You are on page 1of 40

1

PANDUAN PENTADBIRAN
PENTAKSIRAN ALTERNATIF
SEKOLAH RENDAH (PASR)

LEMBAGA PEPERIKSAAN
KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA
2018 (Kemas kini 30 Mei 2018)
2

KANDUNGAN

HALAMAN
1.0 DASAR PENTADBIRAN PASR 3

2.0 PENTADBIRAN PENTAKSIRAN 12

3.0 PENSKORAN SKRIP JAWAPAN CALON 21

4.0 PENGHANTARAN SKOR 25

5.0 PENTADBIRAN KES SALAH LAKU 28

CARTA ALIR 30

GLOSARI 23

LAMPIRAN 35
3

1.0
4

1.1 PERNYATAAN DASAR

Akta Pendidikan 1996 (Akta 550) Peraturan-Peraturan dan Kaedah-Kaedah Terpilih

Bahagian II

Perkara 3

Fungsi Lembaga Peperiksaan

a Untuk memberi nasihat, memantau dan membuat analisis penilaian berasaskan sekolah;

b Untuk mengendalikan semua peperiksaan mengikut peraturan-peraturan, garis panduan dan arahan
peperiksaan; dan

c Untuk mengadakan peperiksaan, mengendalikan pemantauan peperiksaan dan menguatkuasakan


peraturan-peraturan, garis panduan dan arahan pentaksiran.

Perkara 4

Fungsi Pengarah Peperiksaan

a Untuk mengelolakan apa-apa peperiksaan bagi pihak mana-mana badan atau institusi sama ada di dalam
Malaysia atau di luar Malaysia yang difikirkan perlu oleh Pengarah Peperiksaan demi kepentingan awam dan
tidak bercanggah dengan dasar pendidikan negara;

b Untuk mengeluarkan kertas peperiksaan, menyediakan bahan peperiksaan dan memastikan keselamatan
dan kerahsiaan kertas peperiksaan dan bahan peperiksaan, termasuk markah-markah yang diperoleh calon-
calon; dan

c Untuk menentukan standard dan peringkat pencapaian calon-calon;

d Untuk mengeluarkan keputusan peperiksaan dan pernyataan peperiksaan;


5

1.2 DEFINISI PENTAKSIRAN ALTERNATIF SEKOLAH RENDAH (PASR)

i Pentaksiran Pusat (PP) ialah komponen Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) yang merupakan
pelengkap (compliment) kepada Pentaksiran Bilik Darjah (PBD). Pencapaian murid dalam sesuatu mata
pelajaran ditaksir secara sumatif untuk melihat penguasaan dan keupayaan intelek mereka pada akhir
program pembelajaran. Lembaga Peperiksaan (LP) menyediakan Peraturan Pemarkahan ( PP) dengan
menggunakan instrumen pentaksiran yang standard (standardised instrument) bagi mentaksir aspek
pengetahuan, kemahiran dan nilai secara menyeluruh.

ii Pentaksiran Alternatif Sekolah Rendah (PASR) ialah komponen PP di peringkat sekolah rendah bagi
Murid Berkeperluan Khas (MBK) yang mengikuti Kurikulum Standard Sekolah Rendah Pendidikan Khas
(KSSR PK) Masalah Pembelajaran.
6

1.3 FORMAT PENTAKSIRAN ALTERNATIF SEKOLAH RENDAH (PASR)

Bil Perkara ProKhas 1 ProKhas 2

1. Jenis Instrumen Bersepadu Instrumen Bersepadu


Instrumen

i. Respons Terhad
2. Jenis Item i. Respons Terhad
ii. Respons Terbuka
ii. Respons Terbuka

3. Bilangan 1 Tugasan 1 Tugasan


Tugasan

4. Tempoh 8 Minggu 4 Minggu


Tugasan

5. Konstruk Kemahiran Literasi (Bahasa Melayu) Kemahiran Literasi (Bahasa Inggeris)


 Kemahiran Mendengar  Kemahiran Mendengar
 Kemahiran Membaca dan Memahami  Kemahiran Membaca dan Memahami
Maklumat Maklumat
 Kemahiran Bertutur  Kemahiran Bertutur
 Kemahiran Menulis  Kemahiran Menulis

Kemahiran Numerasi (Matematik) Kemahiran Asas Sains

 Kemahiran Asas Matematik  Pengetahuan dan Kefahaman


 Kemahiran Proses Sains
 Kemahiran Aplikasi Matematik
 Kemahiran Aplikasi Sains
 Kemahiran Komunikasi dan Interaksi Sosial
Kemahiran Hidup Asas  Kemahiran Berfikir Secara Kritis dan Kreatif
 Pengetahuan dan Kefahaman
 Kemahiran Aplikasi
 Kemahiran Berfikir Secara Kritis dan Kreatif

Nilai Murni Nilai Murni

 Amalan Nilai-nilai Positif Bermasyarakat  Amalan Nilai-nilai Positif Kendiri seperti


seperti hormat-menghormati, toleransi, kemas, berdikari dan beradab
kerjasama dan tolong-menolong

i. Analitik
6. Kaedah i. Analitik
ii. Holistik
Penskoran ii. Holistik

i. Waktu PdPC
7. Pelaksanaan i. Waktu PdPC
ii. Individu/Berkumpulan
ii. Individu/Berkumpulan

8. Cakupan Bidang Pembelajaran KSSR PK Masalah Bidang Pembelajaran KSSR PK Masalah


Konteks Pembelajaran Tahap 2: Bahasa Melayu, Pembelajaran Tahap 2: Bahasa Inggeris,
Matematik dan Kemahiran Hidup Asas Pendidikan Sains, Sosial dan Alam Sekitar

