You are on page 1of 5

Masa Untuk RanKemahiran Berfikir Aras

Tinggi (HOTS)
Rabu, Julai 31, 2013 Hal Guru, Inovasi, Kreatif 2 comments
Transformasi kurikulum pendidikan dalam Pelan Pembangunan Pendidikan
Malaysia (PPPM) 2013-2025 memberi penekanan kepada konsep kemahiran
berfikir aras tinggi (HOTS) yang berupaya melahirkan generasi mempunyai
pemikiran kritikal dan kreatif. Secara umumnya, mengikut taksonomi Bloom,
HOTS merujuk kepada empat aras teratas kemahiran berfikir (lihat grafik)
iaitu mengaplikasi, menganalisis, menilai dan mencipta, manakala aras paling
bawah yang merujuk kepada kemahiran berfikir aras rendah (LOTS)iaitu
memahami dan menghafal. Kemahiran berfikir antara enam ciri utama murid
yang menjadi aspirasi kementerian untuk mereka berupaya bersaing pada
peringkat global.

Pelajar tak lagi menghafal

Ini bermakna, kurikulum yang digubal menerusi PPPM berhubung HOTS


ialah inisiatif supaya pelajar tidak lagi hanya menghafal untuk menghadapi
peperiksaan, sebaliknya tahu menggunakannya.

Timbalan Ketua Pengarah Pendidikan (Dasar dan Pembangunan Pendidikan),


Datuk Dr Amin Senin, berkata transformasi itu akan mengubah pengajaran
dan pembelajaran yang sebelum ini lebih bertumpu kepada peperiksaan dan
menghafal.

“Kita dapati keputusan pelajar Malaysia dalam ujian Trend Pendidikan


Matematik dan Sains Antarabangsa (TIMSS) dan Program Penilaian Murid
Antarabangsa (PISA) tidak berada pada tahap memuaskan.
“Kajian mendapati antara punca kepada keadaan itu ialah soalan dalam
kedua-dua ujian yang menjadi penanda aras tahap pendidikan antarabangsa
berbentuk HOTS, iaitu bukan mengingat sesuatu fakta, tapi bagaimana
hendak menggunakannya.

“Kita menyedari kelemahan itu, seterusnya membuat cadangan dalam PPPM


supaya HOTS diberi penekanan,” katanya kepada BH di sini.

Beliau berkata, walaupun HOTS wujud dalam kokurikulum sebelum ini, tidak
dilaksanakan secara berfokus, sebaliknya konsep pemikiran itu hanya diharap
digunakan pelajar secara semula jadi.

Katanya, pelaksanaan HOTS di bawah PPPM kali ini difokuskan kepada


subjek Sains, Matematik dan Sejarah serta dilakukan secara menyeluruh
membabitkan proses pengajaran dan pembelajaran, soalan peperiksaan,
penyediaan alat bantuan mengajar, malah diterapkan dalam aktiviti
kokurikulum seperti kuiz dan pertandingan.

Konsep soalan peperiksaan ada elemen HOTS

Katanya, bagi memastikan pelajar mengaplikasi kemahiran berfikir,


kementerian juga mengubah konsep soalan peperiksaan dengan memasukkan
elemen HOTS dalam soalan Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR) dan Sijil
Pelajaran Malaysia (SPM) secara berperingkat.

“Sasaran Kementerian Pendidikan ialah sebanyak 40 peratus soalan HOTS


dimasukkan dalam kertas soalan UPSR, manakala SPM (50 peratus)
menjelang 2016,” katanya.

Beliau berkata, untuk memastikan pelaksanaannya berjaya, guru terlebih dulu


perlu mengikuti kursus jangka pendek dalam program i-Think kendalian
Agensi Inovasi Malaysia, bagi membolehkan mereka menguasaiteknik berfikir
HOTS.

“Tahun ini, guru dari 500 sekolah dihantar mengikuti program ini dan tahun
depan, kita mahu guru dari semua sekolah negara ini mengikuti kursus itu.

“Mereka akan pulang ke sekolah dan berkongsi kemahiran itu dengan rakan
sejawatan seterusnya mengajar murid menggunakan teknik terbabit,”
katanya.

