You are on page 1of 17

1

UJIAN TASK FORCE 3 2018

SAINS

Kertas 1 018/1

1 jam Satu jam

______________________________________________________________________________

JANGAN BUKA KERTAS SOALAN INI SEHINGGA DIBERITAHU

1. Kertas soalan ini mengandungi 40 soalan


2. Kamu dikehendaki menjawab semua soalan
3. Tiap-tiap soalan diikuti oleh empat pilihan jawapan, iaitu A, B, C dan D. Bagi setiap soalan,
pilih satu jawapan sahaja

__________________________________________________________________________
Kertas soalan ini mengandungi 15 halaman bercetak

Lihat halaman sebelah


018/1 SULIT
2

Kertas 1
[40 markah]
Jawab semua soalan

1. Baca dialog di bawah


Aziz : Mengapakah bola itu tidak boleh melantun tinggi?
Mei Ling: Bola itu tidak melantun tinggi kerana kurang angin.

Apakah kemahiran proses sains yang telah dibuat oleh Mei Ling?

A. Inferens C. Hipotesis
B. Meramal D. Memerhati

2. Antara yang berikut, yang manakah menunjukkan aliran udara ketika manusia
menghembus nafas?
A. Peparu  trakea  hidung C. Hidung  peparu  trakea

B. Hidung  trakea  peparu D. Trakea  hidung  peparu

3. Padanan manakah yang betul?


Haiwan Organ Pernafasan
A Ikan Peparu
B Kumbang Spirakel
C Pepatung Insang
D Cacing Peparu

Lihat halaman sebelah


018/1 SULIT
3

4. Rajah 1 menunjukkan keadaan daun sejenis tumbuhan apabila disentuh.

Mengapakah daun tumbuhan itu menguncup apabila disentuh ?


A. Daunnya bergerak balas terhadap air
B. Daunnya bergerak balas terhadap graviti
C. Daunnya bergerak balas terhadap sentuhan
D. Daunnya bergerak balas terhadap cahaya Matahari.

5. Rajah 2 menunjukkan keadaan buah getah apabila matang.

Apakah proses yang menyebabkan keadaan itu?


A. Pertumbuhan anak pokok C. Percambahan biji benih
B. Pembiakan tumbuhan D. Pencaran biji benih

6. Rajah 3 menunjukkan sejenis tumbuhan.

Bagaimanakah tumbuhan ini melindungi diri daripada musuh?

Lihat halaman sebelah


018/1 SULIT
4

A. Meracuni musuh
B. Tidak boleh dimakan
C. Menguncupkan daunnya
D. Menyebabkan kegatalan pada musuh

7. Rajah 4 menunjukkan satu penyiasatan yang telah dijalankan keatas satu tumbuhan berpasu
yang diletakkan di dalam kotak hitam yang berlubang.

Apakah kesimpulan yang boleh dibuat berdasarkan penyiasatan itu?


A. Tumbuhan bergerak balas terhadap air
B. Tumbuhan bergerak balas terhadap graviti
C. Tumbuhan bergerak balas terhadap cahaya
D. Tumbuhan bergerak balas terhadap sentuhan

8. Rajah 5 menunjukkan sejenis mikroorganisma.

Makanan manakah yang dihasilkan dengan menggunakan mikroorganisma itu?


A. Roti
B. Keju
C. Susu

Lihat halaman sebelah


018/1 SULIT
5

D. Yogurt

9. Rajah 6 menunjukkan tiga jenis haiwan.

Apakah persamaan bagi haiwan-haiwan itu?


