You are on page 1of 7

MINIT MESYUARAT PANITIA BAHASA MELAYU BIL.

2/2011

SEK. KEB. AMPANG CAMPURAN

TARIKH : 23 FEBRUARI 2011

HARI : RABU

TEMPAT : BILIK MESYUARAT

MASA : 12.30 – 2.00 petang

KEHADIRAN

1. Pn. Suriati binti Surat


2. Pn. Rozita binti Shahidin
3. Pn. Azliza binti Abu Hassan
4. En. Ramlan bin Badawi
5. Datin Sharifah Wahidah binti Syed Omar
6. Pn. Siti Mariam binti Ya
7. En. Mohd. Maswadie bin Mustapa
8. Pn. Masayu binti Md. Ghazali
9. Pn. Mardiatul Viza binti Omar
10. En. Mohd. Riduan bin Abdullah
11. Cik Nor Rafizah binti Ramli
12. En. Mohd. Zaidi bin Zainudin
13. En. Azali bin Mohd. Ghazi
14. Pn. Che Hasnah binti Che Rus
15. En.Mohd Jafri bin Aripin
16. Pn. Noorhasnida binti Ahmad

TIDAK HADIR BERSEBAB

1. Abdul Aziz bin Ahmad

TIDAK HADIR TANPA SEBAB

1. Pn. Nur Amila binti Yahaya


2. En. Abu Bakar bin Hamjah
3. Puan Ruhani binti Rahmat

1
CATATAN MESYUARAT

1.0 Kata-kata Aluan

1.1 Ketua Panitia mengucapkan terima kasih di atas kehadiran semua guru bahasa Melayu yang
hadir. Beliau juga meminta supaya semua guru-guru dapat menepati masa supaya mesyuarat
dapat dijalankan dengan lancar.

2.0 Pertandingan Bercerita


2.1 Tarikh pertandingan : 24 Mac (peringkat zon), 21 April (peringkat daerah).
2.2 Taklimat untuk hakim pada 8 Mac di SK Saujana Impian.
2.3 Setiap sekolah perlu menghantar wakil – seorang murid untuk tahap 1 dan seorang murid untuk
tahap 2.
2.4 Pemilihan tajuk cerita : cerita semasa ( tidak boleh cerita tentang haiwan, cerita klasik dan cerita
dongeng)
2.5 Guru-guru bahasa Melayu boleh merujuk Ketua Panitia BM untuk syarat-syarat penyertaan.
2.6 Semua guru bahasa Melayu perlu memberi nama murid yang berminat untuk memasuki
pertandingan bercerita kepada ketua panitia pada hari Isnin, 28 Februari 2011.
2.7 Pertandingan dalaman untuk memilih wakil sekolah dalam pertandingan bercerita akan
diadakan hari Khamis, 3 Mac 2011.

Tindakan: Semua guru bahasa Melayu

3.0 PROTIM
3.1 Pra Ujian diadakan pada 20 – 25 Feb 2011
3.2 Perlu hantar data ke PPD pada 10 Mac (guru yang buat data dan KP).
3.3 Guru terlibat :- Tahun 4 : Puan Masayu, Tahun 5 : Cik Nor Rafizah
3.4 Penyelaras PROTIM ialah Cik Nor Rafizah

Tindakan: Puan Masayu dan Cik Rafizah

4.0 Data untuk Guru BM

4.1 Guru – guru perlu mengisi borang biodata guru dan menyerahkannya kepada ketua Panitia
selewat-lewatnya pada 28 Feb 2011.
4.2 Borang biodata ini akan diserahkan kepada PPD, Hulu Langat.
Pihak sekolah juga perlu memaklumkan kepada PPD sekiranya di sekolah terdapat guru Guru
cemerlang BM, Guru sebagai JU BM daerah / negeri / kebangsaan, Guru sebagai penanda
kertas BM daerah / negeri / kebangsaan / UPSR.
4.3 Encik Jafri memaklumkan bahawa beliau merupakan salah seorang guru penanda kertas bagi
Kuala Lumpur.

Tindakan: Semua guru bahasa Melayu

5.0 Proses ISO


5.1 Pelaksanaan
5.1.1 4 buah sekolah terlibat (SK Lembah Jaya, SK Saujana Impian, SK Kuala Pajam dan
SK BandarTun Hussein Onn 2)

Untuk makluman.
5.2 Perolehan dan penyebaran
5.2.1 Kehadiran termaktub dalam ISO, jika tidak cukup senarai kehadiran, pihak penganjur
akan disoal.
5.2.2 Jika berkursus – mesti tandatangan kehadiran
5.2.3 Bahan yang diperolehi daripada kursus perlu diserahkan kepada pihak sekolah.
5.2.4 Borang akan sampai di sekolah untuk mengesahkan bahan yang diberi sudah
dihantar ke sekolah atau tidak.

