You are on page 1of 15

1.

0 PENGENALAN
Malaysia merupakan sebuah negara yang unik dan sentiasa dikagumi dan dicontohi
oleh semua negara-negara luar di dunia. Kepelbagaian masyarakat yang pelbagai
rumpun dan etnik budaya yang pelbagai berjaya mewujudkan sebuah negara yang
dikongsi bersama. Itulah uniknya negara kita Malaysia yang bukan sahaja menjadi
contoh, malah disegani dan dihormati oleh dunia luar. Kepelbagaian etnik dan budaya di
Malaysia berjaya diterapkan dalam kehidupan kita bersama dengan wujudnya
persefahaman, toleransi serta semangat muhibah yang tinggi dalam kalangan
masyarakat. Kerajaan kita dibawah pimpinan Yang Amat Berhormat Datuk Seri Najib bin
Tun Abdul Razak sentiasa menggesa rakyat Malaysia supaya bersama-sama menjaga
keharmonian Negara yang telah kita nikmati hampir 5 dekad lamanya. Kepayahan dan
kerahan tenaga orang-orang dahulu seharusnya dikenang kerana semangat perpaduan
mereka padu dan jitu membolehkan kita berdiri di bawah satu bumbung, membina
sebuah negara bangsa kita mengikut acuan kita, budaya kita serta memelihara adat-
adat ketimuran kita.

Gagasan Semangat Satu Malaysia yang diuar-diuarkan oleh Perdana Menteri kita
sewajarnya kita hayati dan amalkan bersama kerana elemen-elemen yang terdapat di
dalamnya mampu mengimplimentasikan impian dan hasrat negara bagi mencapai
wawasan 2020. Tanpa persefahaman dan perpaduan dalam kalangan masyarakat kita,
sudah semestinya kita belum mampu untuk meletakkan Malaysia ke suatu peringkat
yang kita boleh banggakan di peringkat global bersama negara-negara membangun
yang lain. Perpaduan dalam kalangan masyarakat semestinya dipelihara dan
dikukuhkan dengan pelbagai aktiviti-aktiviti yang membabitkan semua masyarakat
berbilang kaum di Malaysia. Sudah pasti kita semua kenangkan kembali sejarah hitam
negara kita bagaimana terjadinya peristiwa malang 13 Mei 1969 yang berpunca
daripada bibit-bibit sensitiviti kaum dibangkitkan.

Justeru itu, perpaduan dan persefahaman harus disemai dan dipupuk semenjak usia
anak-anak kecil lagi terutamanya di peringkat sekolah rendah supaya dapat mewujudkan
perasaan harmoni dan diterima oleh rakan-rakan yang lain di samping menghakis sifat
prejudis, berperasangka buruk serta rasis terhadap kaum-kaum lain di dalam kelas.
Penubuhan sekolah-sekolah kebangsaan dilihat sebagai suatu usaha murni pihak
kerajaan yang berhasrat mahu melahirkan anak bangsa Malaysia yang cintakan bangsa,
nagara dan tanah airnya. Pelbagai program telah disusun dan dirangka di peringkat
sekolah seperti Program Rancangan Integrasi Murid Untuk Perpaduan (RIMUP), Festival
Budaya Malaysia, Pameran dan Lawatan oleh agensi-agensi bukan kerajaan sedikit
1
sebanyak memberi sumbangan terhadap pemupukan persefahaman dan perpaduan
dalam kalangan murid yang berbilang kaum di sekolah.

1.1 PEMBINAAN PERSEKITARAN BILIK DARJAH MESRA BUDAYA


1.1.1 Kepelbagaian Aktiviti Pengajaran & Pembelajaran
Sejajar dengan pelbagai usaha dan langkah-langkah yang
dilaksanakan oleh pihak kerajaan dalam membina dan memupuk
perpaduan dalam kalangan masyarakat yang pelbagai kaum, guru-
guru juga turut sama menjayakan usaha murni tersebut. Pengurusan
pengajaran dan pembelajaran yang dilaksanakan oleh guru tidak lagi
hanya menekankan domain kognitif serta pengetahuan tentang
sesuatu pelajaran yang dipelajari, malah pembinaan sahsiah dan jati
diri seiring diimplementasikan dalam pengajaran dan pembelajaran di
sekolah secara holistik dan terarah, terutamanya dalam kurikulum
baru yang diperkenalkan oleh pihak kerajaan baru-baru ini (KSSR)