A. Haiwan-haiwan itu sudah pupus
B. Haiwan-haiwan itu diancam kepupusan
C. Haiwan-haiwan itu diburu untuk mendapatkan lemak
D. Haiwan-haiwan itu diburu untuk mendapatkan daging

10. Jadual 1 menunjukkan panjang dan lebar tiga jenis kad.

Kad Panjang (cm) Lebar (cm)


W 12 7
X 8 6
Y 10 8
Jadual 1
Penyataan manakah yang betul?
A. Kad W mempunyai luas yang lebih besar daripada kad Y
B. Kad X mempunyai luas yang lebih besar daripada kad Y
C. Kad X dan Y mempunyai keluasan yang sama
D. Kad Y mempunyai keluasan yang paling besar

11. Jadual 2 menunjukkan pergerakan empat biji guli yang serupa dalam masa 10 saat.
Guli Jarak yang dilalui (m)
J 5

Lihat halaman sebelah


018/1 SULIT
6

K 7
L 8
M 6
Jadual 2
Guli yang manakah bergerak paling laju?
A. J C. L
B. K D. M

12. Tayar basikal yang kempis akan mengembang apabila udara dipam kedalamnya.
Pernyataan manakah yang terbaik menerangkan keadaan itu?
A. Udara memenuhi ruang
B. Udara mempunyai jisim
C. Udara tidak mempunyai bentuk tetap
D. Udara tidak mempunyai isipadu tetap

13. Rajah 7 ialah carta palang yang menunjukkan jarak yang dilalui oleh lima buah kereta, J,
K, L, M dan N selepas 30 minit.

Penyataan manakah yang betul tentang kelajuan kereta-kereta itu?


A. N lebih laju daripada J dan K
B. N sama laju dengan K tetapi lebih laju daripada J
C. M lebih laju daripada J tetapi lebih perlahan daripada K
D. K lebih laju daripada J, L dan N tetapi lebih perlahan daripada M

Lihat halaman sebelah


018/1 SULIT
7

14. Rajah 8 menunjukkan pemerhatian tentang suatu penyiasatan.

Apakah rumusan yang boleh dibuat tentang perubahan saiz belon selepas tiga minit?
A. Getah belon mengendur
B. Suhu didalam belon berubah
C. Udara didalam belon mengembang
D. Jisim udara didalam belon bertambah
15. Razak memanaskan sekeping duit syiling dan kemudiannya memasukkannya ke dalam
sebuah bikar berisi air paip.
Antara yang berikut, yang manakh akan berlaku?
A. Duit syiling kehilangan haba
B. Saiz duit syiling akan berubah
C. Duit syiling kelihatan timbul dipermukaan air
D. Sebahagian sir didalam bikar akan berubah menjadi wap air

16. Rajah 9 menunjukkan sebuah kuali.

Apakah bahan yang digunakan untuk membuat bahagian yang berlabel L dan M?
L M
A Besi Kaca
B Kaca Kayu
C Kayu Besi
D Plastik Kayu

Lihat halaman sebelah


018/1 SULIT
8

17. Rajah 10 menunjukkan wayar elektrik pada tiang-tiang elektrik.

Pernyataan manakah yang betul?


A. Wayar elektrik lebih panjang pada waktu pagi
B. Wayar elektrik akan mengembang pada waktu pagi
C. Wayar elektrik akan mengecut pada waktu tengah hari
D. Wayar elektrik akan mengembang pada waktu tengah hari
18. Rajah 11 menunjukkan susunan radas bagi aktiviti pemanasan cecair X.

Jadual 3 menunjukkan keputusan aktiviti di atas.


Masa (minit) 5 10 15 20
Suhu (oC) 30 60 100 100
Jadual 3
Pernyataan yang manakah betul tentang cecair X?
A. Takat didih cecair X ialah pada minit ke-20
B. Takat didih cecari X ialah pada suhu 60oC
C. Takat didih cecair X dicapai pada minit ke-15
D. Takat didih cecair X akan berubah selepas minit ke-15

Lihat halaman sebelah


018/1 SULIT
9

19. Rajah 12 menunjukkan Lily sedang melihat wajahnya didalam sebuah cermin muka.

Sifat cahaya manakah yang membolehkan Lily melihat imej wajahnya?


A. Cahaya boleh dibiaskan
B. Cahaya boleh diserakkan
C. Cahaya boleh dipantulkan
D. Cahaya boleh dibengkokkan

20. Rajah 13 menunjukkan satu objek buatan manusia.

Sifat fizikal bahan manakah yang digunakan untuk membuat objek itu?
A. Kenyal
B. Kalis air
C. Terapung
D. Menyerap air

21. Rajah 14 menunjukkan satu penyiasatan tentang sifat kimia bahan bagi cecair X dengan
menggunkan kertas litmus biru dan merah.

