You are on page 1of 10

SEKOLAH KEBANGSAAN TELAGA MAS

MINIT MESYUARAT GURU KALI KETIGA BAGI TAHUN 2018

Tarikh : 16 April 2018

Hari : Isnin

Tempat : Bilik PSS SK Telaga Mas

Kehadiran : En. Mohd Asri Bin Malik (Guru Besar)

: Pn. Hjh Mazliza Binti Arop (PK HEM)

: Pn. Tan Lian Choo ( PK Kokurikulum)

: Semua Guru

: Pn. Rasyidah Binti Abdullah (Setiausaha)

: Pn. Yusmita Binti Mohamad Yusoff (Penolong Setiausaha)

Guru Tidak Hadir :Pn. Hafidzah Bt Dahalan (Bersebab)

: Pn. Noor Zuraine Bt Khamis (Bersebab)

AGENDA 1: ALUAN PENGERUSI

1.1 Tn. Guru Besar mengalu-alukan dan mengucapkan terima kasih diatas kehadiran semua
guru.

1.2 Beliau mengucapkan terima kasih kepada semua guru kerana telah melaksanakan tugas
dengan baik sepanjang tempoh persekolahan bagi penggal pertama. Beliau juga
mengingatkan guru-guru yang masih gagal melaksanakan kerja-kerja yang sepatutnya,
hendaklah menyelesaikannya agar murid sentiasa bersedia untuk menghadapi
peperiksaan seterusnya.

Tindakan: Makluman semua guru

AGENDA 2: MEMBENTANG DAN MENGESAHKAN MINIT MESYUARAT YANG


LALU

2.1 Pn. Rasyidah Binti Abdullah membentangkan minit mesyuarat kali kedua bagi tahun
2018.

2.2 En. Wan Mohd Hazimin Bin Wan Jusoh mencadangkan minit mesyuarat tersebut
diterima dan disokong oleh Pn. Farihah Binti Abdul Samad.
Tindakan: Makluman semua guru

AGENDA 3: PERKARA BERBANGKIT/ MAKLUMBALAS

3.1 Pengerusi telah meminta setiausaha menyediakan borang maklumbalas setiap kali
mesyuarat diadakan bagi memudahkan sebarang tindakan diambil. Borang
maklumbalas mestilah mengandungi perkara, kandungan, tindakan dan catatan.

Tindakan: Semua Setiausaha

3.2 Pn. Farihah memaklumkan bahawa minit mesyuarat kurikulum telah diserahkan kepada
pihak pentadbir.

3.3 Perkara 4.1.1.3, pengerusi berharap semua guru telah melengkapkan semua minit
mesyuarat yang berkaitan dan menyerahkan kepada pihak pentadbir.

3.4 Perkara 4.1.8.3, Penggunaan bilik-bilik khas, jika bilik tersebut tidak digunakan
pastikan ianya sentiasa berkunci. Guru-guru juga diingatkan agar tidak meninggalkan
barang berharga sama ada di bilik guru atau tempat-tempat lain. Semua guru hendaklah
bersama-sama bertanggungjawab menjaga bilik-bilik khas contohnya stor sukan agar
tidak menyusahkan guru yang bertanggungjawab menjaga bilik berkenaan.

3.5 Perkara 4.2.1.3, Penolong Kanan HEM berharap guru-guru kelas sentiasa
mengemaskini maklumat murid terkini .

Tindakan: Semua Guru

AGENDA 4: MAKLUMAN PENGURURSAN DAN PENTADBIRAN

4.1 Pengerusi berharap mesyuarat dijadikan tempat sebagai medan untuk guru-guru
memberi pendapat dan makluman berkaitan perjalanan tugas sebagai guru.

4.2 Pengerusi menegur guru-guru yang terlibat menjadi jurulatih peringkat PKG adalah
dengan syarat guru berkenaan hendaklah telah berjaya membawa peserta sekolah
mencapai kedudukan tempat kedua.

4.3 Pengagihan guru untuk persediaan eviden bagi SKPMG2, guru-guru perlu
menyediakan dokumentasi sebagai bukti dan bersedia untuk diaudit.

