You are on page 1of 10

GGGE6663 PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN BERBANTUKAN KOMPUTER

TUGASAN KUMPULAN : PENULISAN ILMIAH


PENSYARAH : DR. FARIZA KHALID
AHLI KUMPULAN :
BIL. NAMA NO. MATRIK
1. HEDYA SASHA BINTI ABDULLAH (GP06377)
2. NURHANI FARHANAH BINTI ARIS (GP06440)
3. NURUL FAZEELA BINTI NORHID (GP007336)
4. FARAH FARHANA BINTI JAMIL (GP06434)

SEMESTER :1
TARIKH : 07.07.2018
TAJUK TUGASAN : MOOC: SATU TINJAUAN DI MALAYSIA
MOOC: SATU TINJAUAN DI MALAYSIA

Pengenalan

Di dalam abad ke-21 , dunia pendidikan semakin bergerak maju seiring dengan era globalisasi.
Pendidikan Malaysia juga tidak ketinggalan dalam menongkah arus dunia tanpa sempadan yang
dapat dilihat dalam anjakan kelapan dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM)
2013-2025 iaitu memanfaatkan ICT bagi meningkatkan kualiti pembelajaran di Malaysia (KPM,
2013). Bertunjangkan teknologi, pembangunan pendidikan digital di Malaysia adalah perkara
yang tidak asing sebagai salah satu cara untuk meningkatkan kualiti dan taraf pendidikan di
Malaysia. Menurut Internet World Statistic (2017) statistik penggunaan Internet di seluruh dunia
melalui penggunaan aplikasi-aplikasi seperti Facebook, You Tube, e-mel dan di laman web
semakin bertambah pada setiap saat. Piawaian kualiti global ini telah menjadi batu asas kepada
pendidikan Malaysia untuk memulakan langkah untuk membangunkan pembelajaran atas talian
sebagai salah satu kaedah blended learnng yang terkini dalam abad 21. Massive Open Learning
Courses ataupun lebih dikenali sebagai MOOC merupakan salah satu platform internet yang
bersifat pembelajaran secara terbuka telah mendapat galakan yang agresif oleh Kementerian
Pendidikan Tinggi di dalam penggunaannya. (Sanchez-Vera & Prendes-Espinosa 2015; PPPM-PT
2015). MOOC menawarkan kursus secara talian kepada 10,000 sehingga 100,00 pelajar dalam
satu satu masa (Ravistam 2015) kerana ianya bolah diakses secara percuma (Norazah et al. 2015;
Patrick et al. 2015; Sandra 2015; Jan 2014; Lindsie 2013). Melalui MOOC, ianya membantu
pelajar untuk mengakses kepada maklumat yang disediakan secara kendiri selain dapat membantu
antara satu sama lain (Epelboin 2013). Malahan MOOC juga membolehkan pelajar untuk
berhubung diluar kaedah pembelajaran tradisional selain menawarkan autonomi , keterbukaan dan
lonjakan pengetahuan sedia ada (Revathi 2012). Pembelajaran digital ini menunjukkan bahawa
pembelajaran telah berlaku d iluar bilik darjah melalui talian internet (Kharbach 2012). Dengan
adanya MOOC, pembelajaran itu memudahkan pelajar untuk belajar ikut serta di dalam kursus di
mana sahaja serta menggalakkan pelajar untuk membangunkan literasi digital dalam pembelajaran
mereka.
Latar Belakang

Istilah Massive Open Online Courses (MOOC) telah diperkenalkan buat pertama kalinya pada
tahun 2008 oleh Dave Cormier dari Universiti of Prince Edward Island dan Bryan Aleander dari
National Institute for Techology in Liberal Education (Michael et.al. 2016). Pada tahun 2012,
MOOC terus berkembang maju sehingga digelar Tahun untuk MOOC (Pappano 2012) sehingga
wujudnya tiga platform pembelajaran MOOC dari luar negara iaitu Coursera EDX dan Udacity
yang telah menawarkan kursus pendek percuma di seluruh dunia (Michael 2012). Pada tahun 2013,
Taylor’s Universiti merupakan universiti pertama yag menawarkan kursus di dalam MOOC
(Baturay 2015). Sejajar dengan perkembangan ini, Kementerian Pendidikan Tinggi telah
melaksanakan empat kursus di dalam MOOC pada awal tahun 2014 di empat buat university awam
Malaysia. Open Learning telah dipilih untuk dijadikan platform MOOC yang diterajui oleh empat
buat universiti awam Malaysia iaitu Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Universiti Putra
Malaysia (UPM), Universiti Teknologi MARA (UiTM) dan Universiti Malaysia Sarawak
(UNIMAS). Bermula daripada itu, MOOC di Malaysia mempunyai seramai 55,00 pelajar dimana
kira-kira 54,000 pelajar adalah pelajar university manakala baki adalah tidak berkaitan dengan
mana-mana institusi pengajian tinggi(Norazah et.al. 2016).