2
5.2.5 Adakah kursus mencapai objektif kualiti – dirumuskan dalam borang maklumbalas
peserta.

Tindakan: Semua guru bahasa Melayu


5.3 Pemantauan
5.3.1 Pencerapan oleh KP BM dari segi:
 Penglibatan murid
 Penguasaan murid
 Perancangan/persediaan guru
 Di dalam buku RPH, GURU PERLU BACA PEKELILING DAN
TANDATANGAN
 Senarai buku teks/ buku rujukan
 Kaedah penyampaian
 Bahan bantu mengajar
 Teknik penyoalan
 Penguasaan isi kandungan – PERLU TULIS MINGGU KE BERAPA
 Pengurusan kelas
 Amalan profesionalisme perguruan
 Cara bercakap
 Penampilan
 SILA SUSUN KASUT JIKA TEMPAT BERKURSUS PERLU BUKA
KASUT

Tindakan: Semua guru bahasa Melayu dan Ketua Panitia

6.0 Pemantauan LINUS


6.1 Pegawai JPS akan datang ke 15 buah sekolah untuk memantau terutamanya sekolah di
kawasan Ampang.
6.2 Menurut guru LINUS, iaitu Puan Noor Hasnida pegawai dari Kementerian belum lagi datang
memantau. Setakat ini murid kelas 1H dan 1G di klasifikasikan sebagai murid LINUS. Selepas
ujian saringan diadakan, barulah ada senarai nama untuk murid LINUS.
Tindakan: Puan Noor Hasnida

7.0 PKJR
7.1 Buat masa ini sekolah masih lagi belum menerima buku akiviti PKJR. Dicadangkan pihak
sekolah supaya membuat salinan untuk setiap pelajar. Puan Suriati memberi maklum balas
bahawa PKJR akan dilaksanakan setelah pihak sekolah menerima buku aktiviti untuk murid.
7.2 Guru penyelaras PKJR tahun 2011 ialah Encik Azali bin Mohd Ghazi.

Tindakan: Encik Azali bin Mohd Ghazi

8.0 Guru penanda kertas UPSR


8.1 En. Syed Nizam dan Encik Mohd Jafri ialah salah seorang penanda kertas.
8.2 Dicadangkan supaya Encik Syed Nizam dan Encik Mohd Jafri mengadakan kursus dalaman
untuk semua guru-guru BM Tahap 2.
8.3 Kursus dalaman akan ditetapkan pada satu tarikh dan akan dimaklumkan kepada guru-guru
bahasa Melayu.
Tindakan : Ketua Panitia BM

9.0 Ujian Fasa 1


9.1 Ujian Fasa 1 akan diadakan pada 8 Mac 2011
9.2 Guru penggubal soalan adalah seperti dibawah. Guru penggubal soalan diingatkan supaya
menghantar kepada Ketua Panitia bahasa Melayu sebelum 28 FEB 2011 untuk disemak.

3
TAHUN MATA PELAJARAN UJIAN FASA 1 Tindakan
: PEMAHAMAN Puan Azliza bt Abu Hassan Guru
1
PENULISAN Datin Hjh. Sharifah Wahida bt. Syed Omar
PEMAHAMAN Encik Azali b. Mohd. Ghazi
2
PENULISAN Encik Azali b. Mohd. Ghazi
PEMAHAMAN Encik Zaidi b. Zainuddin
3
PENULISAN Encik Mohd Riduan b. Abdullah
PEMAHAMAN Puan Che Hasnah bt. Che Rus
4
PENULISAN Puan Masayu binti Md. Ghazali
PEMAHAMAN Puan Nor Amila bt Yahaya
5
PENULISAN Cik Nor Rafizah bt. Ramli
PEMAHAMAN Puan Rozita bt. Shahidin
6
PENULISAN Encik Abdul Aziz b. Ahmad
penggubal soalan.

10.0 Penulisan buku rekod mengajar


10.1 Perlu ada 5 aktiviti (perlu ada untuk guru dan untuk murid)
 Contoh :
 Guru menjelaskan……
 Murid membuat……
 2 aktiviti untuk guru, 3 aktiviti untuk murid (atau yang mana lebih sesuai)
10.2 Ambil perhatian tentang nilai
10.3 IMPAK – Contoh :30 daripada 35 orang telah menguasai, 5 orang
murid yang tidak menguasai telah diberi latihan tambahan

Tindakan: Semua guru bahasa Melayu

11.0 Pengurusan Fail


11.1 Perlu mantap dan teratur
11.2 Perlu tambah fail untuk Minit Curai.
11.2.1 Setiap guru yang berkursus perlu mengisi minit curai dan menyerahkan satu salinan
kepada KP untuk difailkan.

