You are on page 1of 8

Simposium Pendidikan diPeribadikan: Perspektif Risalah An-Nur (SPRiN2017)

99

TRANSFORMASI PENDIDIKAN: ISU DAN CABARAN


PENDIDIKAN ABAD KE-21 MELALUI APLIKASI MASSIVE
OPEN ONLINE COURSES (MOOC) DI MALAYSIA

Farah Nurshahira Zulkifli


Fakulti Pendidikan, Universiti Kebangsaan Malaysia, 43600 Bangi, MALAYSIA
farahnurshahira92@gmail.com

Md Yusoff Daud
Fakulti Pendidikan, Universiti Kebangsaan Malaysia, 43600 Bangi, MALAYSIA
mdyusoffdaud@ukm.edu.my

ABSTRAK

Dunia pendidikan di alaf baru memerlukan satu transformasi untuk disesuaikan dengan trend terkini
perkembangan teknologi. Pada peringkat awalnya integrasi teknologi hanya bersifat kecil-kecilan, sehinggalah
ke era terkini melalui integrasi platform internet yang bersifat pembelajaran secara terbuka.Kertas konsep ini
bertujuan membincangkan penggunaan MOOC sebagai inovasi baru dalam pengajaran dan pembelajaran dunia
siber di Malaysia. Ciri-ciri MOOC yang terbuka dan percuma, serta boleh diakses dalam talian membuatkan
proses pengajaran dan pembelajaran dijalankan dengan lebih inovatif. MOOC juga merupakan suatu kaedah
pembelajaran yang dapat digunakan secara meluas di peringkat pengajian tertiari baik di dalam negara mahupun
di peringkat global. Penggunaan MOOC dapat membantu pelajar mengakses sumber dan bahan pembelajaran
secara sistematik. Kolaborasi yang berlaku di antara pengajar dan pelajar semasa menggunakan MOOC dapat
memupuk kemahiran mencari maklumat dan kemahiran komunikasisebagai satu alternatif agar pelajar lebih
berdisiplin dalam pencarian ilmu. Beberapa isu yang berkaitan dengan jenis-jenis MOOC, platform MOOC
yang disediakan serta peluang serta cabaran MOOC di Malaysia dibincangkan dengan terperinci di dalam
penulisan ini. Kertas konsep ini diharapkan dapat dijadikan sumber rujukan para pengkaji pada masa akan
datang bagi mendapatkan informasi bagi penggunaan MOOC dalam pengajaran dan pembelajaran abad ke-21.

Kata Kunci: Massive Open Online Courses, Pengajaran dan Pembelajaran, Teknologi Pendidikan

PENGENALAN

Era teknologi maklumat adalah suatu perkara yang sinonim dengan arus perkembangan semasa teknologi digital
sehingga kini. Perkembangan dunia teknologi dalam kehidupan masa kini secara tidak langsung memberi impak
terhadap sistem pendidikan yang menekankan elemen integrasi teknologi dalam pendidikan. Sejajar dengan
anjakan kelapan dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013-2025, memanfaatkan ICT bagi
meningkatkan kualiti pembelajaran di Malaysia (KPM, 2013). Integrasi teknologi dalam pendidikan menjadikan
bidang teknologi tunjang utama pembangunan alaf dinamik terhadap masa depan sistem pendidikan Malaysia.
Kadar penggunaan internet yang tinggi dalam kalangan masyarakat di seluruh dunia juga telah mencetuskan
pembelajaran dalam talian secara global seperti yang terdapat dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia
(Pendidikan Tinggi) 2015-2025, (KPM, 2015). Statistik penggunaan internet diseluruh dunia bertambah setiap
detik melalui aplikasi-aplikasi seperti You Tube, Facebook, e-mel dan laman-laman web boleh diakses melalui
tapak web Internet World Statistic (Internet World Statictis, 2017).Piawaian kualiti global menjadi penanda aras
terhadap masa depan sistem pendidikan tinggi Malaysia yang menjadikan pembelajaran dalam talian sebagai
suatu akses serta ekuiti dalam memastikan kumpulan pelajar yang kurang berpeluang dalam bidang akademik
dapat memanfaatkannya. Pembelajaran dalam talian dan inovasi “blended learning” secara tidak langsung telah
dijadikan platform asas kepada kurikulum sistem pendidikan di Malaysia bagi mencapai malamat ini (PPPM-
PT, 2015). Antara aplikasi teknologi terkini yang sedang hangat diperkatakandiberikan galakan secara agresif
oleh Kementerian Pendidikan Tinggiadalah Massive Open Online Learning Courses atau lebih dikenali sebagai
MOOC. (Sanchez-Vera & Prendes-Espinosa, 2015; PPPM-PT 2015).
Untuk memetik artikel ini:
Zulkifli, F. N., & Daud, M. Y. (2017). Transformasi pendidikan: Isu dan cabaran pendidikan abad ke-21 melalui aplikasi massive open
online courses (MOOC) di Malaysia. Simposium Pendidikan diPeribadikan: Perspektif Risalah An-Nur (SPRiN2017).
100
Simposium Pendidikan diPeribadikan: Perspektif Risalah An-Nur (SPRiN2017)

