You are on page 1of 2

7.2.1 Penggunaan ayat seruan dalam novel Selingkar Kisah.

Berdasarkan jadual 6 pada lampiran 6, ayat seruan banyak digunakan


dalam novel Selingkar Kisah. Menurut Arbak Othman (1989 : 115),
ayat seruan ialah ayat yang diucapkan dengan membawa nada atau
intonasi seruan untuk tujuan melahirkan suatu keadaan perasaan seperti
terkejut, takut, marah, takjub, geram, sakit, dan sebagainya. Berikut
merupakan contoh ayat seruan yang membawa nada marah yang
digunakan dalam novel Selingkar Kisah.

“Diam! Memang selama ini aku dah cukup bersabar. Tapi kau tak
habis-habis nak mencabar aku!”

“Cukup! Cukup! Buang masa aku layan orang macam kau ni! Eh, kau
dengar sini… cermin diri kau betul-betul sebelum salahkan orang lain.
Kalau macam nilah rupa selekeh kau, jangankan Abang Bada nak
dekat, jeling pun tak ingin!”

Berdasarkan ayat di atas, ayat seruan yang digunakan oleh watak


berada dalam keadaan marah. Hal ini demikian kerana, ayat di atas
menunjukkan watak sedang mengucapkan ayat dengan intonasi yang
tinggi dan mengherdik. Penyelidik berpendapat, penggunaan ayat
seruan yang membawa nada marah lebih menunjukkan sesuatu watak
itu sedang berasa berang.

Selain itu, terdapat juga penggunaan ayat seruan yang membawa nada
gembira. Hal ini demikian kerana, nada gembira menunjukkan ekspresi
sesuatu watak dalam keadaan ceria. Berikut merupakan contoh ayat
menggunakan ayat seruan dalam nada gembira.

“Ibu, kalau Ika tak nakal, ayah balik ya bu?” soal Zanika
dalam nada ceria.

“Eiii… seronoknya! Nanti, abang tukarlah kereta baru yang


lebih mewah, lebih sporty, baru nampak macam orang muda. Kereta
hijau tu dah buruklah. Malu Tipah nak naik.”
Berdasarkan ayat di atas, contoh ayat tersebut menunjukkan bahawa
sesuatu watak itu sedang bergembira. Hal ini demikian kerana, intonasi
yang diucapkan adalah dalam keadaan ceria dan seperti mengharapkan
sesuatu yang bermakna. Maka, penyelidik berpendapat bahawa, ayat
seruan yang menggunakan nada gembira dapat menaikkan semangat
pembaca untuk membaca novel ini.

You might also like