You are on page 1of 3

KENYATAAN AKHBAR

KETUA PENGARAH PELAJARAN MALAYSIA

INISIATIF PENINGKATAN KEMAHIRAN BAHASA INGGERIS MURID


DI BAWAH PELAN PEMBANGUNAN PENDIDIKAN MALAYSIA
(PPPM 2013-2025)

Dalam konteks standard pendidikan antarabangsa yang kian meningkat,


peningkatan aspirasi negara dalam mempersiapkan generasi muda untuk
menghadapi keperluan abad ke-21, dan peningkatan harapan ibu bapa serta
masyarakat terhadap dasar pendidikan negara, buat julung kalinya Kementerian
Pendidikan mengambil langkah proaktif untuk memperoleh input daripada pelbagai
sumber untuk menghasilkanPelan Pembangunan Pendidikan Malaysia
(PPPM) 2013-2025.

Laporan penyelidikan yang dijalankan oleh pakar pendidikan dari UNESCO, Bank
Dunia, OECD, dan enam Institusi Pengajian Tinggi Awam serta kajian melibatkan
pemimpin sekolah, guru, ibu bapa, murid, dan orang ramai di seluruh negara telah
menjadi asas kepada pembentukan pelan ini. Input daripada rakyat telah membantu
melakarkan visi sistem pendidikan dan aspirasi murid yang dapat memenuhi
keperluan negara pada masa hadapan, termasuk Kemahiran Dwibahasa yang telah
dipersetujui oleh rakyat sebagai salah satu daripada EnamAspirasi Murid.

Bagi merealisasikan aspirasi rakyat dalam PPPM ini, Kementerian Pendidikan akan
terus memperkasakan usaha di bawah dasar Memartabatkan Bahasa Malaysia,
Memperkukuh Bahasa Inggeris (MBMMBI) dengan melaksanakan pelbagai program
sebagai kesinambungan kepada inisiatif sedia ada. Dalam Gelombang 1 PPPM
(2013-2015), Kementerian telah melaksanakan program Literasi Bahasa Inggeris di
bawah LINUS 2.0, Oral Proficiency for Secondary Schools (OPS English), Program
Peningkatan Penguasaan Bahasa Inggeris Sekolah Menengah (PPPISM) dan
Program Penutur Jati. Kesannya, program-program tersebut telah menunjukkan
peningkatan memberangsangkan dalam kalangan murid.

Kementerian juga melaksanakan inisiatif untuk meningkatkan profisiensi guru


Bahasa Inggeris selaras dengan Common European Framework of References for
Languages (CEFR) bagi memastikan kualiti Bahasa Inggeris setaraf dengan
peringkat antarabangsa. Menyedari bahawa satu ekosistem pembelajaran perlu
diwujudkan dalam komuniti untuk membangunkan murid secara holistik,
Kementerian mengalu-alukan pelibatan ibu bapa, komuniti dan sector swasta dalam
Anjakan 9 PPPM untuk membantu mewujudkan persekitaran penguasaan bahasa
Inggeris. Keberhasilan inisiatif-inisiatif ini secara kualittatif dan kuantitatif telah
pun dilaporkan dalam Laporan Tahunan 2013 dan 2014 PPPM.

Dalam Gelombang 2 PPPM (2013-2025), usaha-usaha ini diperkukuhkan melalui


dua lagi program iaitu Program Imersif Tinggi atau Highly Immersive Programme
(HIP) dan Program Dwibahasa atau Dual Language Programme (DLP).

Program Imersif Tinggi atau The Highly Immersive Programme (HIP)

Program Imersif Tinggi atauHighly Immersive Programme (HIP) adalah satu


program untuk meningkatkan kemahiran bahasa Inggeris murid melalui
peningkatan penggunaan dan penguasaan bahasa tersebut di dalam komuniti
sekolah. Program ini juga bertujuan untuk menanamkan sikap positif kepada murid
terhadap pembelajaran dan penggunaan bahasa Inggeris. Program ini merupakan
usaha berterusan sebagaimana yang dinyatakan dalam Surat Pekeliling Ikhtisas
bil. 1/1999: Garis Panduan Pengendalian Aktiviti Sokongan Bahasa
Inggeris Di Sekolah (No. Rujukan: KP (BS) 8591/Jilid XV/ (1) 4 Januari
1999).

Justeru, program Highly Immersive (HIP) ini bukanlah sesuatu yang baharu tetapi
mengambil pendekatan berbeza dari segi pelaksanaan program dan mekanisme
sokongan selaras dengan perkembangan semasa bagi memastikan kelestariannya.
Pendekatan yang diambil berfokus kepada pengupayaan sekolah, oleh sekolah, dan
untuk sekolah. Sekolah akan dibekalkan dengan sarana pelaksanaan supaya aktiviti
yang dirancang adalah berdasarkan konteks dan kemampuan sekolah dan komuniti.
Sarana tersebut akan mengandungi contoh amalan terbaik sekolah-sekolah yang
telah berjaya melaksanakan aktiviti pengukuhan Bahasa Inggeris di dalam dan di
luar bilik darjah. Satu mekanisme sokongan untuk menggalakkan sekolah
berkongsi, belajar dan menyokong antara satu sama lain akan diwujudkan untuk
melaksanakan aktiviti pengukuhan ini. Komitmen dan sokongan daripada semua
pihak – murid, guru, pemimpin sekolah, ibu bapa, komuniti dan sektor swasta
adalah dialu-alukan untuk menjayakan program ini.

Dual Language Programme (DLP)

Program Dual Language (DLP) merupakan satu program pengukuhan Bahasa di


mana sekolah diberi peluang untuk menawarkan pengajaran dan pembelajaran
subjek Sains, Matematik, Teknologi Maklumat danKomunikasi (TMK) dan
Rekabentuk dan Teknologi (RBT) dalam dua Bahasa, sama ada Bahasa Malaysia atau
Bahasa Inggeris. Program ini adalah selaras dengan objektif Kerajaan untuk
meningkatkan kualiti pengajaran dan pembelajaran subjek Sains, Teknologi,
Kejuruteraan dan Matematik (STEM). Program ini turut memberikan peluang
kepada pihak sekolah dan ibu bapa untuk bersama-sama membuat keputusan secara
kolektif. Sekolah yang memilih untuk melaksanakan program ini perlu memenuhi
kriteria berikut:

a. Sumber yang mencukupi;


b. Kesediaan guru-guru untuk mengajar dalam dwibahasa, dan
c. Sokongan daripada ibu bapa
Sekolah-sekolah yang memenuhi kriteria yang ditetapkan boleh menawarkan DLP
untuk murid Tahun 1 danTahun 4 bermula 2016.

Dato’ Seri Dr Khair Mohamad Yusof


Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia
21 Oktober 2015

You might also like