You are on page 1of 6

Antara faktor utama peningkatan kes kemalangan di negara kita berpunca daripada kecuaian

pengguna jalan raya sendiri. Contoh kecuaian yang berlaku adalah seperti memandu dalam keadaan
letih dan mengantuk.

Akibat hendak segera sampai ke destinasi yang di tuju, mereka tidak menghiraukan keadaan
mereka yang dalam keletihan. Akibatnya kenderaan di pandu dalam keadaan kurang tumpuan.
Pemandu yang berada dalam keadaan begini seharusnya berhenti seketika untuk menghilangkan
rasa mengantuk dan letih supaya dapat memberi tumpuan sepenuhnya terhadap pemanduan.

Kesalahan lain yang biasa dilakukan oleh pengguna jalan raya adalah memandu melebihi had
laju yang ditetapkan dan menggunakan telefon bimbit ketika memandu. Walaupun banyak papan
tanda had laju diletakkan di sepanjang jalan raya dan kawalan lalu lintas oleh pihak berkuasa,
namun mereka masih berdegil dan memandu sesuka hati tanpa memikirkan keselamatan diri sendiri
dan orang lain. Malah, ada juga yang berlumba secara haram menggunakan motosikal di atas jalan
raya seperti yang biasa dilakukan oleh golongan remaja. Untuk mengelakkan kejadian kemalangan
yang teruk meningkat, langkah-langkah yang praktikal perlu diambil oleh semua pihak.

Pihak kerajaan, swasta dan rakyat harus bekerjasama demi memastikan keselamatan semua.
Pihak kerajaan daripada pelbagai jabatan seperti Jabatan Pengangkutan Jalan, polis, dan Jabatan
Kerja Raya harus membuat pemantauan dari semua aspek untuk mendisiplinkan para pemandu dan
menyediakan laluan jalan raya yang selesa demi keselamatan pemandu. Penguatkuasaan undang-
undang, kempen kesedaran, dan pelaksanaan denda atau saman bagi kesalahan jalan raya adalah
antara langkah yang wajar diambil untukmenyedarkan pengguna jalanraya. Sektor swasta juga
memainkan peranan penting dalam menangani masalah ini dengan menyiarkan iklan yang dapat
memberi kesedaran kepada pengguna jalan raya yang lain.

Masyarakat harus sedar tentang peranan masing-masing di jalan raya. Mereka tidak harus
mementingkan diri sendiri sebaliknya perlu bertolak ansur dengan pengguna jalan raya yang lain.
Peraturan jalanraya haruslah dipatuhi untuk memastikan keselamatan semua pihak. Jangan gopoh
gapah semasa memandu kerana kecuaian menjadi punca nyawa sendiri dan orang lain yang tidak
bersalah turut terancam. Kenderaan perlulah diperiksa terlebih dahulu sebelum memulakan
perjalanan.

Kesimpulannya, keselamatan di atas jalan raya merupakan tanggung jawab pengguna jalan
raya sendiri. Kecuaian merupakan punca utama kemalangan berlaku dan hal ini tidak harus
dibiarkan berterusan untuk menjamin keselamatan semua pihak. Manusia memang tidak dapat lari
daripada melakukan kesilapan tetapi kesilapan yang dapat menyebabkan nyawa orang lain juga
turut melayang haruslah dielakkan demi kesejahteraan bersama.
Belakangan ini,kadar kemalangan jalan raya semakin hari semakin meningkat bagai cendawan
tumbuh selepas hujan.Secara puratanya,terdapat satu kemalangan yang berlaku pada setiap saat.Isu
kemalangan jalan raya telah menjadi buah mulut masyarakat dan turut mendapat perhatian media
massa.Kemalangan jalan raya yang berlaku di Malaysia meningkat secara mendadak sehingga tiada
penghujungnya.Persoalannya,apakah punca-punca yang menyebabkan berlakunya kemalangan jalan
raya di negara kita?

Antara punca utama berlakunya kemalangan jalan raya ialah sikap pemandu sendiri yang tudak
tidak sabar.Biasanya,pemandu lebih suka memandu dengan laju dan cepat tiba di destinasi.Pemandu
juga tidak suka berhenti di lampu isyarat kerana menganggap akan memperlambat pergerakan
mereka.Kebanyakkan kemalangan jalan raya berlaku di lampu isyarat terutamanya penunggang
motorsikal.Mereka telah melupakan ungkapan “Pandu Laju Maut Menanti” dan ketidaksabaran
mereka akhirnya telah meragut nyawa.Terdapat juga pemandu motosikal atau lebih dikenali sebagai
“mat rempit” yang sering melumba motosikal secara haram di jalan raya.Mereka bukan sahaja
mengadaikan nyawa mereka sendiri malah menjadi salah satu punca kemalangan jalan raya.Oleh
itu,pemandu yang bersikap agresif dan tidak sabar tidak sesuai untuk memandu di jalan raya.