MOOC merupakan satu inovasi pembelajaran di mana akses terhadap kursus yang ditawarkan adalah secara
terbuka dan percuma (Norazah et al., 2015; Patrick et al., 2015; Sandra, 2015; Jan, 2014; Lindsie, 2013) secara
atas talian secara besar-besaran yang merangkumi 10,000 sehingga 100,000 orang pelajar dalam satu-satu masa
(Ravista, 2015). MOOC dibina oleh pembangun-pembangun yang ada kemahiran dalam teknologi pendidikan.
MOOC berkemungkinan tidak menjadi sebuah teknologi pendidikan yang paling penting dalam jangka masa
200 tahun akan datang (Regalado, 2012), berkemungkinan juga tidak begitu gah seperti era kegemilangan e-
pembelajaran oleh Bill Gates (Grossman, 2013), namun konsep MOOC yang diperkenalkan ini jelas telah
mengkaji semula kaedah pembelajaran dalam talian di peringkat institusi pengajian tinggi (Marshall,
2014).Kepelbagaian jenis kursus yang ditawarkan menerusi MOOC dalam suasana pembelajaran yang fleksibel,
di mana ia bergantung kepada rentak pembelajaran pelajar itu sendiri (Cripps, 2014; Helmi Norman et. Al,
2015). Kursus-kursus yang dijalankan juga tidak terikat dengan masa (Cripps, 2014), di mana setiap pelajar
boleh mengakses pendidikan di mana-mana tanpa mengira jurang waktu dan tempat.

LATAR BELAKANG MOOC

MOOC telah berkembang dengan pantas menjadi satu fenomena baru untuk pembelajaran dalam talian. MOOC
telah berkembang ke arah ruang institusi-gobal yang semakin menonjol sebagai institusi elit dan bilik darjah
global (Firmansyah et.al., 2016) di mana kursus yang lebih seragam telah ditawarkan kepada peserta yang
mengikuti MOOC (Rodriguez 2013). Kursus pertama yang diperkenalkan dalam MOOC adalah pada tahun
2008 dari University of Manitoba (Manallack et.al., 2016; Jan, 2014; Lindsie, 2013). Istilah Massive Open
Online Courses (MOOC) diperkenalkan buat pertama kali pada tahun 2008 oleh Dave Cormier dari University
of Prince Edward Island danBryan Alexander dari National Institute for Technology in Liberal
Education(Michael et.al., 2016)untuk menggambarkan teori Connectivism and Connective Knowledge oleh
George Siemens dan Stephen Downes (Lindsie, 2013; Siemens, 2012). Kursus ini adalah berkaitan dengan
perkembangan aplikasi aktiviti rangkaian dan teori Connectivism sebagai salah satu teori pembelajaran baru
dalam era digital hari ini (Lindsie, 2013).MOOC telah memperkenalkan kaedah pembelajaran yang baru dan
unik, di mana bahan penyampaian pengajaran dan pembelajaran dapat dikongsi bersama dalam satu-satu masa
bersama-sama dengan pengguna lain dalam skala yang ramai (Mackness, 2010).

Seterusnya, MOOC terus berkembang maju pada tahun 2012 sehingga digelar ‘Tahun untuk MOOC’ pada tahun
berkenaan (Pappano, 2012).Terdapat banyak perbualan dan perbincangan mengenai peranan dan impak MOOC
sejak perkembangan pesat daripada tahun 2012 apabila tiga platform pembelajaran MOOC dari luar negara iaitu
Coursera, EDX dan Udacity, mula menawarkan kursus pendek percuma di seluruh dunia (Michael, 2012).
Platform-platform ini telah digunapakai oleh universiti terkemuka dunia.