Dalam KSSR, pembinaan sahsiah dan jati diri menjadi antara


elemen-elemen utama dalam usaha memperkembangkan potensi dan
kebolehan murid-murid serta kemahiran insaniah selaras dengan
Falsafah Pendidikan Kebangsaan terangkum kesemua elemen
tersebut dalam dasar pelaksanaan KSSR. Justeru itu, guru-guru perlu
bijak dan mahir dalam mengendalikan pengurusan pembelajaran dan
pengajaran, terutamanya dalam mempelbagaikan aktiviti
pembelajaran dan pengajaran dengan penerapan mesra budaya.

Menyentuh dari segi perspektif mesra budaya sudah semestinya


menjadi suatu cabaran kepada guru-guru di sekolah kerana murid-
murid di sekolah terdiri daripada pelbagai kaum yang terdapat di
Malaysia. Oleh hal yang demikian, elemen mesra budaya dilihat
sebagai suatu keperluan yang perlu diberi perhatian oleh guru-guru
kepada semua anak muridnya. Perbezaan ini perlu dicari titik
persamaan oleh guru-guru supaya mereka dapat bergaul dengan
mesra antara satu sama lain.

2
Pada hemat saya, molek kiranya jikalau sesuatu aktivti berkumpulan
itu dilaksanakan perlunya penglibatan semua murid daripada pelbagai
kaum dalam sesuatu kumpulan. Contohnya, dalam sesuatu kumpulan
itu terdiri daripada kaum Melayu, Cina, India, Sikh, serta kaum-kaum
lain. Selain itu, guru-guru juga perlu bersikap terbuka serta
membuang sifat-sifat prejudis, berperasangka buruk serta sifat rasis
terhadap sesuatu kaum dengan memberi layanan yang adil, sama
rata serta tidak hanya memberatkan sesuatu kaum tanpa
mempedulikan kaum-kaum lain yang terlibat dalam sesi pembelajaran
dan pengajaran.

Guru yang afektif adalah guru yang memiliki tiga ciri utama yang
sentiasa menjaga kualiti peribadi, berkompitensi dalam amalan
pengajaran dan pembelajaran serta mempunyai penghayatan dan
amalan nilai yang tinggi (Haliza Hamzah & Joy Nesamalar Samuel).
Justeru itu, sebagai seorang guru yang afektif perlu memiliki sikap dan
sahsiah yang mulia dalam menerapkan elemen mesra budaya dan
peningkatan sahsiah diri dalam proses pdp.

Selain itu, guru-guru perlu menghargai amalan budaya etnik-etnik


lain menerusi aktiviti pembelajaran yang dilaksanakan di dalam kelas.
Contohnya, dalam subjek Bahasa Arab guru boleh menerapkan
elemen tersebut menerusi topik ‘Makanan’ yang terdapat di dalam
buku teks. Guru boleh meminta murid-murid secara berkumpulan
dalam kalangan kaum Melayu menyatakan sekurang-kurangnya 2
jenis makanan yang terdapat di Malaysia yang terdiri daripada
pelbagai kaum di Malaysia seperti roti canai bagi makanan kaum India
serta kuih pau bagi kaum Cina. Dalam pada masa yang sama,
penghargaan tersebut diberikan secara tidak langsung dalam aktiviti
berkumpulan.

Di samping itu, guru-guru juga boleh memberi aktiviti gerak kerja


berkumpulan dalam subjek seni visual dengan membuat kad ucapan
perayaan yang terdapat di Malaysia. Kemudiannya, guru-guru
memaparkan kad-kad ucapan tersebut di dalam kelas dengan
melekatkannya di sudut ruangan khas. Aktiviti ini sudah semestinya
mampu mewujudkan elemen mesra budaya dalam satu-satu kelas.
3
1.1.2 Bahan Pengajaran dan Pembelajaran
Guru dan bahan pengajaran merupakan suatu jalinan yang utuh
serta tidak dapat dipisahkan kerana bahan tersebut memberi
sumbangan dalam menterjemahkan isi pelajaran dalam satu-satu
masa. Justeru itu, pemilihan sumber dan bahan pengajaran perlu
bersesuaian dengan perbezaan individu serta mengambil kira minat
dan pengetahuan murid supaya dapat diselaraskan penggunaannya
kepada semua murid.

