You are on page 1of 3

SEKOLAH KEBANGSAAN (1) JALAN BATU TIGA

JALAN PEKAN BARU, TAMAN ENG ANN, 41150 KLANG, SELANGOR

MINIT MESYUARAT ICT BILANGAN 1 TAHUN 2018


_______________________________________________________________________

Tarikh : 23 Januari 2018

Masa : 2.00 petang

Tempat : Makmal Komputer SK (1) Jalan Batu Tiga

Kehadiran : Hadir
1. Pn. Badariah binti Mahfods ( Guru Besar / Pengerusi)
2. Pn. Manisah binti Kassim (GPK Kurikulum)
3. Pn. Tong Bee Hui (PK HEM)
4. En. Abdullah bin Butun (PK Kokurikulum)
5. Pn. Noryatty binti Kiling (Guru Data/GuruPenyelaras ICT/Peg.Aset)
6. Pn ZulinabintiAwang (Guru Penyelaras KWAMP)
7. En. Zainal Azilan bin Baharom (Guru Displin)
8. Pn. Shamidar binti Ishak (SU Kurikulum/Setiausaha ICT)
9. En Muhamad bin Hussin (KP Bahasa Arab/Guru Aset)
10. Pn. Juliani binti Ghazali (SU HEM/ Guru Pemulihan)
11. En. Asri Bin Mohd (SU Kokurikulum)
12. Pn Anidabinti Kaimi (Guru Penyelaras RMT)
13. En Mazwan bin Md Sharafi (SU Sukan/KP PJK/ Guru Aset)
14. Pn. Nurul Idza binti Ismail (Guru Media/GPM)
15. Pn. Jamaliah binti Abdullah (Guru Bimbingan dan Kaunseling)
16. En Ahmad Hishanuddin bin Ramli (KetuaBengkel/KP Sejarah)
17. En Ahmad Shukri bin Said (KP BahasaMelayu)
18. Pn Kogilavani a/p Muniandy (KP BahasaInggeris)
19. Pn. Mashitah binti Hamid (KP Pend.Islam)
20. Pn Amuthavalli a/p Munusamy (SU Peperiksaan / Dalaman& UPSR/PBS)
21. Pn. Juliana bintiAnuar (LINUS, & Pen. Penyelaras M.Komputer)
22. Pn. Hafizah binti Anuar (Penyelaras Pra Sekolah)
23. Pn. Zaiazlina binti Zainuddin (KP Pendidikan Moral)
24. En Muhammad Aliff bin Abdul majid (SU Data APDM)
25. En Kumar a/l Maniam ( Penyelaras Pembersihan dan Kawalan
Keselamatan)
26. En. Muhammad Kesumo Santi (Pen. Penyelaras Displin)
27. Pn. Hjh Faizah bt Hassan (Penyelaras SPBT)
28. Pn. Siti Nurhafizzah bt Daud (NILAM)

Tidak Hadir Bersebab


1. Pn Rohazaliza binti Hj Nawi (Cuti Bersalin)

Urus Setia Mesyuarat :


1. Puan Shamidar binti Ishak (Setiausaha ICT)

*RUJUK PEKELILING KEMAJUAN PENTADBIRAN AWAMBILANGAN 2 TAHUN 1991


PANDUAN PENGURUSAN MESYUARATDAN URUSAN JAWATANKUASAJAWATANKUASAKERAJAAN
1 PERUTUSAN PENGERUSI
1.1 Pengerusi memulakan mesyuarat dengan mengucapkan mengucapkan terima kasih kepada ahli
mesyuarat yang hadir dan bacaan ummul kitab.

1.2 Pengerusi memaklumkan kepada semua guru bahawa untuk meningkatkan penggunaan ICT, guru-guru
perlu membuat penilaian, pengubahsuaian, menggalakkan penggunaan dan merekod penggunaan makmal
komputer untuk pemantauan.

Makluman: Semua Guru

2 PENGESAHAN MINIT MESYUARAT YANG LALU


2.1. Minit mesyuarat disahkan tanpa pindaan.
Pencadang : En. Muhamad bin Hussin
Penyokong : Pn Juliani binti Ghazali

3 PERKARA BERBANGKIT
3.1 Tiada

4. PERKARA-PERKARA BAHARU
4.1 LANTIKAN JAWATANKUASA MAKMAL KOMPUTER 2018
4.1.1 Pengerusi membentangkan Ahli Jawatankuasa Induk ICT dan Makmal Komputer.
4.1.2 Semoga jawatankuasa yang dilantik dapat menjalankan tugas dengan baik dan amanah.

Makluman: JK ICT

4.2 PERATURAN MAKMAL KOMPUTER.


4.2.1 Murid tidak dibenarkan masuk tanpa kebenaran guru/kehadiran guru
4.2.2 Tidak dibenarkan membawa beg,makanan dan minuman ke dalam makmal komputer.
4.2.3 Murid-murid dan guru-guru hendaklah sentiasa menjaga kebersihan Makmal Komputer (Pastikan
tiada sampah dan sisa pemadam –atas dan bawah meja).
4.2.4 Murid-murid dilarang membawa masuk sebarang perisian yang tidak berkaitan dengan
pembelajaran.
4.2.5 Pastikansemua perkakasan komputer dan kerusi disusun kemas sebelum meninggalkan makmal
komputer.
4.2.6 Pastikan murid-murid menyusun kasut di rak kasut (Kayu)dan guru-guru di rak kasut depan pintu.
4.2.7 Murid-murid dan guru-guru perlu mematuhi jadual waktu penggunaan Makmal Komputer. Jadual
waktu penggunaan makmal komputer telah disediakan di mana penggunaan makmal komputer
akan diberi keutamaan kepada subjek Teknologi Maklumat dan Komunikasi.