Jenis MOOC

MOOC adalah berasaskan teori ‘connectivism’, di mana pembelajaran dilihat sebagai satu proses
menjana dan mengaitkan rangkaian yang menghubungkan pengetahuan antara satu sama lain
(Siemens, 2013). Namun begitu terdapat dua kategori MOOC iaitu c-MOOC dan x-MOOC
(Lindsie 2013; Andrew et.al. 2015; Norazah et.al. 2016). c-MOOC menggunakan pendekatan
connectivisme (Lindsie 2013; Andrew et.al. 2015; Norazah et.al., 2016) manakala x-MOOC pula
menggunakan pendekatan behaviourisme (Lindsie 2013; Andrew et.al. 2015; Norazah et.al. 2016).
Secara ringkasnya, c-MOOC atau Connectivist MOOC (Lindsie 2013) memperihalkan teori
connectivisme yang diperkenalkan oleh George Siemens adalah bersifat terbuka di mana
kandungan bahan kurikulum dan aktiviti yang disediakan adalah secara terbuka di laman
sesawang. Melalui teori connetivisme, c-MOOC bertujuan untuk membantu proses menjana dan
mengintegrasikan pengetahuan antara pengaksesnya.
Seterusnya, x-MOOC lebih bersifat mendukung teori behaviorisme (Norazah et.al. 2016).Hal ini
bermakna struktur sumber pembelajaran yang disediakan untuk pelajar yang berdaftar di dalam
MOOC adalah bersifat tertutup (Norazah et.al. 2016). Selaku tenaga pengajar , perkongsian
maklumat, pendapat, perbincangan dan idea bersama pelajar akan berlaku (Norazah et.al. 2016).
x-MOOC mewujudkan satu pengalaman berpandukan kelas tutorial di mana hubungan dan
komunikasi antara pelajar dengan pelajar akan menjadi lebih rapat dan akrab (Adams et al. 2014).

Melihat kepada keterbatasan c-MOOC,didapati bahawa motivasi pelajar untuk terus kekal dalam
sesebuah kursus tersebut semakin menurun, bahkan pelajar juga didapati keliru dengan sumber
pembelajaran terbuka yang begitu luas kepada mereka (Norazah et.al. 2016). Hal ini adalah
disebabkan teknologi itu sendiri muncul sebagai penghalang bagi sesetengah pelajar untuk terus
kekal yakin tanpa perlu berselindung di sebalik perkembangan teknologi (Lindsie 2013). Manakala
untuk x-MOOC pula wujud cabaran membangunkan kursus dalam x-MOOC ini dapat dikesan
apabila pereka atau pembangun kursus perlu peka terhadap masalah yang mungkin dihadapi pada
masa akan datang bagi memastikan pelajar terus kekal berada dalam sesebuah kursus sehingga
kursus tersebut tamat (Lindsi 2013). Berdasarkan kelebihan dan kekurangan kedua jenis MOOC,
maka x-MOOCs telah dipilih sebagai format utama dalam pembangunan kandungan kursus-kursus
MOOC di Malaysia (Norazah et.al. 2016).

Massive Open Onlince Course (MOOC) selaku salah satu e-pembelajaran yang baharu dalam
pendidikan tinggi Malaysia. Pada tahun 2014, Kementerian Pendidikan Tinggi Malaysia telah
melancarkan penggunaan MOOC di dalam kursus-kursus yang terpilih di empat buah university
awam. Bertitik tolak daripada empat buah universiti ini , penggunaan MOOC telah berkembang
dan digunakan secara meluas oleh 47 buah institusi pengajian tinggi yang melibatkan universiti
awam tempatan dan politeknik pada tahun 2018.

“MOOC merupakan satu evolusi baharu dalam pendidikan global dan sistem MOOC yang
dihasilkan di Malaysia kini dapat juga diikuti oleh pelajar dari luar negara. MOOC yang disediakan
di negara ini juga sebenarnya bertaraf global dan kita mendapat maklum balas yang baik daripada
pelajar luar negara yang mahu lebih banyak MOOC dihasilkan dalam bahasa Melayu serta
kewangan Islam.” – Petikan daripada Utusan Online 20 Februari 2016.