Aspek ini bukan sahaja melihat dari sudut perbezaan individu secara
lahiriah, malahan guru perlu melihat dari sudut perbezaan budaya,
amalan dan cara hidup kepelbagaian kaum yang terdapat dalam
sesuatu kelas. Contohnya, kita boleh ambil dalam situasi seorang
guru yang mengajar di kawasan pedalaman orang asli. Guru tersebut
perlu bijak memilih bahan pengajaran dan pembelajaran supaya dapat
menarik perhatian murid-murid.

Guru boleh memanipulasikan sumber-sumber alam semulajadi yang


terdapat di kawasan tersebut untuk dijadikan sebagai bahan
pengajaran dan pembelajaran seperti batu kerikil sungai, daun nipah
yang dianyam, hasil-hasil hutan dan sebagainya. Penggunaan
komputer seperti perisian persembahan multimedia dilihat sebagai
bahan pengajaran yang kurang sesuai dengan persekitaran dan
budaya masyarakat orang asli kerana kehidupan mereka lebih
tertumpu kepada hasil-hasil hutan.

Selain itu, guru-guru perlu bijak mengintegrasikan bahan-bahan


pengajaran yang digunakan untuk pemupukan amalan mesra budaya
dalam kalangan murid-murid yang berbilang kaum di dalam kelas.
Penggunaan bahan multimedia yang mengandungi kesan grafik yang
menarik boleh dimasukkan elemen seni budaya sesuatu kaum dan
mesra budaya. Guru-guru juga boleh menggunakan lagu-lagu rakyat
yang terdapat dalam pelbagai kaum untuk dinyanyikan di dalam kelas
dengan menggunakan lirik asal lagu tersebut.

4
Guru yang bijak memainkan peranannya sebagai pendidik bukan
sahaja mampu melahirkan murid-murid yang celik kognitifnya, malah
seimbang dari segi jasmani,emosi, rohani,intelek serta emosinya bagi
melahirkan warganegara Malaysia yang mampu bersaing dengan
negara luar dan berjaya di masa hadapan. Pemupukan mesra budaya
dengan apresiasi budaya yang dilaksanakan oleh guru-guru
terutamanya dengan menggunakan bahan pengajaran sebagai
medium perantaraan dengan isi pengajaran dilihat sebagai langkah
bijak bagi memupuk semangat perpaduan dalam kalangan murid-
murid di sekolah rendah.

1.1.3 Pengurusan Bilik Darjah


Dalam membicarakan aspek ini, guru bertindak sebagai pengurus
besar dalam mengurus, mengelola serta menyusun atur bilik darjah.
Berdasarkan Hierarki Kerperluan Maslow, antara keperluan asas yang
perlu dititikberatkan dalam membicarakan aspek ini ialah struktur
fizikal, keadaan dan suasana bilik darjah yang selesa menjadi suatu
keutamaan bagi menjamin sesuatu aktiviti pdp dapat berjalan dengan
lancar. Justeru, keselesaan bilik darjah perlulah dititikberatkan oleh
seseorang guru kerana kelas diibaratkan sebagai sebuah ‘rumah’ bagi
murid-murid tinggal dan menjalani aktiviti pdp hampir separuh hari
lamanya.

Amalan mesra budaya yang diterapkan dalam pengurusan bilik


darjah boleh dilaksanakan oleh guru-guru di sekolah, terutamanya
bagi murid-murid sekolah rendah. Contohnya, guru boleh memilih
hiasan kertas warna dinding menggunakan corak-corak mewakili tiga
kaum utama, Melayu, Cina dan India sebagai apresiasi budaya kaum-
kaum di Malaysia. Selain itu, penggunaan ton warna yang
mengimbangi mood yang ceria dan harmoni boleh digunakan sebagai
apresiasi budaya. Contohnya, warna hijau lembut mewakili orang
Melayu sementara warna jingga lembut pula bagi mewakili orang
India.