4.4 Penilaian PPPB akan bermula dari April hingga Jun. Penilaian kali pertama, guru-guru
perlu sediakan borang keberhasilan. Borang yang telah lengkap diisi akan dihantar
pada bulan Jun. Perkara yang perlu ditulis adalah tidak lebih daripada 10 perkara dan
tidak kurang dari 5. Penulisan perkara berkenaan adalah sebagai garis panduan bidang
tugas guru.

4.5 SK Telaga Mas dipilih sebagai pusat mengundi. Pengerusi berharap semua KPM
(Ketua Pusat Mengundi) bertanggungjawab untuk saluran masing-masing dan menjaga
hubungan dengan para pengundi khasnya penduduk setempat.
4.6 Beliau mengucapkan tahniah kepada guru-guru yang bertungkus lumus dalam
merealisasikan pembinaan astaka di padang sekolah. Guru-guru perlu bersama-sama
menjaga keselamatan murid sewaktu astaka dalam pembinaan. Pengerusi juga
mengucap terima kasih sekali lagi kepada guru-guru yang berusaha untuk mendapatkan
sumbangan dalam pelbagai bentuk seperti jamuan dan sumber kewangan.

Tindakan: Makluman Semua Guru

4.7 Keceriaan secara umum dan khusus

4.7.1 Pada awal tahun beliau telah meminta semua guru kelas dan guru bilik khas
menambahbaik keceriaan kelas dan bilik masing-masing. Beliau berharap
usaha guru untuk menceriakan kelas berterusan.

4.7.2 Beliau berharap guru-guru dapat membuat pembaharuan bukan sekadar hanya
menyediakan bahan yang telah sedia ada, sebaliknya sentiasa menukar bahan
yang baru.

Tindakan: Makluman kepada guru kelas

4.8 Baju Korporat

4.8.1 Pengerusi bertanya pendapat guru-guru untuk menempah baju korporat. Hasil
undian didapati 8 orang guru bersetuju, 22 guru tidak bersetuju. Keputusan
majoriti adalah tidak setuju untuk memakai baju korporat.

4.9 Isu Pengawal Keselamatan

4.9.1 Audit telah membuat teguran kepada pihak sekolah kerana tidak membuat
pemotongan terhadap 16 hari yang tidak diketik oleh pengawal keselamatan.
Pentadbir telah membuat mesyuarat dengan pengawal keselamatan untuk
menangani beberapa masalah tertentu seperti keluar masuk pada waktu bekerja.
PK Hem akan mengambil tindakan dan memantau keberadaan pengawal
keselamatan disekolah.

4.10 Kehadiran guru baru iaitu En. Sofi Bin Idris, beliau mengalu-alukan kedatangan En.
Sofi dan berharap En. Sofi selesa bekerja di SKTM.

4.11 Refleksi

4.11.1 Ramai guru yang tidak menulis refleksi atau tidak menulis refleksi dengan cara
yang betul. Beliau meminta refleksi ditulis setelah selesai PDPC.

Tindakan: Semua guru


4.12 Pemantauan IMIS

4.12.1 Telah dihadiri oleh penyelia 1M1S dari PPP Baling/ Sik. Tiada sebarang
pemantauan dibuat. Pihak penyelia telah memberi salinan instrumen
pemantauan program 1M1S. Oleh itu, semua guru perlu melengkapkan perkara
yang diperlukan berdasarkan instrumen yang diberi.

Tindakan: Semua Guru berkenaan

4.13 Penggunaan media Whatsapp rasmi sekolah tidak boleh digunakan untuk
menyampaikan maklumat yang tidak sepatutnya.

Tindakan: Makluman Semua Guru

4.14 HEM

4.14.1 RMT –Semua guru bertugas perlu tulis jumlah murid dengan tepat

4.14.2 PK HEM berharap semua guru kelas dapat melengkapkan maklumat murid
dalam Jadual Kedatangan Murid, guru-guru perlu meletakkan sampul di
bahagian belakang buku JKM bagi memudahkan segala surat disimpan di dalam
sampul tersebut.