Lihat halaman sebelah


018/1 SULIT
10

Bahan manakah yang mempunyai sifat kimia yang sama seperti cecair X?
A. Air garam
B. Air sabun
C. Air gula
D. Cuka

22. Bahan- bahan dalam kumpulan S, T dan U telah dikelaskan berdasarkan kebolehan cahaya
menembusinya.
Kumpulan S Kumpulan T Kumpulan U
Kertas surih Air jernih Buku
Kaca berkabut Tabung uji Kayu
Antara yang berikut, yang manakah yang betul tentang pengelasan di atas?
Kumpulan S Kumpulan T Kumpulan U
A Lut sinar Lut cahaya Legap
B Lut sinar Legap Lut cahaya
C Lut cahaya Lut sinar Legap
D Lut cahaya Legap Lut cahaya

Lihat halaman sebelah


018/1 SULIT
11

23. Adam menyusun tiga buah gelas yang berlainan bentuk seperti yang ditunjukkan dalam
Rajah 15 untuk menguji faktor yang mempengaruhi kestabilan objek.

Pernyataan manakah yang betul?


A. Z paling stabil
B. Y lebih stabil daripada X dan Z
C. Y kurang stabil daripada X dan Z
D. Z lebih stabil daripada Y tetapi kurang stabil daripada Z

24. Rajah 16 menunjukkan objek-objek yang dikelaskan mengikut jenis bahan.

Apakah bahan asas X dan Y?


X Y
A Getah Kaca
B Kayu Getah
C Plastik Kayu
D Kaca Getah

Lihat halaman sebelah


018/1 SULIT
12

25. Rajah 17 menunjukkan satu kaedah untuk mencegah pengaratan.

Objek manakah yang sesuai menggunakan kaedah yang sama untuk mencegah pengaratan?
A. Sudu C. Basikal
B. Paku D. Gergaji

26. Jadual 4 menunjukkan perubahan tenaga bagi dua alat, X dan Y.


Alat Perubahan tenaga
X Tenaga elektrik  tenaga haba
Y Tenaga elektrik  tenaga kinetik

Apakah yang diwakili oleh X dan Y?


X Y
A Dapur gas Telefon
B Seterika Kipas siling
C Kalkulator Lampu tidur
D Kincir angin Pengering rambut

27. Rajah 18 menunjukkan keadaan bayang-bayang sebatang pokok.

Apakah waktu yang mungkin berdasarkan bayang-bayang itu?

Lihat halaman sebelah


018/1 SULIT
13

A. 10.00 pagi C. 7.00 malam


B. 4.00 petang D. 12.00 tengah hari

28. Jadual 5 menunjukkan empat jenis bahan makanan.


Bahan makanan Serbuk koko Tepung Susu Gula
Jisim (g) 30.5 20.3 40.4 32.5
Jadual 5
Susunan bahan makanan manakah yang betul dalam urutan jisim menaik?
A. Tepung, serbuk koko, gula, susu.
B. Susu, gula, serbuk koko, tepung.
C. Gula, susu, tepung, serbuk koko.
D. Serbuk koko, susu , tepung, gula

29. Maklumat yang berikut ialah langkah-langkah dalam proses pengetinan rambutan.
P – Tutup tin
Q – Kupas kulit rambutan dan keluarkan bijinya
R – Masukkan rambutan dan sirap ke dalam tin
S – Panaskan tin

Urutan manakah yang betul bagi langkah-langkah dalam proses pengetinan rambutan?
A. P, R, S, Q C. Q, R, S, P
B. Q, S, R, P D. R, Q, S, P

30. Apakah yang menyebabkan bahan buangan mereput?


A. Beluncas C. Cacing
B. Bakteria D. Lipas

31. Apakah perbezaan antara cecair dengan gas?


Cecair Gas
Lihat halaman sebelah
018/1 SULIT
14

A Mempunyai jisim Tidak mempunyai jisim


B Tidak boleh mengalir Boleh mengalir
C Mempunyai isipadu tetap Tidak mempunyai isipadu tetap
D Boleh dimampatkan Tidak boleh dimampatkan