Lebih interaktif

Mengulas lanjut, Amin berkata, penekanan terhadap HOTS secara tidak


langsung mengubah corak dan proses pembelajaran dalam kelas,
menjadikannya lebih interaktif kerana memerlukan pembabitan aktif pelajar
dan guru.
“Kita tidak lagi melihat proses sehala dengan guru berada di depan kelas
mengajar, manakala murid hanya menyalin dan menghafal.

“Sebaliknya guru perlu menggalakkan murid banyak bertanya dan


membiarkan mereka meneroka rasa ingin tahu terhadap sesuatu perkara yang
diajar, seterusnya mengaitkannya dalam kehidupan,” katanya.

Amin berkata, kejayaan pelaksanaan itu akan dinilai daripada keputusan


peperiksaan pelajar, terutama cara pelajar menjawab peperiksaan
berbentuk HOTS.

Mesti dilakukan. Hanya bila perubahan ini dilakukan secara sistematik maka akan
wujud usaha di kalangan guru untuk membuat perubahan signifikan kepada proses
pdp mereke seperti diperlukan untuk menjayakan program mengajar KBAT.
CADANGAN AKTIVITI MEMPERKASAKAN KBAT

Program i-Think telah mula diperkenalkan sejak 2011 tetapi perlaksanaan secara
“whole-school approach” dimulakan pada tahun 2012. Program ini adalah hasil kerjasama
Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) dengan Agensi Inovasi Malaysia (AIM). Alat
berfikir yang diperkenalkan ialah Peta Pemikiran. Terdapat 8 bentuk peta pemikiran secara
visual yang mudah difahami merentasi kurikulum iaitu Peta Bulatan, Peta Pokok, Peta Buih,
Peta Buih Berganda, Peta Alir, Peta Alir Berganda, Peta Dakap dan Peta Titi. Peta Alir
digunakan untuk membuat urutan sesuatu proses manakala Peta Buih digunakan untuk
memperkaya kebolehan murid bagi mengenalpasti atau menunjukkan kualiti. Biasanya
menggunakan perkataan deskriptif atau huraian.

Pembelajaran Akses Kendiri (PAK) ialah satu program yang membolehkan murid
belajar secara kendiri melalui penggunaan bahan pembelajaran. Murid diberi peluang memilih
aktiviti, menilai hasil kerja dan memantau kemajuan mereka sendiri agar mereka
bertanggungjawab dan berdikari atas pembelajaran mereka. Murid berautonomi ialah murid
yang berinisiatif untuk merancang dan melaksanakan program pembelajaran sendiri.
Pemikiran baru dalam bidang pendidikan mendapati bahawa murid bertanggungjawab
terhadap pembelajaran mereka sendiri. Menurut Beckett (2005), pembelajaran berasaskan
projek merupakan pelaksanaan program atau aktitviti dalam jangka panjang. Semasa proses
pembelajaran, pelajar akan bekerjasama, misalnya dalam menyediakan soalan berkaitan
projek dan mengimplementasikan penyelidikan dengan mengumpulkan data, menganalisis
data dan menghasilkan laporan sama ada secara lisan atau bertulis Projek. Menurut Newmann
& Wehlage 1995, prestasi murid-murid ditunjukkan melalui huraian yang jelas dan
penyediaan butir- butir serta hujah yang tepat Projek akan meningkatkan prestasi pemahaman
murid-murid berkaitan idea, konsep, teori dan prinsip.
Sebahagian besar pelaksanaan guru adalah terhad kepada teknik penyoalan dan lapan
peta pemikiran yang didedahkan dalam Program iTHINK. Menurut Miri et al, (2007),
jika

Kesimpulan:

Perbandingan sistem pendidikan antara dua negara (Malaysia dan Finland) ini dapat
memberi pencerahan yang positif kepada semua masyarakat Malaysia yang
sememangnya terlibat dalam arena pendidikan negara untuk melaksanakan proses
penambahbaikan mutu dan kualiti sistem pendidikan Malaysia demi memastikan
lahirnya generasi berprofil tinggi yang dapat menghadapi cabaran abad ke-21
dengan cekap dan berkesan.

You might also like