You are on page 1of 4

Sekolah Kebangsaan Pantai Besar,

34520 Batu Kurau,


Perak.
ABA6030

Kepada, Tarikh : 9 Jan 2017


Rujukan Tuan: ( )
PK 1/PK HEM/PK KOKU, Rujukan Kami: ( )
Guru/PPM Prasekolah,
Semua AJK Kewangan Unit Prasekolah

Tuan / Puan,

MESYUARAT KEWANGAN PRASEKOLAH SK PANTAI BESAR KALI – 1 2018

Merujuk kepada perkara di atas, tuan / puan adalah diwajibkan hadir pada :

Tarikh : 13 Januari 2017


Masa : 2.00 ptg
Tempat : Kelas Prasekolah

2. Agenda Mesyuarat.
i. Ucapan pengerusi.
ii. Membentang dan mengesahkan minit mesyuarat yg lalu.
iii. Perkara Berbangkit
iv. Pembentangan Anggaran Perbelanjaan Kewangan Prasekolah 2017.
v. Tugas/peranan PPM dalam Pengurusan Kewangan Prasekolah
vi. Hal-hal lain
vii. Ucapan Penangguhan

3. Kerjasama daripada pihak tuan/puan amatlah diharapkan dan didahulu dengan


ucapan ribuan terima kasih.

Sekian terima kasih.

Yang menjalankan tugas,

____________________
(Nor Hazlina bt Ismaail )
Setiausaha Mesyuarat kewangan
Prasekolah
SEKOLAH KEBANGSAAN PANTAI BESAR
34520 BATU KURAU, PERAK.

MINIT MESYUARAT KEWANGAN DALAMAN UNIT PRASEKOLAH


KALI KE-1 TAHUN 2017

Mesyuarat : Mesyuarat Kewangan Dalaman Prasekolah


Tarikh : 28/01/2017
Masa : 2.00 ptg
Tempat : Kelas Prasekolah
Kehadiran :
1.Pn. Mahani bt Mohd Shariff
2.Pn Sarifah bt Nordin
3.Pn.Nor Hazlina bt Ismaail
4.Pn. Rabitahani bt Abdullah
5.Pn. Salmina bt Yahaya

Agenda 1 : Ucapan Pengerusi


1.1 Pengerusi memulakan majlis dengan ucapan aluan kepada semua yang hadir.
1.2 Mengucapkan terima kasih di atas kehadiran semua AJK Kewangan Unit
Prasekolah.
1.3 Pengerusi menekankan kepentingan pengurusan kewangan Pendidikan
Prasekolah mengikut akta atau pekeliling yang membenarkan perbelanjaan
kewangan dilakukan
Tindakan :Makluman

Agenda 2 : Membentang dan mengesahkan minit mesyuarat yang lalu


2.1 Pn Nor Hazlina bt Ismaail mengucapkan terima kasih di atas kedatangan semua
Jawatankuasa Kewangan Unit Prasekolah dan selaku Penyelaras Unit prasekolah
tahun 2017 membentangkan minit mesyuarat kewangan yang lalu.

2.2 Pn Rabitahani mencadangkan minit mesyuarat tersebut di sahkan dan di sokong


oleh Pn.Sarifah
Tindakan :Pn.Nor Hazlina bt Ismaail
Agenda 3 : Ucapan perkara berbangkit
3.1 Pengerusi memaklumkan bahawa Prasekolah telah membelanjakan dan
menggunakan peruntukkan kewangan prasekolah mengikuti anggaran
perbelanjaan yang telah ditetapkan.
3.2 Pengerusi juga memaklumkan bahawa wang pekapita (PCG) prasekolah telah
dihabis guna dengan berhemah.
Tindakan : Pn.Nor Hazlina & Pn.Rabitahani

Agenda 4 : Pembentangan Anggaran Perbelanjaan Kewangan Prasekolah 2017.


4.1 Pn.Salmina selaku kerani kewangan sekolah memaklumkan bahawa Unit
Prasekolah menerima 3 jenis peruntukkan:
1. Bantuan Makanan (PCG) : sehari RM2.00 untuk 1 murid
(200 hari x 2.00x 25 murid = RM10,000)
2.Bantuan LPBT : 1 murid x RM100
(25 murid x RM100 = RM2500)
3.Bantuan Kokurikulum : 1 murid x RM25.00
( 25 Murid x RM25.00 = RM625.00)
JUMLAH BANTUAN KEWANGAN: RM13,125.00
Tindakan:Guru Pra & PPM

4.2 Beliau juga menjelaskan setiap peruntukkan bergantung pada perubahan semasa
dan dihujung tahun duit lebihan hendaklah dipulangkan semula ke kerajaan.

Agenda 5 : Tugas/Peranan PPM Prasekolah dalam pengurusan kewangan


5.1 Pn Sarifah bt Nordin selaku Penolong Kanan Hal Ehwal Murid memaklumkan
bahawa PPM memainkan peranan yang penting dalam perbelanjaan kewangan
pengurusan makanan murid. PPM harus berbincang dengan guru dan
menyenaraikan keperluan bahan makanan mengikut menu yang telah ditetapkan.
5.2 Beliau juga menyarankan PPM sentiasa kemaskini maklumat nota minta dan bil-
bil serta invois yang berkaiatan.

Tindakan : PPM Prasekolah


Agenda 6 :Hal-hal lain
6.1 Pn. Rabitahani bt Abdullah memaklumkan bahawa kontrak pembekal bahan
mentah dan kering bagi Prasekolah untuk sesi 2017 ialah dengan pembekal lama
iaitu encik Nor Azahar bin Alias yang berkuatkuasa 1 Januari 2017 hingga 31
Disember 2017
-RUJUK SURAT PERJANJIAN PEMBEKAL

6.1 Pengerusi juga mengakhiri mesyuarat dengan meminta guru , pembantu dan
kerani kewangan harus bekerjasama dalam menjalankan tugas-tugas pengurusan
kewangan secara berhemah dan bertanggungjawab. Majlis disudahi dengan
bacaan surah Al-Asr.
Tindakan : AJK Kewangan Prasekolah

MESYUARAT DI TANGGUHKAN PADA JAM 3.30 PETANG

Disediakan oleh: Disahkan oleh :

………………………………………. …………………………………………
( )
Guru Prasekolah
SK Pantai Besar

You might also like