You are on page 1of 2

MINIT MESYUARAT JAWATAN KUASA KANTIN 2013

SK JALAN HANG TUAH 2, K. LUMPUR

Tarikh : 12 November 2013


Masa : 10.00 pagi
Tempat : PPW Bangsar-Pudu
Kehadiran :
1. Pn. Juriah bt Abd Jalil (Guru Besar)
2. En. Che Mustafa Che Yah (GPK HEM)
3. Pegawai-pegawai PPD

Setiausaha: Pn. Kalthom bt Meskam

1.0 Perutusan Pengerusi

1.1 Pn. Juriah selaku Pengerusi mengucapkan terima kasih atas kehadiran semua Ahli
Jawatan Kuasa Tender Kantin 2013.

2.0 Pemilihan Sebut Harga Kantin

2.1 Jawatan kuasa Buka Peti telah membuka peti sebut harga pada 8 November 2013
jam 10 pagi.

2.2 Jawatan kuasa pemilihan pada hari ini telah bersetuju memilih Pn. Rahimah bt
Omar untuk mengusahakan kantin bermula 1 Januari 2014 hingga 30 November
2015 iaitu selama 23 bulan.

2.3 Kadar sewaan yang perlu dibayar ialah sebanyak RM500.00 sebulan.

2.4 Untuk tahun ketiga bulan Disember juga perlu dibayar sewaannya manakala bulan
Disember 2014 beliau akan dikecualikan daripada membayar sewaan kantin.

2.5 Pengusaha juga perlu membayar deposit kantin, deposit api dan air selama 2 bulan.

2.6 Deposit akan dikembalikan selepas tamat tempoh perkhidmatan dan sekiranya
terdapat tunggakan hendaklah ditolak daripada deposit tersebut.

3.0 Hal-hal Lain.

3.1 Syarikat hendaklah sentiasa memberi kerjasama dalam hal-hal berkaitan dengan
urusan sekolah.

1
3.2 Syarikat/ pengusaha hendaklah sentiasa mematuhi syarat-syarat yang terdapat di
dalam perjanjian kontrak.

3.3 Sewa bulanan hendaklah dibayar pada minggu pertama setiap bulan.

3.4 Sekolah hendaklah membuat perjanjian dan sertakan sekali ajk Buka Peti dan Buka
Kontrak, Surat Tawaran serta surat bank draf (salinan).

3.5 Semua dokumen perlu dikembalikan beserta surat makluman kegagalan kepada
pembida yang tidak berjaya.

3.6 Guru Besar perlu menandatangani Borang Buka Peti untuk syarikat yang telah
berjaya beserta tarikh

6.0 Penutup.
Mesyuarat ditangguhkan pada jam 12.00 tengahari.

Disediakan oleh,

…………………………………….
Setiausaha Kantin
SK Jalan Hang Tuah 2, K. Lumpur
25 November 2013.

You might also like