Sebagai kaedah pembelajaran yang terbaharu, terdapat beberapa beberapa aspek yang boleh dilihat
antaranya ialah pembangunan fizikal Massive Open Online Course (MOOC) iaitu pembelajaran
atas talian ini menawarkan penyampaian kandungan bahan yang sama dan disediakan ciri-ciri
seperti bahagian kuiz, ruang perbincangan atau forum, sudut bahan atau maklumat untuk sesebuah
subjek (Aber & Miri 2014; Zhenget al. 2015;Wang & Baker 2015; Hanan dan Ebner 2015). Selain
itu, MOOC menggunakan konsep pedagogi yang direka secara umum dan boleh diakses oleh
sesiapa sahaja dengan hanya perlu mendaftar masuk. Pembelajaran kendiri merupakan konsep
pedagogi yang ditekankan di dalam MOOC yang membolehkan pengakses melaksanakan
pembelajaran fleksibel pencapaian dan hasil pembelajaran pelajar (Garis Panduan Pembangunan
&Penyampaian MOOC Malaysia 2016).

Kandungan bahan kursus yang sering kali dimuatnaik oleh pengguna MOOC termasuklah video,
tugasan dan kuiz (Derek Bruff et al. 2012; Watter Abeer & Barak Miri 2014). Hal ini bermakna,
pensyarah atau tenaga pengajar dapat menentukan bahan yang ingin dimuat naik dalam MOOC
mengikut objektif kursus dan keperluan pelajar selain untuk menambah idea dan pemikiran pelajar
melalui forum yang dibuka untuk perbincangan bersama. Malahan melalui kuiz di dalam MOOC
juga membantu pensyarah untuk menilai tahap pemahaman pelajar terhadap kursus yang disertai.

Halangan MOOC di Malaysia

Halangan pembelajaran didapati membawa kepada kesan terhadap seseorang individu dalam
pembelajaran dan tahap kepuasan (Giles 1999; Schilke 2011).Halangan adalah bermaksud
rintangan yang dihadapi oleh pelajar sehingga membawa impak negatif terhadap sistem
pembelajaran atas talian seperti MOOC. Tugasan kursus di dalam MOOC adalah lebih banyak
berbanding tugasan di dalam kelas secara bersemuka (Li et.al.2014). Tugasan yang pelbagai ini
menjadi beban kepada pelajar kerana ianya akan memerlukan masa yang lama untuk diselesaikan
kerana kandungannya tidaklah bersifat perbincangan dan kuiz sahaja. Hal ini disokong oleh
Manalo (2014), Li et.al. (2014), dan Abeer dan Miri (2014) menjelaskan tugasan yang banyak
dalam MOOC menjadikan pelajar terbeban untuk menyiapkannya dan memerlukan masa
tambahan untuk menghabiskan kursus tersebut dan perkara ini sekaligus menyebabkan pelajar
tidak bermotivasi dan seterusnya tidak menghabiskan kursus tersebut ( Abeer & Miri 2014).
Malahan kepelbagaian tugasan ini juga mencetuskan kepelbagaian cara pemberian markah untuk
seimbangkan corak pembelajaran yang berbeza (Watted Abeer & Barak Miri 2014). Kesan
daripada pemarkahan yang berbeza ini telah mewujudkan halangan yang kedua dalam pelaksanaan
MOOC dalam kalangan penuntut institusi tinggi,

Peruntukan markah yang tidak standard menjadi punca utama halangan dalam kalangan siswazah
untuk menggunakan MOOC(Md. Yusoff Daud et. al 2017) Hal ini bermakna, pihak pembangun
MOOC perlu memberikan pemarkahan yang standard kepada pengguna pengguna MOOC supaya
setiap pengguna dapat mencapai tahap minimum-maksimum pemarkahan yang diperuntukkan.
Markah yang tidak standard akan mempengaruhi motivasi siswazah untuk menggunakan MOOC
sebagai medium pembelajaran yang utama. Enrolmen dalam universiti dikhuatiri semakin merosot
kerana wujudnya MOOC (Zulkifli, F. N., & Daud, M. Y. 2017). Hal ini adalah kerana dengan
wujudnya pembelajaran atas talian, pelajar lebih cenderung untuk memilih belajar secara alam
maya sahaja. Perkara ini sekaligus menyebabkan pengajaran dan pembelajaran tidak dapat dinilai
tahap kesahannya. Kebarangkalian tahap kesahan terhadap sesuatu perkara tidak dapat dijelaskan
secara mendalam kerana kurangnya perjumpaan bersemuka (Andrew 2015)