Tindakan: Semua guru bahasa Melayu

12.0 Post Mortem UPSR 2010


12.1 Encik Ramlan selaku Ketua Panitia bahasa Melayu 2010
membentangkan Analisa Keputusan UPSR 2006 hingga 2010 (Sila rujuk lampiran).
12.2 Encik Ramlan membuat rumusan seperti di bawah:
12.2.1 Keputusan Bahasa Melayu (Pemahaman) meningkat 0.8%. Pencapaian ini amat
memberangsangkan kerana sejak 5 tahun kebelakangan peratusan lulus tidak
pernah mencapai 90%. Walaupun begitu, kertas Penulisan mengalami penurunan
yang tidak dijangka, iaitu 16% berbanding 5 tahun kebelakangan.
12.2.2 Soalan kertas Bahasa Melayu (Penulisan) memperlihatkan kemerosotan yang amat
ketara sejak 5 tahun kebelakangan. Ini disebabkan soalan yang diajukan agak sukar
dan tidak menepati jangkaan yang sepatutnya. Perkara ini disahkan sendiri oleh guru
penanda Kertas Bahasa Melayu bagi kawasan Kuala Lumpur, Encik Mohamad Japri.
12.2.3 Masalah disiplin murid-murid tahun 6 2010 yang tidak dapat dirungkai walaupun
pelbagai cara dan kaedah telah digunakan. Contohnya memberi bimbingan dan
kaunseling kepada murid-murid yang bermasalah . Kemerosotan murid hadir ke
sekolah bukan disebabkan keengganan mereka ke sekolah tetapi adalah disebabkan
tarikan ke pusat-pusat komputer untuk bermain komputer.

4
12.2.4 Kedapatan murid yang lebih mengutamakan hal-hal percintaan, mempunyai
kumpulan dan terlibat dengan genster, suka menimbulkan pergaduhan sesama
rakan.
12.2.5 Pantauan daripada kalangan ibu bapa di rumah amat kurang khususnya menjelang
peperiksaan.
12.2.6 Tarikh perayaan Hari Haya Aidilfitri yang dirayakan juga memberi impak kepada
kemerosotan subjek Bahasa Melayu Penulisan. Ini disebabkan murid-murid lebih
mengutamakan menyambut perayaan tersebut berbanding membuat persediaan
secukupnya.
12.2.7 Memang telah dijangkakan keputusan UPSR 2010 sudah diduga kemerosotannya.
Ini kerana sejak dari tahun 5 (2009) lagi, murid-murid tidak menunjukkan semangat
untuk belajar dan lebih banyak membuat perkara-perkara yang tidak berfaedah.
Guru-guru tahun 5 juga telah memaklumkan hal ini kepada guru-guru tahun 6.
12.2.8 Bahan rujukan untuk murid-murid amat daif. Hal ini berbanding dengan tahun 2009
yang mana murid-murid mempunyai bekalan untuk membuat ulang kaji.
12.2.9 Kalangan murid itu sendiri yang banyak menimbulkan masalah. Sikap tidak ambil
peduli dan kurang beri perhatian/tumpuan dalam kelas.
12.2.10 Lewat untuk membuat pengasingan murid cemerlang dan murid lemah.

12.3 Berapa tindakan penyelesaian telah diambil iaitu mengadakan


pelbagai program kecemerlangan UPSR. Sila rujuk senarai program kecemerlangan UPSR,
2010.

12.4 Jangkaan 2011


12.4.1 Tahun 2011 memperlihatkan murid-murid yang mempunyai rekod ‘bersih’ disiplin.
Jangkaan untuk memperoleh 20 orang 5A dalam UPSR boleh diterima dan mungkin
jauh lebih baik daripada itu.
12.4.2 Untuk memastikan ini berjaya, sedikit kesungguhan daripada kalangan semua guru
dari tahun 1 hingga tahun 5 diperlukan.

12.5 Untuk calon-calon UPSR 2011, Encik Ramlan mencadangkan supaya


akan diadakan streaming selepas Ujian Fasa 1 untuk mengenal pasti murid-murid yang
agak lemah dan perlu ditempatkan di kelas yang sesuai dengan kebolehan mereka.

Tindakan: Semua guru

13.0 Hal-hal lain

13.1 Ketua Panitia memaklumkan beberapa perkara untuk makluman guru-


guru bahasa Melayu.
13.1.1 Bagi setiap aktiviti bahasa Melayu peringkat zon, pengerusinya ialah SK Taman
Tasik.
13.1.2 Setiap program mesti post mortem
13.1.3 Mulai 2011 ada pemantauan bersepadu NKRA terutamanya di sekolah-sekolah
cemerlang
13.1.4 Kajian Tindakan – diharapkan ramai guru membuat kajian dan menghantar kertas
cadangan / proposal.

