You are on page 1of 2

MINIT MESYUARAT PENGURUSAN SEKOLAH

SEKOLAH KEBANGSAAN HAJI SALLEH MASRI

JAWATANKUASA PENGURUSAN SEKOLAH

TARIKH : 09.05.2017

MASA : 2.00 petang

HARI : SELASA

KEHADIRAN

1. Tuan Haji Md Zanil bin Saffie - Pengerusi / Guru Besar


2. Tuan Haji Mansor bin Mohd.Nor - Timbalan Pengerusi / PK Pentadbiran
3. En. Mohamad Shahidi bin Yahaya - Naib Pengerusi 1 / PK HEM
4. En Shukor bin Salleh - Naib Pengerusi 2/ PK Kokurikulum

Mesyuarat Di Pengerusikan Oleh Tuan Haji Md Zanil bin Saffie PPN ., PJK.
Guru Besar SK Haji Salleh Masri

AGENDA 1 - ALUAN PENGERUSI

1.1 Pengerusi mengucapkan terima kasih di atas kehadiran semua AJK.Tuan Pengerusi
mengucapkan syukur kehadrat Allah SWT kerana telah dapat mengadakan Mesyuarat
Pengurusan pada kali ini.
1.2 Tuan Pengerusi masih lagi memaklumkan bidang tugas jawatankuasa adalah untuk membantu
Pengurusan Sekolah mengawasi,mengesan dan menyelia semua urusan pentadbiran sekolah
mengikut bidang tugas masing-masing.

Jawatankuasa ini juga akan mengadakan mesyuarat pengurusan sekolah seperti jadual yang
telah dicadangkan. .Mesyuarat yang telah disusun jadualnya adalah untuk membantu
jawatankuasa ini menguruskan pentadbiran sekolah dengan lebih berkesan.

1.3 Merangsang guru-guru agar bekerjasama,lipatkan usaha mendidik sebagai azam 2017. Juga
menambah azam memperkemaskan lagi program-program murid yang melibatkan kurikulum
,hal ehwal murid dan kokurikulum murid sekolah ini.

AGENDA 2

PEPERIKSAAN PERTENGAHAN TAHUN

2.1 Guru Besar memaklumkan peperiksaan pertengahan tahun akan diadakan pada 18.05.2017 hingga
25.05.2017.

2.2 Soalan Peperiksaan akan disediakn oleh Majlis Guru Besar Negeri Kedah.

2.3 Kertas soalan akan diambil di Sekolah Pendidikan Khas bagi MGB Zon Selatan.
AGENDA 3

3.1 Perayaan Hari Guru Peringkat Sekolah akan diadakan pada 16.05.2017 (Selasa). Diminta Guru
Penolong Kanan Kokurikulum En Shukor bin Shafie merancang aktiviti yang akan diadakan pada hari
tersebut.

AGENDA 4

4.1 ABM Perjawatan di sekolah sekolah kita guru lebih daripada sepatutnya. Oleh itu pihak PPD
memaklumkan kepaa kita mencadangkan seorang guru sekolah ini bertukar ke sekolah yang
memerlukan perkhidmatan beliau.

4.2 Tuan Pengerusi mencadangkan seorang guru Puan Aniza binti Hamzah ditukarkan kerana beliau
telah memohon pertukaran ke sekolah lain.

4.3 Keputusan sebulat suara dalam memberi laluan kepada Puan Aniza binti Hamzah untuk bertukar
keluar.

5. HAL-HAL LAIN

5.1 En Shukor bin Shafei selaku Guru Penolong Kanan Kokurikulum menjelaskan pihak sekolah
sering mengalami gangguan bekalan air. Beliau menjelaskan pihak SADA menghantar bekalan air
apabila diminta oleh pihak sekolah. Beliau berharap masalah ini akan diatasi dengan kadar segera untuk
keselesaan murid dan staff sekolah ini.

AGENDA PENUTUP

Tuan Pengerusi mengucapkan terima kasih sekali lagi. Beliau mengharapkan Tahun 2017 ini akan
menjadi tahun yang akan mencapai kejayaan yang cemerlang dalam bidang akademik dan koakademik
dalam mendidik anak didik Sekolah Kebangsaan Haji Salleh Masri Membentuk Insan Berilmu. Beliau
akhirnya menangguhkan mesyuarat ini kesatu tarikh yang ditetapkan.

Mesyuarat ditangguhkan pada jam 4.00 petang.

Minit Dicatat Oleh, Minit Disemak Oleh

………………………………….. ………………………………
( EN.CHE MANSOR BIN MOHD.NOR ) (TN.HJ.MD.ZANIL BIN SAFFEI PPN . JPK.)
Penolong Kanan Pentadbiran Guru Besar
Sekolah Kebangsaan Haji Salleh Masri Sekolah Kebangsaan Haji Salleh Masri

You might also like