PERKEMBANGAN MOOC DI MALAYSIA

Selepas beberapa tahun, pembelajaran MOOC terus berkembang dengan meluas apabila semakin banyak
platform MOOC dibangunkan di kebanyakan pelbagai negara dari seluruh dunia termasuk negara Malaysia
sendiri. Perkembangan MOOC telah berkembang di Malaysia pada tahun 2013 apabila kursus melalui MOOC
mula ditawarkan oleh Taylor’s University (Baturay, 2015). Selaras dengan kemajuan perkembangan MOOC,
Kementerian Pendidikan Tinggi memulakan pelaksanaan MOOC di Malaysia dengan kerjasama empat
universiti awam sebagai pemaju kandungan MOOC yang terdiri daripada Universiti Kebangsaan Malaysia
(UKM), Universiti Putra Malaysia (UPM), Universiti Teknologi MARA (UiTM), dan Universiti Malaysia
Sarawak (UNIMAS). MOOC di Malaysia mula berkembang pada awal tahun 2014 apabila empat buah institusi
pengajian tinggi ini mula menawarkan kursus-kursus di dalam platform MOOC.

Selaras dengan kemajuan perkembangan MOOC, Kementerian Pendidikan Malaysia memulakan pelaksanaan
MOOC di Malaysia dengan kerjasama keempat-empat universiti awam tersebut sebagai pemaju kandungan
MOOC. Dengan sokongan KPM, institusi pendidikan tinggi di Malaysia telah mula membangunkan MOOC
Malaysia. Pada bulan September 2014, Kementerian Pelajaran telah melancarkan empat kursus MOOC dengan
empat universiti yang terbabit sebagai pembangun kandungan. Kursus-kursus yang merupakan kursus wajib
bagi setiap mahasiswa dalam institusi pengajian tersebut.
Kursus-kursus yang ditawarkan tersebut adalah:
i. Hubungan Etnik di Malaysia (UKM)
ii. Tamadun Asia dan Islam (UPM)
iii. Pengenalan kepada kursus Keusahawanan (UiTM)

Transformasi Pendidikan: Isu dan Cabaran Pendidikan Abad Ke-21 Melalui Aplikasi Massive Open Online Courses (MOOC) di Malaysia
101
Simposium Pendidikan diPeribadikan: Perspektif Risalah An-Nur (SPRiN2017)

iv. Kompetensi ICT (UNIMAS)


Kursus-kursus yang ditawarkan merupakan kursus asas yang perlu diambil oleh para pelajar di universiti-
universiti di Malaysia. Kesemua pengajar yang mengajar empat kursus tersebut telah disyorkan untuk
memanfaatkan penggunaan MOOC sebagai kandungan pembelajaran dalam mod pembelajaran ‘blended
learning’di universiti masing-masing (Kementerian Pendidikan Malaysia, 2015). OpenLearning adalah platform
pembelajaran yang dipilih untuk pelaksanaan MOOC di Malaysia dan kursus-kursus yang ditawarkan boleh
dicapai di https://www.openlearning.com/malaysiamoocs.

Pada Januari 2015, MOOC di Malaysia mempunyai seramai kira-kira 55,000 pelajar di mana kira-kira 54,000
pelajar universiti manakala baki tidak berkaitan dengan mana-mana institusi pengajian tinggi (Norazah et.al.,
2016).Sehingga kini, terdapat lebih daripada 59 kursus MOOC yang berdaftar di bawah platform OpenLearning
yang dipelopori oleh 203,306 orang pelajar di Malaysia. Rajah 1 dan Rajah 2 menujukkan keratan rentas MOOC
Malaysia yang berpangkalan di OpenLearning dan senarai universiti awam di Malaysia yang terlibat.

Rajah 1. Keratan rentas utama MOOC Malaysia

Rajah 2: Keratan rentas MOOC Malaysia – Senarai universiti awam di Malaysia yang terlibat

PENGGUNAAN x-MOOC DI MALAYSIA

Transformasi Pendidikan: Isu dan Cabaran Pendidikan Abad Ke-21 Melalui Aplikasi Massive Open Online Courses (MOOC) di Malaysia
102
Simposium Pendidikan diPeribadikan: Perspektif Risalah An-Nur (SPRiN2017)

Terdapat dua kategori MOOC iaitu c-MOOC dan x-MOOC (Lindsie, 2013; Andrew et.al., 2015; Norazah et.al.,
2016). c-MOOC menggunakan pendekatan connectivisme (Lindsie, 2013; Andrew et.al., 2015; Norazah et.al.,
2016) manakala x-MOOC pula menggunakan pendekatan behaviourisme (Lindsie, 2013; Andrew et.al., 2015;
Norazah et.al., 2016). Sehingga kini, MOOC adalah berasaskan teori ‘connectivism’, di mana pembelajaran
dilihat sebagai satu proses menjana dan mengaitkan rangkaian yang menghubungkan pengetahuan antara satu
sama lain (Siemens, 2013).