Selain itu,penggunaan telefon bimbit semasa memandu juga adalah salah satu punca utama
kemalangan jalan raya.Kajian menunjukkan sebanyak 90 peratus pemandu menggunakan telefon
bimbit semasa memandu.Kebanyakan daripada mereka menggunakan laman sosial semasa
memandu.Perbuatan ini amat berbahaya kerana pemandu berkemungkinan tinggi akan diganggu
oleh telefon bimbit dan apabila mereka telah tertarik mereka akan berlupa terlupa bahawa mereka
sedang memandu.Akibatnya,kemalangan akan berlaku.Penggunaan telefon bimbit semasa memandu
adalah salah di sisi undang-undang jalan raya.Lantaran itu,pemandu perlu mengelakkan diri
daripada menggunakan telefon bimbit semasa memandu.

Di samping itu,punca kemalangan jalan raya yang seterusnya ialah pemandu yang mabuk atau
letih.Sesetengah orang yang menghadiri parti atau majlis keraian akan minum arak bersama rakan
atau saudara mara mereka.Apabila balik,mereka akan memandu kenderaan mereka dengan keadaan
mabuk.Keadaan inilah yang mengundang kemalangan jalan raya dan seterusnya meragut nyawa
pemandu tersebut.Misalnya,berita terkini memaparkan kemalangan jalan raya yang berpunca
daripada pemandu jalan raya.Selain itu,pemandu yang letih atau tidak cukup tidur juga akan
menjadi mangsa kemalangan jalan raya.Hal ini demikian,mereka akan mudah tertidur ketika
memandu dan akan melanggar apa-apa sahaja di depan.Oleh yang demikian,jelaslah bahawa
pemandu yang mabuk dan letih perlu mengelakkan diri daripada memandu.

Tambahan pula,keadaan jalan raya yang kurang sempurna juga akan mengakibatkan kemalangan
jalan raya.Hal ini demikian,jalan raya yang licin semasa hujan akan mengurangkan kecekapan brek
kenderaan dan boleh mengakibatkan kemalangan jalan raya.Jalan raya yang berselekoh tajam juga
amat berbahaya kerana kenderaan di sebelah sana tidak dapat melihat kenderaan yang datang dan
mereka akan berlanggar.Terdapat juga jalan raya yang berlubang-lubang yang boleh menyebabkan
tayar sesuatu kenderaan dan kenderaan yang datang belakang akan melanggar kenderaan yang
tersangkut jika tidak berhati-hati.Keadaan jalan raya yang dibina di cerun bukit yang curam juga
boleh menyebabkan kemalangan jalan raya.Sebagai contoh,tanah runtuh yang berlaku di sepanjang
jalan Tanah Tinggi Cameron telah memusnahkan banyak kenderaan dan meragut nyawa ramai
orang di dalamnya.Oleh itu,pemandu sewajarnya berhati-hati semasa memandu di jalan raya tidak
sempurna.

Akhir sekali,kerosakan pada kenderaan juga boleh mengakibatkan kemalangan jalan raya.Hal ini
disebabkan oleh kenderaan yang lama tidak diservis ataupun telah rosak berkemungkinan tinggi
akan berhenti di tengah-tengah jalan.Sekiranya situasi ini berlaku,kenderaan yang laju di belakang
tidak sempat menekan brek dan akan akan berlanggar dengan kenderaan yang rosak di
depan.Terdapat juga kenderaan yang mengalami kerosakan pada brek.Akibatnya,kenderaan tersebut
tidak dapat berhenti mahupun mengurangkan kelajuan dan akan menjadi punca kemalangan jalan
raya.Sebagai contoh,seorang pemandu yang lalai tidak menyemak kenderaan lalu bertolak dari
rumah tetapi kenderaannya mengalami kerosakan dan berhenti di jalan raya.Keadaan akan
mengakibatkan kemalangan yang ngeri di tengah jalan.

Konklusinya,setiap pemandu perlu berhati-hati di jalan raya sebagaimana yang dikatakan dalam
ungkapan “Biar lambat asalkan selamat”.Pemandu perlu memastikan kenderaan dalam keadaan
yang baik sebelum bertolak dari rumah.Jabatan Kerja Raya harus membuat pemantauan untuk
memastikan jalan raya berada dalam keadaan yang selamat.Selain itu,polis trafik juga harus
mengadakan Op Selamat dan sebagainya untuk mengurangkan kadar kemalangan terutamanya
sepanjang musim perayaan.Oleh yang demikian,semua pihak harus berganding bahu agar
mengurangkan kadar kemalangan di nusa kita untuk bersatu memajukan negara kita.

