You are on page 1of 2

1

SEKOLAH KEBANGSAAN PEREMPUAN BUKIT KUDA,


JALAN LANDASAN, 41300 KLANG

MINIT MESYUARAT PEMILIHAN MURID PRASEKOLAH BAGI SESI 2019


Bilangan Mesyuarat : 01/2018

Tarikh : 10 Julai 2018

Masa : 12:00 tengahari

Tempat : Bilik Wawasan SK Perempuan Bukit Kuda

Hadir
Bil Nama Jawatan

1. Pn. Nita binti Sedek Guru Besar (Pengerusi)


2. Pn. Mastura binti Tajul Ariffin PK Pentadbiran
3. Pn. Suzlina binti Karin PK HEM
4. En. Harun Shah bin Ahmad Ali Wakil PIBG
5. En. Suhairi bin Shahrin Wakil PEWARIS
6. Pn. Norhanim binti Mohamad Halil Guru Prasekolah
7. Pn. Siti Norhafidzah binti Ahmat Guru Prasekolah
8. Pn. Rabbiyatul Adawiyah binti Pairon Guru Tahun 1
9. Pn. Noorizam binti Mohd Yusoff PPM Prasekolah
10. Cik Nazahiyah binti Mohd Kasim PPM Prasekolah

Tidak Hadir Bersebab

1. Pn. Noor Wahidah binti Abdul Mutalib

Urus Setia
Pn. Siti Norhafidzah binti Ahmat

1. UCAPAN ALU-ALUAN OLEH PENGERUSI –PN. NITA BT SEDEK (GURU BESAR SK (P) BUKIT KUDA)
1.1 Pengerusi memulakan mesyuarat dengan mengucapkan terima kasih atas kehadiran semua guru.
Beliau juga mengucapkan selamat datang kepada En. Harun Shah dan juga En. Suhairi kerana telah
sudi turut serta dalam mesyuarat ini.

1.2 Ucapan Guru Besar:

1.2.1 Syarat Pemilihan Murid : Penerangan ringkas tentang syarat pemilihan murid prasekolah oleh
pengerusi mesyuarat kepada Jawatan kuasa pemilihan prasekolah 2019.
- calon yang berumur 6 tahun menjadi keutamaan
- Keluarga ibu tunggal
- warganegara
- pendapatan bulanan & perkapita keluarga
- sumber pendapatan lain

Tindakan : Makluman

1.2.2 Borang permohonan : Pemilihan dibuat berdasarkan borang permohonan yang telahpun diisi
melalui dalam talian dan dihantar ke sekolah.
Tindakan : Semua AJK

No. Keluaran Tarikh Keluaran No. Pindaan Tarikh pindaan


03 27 JULAI 2017 00 00
2

1.2.3 Jumlah permohonan : Permohonan yang diterima ialah sebanyak 52 permohonan.

Tindakan : Semua AJK

1.2.4 Keputusan pemilihan : Setelah proses pemilihan, jawatankuasa bersetuju memilih 50 calon
yang layak dan dua calon ditolak kerana satu daripadanya membuat pembatalan permohonan
manakala seorang lagi telah membuat permohonan secara dalam talian tetapi tidak menghantar
borang ke sekolah walaupun setelah dihubungi oleh pihak sekolah beberapa kali.

Tindakan : Semua AJK

1.2.5 Surat tawaran dan penolakan : Surat tawaran dan surat penolakan akan diserah kepada calon
bermula pada 5 Ogos 2018 dimana keputusan permohonan boleh disemak di dalam talian e-
prasekolah dan surat juga akan menyusul.

Tindakan : Guru Prasekolah

1.2.6 Taklimat ibu bapa : Satu taklimat dan perjumpaan ibu bapa cagi calon yang layak akan diadakan
pada 26 Oktober 2018. Surat tawaran mestilah diserah semula kepada pihak pengurusan
prasekolah untuk direkod. Ibu bapa yang gagal menyerahkan kembali surat penerimaan tawaran
akan dianggap sebagai MENOLAK tawaran kemasukan ke Prasekolah SK Perempuan Bukit Kuda
dan peluang akan dibuka kepada calon baru.

Tindakan : Guru Prasekolah

2. PENGESAHAN MINIT MESYUARAT BILANGAN 1/2017

Pn. Noorizam binti Mohd Yusoff mencadangkan agar minit mesyuarat tersebut disahkan dan disokong oleh
Cik Nazahiyah binti Mohd Kasim.

3. PERKARA-PERKARA BERBANGKIT
- Tiada

4. PERKARA-PERKARA BAHARU
- Tiada

5. PENUTUP
Mesyuarat ditangguhkan pada jam 1:20 petang dengan ucapan salam dan terima kasih.

Disediakan Oleh:

(SITI NORHAFIDZAH BINTI AHMAT)


Guru Prasekolah,
16 Julai 2018

No. Keluaran Tarikh Keluaran No. Pindaan Tarikh pindaan


03 27 JULAI 2017 00 00

You might also like