Selain itu, isu disiplin peserta MOOC yang hanya mengikuti kursus yang disediakan tidak berada
di paras yang memuaskan (Marshall 2014). Kebanyakan pelajar aktif di pertengahan semester
kerana kebanyakan pengajar memberikan tugasan pada pertengahan semester. Ini menyebabkan
tahap penglibatan pembelajaran meningkat oleh kerana para pelajar banyak memberikan komen
terhadap segala tugasan yang diberikan kepada mereka pada masa tersebut ( Nabila Atika et.al.
2017) . Hal ini bertentangan dengan konsep pembelajaran sepanjang hayat yang menjadi salah satu
ideologi kepada MOOC kerana peserta hanya akan terlibat pada masa yang tertentu sahaja dan
bukannya sepanjang masa. Pendidikan Sepanjang Hayat sebagai pembelajaran berterusan, bersifat
sukarela dalam mengejar ilmu pengetahuan. Ia bukan sahaja meningkatkan penglibatan sosial dan
pembangunan insan tetapi juga lebih bersifat berdaya tahan dalam persaingan dan mengejar
pekerjaan (Zahari Hamidon 2014). Di samping itu, tajuk yang trending tapi terlalu banyak tugasan
di dalamnya turut menjadi faktor halangan dalam kalangan peserta. Tugas yang banyak menjadi
beban kepada peserta untuk melengkapkan kursus yang diikuti. Hal ini juga tidak terkecuali
berlaku meskipun kursus itu mempunyai tajuk yang membincangkan isu semasa tempatan. MOOC
mungkin lebih trending jika tajuk tersebut berkait rapat dengan konteks terkini tempatan dan tidak
terlalu banyak tugasan dalam satu halaman tersebut di MOOC ( Nabila Atika et.al. 2017).
Kelebihan MOOC di Malaysia

MOOC memberi peluang interaksi yang meluas pelatih kursus dengan peserta dan peserta dengan
peserta. Melalui MOOC, Peserta dapat menerima maklum balas daripada pelatih kursus secara
terus tanpa perlu membuat perjumpaan secara fizikal selain daripada peserta dapat berinteraksi
dengan peserta lain untuk berkongsi pandangan dan idea (Cole & Timmerman, 2015). MOOC
menyediakan ruang forum dan perbincangan untuk meluaskan interaksi dan rangkaian
perhubungan serta memberikan jalan untuk pembelajaran sokongan (Alshehri 2015).

MOOC menawarkan bentuk pembelajaran yang dinamik di institusi pendidikan Malaysia yang
selari dengan pembelajaran abad ke-21. Pada era e-pembelajaran ini, semestinya MOOC
merupakan platform yang menjadi pilihan yang menjadikan teknologi sebagai salah satu tunjang
utama dalam pendidikan tinggi Malaysia. Ini dapat dilihat MOOC juga boleh dilaksanakan sebagai
sebahagian daripada proses pembelajaran teradun. Menurut Ketua Pengarah Pendidikan Tinggi,
Prof. Dr. Asma Ismail, MOOC merupakan pengalaman baru dalam pendidikan di Malaysia yang
bakal ditempuhi oleh golongan celik komputer di negara ini (Utusan Online 2016). MOOC banyak
memberi kesan kepada pendidikan terutama proses pengajaran dan pembelajaran. Ahshehri (2015)
menyokong kenyataan tersebut dengan menyatakan MOOC dapat memberi kesan positif dalam
proses pendidikan.

MOOC bersifat memenuhi keperluan semasa peserta kursus pada masa kini. Perkara ini jelas
dilihat di mana dengan MOOC membantu pelatih untuk memindahkan maklumat kepada peserta
kursus dengan kandungannya boleh diakses pada bila-bila masa secara dalam talian. Hal ini juga
memberikan kelebihan kepada pelajar yang mengikuti pengajian jarak jauh kerana mereka juga
boleh menerima peluang pembelajaran yang sama dan proses pembelajaran ini berlaku secara alam
maya sahaja. MOOC pelajar mampu memperolehi pengetahuan yang sama tanpa menghadirkan
diri ke kelas secara fizikal, selain boleh meneroka lebih banyak maklumat berkaitan yang
dirasakan perlu (Abeer & Miri 2014; Wang & Baker 2014; Alshehri 2015; Cole & Timmerman
2015).
Kesimpulan