5
Di samping itu, susun atur meja dan kerusi merupakan salah satu
perkara utama yang perlu dititikberatkan oleh guru-guru. Penglibatan
semua murid yang terdiri daripada pelbagai kaum boleh diterapkan
menerusi susun atur meja dan kerusi di dalam kelas. Penggunaan
kertas warna pembalut meja boleh diterapkan elemen mesra budaya
dengan memilih warna-warna mewakili 3 kaum terbesar di Malaysia.

Guru-guru yang kreatif boleh meletakkan sudut ruangan tambahan di


meja murid-murid dengan melampirkan di plastik pembalut meja
mereka dengan nota-nota berkaitan sejarah Malaysia, Gagasan Satu
Malaysia, Sejarah Negara serba ringkas dengan menggunakan grafik
karikatur kepelbagaian kaum di Malaysia. Guru-guru juga boleh
menyusun tempat duduk murid-murid di dalam kelas dengan
mempelbagaikan kaum dalam kedudukan sebelah-menyebelah.
Contohnya, Ibrahim duduk bersebelahan dengan Kelvin Choo,
sementara Qistina pula duduk bersebelahan dengan Sita Dewi.

Dalam menetapkan tempat duduk tersebut, guru perlu bijak


memainkan peranan sebagai pemudah cara supaya semua murid-
murid dapat duduk dalam keadaan yang selesa. Justeru, amalan
apresiasi budaya yang berjaya diterapkan di dalam kelas sedikit
sebanyak dapat mengurangkan jurang perbezaan dan ras kaum
antara sesame murid. Guru perlu bijak memainkan peranan dengan
mengambil hati semua murid-murid dengan memberikan kasih saying
tanpa mengira bangsa, agama, dan warna kulit. Tingkah laku guru-
guru juga sering diperhatikan oleh semua murid.

Oleh yang demikian, guru yang afektif bukan sahaja cemerlang


dalam pedagogi dan pengajaran di dalamkelas, malah kemahiran
komunikasi yang berkesan sesama guru di sekolah yang pelbagai
bangsa wajar diambil perhatian dengan mewujudkan rasa
persefahaman dan harmoni antara satu sama lain di samping
hubungan dengan pihak sekolah, pihak pentadbir serta hubungan
guru dengan ibu bapa murid-murid.

6
1.1.4 Pentaksiran dan Penilaian Prestasi Pelajar
Pentaksiran dan penilaian merupakan salah satu tugas guru-guru
dalam menentukan sejauh mana tahap pencapaian murid-murid.
Pelaksanaan kedua-dua aktiviti ini biasanya dijalankan oleh guru-guru
dengan menggunakan pelbagai kaedah dan instrument bagi menilai
dan menaksir murid-murid. Rubrik pemarkahan akan disediakan bagi
melihat prsetasi pencapaian murid-murid untuk mencapai objektif
pembelajaran yang digariskan.

Lazimnya, aktiviti ini berbentuk formatif dan sumatif. Kaedah yang


dilihat sangat praktikal, mudah dan bersifat segera adalah berbentuk
formatif. Hal ini demikian kerana seseorang guru itu boleh menaksir
dan menilai murid-muridnya seusai sudah mengahabiskan satu-satu
topik pembelajaran di dalam kelas. Kaedah projek boleh dilaksanakan
dengan memberikan tugasan kepada murid-murid secara
berkumpulan untuk dilaksanakan bagi menaksir dan menilai mereka.
Setelah selesai tugasan tersebut, guru boleh menilai dan sekali gus
memberi komen dan langkah selanjutnya dengan memberi aktiviti
peneguhan, penggayaan atau pemulihan yang bersesuaian dengan
tahap dan kebolehan murid-murid.

Pelaksanaan kaedah ini dilihat sebagai satu cara alternatif terkini


buat guru-guru dalam memperbaharui dan melicinkan aktiviti pdp di
dalam kelas. Murid-murid dapat memanipulasikan perbezaan pelbagai
yang mereka peroleh bagi menyediakan tugasan tersebut mengikut
kreativiti dan kecerdasan mereka. Secara tidak langsung, guru
memberi luang dan peluang kepada mereka untuk meluahkan bakat
terpendam mereka dengan memilih satu-satu tugasan yang mereka
rasakan sesuai untuk dilaksanakan secara berkumpulan mengikut
gaya dan stail pembelajaran yang mereka ingini.