9. Bentuk Pelaporan berdasarkan konstruk dan tahap kompetensi


Pelaporan
7

1.4 SYARAT PENDAFTARAN PASR

Calon sekolah yang memenuhi syarat berikut:

i Murid Berkeperluan Khas (MBK) yang berada dalam Program Pendidikan Khas Integrasi (PPKI) atau
MBK yang mengikuti pendidikan inklusif separa di sekolah-sekolah yang berdaftar dengan KPM atau
Agensi Kerajaan; dan

ii Mengikuti KSSR PK Masalah Pembelajaran Tahap 2;

iii Berada pada tahun akhir persekolahan;

iv Berumur tidak melebihi 14 tahun pada 1 Januari tahun pentaksiran;

v Mempunyai pengesahan pegawai perubatan hospital Kerajaan/hospital swasta/kad OKU; dan

vi Mendapat kebenaran ibu bapa/penjaga untuk melaksanakan pentaksiran

Nota:

 Calon yang mendaftar untuk menduduki PASR tidak boleh mendaftar untuk menduduki UPSR.
 PASR tidak ditawarkan kepada calon persendirian.
 Instrumen ProKhas 1 dan Instrumen ProKhas 2 hendaklah diambil pada tahun pentaksiran yang sama.
8

1.5 INSTRUMEN PASR

i Instrumen ProKhas 1

ii Instrumen ProKhas 2

INSTRUMEN PROKHAS 1

Kod Mata Pelajaran

041 Kemahiran Hidup Asas (Penternakan), Bahasa Melayu, Matematik

042 Kemahiran Hidup Asas (Jahitan), Bahasa Melayu, Matematik

043 Kemahiran Hidup Asas (Masakan), Bahasa Melayu, Matematik

044 Kemahiran Hidup Asas (Perkebunan), Bahasa Melayu, Matematik

INSTRUMEN PROKHAS 2

Kod Mata Pelajaran

045 Bahasa Inggeris, Pendidikan Sains Sosial dan Alam Sekitar


9

1.6 PERSONEL PENTAKSIRAN PASR

i Personel Pentadbiran
Personel Pentadbiran bertanggungjawab untuk menguruskan instrumen pentaksiran dan pentadbiran
PASR.

ii Personel Pentaksiran
Personel Pentaksiran bertanggungjawab untuk menguruskan penskoran, moderasi penskoran dan
verifikasi skor.

PERSONEL PENTADBIRAN SINGKATAN CATATAN

Guru Besar GB
Berdasarkan jawatan yang
Guru Penolong Kanan Pendidikan Khas/Penyelaras GPK Khas / disandang
Pendidikan Khas PP Khas

Guru Lantikan Guru Besar GLGB

Setiausaha Peperiksaan SuP Lantikan Guru Besar

Guru Kelas GK

PERSONEL PENTAKSIRAN SINGKATAN LANTIKAN

Ketua Pentaksir Kebangsaan KPK Lembaga Peperiksaan

Ketua Pentaksir Negeri KPN Lembaga Peperiksaan

Ketua Pentaksir Kawasan KPKw Jabatan Pendidikan Negeri

Ketua Pentaksir Sekolah KPS Berdasarkan jawatan yang


disandang

Ketua Pentaksir KP Guru Besar


Dilantik dalam kalangan GPK Khas/PP Khas.
GB boleh melantik mana-mana guru yang sesuai sebagai KP
sekiranya sekolah tidak mempunyai guru GPK Khas / PP Khas.

Pentaksir Pentaksir Guru Besar


Dilantik dalam kalangan Guru Mata Pelajaran Program Pendidikan
Khas Integrasi
10

1.7 PENGURUSAN KESELAMATAN

i. Pelantikan personel pentaksiran (KPK / KPN / KPKw / KP / Pentaksir) adalah sah untuk tahun semasa
sahaja. Surat pelantikan hendaklah dikeluarkan pada setiap tahun.

ii. KPS ialah lantikan secara automatik kepada penyandang jawatan iaitu Guru Besar

iii. Semua personel pentaksiran yang dilantik hendaklah menandatangani dokumen berikut sebagai
perakuan bertanggungjawab menjaga kerahsiaan instrumen pentaksiran, panduan penskoran dan skor
calon.
 Akta Rahsia Rasmi 1972 (Lampiran D Akta 88)
 Akuan Integriti
Dokumen ini perlu ditandatangani sekali sahaja dalam tahun semasa dan disimpan oleh GB sehingga
enam bulan dari tarikh pengeluaran pelaporan PASR.

iv. Menyimpan instrumen pentaksiran, panduan penskoran dan skor calon mengikut panduan pengurusan
keselamatan.

1.8 PENGURUSAN KES KHAS

i. Calon mewakili negara / negeri / sakit berpanjangan yang berada di hospital semasa pelaksanaan
pentaksiran.

 Guru Besar hendaklah melaporkan secara bertulis kepada JPN/PPD.


 Mentadbir pentaksiran selepas calon hadir semula ke sekolah selagi tempoh pentaksiran belum
tamat.

ii. Calon Sakit (mempunyai sijil sakit daripada doktor) / kematian / kemalangan / histeria

 Guru Besar boleh memberi kelulusan berdasarkan budi bicara yang munasabah.
 Mentadbir pentaksiran selepas calon hadir semula ke sekolah selagi tempoh pentaksiran belum
tamat.
11

2.0
12

2.1 PERATURAN PENTADBIRAN PENTAKSIRAN

LEMBAGA PEPERIKSAAN

i. Dokumen

 Menyediakan dokumen berikut:


a. Panduan Pentadbiran
b. Panduan Penjaminan Kualiti
c. Jadual Kerja

 Memuat naik dokumen di portal LP: http://lp.moe.gov.my

 Memaklumkan JPN melalui surat siaran tentang muat turun dokumen pentaksiran.

ii. Instrumen

 Menyediakan instrumen pentaksiran berikut:


a. Instrumen tugasan
b. Arahan Penilaian Akhir (APA)
c. Panduan penskoran

 Memuat naik dokumen daripada Aplikasi PASR

iii. Pelantikan Pentaksir

 Melantik Ketua Pentaksir Kebangsaan (KPK).