c-MOOC atau Connectivist MOOC (Lindsie, 2013) memperihalkan teori connectivisme yang diperkenalkan oleh
George Siemens telah menjelaskan lagi penggunaan c-MOOC melalui pembelajaran dalam talian yang sesuai
dengan era digital. c-MOOC mula diperkenalkan pada tahun 2008 oleh Dave Cornier bagi menjelaskan lagi
teori connectivisme (Jan, 2014). Akses kepada bahan kurikulum dan aktiviti yang disediakan adalah secara
terbuka yang sedia ada di laman sesawang (Lindsie, 2013). Teori connectivisme yang digunapakai dalam c-
MOOC juga membantu proses menjana dan menghubungkan pengetahuan antara pelajar. Konsep ini adalah
bersifat terbuka di mana pelajar boleh menyertai kursus yang terdapat dalam MOOC secara sukarela. Namun,
terdapat juga kelemahan yang didapati melalui kerangka c-MOOC ini apabila kajian mendapati bukan sahaja
motivasi pelajar untuk terus kekal dalam sesebuah kursus tersebut semakin menurun, bahkan pelajar juga
didapati keliru dengan sumber pembelajaran terbuka yang begitu luas kepada mereka (Norazah et.al., 2016). Hal
ini adalah disebabkan teknologi itu sendiri muncul sebagai penghalang bagi sesetengah pelajar untuk terus kekal
yakin tanpa perlu berselindung di sebalik perkembangan teknologi (Lindsie, 2013).

Manakala x-MOOC atau Extension MOOC (Lindsie, 2013) merupakan satu pendekatan yang mendukung teori
behaviourisme (Norazah et.al., 2016). x-MOOC menjurus kepada sumber pembelajaran yang lebih tertutup di
mana segelintir daripada struktur sumber pembelajaran disediakan untuk pelajar yang berdaftar dalam kursus
MOOC (Norazah et.al., 2016). Konsep pembelajaran yang diperkenalkan dalam x-MOOC ini adalah lebih
kepada kelas tutorial yang dijalankan di alam maya. Guru atau pengajar dianggap sebagai pengguna yang
berpengetahuan tinggi di mana terdapat perkongsian pendapat, perbincangan dan idea antara pengajar dengan
pelajar (Norazah et.al., 2016). x-MOOC juga menekankan pembelajaran yang menumpukan kandungan
pembelajaran di mana impak terhadap pembelajaran dapat dijana oleh individu yang mengikutinya (Sanches-
Vera et.al., 2015). Namun, cabaran dalam membangunkan kursus dalam x-MOOC ini dapat dikesan apabila
pereka atau pembangun kursus perlu peka terhadap masalah yang mungkin dihadapi pada masa akan datang
bagi memastikan pelajar terus kekal berada dalam sesebuah kursus sehingga kursus tersebut tamat (Lindsie,
2013).

Berbeza dengan c-MOOCs, x-MOOCs menyediakan persekitaran pembelajaran yang lebih tertutup di mana
sumber pembelajaran boleh didapati di hab-hab pusat pembelajaran. x-MOOC mewujudkan satu pengalaman
berpandukan kelas tutorial di mana hubungan dan komunikasi antara pelajar dengan pelajar akan menjadi lebih
rapat dan akrab (Adams et al., 2014). Disebabkan x-MOOC adalah berlandaskan teori behaviourisme, sesi
pembelajaran adalah lebih kepada pembelajaran berasaskan pengajar. Bukan itu sahaja, pelajar x-MOOC juga
dilihat mempunyai kecenderungan untuk mengadaptasikan struktur pengetahuan yang telah diajari oleh pengajar
MOOC dan pembangun kandungan (Siemens, 2013). Maka, dengan mengambil kira kelebihan serta batasan c-
MOOCs dan x-MOOCs, x-MOOCs telah dipilih sebagai format utama dalam pembangunan kandungan kursus-
kursus MOOC di Malaysia (Norazah et.al., 2016).