Kaedah ini bukan sahaja dilihat mampu memupuk semangat bekerja


dalam satu pasukan, malah murid-murid dilatih semenjak dari kecil
bekerja dalam sebuah pasukan yang mana kumpulannya terdiri
daripada pelbagai kaum bersatu untuk menyelesaikan tugasan yang
diberi.

7
Secara tidak langsung, sifat kepimpinan dan rasa kekitaan berjaya
ditonjolkan yang mana sedikit sebanyak memberi peluang kepada
mereka untuk memperoleh markah yang terbaik untuk dinilai dan
ditaksir dengan penghasilan kerja projek mereka. Dalam hal ini, guru
perlulah bersikap realistik dan bersifat rasa terbuka dalam menerima
perbezaan murid-murid sebagai suatu keistimewaan kerana tidak
semua murid-murid yang dikatakan cemerlang kognitifnya belum tentu
kreatif dari aspek pemikirannya apabila diberi sesuatu tugas untuk
diselesaikan.

Justeru, penghargaan dan peneguhan yang positif perlu diberikan


atas hasil kerja mereka yang bersungguh-sungguh dan menunjukkan
komitmen yang berterusan di samping mampu mewujudkan semangat
perpaduan bekerja dalam satu pasukan yang terdiri daripada pelbagai
kaum di dalam kelas. Guru juga boleh mengkonkritkan hasil kerja
murid-murid dengan memaparkan hasil kerja mereka di dalam kelas
dan mengambil hasil kerja yang terbaik dalam kalangan murid-murid
untuk dijadikan sebagai contoh untuk murid-murid yang lemah
sebagai suatu motivasi dan usaha kepada mereka untuk memperbaiki
kelemahan yang ada.

Guru yang bijak bermain dengan elemen mesra budaya bukan


sahaja mampu mewujudkan sebuah persekitaran bilik darjah yang
selesa untuk murid-muridnya, malah mampu membentuk peribadi dan
sahsiah mereka dengan nilai-nilai insaniah dan mempunyai semangat
patriotik yang tinggi, menghormati bangsa lain serta berpegang teguh
dengan prinsip rukun negara sebagai teras perpaduan dalam
kalangan rakyat Malaysia.

8
2.0 RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN (RPH) BAHASA ARAB TAHUN 1

9
3.0 LAPORAN RINGKAS SELEPAS MELAKSANAKAN PENGAJARAN
Dalam tugasan kedua ini, kami diarahkan oleh pensyarah kami untuk
melaksanakannya di dalam kumpulan yang telah ditentukan. Justeru, kami telah
bersepakat untuk mengajar subjek major kami, Bahasa Arab Tahun 1 di bawah tajuk
‘Keluarga Saya’. Pengajaran Bahasa Arab lazimnya menekankan 4 kemahiran
berbahasa iaitu kemahiran mendengar, kemahiran bertutur, kemahiran membaca serta
kemahiran menulis. Oleh itu, kami telah memilih 2 daripada 4 kemahiran tersebut, iaitu
kemahiran mendengar dan bertutur.

Pemilihan kaedah yang bersesuaian dalam pengajaran ini mengetengahkan kaedah


bersoal jawab bersama murid ketika set induksi dijalankan. Pada peringkat ini, guru cuba
menimbulkan kepada murid-murid dengan paparan slaid gambar foto keluarga berbilang
kaum di layar skrin. Kemudiannya, guru bersoal jawab dengan murid-murid
menggunakan stimuli gambar tersebut sebagai rangsangan kepada murid-murid
sebelum memulakan pengajaran. Selain itu, kami juga menggunakan kaedah dengar
dan sebut. Kaedah ini merupakan elemen yang paling penting dalam pengajaran
bahasa, terutamanya pengajaran Bahasa Arab kerana murid-murid perlu mendengar
dengan teliti terlebih dahulu sebelum menyebut sesuatu perkataan yang didengari
dengan sebutan yang betul, tepat serta menepati sistem fonem Bahasa Arab sebagai
bahasa Al-Quran.

Justeru itu, guru akan memperkenalkan kepada murid-murid ahli keluarga dalam
Bahasa Arab dengan meminta murid-murid untuk mendengar kalimah-kalimah
(perkataan-perkataan) tersebut terlebih dahulu sebelum mereka menyebutnya secara
beramai-ramai. Setelah itu, guru akan meminta murid-murid untuk menyebut perkataan-
perkataan tersebut secara berkumpulan dan secara individu bagi memastikan
perkataan-perkataan tersebut dapat dituturkan dengan betul tanpa berlaku kesalahan
dalam sebutan.