 Melantik Ketua Pentaksir Negeri (KPN).

iv. Mesyuarat Penyelarasan

 Menjalankan mesyuarat penyelarasan tugasan, pemeriksaan dan penskoran peringkat kebangsaan


bersama KPK dan KPN.

v. Pemantauan

 Melantik pegawai pemantau dalam kalangan pegawai LP untuk memantau pelaksanaan PASR bagi
menjamin pentaksiran dijalankan mengikut tempoh dan prosedur yang ditetapkan.

 Menjalankan pemantauan.

 Menyediakan laporan pemantauan.


13
JABATAN PENDIDIKAN NEGERI

i. Dokumen

 Memanjangkan surat siaran LP tentang pelaksanaan pentaksiran.

ii. Instrumen

 Memastikan sekolah memuat turun instrumen pentaksiran daripada Aplikasi PASR.

iii. Pelantikan Pentaksir

 Mencalonkan guru untuk dilantik sebagai KPN.

 Melantik Ketua Pentaksir Kawasan (KPKw).

iv. Mesyuarat Penyelarasan

 Memastikan mesyuarat penyelarasan tugasan, pemeriksaan dan penskoran peringkat negeri, daerah
dan sekolah dijalankan mengikut tarikh yang ditetapkan.

v. Pemantauan

 Melantik pegawai pemantau dalam kalangan pegawai Sektor/Unit Penilaian dan Peperiksaan JPN
untuk memantau pelaksanaan PASR bagi menjamin pelaksanaan pentaksiran mengikut tempoh dan
prosedur yang ditetapkan oleh LP.

 Menjalankan pemantauan.

 Menyediakan laporan pemantauan dan menyerahkannya kepada LP.


14
PEJABAT PENDIDIKAN DAERAH

i. Dokumen

 Memanjangkan surat siaran LP tentang pelaksanaan pentaksiran.

ii. Instrumen

 Memastikan sekolah memuat turun instrumen pentaksiran daripada Aplikasi PASR.

iii. Pelantikan Pentaksir

 Mencalonkan guru untuk dilantik sebagai KPKw

iv. Mesyuarat Penyelarasan

 Memastikan mesyuarat penyelarasan tugasan, pemeriksaan dan penskoran peringkat daerah dan
sekolah dijalankan mengikut tarikh yang ditetapkan.

v. Pemantauan

 Melantik pegawai pemantau dalam kalangan pegawai Unit Penilaian dan Peperiksaan untuk
memantau pelaksanaan PASR bagi menjamin pelaksanaan pentaksiran mengikut tempoh dan
prosedur yang ditetapkan oleh LP.

 Menjalankan pemantauan.

 Menyediakan laporan pemantauan dan menyerahkannya kepada JPN.


15
SEKOLAH

i. Arahan Am

a. Guru Besar
 Memastikan murid yang layak dipelawa mendaftar sebagai calon PASR.

 Memaklumkan ibu bapa / penjaga calon tentang pelaksanaan PASR.

 Menyediakan Jadual Kerja PASR peringkat sekolah berdasarkan Jadual Kerja PASR yang
disediakan oleh LP.

b. Guru Penolong Kanan Pendidikan Khas/Penyelaras Pendidikan Khas


 Mengedarkan Jadual Kerja PASR peringkat sekolah kepada personel pentadbiran dan pentaksiran.

c. Setiausaha Peperiksaan
 Mengurus pelaksanaan PASR mengikut Jadual Kerja PASR sekolah dalam tempoh yang ditetapkan
oleh LP.

ii. Dokumen

Guru Besar

 Menerima surat siaran LP tentang pelaksanaan pentaksiran.

 Memuat turun dokumen daripada portal LP dan mengedarkan kepada personel pentadbiran dan
pentaksiran.

 Memastikan personel pentadbiran dan pentaksiran mematuhi prosedur, peraturan dan syarat yang
digariskan di dalam dokumen yang diedarkan.

iii. Pelantikan Pentaksir

Guru Besar

 Melantik personel pentadbiran dan pentaksiran peringkat sekolah mengikut prosedur keselamatan.

 Memastikan personel pentadbiran dan pentaksiran yang dilantik menandatangan Akta Rahsia Rasmi
1972 dan Akuan Integriti.

 Memastikan Akta Rahsia Rasmi 1972 dan Akuan Integriti yang ditelah ditandatangan oleh personel
yang dilantik disimpan sehingga enam bulan dari tarikh pengeluaran pelaporan PASR.
16
iv. Instrumen

a. Ketua Pentaksir Sekolah (KPS)

 Memastikan Ketua Pentaksir (KP) menyediakan bahan dan alatan untuk pelaksanaan pentaksiran
mengikut senarai bahan dan alatan yang dikeluarkan oleh LP.

 Memastikan instrumen pentaksiran dimuat turun daripada Aplikasi PASR.

 Membuat verifikasi instrumen pentaksiran secara teknikal.

 Mengarahkan KP memperbanyak instrumen pentaksiran

 Menerima instrumen pentaksiran yang telah diperbanyak daripada KP.

 Menyimpan instrumen pentaksiran dan panduan penskoran mengikut panduan pengurusan


keselamatan.

 Menyerahkan instrumen pentaksiran dan panduan penskoran kepada KP pada tarikh pentaksiran
bermula.

b. Ketua Pentaksir (KP)

 Memuat turun instrumen pentaksiran daripada Aplikasi PASR

 Menyerahkan instrumen pentaksiran kepada KPS untuk verifikasi teknikal

 Menerima arahan KPS untuk memperbanyak instrumen pentaksiran

 Memperbanyak instrumen pentaksiran.