Makluman: Semua Guru

4.3 PENGGUNAAN REKOD-REKOD PENGGUNAAN


4.3.1 Rekod penggunaan makmal komputer dan peminjaman peralatan telah disediakan.
4.3.2 Rekod-rekod penggunaan online masih diteruskan. Cikgu-cikgu boleh mengisi rekod penggunaan
secara online atau offline. Yang penting setiap kali mesti isi.
4.3.3 Pada tahun ini anugerah penggunaan makmal komputer terbanyak masih diteruskan di mana guru
yang paling banyak merekodkan penggunaan makmal komputer dengan penggunaan VLE Frog
akan diberikan anugerah Teacher Cyber semasa Majlis Anugerah ICT manakala murid pula
anugerah Student Cyber..
4.3.4 Pada Tahun ini, akan dibuat pengubahsuaian sikit untuk jadual penggunaan VLE Frod dalam
makmal komputer. Pada tahun ini penggunaan VLE Frog dalam makmal komputer akan diberi
keutamaan kepada mata pelajaran elektif. GB akan merujuk jadual ini untuk pemantauan PdP
menggunakan VLE Frog.

Makluman: Semua Guru


*RUJUK PEKELILING KEMAJUAN PENTADBIRAN AWAMBILANGAN 2 TAHUN 1991
PANDUAN PENGURUSAN MESYUARATDAN URUSAN JAWATANKUASAJAWATANKUASAKERAJAAN
4.4. STATUS PERALATAN ICT TERKINI DALAM MAKMAL KOMPUTER
4.4.1 Terdapat 12 buah daripada 21 buah komputer meja yang berfungsi.
4.4.2 Cuma 3 buah komputer meja sahaja yang mempunyai sambungan internet.
4.4.3 Projektor LCD hanya ada 1 buah sahaja yang berfungsi.
4.4.4 Tidak ada printer yang berfungsi di makmal komputer.
4.4.5 Cuma tinggal 12 buah netbook sahaja yang berfungsi daripada 41 buat netbook 1Malaysia yang
telah dibekalkan.
4.4.6 Peralatan PPSMI (Laptop dan LCD) telah pun didaftarkan dalam STS untuk penyelenggaraan.
Pihak PKG juga telah datang untuk pemeriksaan peralatan dan mengesahkan status peralatan
tersebut untuk penyelenggaran.
4.4.7 Semua komputer meja juga akan didaftar dalam sistem STS untuk tujuan penyelenggaraan
penggantian termasuklah printer.
Makluman: Semua Guru

4.5. AKTIVITI ICT 2018


4.5.1 Terdapat beberapa aktiviti yang telah dirancang untuk tahun ini.
4.5.2 Aktiviti yang terdekat ialah Kursus Kepimpinan Pengawas ICT, Watikah Pelantikan Pengawas
ICT, LADAP VLE Frog, Taklimat Pembugaran VLE Frog kepada murid, pelancaran semarak
Frog VLE dan taklimat pembugaran VLE Frog kepada ibu bapa.
4.5.3 Makmal Komputer juga akan dibuat beberapa pengubahsuaian dan naik taraf seperti
pemasangan pagar di Taman Cyber, mewujukan sudut santai digital VLE dan membina
beberapa tempat duduk murid di bahagian koridor makmal komputer.
4.5.4 Selain itu Taman ICT juga akan diwujudkan.
4.5.5 Beberapa program Jualan Dana Makmal Komputer akan dijalankan bagi menampung serba
sedikit kos Program Keceriaan dan Naik Taraf makmal komputer disamping memohon
sumbangan daripada pihak sekolah.
4.5.6 Diharap jawatankuasa makmal komputer akan memberi kerjasama disetiap program yang
dijalankan oleh makmal komputer.
4.5.7 Memastikan KPI VLE Frog dicapai sekurang-kurangnya 28 minggu daripada 36 minggu. KPI
Murid 25% dan KPI guru 100% .
4.5.8 Mohon guru beri kerjasama untuk mencapai KPI ini.
4.5.9 Akan diadakan LADAP / Bengkel sekurang-kurangnya 3 kali setahun.
4.5.10 Guru danMurid yang log in terbanyak setiap bulan akan dipaparkan di sudut VLE Frog .
4.5.11 Minggu ICT dan Anugerah ICT juga akan dilaksanakan pada tahun ini. Tarikh dan masa
akan dimaklumakan kemudian.

Makluman: Semua guru


HAL-HAL LAIN
5.1. Tahniah sekolah telah mendapat lima bintang dalam SSQS. Semoga anugerah ini akan menjadi
pemangkin kepada kita agar meningkatkan Pengurusan ICT ke tahap yang lebih cemerlang.
Makluman: Semua Guru

6. PENUTUP
Guru Besar berharap sekolah dapat meningkatkan prestasi maklumat sekolah ini dan dapat meningkatkan
penggunaan Ict terutamanya VLE Frog dalam P&P. Semoga semua guru berganding bahu untuk mencapai
KPI sekolah.

Mesyuarat ditangguhkan pada 3.30 petang. Pengerusi menutup majlis dengan ucapan terima kasih. Tarikh
Mesyuarat ICT kali Ke.2 akan dimaklumkan kelak.

Disediakan oleh:
SHAMIDAR BINTI ISHAK
Setiausaha ICT
SK (1) Jalan Batu Tiga, Klang
Tarikh : 27 Januari 2018
*RUJUK PEKELILING KEMAJUAN PENTADBIRAN AWAMBILANGAN 2 TAHUN 1991
PANDUAN PENGURUSAN MESYUARATDAN URUSAN JAWATANKUASAJAWATANKUASAKERAJAAN

You might also like