Tindakan: Makluman kepada guru kelas

4.14.3 Guru juga perlu memastikan catatan kehadiran murid mestilah sama antara JKM
dan APDM

Tindakan: Makluman kepada guru kelas

4.15 KOKURIKULUM
4.1.15 PAJSK- Pendaftaran telah dibuat
SEGAK-Tarikh tutup 30 Jun 2018
4.1.16 Pengurusan fail
4.1.17 Kelas komputer- kelas berbayar. Tarikh tutup penyertaan 19 April 2018.
Waktu kelas bagi tahap 1- Jam 3.00- 4.00 petang
Waktu kelas bagi tahap 2- jam 4.00-6.00 petang
Bayaran pendaftaran RM48
4.1.18 Pn. Tan meminta semua guru saling menegur perbuatan murid membuang
sampah di kawasan sekolah.
4.1.19 Pencapaian kokurikulum
- 2 orang murid berjaya melayakkan diri ke kejohanan olahraga peringkat
MSSD
- 2 orang murid berjaya melayakkan diri merentas desa peringkat daerah
- 2 orang murid bola jaring terpilih ke peringkat daerah (berjaya tempat ke-3)
- Seorang murid layak ke perkhemahan Kenaikan Pangkat Koperal.
- Permainan ping pong latihan telah dimulakan
Tindakan: Makluman semua guru

AGENDA 5: HAL-HAL LAIN


5.1 Tarikh cuti sempena Pilihanraya Umum
8 Mei 2018 - Cuti Peristiwa
9 Mei 2018 – Cuti PRU
10 Mei 2018- Kehadiran wajib
5.2 Anugerah Perkhidmtan Cemerlang akan diberi kepada yang layak sahaja.

Tindakan: Makluman semua guru

Mesyuarat ditangguhkan pada jam 4.15 petang.


Sekian, Terima Kasih.

Yang menjalankan tugas, Disahkan oleh:

YUSMITA MOHAMAD YUSOFF


Setiausaha Sekolah,
SK Telaga Mas.
SEKOLAH KEBANGSAAN TELAGA MAS
06400 POKOK SENA
ALOR SETAR, KEDAH DARUL AMAN.
Tel : 04-7170179

________________________________________________________________________
“KEDAH SEJAHTERA”
Ruj. Kami : SKTM60/002/12(3)
Tarikh : 3 JUN 2018

SURAT PANGGILAN MESYUARAT GURU KALI KE-4 BAGI TAHUN 2018

Tuan / Puan

………………………………………………….
MESYUARAT GURU KALI KE-4 BAGI TAHUN 2018
Perkara diatas adalah dirujuk dan tuan/puan dijemput hadir ke mesyuarat yang akan
diadakan sebagaimana ketetapan berikut:

Tarikh : 4 Jun 2018


Masa : 1.45 petang
Tempat : Bilik Mesyuarat SK Telaga Mas

2. Agenda mesyuarat seperti berikut:

2.1 Aluan Pengerusi


2.2 Membentang dan pengesahan minit mesyuarat
2.3 Perkara berbangkit/ maklumbalas
2.4 Makluman pengurusan dan pentadbiran
2.4.1 Pengerusi
2.4.2 Kurikulum
2.4.3 Hal Ehwal Murid
2.4.4 Ko-Kurikulum
2.5 Hal-hal lain

3. Kerjasama daripada semua guru amat dihargai.

Sekian, terima kasih.