 Menyerahkan instrumen pentaksiran dan panduan penskoran yang telah diperbanyak kepada KPS
untuk disimpan mengikut prosedur keselamatan.

 Menerima instrumen pentaksiran dan panduan penskoran daripada KPS pada tarikh pentaksiran
bermula.

 Menyerahkan instrumen pentaksiran dan panduan penskoran kepada Pentaksir pada tarikh
pentaksiran bermula.
17
v. Pentadbiran Pentaksiran

a. Guru Besar

 Memastikan pentaksiran dijalankan mengikut prosedur dan jadual yang ditetapkan oleh LP.

b. Ketua Pentaksir

 Memastikan Pentaksir memberi taklimat tentang pelaksanaan tugasan kepada calon.

 Memastikan pelaksanaan pentaksiran dijalan semasa PdPC.

 Memastikan calon melengkapkan tugasan pentaksiran dalam tempoh yang ditetapkan.

c. Pentaksir

 Pentaksir memberi taklimat tentang pelaksanaan tugasan kepada calon.

 Menjalankan pentaksiran mengikut prosedur dan jadual yang ditetapkan oleh LP.

d. Guru Kelas

 Memaklumkan kehadiran calon kepada Pentaksir pada setiap kali pentaksiran dijalankan.

vi. Pengurusan Skrip Jawapan Calon (SJC)

a. Guru Besar

 Memastikan KP dan Pentaksir menguruskan SJC mengikut prosedur keselamatan dokumen


Kerajaan.

 Melupuskan SJC mengikut prosedur pelupusan dokumen Kerajaan yang sedang berkuat kuasa.

b. Ketua Pentaksir

 Memastikan SJC tidak didedahkan melalui apa-apa sahaja medium yang boleh diakses oleh pihak
yang tidak berkenaan.

 Memastikan Pentaksir menskor SJC hasil tugasan semasa ketika tugasan atau sebaik sahaja
tugasan selesai dilaksanakan.

 Memastikan Pentaksir menskor SJC hasil tugasan bukan semasa dalam tempoh tugasan atau sebaik
sahaja tugasan selesai dilaksanakan.

 Memastikan Pentaksir menyimpan SJC di tempat yang selamat.

 Memastikan Pentaksir menyimpan hasil akhir tugasan calon di tempat yang selamat.

 Menerima skor akhir calon daripada Pentaksir.

 Menyimpan skor akhir calon mengikut prosedur keselamatan.


18
c. Pentaksir

 Tidak mendedahkan SJC dalam apa-apa sahaja medium yang boleh diakses oleh pihak yang tidak
berkenaan.

 Menyimpan SJC di tempat yang selamat.

 Menskor SJC hasil tugasan semasa ketika tugasan atau sebaik sahaja tugasan selesai dilaksanakan.

 Menskor SJC hasil tugasan bukan semasa dalam tempoh tugasan atau sebaik sahaja tugasan
selesai dilaksanakan.

 Menyimpan hasil akhir tugasan calon di tempat yang selamat.

 Menyerahkan skor akhir calon kepada KP untuk disimpan mengikut prosedur keselamatan.

vii. Mesyuarat Penyelarasan Tugasan, Pemeriksaan dan Penskoran Peringkat Sekolah

a. Guru Besar
 Memastikan mesyuarat penyelarasan tugasan, pemeriksaan dan penskoran peringkat sekolah
dijalankan mengikut tarikh yang ditetapkan.

b. Ketua Pentaksir
 Menjalankan mesyuarat penyelarasan tugasan, pemeriksaan dan penskoran peringkat sekolah

c. Pentaksir
 Menghadiri mesyuarat penyelarasan tugasan, pemeriksaan dan penskoran peringkat sekolah.

viii. Pengurusan Kes Khas

a. Guru Besar
 Memastikan kes khas PASR ditadbir mengikut peraturan yang ditetapkan oleh LP.

 Memantau pengurusan kes khas sehingga selesai.

 Memaklumkan kes-kes khas PASR kepada PPD / JPN.

b. Ketua Pentaksir
 Menguruskan pentadbiran instrumen PASR kes khas apabila calon hadir semula ke sekolah sebelum
atau pada tarikh akhir pelaksanaan Instrumen ProKhas 1 atau Instrumen ProKhas 2.

c. Pentaksir

 Mentadbir instrumen pentaksiran apabila calon hadir ke sekolah sebelum tarikh/tempoh pelaksanaan
Instrumen ProKhas 1 atau Instrumen ProKhas 2 berakhir.
19
 Tidak mendedahkan SJC dalam apa-apa sahaja medium yang boleh diakses oleh pihak yang tidak
berkenaan.

 Menyimpan SJC di tempat yang selamat.

 Menskor SJC hasil tugasan semasa ketika tugasan atau sebaik sahaja tugasan selesai dilaksanakan

 Menskor SJC hasil tugasan bukan semasa dalam tempoh tugasan atau sebaik sahaja tugasan
selesai dilaksanakan.

 Menyimpan hasil akhir tugasan calon di tempat yang selamat.

 Menyerahkan skor akhir calon kepada KP untuk disimpan mengikut prosedur keselamatan.

ix. Pemantauan dan Penjaminan Kualiti


a. Guru Besar

 Memastikan pemantauan pelaksanaan pentaksiran dan penjaminan kualiti dilaksanakan dalam


pelaksanaan PASR.

 Memberi taklimat pemantauan pentaksiran dan penjaminan kualiti kepada semua personel
pentadbiran dan pentaksiran.

 Menjalankan pemantauan pelaksanaan pentaksiran dan penjaminan kualiti bagi memastikan PASR
ditadbir mengikut jadual dalam tempoh yang ditetapkan oleh LP

 Memastikan laporan pemantauan dihantar kepada PPD / JPN.

b. GPK Pendidikan Khas dan Guru Lantikan Guru Besar

 Menjalankan pemantauan.