Marcapada ini, surat khabar sering melaporkan berita-berita tentang kemalangan jalan raya yang berlaku di negara kita.
Kemalangan jalan raya ini bukan sahaja melibatkan penunggang motosikal, pengguna kenderaan, pejalan kaki dan
sebagainya. Hal ini berpunca daripada berbagai-bagai faktor. Antaranya ialah faktor jalan raya, masalah kenderaan dan
kecuaian pengguna. Bak kata peribahasa, seperti cendawan tumbuh selepas hujan.

Punca utama berlakunya kemalangan jalan raya sememangnya sikap pengguna itu sendiri. Pemandu atau pengguna sering
melanggar peraturan jalan raya sesuka hati. Sebagai contohnya, ramai pelajar tidak memakai topi keledar ketika
menunggang motosikal ke sekolah. Apabila berlaku kemalangan sudah tentu mereka akan cedera. Tegasnya, sikap kecuaian
pengguna ini tidak seharusnya diamalkan oleh masyarakat kerana malang tidak berbau.

Selain itu, pengguna jalan raya sering cuai dan tidak mematuhi peraturan jalan raya. Ini kerana mereka sengaja melanggar
lampu trafik di jalan raya. Mereka juga melintas jalan dengan sesuka hati. Akibatnya, kemalangan boleh berlaku. Oleh itu,
kita perlulah cegah sebelum parah.

Di samping itu, terdapat pemandu yang mengantuk semasa memandu. Ini kerana mereka tidak cukup tidur atau mabuk.
Akibatnya mereka tidak dapat mengawal kenderaan dengan baik. Jika ini berlaku, sudah tentu akan terjadi kemalangan.
Oleh itu, apabila kita mengantuk, kita hendaklah berehat dahulu supaya dapat memandu dengan baik.

Kecuaian lain ialah sikap pengguna jalan raya yang tidak memeriksa kenderaan. Sebagai contoh, pemandu tidak memeriksa
tayar yang telah haus dan brek yang rosak. Akibatnya, apabila jalan licin, kenderaan tidak dapat dikawal dengan baik. Oleh
itu, kita hendaklah memastikan kenderaan dalam keadaan baik semasa di jalan raya. Bak kata peribahasa, sediakan payung
sebelum hujan.
Kesimpulannya, pengguna yang cuai boleh menyebabkan kemalangan jalan raya di negara kita. Oleh itu, semua pihak
hendaklah bekerjasama untuk mengatasi kemalangan jalan raya. Jika kita memandu secara berhati-hati, kita akan selamat
sampai ke destinasi. Tegasnya, Pandu Cermat Jiwa Selamat.

PENDAHULUAN – 5 Ayat

[AR] Memang tidak dapat dinafikan bahawa kemalangan jalan raya saban tahun semakin meningkat
dari hari ke hari. Setiap hari sama ada di kaca-kaca televisyen, di dada-dada akhbar mahupun di
corong-corong radio pasti ada sahaja dipaparkan kemalangan jalan raya yang meragut nyawa
manusia. [AR-A.Tanya] Murah sangatkah nyawa manusia sehingga banyak jiwa yang terkorban di
jalan raya? Jika hal ini dibiarkan berterusan, sudah tentu merugikan sesebuah negara. [AA] Oleh
itu,punca-punca kemalangan jalan raya perlu dikenal pasti segera sebelum isu ini menjadi lebih
parah lagi. [80 pp]

Perenggan Isi 1 : Sikap Pemandu Itu Sendiri – 5 Ayat

[AP] Punca yang paling signifikan penyebab berlakunya kemalangan jalan raya ialah sikap
pemandu itu sendiri. [AH-Mengapa?] Hal ini disebabkan pemandu bersikap mementingkan diri,
tidak sabar ketika berada di jalan raya dan tidak mematuhi peraturan jalan raya. [AC] Sebagai
contoh, pemandu kenderaan memandu kereta dengan laju tanpa mematuhi had laju yang dibenarkan.
[AH-Kesan?] Secara tidak langsung, pemandu bukan sahaja mempertaruhkan nyawa sendiri malah
nyawa pengguna jalan raya yang lain. [AP] Oleh itu, sikap berhati-hati di jalan raya dan Biar
Lambat Asal Selamat akan dapat menghindarkan kemalangan maut daripada berlaku. [78 pp]