Saya yang menurut perintah,

…………………………………
BORANG KEDATANGAN MESYUARAT GURU KALI KE-4 BAGI TAHUN 2018

Bil Nama Guru Tandatangan Catatan

1. En. Mohd Assri Bin Malek (Guru Besar)


2. En. Ahmad Tarmizi Bin Mohammad Hasyim (PK 1)
3. Pn.Hjh Mazliza Bt Arop (PK HEM)
4. Pn. Tan Lian Choo (PK Ko)
5. Pn. Zalina Bt Hussain
6. Pn. Farihah Bt Abdul Samad
7. Pn. Rasyidah Bt Abdullah
8. Pn. Junainah Bt Ali
9. Pn. Zauyah Bt Md Isa
10 Pn. Suraya Bt Jaafar
11 Pn. Hjh Shariton Bt Haji Ibrahim
12 En. Abdul Mu’Min Bin Osman
13 En. Haniff Bin Mohamed Razali
14 Pn. Zainab Bt Hussain
15 En. Mokhtar Bin Mat Rejab
16 Pn. Wardah bt Zakaria
17 Pn. Noor Zuraine Bt Khamis@Kamruddin
18 En. Ruslan Bin Zakaria
19 Pn. Hafidzah Bt Dahalan
20 Pn. Norashida Bt Shuib
21 Pn. Noorhayati Bt Ismail
22 Pn. Hjh Siti Hajjar Bt Sulaiman
23 Pn. Che Asma Bt Mohd Noor@Jamil
24 En. Norazizi Bin Abidin
25 En. Wan Mohd Hazimin Bin Wan Jusoh
26 En. Abdul Razak Bin Ahmad
BORANG SURAT PANGGILAN MESYUARAT GURU KALI KE-4
BAGI TAHUN 2018

Bil Nama Guru Tandatangan Catatan

1. En. Mohd Assri Bin Malek (Guru Besar)


2. En. Ahmad Tarmizi Bin Mohammad Hasyim (PK 1)
3. Pn.Hjh Mazliza Bt Arop (PK HEM)
4. Pn. Tan Lian Choo (PK Ko)
5. Pn. Zalina Bt Hussain
6. Pn. Farihah Bt Abdul Samad
7. Pn. Rasyidah Bt Abdullah
8. Pn. Junainah Bt Ali
9. Pn. Zauyah Bt Md Isa
10 Pn. Suraya Bt Jaafar
11 Pn. Hjh Shariton Bt Haji Ibrahim
12 En. Abdul Mu’Min Bin Osman
13 En. Haniff Bin Mohamed Razali
14 Pn. Zainab Bt Hussain
15 En. Mokhtar Bin Mat Rejab
16 Pn. Wardah bt Zakaria
17 Pn. Noor Zuraine Bt Khamis@Kamruddin
18 En. Ruslan Bin Zakaria
19 Pn. Hafidzah Bt Dahalan
20 Pn. Norashida Bt Shuib
21 Pn. Noorhayati Bt Ismail
22 Pn. Hjh Siti Hajjar Bt Sulaiman
23 Pn. Che Asma Bt Mohd Noor@Jamil
24 En. Norazizi Bin Abidin
25 En. Wan Mohd Hazimin Bin Wan Jusoh
26 En. Abdul Razak Bin Ahmad
BORANG EDARAN MINIT MESYUARAT GURU KALI KE-4
BAGI TAHUN 2018

Bil Nama Guru Tandatangan Catatan

1. En. Mohd Assri Bin Malek (Guru Besar)


2. En. Ahmad Tarmizi Bin Mohammad Hasyim (PK 1)
3. Pn.Hjh Mazliza Bt Arop (PK HEM)
4. Pn. Tan Lian Choo (PK Ko)
5. Pn. Zalina Bt Hussain
6. Pn. Farihah Bt Abdul Samad
7. Pn. Rasyidah Bt Abdullah
8. Pn. Junainah Bt Ali
9. Pn. Zauyah Bt Md Isa
10 Pn. Suraya Bt Jaafar
11 Pn. Hjh Shariton Bt Haji Ibrahim
12 En. Abdul Mu’Min Bin Osman
13 En. Haniff Bin Mohamed Razali
14 Pn. Zainab Bt Hussain
15 En. Mokhtar Bin Mat Rejab
16 Pn. Wardah bt Zakaria
17 Pn. Noor Zuraine Bt Khamis@Kamruddin
18 En. Ruslan Bin Zakaria
19 Pn. Hafidzah Bt Dahalan
20 Pn. Norashida Bt Shuib
21 Pn. Noorhayati Bt Ismail
22 Pn. Hjh Siti Hajjar Bt Sulaiman
23 Pn. Che Asma Bt Mohd Noor@Jamil
24 En. Norazizi Bin Abidin
25 En. Wan Mohd Hazimin Bin Wan Jusoh
26 En. Abdul Razak Bin Ahmad

You might also like