You are on page 1of 2

KOMUNIKASI BERKESAN DALAM BIDANG KEIBUBAPAAN

(PHUVANAH RAVINTHARAN)

Ibu bapa merupakan jawatan utama dan terpenting bagi sebahagian besar anggota
masyarakat. Ibu bapa merupakan satu jawatan tanpa perlantikan rasmi dari sesiapa.
Segala-galanya bertitik-tolak dari amanah, tugas, peranan dan tanggungjawab yang mesti
dipikul oleh setiap ibu bapa.(Rusnani anbdul kadir, 2000) Yang dimaksudkan dengan
kemahiran keibu-bapaan ialah kemahiran ibu bapa dalam aspek interaksi, komunikasi dan
mendisiplinkan anak-anak hasil dari sikap dan ilmu tentang asuhan dan didikan mereka.
Salah satu perkara penting yang selalu tidak dititik beratkan oleh kebanyakkan ibubapa
adalah ‘komunikasi efektif’ antara ibubapa dengan anak. Komunikasi efektif boleh
mengurangkan kesukaran dalam membesarkan atau mendidik anak-anak atau remaja
seminimum yang mungkin, itu pun jika kepentingan berkomunikasi difahami dan dipraktikkan
(diamal) selalu dan konsisten.

Kebiasaannya budaya berkomunikasi di rumah hanya melibatkan atau berbentuk arahan


dari ibubapa sedangkan anak-anak hanya mendengar dan mematuhi setiap arahan yang
diberi tanpa ibubapa mendengar dan bertanya pendapat anak-anaknya. Komunikasi seperti
ini meningkatkan jurang dan jarak di antara ibubapa dan anak di dalam rumah.

Komunikasi bukan sahaja mengenai apa yang boleh dibuat dan tidak boleh dibuat oleh
anak-anak. Jika itu yang berlaku maka itu adalah merupakan cara ditaktor dalam
membesarkan anak-anak, yang mana mengakibatkan kesan yang tidak baik dalam
perkembangan keyakinan diri anak-anak. Komunikasi melibatkan perbincangan mengenai
keagamaan, sosial, pendidikan, kerohanian atau kejiwaan, emosi dan keperluan fizikal
dalam memahami tindakbalas mereka dalam perubahan di sekitar mereka. Jika suasana
yang sihat seperti ini berlaku atau mengambil tempat, anak-anak akan belajar bagaimana
untuk mengatasi dan menguruskan hal-hal yang mencabar seiringan mereka meningkat
dewasa. Keadaan ini bukan sahaja meningkatkan rasa keyakinan diri (self-confidence)
mereka malah menjadikan mereka lebih hormat kepada ibubapa yang telah membesar dan
mendidik mereka menjadi anak-anak yang berpotensi dalam kehidupan. Ibubapa perlu
mengenal pasti kelebihan anak-anak mereka dalam memperkembangkan dan
mengukuhkan lagi kebolehan mereka dalam bidang yang mereka cenderung tersebut.
Keadaan yang berlaku ini adalah sama bagi anak-anak lelaki mahupun perempuan.

Ibubapa merupakan sumber utama maklumat anak-anak sejak dari mereka kecil. Jika anak-
anak ini dapati mereka langsung tidak boleh bertanya soalan yang berkaitan dengan
sesuatu pada ibubapa, mereka berkemungkinan rasa ingin lebih mengetahui apa
sebenarnya yang berlaku di luar sana. Akibatnya, mereka hilang minat untuk bertanya pada
orang lain soalan yang sama kerana mereka mengandaikan yang tidak akan ada sesiapa
pun yang mahu mendengar apa yang ingin soal jika ibubapa mereka sendiri ridak bersedia
untuk mendengar apa yang diperkatakan oleh mereka. Komunikasi efektif perlu untuk
perkembangan anak-anak pada zaman kanak-kanak dan remajanya.
Bila Berkomunikasi:

Dengarlah secara aktif – Bila anak-anak bercakap dengan ibubapa, cuba tunggu dan
dengar secara aktif apa yang ingin diperkatakan atau disampaikan oleh anak/remaja.
Menjadi pendengar secara aktif adalah sangat penting kerana melaluinya, anak-anak akan
menceritakan hal-hal mengenai mereka dari perspektif mereka. Saat itu ibubapa mestilah
berhenti menilai dan menunjukkan rasa respect serta menaruh minat dalam apa yang ingin
disampaikan oleh anak-anak mereka dalam perbualan. Nabi SAW mendengar kerisauan
para sahabat dan baginda juga turut memberi sepenuh perhatian pada musuh-musuhnya
atas apa yang ingin mereka sampaikan. Ibubapa sepatutnya menjadikan peribadi Rasulullah
SAW sebagai salah satu elemen penting dalam kehidupan.

Bila anak-anak rasa yang ibubapanya memberi perhatian dan berminat dalam apa yang
ingin mereka sampaikan, mereka akan bersedia membuka hati mereka (open up their heart)
untuk ibubapa dan secara tidak langsung menghasilkan kepercayaan mereka terhadap
ibubapa. Jika ibubapa takut atau risau pada kesan-kesan yang tidak baik dalam masyarakat
mempengaruhi persekitaran dan perangai anak-anak, komunikasi efektif mampu
mengukuhkan ikatan di antara ibubapa dan anak-anak.

You might also like