PELUANG DAN CABARAN MOOC

Satu kajian menunjukkan bahawa kursus yang disediakan oleh tiga platform besar yang menerajui pembangunan
MOOC; Udacity, Coursera dan EDX datang dari 17 negara yang berbeza, diwakili oleh lebih daripada 60
universiti yang berbeza; di mana pelajar berdaftar datang dari lebih 220 negara (Waldrop, 2013). Pertumbuhan
pesat MOOC telah meningkatkan pertambahan bilangan pelajar dari tahun 2012 hingga 2013, di mana pelajar-
pelajar yang berdaftar di MOOC datangnya dari negara Asia. Jadual 1 menunjukkan peratusan pelajar yang
berdaftar dengan MOOC berdasarkan dari negara-negara asal mereka.

Jadual 1: Peratusan pelajar yang berdaftar dengan MOOC dari negara asal.

Transformasi Pendidikan: Isu dan Cabaran Pendidikan Abad Ke-21 Melalui Aplikasi Massive Open Online Courses (MOOC) di Malaysia
103
Simposium Pendidikan diPeribadikan: Perspektif Risalah An-Nur (SPRiN2017)

Negara Asal Peratusan


North America 35.2%
Europe 28.2%
Asia 21.4%
South America 8.8%
Africa 3.6%
Oceania 2.8%

Walaupun sesetengah pihak menganggap bahawa pembelajaran atas talian lebih menjimatkan kos, namun masih
ada yang berpendapat bahawa pembelajaran atas talian ini menyebabkan gangguan kepada pembelajaran yang
lebih tinggi (Bujak et al., 2012; Christensen, Horn & Caldera, 2011). Pembelajaran dalam talian melalui
platform MOOC mewujudkan peluang dan cabaran bagi masyarakat di seluruh dunia khususnya di Malaysia.
Walaupun pembangunan MOOC bukanlah sesuatu yang mudah, namun piawaian kualiti global menjadi
penanda aras terhadap masa depan sistem pendidikan tinggi Malaysia yang menjadikan pembelajaran dalam
talian sebagai suatu akses serta ekuiti dalam memastikan kumpulan pelajar yang kurang berpeluang dalam
bidang akademik dapat memanfaatkannya.

PELUANG PEMBELAJARAN MELALUI MOOC

i. Memberi peluang dan keperluan pembelajaran kepada lebih banyak universiti.


Rentetan daripada kemasukan yang tinggi terhadap institusi pendidikan tinggi di seluruh dunia, namun bagi
negara-negara membangun di dunia berkemungkinan mempunyai masalah daripada segi akses terhadap capaian
konten pembelajaran kepada pelajar-pelajarnya. Seperti dalam satu senario yang berlaku di negara India di mana
meskipun negara tersebut berada di dalam pertumbuhan normal populasi masyarakat di sana, namun dijangka
kira-kira lebih 40 milion pelajar universiti bakal dilahirkan dalam tempoh satu dekad (Everitt, di dalam
Liyanagunawardena, Williams & Adams, 2013). Maka MOOC dapat memberikan penyelesaian yang
komprehensif terhadap isu ini. Penggunaan ICT dapat menimbulkan interaksi dalam masyarakat agar sentiasa
berhubung. Dengan perkembangan pesat teknologi telefon pintar dan tablet sebagai peranti untuk mengakses
sumber digital dalam talian, maka ICT juga merupaka satu batu loncatan yang boleh digunakan dalam
membantu penggunaan MOOC. Sebagai contoh, 15% daripada senarai muat turun iTunes U oleh Universiti
Oxford adalah melalui telefon pintar, iPad, atau iPod (University of Oxford, 2013).