32. Cara manakah yang boleh mencegah penyakit berjangkit yang disebabkan oleh
mikroorganisma daripada merebak?
A. Menutup tingkap dan pintu
B. Menutup mulut apabila ketawa
C. Mengasingkan pesakit daripada orang lain
D. Menggunakan tangan yang kering untuk mengendalikan makanan dan minuman

33. Rajah 19 menunjukkan satu daripada fasa-fasa Bulan.

Kedudukan manakah A, B, C atau D, yang menyebabkan fasa bulan itu?

Lihat halaman sebelah


018/1 SULIT
15

34. Rajah 20 menunjukkan kejadian gerhana Bulan.

Pada kedudukan manakah, A, B, C dan D, Bulan berada semasa gerhana Bulan penuh?

35. Pernyataan yang manakah yang betul?


A. Marikh ialah planet yang paling hampir dengan Matahari
B. Matahari lebih hampir dengan Bumi berbanding dengan Bulan
C. Bumi merupakan satu-satunya planet yang mempunyai hidupan
D. Jarak di antara Bumi dengan Matahari ialah 40 kali ganda jarak di antara Bumi dengan
Bulan.

36. Mengapakah Bumi sesuai untuk hidupan?


A. Bumi paling hampir dengan Matahari
B. Terdapat kawah yang banyak di Bumi
C. Keadaan Bumi tidak terlalu panas dan tidak terlalu sejuk
D. Bumi merupakan planet kedua terdekat dengan Matahari

37. Urutan Planet manakah yang betul bermula dengan planet yang paling dekat dengan
Matahari?
A. Musytari, Zuhal, Uranus, Neptun C. Zuhal, Uranus, Neptun, Musytari
B. Neptun, Uranus, Zuhal, Musytari D. Musytari, Uranus, Zuhal, Neptun

38. Pernyataan di bawah berhubung kait dengan mesin ringkas.

Lihat halaman sebelah


018/1 SULIT
16

 Roda-roda bergigi
 Memindahkan gerakan dari satu bahagian mesin ke bahagian yang lain
 Menukarkan arah putaran objek
Apakah mesin ringkas tersebut?
A. Roda dan gandar
B. Satah condong
C. Takal
D. Gear

39. Dalam sistem gear basikal, gear pengayuh yang besar dan gear yang kecil disambungkan
dalam satu rantai seperti yang ditunjukkan dalam Rajah 21

Apakah keistimewaan penggunaan sistem gear itu?


A. Basikal dapat digerakkan tanpa daya geseran
B. Gear besar dapat menukar arah gerakan gear kecil
C. Basikal dapat dihentikan dengan serta-merta apabila diperlukan
D. Gear kecil dapat diputarkan dalam arah yang sama dengan gear besar

40. Rajah 22 menunjukkan dua biji botol yang serupa ditegakkan pada kedudukan yang
berbeza di atas sekeping papan. Papan itu kemudian disengetkan secara perlahan-lahan.

Pemerhatian: Botol L tumbang dahulu diikuti oleh botol K


Apakah inferens berdasarkan pemerhatian?
A. Tarikan graviti yang bertindak pada botol K lebih besar daripada botol L

Lihat halaman sebelah


018/1 SULIT
17

B. Luas tapak botol K lebih besar daripada botol L


C. Isipadu botol K lebih besar daripada botol L
D. Botol K lebih berat daripada botol L

KERTAS PEPERIKSAAN TAMAT

SKEMA JAWAPAN OBJEKTIF

1. A 27. A
2. A 28. A
3. B 29. C
4. C 30. B
5. D 31. C
6. D 32. C
7. C 33. D
8. A 34. C
9. B 35. C
10. A 36. C
11. C 37. A
12. A 38. D
13. A 39. D
14. C 40. B
15. A
16. C
17. D
18. C
19. C
20. B
21. B
22. C
23. B
24. B
25. C
26. B

Lihat halaman sebelah


018/1 SULIT

You might also like