You are on page 1of 2

MINIT MESYUARAT PEMILIHAN MURID PRASEKOLAH BAGI TAHUN 2019

SK PANTAI, W. P. LABUAN

HARI : KHAMIS
TARIKH : 19 JULAI 2018
MASA : 2.30 PETANG
TEMPAT : KELAS PRASEKOLAH SK PANTAI

KEHADIRAN :
1) PN. MAHANI BT HJ. HUSSIN - GURU BESAR
2) CIK AZLINA BT ABDOL GARIP - PEN. KANAN HEM
3) EN. ABDUL KAHAR BIN ABDUL RAHIM - PEN. KANAN KOKURIKULUM
4) PN. NORAZIZAH BT ABDUL KADIR - GURU PRASEKOLAH MUSYTARI
5) PN. PATRICIA DEUKIN - GURU PRASEKOLAH ZUHRAH
6) PN. AINUR NAZURA BINTI MOHD JONI - GURU PRASEKOLAH NEPTUNE

AGENDA MESYUARAT:
1. UCAPAN ALUAN PENGERUSI
2. PEMILIHAN MURID PRASEKOLAH 2019
3. HAL-HAL LAIN
4. PENUTUP

1.0 UCAPAN ALUAN PENGERUSI


1.1 Pn. Mahani mengalu-alukan kehadiran semua ahli mesyuarat kerana dapat meluangkan
masa untuk menghadiri mesyuarat pemilihan ini.
Tindakan: Makluman

1.2 Pemilihan yang dibuat perlu mengambil kriteria yang yang telah digariskan. Antara kriteria
pemilihan tersebut ialah:
i) Warganegara – anak, ibubapa
ii) Anak guru/staff SK Pantai – mengelakkan pergerakan guru/staff keluar
masuk pada waktu bekerja
iii) Pendapatan berkapita yang rendah
iv) Alamat tempat tinggal – kariah sekitar Kg. Pantai dan kawasan berhampiran
v) Murid yang mencapai umur 5 tahun dan 6 tahun pada 2019 tetapi diberi
keutamaan kepada murid 6 tahun dahulu
vi) Dan lain-lain yang sewajarnya
Tindakan: Makluman
2.0 PEMILIHAN MURID PRASEKOLAH 2019
2.1 Mesyuarat seterusnya dipengerusikan oleh Pn. Norazizah yang memaklumkan bahawa
seramai 42 orang murid baharu daripada 75 orang murid diperlukan untuk mengisi
kekosongan pada tahun 2019. 33 orang murid lagi adalah murid lama yang berumur 5 tahun
dan di bawa terus ke tahun 2019.
Tindakan: Guru Prasekolah

2.2 Bagi kelas Prasekolah Musytari, seramai 13 orang murid 6 tahun akan naik ke Tahun 1.
Justeru, hanya 13 kekosongan perlu diisi bagi mencukupkan kuota 25 orang kesemuanya.
Tindakan: Pn. Norazizah

2.3 Bagi kelas Prasekolah Zuhrah pula, 14 orang murid 6 tahun akan naik ke Tahun 1 dan 14
kekosongan yang perlu diisi.
Tindakan: Pn. Patricia

2.4 Bagi kelas Prasekolah Neptune, 15 orang murid 6 tahun akan ke Tahun 1 dan memerlukan
seramai 15 orang lagi untuk mengisi kekosongan.
Tindakan: Pn.Ainur

2.5 Senarai nama murid yang layak dan tidak layak dipilih di Prasekolah Sk Pantai melalui
mesyuarat pemilihan ini dilampirkan di bahagian lampiran.
Tindakan: PPM

3.0 HAL-HAL LAIN


3.1 Sekiranya terdapat penolakan daripada murid yang dipilih, maka peluang tersebut akan
diberikan kepada calon-calon lain dalam kategori KIV dengan kriteria yang wajar dan
dipersetujui oleh ahli mesyuarat.
Tindakan: Makluman

4.0 PENUTUP
4.1 Mesyuarat pemilihan ditangguhkan pada jam 4.00 petang.

Disediakan oleh, Disemak oleh, Disahkan oleh,

PN.AINUR NAZURA BT MOHD JONI CIK.AZLINA BT ABDOL GARIP PN. MAHANI BINTI HJ. HUSSIN
Guru Prasekolah Neptune Pen. Kanan HEM Guru Besar
SK Pantai, WP Labuan SK Pantai, WP Labuan SK Pantai, WP Labuan

You might also like