Seterusnya, kami juga memilih untuk menggunakan kaedah suai dan padan. Kaedah
ini memerlukan murid-murid untuk melabelkan perkataan-perkataan yang telah dipelajari
tadi dengan melekatkan kad-kad perkataan pada gambar yang sesuai di hadapan kelas.
kaedah ini memerlukan penilitian murid-murid untuk mengintegrasikan perolehan ilmu
yang diperoleh sebentar tadi untuk diterjemahkan kepada kaedah suai padan dengan
melabelkan gambar-gambar keluarga dengan perkataan-perkataan yang betul.
Seterusnya, murid diminta untuk menyebut perkataan yang dilekatkan tadi dengan
sebutan yang betul di hadapan kelas.
10
Di samping itu, kami juga memilih untuk menggunakan kaedah nyanyian dalam
pengajaran kami dengan mengambil kira perbezaan individu yang ketara kami lihat, iaitu
sasaran muridnya adalah murid tahun 1 sekolah rendah. Kaedah nyanyian dilihat
sebagai suatu langkah yang bijak bagi menarik perhatian mereka kerana secara
kasarnya, murid-murid tahun 1 cepat merasa bosan ketika sesi pdp berlangsung,
walaupun masa yang diambil hanya memakan masa setengah jam sahaja. Kaedah
nyanyian ini menggabungkan 2 kemahiran dalam satu kaedah, iaitu kemahiran
mendengar dan kemahiran bertutur secara berturutan.

Keadah ini dimulakan dengan memperdengarkan kepada murid-murid lagu yang ingin
dinyanyikan dengan menggunakan ayat-ayat pendek yang menggunakan perkataan-
perkataan yang telah dipelajari sebentar tadi. Seterusnya, murid-murid akan
menyanyikan lagu tersebut menggunakan perkataan-perkataan yang dipelajari tadi
secara beramai-ramai di dalam kelas dan kemudiannya secara berkumpulan.

Sementara itu, strategi yang kami ingin ketengahkan lebih berpusatkan murid dengan
menekankan aspek kemahiran berbahasa yang memerlukan respons dan tindak balas
daripada murid untuk menjayakan proses pdp dengan lancar. Strategi berpusatkan
murid ini kami cuba terapkan dalam pelbagai situasi tertentu seperti permainan suai dan
padan gambar, aktiviti nyanyian, bersoal jawab serta aktiviti membaca. Strategi ini lebih
bersifat holistik dan menyeluruh serta tidak mengenepikan mana-mana murid yang
kepelbagaian budaya, latar belakang mahupun murid yang pintar cerdas hingga murid
yang lemah. Penglibatan semua murid perlu dibabitkan bersama supaya mereka dapat
memperoleh suatu pengalaman belajar yang menyeronokkan.

Seperti yang diketahui sebelumnya, kumpulan kami telah melaksanakan tiga buah
aktiviti yang berbentuk aktiviti dengar dan sebut, aktiviti suai dan padan serta aktiviti
nyanyian. Melihat secara kasarnya, ketiga-tiga aktiviti tersebut tampak ringkas dan
mudah, namun begitu aktiviti ini bukan suatu perkara yang boleh dianggap remeh
kerana murid-murid yang menjadi sasaran kita ialah murid tahun 1. Justeru, sebagai
seorang guru, kami cuba belajar dengan menurunkan tahap tingkatan ilmu kami untuk
diselaraskan dengan murid-murid tahun 1 supaya aktiviti ini dapat berjalan dengan
jayanya.

11
Pengintegrasian amalan mesra budaya berjaya kami terapkan menerusi bahan-bahan
pengajaran dan pembelajaran yang kami gunakan. Sebagai contoh, dalam set induksi
kami cuba memaparkan 3 buah keluarga dari 3 buah kaum besar yang terdapat di
Malaysia, iaitu kaum Melayu, Cina dan India. Elemen mesra budaya yang cuba kami
terjemahkan di sini lebih merujuk kepada apresiasi budaya dengan menghargai dan
menghormati bangsa lain yang terdapat di Malaysia. Selain itu, kami juga turut
menerapkan elemen-elemen budaya tersebut dalam fasa imaginasi dengan
menayangkan paparan slaid yang menunjukkan gambar keluarga yang terdiri daripada
pelbagai bangsa yang memakai pakaian kebudayaan masyarakat kaum masing-masing.