 Menyediakan laporan pemantauan dan penjaminan kualiti.

x. Jawatankuasa Verifikasi Skor

 Guru Besar merupakan pengerusi Mesyuarat Jawatankuasa Verifikasi Skor (JVS). JVS dianggotai
oleh Guru Penolong Kanan Pendidikan Khas, Guru Kanan Mata Pelajaran dan Ketua Panitia.

 Tugas JVS adalah untuk memastikan pentaksir konsisten dalam pemberian skor bagi menjamin
kesahan dan kebolehpercayaan skor calon dan mengesahkan skor akhir calon.

 Keputusan JVS hendaklah diminitkan (Lampiran 7)


20

3.0
21

3.1 PENSKORAN SKRIP JAWAPAN CALON

LEMBAGA PEPERIKSAAN

i. Memantau penskoran supaya mematuhi jadual kerja dan panduan penskoran.

ii. Memantau pelaksanaan moderasi penskoran SJC oleh KPK / KPN.

iii. Memantau pelaksanaan verifikasi skor oleh KPS / JVS bagi menjamin kesahan dan kebolehpercayaan
skor.

JABATAN PENDIDIKAN NEGERI

i. Memantau penskoran supaya mematuhi jadual kerja dan panduan penskoran.

ii. Memantau pelaksanaan moderasi penskoran SJC oleh KPK / KPN.

iii. Memantau pelaksanaan verifikasi skor oleh KPS / JVS bagi menjamin kesahan dan kebolehpercayaan
skor.

iv. Memantau pelaksanaan mesyuarat JVS sekolah.

PEJABAT PENDIDIKAN DAERAH

i. Memastikan personel pentaksiran menghadiri mesyuarat penyelarasan tugasan, pemeriksaan dan


penskoran peringkat daerah/sekolah.

ii. Memastikan penskoran dilaksanakan mematuhi jadual kerja dan panduan penskoran.

iii. Memastikan pelaksanaan moderasi penskoran SJC oleh KPK / KPN dijalankan mengikut peraturan dan
penjaminan kualiti.

iv. Memastikan Guru Besar mengadakan mesyuarat Jawatankuasa Verifikasi Skor (JVS) dan mengesahkan
skor akhir calon.

v. Memastikan Guru Besar menghantar skor calon yang telah disahkan dalam mesyuarat JVS ke LP melalui
Aplikasi PASR.
22
SEKOLAH

i. Guru Besar/Ketua Pentaksir Sekolah

 Memastikan KP menghadiri mesyuarat penyelarasan tugasan, pemeriksaan dan penskoran


peringkat daerah.

 Memastikan KP menjalankan mesyuarat penyelarasan tugasan, pemeriksaan dan penskoran


peringkat sekolah.

 Memastikan Pentaksir menghadiri mesyuarat penyelarasan tugasan, pemeriksaan dan penskoran


peringkat daerah/sekolah.

 Menyerahkan panduan penskoran kepada KP.

 Memastikan penskoran dilaksanakan mematuhi jadual kerja dan panduan penskoran.

 Memastikan pelaksanaan moderasi penskoran SJC oleh KPK/KPN dijalankan mengikut peraturan
dan penjaminan kualiti.

 Mempengerusikan mesyuarat JVS dan mengesahkan skor calon.

 Menghantar skor calon yang telah disahkan ke LP melalui Aplikasi PASR.

ii. Ketua Pentaksir

 Menghadiri mesyuarat penyelarasan tugasan, pemeriksaan dan penskoran peringkat daerah.

 Menjalankan mesyuarat penyelarasan tugasan, pemeriksaan dan penskoran peringkat sekolah.

 Menyerahkan panduan penskoran kepada Pentaksir.

 Memastikan Pentaksir menggunakan panduan penskoran semasa membuat pentaksiran.

 Memastikan Pentaksir melaksanakan penskoran di tempat tertutup dan selamat.

 Memastikan penskoran, moderasi penskoran dan verifikasi skor dilaksanakan mengikut prosedur
yang telah ditetapkan oleh LP.

 Memastikan SuP/Pentaksir merekodkan skor calon pada Aplikasi PASR.

 Memastikan SuP/Pentaksir mencetak Borang Kelompok Skor Calon (BKSC) dari Aplikasi PASR.

iii. Pentaksir

 Menghadiri mesyuarat penyelarasan tugasan, pemeriksaan dan penskoran peringkat


daerah/sekolah.

 Menerima panduan penskoran daripada KP.


23

 Menggunakan panduan penskoran semasa mentaksir.

 Melaksanakan penskoran di tempat yang tertutup dan selamat.

 Menghadiri mesyuarat JVS.

iv. Setiausaha Peperiksaan/Pentaksir

 Merekodkan skor calon pada Aplikasi PASR.

 Mencetak BKSC daripada Aplikasi PASR dan menyerahkannya kepada KP untuk disemak dengan
SJC sebelum dibentangkan dalam mesyuarat JVS.

KETUA PENTAKSIR KEBANGSAAN

i. Mempengerusikan mesyuarat penyelarasan tugasan, pemeriksaan dan penskoran peringkat


kebangsaan.

ii. Menjalankan moderasi penskoran SJC.

iii. Memantau pelaksanaan PASR peringkat kebangsaan.

KETUA PENTAKSIR NEGERI

i. Mempengerusikan mesyuarat penyelarasan tugasan, pemeriksaan dan penskoran peringkat


daerah/sekolah.

ii. Menjalankan moderasi penskoran SJC.

iii. Memantau pelaksanaan PASR peringkat negeri.


24

4.0
25

4.1 PENGHANTARAN SKOR

LEMBAGA PEPERIKSAAN

i. Menyediakan Aplikasi PASR

ii. Menyediakan dan menghantar kata pengguna (user id) dan kata laluan(password) kepada sekolah.

