disleksia biasanya boleh diperturunkan daripada ibu bapa kepada kanak-kanak.
Jenis-jenis Disleksia
Disleksia boleh dikategorikan kepada tiga bahagian iaitu :
Disleksia visual (penglihatan)
Kesukaran utama yang dihadapi ialah untuk mengigat dan mengenal abjad serta konfugirasi perkataan.
Simbol-simbol perkataan yang dicetak juga sukar untuk diterjemahkan. Kemungkinan untuk melihat
abjad-abjad tertentu atau sebahagian perkataan adalah secara terbalik
Disleksia auditori (pendengaran)
Kesukaran untuk mengingat bunyi abjad, menganalisis bunyi mengikut suku kata perkataan dan
menyusun atau menggabungkan suku kata bagi menyembunyikan perkataan. Bunyi percakapan yang
tuturkan secara halus juga tidak dapat dibezakan. Masalah untuk membezakan bunyi vokal dengan
konsonan juga dihadapi oleh disleksia auditori
Disleksia visual-auditori
Kesukaran mambaca yang amat teruk dan ini disebabkan oleh kelemahan untuk memproses tulisan
secara visual dan audio
.
PUNCA-PUNCA DISLEKSIA
Mengikut Mercer, 1997; Hammond dan Hughes, 1996 dan Spaafford dan Grosser,1996, antara punca-
punca disleksia ialah;
Keturunan atau genetik
Kebanyakan kes, terdapat beberapa ahli keluarga yang mengalami masalah-masalah yang sama.
Kemungkinan punca ini boleh diwarisi yang membezakan adalah darjah keterukannya. Terdapat kajian
yang dijalankan telah membuktikan disleksia desebabkan oleh kromosom 15, 1 dan 16 yang boleh
diperturunkan secara turun-temurun
Biologi
Sejarah kanak-kanak disleksia biasanya adalah semasa dilahirkan tidak cukup bulan, kekurangan
oksigen semasa dilahirkan atau kelahiran yang amat sukar. Faktor-faktor ini menjadi punca kelambatan
atau ketidaksempurnaan perkembangan. Sebahagian daripada kerosakan otak yang menyebabkan
kanak-kanak ini mengalami masalah belajar dan kerosalan ini minimum
Kematangan 
Terdapat kanak-kanak yang lambat perkembangannya pada bahagian tertentu dalam sisitem saraf. Pada
kebiasannya kanak-kanak lelaki lambat matang daripada kanak-kanak permepuan. Kelewatan
kematangan pada kank-kanak merupakan salah satu kemungkinan punca disleksia CIRI-CIRI
DISLEKSIA
Kanak-kanak pra-sekolah :
- Kemahiran bertutur yang lambat dan sukar memahami arahan
- Suka mengganti perkataan dan hiperaktif
- Kemahiran motor kasar dan motor halus yang lemah
- Seringkali terlupa nama benda-benda atau pelajaran yang dipelajari
- Tidak merangkak semasa bayi
- Suka mendengar bacaan tetapi tidak berminat membaca sendiri
- Sifat ingin tahu tinggi, berminat terhadap pekara baru dan suka bertanya banyak soalanKanak-kanak
Sekolah Rendah :
6 hingga 9 tahun
- Kemahiran membaca, menulis dan mengeja yang lemah dan suka menterbalikkan perkataan, huruf dan
nombor
- Menggunakan jari untuk mengira dan membaca
- Keliru dengan kiri dan kanan
- Tulisan cermin atau terbalik
9 hingga 12 tahun
- Kesilapan membaca, mengeja dan lemah dalam kefahaman
- Mengambil masa yang panjang untuk menyiapkan latihan
- Kesukaran menyalin maklumat dipapan putih atau buku teks
- Sukar mengikuti arahan lisan yang panjang
- Kelihatan tidak terurus semasa berada dirumah atau sekolah
- Kurang keyakinan dan menghadapi masalah tekanan jiwa Sekolah Menengah :
- Kesukaran membaca dan terkeliru dengan perkataan dan ejaan yang tidak konsisten
- Kesukaran menulis karangan
- Keliru dengan nombor-nombor dan arahan oral
- Kesukaran mempelajari bahasa lain
- Lemah dalam kefahaman dan tidak mempunyai ramai kawan
- Jenis orang yang suka senyap
- Bercakap dengan nada yang kuat atau menjerit daripada konsisten
- Kurang kemahiran bersosial
MASALAH KANAK-KANAK YANG MENGHADAPI DISLEKSIA
Masalah utama yang dihadapi kanak-kanak disleksia kebanyakanya adalah dalam proses pembelajaran.
Permasalahan ini boleh dikelaskan kepada;Mengeja
Kelemahan mengeja akan menyebabkan kebolehan untuk menyampaikan pengetahuan yang diperolehi
adalah terhad. Untuk tempoh jangka mas yang panjang kelemahan dalam proses mengeja akan memberi
kesan terhadap kelemahan membaca. Timbulnya masalah ini adalah berpunca daripada masalah-
masalah awalan seperti terdapatnya kekeliruan dalam mengenal pasti huruf-huruf seperti;
m – w y –g – j u – n m – n
c–ep–qh–nb–d
Terdapat juga kekeliruan dalam membunyikan huruf seperti
t–hf–v
Membaca
Kesukaran ini menghadkan kebolehan kanak-kanak untuk mendapatkan maklumat daripada rujukan-
rujukan yang berkaitan. Secara langsung ianya akan membuat kanak-kank merasa rendah diri dan tidak
berkeyakinan. Mereka censerung menterbalikkan perkataan seperti:
Batu – tuba
Gula – lagu
Selain itu mereka juga melakukan pembalikkan dalam ayat. Contohnya seperti berikut:
pada masa yang sama – dapa masa yang masa
Kekeliruan perkataan antara Bahasa Melayu dengan Bahasa Inggeris. Contohnya seperti berikut :
Bahasa Inggeris dengan Bahasa Melayu
Jam – jem
cat – cat