Di samping itu, kami juga turut menyediakan sebuah bahan pengajaran yang
berbentuk aktiviti suai dan padan yang menggunakan gambar-gambar keluarga yang
mengenakan busana tradisional kaum masing-masing sebagai apresiasi budaya di
Malaysia. Malah, setiap kad-kad perkataan yang digunakan oleh murid-murid untuk
melabelkan perkatan-perkataan yang sesuai dengan gambar tersebut mempunyai
perlambangan tertentu bagi mewakili 3 buah kaum terbesar di Malaysia, iaitu kaum
Merah diwakili dengan warna merah, sementara kaum India pula diwakili dengan warna
oren. Kaum Melayu diwakili dengan warna hijau.

Pengintegrasian budaya yang dapat dilihat dengan ketara adalah menerusi aktiviti
nyanyian yang dilaksanakan menggunakan elemen mesra budaya dengan
menggunakan melodi lagu ‘Sayang Kinabalu’ sebagai ‘hidangan utama’ untuk
menyanyikan ayat-ayat pendek dengan menggunakan perkataan-perkataan yang telah
dipelajari tadi. Secara konklusi, dapatlah saya simpulkan di sini bahawa elemen-elemen
mesra budaya berjaya kami terapkan dengan jayanya apabila murid-murid memberi
respon positif dengan permulaan set induksi yang berkesan dan diikuti pula oleh
kemuncak sesi pengajaran dan pembelajaran dengan nyanyian menggunakan melodi
lagu ‘Sayang Kinabalu’ sedikit sebanyak memberi suatu penghargaan dan apresiasi
kepada kaum-kaum etnik di Sabah dan Sarawak tanpa mengenepikan etnik-etnik lain di
Malaysia.

Pengalaman yang mereka peroleh menerusi pembelajaran kali ini bukan sahaja
mencapai objektif domain kognitif yang digarisakan dalam objektif kita, tetapi besar
harapan kita yang mahu melahirkan sebuah masyarakat yang berjati diri serta
menghargai dan menghormati amalan budaya kaum-kaum lain yang terdapat di
Malaysia di samping mengamalkan semangat perpaduan dan rasa muhibah antara satu
sama lain.
12
4.0 REFLEKSI

Dengan nama Allah Tuhan yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani. “Asal Ditugal
Adalah Hasilnya”, saya mulakan ruangan tinta refleksi saya dengan kata-kata keramat yang
madang kali bermain-main dibibir orang-orang tua dahulu. Peribahasa itu amat bertepatan
dengan prakarsa-prakarsa yang istiqamah saya sisipkan bagi menghasilkan mutu tugasan
yang berkualiti, bahkan menjadi fokus santapan minda dan motivasi kepada saya dalam
memikirkan pendekatan yang terbaik dalam menyiapkan tugasan ini. Alhamdulillah, segala
penat lelah yang telah saya gembleng bersama rakan saya untuk diimplimentasikan dalam
tugasan ini akhirnya dapat jua disiapkan tugasan ini dengan begitu jayanya.

Dalam ruangan ini juga, saya ingin berkongsi input-input yang sempat saya gali
sepanjang penglibatan saya dalam memurnikan tugasan saya kali ini. Dalam kerja kursus
ini, saya telah diarahkan oleh pensyarah kami bagi subjek EDU 3106, Puan Siti Romlah Binti
Yahya untuk melaksanakan tugasan projek yang melibatkan tiga tugasan besar yang perlu
diberi perhatian serius bagi menghidangkan santapan kognitif yang jitu, tepat serta koheran
pengisiannya. Tugasan pertama menuntut kami untuk membuat satu penulisan esei tentang
pembinaan persekitarann bilik darjah yang mesra budaya serta berfokus dengan menyentuh
empat elemen utama, iaitu kepelbagaian aktiviti pengajaran dan pembelajaran, bahan
pengajaran dan pembelajaran, pengurusan bilik darjah, serta penaksiran dan penilaian
prestasi pelajar.