ii. Memupuk literasi masyarakat dalam membangunkan Malaysia


Literasi maklumat adalah perkara yang berupaya membantu masyarakat memperoleh kemahiran untuk belajar.
Literasi secara digital dapat membantu penguasaan bahasa tidak kira Bahasa Inggeris mahupun Bahasa
Malaysia. Sesi perbincangan dalam aktiviti yang ditawarkan dalam kursus-kursus MOOC adalah penting dalam
membentuk pengalaman belajar yang komprehensif dan kolaboratif. MOOC mempunyai peranan penting dalam
meningkatkan kadar literasi antara pengguna. Selain dapat membantu menghapuskan masyarakat yang buta
huruf, literasi dalam MOOC juga dapat membantu masyarakat membina rangkaian yang besar antara satu sama
lain.
iii. Merealisasikan struktur pembelajaran sepanjang hayat
Dalam era moden di mana akses terhadap sumber pengetahuan di hujung jari, seseorang perlu membiasakan diri
dengan mengambil setiap peluang untuk belajar. Perpustakaan merupakan contoh terbaik institusi sosial untuk
tujuan menambah bahan bacaan dan ilmu pengetahuan. Melalui MOOC, peluang untuk belajar adalah lebih
mudah tanpa menggunakan kaedah pembelajaran tradisional berasaskan buku semata-mata dengan akses
terhadap pembelajaran sepanjang hayat. Dalam zaman teknologi ini, seseorang yang sentiasa bersemangat untuk
belajar sepatutnya mempunyai peluang untuk belajar, sekurang-kurangnya melalui pembelajaran dalam talian.
Hal ini penting untuk melatih golongan kompeten dengan literasi maklumat melalui perpustakaan akademik
yang memberi sokongan pedagogi (Sharma, R.N., 2013). MOOC merupakan inisiatif sebagai perpustakaan
digital yang dapat menyokong pembelajaran dengan memainkan peranan yang penting dalam pengadunan
platform-platform khusus MOOC dengan sumber-sumber pembelajaran yang terdapat di alam maya
(Liyanagunawardena, Williams & Adams, 2013).

iii) Kolaborasi antara universiti melalui penawaran kursus yang pelbagai

Transformasi Pendidikan: Isu dan Cabaran Pendidikan Abad Ke-21 Melalui Aplikasi Massive Open Online Courses (MOOC) di Malaysia
104
Simposium Pendidikan diPeribadikan: Perspektif Risalah An-Nur (SPRiN2017)

Georgia Institute of Technology pernah meninjau potensi Massive Open Online Seminar (Moose) yang memberi
tumpuan terhadap topik yang lebih kompleks, seperti seminar-seminar yang biasa akan lakukan. Hal ini
bertujuan untuk memperluaskan dan meningkatkan bilangan peserta atau menjadikannya secara besar-besaran
(Bujak et al., 2012). Kursus-kursus yang ditawarkan di dalam MOOC bukan sahaja boleh diakses oleh universiti
yang menawarkan sahaja, malah boleh diakses oleh universiti lain juga. Akses kepada kursus bukan tertakluk
pada dalam negara sahaja, ianya turut terbuka kepada pelajar-pelajar antarabangsa dari seluruh dunia.Apabila
semakin besar populasi penyertaan pelajar yang berdaftar dalam sesebuah MOOC, maka semakin besar
kolaborasi antara universiti-universiti dari seluruh pelosok dunia.

CABARAN PEMBELAJARAN MELALUI MOOC

i. Pengurangan dalam enrolmen universiti-universiti di Malaysia


Enrolmen dalam universiti di Malaysia dikhuatiri akan semakin menurun rentetan daripada pengajaran dan
pembelajaran dalam talian secara terbuka, MOOC ini. Sesi perjumpaan bersemuka antara pelajar dan pengajar
semakin menurun, berbanding dengan sesi pengajaran dan pembelajaran tradisional. Menurut satu kajian,
teknologi MOOC dilihat gagal merevolusikan pengajaran dan pembelajaran ke tahap yang lebih tinggi.
Kebarangkalian tahap kesahan terhadap sesuatu perkara tidak dapat dijelaskan secara mendalam kerana
kurangnya perjumpaan bersemuka (Andrew, 2015).

ii. Integriti tenaga pengajar semakin merosot


Tugas-tugas ahli akademik mahupun tenaga pengajar yang melibatkan integriti dilihat semakin berkurang dalam
kalangan pengajar mahupun pelajar (Marshall, 2014). Ahli akademik dilihat membuat kerja ataupun
mengadakan sesi pengajaran dan pembelajaran secara sambalewa. Bukan itu sahaja, kualiti etika yang
dipersembahkan juga kelihatan semakin merundum menurut sebuah kajian apabila ahli akademik dilihat
semakin bimbang terhadap disipilin peserta MOOC yang hanya mengikuti kursus yang disediakan tidak berada
di paras yang memuaskan (Marshall, 2014).

PERBINCANGAN

MOOC adalah antarasalah satu bentuk pengajaran dan pembelajarandalam talian yang semakin meningkat maju.
Kontinum dalam pengajaran dan pembelajaran bermula dengan pembelajaran bersemuka atau pembelajaran
sehala yang bersifat tradisional, kemudian berkembang dengan penggunaan sumber-sumber dalam talian,
menjurus pula kepada pembelajaran teradun - blended learning (Sandra, 2015).
Terkini, kaedah pengajaran dan pembelajaran melalui MOOC telah mula diperkenalkan di seluruh pelosok
dunia. MOOC telah membuka ruang suasana pembelajaran yang lebih terbuka, kondusif dan fleksibel kepada
semua lapisan masyarakat secara percuma (Michael et.al., 2016). Persekitaran pembelajaran dalam talian ini
juga telah memperuntukkan medium baru dalam penyampaian kursus dan ilmu pengetahuan mengikut
keperluan semasa pelajar generasi sekarang mahupun generasi akan datang.