JABATAN PENDIDIKAN NEGERI

i. Memastikan sekolah merekodkan skor calon pada Aplikasi PASR mengikut tarikh yang ditetapkan
dalam Jadual Kerja PASR.

PEJABAT PENDIDIKAN DAERAH

i. Memastikan sekolah merekodkan skor calon pada Aplikasi PASR mengikut mengikut tarikh yang
ditetapkan dalam Jadual Kerja PASR.

ii. Memastikan sekolah menjalankan mesyuarat JVS sebelum skor muktamad dihantar ke LP melalui
Aplikasi PASR.

GURU BESAR

i. Memastikan skor calon direkodkan pada Aplikasi PASR mengikut tarikh yang ditetapkan dalam Jadual
Kerja PASR.

ii. Memastikan KP menyemak BKSC dengan SJC.

iii. Mempengerusikan mesyuarat JVS dan memuktamadkan skor akhir calon pada BKSC.

iv. Mengesahkan dan menandatangani salinan (hardcopy) BKSC dan menyimpan salinan tersebut sebagai
rekod sekolah.

v. Memastikan KP dan Pentaksir melaksanakan keputusan mesyuarat JVS.

KETUA PENTAKSIR

i. Menerima dan menyemak balas skor calon dalam Borang Kelompok Skor Calon (BKSC) dengan SJC

ii. Mengesahkan semakan BKSC.

iii. Membentangkan BKSC dalam mesyuarat JVS untuk dimuktamadkan.

iv. Melaksanakan keputusan mesyuarat JVS


26
PENTAKSIR/SETIAUSAHA PEPERIKSAAN

i. Menerima BKSC yang telah disahkan oleh GB

ii. Menghantar skor akhir calon melalui Aplikasi PASR ke LP melalui Aplikasi PASR.
27

5.0
28

5.1 KES SALAH LAKU

LEMBAGA PEPERIKSAAN

i. Menerima laporan Kes Salah Laku daripada JPN.

ii. Mengarahkan JPN menjalankan siasatan terhadap laporan yang diberikan.

JABATAN PENDIDIKAN NEGERI

i. Menerima laporan Kes Salah Laku daripada pihak sekolah / KPN / KPK.

ii. Mengarahkan KPK / KPN untuk membuat moderasi kedua bagi mengesahkan laporan sekolah.

iii. Membuat siasatan setelah menerima surat arahan menjalankan siasatan oleh LP.

iv. Mengambil skrip calon sekiranya didapati ada berlakunya Kes Salah Laku berdasarkan arahan surat
daripada LP.

PEJABAT PENDIDIKAN DAERAH

i. Menerima laporan Kes Salah Laku daripada pihak sekolah / KPN / KPK.

GURU BESAR

i. Mempengerusikan Jawatankuasa Integriti sekiranya terdapat Kes Salah Laku.

ii. Membincang dan membuat siasatan di peringkat sekolah jika terdapat Kes Salah Laku.

iii. Menghantar laporan salah laku kepada JPN / PPD.

iv. Mengambil langkah awal untuk memastikan Kes Salah Laku tidak berlaku.

v. Menyerahkan SJC Kes Salah Laku kepada JPN mengikut arahan LP.
29
CARTA ALIR MESYUARAT PENYELARASAN TUGASAN, PEMERIKSAAN DAN PENSKORAN

Mula

Tarikh muat turun Instrumen (1 hari)

Mesyuarat Peringkat Kebangsaan – 1 hari


(hari yang sama dengan tarikh muat turun instrumen)

Mesyuarat Peringkat Negeri / Daerah / Sekolah


(sehari selepas mesyuarat peringkat kebangsaan)

Tamat
30
CARTA ALIR PENGURUSAN SKOR CALON

Mula

Pentaksir membuat penskoran

Moderasi skor oleh KPS / KPK / KPN


mengesahkan pentaksiran mematuhi
Tidak panduan penskoran

Ya

SuP/Pentaksir merekodkan Skor


Calon dalam Aplikasi PASR dan
mencetak BKSC

KP menyemak BKSC sama dengan


skor pada SJC
Tidak

Ya

KP membentangkan BKSC dalam


Mesyuarat JVS

JVS membuat perbandingan Skor dipersetujui oleh JVS


antara skor PASR dengan skor Tidak
PBD bagi mendapatkan korelasi.
JVS memutuskan skor akhir Ya
calon.

GB mengesahkan keputusan calon

SuP menghantar skor akhir calon


ke LP melalui Aplikasi PASR

Tamat
31
CARTA ALIR PENTADBIRAN KES SALAH LAKU

Mula

LP terima laporan Kes Salah Laku dari JPN

JPN menjalankan siasatan

Skor kekal
Tiada Kes

Ada kes

JPN mengemukakan laporan lengkap kepada LP

LP mengadakan Mesyuarat JK Kes Salah Laku

Skor kekal
Tiada Kes

Sabit Kes Salah Laku

Keputusan Mesyuarat JK Kes Salah Laku

LP menyampaikan keputusan kepada sekolah

Tamat
32

GLOSARI

BKSC Borang Kelompok Skor Calon

GB Guru Besar

GPKPKhas Guru Penolong Kanan Pendidikan Khas/Penyelaras Pendidikan Khas

JPN Jabatan Pendidikan Negeri

JVS Jawatankuasa Verifikasi Skor

KPK Ketua Pentaksir Kebangsaan

KPN Ketua Pentaksir Negeri

KPS Ketua Pentaksir Sekolah

KP Ketua Pentaksir ProKhas

KSSR PK Kurikulum Standard Sekolah Rendah Pendidikan Khas

LP Lembaga Peperiksaan

MBK Murid Berkeperluan Khas

OKU Orang Kurang Upaya

PASR Pentaksiran Alternatif Sekolah Rendah

PBS Pentaksiran Berasaskan Sekolah

PdPC Pengajaran dan Pembelajaran dan Pemudahcara

PP Pentaksiran Pusat

PPD Pejabat Pendidikan Daerah

PPKI Program Pendidikan Khas Integrasi

Pentaksir Pentaksir ProKhas

PBD Pentaksiran Bilik Darjah


33
SJC Skrip Jawapan Calon

SuP Setiausaha Peperiksaan

UPP Unit Penilaian dan Peperiksaan

UPSR Ujian Pencapaian Sekolah Rendah


34
LAMPIRAN 1

AKTA RAHSIA RASMI 1972 (LAMPIRAN D AKTA 88)

Ditandatangani oleh Personel Pentadbiran dan Personel


Pentaksiran.