Perenggan Isi 2 : Keadaan Struktur Jalan Raya – 5 Ayat

[AP] Punca seterusnya penyebab berlakunya kemalangan jalan raya ialah Keadaan struktur jalan
raya. [AH-Mengapa?] Keadaan jalan raya yang berlubang-lubang, sempit dan rata sudah pasti
mengundang bahaya kepada pengguna jalan raya. [AC] Sebagai contoh, jalan raya yang bengkang-
bengkok, selekoh tajam akan memudahkan pemandu yang tidak biasa jalan tersebut terbabas dan
terlibat dalam kemalangan jalan raya. [AH-Bagaimana?] Oleh itu, pihak kerajaan perlu mengambil
inisiatif segera memperbaiki struktur jalan raya yang membahayakan nyawa pengguna jalan raya..
[AP] Tegasnya sebelum Nasi Menjadi Bubur, struktur jalan raya perlu diberi keutamaan terlebih
dahulu agar keselamatan pengguna-pengguna jalan raya terjamin. [86 pp]

Perenggan Isi 3 : Keadaan Kenderaan – 5 Ayat

[AP] Keadaan kenderaan yang tidak diselenggara dengan baik juga menjadi punca berlakunya
kemalangan jalan raya. [AH-Mengapa?] Keadaan kenderaan yang tidak diselenggara mengikut
jadual yang telah ditetapkan boleh mengundang malapetaka kepada pemandunya. [AC] Sebagai
contoh, brek kenderaan yang tidak berfungsi dengan baik akan menyebabkan pemandu sukar
mengawal kenderaan ketika saat-saat kecemasan. [AH-Kesan?] Impaknya, pemandu akan mudah
tersasar dan berlakunya kemalangan jalan raya ketika ingin menghentikan kenderaan secara
kecemasan. [AP] Jelaslah, kenderaan hendaklah diselenggara dengan baik sebelum memulakan
perjalanan yang jauh kerana Malang Tidak Berbau. [76 pp]

Perenggan Isi 4 : Undang-undang – 5 Ayat

[AP] Penguatkuasaan undang-undang yang lemah juga merupakan salah satu punca berlaku
kemalangan jalan raya. [AH-Mengapa?] Dendaan dan kompaun sebanyak RM300 bagi kesalahan
berat seperti memandu melebihi had laju, melanggar lampu isyarat merah tidak berkesan kerana
pemandu mampu bayar. [AC] Selain itu, Ops Sikap dan sekatan jalan raya hanya giat dijalankan
ketika musim-musim perayaan. [AH-Kesan?] Impaknya, pemandu tidak gentar melakukan
kesalahan di jalan raya kerana mereka mampu membayar denda yang dikenakan dan beranggapan
operasi hanya dilakukan pada waktu-waktu tertentu sahaja. [AP] Jadi, penguatkuasaan undang-
undang yang lebih tegas dan pemantauan di kawasan berbahaya hendaklah diambil untuk
mengelakkan daripada berlakunya kemalangan maut. [93 pp]

Kesimpulan.

[Rumusan] Semua pihak perlulah bekerjasama bagai aur dengan tebing bagi menangani isu
kemalangan jalan raya ini. [Cadangan] Segala usaha yang dilaksanakan hendaklah berterusan dan
istiqomah bukannya sekadar hangat-hangat tahi ayam ataupun sekadar melepaskan batuk di tangga
sahaja. [Pendapat] Jangan sampai sudah terhantuk, baru nak terngadah, barulah inisiatif dirangka
untuk mengatasi kemalangan jalan raya. Isu kemalangan ini tidak boleh dipandang sebelah mata
sahaja kerana impaknya sangat besar kepada negara terutamanya kerugian sumber tenaga yang
produktif. [Harapan] Slogan Pandu Cermat Jiwa Selamat hendaklah dijadikan pedoman bagi semua
pengguna jalan raya agar nyawa mereka terselamat. Ingat, jangan jadikan lebuh raya sebagai
gelanggang perlumbaan mahupun pusara kerana nyawa manusia merupakan satu anugerah yang
perlu dihargai. [80 pp]

Karangan Ulasan - Punca Kemalangan Jalan raya


Belakangan ini sering berlaku kemalangan di negara kita. Antara punca utama kemalangan tersebut
adalah disebabkan kecuaian pemandu. Tamsilnya, terdapat pemandu yang memandu kenderaan
sambil menggunakan telefon bimbit. Selain itu, kenderaan yang tidak diselenggara dengan baik
akan menyebabkan berlakunya kerosakan pada kenderaan tersebut.Sebagai contoh, terdapat pemilik
kenderaan yang masih menggunakan tayar yang haus dan tidak menggantikannya dengan tayar yang
baru.Seterusnya, keadaan jalan raya yang tidak diselenggara dengan baik juga menyebabkan
kenderaan tidak dapat dikawal dengan baik hingga menyebabkan kemalangan. Akhir sekali, faktor
kelemahan penguatkuasaan seperti lambat menjejaki mereka yang sering melanggar peraturan jalan
raya menyumbang kepada peningkatan kemalangan di jalan raya.
100 patah perkataan

You might also like