Dari perspektif positif, penggunaan MOOCmerupakan kaedah berkesan dalam meningkatkan mutu sistem
pendidikan bertaraf global, namun masih terdapat kekurangan yang terdapat dalam integrasi penggunaan
MOOC. Kualiti pendidikan yang diperuntukkan dalam kandungan kursus yang tersedia berkemungkinan tidak
mencapai tahap kualiti maksimum seperti kursus-kursus sedia ada yang ditawarkan di dalam kuliah harian
secara bersemuka. Pendidikan yang berkualiti dengan demonstrasi pengajaran yang jelas tentang hasil
pembelajaran yang ditawarkan sejak 10 tahun yang lalu (Sandra, 2015), jelas menunjukkan pendidikan dalam
talian merupakan hala tuju terhadap kemajuan sistem pendidikan global. Maka, inovasi MOOC yang
diperkenalkan kini merupakan hala tuju yang jelas memberi akses pendidikan tinggi kepada semua lapisan
masyarakat di seluruh dunia secara sama rata.

Suasana pengajaran dan pembelajaran melalui MOOC tidak lagi memperuntukkan kehadiran bersemuka baik
bagi tenaga pengajar, mahupun pelajar seperti mana yang masih lagi didapati di dalam pendidikan atas talian
hari ini. Di samping itu, MOOC mampu menyediakan pendidikan awal sehingga pendidikan tinggi dalam
kepelbagaian cara secara percuma dan lebih bersifat interaktif.

KESIMPULAN

Berdasarkan dapatan yang dikaji melalui kajian-kajian yang lepas, dapat disimpulkan bahawa penggunaan
MOOC adalah suatu inovasi pengajaran dan pembelajaran alaf baru dalam dunia teknologi pendidikan. Ciri-ciri
MOOC yang dapat diakses secara percuma kepada semua peserta yang mengikuti MOOC adalah merupakan

Transformasi Pendidikan: Isu dan Cabaran Pendidikan Abad Ke-21 Melalui Aplikasi Massive Open Online Courses (MOOC) di Malaysia
105
Simposium Pendidikan diPeribadikan: Perspektif Risalah An-Nur (SPRiN2017)

faktor yang memberi impak paling besar dalam kajian ini. Selain itu, pelaksanaan pengajaran dan pembelajaran
juga dapat dilakukan secara besar-besaran dan dapat diikuti oleh setiap peserta yang berdaftar dalam platform
MOOC dari serata dunia secara maya. Akses pendidikan menjadi lebih mudah dan meluas apabila menggunakan
inovasi MOOC.

Terdapat pelbagai platform MOOC yang berbeza-beza keunikan dan keistimewaan yang tersendiri. Terdapat
banyak kelebihan yang dapat diperolehi daripada inovasi penggunaan MOOC ini, namun terdapat juga beberapa
kelemahan yang diperolehi daripada MOOC. MOOC adalah suatu inovasi pembelajaran abad ke-21 yang
bersifat terbuka dan boleh diakses di mana-mana pada bila-bila masa dengan syarat setiap peserta disediakan
dan dilengkapi dengan kemudahan akses yang mencukupi serta mempunyai komitmen yang tinggi dalam
menuntut ilmu.

