You are on page 1of 3

SEKOLAH KEBANGSAAN KAMPUNG PENDAMAR

BERCERITA (L) : DAKWAH NABI YAHYA DAN NABI ZAKARIA

‫بسم هللا الرحمن الرحيم‬


‫السالم عليكم ورحمة هللا وبركاته‬

Yang dihormati, Tuan Pengerusi Majlis, Barisan Panel Hakim Yang Arif tunggak
keadilan, hadirin-hadirat, seterusnya rakan-rakan seperjuangan sekalian.

Amalan baik jadikan teladan,


Kelak menjadi insan mulia,
Mari dengarkan kisah teladan,
Nabi Zakaria serta yahya.

Rakan-rakan semua,

Nabi Zakaria merupakan keturunan Nabi Daud serta nabi Sulaiman. Baginda tinggal
disebuah kota yang bernama Dimasyk. Baginda merupakan seorang nabi yang sangat
tabah dan sabar dalam menyampaikan dakwah kepada umatnya. Bagai
mencurahkan air ke daun keladi, umatnya masih ingkar terhadap perintah Allah.

Nabi Zakaria dan isterinya Hanna telah diuji tidak mempunyai zuriat dan baginda telah
dihina mandul oleh kaumnya. Baginda sangat menginginkan anak yang akan menjadi
pewarisnya.

ٰ ‫َح ْسبُنَا هللاُ َونِ ْع َم ْال َو ِك ْي ُل نِ ْع َم ْال َم ْو‬


ِ َّ‫لى َونِ ْع َم الن‬
‫صي ُْر‬
Sabarlah menempuhi dugaannya….
Siang dan malam baginda bersabar dan tidak berhenti memanjatkan doa memohon
kepada Allah agar dikurniakan seorang putera yang dapat meneruskan tugas
memimpin kaumnya.

ۡ ‫ٰ َيزَ َك ِريَّا ِإنَّا نُبَش ُِر َك ِبغُ ٰلَ ٍم‬


َ ‫ٱس ُم ۥهُ َي ۡح َي ٰى لَ ۡم ن َۡج َعل لَّهۥُ ِمن قَ ۡب ُل‬
٧ ‫س ِم ّٗيا‬
“Wahai Zakaria! Sesungguhnya Kami memberikan khabar yang mengembirakanmu
dengan mengurniakan seorang anak lelaki bernama Yahya, yang kami tidak pernah
jadikan sebelum itu, seorangpun yang senama dengannya". (Maryam:7)

Rakan-rakan,
Untuk mendapatkan zuriat, janganlah kita berputus asa berdoa kepada Allah.
Pelbagai rawatan yang boleh kita cuba seperti IVF yang mulai terkenal di Malaysia.

Akhirnya, Allah memakbulkan doa baginda. Isteri baginda telah mengandung


walaupun usia yang begitu lanjut. Kelahiran Nabi Yahya dipenuhi banyak mukjizat.
Nabi Yahya tidak seperti kanak-kanak yang lain yang suka bermain. Seawal umur 7
tahun lagi baginda telah menguasai kitab taurat.

َ َ ‫ٰ َي َي ۡح َي ٰى ُخ ِذ ۡٱل ِك ٰت‬
‫ب ِبقُ َّو ٖۖة‬
"Wahai Yahya, terimalah Kitab itu (serta amalkanlah) dengan bersungguh-sungguh!
(Maryam:12)

Baginda dikenali sebagai seorang yang alim dan menguasai soal-soal keagamaan
serta menghafaz kitab Taurat. Baginda menjadi rujukan tentang hukum-hukum
agama.

Dengarkan kisah, disebuah kota,


Seorang nabi,menentang raja,
Raja yang zalim, Hirodus namanya,
Ingkar perintah Allah taala.

Rakan-rakan sekalian,
Hirodus ialah seorang raja,
Herodia pula anak saudaranya,
Ingin membina mahligai Bersama,
Di tentang Yahya kerana melanggar agama.

Berita perkahwinan Hirodus dan Hirodia serta larangan nabi telah tersiar di seluruh
pelosok kota. Hal ini telah menyebabkan kemarahan Hirodia yang ingin mengahwini
bapa saudaranya hirodus.

Pada suatu hari, Hirodus telah berjumpa dengan Herodia lalu bertanya "wahai
manisku, apakah hajatmu, Katakanlah aku akan patuhi segala permintaanmu.

Herodia menjawab “Permintaanku itu ialah kepala Yahya bin Zakaria orang yang telah
menganggu rancangan kita untuk berkahwin".
Demi cinta kepada Herodia,
Hirodus patuh permintaannya,
Yahya dibunuh tanpa belas,
Teroisah jasad dari kepala.
Kemudian Allah berfirman :

ُ ‫س ٰلَم َعلَ ۡي ِه يَ ۡو َم ُو ِلدَ َويَ ۡو َم َي ُموتُ َويَ ۡو َم يُ ۡب َع‬


١٥ ‫ث َح ّٗيا‬ َ ‫َو‬
Dan (Kami limpahkan) kepadanya selamat sejahtera pada hari ia diperanakkan, dan
pada hari ia mati, serta pada hari ia dibangkitkan hidup semula (pada hari kiamat).
(Maryam;15)
Jika kita lihat pada hari ini, kejadian bunuh membunuh semakin berleluasa. Perasaan
pentingkan diri menyebabkan manusia sanggup berbunuhan walaupun dengan
keluarga sendiri. Semoga kita dipelihara oleh Allah daripada perkara terkutuk tersebut.
Berduka Zakaria kematian anakanda,
Membawa diri ke dalam rimba,
Hasutan Iblis kepada tentera,
Terbelah pohon wafatnya Zakaria.

Demikianlah kisah kesabaran seorang hamba Allah dalam menempuh dugaan dan
ujian semasa hidupnya. Allah menguji kita dengan pelbagai bentuk seperti
kemewahan dan juga pelbagai penyakit sosial yang merbahaya seperti Aids.
Oleh itu, ibu bapa, guru dan pemimpin hari ini hendaklah bersama-sama berusaha
mengatasi gejala sosial dan sumbang mahram dengan penuh kesabaran.

Akhir pesanan saya berikan,


Moga bersama jadi ingatan,
Mana yang jernih buat tauladan,
Mana yang keruh jadikan sempadan.

‫وبا هللا توفيق و الهدايه والسالم عليكم ورحمة هللا وبركات‬

You might also like