Ditandatangani oleh Pengetua/Guru Besar


35
LAMPIRAN 2

AKUAN INTEGRITI

LP/Am 124

LEMBAGA PEPERIKSAAN
KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA

AKUAN INTEGRITI
Saya, ………………………................................................................... No.K/P: ………………………...…………..
bahawasanya dengan ini berjanji dan berikrar dengan sesungguhnya bahawa saya;
1. akan mematuhi peruntukan Akta Rahsia Rasmi 1972 (Akta 88), surat pekeliling, Arahan Keselamatan,
prosedur operasi standard serta arahan lain yang dikeluarkan dan dikuatkuasakan oleh L e mb ag a
P e p e r i ksa a n , K e me n te r i a n P e n d i d ika n M a l a y sia dari semasa ke semasa sepanjang tempoh
perkhidmatan saya di Lembaga Peperiksaan;

2. akan sentiasa menjaga kerahsiaan segala maklumat dokumen terperingkat berstatus RAHSIA BESAR,
RAHSIA, SULIT dan TERHAD pada setiap masa bagi melindungi kerahsiaan maklumat demi kepentingan
Lembaga Peperiksaan;

3. tidak akan membelakangkan tanggungjawab sebagai penjawat awam dan menyalahgunakan maklumat
dan/atau apa jua hak milik organisasi untuk kepentingan peribadi atau mana-mana pihak berkepentingan
yang bercanggah dengan tugas awam sehingga menjejaskan integriti dan imej Lembaga Peperiksaan;

4. tidak akan mendedahkan/menyerahkan maklumat dan/atau apa jua hak milik Lembaga Peperiksaan
kepada mana-mana pihak berkepentingan tanpa mendapat kebenaran bertulis daripada Pengarah
Peperiksaan; dan

5. akan melaporkan dengan segera kepada Pengarah Peperiksaan sekiranya terdapat sebarang cubaan
atau tindakan oleh mana-mana pihak yang boleh ditafsirkan sebagai bertentangan dengan p eruntukan
Akta Rahsia Rasmi 1972 (Akta 88), Arahan Keselamatan dan prosedur operasi standard
Lembaga Peperiksaan.

Saya sesungguhnya faham bahawa jika saya disabitkan kerana telah melanggar Akuan Integriti ini, saya boleh
dikenakan tindakan mengikut Akta Rahsia Rasmi 1972 (Akta 88) dan Peraturan-Pe raturan Pegawai Awam
(Kelakuan dan Tatate rtib )1993.
..................................................... .....................................................
Tandatangan Pegawai Tandatangan Ketua Jabatan
Nama : Nama :
Jawatan : Jawatan :
Tarikh : Tarikh :
Cap Rasmi : Cap Rasmi :
36
LAMPIRAN 3

AMPIRAN 1
CONTOH SURAT MAKLUMAN PELAKSANAAN PASR KEPADA
IBU BAPA/PENJAGA

Nombor Rujukan dan Tarikh

Kepada Ibu Bapa/Penjaga


Calon Pentaksiran Alternatif Sekolah Rendah (PASR)

Tuan/Puan,

PENTAKSIRAN ALTERNATIF SEKOLAH RENDAH (PASR) TAHUN 2018

Dengan sukacitanya perkara di atas dirujuk.

2. Untuk makluman pihak tuan/puan, Lembaga Peperiksaan (LP) melaksanakan Pentaksiran Alternatif
Sekolah Rendah (PASR) bagi Murid Berkeperluan Khas (MBK) dalam Program Pendidikan Khas Integrasi (PPKI)
atau MBK yang mengikuti pendidikan inklusif separa. Pentaksiran tersebut dilaksanakan kepada murid tahun akhir
persekolahan rendah.

3. PASR ialah komponen Pentaksiran Pusat pada peringkat sekolah rendah yang terdiri daripada dua (2)
instrumen iaitu ProKhas 1 dan ProKhas 2. Maklumat PASR adalah seperti yang berikut:

Bil Perkara ProKhas 1 ProKhas 2

3.1. Tempoh Tugasan 8 minggu 4 minggu


a. Kemahiran Hidup Asas (Penternakan a. Bahasa Inggeris
3.2. Mata Pelajaran
/ Jahitan / Masakan / Perkebunan) b. Pendidikan Sains Sosial dan Alam
b. Bahasa Melayu Sekitar
c. Matematik

3.3. Kaedah Pentaksiran dijalankan sepanjang waktu Pentaksiran dijalankan sepanjang


Pelaksanaan Pengajaran dan Pembelajaran (PdPC) waktu Pengajaran dan Pembelajaran
secara individu/berkumpulan (PdPC) secara individu/berkumpulan

4. Segala keprihatinan dan kerjasama yang diberikan oleh tuan/puan didahului dengan ucapan terima kasih.

Sekian.

“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”

Saya yang menurut perintah,

Tandatangan
Nama dan Cap Rasmi
37

LAMPIRAN 4

CONTOH SURAT PELANTIKAN KETUA PENTAKSIR ProKhas

Nombor Rujukan dan Tarikh

[Nama ]

Tuan/Puan,

PELANTIKAN KETUA PENTAKSIR ProKhas


PENTAKSIRAN ALTERNATIF SEKOLAH RENDAH (PASR) TAHUN .......