Rujukan

Adams, C., Yin, Y., Vargas Madriz, L. F., & Mullen, C. S. (2014). A phenomenology of
learning large: the tutorial sphere of xMOOC video lectures. Distance Education,
35(2), 202-216.
Andrew W. Cole, C. Erik Timmerman. 2015. What Do Current College Students Think about
MOOCs? MERLOT Journal of Online Learning and Teaching. 11(2), 188-201.
Atenas, J. 2015. Model for democratisation of the contents hosted in MOOCs. Universities
and Knowledge Society Journal, 12(1), 74-90.
Baturay, M. H. 2015. An overview of the World of MOOCs. Procedia – Social and
Behavioral Sciences Journal, 174, 427-433.
Bujak, K. R. et al. 2012. The evolving university: beyond disruptive change and institutional
innovation.
Catherine, R. 2013. The Best MOOC Provider: A Review of Coursera, Udacity and Edx -
SkilledUp.com.www.skilledup.com/blog/the-best-mooc-provider-a-review-of-
coursera-udacity-and-edx/ (10 November 2016).
Cripps, T. 2014. It’s My Challenge: Exploring the MOOC Terrain. In Proceedings of
CLaSIC 2014 (pp. 89-102).
David T. Manallack, Elizabeth Yuriev. 2016. Ten Simple Rules for Developing a MOOC.
PLOS Computational Biology Journal. 12(10).
Grossman, S. 2013. Bill Gates Discusses Moocs At Microsoft Research’s Faculty
Summit.www.chronicle.com/blogs/wiredcampus/bill-gates-discusses-moocs-at
microsoft -researchs-faculty-summit (10 November 2016).
Helmi Norman & Norazah Nordin. 2015. An Asia-Europe Massive Open Online Course for
Lecturer Training: Development of Pedagogical Strategies for MOOCs.Proceeding
of Public University Dean’s Council 2015 Seminar.
Jan Beseda, Zbyněk Machát. 2014. MOOCs as a tool for new media education? ATI-Applied
Technologies & Innovations Journal. 10(2), 55-59.
Lindsie Schoenack. 2013. A New Framework for Massive Open Online Courses (MOOCs).
Journal of Adult Education. 42(2), 98-103.
Liyanagunawardena, T., Williams, S., & Adams, A. 2013, The Impact and Reach of
MOOCs: A Developing Countries’ Perspective.
http://elearningeuropa.info/sites/default/files/asset/In-depth_33_1.pdf (4 Januari 2017)
Mackness, J., Mak, S., & Williams, R. 2010. The ideals and reality of participating in a
MOOC.Networked Learing Conference (pp. 266-275). University of Lancaster.
Michael A Kerrison, Julia Leong Son, Barney Grainger, Caroline Tutty. 2016. Massive Open
Online Courses (Moocs) And Their Role In Promoting Continuing Education.
International Journal of Continuing Education and Lifelong Learning. 8(2), 106-127.
Norazah Nordin, Helmi Norman, Mohamed Amin Embi, Ahmad Zamri Mansor & Fazilah
Idris. 2016. Factors for Development of Learning Content and Task for MOOCs in an
Asian Context. Journal of International Education Studies, 9(5), 48-61.
Pappano, L. 2012. The year of the MOOC. The New York Times, ED26.
www.nytimes.com/2012/11/04/education/edlife/massive-open-online-courses-are-
multiplyingat-a-rapid-pace.html (10 November 2016).
Patrick R. Lowenthal, Charles B. Hodges. 2015. In Search of Quality: Using Quality Matters
to Analyze the Quality of Massive, Open, Online Courses (MOOCs). International
Review of Research in Open and Distributed Learning. 16(5), 83-101.

Transformasi Pendidikan: Isu dan Cabaran Pendidikan Abad Ke-21 Melalui Aplikasi Massive Open Online Courses (MOOC) di Malaysia
106
Simposium Pendidikan diPeribadikan: Perspektif Risalah An-Nur (SPRiN2017)

Sanches-Vera, M. Del M., & Prendes-Espinosa, M. P. (2015). Beyond objective testing and
peer assessment: alternative ways of assessment in MOOCs. RUSC. Universities and
Knowledge Society Journal, 12(1), 119.
Siemens, G. 2012. What is the theory that underpins our MOOCS?
www.elearnspace.org/blog/2012/06/03/what-is-thetheory-that-underpins-our-
MOOCs/ (29 Oktober 2016).
Siemens, G. 2013. Massive Open Online Courses: Innovation in Education?. Open
Educational Resources: Innovation, Research and Practice, 5
Regalado, A. 2012. The most important education technology in 200 years. MIT
Technology Review. www.technologyreview.com/news/506351/the-most-important-
education-technology-in-200-years/ (1 November 2016).
Rodriguez, O. 2013. The concept of openness behind c and x-MOOCs (Massive Open
Online Courses). Open Praxis Journal, 5(1), 67–73.
University of Oxford. 2013. The University of Oxford on iTunes U.
http://www.itunes.ox.ac.uk/
Waldrop, M. M. 2013. Campus 2.0: Massive Open Online Courses Are Transforming
Higher Education -- And Providing Fodder For Scientific Research. Nature. 495, 160-
163.

Transformasi Pendidikan: Isu dan Cabaran Pendidikan Abad Ke-21 Melalui Aplikasi Massive Open Online Courses (MOOC) di Malaysia

You might also like