You are on page 1of 5

Kisah Peruntuh Masjid Babri Memeluk Islam

by HASNUL HADI AHMAD on DECEMBER 7, 2011

BERAPA ramai di antara kita masih mengingati tragedi ummah yang berlaku pada tahun
1992? Iaitu pada tarikh 6 Disember tahun itu, Masjid Babri di Ayodhya, India tidak dapat
dipertahankan dan diselamatkan apabila institusi suci umat Islam itu dimusnahkan oleh
puak pelampau Hindu.

Seramai 150,000 pejuang nasionalis Hindu yang tidak dapat dihalang memusnahkan
masjid itu dalam konflik berpanjangan perebutan antara Hindu dan Muslim di India.

Salah seorang pelampau Hindu atau lebih tepat, dalang untuk meruntuh dan
memusnahkan Masjid itu merupakan seorang pemuda yang bernama Shive Prasad
berasal dari Faisabad, iaitu daerah di mana terletaknya masjid itu.
Prasad ialah ketua sebuah parti politik Bajrang Dal yang diberi kepercayaan dan
tanggungjawab ‘suci’ untuk mengetuai hampir 4,000 penduduk kampungnya, Kar Sevak
bagi memastikan masjid itu akhirnya runtuh.

Tindakan melampau untuk meruntuhkan masjid purba itu telah dirancang dengan baik
oleh Prasad. Beliau memberi arahan dan latihan yang secukupnya kepada para
pengikutnya seramai 4,000 orang itu bagi memastikan rancangan itu berjaya.

Satu tindakan yang melanggar undang-


undang apatah lagi menghormati perasaan penduduk Islam yang lain.
Sedangkan masjid itu merupakan salah sebuah masjid terbesar di negeri Uttar Preadesh,
utara India dengan bilangan umat Islamnya seramai 31 juta orang.

Pada hari kejadian itu, Prasad tidak sahaja menceroboh masuk malah berjaya memanjat
kubah besar masjid dan bersama pengikut-pengikut yang lain mereka berjaya menawan
masjid itu. Kemudian bersorak gembira apabila mereka akhirnya berjaya meruntuhkan
kubah dan keseluruhan masjid tersebut.

Mereka melaung-laungkan perkataan “Ram! Ram!” sebagai tanda kemenangan


kononnya masjid itu akhirnya berjaya jatuh ke tangan pelampau Hindu.

Prasad puas hati kerana berjaya mengembalikan hak penganut Hindu yang kononnya
masjid Babri itu dibina atas tapak kuil, yang dibina bagi memperingati tempat kelahiran
tuhan mereka yang bernama Rama.
Namun tujuh tahun selepas kejadian itu, pada
tarikh yang sama kejadian runtuhan Masjid Babri itu, Prasad akhirnya sujud memohon
ampun kepada Allah atas ‘kejahatan’ beliau terhadap Masjid Babri itu. Malah beliau
berpuasa dan menyesali sehingga mengalir air mata memohon Allah mengampuninya
yang tergamak meruntuhkan rumah ibadat itu.

Kuasa Allah
Ya, pada tarikh 6 Disember 1999 itu, dengan kuasa Allah, Prasad memeluk Islam dan
menukar namanya kepada Mohammed Mustafa.

Berita pengislaman pemuda itu disiarkan oleh Malayalam News keesokan harinya iaitu
pada 7 Disember 1999 yang kemudiannya dipetik oleh Arab News Publications di Arab
Saudi.

Berita itu amat mengejutkan apabila melihat sendiri latar belakang Prasad, terutama
bapanya, Trigal Ramanathan merupakan Ketua Puak Sangh Parivar di mana seluruh
puak itu terbabit secara aktif dalam usaha meruntuhkan Masjid Babri.

Menurut pemuda ini, sejak kejadian runtuhan


masjid itu, Prasad dihantui perasaan bersalah sehingga begitu menekan jiwanya.
Walaupun pada tangannya masjid itu akhirnya runtuh, namun ia tidak menjanjikan
kedamaian berikutan beliau merasakan telah melakukan satu dosa yang amat besar.

Mungkin dengan keluar dari India, Prasad mengharap beliau tidak lagi diburu oleh
perasaan bersalah itu. Lalu beliau mencari pekerjaan di Sharjah salah sebuah negara
anggota Emiriah Arab Bersatu (UAE).
Namun fikirannya masih tidak tenang walaupun beliau menyibukkan diri dengan
pekerjaan dan suasana yang baru di negara itu.

Sehinggalah pada 4 Disember tahun 1998, pada hari itu beliau berjalan seorang diri di
sebatang jalan di bandar Sharjah. Secara tiba-tiba beliau terdengar suara khatib dari
sebuah masjid berhampiran. Menariknya, khutbah itu disampaikan dalam bahasa Urdu
dan beliau dapat mengikuti khutbah itu dengan jelas.

Prasad berhenti untuk mendengar khutbah itu dan alangkah terkejutnya pemuda ini
apabila sang khatib menyebutkan bahawa Allah Yang Maha Berkuasa atas segala sesuatu,
mampu mengubahkan hati-hati yang tidak mempercayai kewujudan-Nya selama ini.

Sejurus mendengar khutbah itu sehingga akhir, semacam satu perasaan yang tenang
menyelinap masuk ke hatinya. Malah seolah-olah telah tercabut satu beban besar yang
selama ini menyebabkan fikirannya menjadi begitu serabut.

Segala puji-pujian terhadap Allah yang akhirnya telah memberi hidayah dan
membukakan hatinya walaupun dirinya telah melakukan kesalahan yang lazimnya sukar
untuk diterima apatah lagi dapat dimaafkan.

Namun berita Prasad memeluk Islam itu tidak sahaja menimbulkan kemarahan keluarga.
Malah akibat tidak dapat menanggung malu, Prasad akhirnya dibuang oleh keluarganya
sendiri. Beliau tidak dibenarkan pulang semula ke India, kalaupun dia pulang juga maka
nyawanya akan terancam.
Berita pengislaman Prasad itu juga menyebabkan parti-parti politik dan pelbagai
pertubuhan Hindu yang menyokong tindakan beliau beliau meruntuhkan Masjid Babri
turut marah dan mengancam untuk membunuhnya tanpa mengira masa dan tempat.

Namun apa pun ancamannya Prasad tetap


teguhkan imannya terhadap Islam. Islam menjadikan beliau seorang manusia ‘baru’ yang
dahagakan kebenaran sehinggakan dalam tempoh yang masih baru mengenal Islam
beliau berjaya menghabiskan bacaan dan mempelajari 17 surah dalam al-Quran. Malah
beliau bersungguh-sungguh untuk khatam kitab suci itu.
Cita-citanya kini adalah untuk berkongsi kebenaran mengenai Islam dengan orang lain
termasuk ahli-ahli keluarganya sendiri.
“Kalau itu diizinkan Allah, bukan soal dosa saya akhirnya tertebus sudah.

“Tetapi sekurang-kurangnya itulah sumbangan saya terhadap Islam di samping


perbuatan saya itu juga telah melukakan hati jutaan umat Islam dan saya mahukan
mereka juga memaafkan saya dengan sekurang-kurangnya saya membina semula apa
yang telah saya runtuhkan,” ujarnya sayu.

Susunan SITI AINIZA KAMSARI


dipetik dari Utusan Online
Terima kasih kepada penyusunnya.
Wallahu’alam….
HasnulHadiAhmad.Com
Artikel Berkaitan: Akibat Meruntuhkan Masjid 40 Orang Hindu Buta

You might also like