13.2 Kekurangan guru BM


13.2.1 Buat masa ini Puan Ruhani mengajar BM kelas 4C dan 4G
13.2.2 Untuk kelas 5D dan 5G, beberapa orang guru yang berkaitan mengajar 2 masa
dalam seminggu.
13.2.3 Puan Zakirah sudah berpindah, ini bermakna tiada guru bahasa Melayu bagi kelas
5B dan 5C. Beberapa orang guru yang berkaitan juga akan mengajar 2 masa dalam
seminggu bagi kedua-dua kelas ini.
5
13.2.4 Bagi Ujian Fasa 1, Cik Nor Rafizah akan membantu menanda kertas penulisan bagi
kelas 5D, dan 5G. Manakala Encik Ramlan akan membantu menanda kertas
penulisan bagi kelas 5B, dan 5C. Guru-guru bahasa Melayu yang lain akan
membantu menanda kertas pemahaman bagi ke empat-empat kelas ini.

13.3 LADAP untuk PBS akan diadakan pada 26 Mac 2011. Semua guru
diwajibkan hadir pada tarikh tersebut.

13.4 Buku latihan murid untuk ditandatangani oleh pihak pentadbir.


13.4.1 Selepas cuti sekolah, semua guru-guru bahasa Melayu perlu menghantar buku
latihan murid untuk ditandatangi oleh GPK Kurikulum.
13.4.2 Ketua Panitia bahasa Melayu akan membuat jadual.

13.5 Nota minta bagi panitia bahasa Melayu.


13.5.1 Guru-guru bahasa Melayu menyenaraikan semua buku, alatan, BBM dan lain-lain
untuk digunakan dalam p&p bahasa Melayu.
13.5.2 Ketua Panitia akan mengisi Nota Minta dan akan menyerahkan kepada Guru Besar
secepat mungkin.

Tindakan : Ketua Panitia BM dan semua guru-guru bahasa Melayu

14.0 Perkara-perkara berbangkit.

14.1 Buku rampaian atau buku kerja.


14.1.1 Encik Zaidi membangkitkan isu bahawa buku rampaian untuk murid tahap 1 terlalu
banyak. Ini agak membebankan guru-guru untuk menandanya. Dan juga agak
membebankan ibu bapa untuk membeli buku-buku ini.
14.1.2 Puan Suriati memaklumkan bahawa buku-buku rampaian ini boleh ditanda oleh
murid semasa sesi perbincangan jawapan antara guru dan murid-murid.
14.1.3 Buku-buku yang telah ditetapkan oleh pihak sekolah ini tidak dibincangkan terlebih
dahulu dengan guru-guru bahasa Melayu. Sepatutnya diadakan perbincangan
terlebih dahulu.
14.1.4 Menurut Puan Masayu, buku-buku ini tidak sesuai untuk kelas lemah seperti kelas
Harapan dan Gemilang.
14.1.5 Menurut Puan Azliza pula, buku-buku untuk tahun 1 tidak berkaitan dengan tajuk-
tajuk KSSR.
14.1.6 Menurut Puan Rozita, terdapat banyak kesilapan dalam buku Temanku Ceria untuk
Tahun 6.
14.1.7 Menurut Puan Che Hasnah, aras soalan dalam buku Temanku Ceria untuk Tahun 4
adalah aras tinggi. Cik Rafizah juga memaklumkan soalan dalam buku untuk tahun 5
juga aras tinggi.
14.1.8 Puan Noor Hasnida memberi cadangan bahawa bermula sesi persekolahan 2012,
buku-buku ditetapkan mengikut aras murid-murid iaitu buku-buku yang berbeza
mengikut kelas hadapan dan kelas belakang. Beliau juga mencadangkan kedai buku
supaya mengasingkan buku mengikut kelas dan pihak sekolah memberi tempoh
untuk membeli buku iaitu selepas streaming dibuat.
14.1.9 Bagi buku-buku yang sudah dibeli untuk kelas lemah, diminta supaya guru-guru yang
terlibat menggunakan juga buku tersebut dan memberi jawapan kepada murid untuk
setiap soalan.

15.0 Penutup

6.1 Pengerusi mengucapkan terima kasih di atas kerjasama yang diberikan.


6.2 Mesyuarat ditangguhkan pada pukul 2.00 petang.
6
Disediakan oleh,

........................................................

(ENCIK RAMLAN BIN BADAWI)

Setiusaha Panitia Bahasa Melayu 2011

Disemak oleh,

.........................................................

(ROZITA BINTI SHAHIDIN)

Ketua Panitia Bahasa Melayu 2011

Disahkan oleh,

.........................................................

(SURIYATI BINTI SURAT)

Guru Penolong Kanan Tadbir

You might also like