NAMA INSTRUMEN :

Dengan sukacitanya perkara di atas dirujuk.

2. Untuk makluman pihak tuan/puan, pihak sekolah bersetuju melantik tuan/puan sebagai Ketua Pentaksir
ProKhas.

3. Sehubungan dengan itu, tuan/puan hendaklah mematuhi perkara-perkara berikut:

3.1 menjalankan pentaksiran untuk instrumen ProKhas 1 atau ProKhas 2 dalam tempoh yang
ditetapkan oleh Lembaga Peperiksaan; dan

3.2 melaksanakan penjaminan kualiti pentaksiran termasuk moderasi penskoran dan verifikasi
skor;
4. Pelantikan tuan/puan adalah sah untuk tahun semasa dan pihak sekolah boleh membatalkan pelantikan
tersebut sekiranya tuan/puan didapati tidak mematuhi perkara 3 di atas. Sila maklumkan dengan segera kepada
Guru Besar sekiranya tuan/puan tidak dapat menjalankan tugas ini.

5. Pihak sekolah berharap tuan/puan dapat melaksanakan tugas yang diamanahkan dengan penuh
tanggungjawab.

Sekian, terima kasih.

“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”

Saya yang menurut perintah,

Tandatangan
Nama dan Cap Rasmi
38

LAMPIRAN 5

CONTOH SURAT PELANTIKAN PENTAKSIR ProKhas

Nombor Rujukan dan Tarikh

[Nama]

Tuan/Puan,

PELANTIKAN PENTAKSIR ProKhas 1 / PENTAKSIR ProKhas 2


PENTAKSIRAN ALTERNATIF SEKOLAH RENDAH (PASR) TAHUN ......

NAMA INSTRUMEN :

Dengan sukacitanya perkara di atas dirujuk.

2. Untuk makluman pihak tuan/puan, pihak sekolah bersetuju melantik tuan/puan sebagai Pentaksir
ProKhas 1 / Pentaksir ProKhas 2.

3. Sehubungan dengan itu, tuan/puan hendaklah mematuhi perkara-perkara berikut:

3.1 menjalankan pentaksiran untuk instrumen ProKhas 1 atau ProKhas 2 dalam tempoh yang
ditetapkan oleh Lembaga Peperiksaan; dan

3.2 melaksanakan penjaminan kualiti pentaksiran termasuk moderasi penskoran dan verifikasi
skor;
4. Pelantikan tuan/puan adalah sah untuk tahun semasa dan pihak sekolah boleh membatalkan pelantikan
tersebut sekiranya tuan/puan didapati tidak mematuhi perkara 3 di atas. Sila maklumkan dengan segera kepada
Guru Besar sekiranya tuan/puan tidak dapat menjalankan tugas ini.

5. Pihak sekolah berharap tuan/puan dapat melaksanakan tugas yang diamanahkan dengan penuh
tanggungjawab.

Sekian, terima kasih.

“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”

Saya yang menurut perintah,

Tandatangan
Nama dan Cap Rasmi
39

LAMPIRAN 6

CONTOH SURAT KEBENARAN IBU BAPA/PENJAGA

……………………………….

……………………………….

……………………………….

……………………………….

Tarikh: .................................

Kepada,
Guru Besar,

……………………………………………………...

……………………………………………………...

………………………………………………………

KEBENARAN MENDUDUKI PENTAKSIRAN ALTERNATIF SEKOLAH RENDAH


(PASR) TAHUN…………….

Saya………………………………………... No. Kad Pengenalan:..................................


ialah ibu/bapa/penjaga kepada:..................................................................................
No. Kad Pengenalan/No. Kad OKU: .…......…………………………..............................
*membenarkan/tidak membenarkan anak jagaan saya untuk menduduki
Pentaksiran Altenatif Sekolah Rendah (PASR) tahun……………... .

2. Saya juga faham bahawa anak jagaan saya tidak akan menduduki
peperiksaan UPSR apabila telah mendaftar untuk menduduki Pentaksiran Alternatif
Sekolah Rendah (PASR).

Sekian, terima kasih.

Yang benar,

…………………………………

Nama:…………………………………………………

No. Kad Pengenalan:……………………………….

No. Telefon:………………………………...............

*Potong mana-mana yang tidak berkenaan


40
LAMPIRAN 7

CONTOH MINIT MESYUARAT JVS

MINIT MESYUARAT
JAWATANKUASA VERIFIKASI SKOR
PENTAKSIRAN ALTERNATIF SEKOLAH RENDAH (PASR) 2018
SK ......................................................................
__________________________________________________________________________
Bil. Mesyuarat : 1 Tahun .......
Tarikh :
Masa :
Tempat :

Hadir
1. Guru Besar - Pengerusi
(Puan/Encik )

2. x
(Puan/Encik )

I. PERUTUSAN PENGERUSI
1. Kata Alu-aluan
Makluman
II. PENGESAHAN MINIT MESYUARAT
Tulis ‘tiada’, jika tiada mesyuarat sebelum

III. PERKARA-PERKARA BERBANGKIT


Tulis ‘tiada’, jika tiada mesyuarat sebelum/tiada perkara berbangkit

IV. PERBINCANGAN (Contoh)


2. Penskoran Calon (Contoh)
Mesyuarat:
2.1 mengambil maklum (contoh)
a)
Makluman
2.2 memutuskan (contoh)
a)

Tindakan: SuP (Contoh)


V. HAL-HAL LAIN
3.

Makluman

VI. PENUTUP
Mesyuarat ditangguhkan pada pukul 3.00 petang.
Makluman

(Penyedia minit mesyuarat)


Tarikh:

You might also like