You are on page 1of 4

SJK(T) SARASWATHY,

JALAN TIONG, 08000 SUNGAI PETANI,


KEDAH DARUL AMAN

MINIT MESYUARAT PANITIA SEJARAH KALI PERTAMA TAHUN 2014

Tarikh : 28 Jan 2014


Masa : 2.00 petang
Tempat : Bilik Mesyuarat
Kehadiran : Penuh 7/7

Nama Guru Matapelajaran:

1. En.M.Veeriah ( Guru Besar )


2. En.R.Subramaniam ( Penolong Kanan 1 )
3. Pn.G.Jayamalar ( Ketua Panitia )
4. Cik.M.Anandhavalli ( Setiausaha )
5. Pn.M.Dharmambal
6. Pn.T.Thamaraiselvi
7. Pn.V.Thalirkodi

Agenda

i. Ucapan Pengerusi

1. Pengerusi Panitia Sejarah mengalu-alukan kedatangan semua AJK ke mesyuarat panitia kali
pertama.
( Makluman Guru-guru Sej)
ii. Perutusan Guru Besar

2. Guru Besar mengucapkan terima kasih kepada semua guru yang hadir ke mesyuarat Panitia
Sejarah kali pertama sesi 2014.
( Makluman Guru-guru Sej)

iii. DSKP/Rancangan Tahunan

3.. Pengajaran dan pembelajaran Sejarah dalam setiap minggu ialah 2 waktu bagi murid-murid tahun 4.
Guru – guru diminta menjalankan pengajaran dan pembelajaran dengan lebih berkesan.Pn.G.Jayamalar
telah meminta guru – guru agar memperbanyakkan projek yang melibatkan murid supaya dapat mencungkil
bakat – bakat murid yang terpendam..

( Makluman Guru-guru Sej )


( Tindakan Guru-guru Sej )
iv. Format Rancangan Pengajaran Harian

4. Guru – guru diminta menulis rancangan pengajaran harian mengikut format yang ditetapkan.Beliau
menyarankan bahawa sekurang-kurangnya menulis 3 aktiviti dalam rancangan harian.
Guru – guru telah diedarkan format penulisan rancangan harian Sejarah KSSR.

( Makluman Guru-guru Sej ) ( Tindakan Guru-guru Sej )

v. Sukatan / Huraian Sukatan / Rancangan Tahunan /Dokumen Standard Sekolah


Rendah ( KSSR )

5.. Ketua Panitia meminta guru – guru yang kurang pengalaman dalam pengajaran dan pembelajaran
Sejarah haruslah merujuk kepada beliau. Beliau berharap guru-guru telahpun bersedia dengan Dokumen
Standard Sekolah Rendah ( KSSR )

( Makluman Guru-guru Sej ) ( Tindakan Guru-guru


Sej )

vi. Program Pemantauan Kurikulum Berkualiti (PKB)

6. Penolong Kanan Kurikulum , En.R.Subramaniam menekankan tentang Program Pemantauan


Kurikulum Berkualiti yang merangkumi tiga aspek , iaitu :

 Buku Rekod Pengajaran dan pembelajaran mesti dihantar mengikut jadual yang telag dirancangkan
oleh pihak sekolah.
 Buku Latihan Murid mesti dihantar untuk disemak oleh pihak pentadbir seperti yang telah
dirancangkan.
 Pencerapan akan dibuat oleh pihak pentadbir seperti dalam jadual yang disediakan.

 Guru – guru diminta menulis refleksi berpandukan objektif pada hari tersebut.

( Makluman Guru-guru Sej) ( Tindakan Guru-guru Sej)

vii. Buku Latihan

7. Murid – murid tahap 2( KSSR ) ditetapkan menggunakan sebuah buku latihan nota Sains .

( Makluman Guru-guru Sej ) ( Tindakan Guru-guru


Sej )

viii. Anggaran Perbelanjaan

8. Anggaran Perbelanjaan telah pun dibincangkan dalam mesyuarat dan disertakan dalam lampiran.
( Tindakan Guru-guru Sej )

ix. Perancangan Panitia 2014

9. Ketua Panitia meminta semua guru sejarah untuk memberi kerjasama untuk menjayakan rancangan yang
dirancang sepanjang tahun ini.

( Makluman Guru-guru Sej ) ( Tindakan Guru-guru


Sej )
x. Folio

10. Ketua Panitia Sejarah meminta semua guru sejarah memberi folio kepada murid-murid. Guru-guru
diminta memberi tempoh masa panjang kepada murid-murid agar mereka menyempurkan tugasan yang
diberi dengan sempurna.

( Makluman Guru-guru Sej ) ( Tindakan Guru-guru


Sej )

xi. Fail

11. PK1 meminta ketua panitia untuk membalut fail-fail panitia dengan kertas mahjung.

( Makluman Guru-guru Sej ) ( Tindakan Guru-guru


Sej )

xii. ABM/BBM/BBB

12. PK1 meminta semua guru menggunakan ABM/BBM yang sesuai untuk subjek Sejarah agar aktiviti
Pembelajaran dan Pengajaran mencapai objektif. Beliau juga memberitahu bahawa carta yang diperlukan
untuk P&P telahpun dibeli oleh pihak sekolah.

( Makluman Guru-guru Sej ) ( Tindakan Guru-guru


Sej )

xiii. Perkembangan Staf / Kursus Dalaman

13. Perkembangan staf akan diadakan dari semasa ke semasa. PK1 menyuruh guru-guru yang menghadiri
kursus berkenaan dengan subjek sejarah perlu menjalankan kursus dalaman agar semua guru sejarah
mendapat manfaat.

( Makluman Guru-guru Sej )

xiv. Hal-hal lain

14.. Semua guru diminta menggunakan waktu Pengajaran dan Pembelajaran dengan baik dan sempurna .
PN.G.Jayamalar meminta pihak sekolah untuk menyediakan pembesar suara untuk menjalankan
pembelajaran dan pengajaran dengan berkesan.

( Makluman Guru-guru Sej) ( Tindakan Guru-guru Sej )

Mesyuarat ditangguhkan pada pukul 3.45 petang dengan ucapan terima kasih oleh Ketua Panitia Sejarah.

Disediakan oleh: Disemak oleh: Disahkan oleh:


……………………. ……………………. …………………
(CIK.M.ANANDHAVALLI) ( PN.G.JAYAMALAR)
Setiausaha Panitia Ketua Panitia
Sejarah Sejarah

You might also like