Sementara itu, tugasan kedua pula lebih bersifat penglibatan kerja berkumpulan. Dalam
kumpulan yang ditetapkan, kami bekerjasama untuk menyiapkan sebuah rancangan
pengajaran harian selama 30 minit mengikut subjek major kami, iaitu Bahasa Arab Sekolah
Rendah. Justeru, kami bersepakat untuk memilih topik ‘Keluargaku Bahagia’ di Tahun 1
sebagai isi pengajaran kami bagi merancang sebuah rancangan pengajaran harian.
Perancangan tersebut merangkumi aktiviti pengajaran dan pembelajaran yang menarik serta
penerapan elemen mesra budaya perlu diimplementasikan bersama dala sesi pengajaran
dan pembelajaran tersebut. Seterusnya, menerusi perancangan tersebut kami perlu
melaksanakan pengajaran yang telah dirancang secara main peranan dalam kumpulan yang
sama dalam sesi tutorial. Tugasan terakhir pula berbentuk laporan sekitar perjalanan
pelaksanaan pengajaran di dalam kelas secara tersusun dan berstruktur.

13
Sepanjang saya melayari bahtera ilmu gelombang ombak badai dalam
menyempurnakan tugasan ini, saya memperoleh banyak manfaat dan mutiara pengajaran
yang dapat saya sisipkan bersama didalam ruangan tinta refleksi saya pada kali ini.
Antaranya ialah saya dapat mempelajari budaya kerja yang teratur, bersifat realistik serta
memupuk rasa persefahaman dalam bekerja didalam sebuah pasukan. Rasa
bertanggungjawab dan semangat komitmen yang diberikan sedikit sebanyak memberi impak
kelangsungan terhasilnya tugasan projek ini dengan jayanya.

Selain itu, saya juga berkesempatan untuk memperbaiki kemahiran komunikasi yang
dijalankan antara hubungan dua hala antara guru-murid dengan melaksanakan ‘lughatul
fasli’ (bahasa kelas) ketika sesi pengajaran berlangsung yang lalu. Saya juga mampu
mempersiapkan diri dengan beberapa ilmu, tips dan cara-cara untuk menarik perhatian
murid-murid dengan mempelbagaikan aktiviti pengajaran dan pembelajaran yang ingin
dirancang serta berpeluang menulis dan merangka sebuah rancangan pengajaran yang
lengkap bersama ahli-ahli kumpulan saya. Kesemua titipan hikmah yang berjaya peroleh ini
bakal melengkapkan diri saya sebelum turun padang ke pentas sebenar berpraktikum
selama sebulan tidak lama lagi.

Secara konklusinya, pelbagai ilmu pengetahuan yang dapat saya terokai dalam
menyiapkan tugasan ini . Segala ilmu yang saya garapkan ini tidak akan saya persiakan
begitu sahaja kerana ilmu-ilmu yang diperolehi akan saya jadikan sumber terpenting dalam
menghadiri praktikum, Pengalaman Berasaskan Sekolah ( PBS), amalan Praktikum,
mahupun bergelar sebagai seorang guru kelak, Insya Allah. Pepatah melayu ada
mengatakan, “Hendak Seribu Daya Tidak Hendak Seribu Dalih”.

14
5.0 RUJUKAN

Buku

Ahmad Mohd Salleh, (2011) Siri Pendidikan Guru: Kurikulum, Metodologi &
Pedagogi Pendidikan Islam. Shah Alam, Selangor: Oxford Fajar Sdn. Bhd.

Haliza Hamzah & Joy Nesamalar Samuel (2009). Siri Pendidikan Guru: Pengurusan
Bilik Darjah & Tingkah Laku. Shah Alam, Selangor Darul Ehsan: Oxford Fajar Sdn.
Bhd.

Noriati A. Rashid, Boon, Pong Ying & Sharifah Fakhriah Syed Ahmad (2012). Siri
Pendidikan Guru: Murid dan Alam Belajar. Shah Alam, Selangor: Oxford Fajar Sdn.
Bhd.

Noriati A. Rashid, Boon, Pong Ying, Sharifah Fakhriah Syed Ahmad & Zuraidah A.
Majid (2014). Siri Pendidikan Guru: Budaya & Pembelajaran. Shah Alam, Selangor:
Oxford Fajar Sdn. Bhd.

15

You might also like