Menulis
Kanak-kanak ini juga mengalami kesukaran untuk memindahkan maklumat ke atas kertas. Mereka juga
mengalami kesukaran untuk memegang pensel dan tidak dapat menulis mengikut garisan yang
disediakan. Kanak-kanak ini juga cenderung menulis perkataan yang pelik-pelik
Bercakap dan mendengar
Terdapat juga diatara mereka yang mengalami kesukaran untuk bertutur. Mereka juga kelihatan seperti
tidak mendengar atau mempedulikkan. Hal ini berlaku disebabkan kelambatan dalam proses maklimat
yang diperolehi. Mereka juga tidak melakukan atau menyusun sesuatu mengikut susunan.
Nombor
Kanak-kanak ini juga menghadapi kesukaran dalam pembelajaran yang berkaitan dengan matematik
mental. Terdapat kekeliruan terhadap tanda dan simbol dan suka menterbalikkan nombor yang sama.
Contohnya seperti berikut :
3–5–8
9–6

Masalah fizikal, pengurusan diri dan sosial


- Pakaian sentiasa tidak kemas tetapi tidak kotor dan pandai membutangkan baju, kidal dan pandai
mengikat tali kasut
- Kelihatan berminat dalam pelajaran tetapi dilabel pemalas dan kelihatan bodoh
- Skop penglihatan yang terhad di mana keliru antara depan, belakang, kiri, kanan,, atas, bawah serta
pengamatan yang lemah
LANGKAH-LANGKAH MENBANTU KANAK-KANAK DISLEKSIA
- Membawa berjumpa dengan pakar pisikologi pembelajaran atau psikologi klinikal pada peringkat awal
bagi tujuan menaganinya
- Membantu kanak-kanak memahami bahawa walaupun dia mungkin berbeza dalam banyak hal tetapi
tetap disayangi.
- Menambah dan menggalakkan sebarang kemahiran istimewa bakat atau kebolehan semulajadi
- Sentiasa sabar melayani karenah mereka yang mana biasanya kecewa dengan kegagalan yang
berterusan.
- Membacakan cerita untuk anak-anak serta menjadi ahli persatuan sokongan ibu bapa
- Memberikan bantuan dan latihan pembelajaran sebelum memasuki tadika
- Mengamalkan suasan kasih sayang serta bersikap perihatin dalam mengekalkan suasana harmoni
- Membuat aktiviti berkeluarga serta memberi bimbingan dalam bidang akademik
- Memberi kebebasan yang terbatas serta nasihat untuk mengenal identiti sendiri
- Mengamalkan konsep diri diberi ganjaran atau pujian contohnya bagus, pandai

You might also like