Hasil dapatan kajian lepas, dapat disimpulkan bahawa penggunaan MOOC adalah antara satu
kaedah pembelajaran yang relevan digunakan pada era dunia digital. MOOC adalah suatu inovasi
pembelajaran abad ke-21 yang bersifat terbuka dan boleh diakses di mana-mana pada bila-bila
masa dengan syarat setiap peserta disediakan dan dilengkapi dengan kemudahan akses yang
mencukupi serta mempunyai komitmen yang tinggi dalam menuntut ilmu. Ciri-ciri MOOC yang
bersifat mesra penggunaannya menjadikannya sebagai salah satu platform para peserta untuk
mendapatkan maklumat, berkongsi idea dan mendapat maklum balas daripada pelatih kursus tanpa
sebarang kekangan. Hal ini sekaligus merancakkan lagi penggunaan MOOC di institusi pendidikan
tinggi di Malaysia. Diharap pada masa akan datang, halangan dalam penggunaan MOOC dapat
dikurangkan dan seterusnya menjadikannya satu komuniti pembelajaran yang menawarkan
pengajaran dan pembelajaran di peringkat pendidikan tinggi bertaraf global secara “massive”.
Rujukan
Andrew W. Cole dan C. Erik Timmerman. 2015. What Do Current College Students Think about
MOOCs?. MERLOT Journal of Online Learning and Teaching 11(2):188-201.
Baturay, M. H. 2015. An overview of the World of MOOCs. Procedia – Social and Behavioral
Sciences Journal (174): 427-433.
Farah Nurshahira Zulkifli & Md Yusoff Daud. 2017. Inovasi Pengajaran dan Pembelajaran melalui
Massive Open Online Courses (MOOC). Pembelajaran Abad ke-21: Trend Integrasi
Teknologi. Bangi: Fakulti Pendidikan UKM.
Farraj Alshehri. 2015.The Perceptions of MOOCs Learners. Journal of Emerging Trends in
Computing and Information Sciences (6) (10):550-552.
Hudiya Adzhar, Khalid, F. & Aidah Abdul Karim 2017. Penggunaan Massive Open Online Course
(MOOC) sebagai Kaedah Pembelajaran Baharu. Pembelajaran Abad ke-21: Trend Integrasi
Teknologi: 179-188.
Lindsie Schoenack. 2013. A New Framework for Massive Open Online Courses (MOOCs).
Journal of Adult Education (42) (2): 98-103.
Mackness, J., Mak, S., & Williams, R. 2010. The ideals and reality of participating in a MOOC.
Networked Learing Conference University of Lancaster: 266-275.
Michael A Kerrison, Julia Leong Son, Barney Grainger, Caroline Tutty. 2016. Massive Open
Online Courses (Moocs) And Their Role In Promoting Continuing Education. International
Journal of Continuing Education and Lifelong Learning (8) (2): 106-127.
Norazah Nordin, Helmi Norman, Mohamed Amin Embi, Ahmad Zamri Mansor & Fazilah Idris.
2016. Factors for Development of Learning Content and Task for MOOCs in an Asian
Context. Journal of International Education Studies (9) (5): 48-61.
Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (Pendidikan Tinggi). 2016. Garis Panduan
Pembangunan & Penyampaian MOOC Malaysia.
http://www.cade.upm.edu.my/dokumen/PTPA1_Garis_Panduan_Pembangunan_MOOC_
Malaysia_19052016.pdf. [12 Jun 2018].
Rodriguez, O. 2013. The concept of openness behind c and x-MOOCs (Massive Open Online
Courses). Open Praxis Journal (5) (1): 67–73.
Sanches-Vera, M. Del M., & Prendes-Espinosa, M. P. 2015. Beyond objective testing and peer
assessment:alternative ways of assessment in MOOCs. RUSC. Universities and Knowledge
Society Journal (12) (1): 119.
Siemens, G. 2013. Massive Open Online Courses: Innovation in Education?. Open Educational
Resources: Innovation, Research and Practice 5
Utusan Online. 2016. MOOC jadikan Malaysia pusat kecemerlangan pendidikan tinggi 20
Februari 2016. https://www.utusan.com.my/pendidikan/kampus/mooc-jadikanmalaysia-
pusat-kecemerlanganpendidikantinggi- 1.192298#sthash.m1s4gqJr.dpuf. [8 Jun 2018]
Yuan Wang dan Ryan Baker. 2015. Content or platform: Why do students complete MOOCs?.
MERLOT Journal of Online Learning and Teaching (11) (1):1-18.
Zahari Hamidon. 2014. Tahap Pengekalan, Enrolmen Dan Proses Pembelajaran Dalam Kursus
Mooc: Satu Tinjauan Awal. Presented in Seminar Kebangsaan Sepanjang, Dewan Tun
Hussein Onn, PWTC, KL. Ministry of Education Malaysia & OUM.

You might also like